Rumput secara umum:
Mempunyai halaman rumah yang cantik dengan lanskap yang menarik pastinya menjadi impian hampir setiap tuan rumah. Selalunya sebahagian dari impian tersebut termasuk lah kawasan berumput yang cantik seperti permaidani di hadapan atau di keliling rumah. Alangkah indahnya meluangkan masa di waktu petang atau hujung minggu bersantai di padang rumput dalam halaman sendiri. Malangnya bayangan anak-anak berlari berkejar-kejaran di atas rumput kadang-kadang berselang seli dengan bayangan kerja-kerja berat menjaga kawasan rumput tersebut seperti memotong, membuang rumput liar, membaja (dengan tahi ayam?) dan sebagainya.
Sebagai seorang yang telah menjadikan penjagaan rumput sebagai suatu kerjaya, saya ingin menggalakkan penanaman rumput hiasan sebagai sebahagian besar dari pelan lanskap rumah kita. Kekadang kontraktor yang menjual bahan lanskap kepada kita akan menggalakkan kita untuk menanam pokok hiasan daripada rumput. Mungkin kerana ia lebih mudah atau keuntungan yang lebih?
Saya merasakan – terutamanya untuk halaman rumah teres yang besar nya seumpama stem pada sepucuk poskad – kawasan lapang yang di tanam dengan rumput lebih bermanafaat dari di tanam dengan pokok bunga yang kemungkinannya selepas enam bulan, sudah tidak terbela lagi.
Sebenarnya terdapat 5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah
1. Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita.
2. Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah.
3. Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Dengarkan lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita. Atau bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda? “Rumah Pak Leman? Abang jalan terus sampai nampak rumah yang rumput macam padang golf tu lah rumah dia”
4. Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi.
5. Menaikkan harga rumah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai halaman rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding jika rumah tersebut di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
Selain dari itu, penanaman rumput turf mempunyai faedah-faedah lain yang bersifat lebih umum; tidak terhad kepada halaman rumah. Jika kita mempunyai tanah halaman yang besar, atau kita inginkan alasan mengapa tanah lapang kepunyaan majlis daerah kita perlu ditanam dengan rumput, beritahu mereka tentang 10 Faedah Utama Rumput.
1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.
2. Mengurangkan habuk. Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.
4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya.
5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.
6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu.
9. Nilai hartanah. Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.
10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.
reen said
halaman rumah saya sekarang di tanam dgn philipine grass & saya rasa sudah tersilap memilih rumput sbb tak ada masa utk maintain jadi memang tk lawa.. saya bercadang utk membuang rumput ni & ganti dgn cowgrass.. harap tuan dpt bagi cara2 yg betul dari mcm mana utk membuang rumput yg ada, langkah yg perlu di ambil sebelum menanam rumput baru supaya rumput asal betul2 mati & tak naik semula.. terima kasih banyak…
mynormas said
Cara yang terbaik ialah racun, biar, racun, biar lepas tu korek lebih kurang enam inci dalam dan buang tanah lama lepas tu taruk tanah baru dan kemudian rumput baru.
Tapi cara yang praktikal untuk kawasan rumah ialah – sebab saya tak suka orang yang tak terlatih (no offence) menggunakan racun – dengan hanya membuang 6 inci tanah atas lepas tu menggembur tanah bawah sebanyak 6 inci lagi (jika kawasan kecil, balik-balikkan dengan cangkul pun ok) teorinya ialah mempastikan akar rumput di keringkan oleh matahari.
Lepas tu taruk tanah baru sebanyak 6 inci dan tanam dengan rumput baru.
Selamat mencuba!
Reen said
terima kasih atas feedback tuan.. walaupun rumput sudah rapat sesuai utk diracun juga ke.. rumput dikawasan rumah saya dalam 900 kaki persegi.. kira agak besar juga bagi saya la, jadi cara mana yg lebih sesuai/senang, meracun atau mengorek? sebelum tanam rumput baru, perlu letak tanah kemudian pasir atau pasir saja sudah cukup utk cowgrass?
saya adala bertanye nursery kalau nak suruh dia nak tukar rumput saya mcm mana caranya… dia kata lepas korek rumput yg ada, letak pasir sahaja & tanam cowgrass.. tapi saya mcm tak berapa yakin elok ke kalau pasir tebal utk cowgrass?
mynormas said
Racun boleh bermasalah dan jika salah apply akar rumpai tak mati dan akan tumbuh semula. So korek mungkin still the best option, at least you buang akar sekali.
Apa yang di cadangkan oleh nursery boleh di pakai, pasir tu, jika tiada benih rumpai memang sesuai di gunakan sebagai tapak baru untuk tanaman semula.
fauzi said
As’salam..saya baru nk tanam rumput jenis mutiara..nk tanya selepas letak tanah baru adakah sesuai letak pasir sebelum letak rumput mutiara.?adakah tanah warna merah sesuai utk rumput mutiara?
mynormas said
Waalaikumsalam,
Adakah sesuai letak pasir sebelum rumput mutiara. Secara umumnya; sesuai. Kecuali kalau pasir tu di ambil dari pantai (terlalu banyak sodium/garam) atau terlalu banyak selut (lama kelamaan akan jadi keras) dsb; otherwise, pasir adalah sesuai kerana pasir akan mengalirkan air kebawah supaya di atas tidak lecak/berlopak. Untuk alasan ini, lebih banyak pasir lebih bagus. Tetapi pasir tidak memegang nutrien (baja) dan air oleh itu jika pasir lebih tebal dari 6 inci maka hampir majoriti akar rumput akan berada dalam pasir dan penyiraman/pembajaan lebih banyak/kerap. Satu lagi kegunaan pasir ialah lebih mudah untuk diratakan ataupun di bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Jika tanah, kadang2 ia akan berketul ketul dan susah di bentuk.
Untuk rumah tuan, saya rasa mungkin 2-4 inci dah memadai. Terpulang…
Adakah tanah warna merah sesuai. Bergantung kepada beberapa perkara lebih kurang macam atas tadi. Dari mana asalnya? Adakah dia mengandungi nutrien yang cukup? Adakah dia terlalu banya sodium ataupun lain-lain bahan? Susah nak jawab sebenarnya. Jika ia memang pernah digunakan/disyorkan oleh orang lain, kemungkinan besarnya boleh. Biasanya, tanah merah tidak mengandungi nutrien yang banyak. Ia akan menyimpan air bila hujan dan melecakkan kawasan. Saya lebih syorkan tanah atas (warna hitam) dari tanah merah.
Selamat mencuba!
farhan said
assalamualaikum…ade cara x bgaimana nk tnam rumput di konkrit?
mynormas said
Yang saya pernah baca (tak pernah buat) ialah dengan cara menanam dalam kotak-kotak kecil lebih kurang 1kaki x 6inci dan setebal lebih kurang 4inci. Kotak-kotak itu di susun di atas simen tersebut. Bukan untuk tempat permainan; hanya untuk kawasan perhiasan. Jika salah satu rumput itu sakit, mati ataupun perlu di potong/trim, kotak tersebut di keluarkan dan diganti dengan kotak baru.
Aida Ezuan said
Salam,
Sy nk tanya rumput jenis apakah yang terbaik untuk laman yg luas dan tidak memerlukan penjagaan rapi, tidak panjang dan senang untuk maintain.
mynormas said
Cik Aida, saya rekomen sesangat untuk orang rakyat Malaysia ni guna Cowgrass saja untuk kawasan rumah. Di kecualikan tuan rumah yang ada tukang kebun atau yang seumpamanya.
Cowgrass lambat panjang (kecuali jika bawah teduhan), warna hijau gelap (tak payah baja), tahan lasak (padang bola banyak pakai), tahan lembab (yang tak keterlaluan, kalau banjir lama dia mati jugak), dan jika kemarau ia tak mati, sebaliknya menjadi dorman dan akan pulih bila air kembali ada.
Sorry lambat menjawab. Selamat mencuba.
din said
salam..
saya nk tnye racun ape yg sesuai untuk membunuh rmput2 liar yg terdapat pada tanah baja sebelum kerja2 penanaman rumput dijalankan?
mynormas said
Saya cadangkan racun yang bersifat ‘sistemik’ atau racun serap; contohnya Round-up atau yang sama bahan aktif dengannya. Racun serap akan masuk sampai ke akar dan mempastikan akar, ubi, rhizom dan semua yang mempunyai potensi untuk tumbuh secara vegetatif akan mati. Dengan syarat; racun di aplikasi dengan betul. Jangan guna dos yang tinggi, tapi guna dos yang tepat dan ulang sekali lagi selepas satu minggu.
hairul said
Salam,
Minta tunjuk ajar tuan.. saya sgt baru dlm hal ni.. rumah saya adalah rumah baru dimana tanah laman saya (yang sebesar stem poskad
) adalah tanah merah. Saya bercadang utk tanam rumput. Boleh tuan bg nasihat apa yang perlu dilakukan step by step seperti apa yg perlu saya lakukan pada tanah tu dan rumput apa yang sesuai. Terima kasih.
mynormas said
Langkah2 penyediaan tapak tanaman (di petik dari Topik dalam laman web ini juga)
1. Ujian tanah (Soil test) Boleh dibuat di UPM atau bertanyalah kpd pegawai Jabatan Pertanian yg berdekatan. Tapi jika kawasan tanaman kecil dan awak menggunakan tanah bakar atau tanah hitam. Ini tak payah pun takpe.
2. Kawalan rumpai – Paling senang dengan pembajakan tanah. Racun pun boleh jugak, 2 – 3 round ke. Saya biasa cadangkan Round-up sebab dia racun sistemik jadi racun akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biar seminggu dua; lepas tu bajak. Untuk kawasan kecik tak perlu nak sewa Kubota macam nak bajak sawah; untuk kawasan halaman rumah boleh gunakan cangkul dan balik-balikkan tanah, pecahkan ketul-ketul besar. Biar akar rumpai kering di jemur matahari.
3. Pembersihan kawasan – Buang batu besar, tunggul, bangkai, dan lain-lain.
4. Pengairan dan saliran – Untuk halaman besar, park, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita tak nak di musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeringan. Kita juga tak nak, di musim hujan, air bertakung merata-rata. Di kebanyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran. Untuk kawasan kecil, memadai untuk merengkan sedikit permukaan tanah supaya ia mengalirkan air keluar dan tidak bertakung.
5. Baja – Ni utamanya pada org yg rajin (dan kaya) utk buat soil test tadi. guna kan lah baja yg mengandungi nutrien yg kurang dlm tanah. Paling tidak pun baja yg tinggi P nya utk menggalak akar. Masa ni lah jugak utk membetulkan pH tanah. Biasanya – gunakan kapur lime. Paling biasa orang buat ialah dengan menggunakan CIRP atau DAP pada kadar rendah.
6. Bajak – Untuk kawasan besar guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar atau untuk kawasan kecil menggunakan cangkul utk melonggar dan membalikkan tanah. Fungsinya ialah a. ‘membancuh’ baja atau kapur ke dalam tanah. b. membantu akar tumbuh ke dalam tanah c. ketulan-ketulan tanah yang lebih kecil juga menyenangkan permukaan tanah diratakan.
7. Rake – bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau menggunakan mesin). Kita boleh membersihkan permukaan tanah dari apa-apa yang dibawa keluar dari tanah sewaktu pembajakan; batu, ketulan tanah liat, ketulan emas, tulang dinosaur, batu nisan (!?).
8. Pembentukan tanah – Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk rupabentuk mukabumi tanah tu seperti yang kita mahu. Kita nak laman yang beralun ke, nak rata macam padang bola ke. Suka hati la. Hanya ingat, bukan untuk sekadar kecantikan, tapi juga untuk membantu aliran permukaan air ke tempat pembuangan air (sump, longkang; terbuka atau bawah tanah)
Pemilihan rumput: jika kawasan tuan kecil, saya pasti tuan mempunyai masalah teduhan dari bangunan atau pagar atau pokok. Maka rumput yang sesuai utk kawasan teduhan (maksud teduhan di sini ialah tidak mendapat 6-8 jam matahari sehari) ialah cowgrass, Pearlgrass dan Serangoon.
Selamat mencuba!
ahseng said
assalamualaikum tuan,
saya nak tanya, bagaimana caranya untuk semai rumput cowgrass/pearl grass dalam keluasan yang lebih lebar.ukuran tapak 40×200 kaki. jenis tanah, tanah merah subur denga tumbuhnya banyak pokok pisang liar dan semak samun.rumput ini akan di pindah kan ke projek lanskap mgkin bulan 4nanti.
dan bagaimanakah caranya untuk semaian kali ke dua?
mynormas said
Pastikan tumbuhan lama di musnahkan, terutamanya dari jenis rumput/rumpai, jika tidak ia akan menghantui kawasan lanskap sebagai rumpai.
Racun dan racun sekali lagi dengan racun serap (sila baca label) kawasan tersebut sebagai persediaan tapak. Bajak tanah tu lepas tu bajak lagi. Lepas tu mampatkan sikit, lepas tu tabur pasir. Tanam dengan kepadatan 80% (ertinya kalau luas kawasan 800kaki persegi kena beli rumput 640 kaki persegi, ok lah jadi kan 600 kaki pun pandai-pandailah). Baja dengan baja jenis DAP (bukan parti politik) untuk menguatkan akar.
Untuk semaian kali kedua, dengan syarat takdelah time frame 4 bulan macam nak buat semaian pertama tadi, dah boleh jolli sikit. Jarak kepadatan ialah 50% pun ok.
Selamat mencuba!
Rozie said
Assalammualaikum Tuan,
Saya baru saja beli rumah Terrece Lot conner di Johore dan rumah saya baru saja selesai renovations dan halaman rumah saya gunakan rumput mutiara, soalan saya ia-lah saya agak keliru kerana saya banyak membaca tentang rumput jenis muntiara, ada yang katakan mesti siram air satu hari dua kali dan ada yang kata tak boleh banyak air nanti akar rumput rosak, ada kata matahari yang banyak bagus untok rumput jenis ini, warna nya akan menghijau dan ada yang kata tak boleh banyak matahari, saya keliru mana yang saya patut ikut, please help me……. Thanks
mynormas said
Cik Rozie,
Ada yang betul dan ada yang kurang betul. Ia kurang tahan panas terik matahari – betul. Ia tak tahan air yang banyak – betul. Matahari yang banyak bagus untuk rumput – betul. Siram satu hari sekali – salah.
Rumput mutiara tak sesuai untuk tempat terbuka seperti padang bola tapi sangat sesuai untuk kawasan hiasan seperti laman. Kerana padang bola terdedah kepada matahari terik dan laman ada pokok, perabut, pagar dan bangunan yang melindungnya.
Untuk semua jenis rumput; selepas established iaitu lebih kurang 3 bulan lepas tanam; siram hanya bila rumput mula layu. Ini akan mengajar akar rumput tumbuh untuk mencari air. Siraman setiap hari akan menyebabkan rumput ‘malas’.
Zariah said
Hi, say a nak Tanya say a nak tanam rumput di bawah pagola yang Ada bumbung polycarbornat. Rumput jenis ape paling sesuai.
mynormas said
Puan, isu yang penting ialah rumput memerlukan matahari untuk hidup (cowgrass lebih kurang 6 jam dan rumput ‘carpet’ lebih kurang 8 jam). Puan perhatikan berapa jam matahari kah yang boleh di beri oleh pergola puan? Jika kurang dari 6 jam; boleh cuba Pearlgrass, but the area must be well-drained.
Selamat mencuba!