Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Membela rumput di musim hujan.

Posted by mynormas on March 15, 2011


Kawasan lembah Klang mengalami hujan petang hampir setiap hari dan selain dari mengurangkan permainan golf waktu petang, ia akan memberi kesan kepada rumput samada padang golf, bola ataupun halaman rumah.

Apa masalah yang boleh timbul?

  1. Kurang cahaya matahari bererti kurang peluang membuat makanan melalui fotosintesis.

    rumput kurang matahari

    Grass on right lacks sunlight

  2. Masalah memotong kerana tanah lembik dan mesin tak boleh masuk.
  3. Baja yang hanyut atau larutlesap (leach) akibat hujan.
  4. Racun yang cair dan mengurangkan keberkesanannya.
  5. Algae atau lumut.

Akibat dari masalah di atas, rumput akan menjadi panjang, ‘tinggi’, susah di potong, berpenyakit dan bertukar kuning atau coklat.

Cara untuk mengatasi masalah? Secara ringkasnya:

  1. Jangan tak potong rumput. Tetap potong macam biasa tapi potong pada ketinggian yang lebih tinggi sedikit untuk compensate untuk daun rumput yang menjadi panjang kerana mencari cahaya matahari.
  2. Elakkan guna mesin yang berat. Guna mesin yang lebih kecil atau jika terpaksa, guna mesin tolak atau pikul belakang.
  3. Baja sedikit tetapi selalu. Jika hujan terlalu lebat, guna baja foliar supaya ia terus di serap oleh rumput.
  4. Gunakan racun jenis serap (sistemik). Racun ini akan berada dalam daun dan rumput dan menyerang kulat atau bakteria sebaik sahaja ia masuk ke dalam tumbuhan.
  5. Gunakan waktu pembajaan yang memberi masa untuk racun/baja di serap oleh rumput. Hujan petang; sembur pagi. Hujan pagi; sembur petang.
  6. Gunakan kimia pelekat penyemburan (sticker) ataupun bahan pembasah (wetting agent) untuk menjadikan racun atau baja foliar lebih efektif.
  7. Jika boleh, tebuk-tebuk permukaan tanah dengan alat tajam seperti slicer, spiker atau paku/garfu untuk membantu air mengalir ke bawah.
  8. Akhir sekali, saya cadangkan menandakan kawasan yang paling basah di atas peta supaya boleh membaiki dengan menambah saliran pada cuaca kering nanti.

Kepada orang yang menjaga padang golf, saya mencadangkan menaikkan ketinggian potongan green untuk membantu rumput berfotosintesis. Lupakan green laju. Dapatkan green hidup.

Bad decision...

Advertisements

4 Responses to “Membela rumput di musim hujan.”

  1. Irene Lee said

    Sememangnya betul pandangan En. Normas, the Super Greenman of Malaysia. Rumput padang saya tumbuh panjang dan dijangkiti banyak “weeds” akibat hujan yang kerap, kurang potong dan mungkin kurang baja. Macam mana saya dapat selamatkan rumput Zoysia Matrella di padang saya? Baja apa yang sesuai? Nasihat En. Normas sangat dihargai. Terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Perhatikan jenis weeds atau rumpai tersebut. Adakah ia banyak jenis (type) atau ia terhad kepada satu jenis sahaja iaitu dari keluarga rusiga (sedges)? Rumpai dari keluarga rusiga atau sedges berwarna hijau muda, mempunyai bunga yang besar dan sangat cepat panjang. Berbeza dengan rumput, ia mempunyai batang yang panjang sebelum berdaun dan batangnya biasanya bersegi.

      Jika kebanyakkan rumpai di tempat puan adalah dari keluarga ini; maka maknanya kawasan puan mempunyai masalah saliran (drainage). Bila saya sebut saliran ia tidak bermaksud hanya tentang longkang bawah tanah (subsoil drain) tetapi juga kebolehan tanah menurunkan air ke bahagian bawah (kita sebut sebagai penetration).

      Bila kali terakhir puan buat ‘dethatching’ atau membuang thatch? Thatch boleh menjadi seperti span menyerap air lama selepas hujan berhenti. Pernahkan puan membuat ‘pengudaraan’ dengan cara tining, spiking atau slicing? Namanya ‘pengudaraan’ tapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu air turun ke bawah. Saya cadangkan ‘pengudaraan’ menggunakan slicer atau spiker sebulan sekali. Jika kawasan puan kecil; gunakan peralatan tajam yang boleh menyucuk sedalam 2-4 inci.

      ‘Tidak memotong’ akan menyebabkan rumpai tadi bermaharajalela, berbunga dan menyebarkan benihnya lebih jauh lagi. Bila dah kering dan tiba masa puan ingin memotong, puan akan mencederakan rumput puan kerana memotong terlalu banyak daun/batang sekaligus. Walaupun padang basah cubalah untuk potong! Tak boleh guna mesin besar, guna mesin kecil. Tak boleh seminggu dua kali, seminggu sekali.

      Kalau padang puan perlu digunakan musim ini, cuba guna ‘pembantut pertumbuhan’ atau ‘growth regulator’. Harganya tidak murah tapi ia berkesan melambatkan pertumbuhan rumput; sekaligus mengurangkan keperluan memotong. Malangnya kali pertama semburan kan menyebabkan padang nampak kuning/coklat. Bukan kerana apa; tapi daun rumput menjadi pendek sedangkan batangnya masih panjang. Lepas sebulan baru batang dan daun sama panjang baru warnanya ok. Tanya pembekal puan tentang Primo.

      Baja? Lupakan. Puan akan menyuburkan rumpai dan sungai lebih dari rumput. Jika terpaksa kerana memang dah tiba waktu membaja; guna baja foliar supaya ia lebih ‘targeted’ dan terus di serap oleh rumput (dan tidak tersimpan di tanah untuk benih rumpai). Tapi terpaksalah baja selalu sikit. Rujuk pada pembekal baja puan.

      Tanda kawasan puan yang paling basah untuk di buat longkang pada musim kering nanti.

      Selamat mencuba!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: