Meratakan Hias Atas
Posted by mynormas on February 12, 2019
Dalam posting yang lalu saya mencadangkan hias-atas sebagai cara yang lebih baik untuk meratakan permukaan rumput; ingat kita tidak roll rumput untuk meratakan tanah. Perbuatan menggelek (roll) rumput akan:
- Memenyekkan kepingan rumput (terutamanya jika baru tanam)
- Menenggelamkan kawasan lembut
- Menjadikan kawasan yang mempunyai tanah keras lebih mampat.
Maka saya mencadangkan bahawa hias-atas adalah pilihan lebih baik. Hias-atas akan menghasilkan satu lapisan pasir sama rata di atas semua permukaan, kemudian kerja meratakan pasir akan menarik pasir dari tempat tinggi ke tempat rendah.

Di atas adalah kawasan sebelum di hias-atas; ada lekuk kosong, ada lekuk ditumbuhi rumput dan ada lekuk tiada rumput. Selepas hias-atas, kebanyakan lekuk akan dipenuhi pasir dan bonjol pun ditutupi pasir.
Peralatan khas yang diperlukan adalah dragmat iaitu suatu ‘karpet besi’ atau ‘lawn leveler’.
Jika anda tiada peralatan diatas, sebarang peralatan buatan yang bersifat leper (bukan bulat) boleh digunakan. Ia seharusnya berupa huruf ‘T’ besar dan agak berat.

Kayu buatan sendiri untuk meratakan pasir hias-atas.
Peralatan ini akan di tolak dan tarik untuk membawa pasir dari kawasan tinggi ke lekuk atau kawasan rendah. Tolak dan tarik dari beberapa arah. Utara ke Selatan kemudian Timur ke Barat.

Jika kawasan anda besar, bahagikan kepada beberapa petak kecil. Pastikan kuantiti pasir sama di semua petak.
Kemudian siram. Berhati-hati jika anda gunakan hos air kerana percikan air yang tajam dan berat akan menpercikkan air keluar. Kita perlukan air kerana ini akan membantu pasir turun dan juga jika matahari terik, akan memanaskan pasir yang mencederakan rumput.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Leave a Reply