Rumput secara umum:
Mempunyai halaman rumah yang cantik dengan lanskap yang menarik pastinya menjadi impian hampir setiap tuan rumah. Selalunya sebahagian dari impian tersebut termasuk lah kawasan berumput yang cantik seperti permaidani di hadapan atau di keliling rumah. Alangkah indahnya meluangkan masa di waktu petang atau hujung minggu bersantai di padang rumput dalam halaman sendiri. Malangnya bayangan anak-anak berlari berkejar-kejaran di atas rumput kadang-kadang berselang seli dengan bayangan kerja-kerja berat menjaga kawasan rumput tersebut seperti memotong, membuang rumput liar, membaja (dengan tahi ayam?) dan sebagainya.
Sebagai seorang yang telah menjadikan penjagaan rumput sebagai suatu kerjaya, saya ingin menggalakkan penanaman rumput hiasan sebagai sebahagian besar dari pelan lanskap rumah kita. Kekadang kontraktor yang menjual bahan lanskap kepada kita akan menggalakkan kita untuk menanam pokok hiasan daripada rumput. Mungkin kerana ia lebih mudah atau keuntungan yang lebih?
Saya merasakan – terutamanya untuk halaman rumah teres yang besar nya seumpama stem pada sepucuk poskad – kawasan lapang yang di tanam dengan rumput lebih bermanafaat dari di tanam dengan pokok bunga yang kemungkinannya selepas enam bulan, sudah tidak terbela lagi.
Sebenarnya terdapat 5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah
1. Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita.
2. Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah.
3. Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Dengarkan lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita. Atau bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda? “Rumah Pak Leman? Abang jalan terus sampai nampak rumah yang rumput macam padang golf tu lah rumah dia”
4. Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi.
5. Menaikkan harga rumah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai halaman rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding jika rumah tersebut di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
Selain dari itu, penanaman rumput turf mempunyai faedah-faedah lain yang bersifat lebih umum; tidak terhad kepada halaman rumah. Jika kita mempunyai tanah halaman yang besar, atau kita inginkan alasan mengapa tanah lapang kepunyaan majlis daerah kita perlu ditanam dengan rumput, beritahu mereka tentang 10 Faedah Utama Rumput.
1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.
2. Mengurangkan habuk. Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.
4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya.
5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.
6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu.
9. Nilai hartanah. Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.
10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.
reen said
halaman rumah saya sekarang di tanam dgn philipine grass & saya rasa sudah tersilap memilih rumput sbb tak ada masa utk maintain jadi memang tk lawa.. saya bercadang utk membuang rumput ni & ganti dgn cowgrass.. harap tuan dpt bagi cara2 yg betul dari mcm mana utk membuang rumput yg ada, langkah yg perlu di ambil sebelum menanam rumput baru supaya rumput asal betul2 mati & tak naik semula.. terima kasih banyak…
LikeLike
mynormas said
Cara yang terbaik ialah racun, biar, racun, biar lepas tu korek lebih kurang enam inci dalam dan buang tanah lama lepas tu taruk tanah baru dan kemudian rumput baru.
Tapi cara yang praktikal untuk kawasan rumah ialah – sebab saya tak suka orang yang tak terlatih (no offence) menggunakan racun – dengan hanya membuang 6 inci tanah atas lepas tu menggembur tanah bawah sebanyak 6 inci lagi (jika kawasan kecil, balik-balikkan dengan cangkul pun ok) teorinya ialah mempastikan akar rumput di keringkan oleh matahari.
Lepas tu taruk tanah baru sebanyak 6 inci dan tanam dengan rumput baru.
Selamat mencuba!
LikeLike
Reen said
terima kasih atas feedback tuan.. walaupun rumput sudah rapat sesuai utk diracun juga ke.. rumput dikawasan rumah saya dalam 900 kaki persegi.. kira agak besar juga bagi saya la, jadi cara mana yg lebih sesuai/senang, meracun atau mengorek? sebelum tanam rumput baru, perlu letak tanah kemudian pasir atau pasir saja sudah cukup utk cowgrass?
saya adala bertanye nursery kalau nak suruh dia nak tukar rumput saya mcm mana caranya… dia kata lepas korek rumput yg ada, letak pasir sahaja & tanam cowgrass.. tapi saya mcm tak berapa yakin elok ke kalau pasir tebal utk cowgrass?
LikeLike
mynormas said
Racun boleh bermasalah dan jika salah apply akar rumpai tak mati dan akan tumbuh semula. So korek mungkin still the best option, at least you buang akar sekali.
Apa yang di cadangkan oleh nursery boleh di pakai, pasir tu, jika tiada benih rumpai memang sesuai di gunakan sebagai tapak baru untuk tanaman semula.
LikeLike
fauzi said
As’salam..saya baru nk tanam rumput jenis mutiara..nk tanya selepas letak tanah baru adakah sesuai letak pasir sebelum letak rumput mutiara.?adakah tanah warna merah sesuai utk rumput mutiara?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Adakah sesuai letak pasir sebelum rumput mutiara. Secara umumnya; sesuai. Kecuali kalau pasir tu di ambil dari pantai (terlalu banyak sodium/garam) atau terlalu banyak selut (lama kelamaan akan jadi keras) dsb; otherwise, pasir adalah sesuai kerana pasir akan mengalirkan air kebawah supaya di atas tidak lecak/berlopak. Untuk alasan ini, lebih banyak pasir lebih bagus. Tetapi pasir tidak memegang nutrien (baja) dan air oleh itu jika pasir lebih tebal dari 6 inci maka hampir majoriti akar rumput akan berada dalam pasir dan penyiraman/pembajaan lebih banyak/kerap. Satu lagi kegunaan pasir ialah lebih mudah untuk diratakan ataupun di bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Jika tanah, kadang2 ia akan berketul ketul dan susah di bentuk.
Untuk rumah tuan, saya rasa mungkin 2-4 inci dah memadai. Terpulang…
Adakah tanah warna merah sesuai. Bergantung kepada beberapa perkara lebih kurang macam atas tadi. Dari mana asalnya? Adakah dia mengandungi nutrien yang cukup? Adakah dia terlalu banya sodium ataupun lain-lain bahan? Susah nak jawab sebenarnya. Jika ia memang pernah digunakan/disyorkan oleh orang lain, kemungkinan besarnya boleh. Biasanya, tanah merah tidak mengandungi nutrien yang banyak. Ia akan menyimpan air bila hujan dan melecakkan kawasan. Saya lebih syorkan tanah atas (warna hitam) dari tanah merah.
Selamat mencuba!
LikeLike
farhan said
assalamualaikum…ade cara x bgaimana nk tnam rumput di konkrit?
LikeLike
mynormas said
Yang saya pernah baca (tak pernah buat) ialah dengan cara menanam dalam kotak-kotak kecil lebih kurang 1kaki x 6inci dan setebal lebih kurang 4inci. Kotak-kotak itu di susun di atas simen tersebut. Bukan untuk tempat permainan; hanya untuk kawasan perhiasan. Jika salah satu rumput itu sakit, mati ataupun perlu di potong/trim, kotak tersebut di keluarkan dan diganti dengan kotak baru.
LikeLike
Aida Ezuan said
Salam,
Sy nk tanya rumput jenis apakah yang terbaik untuk laman yg luas dan tidak memerlukan penjagaan rapi, tidak panjang dan senang untuk maintain.
LikeLike
mynormas said
Cik Aida, saya rekomen sesangat untuk orang rakyat Malaysia ni guna Cowgrass saja untuk kawasan rumah. Di kecualikan tuan rumah yang ada tukang kebun atau yang seumpamanya.
Cowgrass lambat panjang (kecuali jika bawah teduhan), warna hijau gelap (tak payah baja), tahan lasak (padang bola banyak pakai), tahan lembab (yang tak keterlaluan, kalau banjir lama dia mati jugak), dan jika kemarau ia tak mati, sebaliknya menjadi dorman dan akan pulih bila air kembali ada.
Sorry lambat menjawab. Selamat mencuba.
LikeLike
Syed Z said
Assalam,
1-Saya tanam rumput cowgrass dalam 4 bulan lepas pada halaman saya yang hampit mencecah 4000sqft. Bagaimanapun cuaca bertukar menjadi panas sekarang dan saya menyiramnya 2x sehari dalam kuantiti air yang banyak. Bagaimanapun ia mula mati, menjadi coklat..adakah akarnya hidup sekiranya hujan turun semula? Apakah maksud dorman dan bagaimana rupa bentuk pisikalnya?
2- Saya memperaktikkan petua baja 8:8:8 tetapi sehingga sekarang saya belum potong rumput tersebut kerana cuaca panas yang menyebabkan daunnya seperti terbakar.
3- Bagaimanapun, ada tempat yang agak terselindung dari cahaya matahari, daunnya besar dan panjang. Adakah ini normal?
Terima kasih
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam.
Tahniah kerana tanam cowgrass.
Ia dormant bila tak cukup air. Berapa lama ia bertahan bergantung pada berapa banyak ‘bekalan makanan’ ada dalam rumput semasa ia hidup sebelum tu. So susah nak cakap. Kita hanya boleh tunggu dan lihat.
Ingat utk siram pagi dan tengahari sahaja. Jangan siram petang kerana tanah yg lembab waktu malam boleh menyebabkan penyakit.
Siram hingga tanah basah, bukan bertakung. Jangan over siram kerana akan mengalirkan baja tuan keluar dari root zone.
LikeLike
din said
salam..
saya nk tnye racun ape yg sesuai untuk membunuh rmput2 liar yg terdapat pada tanah baja sebelum kerja2 penanaman rumput dijalankan?
LikeLike
mynormas said
Saya cadangkan racun yang bersifat ‘sistemik’ atau racun serap; contohnya Round-up atau yang sama bahan aktif dengannya. Racun serap akan masuk sampai ke akar dan mempastikan akar, ubi, rhizom dan semua yang mempunyai potensi untuk tumbuh secara vegetatif akan mati. Dengan syarat; racun di aplikasi dengan betul. Jangan guna dos yang tinggi, tapi guna dos yang tepat dan ulang sekali lagi selepas satu minggu.
LikeLike
hairul said
Salam,
Minta tunjuk ajar tuan.. saya sgt baru dlm hal ni.. rumah saya adalah rumah baru dimana tanah laman saya (yang sebesar stem poskad 😉 ) adalah tanah merah. Saya bercadang utk tanam rumput. Boleh tuan bg nasihat apa yang perlu dilakukan step by step seperti apa yg perlu saya lakukan pada tanah tu dan rumput apa yang sesuai. Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Langkah2 penyediaan tapak tanaman (di petik dari Topik dalam laman web ini juga)
1. Ujian tanah (Soil test) Boleh dibuat di UPM atau bertanyalah kpd pegawai Jabatan Pertanian yg berdekatan. Tapi jika kawasan tanaman kecil dan awak menggunakan tanah bakar atau tanah hitam. Ini tak payah pun takpe.
2. Kawalan rumpai – Paling senang dengan pembajakan tanah. Racun pun boleh jugak, 2 – 3 round ke. Saya biasa cadangkan Round-up sebab dia racun sistemik jadi racun akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biar seminggu dua; lepas tu bajak. Untuk kawasan kecik tak perlu nak sewa Kubota macam nak bajak sawah; untuk kawasan halaman rumah boleh gunakan cangkul dan balik-balikkan tanah, pecahkan ketul-ketul besar. Biar akar rumpai kering di jemur matahari.
3. Pembersihan kawasan – Buang batu besar, tunggul, bangkai, dan lain-lain.
4. Pengairan dan saliran – Untuk halaman besar, park, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita tak nak di musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeringan. Kita juga tak nak, di musim hujan, air bertakung merata-rata. Di kebanyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran. Untuk kawasan kecil, memadai untuk merengkan sedikit permukaan tanah supaya ia mengalirkan air keluar dan tidak bertakung.
5. Baja – Ni utamanya pada org yg rajin (dan kaya) utk buat soil test tadi. guna kan lah baja yg mengandungi nutrien yg kurang dlm tanah. Paling tidak pun baja yg tinggi P nya utk menggalak akar. Masa ni lah jugak utk membetulkan pH tanah. Biasanya – gunakan kapur lime. Paling biasa orang buat ialah dengan menggunakan CIRP atau DAP pada kadar rendah.
6. Bajak – Untuk kawasan besar guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar atau untuk kawasan kecil menggunakan cangkul utk melonggar dan membalikkan tanah. Fungsinya ialah a. ‘membancuh’ baja atau kapur ke dalam tanah. b. membantu akar tumbuh ke dalam tanah c. ketulan-ketulan tanah yang lebih kecil juga menyenangkan permukaan tanah diratakan.
7. Rake – bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau menggunakan mesin). Kita boleh membersihkan permukaan tanah dari apa-apa yang dibawa keluar dari tanah sewaktu pembajakan; batu, ketulan tanah liat, ketulan emas, tulang dinosaur, batu nisan (!?).
8. Pembentukan tanah – Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk rupabentuk mukabumi tanah tu seperti yang kita mahu. Kita nak laman yang beralun ke, nak rata macam padang bola ke. Suka hati la. Hanya ingat, bukan untuk sekadar kecantikan, tapi juga untuk membantu aliran permukaan air ke tempat pembuangan air (sump, longkang; terbuka atau bawah tanah)
Pemilihan rumput: jika kawasan tuan kecil, saya pasti tuan mempunyai masalah teduhan dari bangunan atau pagar atau pokok. Maka rumput yang sesuai utk kawasan teduhan (maksud teduhan di sini ialah tidak mendapat 6-8 jam matahari sehari) ialah cowgrass, Pearlgrass dan Serangoon.
Selamat mencuba!
LikeLike
ahseng said
assalamualaikum tuan,
saya nak tanya, bagaimana caranya untuk semai rumput cowgrass/pearl grass dalam keluasan yang lebih lebar.ukuran tapak 40×200 kaki. jenis tanah, tanah merah subur denga tumbuhnya banyak pokok pisang liar dan semak samun.rumput ini akan di pindah kan ke projek lanskap mgkin bulan 4nanti.
dan bagaimanakah caranya untuk semaian kali ke dua?
LikeLike
mynormas said
Pastikan tumbuhan lama di musnahkan, terutamanya dari jenis rumput/rumpai, jika tidak ia akan menghantui kawasan lanskap sebagai rumpai.
Racun dan racun sekali lagi dengan racun serap (sila baca label) kawasan tersebut sebagai persediaan tapak. Bajak tanah tu lepas tu bajak lagi. Lepas tu mampatkan sikit, lepas tu tabur pasir. Tanam dengan kepadatan 80% (ertinya kalau luas kawasan 800kaki persegi kena beli rumput 640 kaki persegi, ok lah jadi kan 600 kaki pun pandai-pandailah). Baja dengan baja jenis DAP (bukan parti politik) untuk menguatkan akar.
Untuk semaian kali kedua, dengan syarat takdelah time frame 4 bulan macam nak buat semaian pertama tadi, dah boleh jolli sikit. Jarak kepadatan ialah 50% pun ok.
Selamat mencuba!
LikeLike
Rozie said
Assalammualaikum Tuan,
Saya baru saja beli rumah Terrece Lot conner di Johore dan rumah saya baru saja selesai renovations dan halaman rumah saya gunakan rumput mutiara, soalan saya ia-lah saya agak keliru kerana saya banyak membaca tentang rumput jenis muntiara, ada yang katakan mesti siram air satu hari dua kali dan ada yang kata tak boleh banyak air nanti akar rumput rosak, ada kata matahari yang banyak bagus untok rumput jenis ini, warna nya akan menghijau dan ada yang kata tak boleh banyak matahari, saya keliru mana yang saya patut ikut, please help me……. Thanks
LikeLike
mynormas said
Cik Rozie,
Ada yang betul dan ada yang kurang betul. Ia kurang tahan panas terik matahari – betul. Ia tak tahan air yang banyak – betul. Matahari yang banyak bagus untuk rumput – betul. Siram satu hari sekali – salah.
Rumput mutiara tak sesuai untuk tempat terbuka seperti padang bola tapi sangat sesuai untuk kawasan hiasan seperti laman. Kerana padang bola terdedah kepada matahari terik dan laman ada pokok, perabut, pagar dan bangunan yang melindungnya.
Untuk semua jenis rumput; selepas established iaitu lebih kurang 3 bulan lepas tanam; siram hanya bila rumput mula layu. Ini akan mengajar akar rumput tumbuh untuk mencari air. Siraman setiap hari akan menyebabkan rumput ‘malas’.
LikeLike
Zariah said
Hi, say a nak Tanya say a nak tanam rumput di bawah pagola yang Ada bumbung polycarbornat. Rumput jenis ape paling sesuai.
LikeLike
mynormas said
Puan, isu yang penting ialah rumput memerlukan matahari untuk hidup (cowgrass lebih kurang 6 jam dan rumput ‘carpet’ lebih kurang 8 jam). Puan perhatikan berapa jam matahari kah yang boleh di beri oleh pergola puan? Jika kurang dari 6 jam; boleh cuba Pearlgrass, but the area must be well-drained.
Selamat mencuba!
LikeLike
Hana said
Salam…..saya baru saja beli rumah semi d…..saya tgh keliru untuk menanam rumput….ada setengah cakap rumput mutiara lg senang dan cantik berbanding philipine grass….saya pun xtau yang mana satu….saya mahu upah nersery yang tanam….tu xpasti yang mana satu….setengah nursary ckp mutiara lg senang berbanding rumput carpet……
LikeLike
mynormas said
Puan. Buat keputusan berdasarkan keadaan dan kemampuan. Bukan kemampuan kewangan, tetapi kemampuan penjagaan.
Keadaan: Philippine grass memerlukan 6-8 jam matahari untuk survive. Cowgrass dan Pearlgrass boleh survive dengan 3-5 jam.
Kemampuan: Philippine grass perlukan penjagaan lebih rapi. Baja dan potong Philippinegrass perlu jauh lebih kerap dari Pearl atau Cowgrass.
Kalau puan sebenarnya nakkan Philippine grass kerana nampak lebih cantik tapi tahu bahawa akan ada masalah di masa akan datang. Buat bahagian depan dengan Philippine grass dan tepi dengan pearl/cowgrass. Tu pun dengan syarat depan rumah dapat cukup mentari. Sempadankan di antara rumput dengan solid object seperti stepping stone atau batu putih ataupun kolam. Jangan sempadankan rumput dengan rumput dan elakkan dengan shrub kerana penjagaan sempadan amat membazir masa.
Selamat mencuba
LikeLike
Azizan Mansor said
Salam,
1. Saya perasan saudara selalu mencadangkan penanaman cowgrass dan philippine grass dan jarang mencadangkan on pearlgass. Apa isu yang menyebabkan saudara jarang cadangkan pearlgrass?
2. Saya tinggal di kampung dan halaman rumah orang tua saya memang ditanam dengan cowgrass semenjak azali. Saya sedang bermain dengan idea untuk secara berperingkat menukar kepada pearlgrass. Ini kerana kawasan yang luas, dan pemotongan rumput sebulan sekali, menyebabkan saya terkejar2 untuk melakukan pemotongan rumput yang biasanya memerlukan dua hari untuk menghabiskan aktiviti bulanan ini. Cowgrass cepat panjang, dan dalam sehari ia boleh menampakkan perbezaan pertumbuhan.
3. Boleh kiranya saudara berkongsi ilmu berkenaan dengan pros and cons between cowgrass and pearlgrass?
Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Salam,
1. Mungkin saya silap. Saya selalu kategorikan cowgrass dan pearlgrass sebagai sama tapi jarang memaklumkannya. Mereka adalah dari satu genus malah mungkin satu spesis.
2. Adakah laman tuan/puan kurang mendapat cahaya matahari? Ataupun mungkin kerana tanah asal adalah subur itulah kenapa ia tumbuh panjang. Biasanya cowgrass lambat panjang berbanding rumput carpet lain. Adakah anda menggunakan mesin galas belakang yang memotong sangat pendek hingga ke tanah? Itu juga mungkin kenapa ia cepat panjang – reaksi untuk ‘cari makan’ – kerana rumput memerlukan daun untuk melakukan fotosintesis. Cuba gunakan mesin yang boleh di adjust ketinggian nya dan potong pada ketinggian yang sama setiap kali. Anda mungkin masih lagi perlu potong sebulan sekali tapi mungkin tidak perlu mengambil sampai dua hari untuk siap potong, sampah pun tidak terlalu banyak seperti sekarang (kan?)
3. Cowgrass lebih lasak. Pearlgrass hanya sesuai sebagai rumput hiasan. Pearlgrass tak tahan air bertakung (walaupun ia bertakung di bawah permukaan). Pearlgrass tak tahan panas terik. Rasanya itu sahaja.
LikeLike
Azizan Mansor said
Terima kasih atas penerangan.
Saya fikir beberapa idea yang saudara lontarkan seperti tanah yang subur masuk dek akal.
Saya menggunakan mesin rumput tolak. Mungkin juga paras pemotongan adalah rapat ke tanah, walaupun saya merasakan paras potong masih lagi tinggi. Walaubagaimanapun, saya akan cuba kaedah trial and error dengan meninggikan paras potong untuk melihat kesan pertumbuhan.
LikeLike
Azhar said
Saya baru sahaja 1 hari menduduki rumah baru, Semi D. Dan saya ingin menanam rumput sebagai hiasan di bahagian tepi rumah agar kelihatan hijau dan tenang. Kebanyakan komen2 di atas banyak berkisar psl cowgrass. Soalan saya, adakah cukup sekadar dengan tanha yg sedia ada boleh dijadikan tapak utk terus tanam cowgrass setlh melakukan step yg tuan cadangkan (bajak tanah, buang kotoran sisa-sisa dll) kecuali skip utk tambak tanah baru (tanah hitam) atau sy sekadar isi sedikit tanah hitam den terus tanam cowgrass. Bolehkan cowgrass tersebut hidup dengan keadaan begitu tanpa melakukan tambakan sepenuhnya tanah hitam (tanah baru) di bahagian permukaan. Anggaran keluasan tnh ialah 10kaki x 65 kaki (bahagian sisi tepi rumah, berkeadaan memanjang). Mohon nasihat tuan.
LikeLike
mynormas said
Tuan, tahniah kerana berpindah ke rumah baru. Oleh kerana biasanya cowgrass di jual dah mempunyai tanah nya sendiri (dijual dalam bentuk sod) maka tanah hitam tak lagi isu penting. Melainkan tanah tuan adalah tanah liat warna kuning yang tidak mempunyai nutrien apa-apa maka tuan perlu meletak tanah hitam di atasnya. Saya selalu mencadangkan lapisan pasir kerana pasir lebih mudah di bentuk.
Jawapan pendek untuk soalan tuan ialah: Boleh.
LikeLike
Azhar said
Terima kasih tuan. Cuma saya agak keliru, yg mana sy patut letak selepas pembajakkan, jika tanah rumah saya kekurangan nutrien. Tanah hitam atau lapisan pasir? Atau kedua-duanya sekali kah? Apakah yang dimaksudkan dengan lapisan pasir? Sebarang jenis pasir atau pasir putih bersaiz halus? Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Either one pun boleh, tapi jika di letak pasir sahaja kenalah kerap membaja untuk tahun pertama; sebulan sekali maxima. Lepas tu boleh kurangkan. Sebaikbaiknya pasir putih bersaiz halus supya tidak berlaku kemalangan sewaktu memotong rumput akan datang (pasir besar/batu beterbangan). Letak tanah hitam dulu lepas tu lapisan pasir pun ok. Mintak tolong tuan baca ruangan Penyediaan tapak dan soalan2 di bawahnya. Terima kasih.
LikeLike
Azhar said
Ok..terima kasih atas info & maklumbalas segera dr tuan. Sgt sy hargai 🙂
LikeLike
anniesa said
Tuan Normas,
Saya bercadang untuk tanam rumput cowgrass setelah membaca artikel tuan ni.. Laman yang sedia ada, tanahnya tanah batu, rumput pula tak sekata dan suami ada menanam beberapa pokok yang ‘dikira bolehla’ hidup jika dibaja tetapi macam tak cukup nutrien tanah. Dalam hal ini, perlukah saya membiarkan sahaja pokok2 yg sedia ada dan meneruskan projek ‘racun, biar, racun, biar, korek-buang, taruk tanah dan rumput’. Atau saya kena juga cabut semua pokok2 yang ade di laman.. minta pandangan Tuan.
LikeLike
mynormas said
Puan,
nak cabut pokok di taman tu bergantung kepada dua perkara:
1. samada pokok tu mengganggu konsep baru lanskap puan atau ia menambah ‘keindahan’nya? Kalau ia kelihatan out-of-place maka mungkin puan perlu korbankan satu atau dua. I mean, alang-alang nak tanam semula rumput, kenapa tak buat lanskap baru kan?
2. Satu lagi perkara yang puan kena fikirkan ialah jika puan memilih rumput yang dari spesis carpet contohnya Philippine, Manila, Japan dan apapun kecuali Cowgrass, pokok-pokok itu mungkin akan melindung dari matahari kerana rumput dari spesis carpet ni memerlukan minima enam jam sehari matahari. And we are talking about 12 months in a year, kalau paksi bumi bertukar sikit pada bulan Feb dan satu pokok tutup satu bahagian laman puan selama dua jam sehari maka laman tu akan mendapat rumput kurus panjang (mencari cahaya) dan menjadi nipis sebelum mati.
Selamat mencuba!
LikeLike
anniesa said
Tuan Normas,
Terima kasih atas cadangan tuan. Boleh tanya satu soalan lagi – apakah cara yang paling efektif untuk korek tanah laman 20’x75′ sedalam 6 inci. Memang mencangkul je ke optionnya, saya terfikir jentera pengorek, tapi ridicoulous kot utk laman rumah kan. 😀 Apakah tools yang boleh mempercepatkan proses korek tanah tu. Maaflah kalau ini soalan bodoh 😦
LikeLike
mynormas said
Puan,
Tidak ada soalan bodoh, hanya orang yang bodoh yang tidak mahu soal 🙂
Kami boleh gunakan mesin yang dinamakan sod-cutter yang akan membuang tanah sedalam dua inci tapi hanya jika tanah tersebut mempunyai rumput yang berakar. Satu lagi pilihan kami ialah kami menggunakan skid-steer loader atau org malaysia panggil Bobcat. Tapi jarang kontraktor rumah ada. Kontraktor nursery mungkin ada sod-cutter kerana ia digunakan untuk menuai rumput secara gulung atau petak petak besar. Puan tanya kontraktor dan puan akan dapati mereka akan cari jalan untuk buat.
LikeLike
anniesa said
Tuan Normas,
Memang terbaiklah.. terima kasih banyak2 ats nasihat dan pandangan tuan.. InsyaAllah saya akan survey nursery yg berdekatan dgn rumah dan plan betul2.
LikeLike
anniesa said
Reblogged this on TheSkyIsHigh and commented:
Setelah membaca artikel Tuan Normas, saya berasa teruja untuk memulakan projek tukar rumput baru laman rumah 🙂
LikeLike
farid said
Salam..nak tanye macam mana nak buang rumput lalang yg mencelah dekat rumput karpet yg baru di tanam..dah letih cabut je lalang tu tumbuh lalang baru..
LikeLike
mynormas said
Salam. Saya cadangkan tuan gunakan minyak. Minyak diesel ataupun minyak hitam lama; dua-dua saya pernah guna. Jangan cuba minyak urut ataupun minyak masak; saya tak pernah cuba. Biarkan dia panjang sikit lepastu menggunakan kain buruk, lumurkan minyak itu pada daun rumput. Hati-hati supaya minyak tidak menitis ke atas rumput yang tidak berdosa. Biarkan beberapa hari; bila dah puas hati dendam berbalas, cabut rumputtu. Teknik ni di gunakan di ladang kelapa sawit untuk membunuh lalang hingga ke akar. Nak guna racun Roundup pun boleh tetapi kalau halaman kecil ia tidak berbaloi, lagipun saya tidak menggalakkan penggunaan racun di kawasan rumah.
Nota: jangan merokok ketika menggunakan minyak ataupun racun!
LikeLike
Syed Azrin said
salam,
tanah di halamn rumah saya jenis tanah merah seperti di ladang kelapa sawit, sesuai ke utk tanam rumput hiasan?
terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Tuan, ratakan tanah tersebut; buat saliran atasnya dan letak selapis pasir setebal – sekurang-kurangnya – 4 inci lepas tu tanam rumput atasnya. Jika cukup siram insyaAllah ok.
LikeLike
Jas said
Assalamualaikum tuan,
Baru baru ni sy telah tanam laman rumah dgn pearl grass. Sampai 1/2 laman sy berhenti sb sy dapati terdapat air bertakung selepas hujan lebat. Tanah dikawasan tersebut tidak meresap air. Apabila sy korek sy dapati terdapat banyak tanah keras/tanah liat di bawah. Sy telah cuba membuang tanah tersebut tetapi sy terlalu banyak & membuatkn sy mengorek lebih dalam
Nak mintak tuan bg idea sikit macamana sy nk atasi masaalah ni. Samada sy teruskn tanam atau … (Sy pun dh kehabisan idea 🙂 )
LikeLike
mynormas said
Tuan. Apa yg tuan boleh cuba ialah:
A. Tambak sikit kat sebelah dengan tanah dari sebelah supaya tanah liat tu ‘mereng’ dan air mengalir keluar. Kalau tuan tak suka laman yg mereng, letak selapis pasir supaya nampak rata. Teori nya air akan tembus pasir, kena pada tanah liat dan mengalir keluar.
B. Buat longkang bawah tanah atau sub-soil drain. Korek longkang pada tanah tu, letak batu kerikil sampai permukaan tanah lepas tu letak pasir di seluruh permukaan dan tanam rumput.
LikeLike
Rezuan Rahim said
Assalam,
Rumput ape sesuai utk office, carpet grass ok x?
LikeLike
mynormas said
Kalau dalam office, rumput artificial…
Tapi kalau kat laman luar office, I cadangkan cowgrass if takde gardener ATAU kawasan tu teduh and Philippine grass kalau ada gardener DAN kawasan tu dapat matahari 6 – 8 jam sehari.
Nota: perkataan “ATAU” dan “DAN” tu penting dan mesti di ambil kira.
LikeLike
Mani said
Hi,
I tanam rumput karpet kat halaman rumah semalam… Hari ni rumput mula nampak semalam berwarna perang… Adakah ni normal dan saya kena kerap siram air atau problem dengan teknik menanam….? Please advice…? Thanks
LikeLike
mynormas said
Hi Mani, susah nak cakap. Cuaca panas semalam? Jika ya, ada kemungkinan.
It can’t be because of lacking fertiliser; the symptoms sounds too soon and too sudden.
Saya cadangkan refer balik to the nursery.
LikeLike
august said
tuan,saya baru perpindah ke rumah baru.dan saya br cuba utk tanam rumput philipine secara sod.tapak semua dh disediakan dgn top soil,baja kompos dan juga pasir.sekarang saya dh mula tanam secara sod.brapa lama kh utk rumput itu membesar.sod sy adalah sebesar 1×1 kaki.jarak diantara satu sod adalah lbh krg 3 inci.
LikeLike
mynormas said
Lebihkurang satu bulan insya Allah. Carpet grass mempunyai kadar per tumbuhan yang lambat.
LikeLike
august said
tuan,sbb skrang kat area kuching musim hujan tiap hari dan pagi td sy tgk keadaan tapak sangat basah dan ada air bertakung.adakah ini menjadi satu masalah bagi penanaman awal sod tersebut?sebab kalau ok,sy nak trskan utk buat mini nursery rumput tu.
LikeLike
mynormas said
Air bertakung memang masalah pada rumput bila2 pun. Saya cadangkan tuan settle kan masalah ni dulu sebelum proceed.
LikeLike
august said
petang td sy tgk ok aje,takde air bertakung.mungkin disbbkan hujan semlm.nk tanya,kalau dh sehari ni cuaca panas,daun rumput masih kelihatan hijau dan tapak masih lembap,kebarangkalian utk hidup adalah besar or tak tuan?dan kelihatan ada akar yg dh mula kuar ke tanah.adakah ini petanda baik?tq
LikeLike
mynormas said
Petanda baik. Kita tunggu dan lihat. Nanti kalau ada yang kurang kita tambah balik…
LikeLike
dalini said
Sy bru nk tanam rumput carpet..klau sy tanam trus atas tanah..yg ada sedikit btu..blh ker…klau sy xnk letak pasir xapa ker..
LikeLike
mynormas said
blh
xapa
LikeLike
syasha said
assalamualaikum…
sy nk tnya…sy ada tanam Philippine grass di kawasan yg sederhana luas…tp selepas 5bln tanam pun masih kelihatan tidak cantik…x hijau sgt & tumbuh byk rumput liar…apa yang patut sy lakukan…
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam.
Cuba saya teka, kawasan puan redup? Tak dapat matahari 8 jam sehari? Betul?
Philippine grass akan tumbuh kurus, panjang dan jarang. Oleh kerana tak cukup matahari, photosynthesis kurang dan daun tak hijau. Oleh kerana ia tumbuh panjang mencari matahari, bila potong, akan potong batang, bukan daun.
Mungkin cowgrass lebih baik.
LikeLike
syasha said
klu ikutkn tempat yg sy tanam ni tempat terbuka dn dapat cahaya matahari 100%…tp rumput tetap jg x sihat…banyak tumbuh rumput liar…apa yg patut sy lakukan?/
LikeLike
mynormas said
Merumpai. Cabut rumput liar. Atau tanam semula. Dan beli rumput dari nursery lain. Mungkin rumpai puan berasal dari nursery.
LikeLike
ahmad said
as salam tuan…tanah saya ni tanah liat keperangan dan berbatu…permulaan saya ni dh buang batu dipermukaannya,so apa langkah pertama yg perlu saya buat untuk menanam rumput carpet jenis philipines or japan…dan longkang saliran air bumbung hanya 1 side sahaja, so bolehkah saya tinggikan tanah yang perlu di top up menurun ke longkang???..1 lg pasir dilapisan atas kena tebal 4 inchi???tebal jugak tu…terima kasih tuan.
LikeLike
mynormas said
Salam.
Pada pendapat saya, apa yg tuan cakap tu semuanya betul.
1. Buang batu.
2. Senget kan tanah ke arah longkang (mungkin padat atau mampat kan supaya air tak masuk ke dalam)
3. Lapis pasir. 4 inci tu optional. Ada org buat setengah inci ada orang buat 1 kaki. Di sini tuan boleh gunakan pasir itu utk nak ratakan balik tanah yg senget ke longkang tadi (tak kan laman tuan senget kan?): theory nya ialah, air akan mengalir melalui lapisan pasir, kena tanah padat dan mengalir ke longkang.
By the way saya cuma nak ingatkan bahawa rumput Philippine dan carpet perlu 8 jam matahari sehari. Cowgrass memadai 4 – 6 jam.
Selamat Mencuba!
LikeLike
naim said
Salam tuan…..sy baru tnm pearl grass di laman rumah……bila hujan dia bertakung…..dlm 20mnt lps ujan dia dh xbertakung…..xpe ke
LikeLike
mynormas said
Salam, Pearl grass tak tahan water ponding.
LikeLike
Bali Tour said
Best lah ni..
terima kasih informasinya
LikeLiked by 1 person
Zul said
Salam tuan…solution apa utk hilangkn kemuncup cthnya .. Seminggu sekali sy kn mesin. Cepat sgt dia tumbuh..minta nasihat
LikeLike
mynormas said
Racun untuk membunuh kemuncup akan bunuh Cowgrass juga. Potong setiap empat hari ialah apa yang saya buat.
LikeLike
Mohammad fathi Hj mat saad said
Mohon copy dan share
LikeLike
mynormas said
Silakan tuan, asal Credit ke laman web ini. Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Saya sedang menulis tentang cara-cara mendesign landskap sekarang. Jangan lupa untuk follow laman web ini.
LikeLike