Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Kelajuan green tak konsisten.

Posted by mynormas on March 19, 2011


Complain biasa yang paling biasa di dengar dari golfer ialah tentang green. Selalunya ialah samada green itu slow, bumpy, berpasir, dan sebagainya.

Bagi saya; salah satu kesilapan paling besar yang boleh di lakukan oleh seorang Superintenden di atas green ialah kelajuan green yang tidak konsisten dari satu green ke satu green yang lain. Walaupun green di satu padang golf itu adalah slow, tetapi jika semua green adalah pada ukuran slow yang sama sekurang-kurangnya golfer tahu kuat mana nak ketuk bola waktu putting.

Stimpmeter

Mengukur kelajuan green

Tapi jika ada green yang 6 kaki ada green yang lapan kaki? Di satu green ketuk tak sampai, di satu green lagi, ketuk pada kekuatan yang sama, bola keluar green. Macamana nak main?

Seorang Superintenden seharusnya mengukur kelajuan green di semua 18 lubang selang beberapa minggu sekali. Saya mencadangkan 6 green secara rawak setiap minggu, 18 green setiap bulan. Mana green yang slow dari green yang lain, haruslah di beri perhatian yang lebih. Ukur green itu lebih selalu dan pada hujung minggu atau waktu tournament, roll green itu atau double-cut green itu lebih dari green yang lain. Saya tidak mencadangkan memotong green pada ketinggian yang berbeza kerana ia adalah kerja yang merumitkan. Selepas roll dan/atau potong double, ukur lagi green tersebut dan lihat kesan kerja tersebut. Saya pernah ada green yang naik kelajuan hanya 6 inci selepas di roll dan ada green yang naik hingga 2 kaki.

Mengukur kelajuan green adalah kerja mudah. Mempastikan semua green adalah konsisten mungkin sedikit susah tetapi tidak mustahil dan… bagi saya adalah penting untuk keselesaan golfer.

Selamat mencuba.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: