Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Pengudaraan padang bola

Adakah padang bola perlukan pengudaraan seperti hollow-tine?

Jawapan pendek: Ya.

Jawapan panjang: Olehkeranapermainanyangdimainkandiataspadangdankerjayangdilakukanuntukmenjagapadangadalahberbentukmampatan; maka ‘hollow-tine’ diperlukanuntukmengurangkankeburukkanyangdihasilkanolehmampatantersebut.

Penyakit tidak menyerang dalam garis lurus. Ini adalah kesan mampatan.

Adakah anda mengah dan tak cukup nafas bila membaca ayat di atas? Begitu juga padang anda tidak dapat bernafas bila tidak di beri ruang untuk udara masuk ke dalamnya.

Satu lagi soalan bonus; jika anda tutup mulut dan tuang air ke atas mulut anda adakah air akan masuk? Begitu juga tanah yang dah tidak ada ruang untuk air masuk kedalamnya akan menjadi kering di musim kemarau (walaupun di siram) dan menjadi basah di musim hujan (walaupun dah banyak longkang bawah tanah di gali di bawahnya).

Kenapa? Kenapa padang yang cantik dan elok perlu ditebuk-tebuk lubang-lubang kecil dan di isi dengan pasir? Saya akan cuba terangkan kenapa ia suatu proses yang perlu di lakukan keatas semua jenis padang rumput. Soalan nya hanyalah ‘Berapa kerap?’ dan bukan ‘Perlu ke?’. Sebab ia perlu. Ia perlu kerana di sebabkan oleh suatu perkara yang di panggil “mampatan” atau “compaction”. Ada dua cara untuk menerangkan mampatan:

1. Mampatan berlaku bila suatu perbuatan menghentak permukaan tanah. Isipadu tanah akan menjadi lebih kecil dengan cara mengeluarkan ruang kosong yang berada secara semulajadi diantara ketulan-ketulan (partikel) tanah dengan itu menjadikan tanah tadi lebih padat.

2. Mampatan berlaku bila tanah tak tahan berat barang kat atas dia.

Pemain, pekerja potong rumput, peserta konsert, tarik-tali, lari dalam guni, orang duduk berdating, malah apa saja jenis beban akan menjadi punca mampatan di dalam keadaan yang sesuai. Kesan suatu bergantung beban bergantung kepada beratnya, keluasan kawasan yang menanggung beban dan keadaan tanah. Begitu juga kekerapan; lebih kerap permainan berada di satu kawasan, lebih banyak mampatan akan berlaku di kawasan itu. Pasal itulah kawasan paling teruk di sebuah padang bola ialah di kotak penalti.

Bila saya kata ‘tanah’ apa yang kita nampak mungkin ialah rumput, atau pasir atau tanah liat di bawah rumput. Sekarang bayangkan jika kita boleh besarkan gambar ‘tanah’ tadi seribu kali. ‘Tanah’ tadi terdiri dari ketulan-ketulan atau partikel-partikel yang mempunyai ruang udara di antara mereka. Sama seperti bila kita timbunkan ketul-ketul batu diatas satu sama lain, kita boleh nampak ruang di antara batu-batu tersebut kan? Sama lah! Cuma pasir lebih mempunyai ketulan yang halus, dan tanah liat lebih-lebih halus lagi.

Kesan hollow tine ke atas tanah.

Dan bila saya kata ‘mampatan’, apa yang saya maksudkan ialah apa-apa (atau siapa-siapa) yang berada di atas tanah akan memicit partikel tanah untuk menjadi lebih rapat dan menjadikan ruang udara lebih sempit. Partikel tanah sama aja saiznya, tapi ruang udara menjadi bertambah kecil. Udara dah keluar dari ruang-ruang tersebut.

Mampatan menyebabkan masalah berkait yang akan menular menerusi pelbagai sifat-sifat tanah. Masalah pada rumput mungkin hanya kelihatan bila salah satu dari sifat ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan rumput. Mampatan mempunyai kesan buruk keatas keadaan fizikal, kimia, air dan biologi. Jadi penjaga padang akan berusaha untuk merawat “penyakit” dan menyelesaikan “masalah” sedangkan masalah sebenarnya ialah mampatan.

Perhatikan lubang hollowtine masih elok rupa tanahnya sedangkan di kiri kanan sudah berwarna hitam menandakan kehadiran hidrogen sulfida yang toksik kepada rumput.

Bila air di picit keluar dari ruang tanah, akan tiba masa bila oksigen akan berkurang di dalam tanah. Bila ini berlaku, rumput akan mengalami stress dan akan lebih sensitif kepada serangan organisma penyakit. Di masa yang sama, kekurangan oksigen juga akan membunuh organisma yang berfaedah kepada rumput.

Suatu beban yang berat tak semestinya menyebabkan lebih banyak mampatan dari suatu beban yang ringan. Beban yang ringan di atas tanah yang basah akan menyebabkan lebih banyak mampatan dari beban yang berat di atas tanah yang kering.

Di pendekkan cerita, mampatan memberi kesan keatas pertumbuhan rumput dalam banyak cara yang tak semestinya konsisten (apa yang jadi kat padang A tak semestinya jadi kat padang B). Kesan-kesan utama mampatan ialah:

  1. Pertumbuhan akar: di dalam tanah yang mampat/padat, akar akan kurang tumbuh.
  2. Pertumbuhan pucuk: kawasan itu akan mempunyai kepadatan rumput yang makin kurang.
  3. Pembajaan: proses mengambil nutrisi ialah suatu proses yang memerlukan oksigen (aerobik).
  4. Air: bergantung kepada keadaan (musim hujan atau kemarau; contohnya) mampatan boleh menyebabkan terlalu banyak air atau terlalu kurang air. Kedua-duanya akan menjadi masalah kepada rumput.

Penyelesaian

Ada banyak cara pengurusan mekanikal yang boleh di lakukan untuk mengurangkan kesan mampatan dengan cara membuat lubang besar (secara perbandingan). Cara ini akan mengurangkan kepadatan tanah tapi untuk berkesan, lubang di permukaan tanah mestilah cukup besar untuk melakukan pengudaraan. Oleh itu hydroject ataupun verti-drain bukan lah semestinya cara paling sesuai.

DSC_0283‘Hollow-tine’ adalah nama generik yang di beri kepada sebarang kerja pengudaraan yang di lakukan keatas rumput.

Jadi kita boleh gunakan mesin coring. Kita pasang ‘tine’ kepada mesin tersebut. Ada dua jenis tine, iaitu tine yang ada lubang di tengahnya yang kita panggil sebagai ‘hollow tine’ dan juga tine yang merupakan besi padat yang kita akan panggil ‘solid tine’.

Selepas mesin hollow tine mengeluarkan ‘core’. Lubang untuk udara, air dan baja masuk.

Kita lebih suka hollow tine kerana ia akan mengeluarkan tanah ke permukaan dan kita boleh buang tanah tersebut. Lubang-lubang yang hadir kita boleh topdress dengan pasir baru yang tidak akan mampat buat seketika (6 bulan hingga 2 tahun). Manakala solid tine pula akan menebuk atau menekan tanah kedalam dan menghasilkan mampatan lebih jauh kedalam tanah.

Berapa besar tine yang perlu kita gunakan bergantung kepada beberapa faktor. Satu diantaranya ialah kekerapan kerja-kerja pengudaraan itu. Lebih jarang kerja yang anda lakukan, lebih besar tine yang kita gunakan.

Kita boleh juga ‘spike’ atau ‘slice’. Ini juga boleh mengurangkan mampatan dan membantu air tembus masuk. Tapi ia adalah cara menyelesaikan masalah jangka masa pendek kerana kadang-kadang mampatan berlaku lebih jauh ke dalam. Tetapi ‘slicing’ mempunyai kesan sampingan yang baik iaitu menggalakkan pertumbuhan akar dan pucuk baru.

Penyuntikan air dan bahan seperti styrofoam adalah metode baru dalam kerja pengudaraan ini. Air dan/atau udara akan di suntik pada tekanan tinggi ke bawah tanah. Ia boleh di buat lebih kerap kerana titik masuk ke permukaan tanah hampir tidak kelihatan.

Satu lagi cara baru ialah ‘verti-drain’ yang kini juga menjadi nama generik. Ia melibatkan suatu besi yang masuk lurus dan keluar pada sudut hingg 80 darjah. Ini memberi suatu gua di bahagian bawah tetapi lubang kecil di permukaan tanah.

Ada juga dakwaan dari beberapa penjual bahawa bahan kimia yang mereka jual boleh membuat kita tak perlu lagi ‘hollow-tine’. Saya belum boleh percaya.

Jika padang anda mempunyai masalah rumput yang tak berapa nak sihat dan selalu basah atau kering; masalah anda ialah pengudaraan.

Berapa selalu saya syorkan proses pengudaraan ini; lain padang lain belalang. Secara umumnya, setahun sekali. Apa?! Dah 7 tahun tak buat?! Lepas tu anda hairan kenapa rumput mati dan padang basah tiap tiap kali hujan? Nampaknya, saya dah selesaikan misteri anda…

Maintaining this Website. Sumbangan.

Saya menyumbang ilmu secara ikhlas melalui laman web ini. Tetapi pengendalian laman web ini perlukan wang. Setiap tahun USD99 (lebihkurang RM400). Sedikit sumbangan anda amat membantu. Anda mendapat manafaat dari laman web ini? Sumbangan bermula dari $10. Jangan lupa ‘Like’ artikel ini; ‘Follow’ laman web ini dan klik mana mana iklan di page ini. This website is maintained and managed with my own money. I’ve done my best to not allow advertisement on this site thus far so that I can be independent. I’m going to start to ask for donations and see if I can get enough to sustain it that way. Donations start from $10.

$10.00

31 Responses to “Pengudaraan padang bola”

  1. […] Pengudaraan padang bola […]

    Like

  2. Zul said

    salam, saya tengah membaikpulih padang bola, keadaan amat teruk, tanah tidak rata, baja pun tidak, kawasan yang keras sudah tidak ada rumput, ..kaedah yang saya guna, top soil pada kawasan yang rendah dan membuang bahagian yang keras dan letak top soil, adakah perlu untuk saya buat pengudaraan semasa process pernanaman? baja apa yang paling baik untuk cowgrass? dan berapa berapa kerap untuk padang bola? macam mana saya nak seragamkan rumut lama dan yang baru ( patching)…wasalam

    Like

    • mynormas said

      Tak perlu pengudaraan di tempat penanaman sekarang tapi lepas lebihkurang sebulan, lakukan pengudaraan supaya akar tembus ke bawah dengan sekata.
      Pastikan kawasan yg keras tu di gembur sebelum tanam atas nya.
      Jika tak biasa baja, guna baja organik boleh beli kat Giant. Baja sedikit tapi selalu. Kalau cowgrass, sekejap jer ia akan jadi sekata. Ingat kepada baja dan pengudaraan tadi, buat pada kawasan sekeliling juga.

      Like

    • mynormas said

      Salam En. Zul, maaf kerana lambat reply. Apa yang En. Zul buat bunyinya betul. Saya cadangkan En. Zul buat pengudaraan lepas process penanaman iaitu bila rumput tu dah mula tumbuh. Kadang-kadang akar tak boleh tembus lapisan tanah lama jadi kita bantu dengan buat pengudaraan selepas penanaman.
      Saya cadangkan baja 15:15:15. Bulan pertama hingga ketiga lepas tanam, baja seminggu sekali segenggam untuk dua meter persegi. Selepas itu, cuba amalkan dua bulan sekali. Itu di kira kerap tapi saya minta tuan baja dengan sedikit tetapi selalu tiga bulan lepas tanam. Segenggam tu untuk 10 meter persegi. Lepas setahun, tuan boleh cuba tiga bulan sekali.
      Jumlah dan julat (interval) baja bergantung juga kepada jenis tanah. Ada tanah yang ‘pegang’ baja dan ada tanah (biasanya pasir) yang akan menyebabkan baja terus masuk ke bawah permukaan. Apa yang tuan perlu perhatikan ialah rumput itu tidak hilang warna atau menjadi jarang selepas jarak masa tertentu.
      Masalah keseragaman untuk Cowgrass biasanya tak serious seperti rumput jenis lain yang mempunyai banyak sub-species dan variety. Pastikan pembajaan rata ia akan seragam. Apa yang boleh buat ia tak seragam ialah kalau tanah di bawah sangat berbeza kerana ada tanah yang ‘pegang’ baja dan bla bla bla.
      Tuan tunggu dan lihat. Saya rasa insyaAllah ia akan ok.

      Like

      • Zul said

        Salam, t.kasih utk advice tu..ok saya Akan cuba guna baja 15.15.15. Kalau CCM saya Akan guna CHB 65. Sebelum ni saya just guna urea …hijab sekejap Sara. Buat masa ni rumput dah mula membiak dan Ada juga yg kering. Saya tingkatan jadual menyiram untuk rumput2 yg baru..Cuma saya nak tau, rumput yg baru dan hidup tu boleh ke saya trim untuk seragamkan ketebalannya nanti…sebab semasa process menanam hari tu, rumput tu Ada yg machine cut dan Cangkul Jadi ketebalannya x sekata…utk kawasan yg botak dan keras , boleh ke saya buat solid tine…Ada cara yg lebih murah ke nak buat hollow tine? If nak beli machine hollow tine Jenkins toll tu kat mana nak dapat, puas cari x jumpa…harap Bantu. Tq sir

        Like

      • mynormas said

        Untuk dapat kan permukaan yg rata, adalah amat2 penting tuan tidak memotong menggunakan mesin sandang.
        Gunakan mesin potong yg tuan boleh adjust ketinggian potongan nya. Potong pada ketinggian yg sekata. Gunakan teknik ‘top dressing’ untuk mendapat kan permukaan yg rata kecuali di kawasan yg terlalu tebal kerana rumput di potong menggunakan cangkul.
        Utk cara yg murah utk buat hollow tine, cuba cara yg tuan boleh lihat di “Pengudaraan tanah” di laman web ini. Ada video. Ia lebih sesuai untuk halaman rumah tapi untuk sementara ini tuan cuba dulu.
        Saya tak tahu jenama Jenkins. Kalau tuan hanya ada satu padang utk di jaga, saya cadangkan jangan beli dulu mesin hollow tine. Guna mesin sewa atau contract.
        Maaf kalau jawapan tak complete, saya reply melalui phone jadi tak dapat buat semakan…

        Like

  3. Zul said

    Sorry, correction : if nak beli machine hollow tine jenis push tu…..

    Like

  4. zul said

    Area shah alam, 1 padang bola sahaja..contact saya di number ni…010-42062. Thanks

    Like

    • mynormas said

      Saya harap Syazwan dah talipon dengan tuan. Terima kasih. Ada sorang contractor lagi tapi dia ni dahlah hampir 3 kali ganda dari Syazwan, dia akan mintak kontraktor padang tunjuk kontrak atau surat dari tuanpunya padang dulu. Saya dah stop guna dia.

      Like

      • zul said

        Salam, ya dah selesai..esok kita start buat kerja..t.kasih byk2…saya x tau tuan di UPM dulu, my brother oun dia sana, dia yg minta saya buat hollow tine kan padang ni..saya pun dah bincang dgn pihak pengurusan, kita akan allocate budget utik tahun depan bagi kos maintenance…

        Like

  5. Bilal Rabah said

    Terima kasih perkongsian Ilmu tuan.

    Like

  6. safrizam said

    Sebut pasal pengudaraan, adakah sesuai padang bola bermuda grass dibuat hollow-tining semasa musim panas?

    Like

    • mynormas said

      Dengan syarat topdressing di lakukan serta merta dan pengairan baik: Ya.
      Sebagai mana salah satu tujuan hollow tine ialah utk memudahkan air masuk, air juga akan mudah keluar. Tapi kalau masa ini saja boleh hollow tine, buat. Kebaikan nya lebih banyak dari keburukkan.

      Like

  7. mynormas said

    Saya atau En Aman akan contact tuan.

    Like

  8. ira said

    assalamualaikum, saya nk buat sewaan mesin untuk pengudaraan padang, boleh hubungi saya segera ke . (ira 016 *******)

    terima kasih

    Like

  9. one said

    assalamualaikum,

    minta jasa baik encik hubungi saya (wan) untuk penyewaan mesin aerator hollow tine.019 2704. terima kasih

    Like

  10. abdul moeis b abdul shukor said

    salam boss..bilakah pengudaraan perlu di buat keatas rumput? adakah semua jenis rumput perlu dibuat pengudaraan tanah? Boleh tak kita gunakan kasut Lawn Aerator Shoes?

    Like

  11. redza said

    salam tuan, boleh call saya utk projek pembinaan pdg bola sepak di uitm rembau..

    Like

  12. affan said

    Assalamualikum tuan,
    Nak tny, kalau rumput di roadside dah jarang2 dan disebabkan soil compaction, boleh ke kita buat aeration lps tu top dress utk recover rumput tu utk tumbuh dan memenuhkan ruang yg dah kosong?

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      InsyaAllah boleh dengan syarat ia tidak terlalu ‘kontang’ dari segi air dan nutrien. Kalau tuan topdress dengan tanah atas (topsoil) ataupun tanah bakar pun okay juga sebab itu ada nutrien. Tak semestinya pasir.
      Satu lagi syarat (baru teringat) ialah kawasan itu tidak terlindung bayang-bayang. Salah satu sebab rumput jadi kurus dan jarang ialah bila tak cukup cahaya matahari dan ia cuba untuk panjangkan daun untuk nak capai matahari.

      Like

  13. Tajul said

    Bagaimana saya boleh contact tuan umtuk sewa mesin hollow

    Like

    • mynormas said

      Call 03 51310066 dan biar ia berdering lama. Kalau tiada orang di pejabat, ia akan di sambung ke hp saya.
      Saya tak sewakan mesin hollow-tine, saya buat kontrak hollow-tine
      Satu padang bola lebihkurang 70 x 110 RM6K. Harga transport Lembah Klang RM1K pergi balik.
      Bersihkan sampah hollow-tine lagi RM4K (biasanya tuan padang akan kata “biar kami buat sendiri”).
      Lepas hollow-tine, kena topdress (hollow-tine keluar kan tanah dari padang, kita ganti dengan pasir halus). Saya caj RM7.5K satu padang. Ratakan pasir RM1.5K. Pasir lain harga, ada padang satu lori 20 tan, ada padang yang sampai 5 lori. Selalu nya tuan padang beli sendiri: no problem, asalkan pasir halus.
      Kalau nak jimat asal buat, boleh buat solid-tine yang masuk cetek dan besi kecik. Tak payah bersihkan sampah dan tak payah topdress. Tapi sepatutnya setahun 4 – 12x (ikut kekerasan dan kegunaan padang) baru sama dgn 1x hollow-tine. RM4K transport lain harga.
      Satu lagi cara ialah dengan alat baru yang pam udara ke dalam tanah (nama alat dia Air2G2) yang tak ada sampah, tak payah topdress dan = 1x hollow-tine. RM10K, transport lain.
      Baja lain harga, ada padang ada masalah keasidan (hujung daun Cowgrass warna merah) lain harga utk tabur kapur.
      Biasanya sekali hollow-tine di Penang, Perak dan Johor yang kami dah buat: diantara RM18 – 20K sekali buat satu padang bola biasa.
      Boleh call saya kalau berminat.

      Like

Leave a comment