Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Rumput atas Green

Dalam satu pusingan permainan golf, kebanyakkan masa akan di habiskan di atas green. Green merupakan hanya 2% dari keluasan suatu padang golf tetapi merupakan 75% tempat di mana sukan golf di mainkan; paling banyak di tunjukkan di TV; paling banyak kena maki.

Sebuah kelab golf ‘5 bintang’ boleh (dan telah) jatuh maruah kerana greennya. Ada padang golf yang terbuka kepada awam yang harum nama kerana greennya.

Ada empat cara untuk bina green. Tiga daripada cara itu melibatkan green di bina dengan mengorek sebuah lubang sedalam 18 inci yang sama besar dengan green itu, bahagian bawah green akan di bentuk supaya mempunyai kontur yang sama dengan permukaan green nanti.  Pendek kata, nak buat sebuah green, mempunyai  cara dan teknik khusus yang kompleks.

Di tambah lagi dengan GM, committee, director, tuan-punya, anak tuan-punya, secretary GM, member dan isteri member yang mempunyai niat baik memberi nasihat dan petunjuk sepanjang jalan. Sorang kata macam ni, sorang kata macam tu. Nak ikut, salah; tak ikut, takut.

Tapi di bahagian pertama artikel ini, saya hanya nak menyentuh tentang rumput yang di tanam di atas green di kebanyakkan padang di Malaysia. Ada green yang di tanam dengan rumput yang saya tak kenal – kekadang orang yang menjaganya pun tak kenal rumput tu…

Tifdwarf

Ini ialah variety rumput yang paling biasa di jumpai di green di padang-padang golf di Malaysia dan kawasan-kawasan yang seiklim dengannya. Ini adalah kultivar (kalau tak tau makna kultivar sila beli jilid lepas majalah GolfBuaya dan melanggan untuk jilid akan datang supaya tidak terlepas info rumput) yang di temui di negeri Georgia, Amerika Syarikat pada tahun 1965.

Ceritanya ialah pada tahun 1950, dua spesis rumput Bermuda telah di kacukkan untuk menghasilkan satu variety hybrid (kalau tak tau makna hybrid sila lihat jilid lepas) baru di namakan Tifgreen. Lagenda nya ialah kultivar Tifgreen ini telah di beri kepada beberapa Superintenden padang golf berdekatan dengan bandar Tifton, Georgia untuk di uji di atas green mereka.

Superintenden padang –padang golf tadi nampak tompok-tompok rumput yang kelihatan lebih pendek dari rumput sekelilingnya dan mengambil inisiatif mengasingkan rumput tersebut ke dalam nursery mereka. Nursery ini mereka jadikan tapak semaian dan ujian mereka sendiri. Akhirnya mereka memindahkan rumput katek (dwarf) ini ke atas green mereka dan mendapatinya lebih baik dari rumput Bermuda biasa dan Tifgreen dari segi ketinggian potongan.

Oleh kerana rumput ni katek (dwarf) dan mereka berasal dari Bandar Tifton, maka pada tahun 1965, kultivar Tifdwarf (Tif – ton + dwarf) diperkenalkan kepada dunia. Nasib baiklah nama bandar tu bukan Manchester atau Arsenal (Manchesdwarf? Arsedwarf?).

Disebabkan ia adalah suatu mutasi, secara genetiknya ia tidak stabil dan setelah beberapa generasi, terdapat banyak variasi lagi rumput Tifdwarf ini. Pasal tu lah Tifdwarf di satu padang tidak sama dengan padang lain, atau dari satu green ke satu green. Untuk superintenden yang rajin menanam semula green dengan rumput yang dari luar, mereka akan dapati green bertompok-tompok.

Kalau kita panggil orang CSI yang kita tengok kat TV untuk periksa DNA Tifdwarf ni, mereka akan fail, kerana perubahan genetiknya terlalu kecil untuk di cari. Lebih mudah (dan murah) untuk hantar kat UPM kita yang akan menanam semula rumput tersebut dan membandingkan sifat nya dengan sifat Tifdwarf yang diketahui dan menggunakan formula statistic untuk mencari kebenaran…

Who you calling a mutant?

Which one is the original Tifdwarf?

Ultradwarves (atau ultradwarf jika satu)

Tidak ada kaitan dengan Ultraman katek; ini adalah nama untuk generasi rumput yang berasal sebagai mutasi atau off-type (kalau tak tau makna off-type, cari GolfBuaya lama) dari Tifgreen, Tifdwarf atau lain-lain rumput. Contoh-contoh ialah Quality Dwarf, Classic Dwarf, PF-11, FloraDwarf dan Champion.

Adakah mereka lebih baik dari moyang mereka? Mereka memang tumbuh lebih rendah dan mempunyai keperluan baja yang kurang berbanding dengan Tifgreen atau Tifdwarf. Masalahnya ialah kita belum tahu lagi ketahanan atau kelemahan rumput tersebut kerana buat masa ini, mereka masih kurang di gunakan.

Satu lagi masalah yang saya risaukan ialah kerana ia rumput yang tumbuh sangat rendah, kita tidak ada kepakaran dari segi operator mesin, mekanik dan mesin potong green itu sendiri.

Saya pernah dengar nama ‘Superdwarf’ juga di gunakan. Ia juga tidak ada kena mengena dengan Superman katek, tetapi adalah nama untuk generasi rumput yang sama.

Tifeagle

Tifeagle ialah salah satu dari ultradwarf di pasaran. Ia adalah suatu mutan yang di perolehi dengan mengenakan sinar gamma ke atas stolon rumput jenis Tifway II pada tahun 1988. Ia bukan lah sangat baru kerana ia telah di uji di 25 buah padang golf di Amerika dari tahun 1993 hingga 1997. Ia boleh di potong serendah 3.2mm.

Tifeagle akan menghasilkan permukaan green yang lebih baik dari Tifdwarf tetapi di masa yang sama ia akan memerlukan peTifeaglenjagaan yang lebih intensif. Jika penjagaan kurang baik, ia akan mempunyai thatch yang banyak dan pemukaan putting yang buruk.

Jadi sebelum menanam dengan Tifeagle, sebuah kelab golf perlu memeriksa keadaan penjagaan permukaan green sekarang dan bandingkan dengan penjagaan Tifeagle. Jika mampu, baru tukar kepada Tifeagle; mampu bukan sahaja dari segi kewangan dan mesin tambahan, tetapi juga jadual penjagaan seperti dethatching, hollow-tine dan lain-lain yang lebih kerap dari Tifdwarf. Jika kelab hanya mempunyai 18 lubang dan pemain tidak sanggup di ganggu dengan kerja-kerja penyelenggaraan green, mungkin Tifeagle bukan rumput yang sesuai.

Rumput Serangoon

Ini adalah rumput atas green yang banyak di gunakan di Malaysia – samada di tanam atau tumbuh sendiri – tetapi paling sedikit di kenali. Malah ada beberapa padang golf di Malaysia yang menggunakan Serangoon sebagai rumput di fairway.

Amat jarang sekali padang golf yang akan di tanam semula atau padang golf baru yang akan memilih rumput Serangoon sebagai rumput di atas green atau fairway. Mungkin kerana ia adalah rumput tempatan dan bukan rumput orang putih? Saya faham sangat perasaan Serangoon ni. Kalau benda orang putih, bayar lebih pun tak apa, kalau benda tempatan; tawar sampai rugi! Kalau orang putih cakap; semua betul, kalau orang kita cakap; semua nak bangkang.

Balik pada cerita rumput; Serangoon boleh di potong rendah sehingga 4.4mm. Walaupun ini bunyinya macam tak berapa pendek tetapi di sebabkan rumput Serangoon lebih cenderung untuk tumbuh rata ke permukaan tanah dan tidak ‘berdiri’, ia boleh menjadi lebih laju dari rumput yang di potong lebih pendek.

Ia adalah rumput yang biasa di temui di kawasan tropika dan subtropika. Ia tahan cuaca basah dan kemarau sekali sekala – dengan cara mengecut dan menggugurkan daun.

Tapi bagi saya, yang paling istimewa tentang Serangoon berbanding dengan rumput lain, ialah ia tahan kepada suasana redup lebih daripada rumput lain. Padang golf yang banyak pokok besar di keliling green akan sesuai dengan rumput ini. Mungkin kerana ia mempunyai daun yang lebih besar.

close-up

Serangoon greens.

Mungkin jika lebih banyak penyelidikan di lakukan ke atas Serangoon, dan lebih banyak yang di ketahui tentang musuh-musuhnya, mutasinya dan lebih banyak publisiti di berikan ke atasnya, lebih banyak padang golf Malaysia yang akan memilih Serangoon sebagai rumput mereka.

Bentgrass

Cuma ada satu sahaja padang golf di Malaysia yang menggunakan rumput iklim sejuk ini. Padang golf tanah tinggi yang mempunyai cuaca sejuk semulajadi ini sesuai untuk rumput Bentgrass atau Agrostis palustris ini.

Rumput jenis ini boleh dipotong pada ketinggian 3 mm tanpa sebarang masalah. Kultivar baru rumput ini boleh di potong sehingga 2mm! Kajian di Universiti Cornell menunjukkan kelajuan green boleh sehingga 14 kaki pada ketinggian ini!

Tapi sebelum anda nak membuat tempahan membeli Bentgrass, ambil perhatian bahwa jika suhu sekitar menjadi 32 darjah Celsius dan suhu tanah melebihi 25 darjah. Pada suhu itu, pucuk baru berhenti tumbuh.

Satiri

Suatu off-type yang sepatutnya di cerita dengan iringan lagu Negaraku sebagai muzik latar. Satu-satunya rumput untuk padang golf yang di hasilkan menggunakan penyelidikan menyeluruh oleh tenaga pengajar university tempatan.

Setelah beberapa tahun menguji dan memberikan tekanan ke atas ratusan rumput yang di kutip dari padang-padang golf seluruh

A Malaysian cultivar of Tifdwarf

Satiri

Malaysia, para penyelidik gigih kita telah menyenarai-pendek beberapa rumput sahaja yang seterusnya di beri rawatan sama seperti di green padang golf. Rumput tersebut telah di tanam di atas green padang golf university tersebut. Kini rumput tersebut di gunakan di sebuah padang golf di lembah Klang.

Ia di laporkan rumput serupa Tifdwarf yang lebih lasak dan mampu di potong lebih rendah. Ia juga memerlukan penjagaan lebih intensif (tetapi bukan dari segi baja) tetapi akan memberi pulangan yang baik untuk usaha yang di beri.

Rumput buatan sendiri

Kadang-kadang ada Superintenden yang inovatif dan ingin memulakan suatu green baru dengan memilih off-type atau mutan di atas green sendiri.

Off-type ‘buatan Malaysia’ lain di beberapa padang golf tempatan lebih merupakan berdasarkan pemerhatian atau ‘ketidaksengajaan’. Malah saya tahu sebuah padang golf yang menggunakan rumput off-type sendiri tetapi selepas lima tahun, rumput tersebut tidak mengekalkan sifat-sifat asal. Masa di uji di nursery atau practice green memang cantik, tetapi bila tanam di green; beberapa tahun kemudian sifatnya yang sebenar baru di ketahui. Ni macam kawin jugak lah. Masa bertunang semua baik, bila dah kawin baru tau yang sebenarnya…

Di masa yang sama saya tidak menolak bahawa ini boleh membawa kejayaan. Contohnya Tifdwarf sendiri adalah suatu ‘ketidaksengajaan’ berdasarkan pemerhatian Superintenden yang menguji Tifgreen, dan kini Tifdwarf telah berusia lebih 40 tahun. Soalannya, jika silap, sanggupkah nak bongkar green semula selepas hanya tiga atau lima tahun?

Alternatif lain

Selain rumput di atas, adakah alternative lain? Tentu. Jika padang golf tersebut berada berhampiran dengan laut dan air pengairannya agak masin

rumput paspalum atas green

, rumput biasa akan mati, yang ada harapan hanyalah rumput Paspalum vaginatum dan kacukan darinya.

Ada beberapa padang golf di Amerika yang menggunakan rumput plastic di atas green tetapi rumput asli di atas fairway dan rough. Memandangkan penggunaan baja dan bahan kimia paling banyak ialah di atas green, maka ini mungkin cadangan yang bagus juga.

Rumput fairway di atas green? Saya pernah lihat rumput fairway digunakan di padang golf sederhana dengan kesan yang sederhana. Tapi jika golfer dan pengurusan happy, siapa saya untuk mengajar mereka? Bukan kah itu yang penting?

Macam-macam ada

Macam-macam rumput boleh di pilih untuk di tanam di atas green. Tapi pihak pengurusan dan golfer mesti realistic, selain dari kos tanam yang hanya sekali – walaupun ia boleh mencecah RM120,000 satu green – kos penjagaan jangka masa panjang perlu di ambil kira. Jika keliling green banyak pokok besar, kenapa pilih rumput yang mempunyai daun kecil? Rumput itu akan memanjangkan daunnya untuk mencapai cahaya matahari. Jika padang golf mempunyai bajet penyelenggaraan tahunan yang kecil kenapa pilih rumput ultradwarf?

Tapi paling selalu, paling paling selalu, ialah sewaktu penanaman semula atau penanaman kali pertama, kelab akan memilih rumput dari green kegemaran dari padang kegemaran mereka sebagai ‘ibu’ untuk menuai stolon. Jika rumput itu adalah Tifdwarf yang mempunyai genetic yang stabil, mereka mungkin berjaya. Jika tidak, semua kerja dan kos asal adalah sia-sia.

Tapi kecuali kalau saya tukar nama kepada Johnny atau Maxwell dan bercakap dengan slang, siapa nak dengar?

Kesimpulan

Tak boleh nak simpulkan kat sini dulu. Ada rumput baru dan ada rumput sangat baru. Ada rumput mahal dan ada rumput sangat mahal. Kepada kelab yang nak tukar atau ubah suai green dan nak beli rumput murah atau percuma; saya cadangkan untuk gunakan duit tu (duit nak ubahsuai green) untuk cat semula bangunan kelab atau halfway hut atau starter hut. Atau beli motor elektrik untuk Marshal.

Saya dah banyak tengok padang golf yang ada masalah rumput kerana mereka tanam green 4 dengan rumput yang di ambil dari green 7 yang di ambil dari green 12 (dua tahun dulu) yang di ambil dari green 9 (empat tahun dulu, tapi sekarang green 9 banyak rumput liar) yang di ambil dari nursery belakang workshop (empat setengah tahun dulu tapi sekarang dah mati) yang di ambil dari padang golf terkenal kat sebelah, masa arwah GM yang dulu baik dengan GM padang golf sebelah dan di arahkan oleh committee (sebenarnya arwah nak rumput dari padang golf lain, tapi committee tak setuju). Akhirnya kita dapat rumput yang dah melalui perubahan beberapa generasi, asal-usul nya tak di ketahui dan kemungkinan nya telah di cemari oleh rumput liar atau rumput fairway atau rumput mutasi.

Saya akan ulang perenggan di atas di lain keluaran. Ia penting. Kalau nursery yang kerja nya supply rumput kepada green di padang golf, encik dan puan, kawalan kualiti mereka sangat tinggi hinggakan mereka akan musnahkan rumput di nursery setiap beberapa tahun untuk di tanam semula dengan baka asli. Kepada sesiapa yang tertanya-tanya: saya tidak mempunyai nursery atau saham dalam mana-mana nursery.

Advertisements

5 Responses to “Rumput atas Green”

  1. zairul said

    Salam Tuan,

    Kami ni baru hendak menceburi lapangan golf dengan mengusahakan sebuah golf range yang baru. Sebuah green yang simple ingin dibuat untuk menambah perisa pada golf range kami itu. Sayangnya amat susah hendak mencari pengetahuan cara-cara membina lapangan green itu. Keluasan yang ada kira-kira 50″ X 20″.

    Sebarang nasihat dari Tuan amatlah di hargai.

    Like

    • mynormas said

      Cadangan ikhlas? Gunakan rumput sintetik. Nak menggunakan rumput betul tak berbaloi perbelanjaan menjaganya. Rumput sintetik low maintenance dan boleh digunakan bila-bila masa. Ia juga takde masalah tempat redup. Rumput betul perlu matahari 8 jam sehari: minimum. Perlu dipotong setiap hari. Di baja sebulan dua kali. Di hollowtine setahun dua kali. Ganti pin seminggu dua kali. Topdress pasir sebulan dua – empat kali. Racun serangga dan penyakit bila perlu. Dan the list go on. If you are part of golf course tak apa; they can treat your green as green no 19, but kalau ada satu saja memang tak berbaloi.

      Like

      • zairul said

        Terimakasih pada jawapan dan cadangan tuan itu. Saya akan mula survey pasal rumput sintetik pula lepas ni. Khabarnya agak mahal, namun biarlah asalkan berbaloi.

        Like

  2. awang alifah said

    salam. agak lama juga sy tak main golf sebab banyak masa saya habiskan membelai rumput.. biasanya masa main sy dan manager golf tu crita pasal isu isu semasa err err politik.. tak pun mengumpat tiger woods. tetiba manager golf tu perasan. nape u banyak cakap pasal rumput?? nak jadi manager golf juga ke katanyaa. jarang jarang orang pi main golf nak amik tahu pasal menyelenggara rumput. sepanjang saya bermain golf ( mcm lah dah pro hehe) saya tak pernah terfikir nak buat green kat umah. lepas baca blog ni baru tercetus idea tu. carpetgrass ada jual rm6 sebesar 1×2 kaki kat nursery. kalau nak potong potong baru tanam (sebab nak save bajet) boleh ke? saya nak buat dalam bentuk bulat ala ala green gitu saiz diameter 10 kaki.

    Like

    • mynormas said

      Sebelum nak buat green; pastikan 2 benda.
      1. Matahari minimum 8 jam sehari. Tiap2 hari (except hari hujan lah).
      2. Ada mower yg boleh potong 5mm.
      3. Ada masa sebab green tak boleh lebih 2 hari tak di potong.

      Ambik rumput potong tu, cuci hingga tanah pasir tak ada, lepas tu cerai2kan dan tanam macam tanam padi. Ini kita panggil teknik sprigging. Boleh cari info cara tanam di blog ini.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: