Kerja di bulan puasa
Posted by mynormas on August 1, 2011
Di bulan puasa, biasanya trafik pemain golf dan atau bola kurang dan kebanyakkan superintenden/penjaga padang akan melakukan kerja yang paling memenatkan dalam banyak2 kerja di padang golf: pengudaraan green, atau biasanya di panggil sebagai hollow-tining walaupun kerja yang di lakukan bukan hollow-tining. Kalau di padang bola, kerja-kerja slicing ataupun juga hollow-tining seharusnya di lakukan, sebaiknya serentak dengan dethatching.
Di masa yang sama, saya dengar beberapa padang yang menangguhkan kerja tersebut kerana terdapat pertandingan besar ataupun masalah pekerja (?), mesin, bajet dan berbagai alasan lagi. Nasihat saya; jangan.
Pengudaraan green adalah sangat penting kerana mikro-organisma yang hidup dalam tanah (dan juga akar rumput) memerlukan udara untuk hidup. Kerja yang dilakukan seharian di atas green seperti memotong, membaja, menggelek (untuk melajukan green), serta juga permainan biasa akan memberi tekanan lalu memampatkan tanah dan mengurangkan tempat untuk berlaku pertukaran udara di dalam tanah. Mampatan juga mengurangkan laluan air untuk masuk ke parit saliran di bawah tanah.
Tanah lembab dan tiada pertukaran udara akan menyebabkan akar mati, mewujudkan lapisan hitam (black layer) dan akhirnya menyebabkan penyakit kepada green. Terlalu selalu, kita lihat padang tidak sihat dan kita tambah baja dan/atau bubuh racun makhluk perosak untuk mengubat tapi sebenarnya ia adalah di sebabkan oleh mampatan.
Selain itu, saya juga menasihatkan peluang ini digunakan untuk mengembalikan seri kepada peralatan di padang. Cuci dan cat kembali tiang bendera, mangkuk pin, kerusi tepi padang, tee marker, tiang gol, pagar, kerb jalan, tukar bendera, jahit balik netting gol yang koyak. Semua furniture dan fitting di padang yang tidak ada kesempatan di buat di masa lain; masa inilah peluang nya.
Alasan semua orang boleh beri. Kita perlukan pemimpin untuk melihat peluang di sebalik masalah.
Saya ada satu lagi gambar tentang padang yang tidak mempunyai jadual pengudaraan yang tetap dan akhirnya menderita tapi hari ni cari tak jumpa. Saya akan update di lain kali.
Jangan TIDAK buat pengudaraan, gunakan tine yang kecil atau buat verti-drain atau ventine jika tidak mahu mengganggu pemain, tapi JANGAN TIDAK buat pengudaraan. Bagi saya, kalau kita tak boleh buat pada bulan puasa, maka bulan lain akan lebih susah lagi.
Apapun, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang berpuasa dan juga kepada yang sepatutnya puasa tapi tak puasa. Semoga di beri petunjuk oleh Allah kepada kita semua. Amin…
Leave a Reply