Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Menyiram rumput

Posted by mynormas on October 16, 2011


Bagaimana patut kita menyiram rumput? Ada dua tiga sebab kita menyiram rumput.

  1. Kerana rumput memerlukan. Diantara tanda-tanda: tanah kering atau rumput layu: ini ertinya perlu siram.
  2. Kerana kita meletakkan bahan keatas rumput yang perlu di siram supaya ia meresap ke tanah. Contohnya baja, setengah jenis racun, bahan pelembab (wetting agent),  topdressing dan sebagainya.
  3. Kerana cuaca terlalu panas dan kita menyejukkan permukaan tanah untuk melindungi akar rerambut atau menurunkan suhu permukaan. Siraman ini dinamakan ‘syringing’ dan bukan bertujuan memberi rumput air; HANYA untuk menyejukkan permukaan. Ertinya siraman dua minit biasanya mencukupi. Untuk kawasan yang rumput di potong pendek, contohnya green di padang golf (3-6mm) kadang kadang syringing di lakukan hingga dua kali sehari (contohnya kul 11pagi dan 2 petang)

Jangan, jangan, jangan siram mengikut jadual. Contohnya setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Atau setiap hari pukul 4pagi. Jangan siram jika ia akan menyebabkan tanah lembab hingga ke malam: ini akan menyebabkan penyakit. Ertinya elakkan menyiram di kebanyakkan tempat selepas pukul 5 petang (ada tempat pukul 3petang pun dah tak boleh siram contohnya jika tempat yang teduh).

Amalkan siram di awal pagi. Ini memberi peluang tanah menyimpan air hingga ke tengahari di waktu ia paling memerlukan air. Menyiram di waktu petang; rumput mungkin kata “Aku dah nak mati kering baru kau nak siram!” dan juga akan menyebabkan tanah lembab hingga ke malam yang boleh menggalakkan kulat dan lumut.  Lagipun waktu pagi kurang angin yang menyebarkan air terlalu jauh/dekat (bergantung arah angin dan arah air).

Berapa lama nak siram? Siram jarang-jarang tapi lama-lama (Water irregularly but deeply). Ini akan menggalakkan akar tumbuh panjang mencari air. Siraman terlalu kerap akan memanjakan rumput. Pasal tu kita siram hanya bila rumput memerlukan, bukan ikut jadual. Biasanya saya siram 20 minit. Tapi awas, untuk kawasan yang terlalu curam atau tanah yang padat (air akan bertakung atau mengalir dan tidak masuk ke dalam tanah) saya mungkin akan menyiram 10minit x 2 ataupun 5minit x 4; tunggu hingga air meresap… dan ulang. Perkara ini perlukan pemerhatian dan pemahaman.  Lain tanah, lain siraman.

Sprinkler irrigation in a golf course

Sprinkler irrigation in a golf course.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: