Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Bagaimana seorang konsultan boleh membantu

Jika anda adalah seorang yang menjaga padang bola ataupun stadium, mengupah seorang konsultan boleh memberi impak dan kesan ke atas kawasan jagaan anda.

Bagaimana seorang konsultan boleh membantu anda:

  • Seorang konsultan boleh memberi pendapat pihak ketiga bila berlaku perbezaan pendapat atau perselisihan faham di antara dua pihak. Contohnya; di antara Persatuan bola dan pengurusan stadium.
  • Seorang konsultan juga boleh memberi pendapat yang bebas bila tiba masa untuk membuat keputusan yang sukar. Contohnya pemilihan rumput; atau samada pembinaan semula di perlukan; atau bila padang perlu ditutup untuk kerja-kerja pemulihan.
  • Seorang konsultan akan membawa bersamanya pengalaman yang luas untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh padang atau stadium tersebut. Dia mesti boleh menyelesaikan masalah kelab menggunakan sumber yang berada dalam kemampuan.
  • Seorang konsultan dapat melihat apa yang pengurusan dah menjadi lali. Dia akan melihat benda yang sama dari perspektif baru yang berbeza.
  • Seorang konsultan ialah seorang yang akan membantu pengurusan padang untuk membuat jadual, program dan rutin penjagaan harian.
  • Seorang konsultan akan lebih peka terhadap teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyelenggaraan padang serta tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
  • Konsultan anda seharusnya seorang yang tahu tentang cuaca tempatan, cara bekerja dan faham tentang keadaan semasa padang dan kemahuan pelanggan anda.
  • Konsultan bukan lah seorang yang mengejar kerja di tempat anda tetapi akan membantu anda untuk melatih pasukan anda untuk menjadi seorang penyelenggara padang yang lebih baik.
  • Seorang konsultan tidak seharusnya mempunyai hasrat tersembunyi memaksa anda membeli  baja, mesin atau lain-lain produk walaupun anda tidak memerlukannya.

Paling penting untuk anda ialah; memilih konsultan berdasarkan – bukan sahaja jumlah tahun dia bekerja dalam bidang tertentu atau umurnya – tetapi juga kepelbagaian pengalaman dan juga seorang yang anda sendiri boleh sahkan cerita-cerita tentangnya dalam industry tempatan.

5 Responses to “Bagaimana seorang konsultan boleh membantu”

  1. fadzli said

    salam,

    Saya ada beberapa pandangan yang encik normas boleh membantu mengenai pengurusan padang bola sepak..boleh tak jika encik normas memberikan email?

    Like

  2. mantep nih, sukses terus untuk semua konsultan.

    Like

  3. Walad Salleh said

    ASLKM En Normas…Saya ada tanah terbiar 1 hektar di kg Sg Acheh Nibong Tebal,PP. skrg dh jd tempat penginapan dan habitat Babi hutan.. Igt nak buat nursery turf atau nursery pokok… cukup ka luas tu? 3 hektar jika dicampur tanah bapa saudara sebelah kiri dan kanan.

    Like

Leave a comment