Rekabentuk lanskap: nak tanam apa, kenapa dan bagaimana.
Posted by mynormas on June 8, 2011
Rumput hanyalah sebahagian dari lanskaping. Bahagian-bahagian lain yang berkaitan ialah pokok, pokok renek (shrub), kolam, ukiran dan sebagainya. Oleh kerana kadang-kadang saya di minta untuk memberi tip rekabentuk lanskap, saya kali ini nak bercerita sedikit tentang hal itu.
Ada macam-macam cara untuk merekabentuk lanskap. Ramai dari kita merasakan bahawa nak lanskap halaman rumah hanyalah tanam rumput, pokok, bunga dan juga batu hiasan; semuanya di susun mengikut citarasa tertentu. Sebenarnya ada tiga cara untuk merekabentuk lanskap.
Jenis tumbuhan | Cara susunan | Pemilihan tumbuhan | |
Lanskap tradisional | Menggunakan tumbuhan bukan tempatan (dan mungkin ada juga tempatan) | Di susun secara bentuk formal (kadang-kadang ada juga tak formal) | Tumbuhan di pilih berdasarkan kecantikan sahaja. |
Lanskap semulajadi | Menggunakan tumbuhan tempatan. | Di reka supaya mencontohi kawasan semulajadi dan mengekalkan hidupan liar tempatan. | Tumbuhan di pilih berdasarkan kecantikan DAN nilai semulajadi serta untuk mengekalkan keadaan semulajadi suatu kawasan. |
Pemulihan ekologi | Menggunakan tumbuhan tempatan. | Di reka untuk menjadi suatu komuniti semulajadi dan memulakan proses ekologi. | Tumbuhan di pilih untuk memaksimakan struktur dan fungsi ekologi komuniti itu. |
Cara ketiga iaitu pemulihan ekologi tidak sesuai untuk halaman rumah walaupun mungkin ramai yang lebih suka untuk membiarkan lalang, semak dan pokok tumbuh liar dengan alasan ia adalah untuk kebaikan ekologi alam sekitar.
Cara kedua mungkin lebih sesuai di cadangkan untuk kegunaan kebanyakkan orang biasa. Kita akan menggunakan rumput tempatan seperti Cowgrass, Serangoon ataupun Mutiara. Tapi yang pentingnya ialah pemilihan pokok. Bila kita sebut pokok tempatan, maksudnya ialah pokok yang boleh di lihat di kawasan sekitar tempat itu; pergi ke Cameron Highland untuk membeli bunga yang tumbuh di sana ataupun membela satu spesis anggerik eksotik tidak lagi di anggap lanskap semulajadi.

Contoh lanskap “cara pertama”; kita nampak pokok cantik, kita beli dan kita tanam.
Carilah contoh di kawasan tempat tinggal kita dan kemudian beli atau mintak dari orang yang berkenaan – menggunakan tumbuhan tempatan tidak memberi lesen untuk mengambil tanpa kebenaran dari rumah sebelah. Kemudian, beri tumbuhan dan pokok itu ruang untuk tumbuh secara semulajadi dengan penjagaan yang minima. Bukan tidak berjaga langsung, tetapi biarkan ia tumbuh secara semulajadi; kita masih lagi memerlukan keseragaman atau corak tertentu.
Di sebuah kelab golf tempat saya bekerja dahulu, saya mengamalkan konsep ini kerana kawasan lanskapnya tidak berbela dari lama dulu dan saya tidak mampu membeli tumbuhan baru. Saya buang pokok yang paling sedikit dan tidak mempunyai nilai kecantikan (contohnya betik liar) dan biarkan rumpai dan pokok lain hidup secara semulajadi. Saya cuba biakkan rumpai yang mempunyai bunga warna putih dan ekor kucing supaya tumbuhan di situ kelihatan lebih seragam. Setiap tahun, saya akan hantar orang untuk memotong anak pokok (supaya tidak menjadi hutan) dan tumbuhan menjalar. Dalam masa setahun, kelab tersebut memenangi tempat kedua dalam pertandingan lanskap peringkat negeri.

Belanja minum?
Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!
5.00RM
Dengan pemilihan tumbuhan yang kita bincangkan di atas, kita akan terus pergi ke topik corak atau keseragaman rekabentuk. Prinsip-prinsip utama ialah:
- Konsistensi. Kita boleh terjemah ini sebagai mempunyai suatu tema tertentu (Bali, Zen, modernistic, simple dan sebagainya) ataupun semata-mata bersifat konsisten dalam memilih tumbuhan dari segi warna (warna hijau, warna cerah dsb), ketinggian (lebih tinggi dar 5 kaki, lebih rendah dari lutut dsb), sifat (menjalar, tropika dsb) dan sebagainya. Ia adalah tentang memberi ekspressi utama tentang lanskap kita.
- Keseimbangan. Ini tentang sifat simetri dalam lanskap; contohnya pokok palma di kedua-dua belah pintu masuk, mempunyai jumlah pokok yang sama di kiri dan kanan taman dan sebagainya. Sebenarnya “ketidakseimbangan” juga adalah suatu konsep atau prinsip dalam rekabentuk lanskap; iaitu bentuk abstrak atau ‘bebas-bentuk’ (free-form) tetapi masih lagi konsisten. Contohnya bentuk flower-bed yang bebas bentuk tetapi mempunyai bunga yang sama warna di dalamnya. Atau bila kita ada sebaris pokok palma hijau dan kita selangkan dengan palma merah pada jarak yang rawak supaya warna itu lebih ceria tanpa monotoni.
- Warna ialah sebab utama kita memilih bunga atau tumbuhan tertentu. Warna terang seperti merah, kuning dan oren akan nampak dekat dan warna lembut seperti hijau, biru dan pastel akan nampak jauh. Jadi jika menanam tumbuhan berwarna terang di hadapan dan warna lembut di belakang, halaman boleh kelihatan lebih besar.
- Garisan. Ini ialah tentang pagar, jalan, titian, susunan batu ataupun bentuk flower bed. Kita nak lurus ataupun berombak? Apa tema lanskap kita?
- Kadar atau proportion. Ini adalah prinsip tentang saiz bahan bahan dalam kawasan lanskap. Jika kawasan lanskap anda kecil dan anda akan menggunakan pokok kecil kenapa tiba-tiba ada satu ukiran besar di tengah-tengah? Biarkan semua tumbuhan, hardscape dan sebagainya dalam lanskap anda mempunyai saiz pada kadar yang serupa.
- Ulangan. Konsep ni sama dengan prinsip ‘konsistensi’ tadi. Cuma ingat satu benda; terlalu banyak satu warna atau satu tumbuhan akan membosankan. Tetapi terlalu banyak jenis atau variety juga akan menyebabkan lanskap nampak semak dan seperti tidak mempunyai rencana.
Kita berhenti di sini. Tapi ini tidak bermakna bahawa ini adalah muktamad. Masih ada banyak lagi bijak pandai di sana yang akan mempunyai idea atau prinsip rekabentuk lanskap mereka sendiri. Saya tidak suka kata orang lain salah dan saya betul. Kalau saya nampak rumah orang yang tidak menggunakan prinsip lanskap langsung, saya akan kata “suka hati dia lah, rumah dia”
Sila bantu saya dengan ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan ‘Click’ di mana-mana atau semua iklan di laman web ini.

Maintaining this Website. Sumbangan.
Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.
$10.00
Jangan lupa membaca part II artikel ini “Rekabentuk Lanskap: macamana nak mula”
Leave a Reply