Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Tentang Maharaja, Jeneral & Gundik

Posted by mynormas on March 29, 2016


Dalam lawatan saya ke kelab atau company yang meminta nasihat dari saya, saya sering jumpa orang; daripada bos besar sampailah ke pekerja biasa yang akan bercerita kepada saya tentang punca masalah yang di hadapi oleh kelab/company itu: orang lain.

Sebagai seorang konsultan, saya kadang kadang di panggil untuk ‘membawa padang golf ke tahap yang lebih baik’ bukan kerana ada masalah di padang tersebut tetapi kerana pihak pengurusan inginkan improvement yang mereka rasa pasukan sediaada tidak dapat berikan, mereka cari orang luar. Kadang-kadang mereka hanya mahukan pendapat dari pihak ketiga kerana penjaga padang meminta kos yang tinggi untuk pembaikan: hampir setiap kali saya lihat peristiwa ini; ia adalah peristiwa malang. Kita mahukan  pembaharuan dari segi result tapi tidak mahu ubah apa yang kita buat: mana mungkin? Kata Albert Enstein “Membuat perkara yang sama berulang ulang tetapi mahukan result yang berbeza adalah satu kegilaan”

Bila saya berbual dengan pengurusan atas ataupun pekerja bawahan, saya selalu perasan bahawa jawapan yang sama akan saya terima: ‘Pihak satu lagi perlu ubah sikap’. Isu isu ini mengingatkan saya kepada suatu cerita tentang Sun Tzu. Sun Tzu adalah pengarang buku ‘Art of War’ buku tentang peperangan tetapi di jadikan sebagai buku taktik pengurusan juga. Buku itu di tulis lebih 2,000 tahun yang lalu dan telah di terjemah ke dalam pelbagai bahasa. Pada waktu ia di tulis, Sun Tzu bukan lah seorang jeneral tetapi seorang sarjana.

Saya baca terjemahan buku itu yang di sunting oleh James Clavell, seorang penulis novel barat yang terkenal dengan buku buku Taipan, Shogun dsb lebih kurang 25 tahun yang lalu. Saya baca buku itu sewaktu saya masih bekerja di syarikat perladangan dan ianya satu satu buku yang saya ‘terbakar’. Di ladang kelapa sawit saya, generator elektrik akan di tutup pada pukul 10 malam dan jika saya masih ingin terus membaca saya akan letak lilin di tengah muka surat buku yang saya dirikan. Saya mungkin terlelap dan buku itu terkena lilin.

Jika anda ingin cerita yang tepat, Google Sun Tzu and the emperor of Wu (nama salah satu negara di kawasan itu, China belum di satukan lagi) ataupun dapatkan buku Art of War oleh James Clavell.

Ceritanya begini: Buku yang di tulis oleh Sun Tzu menjadi terkenal hingga kan ia menarik perhatian maharaja. Maharaja memanggil Sun Tzu ke istana dan bertanya jika bagus sangat ke buku kau ni?

“Ya tuanku” kata Sun Tzu “sudah pasti”

“Semua 13 bab tu boleh di gunakan dalam peperangan?” tanya maharaja.

“Benar tuanku, semuanya boleh di gunakan dalam konteks pertempuran dan peperangan” jawab Sun Tzu.

“Boleh kah isi kandungan buku ini beta uji?” tanya maharaja lagi.

“Boleh tuanku”

“Boleh kah isi kandungan buku ini beta uji ke atas perempuan?”

“Boleh tuanku”

Maharaja mengarahkan semua perempuan yang berada di dalam istana untuk keluar dan beratur di medan perbarisan. Seramai 180 orang perempuan keluar. dan berbaris. Sun Tzu telah menyusun mereka kedalam dua pasukan yang sama ramai anggota dan menjadikan gundik-gundik kegemaran maharaja sebagai ketua tiap pasukan.

“Adakah anda tahu mana depan mana belakang, mana kiri dan kanan?” Tanya Sun Tzu kepada perempuan perempuan tadi.

“Ya” jawab mereka serentak.

“Baiklah, semua orang; PANDANG HADAPAN!” jerit Sun Tzu ala ala sarjan major perbarisan gitu. Semua wanita tersebut berdiri tegak. “Baris! PUSING KANAN!” kata Sun Tzu seterusnya. Serta merta semua wanita tersebut terbongkok bongkok gelak/ketawa.

Dengan tenang Sun Tzu berkata “Jika tentera tidak tahu atau tidak pandai menjalankan arahan, ataupun jika arahan tidak jelas, maka ia adalah kesilapan jeneral” Maka Sun Tzu pun mula mengajar dan membuat latihan tentang bagaimana untuk berpusing ke kanan, kebelakang, ke kiri dan sebagainya dalam barisan.

Setelah puas hati bahawa wanita wanita tersebut telah mempunyai pengetahuan dan latihan yang cukup, Sun Tzu memberi arahan perbarisan lagi sekali “Baris! Baris Sedia! Baris; PUSING KANAN!”. Sekali lagi wanita wanita dalam barisan terbongkok-bongkok ketawa.

Kata Sun Tzu “Jika arahan adalah jelas, jika askar telah di ajar dan di latih tetapi masih lagi askar tidak dapat mendengar arahan, maka ia adalah kesalahan pegawai” Maka Sun Tzu memberi arahan supaya ketua kedua dua pasukan iaitu gundik kegemaran maharaja di tarik dari barisan dan di pancung kepalanya.

Sang Maharaja yang sedang memerhati dari atas astaka telah menghantar utusan kepada Sun Tzu dengan berkata “Beta telah melihat kebolehan kamu dan beta akui kebenaran buku itu. Tetapi makanan dan minuman beta tidak akan terasa sama jika wanita berdua itu tiada lagi. Cukuplah setakat ini sahaja”.

Sun Tzu menjawab “Setelah mendapat titah perintah dari tuanku dan menjadi jeneral di raja, ada arahan yang tidak dapat kami patuhi” dan seterusnya memenggal kepala kedua dua gundik maharaja dan melantik dua wanita baru menjadi ketua pasukan.

Sekarang bila arahan di beri, ‘askar-askar’ Sun Tzu dengan patuh dan rapi boleh mendengar arahan dan mampu membuat perbarisan dengan betul. Tanpa bunyi, tanpa ketawa dan tanpa komplen.

Sun Tzu kini menghantar utusan naik ke astaka dan memberitahu maharaja, “Askar askar tuanku kini telah sedia untuk di periksa barisan dan boleh di uji”.

Utusan dari tuanku pula berkata “Biarlah. Sang Jeneral boleh tamatkan perbarisan. Beta tidak lagi mahu turun atau meneruskan ujian”

Jawapan dari Sun Tzu: “Maharaja hanya pandai berkata-kata tetapi tidak mahu bertindak”.

Selesai membaca ini saya pasti ramai di antara kita yang teringat tentang tempat kerja kita dan bagaimana si polan dan/atau si polan boleh masuk kategori tertentu. Kita tak ingat tentang diri kita.

Siapa yang boleh di jadikan pengajaran?

  • Maharaja? Orang atas yang mahu itu ini tetapi tidak dapat memberi kebebasan bertindak atau tidak mahu bertindak sendiri atau tidak mahu memberi peruntukan?
  • Si Jeneral? Orang yang sepatutnya mengajar, memberi latihan dan SELEPAS ITU memberi arahan? Jika arahan tidak di turuti dia yang tegas dan akan ambil tindakan? Dan dia orang yang paling mahir dan berpengetahuan dalam bidang nya ataupun dia tahu untuk menggunakan kepakaran orang di bawahnya.
  • Mendiang pegawai-pegawai (yang kini tiada kepala) yang terlalu rapat dengan orang bawah maka tidak di hormati dan tidak dapat di ikuti? Akhirnya kepala mereka yang di potong.
  • Gundik kegemaran? Orang yang di lindungi oleh orang atas maka tidak boleh di sentuh atau di suruh, jauh sekali di hukum? Walau tidak boleh perform, tapi tidak boleh di marah. Mungkin staff yang dah lama, mungkin yang mulut paling laser? Mungkin rapat dengan owner? Mungkin orang kuat Union?
  • Atau adakah kita askar biasa yang dah lali dengan segalanya? Tak hairan dengan apa apa lagi? Bila ada arahan untuk pusing, kita pusing, bila arahan untuk berdiri, kita berdiri; lain kita tak tahu. Kita buat apa, tak buat apa, gaji jalan. So… peduli apa.

Jangan terlalu cepat memberi label kepada orang lain. Takut-takut, tanpa di sedari, orang lain pun memberi kita label dan masalah sebenar di tempat kerja itu adalah… kita. Semoga kita lebih mengenali diri kita sendiri (ni ada dalam buku Art of War) dan memperbaikinya.

Untuk berlakunya perubahan; ia mesti bermula dari kita.

“I am the Master of my Fate, the Captain of my Soul” William E Henley.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: