Bila rumput di potong cara menegak, kita boleh mendapat lebih dari hanya daun rumput: kita boleh dapat bahagian batang, stolon ataupun rhizom.
Asalkan bahagian ini mempunyai nod (node) dan sihat, ia boleh tumbuh menjadi rumput baharu. (Untuk lebih tahu tentang fizikal rumput; sila ke topik ‘apa itu rumput’ di laman web ini)
Stolon ini boleh di tabur ke atas pasir atau tanah dan kemudian di lapiskan dengan pasir atau tanah halus: jangan sampai tenggelam! Kemudian rajin-rajinlah siram dengan sedikit air tetapi selalu. Ingat: stolon ini tidak mempunyai akar untuk menyedut air.
Stolon ini mudah di hanyutkan oleh air hujan. Oleh itu di kawasan yang luas, ada orang yang akan menutup stolon dengan netting atau membahagikan kawasan dengan papan supaya air tidak mengalir terlalu bebas.
Teknik stolon sesuai di kawasan yang luas dan juga jika ‘benih’ stolon adalah terhad; maksudnya anda perlu recycle ‘ibu’ untuk menghasilkan stolon yang lebih banyak di masa akan datang.
Teknik ini juga berkesan untuk rumput yang mempunyai stolon sahaja. Untuk rumput rhizomatous seperti cowgrass dan pearlgrass; ia tidak sesuai.
Ia juga tidak sesuai jika kawasan yang akan di jadikan ibu itu telah dicemari dengan rumpai atau rumput mutasi. Tapi membersihkan kawasan ibu dengan sekumpulan pekerja yang tajam penglihatan adalah mudah.
Ataupun; ambil rumput, cerai-ceraikan dan potong halus halus. Jika hanya daun, ia tak berguna. Kita perlukan nod.