Pembinaan green padang golf
Posted by mynormas on July 24, 2011
Baru-baru ini saya terlibat dalam perbincangan tentang pembinaan green di padang golf. Untuk pengetahuan tuan-puan yang tidak bermain golf, 70% dari permainan golf berlaku di atas green. ‘Green’ adalah bahagian padang golf yang berwarna lebih hijau dari biasa dan mempunyai bendera serta lubang untuk di masukkan bola untuk menamatkan permainan di suatu Lubang (Lubang 1, Lubang 2, Lubang 3 bla bla bla hingga Lubang 18).
Untuk perbelanjaan padang golf – walaupun green merupakan hanya 1ha dari padang golf yang mungkin seluas 80ha – hampir 50% mungkin di habiskan di green. Seorang bekas boss saya pernah memberitahu saya hampir 18 tahun dulu: “The green is the heart of the golf course”.
Maka pembinaan padang golf rata-ratanya berkisar tentang pembinaan green dan saliran (drainage). Kita akan bincang tentang saliran dalam artikel lain tapi kali ini saya akan menyentuh secara ringkas tentang pembinaan green.
Ada 4 cara utama pembinaan green.
- USGA method atau cara Persatuan Golf Amerika Syarikat. Di mulakan pada tahun 1960, ia masih digunapakai dengan hanya sedikit pindaan (pada tahun 1993) 50 tahun kemudian. Ia diperkenalkan hanya selepas kajian secara intensif telah dijalankan. Ia mempunyai beberapa lapisan; subgrade, lapisan saliran yang mengandungi paip pvc atau plastik, batu gravel, satu lapisan pertengahan (intermediate layer), zon akar yang mengandungi bahan organik dan permukaan berumput. Setiap lapisan ini perlu menepati kriteria-kriteria tertentu.
- California greens yang di cipta pada tahun 1970an di Universiti California-Davis. Ia berbeza dari green USGA kerana ia hanya mempunyai lapisan 100% pasir di atas lapisan saliran. Ia lebih mudah di bina dan lebih murah.
- Hybrid di antara USGA dan California greens. Cara ini mengkombinasikan cara California yang hanya mempunyai dua lapisan utama dengan menambah satu lapisan zon akar dan/atau menggunakan saiz dari USGA sebagai spesifikasi.
- ‘Push-up greens’ yang seharusnya tidak di kelirukan dengan ‘push-up bra’ ialah green yang boleh didapati di padang golf lama. Ia mudah di kenali kerana green akan kelihatan seperti busut yang lebih tinggi dari tanah sekeliling. Green ini di bina dengan tanah tempatan (native soil) yang kadang-kadang di ambil dari korekan untuk membuat bunker atau membentuk fairway. Green ini mudah mampat dan sebenarnya banyak orang yang membuat green ini dengan alat yang sama seperti membuat green pasir; menggunakan mesin besar. Membuat push-up green ertinya kita hanya boleh menggunakan jentera ringan seperti kereta sorong, cangkul dan sebagainya sahaja. Nak nyalakan rokok pun kena guna mancis tak boelh guna lighter (part ni tokok tambah sikit).
Saya akan cuba untuk menjelaskan satu persatu dalam artikel lain akan datang.
minneapolisseo.org said
Keep up posting the great posts! Is there anyway to sign up
for a newsletter or notification list to be notified about new up-dates here?
LikeLike