Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Tukang kebun glamour (part 1)

Posted by mynormas on September 20, 2011


“Hello, excuse me, you GM sini ke? Padang you cantik lah” kata seorang pemain golf/bola kepada GM sebuah kelab/stadium ketika mereka terserempak di kedai makan kelab/stadium tersebut. “Thank you” kata Encik GM “ini adalah kerana program pembangunan sumber manusia yang sedang giat di lakukan ketika ini. It is all a team effort” “Team effort” adalah kata pujian yang paling sipi terkena kepada orang-orang yang menjaga padang, samada padang golf ataupun padang bola. Orang-orang yang bekerja di waktu awal pagi, di akhir petang untuk menyiapkan padang untuk pemain.

Kesian siapa yang ofis nya macam ni.

Siapa mereka ini? Siapa orang yang bertanggungjawab memastikan rumput dipotong, membetulkan kerosakkan paip, menyembur racun, mengganti lubang pin, menukar tee marker, menyiram, membersihkan longkang, memotong pokok dan seribu satu macam kerja lagi di padang?

Siapa mereka ini? Siapa mereka yang namanya tidak di kenali, kulit hitam di bakar matahari, mata pedih kepanasan, bekerja dalam risiko terkena bola golf, terhidu racun, dengan memakai baju lusuh, berbau baja organic, kalau kayu golf hilang; orang pertama jadi suspek, bila bercakap dengan mereka; ada golfer guna isyarat tangan seolah mereka tak tahu bahasa?

Siapa mereka ini? Siapa mereka yang ada padang golf anggap sebagai orang penting, atau dianggap tak penting; yang mempunyai jabatan paling besar di sebuah kelab golf; yang boleh mengharumkan atau membusukkan nama sebuah kelab golf; yang boleh merosakkan alam sekitar dengan racun dan baja jika lalai; yang mempunyai kelulusan tinggi atau yang tiada kelulusan; yang mempunyai belanjawan hingga mencecah jutaan ringgit setahun atau yang tiada belanjawan rasmi?

Siapa mereka ini? Kadang-kadang di puji, selalu juga di keji?

Kata orang dulu-dulu; lain padang lain belalang, kata orang sekarang; lain padang, lain lah nama penjaga nya. Kadang-kadang, mereka di panggil Pengurus Padang Golf, kadang-kadang, Eksekutif Padang Golf, ada kelab yang memberi mereka nama tinggi seperti Pengarah Operasi Padang Golf atau nama biasa seperti Supervisor Padang Golf. Jarang-jarang mereka di panggil “Penguasa” (terjemahan dari perkataan Superintendent dari jabatan Polis). Saya ingin mencadangkan kita tetap dengan nama Superintenden (tanpa ‘t’ seperti dalam Bahasa Inggeris). Selain itu, jawatan Greenkeeper (bukan goalkeeper) dan Groundsman juga telah mula di perkenalkan.

Apa pun nama di beri, tugas hakiki mereka serupa. Menyediakan padang permainan golf sebaik mungkin menggunakan sumber-sumber yang di beri, dengan kebolehan yang ada untuk pemain golf di padang itu, dan menjaga pelaburan atau harta tuan punya padang.

Orang yang kerja kat padang golf kena boleh kerja luar dan dalam; keperluan utama jawatan ini ialah orang yang suka bekerja di luar pejabat, sama ada di dalam panas atau di bawah hujan. Di masa yang sama, seorang Superintenden masih perlu tahu membuat kerja pejabat sama seperti eksekutif atau pengurus lain. Mereka perlu tahu menggunakan komputer, menjaga akaun, membuat laporan, memberi alasan dan kerja-kerja pengurusan yang lain. Ia juga adalah tugas yang melibatkan kombinasi sains dan seni; sains dari segi penjagaan dan seni dari segi penyampaian atau orang putih kata ‘presentation’. Belang-belang kat fairway tu bukan senang! Nak buat belang kiri ke kanan ke, kanan ke kiri atau terus dari tee ke green? Potong rough ikut arah jam ke lawan jam? Bila dan di mana kita nak letak pokok lanskap berwarna merah? Samada orang yang menjaga itu ada seni atau tidak yang membuatkan ada padang golf nampak buruk walau rough dia di tanam dengan pokok lanskap yang mahal, tapi padang lain nampak cantik walaupun rough dia sengaja tak di bela.

Gambar hiasan

Nak kerja kat padang golf; kerja atas pun boleh, kerja bawah pun boleh; maksud saya, kadang-kadang kerja seperti seorang boss dan menjadi ketua, kadang-kadang, kerja macam seorang buruh dan sama-sama mencangkul. Perawakan lembut dan menarik kadang-kadang di perlukan kerana kerja di padang golf akan menyebabkan pekerja terpaksa berhadapan dengan VIP besar dan terkenal, tetapi perawakan keras dan lasak juga di perlukan bila berhadapan dengan pekerja buruh yang memerlukan pimpinan tegas. Kerja di bahagian hadapan pun boleh, kerja di bahagian belakang; pun boleh.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: