Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Tips networking

Posted by mynormas on September 2, 2015


Seminar GCSAM AGIF akan berlangsung dalam beberapa hari lagi, sudahkah anda mendaftar? Jika belum, dapatkan borang anda di sini. Masih ada beberapa slot lagi setakat hari ini (Ahad 30 Ogos. Post ini akan auto-publish pada pagi Rabu). 

Anda tidak patut lepaskan peluang belajar topik topik yang bagus dari speaker yang berpengalaman di sebuah kelab terkemuka di Malaysia.

Satu lagi sebab untuk hadir ialah ini adalah peluang untuk meluaskan kenalan anda melalui networking. Jika anda tidak pasti caranya, cuba baca tips di bawah.

Jika anda mencari tempat untuk tinggal yang berdekatan, cuba Kino Hotel 03-5120 1888 atau Orange Hotel, 03-5525 3353 kedua duanya di Kota Kemuning, lebih kurang satu kilometer dari kelab golf Kota Permai.  

Another reason not to miss out is that this is a perfect event to network with peers and prospects.

Get the forms for the event from a previous post. Hurry, only a few empty slots left. If they are none; tell them I said its important that you attend and to please, add just one more slot. If you are looking for a place to stay nearby; try Kino hotel 03-5120 1888 or Orange hotel 03-5525 3353 both in Kota Kemuning about a kilometer or so from the club.

If you would like to know the finer points on how to make new friends aka networking, in the slides below are some tips in English.

1. Pergi dengan tujuan. Ingatkan diri anda kenapa anda ada di sana. Anda menggunakan masa dan wang yang berharga untuk berada di sana, maka buat rangkaian kawan baru dan timba ilmu; jangan buang tenaga. Buat target untuk diri anda contohnya, berkenalan dengan tiga orang atau belajar dua (atau tiga, atau empat) perkara baru.

2. Gunakan orang yang anda dah kenal. Jika anda kenal orang yang ada di situ, minta mereka untuk kenalkan anda kepada orang yang anda rasa boleh membantu anda atau orang penting dalam industri. Ini menjimatkan masa dan perasaan cemas untuk berjumpa dengan orang yang anda belum kenal atau orang yang anda rasa ‘orang besar’.

3. Berseorangan. Jika anda menghadiri majlis atau seminar itu dengan kawan-kawan sekerja, jangan terperangkap dengan mereka dan tidak mahu berpisah sepanjang waktu. Bercakap hanya dengan orang yang anda kenal akan mengurangkan peluang anda untuk bertemu dengan orang baru.  Mulakan dengan sengaja duduk di sebelah orang yang anda tidak kenal sewaktu majlis atau seminar ataupun masa makan atau coffee break.

4. Kenali kawasan. Perhatikan kumpulan kumpulan orang sebelum membuat memilih untuk menyapa atau menegur. Cari orang yang anda rasa akan bersifat positif jika di sapa/tegur. Biasanya ini adalah orang yang sedang bersendirian ataupun sedang menunggu kawan berbual; mungkin juga mereka dalam kumpulan dua/tiga orang dan anda lihat ada peluang untuk masuk. Anda boleh lihat dari gaya badan mereka; jika badan mereka meng-arah keluar dari kumpulan, mereka mungkin sedang berborak kosong dan boleh menerima orang baru.

5. Perhatikan gerak dan gaya badan anda sendiri. Memeluk tubuh, ataupun melipat tangan di hadapan badan anda dan memandang ke lantai akan memberi isyarat yang anda tidak mahu berbual. Buat ini: tangan di sisi dan pandang orang yang di hadapan anda, ini akan membuat mereka berasa lebih selesa untuk menegur atau menyapa anda.

6. Permulaan bicara. Jangan rasa bahawa anda perlu menjadi orang paling bijak ataupun perlu ada ‘isi’ untuk memulakan kata-kata pengenalan. Memulakan perbualan boleh di buat dengan membuat komen tentang padang golf Kota Permai (tempat seminar minggu depan) atau tentang dewan di mana anda berada, tentang penceramah sebelum itu ataupun tentang makanan, “Datang dari mana?” adalah contoh permulaan yang baik untuk memulakan perbualan.

7. Awas salaman tangan anda. Jika anda memulakan pengenalan dengan bersalam atau menjabat tangan, hulurkan tangan dengan yakin dan pegang tangan kenalan anda dengan tegas, bukan sampai nak patah tulang, tetapi jangan sampai kenalan anda rasa salam dengan anda macam pegang ikan. Pandang mata mereka dan senyum.

8. Bertanya soalan yang perlukan jawapan panjang. Soalan yang bertanyakan apa, siapa, kenapa, bila dan bagaimana adalah bagus, bukan soalan yang memerlukan jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ atau ‘Sudah’ sahaja. Contohnya “Dah makan?” akan di jawab “Dah”: habis cerita, tetapi “Apa pendapat anda tentang makanan di sini?” mampu menjana perbualan lebih panjang. Kita mahu mendengar pendapat dan idea baru dan juga melatih kita untuk mendengar dengan baik.

9. Jangan terlalu pemurah dengan kad anda. Jadikan ia mahal, jangan jadikan seperti bagi daun terup di meja judi. Kita bukan berlumba untuk mendapat kenalan paling ramai, tetapi kenalan yang berkesan dan berkualiti. Pastikan kad anda mudah anda capai dari poket anda dan kad yang anda terima di poket lain. Bagi kad bila di pinta ataupun bila mereka beri kad kepada anda. Bila anda terima kad orang, pegang, lihat, baca di depan dia dan sebut nama dia; ini akan membantu anda ingat dan juga menyebabkan dia bangga. Semua orang bangga bila nama dia di sebut dengan hormat oleh orang lain. Masuk dalam poket kiri. Kemudian baru seluk poket kanan, ambil kad dan bagi kad anda; pegang dengan dua tangan, hulur pada dia dan kata “Ini kad saya”.

10. Jadi pemurah. Jika anda rasa anda boleh membantu, maka tawarkan kepada mereka tanpa mengharapkan apa apa balasan. Orang akan ingat anda dan akan mahu membalas kebaikan anda walaupun jika mereka tidak menerima tawaran pertolongan anda.

Semua di atas bukan idea atau karangan saya sendiri, sebaliknya adalah terjemahan dari artikel yang di terbitkan di Forbes dan di tulis oleh Deborah L Jacobs bertajuk “How to work a room like you own the place” berdasarkan buku oleh Nisa Chitakasem, bertajuk135 Networking Career Tips. Hakcipta terpelihara. Untuk perhatian; saya ada tambah sikit-sikit untuk konteks kita di Malaysia. 
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: