Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Teknik Membaja utk mengelak tompok & belang hijau

Posted by mynormas on March 13, 2011


Kadang-kadang ada penjual baja kata bahawa bajanya boleh tahan sebulan atau enam minggu. Dan mengatakan bahawa ini memudahkan kerja dan mengurangkan kos kerja pembajaan. Atau ada orang yang dia suka membaja pada kadar yang banyak atau kadar yang diperlukan oleh rumput untuk tempoh sebulan (contohnya 4kg/100m persegi sebulan).

Betul. Tapi…

Ada dua masalah yang saya ingin ketengahkan yang boleh di hadapi oleh kita di Malaysia.

  1. Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
  2. Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau. Mungkin pembelangan atau penompokan.

    Wrong fertilization technique

    Belang hijau akibat salah teknik

Oleh itu saya mencadangkan pembajaan yang kurang tapi selalu tapi munasabah. Saya dengar tentang baja foliar yang perlu di aplikasi hari-hari atau dua hari sekali maka – walaupun bagus – tapi adalah keterlaluan. Saya mencadangkan baja mingguan untuk rumput laman baru di tanam dan rumput green di padang golf. Jika anda menjaga padang bola atau taman atau rumput halaman anda telah lama di tanam, saya mencadangkan pembajaan setiap 3 bulan dan bukan sekali setahun. Anda boleh menggunakan jumlah baja yang sama! Cuma bahagikan kepada 4 bahagian. Contohnya; untuk orang yang membaja 4kg/100m persegi sebulan, jadikan ia 1kg/100m persegi seminggu. Jika anda membaja padang bola anda 10 bag setahun, jadikan ia 2.5 bag setiap 3 bulan.

Jika anda membaja laman anda satu bag kecil sebulan. Bahagikan bag itu kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali.

Guna alat pembaja atau guna tangan. Guna baja kimia atau baja organik. Prinsipnya sama; ULANG. Untuk setiap pembajaan, saya akan bahagikan lagi kepada dua bungkus lebih kecil. Satu bungkus baja saya baja dari depan ke belakang (atau dari pukul 12 ke pukul 6) dan satu bungkus lagi dari kiri ke kanan (atau dari pukul 3 ke 9). Ertinya, bungkus pertama anda mengadap rumah anda, atau tiang gol atau fairway dan berjalan sambil menabur baja. Pastikan cukup. Kemudian, dengan bungkusan kedua, letak rumah anda, tiang gol, fairway di sisi anda dan tabur baja hingga habis bungkus kedua.

Teknik ini mengelakan pembelangan atau penompokan hijau.

Fertilizing technique - wrong.

Tompok-tompok hijau akibat terlebih baja.

 

3 Responses to “Teknik Membaja utk mengelak tompok & belang hijau”

  1. Irene Lee said

    Saya ingin mencadangkan En. Normas mengumpul semula rencana-rencana En. Normas dan terbitkan sebuah buku dalam Bahasa Malaysia untuk kegunaan Universiti tempatan. Rencana-rencana tersebut senang difahami dan tidak membosankan. Pada pendapat saya, terbitan buku ini adalah satu sumbangan bakti kepada negara Malaysia secara amnya dan kepada industri golf khususnya. Selain itu, En. Normas boleh juga menambahkan pendapatan dari royalty yang boleh diturunkan kepada anak-anak, macam lagu-lagu Michael Jackson. Saya ucapkan sukses awal kepada En. Normas yang dihormati.

    Like

    • mynormas said

      Terima kasih untuk galakkan puan.

      InsyaAllah satu hari nanti terbuka hati saya. Macam Michael Jackson? Ramai ke orang nak beli buku tentang rumput? Terutamanya karangan orang tempatan? Sekarang ni pun saya kalah kepada konsultan orang putih. Walaupun mereka lebih mahal dan tak faham cuaca, rumput dan budaya Malaysia; orang kita akan mengangguk bila mereka bercakap dan membangkang bila saya cakap benda yang sama.

      Itulah sebab saya sambung belajar untuk mendapatkan Masters. Nak jadi konsultan di Malaysia kena ada qualification lebih ataupun tukar warna kulit; putih ataupun kuning.

      Terima kasih sekali lagi.

      Like

      • Irene Lee said

        En. Normas jangan putus asa. Tiada orang yang lebih faham padang tempatan dari En. Normas. Bila buku En. Normas keluar, saya akan jadi orang pertama untuk membelinya, melainkan En. Normas nak memberikan ianya secara percuma kepada fan tempatan ini. Autograph nanti mestilah besar besar ya.

        Like

Leave a comment