Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Cara ‘stolonize’

Apa itu stolonize? Pertama sekali kita kena faham tentang bahagian-bahagian rumput. Terdapat ruas atau nod pada rumput yang boleh menumbuhkan tumbuhan baru pada keadaan sesuai; insyaAllah. Ruas atau nod pada rumput sama seperti ruas pada tebu atau buluh.

The perfect stolon

Stolon yang perfect dari jarak dekat

Jika ruas atau nod terkena pada tanah atau lain-lain media tanaman, ia akan mengeluarkan akar dan pucuk baharu. Cuma ingat bahawa ia tidak mempunyai ‘bekal’ makanan yang banyak jadi ia perlu boleh mengambil air dan nutrien dari sekelilingnya hampir serta merta akar/pucuk keluar.

Menanam cara stolonize sesuai untuk kawasan besar (500m persegi atau lebih) dan jika sumber benih baru adalah terhad. Contohnya; saya pernah menanam kawasan seluas hampir 10,000m persegi dari sumber nursery yang sebesar lebih kurang 300m persegi, secara berperingkat.

Masalah menanam cara stolonize ialah untuk mendapatkan stolon, kita memerlukan mesin atau alat khas. Kita gunakan verti-cutter dalam bentuk dethatching atau scarifying units.

Ataupun, dari sprig (lihat post tentang menanam cara sprig) ambil gunting atau parang dan cincang-cincang sprig.

Setiap cincangan rumput itu hanya boleh tumbuh (insyaAllah) jika ia terdapat ruas atau nod. Tapi jika terlalu banyak (kadang-kadang hingga 10 guni untuk 100 meter persegi) kita tak dapat nak pastikan. Cuma ingat jangan cincang terlalu halus. Untuk orang yang menggunakan alat verti-cutter; jangan guna kedalaman yang terlalu cetek. Test dulu satu atau dua line, jika stolon yang keluar lebih banyak daun dari batang: fail; try sekali lagi dengan kedalaman yang lebih dalam sedikit.

Setelah mendapat stolon, taburkan stolon tadi dengan rata. Cuba pastikan stolon tidak bertindan di antara satu sama lain.

Stolonizing beramai-ramai.

Setelah menabur, gunakan sebuah mesin yang sederhana berat seperti mesin bunker rake untuk berpusing-pusing di atas nya supaya menekan stolon melekap ke tanah. Perhatian: jangan guna Proton Waja yang guna sport rim, Pesona yang exhaust besar, Saga 1.5, MyVi warna merah, Kancil yang dah tukar stereo lain dari original, Volvo XC60, BMW 5 & 7 Series; pendek-kata, jangan guna kereta lah. Paling tidak pun pijak-pijak stolon tu serta merta selepas tabur.

Kemudian tabur selapis pasir nipis. Cukup syarat stolon memang dah kena dengan tanah. Jika stolon tergantung, akar yang keluar tak kena tanah dan akan mati.

Lepas tu siram sekadar basah tanah dan stolon. Untuk tempoh dua minggu ni, jangan biarkan stolon kering. Ia tidak mempunyai

Penutupan kain teduhan. Sprinkler sementara digunakan.

akar dan bekalan makanan. Jika tengah kemarau, saya siram setiap 30 minit selama dua pusingan sprinkler. Ataupun saya tutup dengan kain teduhan 70% untuk mengurangkan terik matahari. Berhati-hati ketika siram. Jika ketulan air terlalu besar, ia akan mengganggu penumbuhan stolon.

Jika menanam cara stolon musim hujan, setiap kali hujan saya nangis. Kerana stolon hanyut. Ingat; 50% stolon akan mati setiap 24jam.

Musim hujan saya guna papan di cerun atau tebing untuk memperlahan kan air yang mengalir. Papan ataupun guni berisi pasir. Ataupun saya tutup dengan kain teduhan.

Saya baja sedikit tetapi selalu. Biasanya saya gunakan 15;15;15 atau 11;55;0 seminggu sekali dengan kadar 0.5 – 1kg/100m persegi.

Saya juga dah mencampurkan kapur (jika perlu) dan CIRP kedalam zon akar sewaktu penyediaan tapak.

Tak ada apa lagi yang boleh di buat selepas ini kecuali doa dan jaga lebih rapi pada waktu ini. Saya akan buka kain teduhan selepas minggu ke empat atau enam. Saya akan mula weeding minggu itu juga.

Mula memotong selepas 8 atau 10 minggu pada ketinggian 10 -20mm bergantung pada jenis rumput dan perlahan-lahan (setiap 10 hari) naikkan atau turunkan ketinggian 1-2mm hinggalah mencapai ketinggian yang kita mahu.

Sebulan selepas di tanam dengan stolon

Sebulan. Tali adalah untuk membahagikan kawasan merumpai. Setiap orang merumpai satu line pagi petang.

Advertisements

2 Responses to “Cara ‘stolonize’”

  1. tini roslan said

    salam.. tuan… saya sekarang tengah menyiapkan halaman bersaiz 21X20.. saya baru selesai membuang tanah2 yang berbonggol serta akar2 tanaman liar yang tumbuh..kedalaman lebih kurang 2 inci dari tebing.. kira tanah sekarang dah kosong cuma tak berapa rata.. kedalaman lebih kurang 2 inci dari tebing..
    soalan saya: 1) perlu ke saya ratakan tanah tu sama rata sebelum meletakkan pasir di atasnya?
    2) memandangkan saya tidak meracun sebelum membuang akar dan tanah, perlu ke saya racun seluruh
    kawasan tanah tersebut sebelum letakkan pasir dan tanam rumput?
    3) kalau perlu racun, berapa lama perlu saya tunggu selepas meracun untuk mula menanam rumput?
    4) saya bercadang untuk menanam rumput japanese@philipine, dan saya juga bercadang untuk menanam
    rumput ni secara stolonize. Menurut pengetahuan encik, adakah cara ini sesuai?

    Like

    • mynormas said

      Salam Puan, maaf lambat menjawab. Busy mengelak dari di kempen so jarang-jarang bukak Internet.
      1. Kalau sikit-sikit tak rata takpe sebab hampir mustahil untuk betul-betul rata. Kalau betul boleh buat pun puan akan memampatkan tanah. Terus letak pasir; malah itulah keistimewaan pasir, ia mudah di ratakan.
      2. Tidak, kebanyakkan racun perlukan ‘mangsa’ iaitu daun ataupun akar untuk menyerap racun. Memadai dengan puan membajak ataupun menterbalikkan tanah supaya akar rumpai terdedah kepada matahari.
      3. Tak perlu racun. But secara akademik, tiga hari pun dah ok.
      4. Sesuai, dengan syarat puan ada orang untuk jaga pada satu-dua minggu pertama. Waktu itu, ia tiada akar jadi ia perlu selalu di siram. Malah kalau cuaca panas, saya akan siram sejam sekali tapi siram ibarat gerimis senja. Bila dah minggu kedua dan akar mula tumbuh, dah boleh kurangkan kepada siram empat kali sehari. Lepas sebulan, akar dah panjang boleh kurangkan kpada 2-3 kali. Baja pun sama, sikit tapi selalu.
      Selamat mencuba!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: