Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Cara ‘sprig’

Bahagian rumputDalam artikel tentang “Apa itu rumput” kita ada cerita tentang nod ataupun dahulunya di panggil ruas. Kalau kita tengok buluh atau tebu (yang juga adalah dari famili rumput) kita mungkin faham apa itu nod/ruas.

Dari nod/ruas tumbuhan baru boleh tumbuh.

Fakta ini kita boleh pergunakan untuk membuat proses penanaman secara sprigging dan stolonizing. Di sini kita akan bincangkan tentang cara sprig.

Pertama, dapatkan sprig. Kita boleh lakukan ini dengan mendapatkan sekeping (atau beribu-ribu keping – bergantung kepada keperluan keluasan atau kerapatan penanaman) sod rumput yang kita mahu. Kita boleh beli, mintak atau err… ‘ambik’ dari kawasan atau nursery yang kita suka rumputnya.

Teknik ini juga boleh di lakukan oleh tuan rumah atau sesiapa yang mempunyai bahagian lopong/botak kerana rumput asal mati. Pergi ke bahagian lain laman atau padang dan potong keluar rumput beserta akar dengan kawasan sebesar tapak tangan atau ibu jari atau peha atau lutut atau telinga ataupun sebesar orang. Syaratnya ialah kawasan yang di ambil tu janganlah jadi hodoh. Jika kawasan yang di ambil tu terlalu besar, rumput di sekeliling nya lambat untuk ‘cover’ semula kawasan botak yang baru tadi. Kita boleh ambik dari beberapa kawasan kecil – korek sini sikit, korek sana sikit supaya ia tidak terlalu ketara. Untuk yang kerja di padang golf, boleh guna sod-cutter atau hole changer.

Pastikan kawasan itu tidak berumpai dan rumput nya tulin – bukan mula bermutasi atau menyamar. Macamana nak tahu? Senang saja; pastikan rumput warna sekata dan helai daun sama saiz.

Berapa dalam nak korek? Setakat akar yang tumbuh sihat sahaja. Mungkin 2-3 inci dah cukup.

Kita ambil sod atau rumput bertanah itu, bawa ke punca air bersih (paip, sungai, airterjun dsb) dan basuh buang tanah itu. Ambil rumput yang tanpa tanah itu, dan itulah yang kita akan tanam.

Kadang-kadang sod atau rumput itu dah berangkai-rangkai dan panjang, malah boleh digulung atau di lipat-lipat. Gunakan gunting atau kederat untuk mencerai-ceraikan nya. Ingat satu perkara: daun tak boleh di tanam. Hanya rumput yang mempunyai ruas atau nod sahaja yang boleh ditanam. Bahagian yang mempunyai nod atau ruas ialah batang, stolon, rhizom dan akar. Daun takda. Cowgrass dan Pearlgrass berbeza; mereka tiada stolon dan batang mereka pendek.

Bahagian yang kita ada sebagai cebisan rumput itu kadang-kadang di panggil ‘sprig’ juga. Ia boleh di simpan SEmalaman sebelum ditanam. TETAPI ia mempunyai peluang hidup 50% selepas 24 jam (utamanya hari yang panas). Ertinya kalau kita kumpul sprig sebanyak dua bag tak sempat ditanam; petang esok hanya satu bag yang akan hidup. Jangan tanya bag yang mana… (ya Tuhan) it doesn’t work that way. Kena tanam jugak dua-dua bag tu tapi hanya separuh kawasan sahaja akan hidup. Jadi kutip sprig untuk kawasan yang sanggup ditanam keesokkannya sahaja.

Jika tanah kita lembut berpasir, kita boleh cucuk sahaja rumput tersebut ke dalam tanah. Jika keras, kita mungkin perlu mengorek sebuah lubang kecil. Teknik nya tidak berbeza dari menanam padi. Gambar di bawah adalah cara sprigging di buat senang di faham. Percayalah, jika anda mula mencuba, anda akan mendapatinya lebih mudah dari gambar itu.

Gambar mudah. Cara sebenar adalah jauh lebih mudah dari ini.

Kebaikkan sprig ialah: anda yakin dengan punca rumput. Akar yang ditanam boleh terus menyerap air jadi kurang risiko kering. Jika di tanam di waktu musim hujan, kurang risiko sprig hanyut.

Berapa jauh jarak di antara sprig? Ia banyak bergantung kepada jumpah sprig dan kawasan yang ada. Saya mencadangkan dua inci. Saya pernah melihat orang buat jarak enam inci. Jika jarak besar, ia akan lambat sedikit rapat dan ada kemungkinan rumpai masuk.

Kawasan sprigging selepas dua minggu.

Advertisements

10 Responses to “Cara ‘sprig’”

  1. Pak Jol said

    Assalamualaikum tuan, saya berminat untuk menanam rumput Pearlgrass di halaman rumah saya dengan cara ‘sprig’. tetapi Pearlgrass tiada stolon dan batang mereka pendek. bagaimanakah cara yang sesuai untuk menanam Pearlgrass?
    Mohon nasihat tuan..
    Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Maaf pak (eh, waalaikumsalam dulu) pearlgrass ataupun cowgrass tak dapat di tanam dengan cara sprig, kerana ia tiada stolon dan batang mereka pendek (pemerhatian yang bagus tuan). Mereka lebih di tanam dengan cara sod. Tuan boleh sod secara 100%, ertinya tuan beli sod sama besar dengan keluasan halaman ataupun secara 50% iaitu membeli sod hanya 50% dari keluasan halaman dan tanam jarang jarang (ala papan dam – warna hitam rumput, warna merah pasir). Saya cadangkan cara ekonomi tapi lebih di hormati, begini; untuk kawasan yang penting bagi kita contohnya depan rumah, tepi porch, keliling perabut taman atau pokok hiasan (tempat tetamu lalulalang) dan sebagainya tanam 90-100%. Di kawasan yang ‘kurang penting’ contohnya tempat sidai baju, belakang dapur (tempat tetamu tak datang) dan sebagainya, tanam 50-70%. Tapi camanapun sentiasa beli rumput yang berkualiti dari nursery yang tuan boleh lihat dan bukan di ‘showroom’ nursery sahaja.
      Selamat mencuba!

      Like

  2. M Amin said

    AsSalam mynormas,
    bagaimana nak tahu pearl grass yang di jual di nursery tidak terdapat elemen rumpai?

    Like

  3. M Amin said

    saya sekarang berada di bintulu, tapi tak jadi masalah kalau nak ambik drpd supplier sod pearl grass yg berada di sibu atau miri. bergantung kepada supplier yg bg hrga berpatutan..nanti try tanam sendiri based on nasihat dr supplier tersebut atau ilmu yg telah cik En. Normas kongsikan di artikel dan komen yang sgt bermanfaat dlm blog ini.

    Like

  4. ahmad said

    salam saudara. saya nak tanya kaedah selamat tanam rumput dari biji benih. masalah saya ialah selepas saya tabur/semai bji benih atas tanah maka selepas keesoakannya semua benih tu hilang dibawa lari oleh semut. dan kalau hujan pulak habis benih dibawa air. jadi apakah kaedah yang paling selamat menyemai rumput dari biji benih. terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Salam. Kami akan tutup dengan shade cloth (70%) supaya ia tidak kering dan tidak kena air secara direct. Juga tidak di makan burung.
      Tak pernah dengar masalah semut. Kawal serangga dengan racun sebelum tanam.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: