Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Menyiram di musim panas

Elakkan dari menyiram air mengikut jadual tertentu. Kita sebagai manusia secara amnya tidak minum air mengikut jadual, tetapi mengikkut kehausan jadi kita menyiram rumput pun sebaiknya mengikut keperluan rumput. Apa yang saya maksudkan di sini ialah menyiram rumput setiap hari pukul 8 pagi atau pukul 6 petang. Kalau tengah hujan pun kita siram jugak kerana nak ikut jadual.

Siram ikut keperluan. Jika tanah pada kedalaman satu inci di bawah masih basah; tak perlu siram. Jika ia kering; boleh (bukan mesti) siram.

Ini bermakna ada hari kita siram satu hari sekali, ada hari dua kali dan ada hari tiga kali sehari. Dan kadang-kadang: tak siram berhari-hari.

Tips;

  • untuk kawasan yang redup; elakkan siram di waktu petang. Kawasan yang basah di waktu petang akan menggalakkan rumput.
  • amalkan siram di awal pagi; air akan kekal di dalam tanah di waktu rumput memerlukannya sewaktu terik nanti.
  • Bila siram, siram hingga di anggarkan air akan tembus beberrapa inci ke dalam tanah. Ini akan menggalakkan akar tumbuh panjang mencari air.
  • Menyiram terlalu kerap (untuk kawasan rumput yang dah matang) akan menyebabkan rumput manja dan terlalu mengharapkan air yang di siram dengan tidak berusaha mencari air sendiri.
  • Terik matahari boleh membakar akar rerambut yang berada di berhampiran permukaan tanah.
  • Syringe ialah suatu teknik menyiram yang berfungsi menyejukkan permukaan rumput (dan bukan ‘memberi air’).
  • Rumput yang ditanam di atas pasir lebih memerlukan air di siram daripada rumput yang di tanam di atas tanah.
  • Tidak semua tempat memerlukan jumlah air yang sama. Ada tempat perlu di siram lebih dari tempat yang lain.
  • Jangan siram hingga mencapai tahap tepu tanah; siram dan biar sekejap sebelum siram lagi.
  • Jangan siram di kawasan lereng sehingga air mengalir ke bawah; siram dan biar sekejap sebelum siram lagi.
  • Umumnya; siram jarang-jarang tapi dalam-dalam adalah prinsip menyiram rumput di kawasan matang.
  • Menyejukkan rumput di waktu terik panas akan menyelamatkan akar rumput yang dekat dengan permukaan dan mengurangkan kadar kehilangan air.
  • Jika anda mampu menyiram hanya sekali dalam sehari; siram pagi. Bukan petang; dah terlambat dan akan menyebabkan lumut dan penyakit.
  • Jika anda mengalami localized dry spot (LDS) gunakan ‘wetting agent’ ataupun tebuk tempat tersebut supaya air boleh tembus. LDS biasanya di sebabkan oleh tanah hydrophobic dan air hanya di permukaan.

Selamat mencuba!

Advertisements

6 Responses to “Menyiram di musim panas”

  1. wan said

    assalam en normas.. saya ada menanam rumput carpet secara ‘sod’. masalahnya ketika saya tanam, musim panas dan 2-3hari selepas tu rumput jadii kuning walaupun saya kerap menyiram rumput tersebut.. persoalan saya, adakah ini kebiasaan apabila kita menanam rumput tika musim panas dan bolehkah rumput tu survive..? ada x cara len cthnya letak baja atau sebgainya..?

    Like

    • mynormas said

      Rumput tu belum ada akar yang panjang untuk ia mencari air jadi ia perlu di siram selalu pada peringkat awal. Kebiasaannya jika tanam rumput pada musim panas pada minggu pertama, penyiraman perlu di selalukan (SELALU, bukan banyak air) dan paling penting sekali, siram di awal pagi dan tengahari bukan waktu lewat petang.
      Cara lain ada, gunakan bahan yang menyimpan air samada organik seperti sekam padi, sejenis sabut yangsayadahlupanamadiasekarang ataupun benda bukan organik sperti zeolite ataupun gel yang ada dijual di kedai hardware sperti Ace. Ia di jual untuk pokok, tapi boleh digunakan untk rumput di kawasan kecil. Kawasan besar; terlalu mahal kosnya nanti. Wallhuaklam.

      Like

  2. Mohd Fauzi Yahaya said

    salam en.normas. Bagaimana cara terbaik utk menanam cow grass di kawasan pasir pantai. Tempat ini 100% pasir sehingga kedalaman 1 meter. Apakah jenis tanah campuran yang sesuai utk digunakan bagi menggalakkan pertumbuhan rumput. Topsoil yang ada juga seperti bercampur pasir sekitar 10%.

    Like

    • mynormas said

      Salam tuan. Sebenarnya pada saya bunyinya macam situasi yang dah sempurna untuk rumput. Pasir mudah di bentuk dan akan mengalirkan air hujan lebih cepat dalam keadaan cuaca di Malaysia ni. Di padang golf, saya memang membuat campuran 5 – 10% bahan lain dengan pasir. Ini kerana malangnya, pasir tidak mampu memegang air ataupun nutrien.
      Cuma tuan mungkin ada satu masalah. Pasir pantai kadang2 mengandungi nutrien Natrium (orang Amerika kata sodium) yang tinggi. Ini akan affect kebanyakkan rumput kecuali Paspalum. Tapi JANGAN tanam Paspallum. Philippine grass ok. Cowgrass pun masih boleh – ingat – saya kata ‘kadang2’ mengandungi Natrium. Mungkin juga pasir tersebut telah terkena hujan lebat banyak kali dan ini membantu ‘membasuh’ natrium dari pasir tersebut.
      Jadi gini; sebelum tuan tanam rumput; biarkan pasir tersebut beberapa hari dalam hujan. Gunakan pencakar untuk membalik-balikkan pasir supaya lapisan atas itu rata kena hujan. Lepas tu, cari tanah bakar atau baja organik, dan tabur selapis nipis di atas pasir, gaulkan lebih kurang seinci kedalam tanah dan insyaAllah tanah tuan sedia di tanam.
      Selamat mencuba!

      Like

  3. awang alifah said

    untuk tanam rumput ni.. pasir apa paling sesuai? pasir sungai atau pasir pantai?

    Like

    • mynormas said

      Pasir sungai atau pasir lombong. Pasir laut mungkin ada bekas garam.
      Tapi saya ada jugak pembaca yg kata dia guna pasir pantai tanpa masalah. Tapi kenapa ambil risiko?

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: