Teknik Membaja
Samada kita menggunakan baja kimia ataupun baja organik, cara membaja akan memberi kesan kepada rumput. Kalau kita silap teknik, ada kawasan dapat baja lebih dari kawasan yang lain. Maka ini akan memberi kesan tompok ataupun belang di atas rumput. Ini lebih ketara jika kita menggunakan baja kimia dan/atau baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Contohnya urea. Saya sangat mencadangkan tuan rumah tak menggunakan baja urea.
Kadang-kadang ada penjual baja kata bahawa bajanya boleh tahan sebulan atau enam minggu. Dan mengatakan bahawa ini memudahkan kerja dan mengurangkan kos kerja pembajaan. Atau ada orang yang dia suka membaja pada kadar yang banyak atau kadar yang diperlukan oleh rumput untuk tempoh sebulan (contohnya 4kg/100m persegi sebulan).
Betul. Tapi…
Ada dua masalah yang saya ingin ketengahkan yang boleh di hadapi oleh kita di Malaysia.
- Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
- Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau. Mungkin pembelangan atau penompokan.
Oleh itu saya mencadangkan pembajaan yang kurang tapi selalu tapi munasabah. Saya dengar tentang baja foliar yang perlu di aplikasi hari-hari atau dua hari sekali maka – walaupun bagus – tapi adalah keterlaluan. Saya mencadangkan baja mingguan untuk rumput laman baru di tanam dan rumput green di padang golf. Jika anda menjaga padang bola atau taman atau rumput halaman anda telah lama di tanam, saya mencadangkan pembajaan setiap 3 bulan dan bukan sekali setahun. Anda boleh menggunakan jumlah baja yang sama! Cuma bahagikan kepada 4 bahagian. Contohnya; untuk orang yang membaja 4kg/100m persegi sebulan, jadikan ia 1kg/100m persegi seminggu. Jika anda membaja padang bola anda 10 bag setahun, jadikan ia 2.5 bag setiap 3 bulan.
Jika anda membaja laman anda satu bag kecil sebulan. Bahagikan bag itu kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali.
Guna alat pembaja atau guna tangan. Guna baja kimia atau baja organik. Prinsipnya sama; ULANG. Untuk setiap pembajaan, saya akan bahagikan lagi kepada dua bungkus lebih kecil. Satu bungkus baja saya baja dari depan ke belakang (atau dari pukul 12 ke pukul 6) dan satu bungkus lagi dari kiri ke kanan (atau dari pukul 3 ke 9). Ertinya, bungkus pertama anda mengadap rumah anda, atau tiang gol atau fairway dan berjalan sambil menabur baja. Pastikan cukup. Kemudian, dengan bungkusan kedua, letak rumah anda, tiang gol, fairway di sisi anda dan tabur baja hingga habis bungkus kedua.
Teknik ini mengelakan pembelangan atau penompokan hijau.
hazry said
a’kum tuan…untuk memastikan rumput sentiasa hijau tua apakah baja yang sesuai selain urea dan apakah kekerapan pembajaan yang sesuai.
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam tuan. Jangan guna urea. Ia mengandungi 46% nitrogen yang di anggap terlalu banyak-sekaligus untuk rumput. Plus rasanya ia dlm bentuk klorida yang boleh ‘membakar’ rumput kalau lambat siram tapi kalau over siram ia akan hanyut ke dalam longkang atau saliran bwah tanah. Try baja organik yang mengandungi 5% atau 8% N sahaja seperti 5:5:5 atau 8:8:8 dan sebagainya. Baja sikit tapi selalu pda permulaan contohnya satu genggam untuk dua meter persegi setiap minggu pada mula tanam tapi bila dah lebih setahun dan nampak subur; cukuplah segenggam untuk dua meter persegi setiap enam bulan. Of course, it is not as simple as that because ia bergantung pada tanah (pasir perlu lebih banyak baja) dan cuaca but jadikan ia sebagai panduan. Mungkin setiap 4 bulan atau 3 bulan? Jadikan warna rumput serta rumpaiair dalam longkang/kolam sekeliling/dekat rumah sebgai guide.
LikeLike
jngadirin said
Saya tanam rumput karpet. Ok la nampak hijau cuma saliran kurang baik. Bila hujang air akan bertakung lama dan tidak menyerap cepat. Ada cara nak bagi air menyerap lebih cepat??
LikeLike
mynormas said
Try pengudaraan.
LikeLike
Agiell said
Hallo bos,,, sy ada tanm rumput carpet,, lumayan luas,, dan bleh dikatakan bagus,, tp dari segi pembajaan sy kurng faham,,, setiap kali lepas baja, mesti ada tompok2 bekas baja, sehingga rumput tak cantik,, disini sy gunakan baja sebatian import . 15% N,, Untuk baja yg baik atau biar tak berkesan, sy hrus guna baja jenis apa,, trmksh
LikeLike
mynormas said
Baja kimia boleh membakar rumput. Cuba gunakan baja organik dan amalkan baja sedikit tapi selalu.
Try baja yg ada 5% N; sebulan sekali atau dua kali. Perubahan lambat tapi insyaAllah lama hijaunya.
LikeLike
jas said
salam tuan
berapa banyak gram baja diperlukan untuk kawasan seluas dalam 725 kaki persegi???…
tq
LikeLike
jas said
ada formula x untuk baja ….
contoh macam ….100g baja untuk 100 square foot rumput…tq
LikeLike
mynormas said
Bergantung pada rumput apa dan jenis tanah (pasir perlu lebih baja dari tanah).
Saya boleh beritahu bahawa untuk carpet grass, 600g Nitrogen dan Kalium per 100 meter persegi per bulan. Phosphorus perlu ikut soil test ataupun agak-agak (saya biasanya guna ia pada nisbah 1 persepuluh atau kurang dari N atau K per bulan. Tapi pada waktu tanam ataupun jika ada masalah, saya akan tambah kepada 500g per 100 meter persegi untuk kali tu sahaja. P boleh membahayakan alam sekitar.
Rumput memerlukan 16 atau 17 jenis nutrient, 3 (Carbon Hidrogen dan Oxygen) boleh didapati dari udara. N, P dan K seperti di atas. Yang selebihnya adalah micro nutrient iaitu di perlukan dalam jumlah yang amat sedikit dan biasanya boleh di dapati dari tanah atau baja organik.
LikeLike
suhaimi ismail said
Saya baru tanam rumput carpet 3bln lalu….tak pernah letak baja…hanya siram air saja…..rumput belum penuh sepenuhnya….masih lagi ada yang tompok2…bagaimana nak galakkan cepat ..
LikeLike
mynormas said
Cuba baja. Gunakan baja organik 8:8:8 se jemput utk setiap tompok; letak baja pada rumput around the tompok tu.
Tapi jika tompok tu lebih besar dari tapak tangan, kita err… main tipu sikit. Kita ‘curi’ rumput dari kawasan subur atau dari sempadan laman (sendiri punya ya bukan jiran) dan tanam. Boleh juga nak beli sikit dari nursery tapi pastikan dari nursery yg sama.
Selamat Mencuba!
LikeLike
firdaus fitri said
macam mana nak bagi rumput berjalur ?guna aper?
LikeLike
mynormas said
Tuan, saya bercadang untuk cerita tentang ini dalam suatu artikel akan datang. Lawati lagi laman web ini ataupun jadi ‘follower’ supaya semua post di email kepada tuan. Saya post dalam sebulan sekali atau dua kali sahaja. Sementara itu, tuan boleh baca sedikit tentang jalur di padang bola ataupun boleh lihat pembayangnya di YouTube video ini. Teknik dia sedikit tambah kerja tapi itu hanya untuk permulaan, bila dah banyak kali buat; tak perlu potong berkali kali lagi.
Selamat Mencuba!
LikeLike
Nadiah Hayati said
Salam..sy baru tanam rumput kerpet 2bulan lalu..tp lepas potong..rumput mula kekuningan….macam mana nak rumput jadi hijau semula….baja apa yg sesuai
LikeLike
mynormas said
Salam, ke mungkinan puan memotong menggunakan mesin galas belakang? Si pemotong telah memotong terlalu rendah hingga yang tinggal hanya lah batang rumput sahaja. Itu yg kuning. Biarkan utk sementara, lepas tu potong guna mesin bertayar atau guna mesin galas yg pisau besi dan bukan tali nylon.
LikeLike
Amir said
Teknik pembajaan rumput…
Utk baja organik, cara mana lebih berkesan :
Semburan atau tabur
LikeLike
mynormas said
Memandang kan baja organik mempunyai nutrients yg rendah, maka tabur lebih baik kerana kita perlu letak banyak. Tetapi, advantage of sembur pula ialah, baja foliar lebih cepat di serap oleh rumput/pokok.
LikeLike
Roslam said
Rumput di padang sekolah saya jenis rumput lembu , pertumbuhan jarang jarang , tanah liat di tambah dgn pasir lombong, apakah cara utk menmadatkan pertumbuhan , saya bajakan 1 setahun , apakah baja yg sesuai
Dan bagaimana utk menjaganya
LikeLike
mynormas said
Hmmm… cuba baja 2x setahun. Dan potong seminggu sekali (minimum) dengan menggunakan mesin yg boleh di ukur ketinggian nya.
Brapa umur padang tu? Jika lebih 3 tahun, lakukan pengudaraan tanah.
LikeLike
eizran said
Assalamualaikum tuan.. saya bercadang ingin menanam rumput padang sekolah…jika cowgrass….selepas menanam bagaimanakah jadual pembajaan seterusnya.. keluasan 3600m sq. saya kira dalam 144kgmsekali baja.. dan boleh tak syorkan baja organik yg mcm mana..
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam,
Tiga bulan pertama, sebulan sekali. Enam bulan kedua, dua bulan sekali. Sikit tapi selalu. Segenggam utk 10 meter persegi, lebih kurang. Baja organik 5:5:5 atau 8:8:8 ok.
LikeLike
zonan said
salam .boss nak tanya klau pakai baja 1515 okey tak??? apa pandangan tuan dgn baja itu..tq
LikeLike
mynormas said
Salam, 15:15:15? Boleh… Tapi boleh bakar daun, jadi kena siram sampai biji baja jatuh dari daun ke tanah.
Baja ni jugak boleh sebabkan flush growth iaitu esok tiba tiba rumput panjang. So baja sikit tapi selalu. Experiment sendiri. Saya cadangkan se genggam 10 sq.m setiap bulan or dua bulan.
LikeLike
fiq said
SALAM BOS NK TNYA SAYA ADA TANAM RUMPUT JENIS MUTIARA,TP NMPKNYE MCM TIDAK BERAPA SUBUR DAN KEKUNINGAN,DAH SETAHUN PUN TP TETAP X SUBUR.BAJA BAU MCM KOPI TU SAYA PAKAI ,2 MINGGU SEKALI BAJA..,APAKAH CARA NK BG RUMPUT SUBUR BAJA APAKAH YG TERBAIK UNTUK RUMPUT MUTIARA
LikeLike
mynormas said
Salam, tuan.cuba check samada tanah bawah tu terlalu keras. Mungkin tuan perlu buat pengudaraan tanah. Jika tanah keras, akar tak tumbuh ke bawah dari sod yg tanam dulu.
LikeLike
atikah said
salam tuan.. saya jaga padang bola dan rumputnya ialah cowgrass.. apakah baja yang sesuai digunakan dan bagaimana cara ubtuk membaja nya. adakah baja 15:15:15 boleh digunakan?
LikeLike
mynormas said
Salam cik… syabas. Baja 15:15:15 adalah ok. Baja sedikit tetapi selalu. Saya tak boleh cakap ‘sedikit’ tu banyak mana kerana ia bergantung pada kesuburan tanah juga. Rule of thumb is kalau cik baja dan esok lusa rumput tumbuh galak hingga susah nak potong: over baja.
Cik ada dua cara; kalau ada fertiliser spreader maka gunakan nya. Kalau takde dan guna tangan; pun boleh. Di kedua dua cara, cik MESTI pastikan baja di tabur dalam garis lurus dan seboleh boleh nya di tabur dalam dua arah. Ertinya satu arah ialah dari gol ke gol dan satu arah lagi ialah dari kanan ke kiri. Jadi padang cik tak berbelang.
Supaya cik atau orang cik tidak lari fokus; saya cadangkan baja separuh padang dulu. Dua hari lagi, baja separuh padang pulak.
Selamat Mencuba!
LikeLike
mynormas said
Cik Atikah,
My latest article is dedicated to you…
Pembajaan Padang
LikeLike
Daud said
Padang bola di sekolah saya baru ditanam rumputnya.
Mula di tanam Bulan 12 thn lepas..
Jadi bulan berapa boleh gune padang tu utk bersukan??
Dan kawasan nie dijangka musim panas dlm bulan 2-3 thn nie.
LikeLike
mynormas said
Patut nya tiga bulan. Kadang kadang lebih sikit. Jangan bagi dia kering, akar belum panjang. Siram pagi dan tengahari (jika terik) saja.
LikeLike
Aqilah said
Bleh ke kalau saya tanam rumput karpet di tanah yang keras??
LikeLike
mynormas said
Tak. Akar tak tembus. Air bertakung.
LikeLike
Syahrul said
Assalam. Saya ada menanam rumput,tetapi menjadi tompok kuning selepas letak baja urea. Adakah rumput filipina itu mati dan perlu diganti atau biarkan dahulu? Apa penyelesaian yg patut dilakukan ya? Terima kasih
LikeLike
mynormas said
Salam, tak mati, ia ter’bakar’ kerana urea mempunyai garam yg menarik air keluar melalui proses osmosis.
Biar kan dulu, lepas ni ia akan tumbuh mencanak tak larat nak potong. Bila potong ia akan jadi kuning kerana dah potong batang.
Jangan guna urea lagi. Guna baja organic yg ada lagi banyak unsur nutrient. Urea hanya ada nitrogen 46%.
LikeLike
Ahmad anwar said
Assalam tuan,
Maaf bertanya.. Baja apakah sesuai digunakan untuk green padang golf?
LikeLike
mynormas said
Wassalam.
Baja granule kecil nisbah N lebih kecil atau sama dengan K. Contohnya 20:3:20 atau 18:3:18 atau 12:3:20.
Slow release 70% atau lebih.
LikeLike
Nurul said
As salam tuan.. suami ada tanam rumput karpet tp lepas letak baja ada rumput yg jd kekuningan..adakah rumputnya tu sudah mati sbb salah teknik baja atau salah guna baja..suami guna baja urea..sblum ni hanya jirus air,kehijauan rumputnya cantik..tp lepas letak baja ada rumput yg keseluruhannya kuning dan ada rumput yg hijau campur kekuningan..
LikeLike
mynormas said
Salam. Kita kata rumput itu ter’bakar’ kerana Urea mempunyai garam yg menarik air keluar melalui proses osmosis.
Ia akan pulih dalam seminggu insya Allah dan tumbuh panjang. Jika potong, akan jadi kuning kerana dah potong batang.
Jangan guna urea lagi. Guna baja organic.
LikeLike
Ariff said
Assalamualaikum..sy baru tanam rumput karpet…baja ape yg sesuai ye..baja urea xelok untuk rumput ke??apakah cara yang betul untuk membaja,kuatiti baja yg diperlukan dan kekerapan membaja??harap dapat membantu ye..0173723538 blh whatsap
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Saya jawab soalan awak dulu sebelum yg lain supaya saya tidak dapat soalan “Kenapa rumput saya jadi kuning lepas guna baja urea lagi”
JANGAN GUNA UREA!
Urea hanya ada satu nutrient, iaitu nitrogen! Sedangkan rumput perlukan 17 nutrients. Guna baja organic warna hitam. Sebulan pertama lepas tanam baja seminggu sekali. Lepas tu sebulan sekali utk tiga bulan. Lepas tu setahun dua kali.
Segenggam utk 10 sq.m (lebihkurang).
Apa yg tuan cari ialah kesuburan rumput. Jika hari ini baja dan esok dah hijau panjang; overdose.
LikeLike
cik ude said
assalam en sy menjaga landskap di sesuatu universiti jd sy nk tanye tentang kaedah baja yg ok untuk rumput dan pokok di kawasan lereng bukit dan cara menghijau kan rumput tersebut
LikeLike
mynormas said
wa salam Cik,
Untuk kawasan lereng bukit, cara terbaik membaja ialah dengan baja foliar atau baja cecair yang di sembur ke kawasan rumput tersebut. JANGAN GUNA UREA. Cari baja yang ada complete nutrient. Cari di kedai yang ada jual barang estate. Jangan guna N sahaja untuk hijaukan rumput. Do consider baja yang ada Fe juga.
LikeLike
cik ude said
blh kew saya mendapat nombor contact pihak encik utk selanjutnya dan berharap blh menjadi tunjuk ajar kepada kami tq
LikeLike
mynormas said
Perkenalkan diri cik dulu. Adakah cik pelajar atau pekerja? Adakah ini dengan kebenaran pensyarah atau majikan? Perkara apa yang perlu di tunjuk ajar?
LikeLike
abangde said
salam tuan. saya nak bertanya adekah baja kompos sesuai untu rumput cow grass. tq
LikeLike
Zack said
Salam tuan..boleh sy tnye berape limit N.P.K pada rumput bermuda di padang golf pada setiap minggu..dan kelebihan calcium pada rumput..
LikeLike
mynormas said
Salam. Limit? Maksimum? Entah. Tapi biasanya nitrogen adalah 600g/100sq.m/per bulan. Lain lain perlu di gunakan soil test baru tahu.
Calcium adalah mikronutrien: ia di perlukan dalam kuantiti amat kecil. Di perlukan untuk pembahagian sel dan fungsi membran. Jika kurang Ca, pertumbuhan pucuk daun dan akar adalah lemah.
LikeLike
baah said
salam tuan saya nak tahu kaedah penanaman rumput di kawasan lereng @ cerun bukit bagi rumput senang hidup dan cara menjaga rumput dilereng bukit
LikeLike
mynormas said
Salam. Cara tanam rumput ialah dengan sod ataupun sprig. Ada juga orang tanam dengan cara mencampur dengan gam dan baja tapi ini mahal dan lereng bukit yang tinggi: hydro-mulching kalau tak silap saya.
Cara menjaga ialah dengan membaja sedikit tetapi selalu dengan baja foliar secara siram. Jangan guna brush cutter kerana anda akan memaksa orang pijak rumput. Saya cadangkan guna mesin Flymo atau Hover mower (sila Google, di Malaysia mungkin di jual oleh Jebsen and Jessen ataupun ATS). Gantung mesin ini dari atas.
Selamat mencuba!
LikeLike
Amin said
Cik. Nak tya, aktiviti membaja seoloknya dilakukan pada waktu pagi or petang?
LikeLike
moe said
boleh tuan rekemenkan baja organik untuk rumput japaness? boleh beli online?
LikeLike
mynormas said
Cuba tuan cari di kedai hardware besar seperti ACE atau di hypermarket baja jenis 5:5:5 atau 8:8:8. Saya tak pernah jumpa online.
LikeLike
wan z said
as salam tuan..halaman rumah saya tanam rumput karpet/swiss. Masalahnya sekarang dah tumbuh pula rumput-rumput liar/gulma. macamana nak atasi rumput liar ni. Ada ke racun yang sesuai semata-mata utk hapuskan rumput liar ni?
LikeLike
mynormas said
Salam. Ada. Tapi kalau rumput liar yang tumbuh di tempat tuan ialah rumput berdaun lebar maka ada kemungkinan kawasan tuan terlalu redup untuk rumput karpet. Rumput perlukan matahari untuk buat fotosintesis dan rumput karpet mempunyai daun yang terlalu kecil untuk tempat redup; rumpai berdaun lebar boleh survive.
Tetapi jika rumpai yang tumbuh adalah jenis ‘rusiga’ iaitu halus dan batang kecil warna hijau; itu ertinya kawasan tuan terlalu lembap. Rusiga gemarkan tempat lembap.
Camanapun; racun yang boleh digunakan untuk membunuh keduanya tanpa membunuh rumput karpet ialah jenama Almix. Semua racun mempunyai bahaya dan perlu di aplikasi oleh orang terlatih mengikut label. Guna racun dengan risiko sendiri.
LikeLike
sham said
As salamm tuan,sya nak Tanya serba sedikit berkenaan rumput cow grass,saya dah tanam sendiri pd mulanya hijau cantik,dan lepas seminggu dua rumput Nampak dah kekuningan,siram seharian satu hari 3 kali,tapi tetap kekuningan macam nak mati tuan,ada apa caraa utk menyuburkan semula
LikeLike
mynormas said
Salam.
Hmmm, adakah ini betul Cowgrass atau sebenarnya Pearl grass?
Tapi rumput jangan over siram bang. Siram pagi dan tengahari saja. Namun saya tak rasa itu punca nya.
Adakah dia dapat matahari yang cukup? Cowgrass paling tidak pun perlu 4 hingga 6 jam sehari matahari.
Maaf, saya tiada jawapan tepat utk tuan.
LikeLike
hafizah said
boleh saya tahu cara pembuatan baja menggunakan urea kambing?
LikeLike
mynormas said
Maaf cik, saya tak tahu caranya. Mungkin pembaca lain boleh bantu?
LikeLike
Kimikimihaikimi said
Assalammualaikum..sy ada tanam rumput carpet,tp knp ada tompok2 yg kelihatan seperti rumput dah mati atau kelihatan rumput kering
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Mungkin penyakit rumput. Elakkan air bertakung atau terlalu lama baru potong.
LikeLike
atiq said
assalamualaikum…sy nk tya 1)apa beza baja urea dgn baja 5:5:5 @ 8:8:8 . 2)mana yg paling baik untuk membaja rumput padang yg rumputnya telah bercampur dgn bermacam2 jenis rumput dan ada kawasan rumputnya tidak sekata tumbuhnya. 3) bila waktu sesuai membaja 4) berapa lama rumput akan naik selepas dibaja dan seterunya padang boleh digunakan.
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam
https://mynormas.com/2016/08/23/ada-apa-dengan-urea/amp/
https://mynormas.com/2016/01/12/nutrisi-padang/
LikeLike
Sharina said
Salam tuan.. Sy ada tanam rumput karpet jenis japanese utk halaman belakang rumah utk 5kaki.. Ada beberapa mslh yg timbul.
1- ada rumput yg mati sbb ada part yg xkena matahari disbbkn awning jiran menutupi sinaran.ada cara lain yg bole sy lakukan? Adakah rumput akn terus mati.
2- bila hujan air jd bertakung dan berlecak adakah tanah xsesuai? Seblum ni tanah jenis pasir sungai.sy tanam rumput guna tanah kuning. apa perlu sy lakukan.
3- ada ulat pada rumput sy. Seakan2 ulat sampah tp berwarna hijau. Ada racun yg sesuai utk rumput japanese?
4- sy guna baja 15 tp xnmpk keputusan yg memuaskan. Lepas itu sy guna baja katanya sesuai utk padang golf n rumput karpet. Warna putih,hijau.. Juga rumput sy masih xsihat.
Adakah laman yg xsepenuhnya kena cahaya matahari xsesuai utk tanaman rumput japanese?
Terima kasih tuan
LikeLike
mynormas said
Puan,
Rumput karpet seperti rumput Zoysia japonica ni perlukan 6 – 8 jam sehari. Saya maksudkan ada hari 6 jam dan ada hari 8 jam, bukan kawasan 6 jam matahari boleh hidup.
Jika tak cukup matahari, ia akan jadi panjang dan kurus dan seterusnya mati.
Lecak dan bertakung biasanya akibat saliran yang tidak baik. Samada tanah puan senget ke belakang ataupun air tidak tembus kebawah. Kalau sekadar 5 kaki membazir nak buat longkang subtanah. Puan boleh cuba buat pengudaraan tanah halaman (search di laman web ini).
Ada racun, tapi saya sangat tidak menggalakkan racun komersial digunakan di rumah.
Puan boleh cuba bancuh cair air sabun cuci pinggan dan kurus di situ pada awal pagi. Ulat akan keluar dari tanah. Sembur dengan Baygon atau racun lipas lain. Atau tangkap dan musnahkan.
Ulang lepas 7 – 10 hari WALAUPUN puan dah tak nampak lagi. Lepas tu ulang lagi lepas 7-10 hari. Kita nak musnahkan semua yang baru menetas dari telur dan baru keluar dari kepompong.
Telur dan kepompong imun kepada racun dan sabun.
Baja adalah ibarat vitamin kepada rumput. Makanan rumput ialah apa yang di proses dalam daun melalui fotosintesis. Kalau tak cukup matahari maka tak cukup makanan lah rumput.
Cowgrass dan Pearlgrass boleh hidup di kawasan 4-6 jam matahari. Tapi jika less than that, guna rumput plastik saja lah puan. Low maintenance. Tapi awas, rumput plastik jadikan kawasan panas bila di sinar matahari, tapi kalau kawasan tu redup….
Terimakasih puan.
LikeLike
Sharina said
Terima kasih tuan..
LikeLike
Iqbal said
Assalammualaikum tuan..Semalam Sy baru tanam Philipine grass Sy ada pertanyaan,, Bila Boleh Sy membaja ? Kekerapan untuk membaja? Waktu yg sesuai untuk membaja? Waktu yang sesuai untuk siram rumput? Cara yg sesuai untuk membaja?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Sebenarnya soalan lain sudah di jawab di laman web ini.
Kecuali mungkin tentang bila boleh mula membaja. Tuan boleh mulakan pembajaan seminggu selepas tanam.
LikeLike
mahat rahim said
maaf tuan saya nak pandangan tuan sedikit.
saya tanam rumput carpet.
kenapa ya warnanya kurang hijau
kalau boleh nak warna hijau tua.
apakah jenis baja atau obat untuk
menghijau carpet…….minta sedikit
ilmu dari tuan……terima kasih….
LikeLike
mynormas said
Maaf lambat jawab. Tuan cuba guna baja di kedai hardware. Tuan cari baja yang lengkap NPK nya. JANGAN GUNA UREA. Kalau tuanpergi ke kedai hardware besar seperti ACE Hardware; jenis baja dia banyak yang khas untuk rumput. Kat tepi botol semua baja akan tulis contohnya 15:15:15 atau 38:0:26 maka ertinya ada 15% N; 15% P dan 15% K atau 38% N; 0% P dan 26%K. N ialah nitrogen untuk hijaukan daun (pasal tu urea hijaukan rumput) P adalah fosforus untuk akar dan K adalah untuk batang, sel dan err… bunga (kalau pokok lah). ACE ada baja yang specialised untuk hijaukan rumput maka baja itu mungkin ada Ca (Kalsium), Mg (magnesium), Fe (ferrum) dan sebagainya dalam kuantiti yang kecil. Cuba cari baja yang tak perlu dibancuh ertinya dia datang dalam bekas yang boleh sembur terus pada rumput. Rasanya saya nampak satu hari tu.
Selamat Mencuba.
LikeLike
Rozali shamsuddin said
Saya tanam rumput carpet Jepun…
1. Tempoh baja pertama selepas tanam adalah 1 bulan?
2. Saya dh terguna baja Urea sebelum cukup sebulan menyebabkan terbakar. Utk pulihkan boleh ke siram guna “Kitosan” walaupon belum sebulan
LikeLike
mynormas said
Baja boleh mula serta merta lepas tanam. Amalkan pembajaan ‘sikit tapi selalu’ kerana akar pokok masih pendek. Seminggu sekali pun boleh tetapi sedikit sahaja.
JANGAN GUNA UREA.
Cuba dapatkan baja organik dari kedai hardware.
JANGAN GUNA UREA.
Daun rumput yang terbakar akibat urea tak boleh pulih. Ia hanya boleh dipotong buang dan tunggu daun baru naik.
JANGAN GUNA UREA.
Rasanya chitosan adalah baja organik? Saya tak ingat dan tak pernah guna tapi pernah dengar. Kalau betul ia baja organik, boleh guna tanpa perlu tunggu sebulan.
JANGAN GUNA UREA. (Maaf, sebenarnya ni peringatan kepada pembaca yang lain; dah tak berguna lagi untuk tuan yang dah belajar dari pengalaman).
Selamat Mencuba!
LikeLike
Amin said
Waktu baja paling terbaik dilakukan time petang or pagi?
LikeLike
mynormas said
Kalau selalu hujan petang; baja pagi dan sebaliknya.
Baja selepas potong rumput, sebelum siram.
LikeLike
Niza said
Assalam tuan,
Untuk ” baja selepas potong rumput, sebelum siram ” tu adakah perlu dilakukan pada hari yang sama? Tq
LikeLike
mynormas said
Wassalam,
Baja dan siram perlu pada hari yang sama. Potong boleh pada hari sebelumnya. Asalkan jangan lepas baja, potong walau disiram dahulu.
LikeLike
Imran said
Salam tuan sya nak tanya penyelesaian masalah rumput zoysia yg sya tanam hampir satu bulan,minggu 2,3 mula2 rumput nampak sihat dh hijau..bila masuk minggu ke 4 rumput mula jafi tompok2 kuning.dan bila di selak di bawah rumput terdapat anai2 yg membiak..adakah punca rumput menjadi tompok2 kuning d sebabkan anai2 ataupon masalah lain.mcm manakah cara sya nak selesaikan masalah rumput sya yg bertompok kekuningan sbb sya tgok masalah tompokan kuning2 seakan2 hampir mati makin hari makin merebak.adakah sya perlu mengguna pest control atau membaja
LikeLike
mynormas said
Salam, pest control first, then baja.
LikeLike
Imran said
Terima kasih tuan,semalam sya dah buat pest control n harini sya baja..sya dapati rumput sya seperti senqng tertanggal n gugur berwarna kelabu kelabu..adakah normal mcmtu tuan??
LikeLike
mynormas said
Tak normal. Jangan guna urea tuan. Guna baja organik. Beli dari kedai hardware atau nursery.
LikeLike
Imran said
Apakah punca sbb rumput sya menjadi mcm ni tuan??adakah d sebabkan penyiraman yg salah kurang air..atau d sebabkan serangan pentakit..atau d sebbakan oleh anai2 yg ada d baqah rumput,sya gunakan baja 8N8P8k dan 3mg,adakah baja ini sesuai..n utk pest control sya gunakan yg semburan
LikeLike
mynormas said
Baja tu sesuai, tuan. Saya rasa disebabkan oleh serangga. Kalau kurang air, daun rumput tuan akan nampak terlipat dan dari jauh berwarna coklat kehitaman. Bukan kekuningan.
Tentang pest control, tuan kena rujuk pada pakar nya.
LikeLike
Azian said
Salam. Telah berlaku pada saya. Saya beli rumput karpet Japanese, mula2 tumbuh hijau, then lama2 jadi kuning. Bila check, rupa2nya anai2 bersarang. Rumput jd kuning & tercabut2 sbb anai2 mkn akar rumput. Jika dibiarkn, rumput akan mati sbb anai2 mkn akar. Jd, kena letak racun anai2 dulu, pastikan anai2 betul2 trhapus sepenuhnya. Bila anai2 dh trhapus, rumput akan mula tumbuh blk.
LikeLike
mynormas said
Terima kasih cik, atas perkongsian.
LikeLike
Imran said
Terima kasih utk info, tpi boleh ka cik kongsi racun anai2 apa yg cik guna untuk memnbunuh anai tanpa menjejaskan tanaman??
LikeLike
Nor Azian said
Maaf baru reply sbb saya dh lama x buka chating ni. Mungkin Encik pun dh dpt settlekn masalah anai2 ni. Saya guna racun Shanjia yg saya beli melalui Shopee. Encik taip “Shanjia termites”. Dia dlm bentuk serbuk. Botol Shanjia ni bewarna putih dan labelnya warna coklat. Ada yg dlm bntuk gel. Tp pilih yg serbuk. Cukup effective. Sebagai contoh, jika 7 tompok rumput yg ditanam diserang anai2, kita hanya letak serbuk Shanjia ni utk 3 tompok rumput. Lps 3 hari, semua anai2
pd semua rumput akan mati sbb racun anai2 ni bertindak secara jangkitan. Harap brmanfaat bg yg diserang anai2.
LikeLike
mynormas said
Terimakasih cik.
LikeLike
WAN IMRAN BIN said
Adakah okay kalau saya guna baja japanese humus 8N8P8K dan 3mg??boleh saya tau adakah masalah yg syg hadapi ni di sebabkan oleh kurang penyitaman atau terkena penyakit ataupon d sebabkan oleh pest.sya tak gunakan baja urea sbb sya tgok tuan tak sarankan untuk guna
LikeLike
mynormas said
Kalau penyakit, daun rumput yang belum mati akan ada bintik bintik atau tompok tompok (macam orang kena cacar atau campak).
LikeLike
Amri said
Assalamualaikum tuan..lari tajuk skit tuan tp pasal rumput jugk..sy baru tanam rumput carpet jenis filiphin..3 4 hari lps tu sy tengok rumput karpet sy kuning dan xpadat..sy angkat rumput carpet tu rupa2nya anai2 buat sarang kat bwh..boleh ka sy letak racun anai2..ada penyelesaian x tuan?
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Kalau anai-anai kena tanya Pest Control company tuan. Dia ada sarang, sekadar bunuh dua tiga ribu ekor pun tak cukup selagi tak bunuh permaisuri.
Dan saya nasihatkan tuan kena buat cepat sebelum ia merebak ke rumah tuan pula.
LikeLike
Amri said
Trima kasih ats penerangan tuan..pasir apa yg sesuai untuk rumput karpet tuan..pasir halus atau pasir kasar..
LikeLike
Yan said
Macammana nak rawat rumput mutiara yang dh mati ? Rumputnya bewarna hitam mcm terbakar.boleh pulih semula ke dgn gunakan baja
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam. Maaf. Rumput mutiara memang manja. Kalau dah hitam biasanya tanda kena penyakit kulat.
Kalau nak cuba, gunting buang bahagian hitam tu dan tengok ada naik pucuk baru tak. Kalau dalam seminggu tak ada pucuk baru, tuan/puan kena tanam baru kawasan itu.
Cuba periksa itu kawasan ada takung air tak? Walau sekejap, walau air bawah permukaan, maknanya bila pijak rasa lembik.
LikeLike
Amri said
Trima kasih ats penerangan tuan..pasir apa yg sesuai untuk rumput karpet tuan..pasir halus atau pasir kasar..
LikeLike
mynormas said
Pasir halus tapi tiada tanah liat. Beli pasir yang orang buat simen plaster.
LikeLike
Amri said
Trima kasih tuan..
LikeLike
cikgu hanip said
assalamualaikum tuan…
1.Utk baja organik (5:5:5 / 8:8:8) brand apa yg sesuai utk rumput padang bola (cow grass)
2. Area kedah…kat mana boleh dibeli.
3. Adakah semua baja organik sesuai utk rumput asalkan npk 5:5:5 /8:8:8…
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam cikgu.
Betul cikgu, semua jemis baja organik yang NPK nya ialah 5:5:5 atau 8:8:8 boleh digunakan.
Cikgu boleh cari di nursery pokok atau kedai hardware.
Awas… kadang kadang penjual akan kata baja “garam” lebih baik utk rumput. Baja itu ialah urea dan mempunyai NPK 46:0:0 yang akan menyebabkan pertumbuhan galak (tak larat nak potong) dan dinding sel yang lembut. Ia juga boleh “bakar” rumput kerana sebagai garam, jika ia berada di atas daun, boleh menyebabkan air keluar dari dalam sel daun melalui proses osmosis.
Pasal tu saya syorkan baja organik: margin of error yang lebih besar.
LikeLike
jumiat said
saya baru tanam rumput filipina..ada rekeman baja 15:15…ada rekeman baja urea organik(nitrogen 12%)…mana yg baguih tuan😌
LikeLike
mynormas said
Baja urea organik? Tak pernah dengar oleh saya.
Baja organik yang ada banyak unsur seperti 5-5-5 atau 8-8-8 adalah selamat.
15-15-15 pun okay, 12-12-17 pun okay tapi kena cepat siram sebab mereka baja kimia dan senang bakar.
Elakkan baja urea 46-0-0 walau orang bagi free.
LikeLike
Zafarul Aswad Bin Abdul Talib said
Salam, baja jenis apa ye yg sesuai utk rumput karpet jenis Jepun dan Philipines?
Tq
LikeLike
mynormas said
Wassalam, kebanyakan baja yang dijual di kedai hardware besar atau hypermarket boleh digunakan. Nak cari kat nursery pun boleh tapi mereka mungkin akan cadangkan urea (macam garam): JANGAN GUNA UREA.
Saya cadangkan baja organik sebab kurang risiko. Cari baja organik 5:5:5 atau 8:8:8.
Kalau baru tanam, baja seminggu sekali, segenggam utk 10sq.m (lebih kurang). Lepas sebulan dua minggu sekali, lepas tiga bulan sebulan sekali. Lepas 6 bulan dua bulan sekali. Lepas setahun, tengok keadaan lah. Maybe setahun sekali, maybe dua bulan sekali kalau bawah dia pasir.
LikeLike
pejo said
tuan..sy menabur baja kopi ( bijiran hitam kecil) pd rumput sy sbnyk 4kg untuk rumput philippine seluas 230sqm..& siram sekali sehari..adakah ia memadai dibaja sebulan sekali?
LikeLike
mynormas said
Saya tak kenal baja tu. Tuan kena agak sendiri mengikut warna rumput tuan.
Rasanya cukup.
Cuma tuan amalkan dari kanan ke kiri bulan ni dan bulan depan dari kiri ke kanan kemudian bulan satu lagi belakang ke hadapan dan selanjutnya hadapan ke belakang
Kita kadangkala mula mula tu, banyak kemudian makin sikit. Menukar arah pembajaan akan mengurangkan kejadian baja tak rata.
Selamat Mencuba!
LikeLike