Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Teknik Membaja

Samada kita menggunakan baja kimia ataupun baja organik, cara membaja akan memberi kesan kepada rumput. Kalau kita silap teknik, ada kawasan dapat baja lebih dari kawasan yang lain. Maka ini akan memberi kesan tompok ataupun belang di atas rumput. Ini lebih ketara jika kita menggunakan baja kimia dan/atau baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Contohnya urea. Saya sangat mencadangkan tuan rumah tak menggunakan baja urea.

Kadang-kadang ada penjual baja kata bahawa bajanya boleh tahan sebulan atau enam minggu. Dan mengatakan bahawa ini memudahkan kerja dan mengurangkan kos kerja pembajaan. Atau ada orang yang dia suka membaja pada kadar yang banyak atau kadar yang diperlukan oleh rumput untuk tempoh sebulan (contohnya 4kg/100m persegi sebulan).

Betul. Tapi…

Ada dua masalah yang saya ingin ketengahkan yang boleh di hadapi oleh kita di Malaysia.

  1. Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
  2. Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau. Mungkin pembelangan atau penompokan.

    Wrong fertilization technique

    Belang hijau akibat salah teknik

Oleh itu saya mencadangkan pembajaan yang kurang tapi selalu tapi munasabah. Saya dengar tentang baja foliar yang perlu di aplikasi hari-hari atau dua hari sekali maka – walaupun bagus – tapi adalah keterlaluan. Saya mencadangkan baja mingguan untuk rumput laman baru di tanam dan rumput green di padang golf. Jika anda menjaga padang bola atau taman atau rumput halaman anda telah lama di tanam, saya mencadangkan pembajaan setiap 3 bulan dan bukan sekali setahun. Anda boleh menggunakan jumlah baja yang sama! Cuma bahagikan kepada 4 bahagian. Contohnya; untuk orang yang membaja 4kg/100m persegi sebulan, jadikan ia 1kg/100m persegi seminggu. Jika anda membaja padang bola anda 10 bag setahun, jadikan ia 2.5 bag setiap 3 bulan.

Jika anda membaja laman anda satu bag kecil sebulan. Bahagikan bag itu kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali.

Guna alat pembaja atau guna tangan. Guna baja kimia atau baja organik. Prinsipnya sama; ULANG. Untuk setiap pembajaan, saya akan bahagikan lagi kepada dua bungkus lebih kecil. Satu bungkus baja saya baja dari depan ke belakang (atau dari pukul 12 ke pukul 6) dan satu bungkus lagi dari kiri ke kanan (atau dari pukul 3 ke 9). Ertinya, bungkus pertama anda mengadap rumah anda, atau tiang gol atau fairway dan berjalan sambil menabur baja. Pastikan cukup. Kemudian, dengan bungkusan kedua, letak rumah anda, tiang gol, fairway di sisi anda dan tabur baja hingga habis bungkus kedua.

Teknik ini mengelakan pembelangan atau penompokan hijau.

Fertilizing technique - wrong.

Tompok-tompok hijau akibat terlebih baja.

Advertisements

62 Responses to “Teknik Membaja”

  1. hazry said

    a’kum tuan…untuk memastikan rumput sentiasa hijau tua apakah baja yang sesuai selain urea dan apakah kekerapan pembajaan yang sesuai.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam tuan. Jangan guna urea. Ia mengandungi 46% nitrogen yang di anggap terlalu banyak-sekaligus untuk rumput. Plus rasanya ia dlm bentuk klorida yang boleh ‘membakar’ rumput kalau lambat siram tapi kalau over siram ia akan hanyut ke dalam longkang atau saliran bwah tanah. Try baja organik yang mengandungi 5% atau 8% N sahaja seperti 5:5:5 atau 8:8:8 dan sebagainya. Baja sikit tapi selalu pda permulaan contohnya satu genggam untuk dua meter persegi setiap minggu pada mula tanam tapi bila dah lebih setahun dan nampak subur; cukuplah segenggam untuk dua meter persegi setiap enam bulan. Of course, it is not as simple as that because ia bergantung pada tanah (pasir perlu lebih banyak baja) dan cuaca but jadikan ia sebagai panduan. Mungkin setiap 4 bulan atau 3 bulan? Jadikan warna rumput serta rumpaiair dalam longkang/kolam sekeliling/dekat rumah sebgai guide.

      Like

  2. jngadirin said

    Saya tanam rumput karpet. Ok la nampak hijau cuma saliran kurang baik. Bila hujang air akan bertakung lama dan tidak menyerap cepat. Ada cara nak bagi air menyerap lebih cepat??

    Like

  3. Agiell said

    Hallo bos,,, sy ada tanm rumput carpet,, lumayan luas,, dan bleh dikatakan bagus,, tp dari segi pembajaan sy kurng faham,,, setiap kali lepas baja, mesti ada tompok2 bekas baja, sehingga rumput tak cantik,, disini sy gunakan baja sebatian import . 15% N,, Untuk baja yg baik atau biar tak berkesan, sy hrus guna baja jenis apa,, trmksh

    Like

    • mynormas said

      Baja kimia boleh membakar rumput. Cuba gunakan baja organik dan amalkan baja sedikit tapi selalu.
      Try baja yg ada 5% N; sebulan sekali atau dua kali. Perubahan lambat tapi insyaAllah lama hijaunya.

      Like

  4. jas said

    salam tuan

    berapa banyak gram baja diperlukan untuk kawasan seluas dalam 725 kaki persegi???…

    tq

    Like

  5. jas said

    ada formula x untuk baja ….

    contoh macam ….100g baja untuk 100 square foot rumput…tq

    Like

    • mynormas said

      Bergantung pada rumput apa dan jenis tanah (pasir perlu lebih baja dari tanah).

      Saya boleh beritahu bahawa untuk carpet grass, 600g Nitrogen dan Kalium per 100 meter persegi per bulan. Phosphorus perlu ikut soil test ataupun agak-agak (saya biasanya guna ia pada nisbah 1 persepuluh atau kurang dari N atau K per bulan. Tapi pada waktu tanam ataupun jika ada masalah, saya akan tambah kepada 500g per 100 meter persegi untuk kali tu sahaja. P boleh membahayakan alam sekitar.

      Rumput memerlukan 16 atau 17 jenis nutrient, 3 (Carbon Hidrogen dan Oxygen) boleh didapati dari udara. N, P dan K seperti di atas. Yang selebihnya adalah micro nutrient iaitu di perlukan dalam jumlah yang amat sedikit dan biasanya boleh di dapati dari tanah atau baja organik.

      Like

      • suhaimi ismail said

        Saya baru tanam rumput carpet 3bln lalu….tak pernah letak baja…hanya siram air saja…..rumput belum penuh sepenuhnya….masih lagi ada yang tompok2…bagaimana nak galakkan cepat ..

        Like

      • mynormas said

        Cuba baja. Gunakan baja organik 8:8:8 se jemput utk setiap tompok; letak baja pada rumput around the tompok tu.
        Tapi jika tompok tu lebih besar dari tapak tangan, kita err… main tipu sikit. Kita ‘curi’ rumput dari kawasan subur atau dari sempadan laman (sendiri punya ya bukan jiran) dan tanam. Boleh juga nak beli sikit dari nursery tapi pastikan dari nursery yg sama.
        Selamat Mencuba!

        Like

  6. macam mana nak bagi rumput berjalur ?guna aper?

    Like

    • mynormas said

      Tuan, saya bercadang untuk cerita tentang ini dalam suatu artikel akan datang. Lawati lagi laman web ini ataupun jadi ‘follower’ supaya semua post di email kepada tuan. Saya post dalam sebulan sekali atau dua kali sahaja. Sementara itu, tuan boleh baca sedikit tentang jalur di padang bola ataupun boleh lihat pembayangnya di YouTube video ini. Teknik dia sedikit tambah kerja tapi itu hanya untuk permulaan, bila dah banyak kali buat; tak perlu potong berkali kali lagi.
      Selamat Mencuba!

      Like

      • Nadiah Hayati said

        Salam..sy baru tanam rumput kerpet 2bulan lalu..tp lepas potong..rumput mula kekuningan….macam mana nak rumput jadi hijau semula….baja apa yg sesuai

        Like

      • mynormas said

        Salam, ke mungkinan puan memotong menggunakan mesin galas belakang? Si pemotong telah memotong terlalu rendah hingga yang tinggal hanya lah batang rumput sahaja. Itu yg kuning. Biarkan utk sementara, lepas tu potong guna mesin bertayar atau guna mesin galas yg pisau besi dan bukan tali nylon.

        Like

  7. Amir said

    Teknik pembajaan rumput…
    Utk baja organik, cara mana lebih berkesan :
    Semburan atau tabur

    Like

    • mynormas said

      Memandang kan baja organik mempunyai nutrients yg rendah, maka tabur lebih baik kerana kita perlu letak banyak. Tetapi, advantage of sembur pula ialah, baja foliar lebih cepat di serap oleh rumput/pokok.

      Like

  8. Roslam said

    Rumput di padang sekolah saya jenis rumput lembu , pertumbuhan jarang jarang , tanah liat di tambah dgn pasir lombong, apakah cara utk menmadatkan pertumbuhan , saya bajakan 1 setahun , apakah baja yg sesuai
    Dan bagaimana utk menjaganya

    Like

    • mynormas said

      Hmmm… cuba baja 2x setahun. Dan potong seminggu sekali (minimum) dengan menggunakan mesin yg boleh di ukur ketinggian nya.
      Brapa umur padang tu? Jika lebih 3 tahun, lakukan pengudaraan tanah.

      Like

  9. eizran said

    Assalamualaikum tuan.. saya bercadang ingin menanam rumput padang sekolah…jika cowgrass….selepas menanam bagaimanakah jadual pembajaan seterusnya.. keluasan 3600m sq. saya kira dalam 144kgmsekali baja.. dan boleh tak syorkan baja organik yg mcm mana..

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      Tiga bulan pertama, sebulan sekali. Enam bulan kedua, dua bulan sekali. Sikit tapi selalu. Segenggam utk 10 meter persegi, lebih kurang. Baja organik 5:5:5 atau 8:8:8 ok.

      Like

  10. zonan said

    salam .boss nak tanya klau pakai baja 1515 okey tak??? apa pandangan tuan dgn baja itu..tq

    Like

    • mynormas said

      Salam, 15:15:15? Boleh… Tapi boleh bakar daun, jadi kena siram sampai biji baja jatuh dari daun ke tanah.
      Baja ni jugak boleh sebabkan flush growth iaitu esok tiba tiba rumput panjang. So baja sikit tapi selalu. Experiment sendiri. Saya cadangkan se genggam 10 sq.m setiap bulan or dua bulan.

      Like

  11. fiq said

    SALAM BOS NK TNYA SAYA ADA TANAM RUMPUT JENIS MUTIARA,TP NMPKNYE MCM TIDAK BERAPA SUBUR DAN KEKUNINGAN,DAH SETAHUN PUN TP TETAP X SUBUR.BAJA BAU MCM KOPI TU SAYA PAKAI ,2 MINGGU SEKALI BAJA..,APAKAH CARA NK BG RUMPUT SUBUR BAJA APAKAH YG TERBAIK UNTUK RUMPUT MUTIARA

    Like

  12. atikah said

    salam tuan.. saya jaga padang bola dan rumputnya ialah cowgrass.. apakah baja yang sesuai digunakan dan bagaimana cara ubtuk membaja nya. adakah baja 15:15:15 boleh digunakan?

    Like

    • mynormas said

      Salam cik… syabas. Baja 15:15:15 adalah ok. Baja sedikit tetapi selalu. Saya tak boleh cakap ‘sedikit’ tu banyak mana kerana ia bergantung pada kesuburan tanah juga. Rule of thumb is kalau cik baja dan esok lusa rumput tumbuh galak hingga susah nak potong: over baja.
      Cik ada dua cara; kalau ada fertiliser spreader maka gunakan nya. Kalau takde dan guna tangan; pun boleh. Di kedua dua cara, cik MESTI pastikan baja di tabur dalam garis lurus dan seboleh boleh nya di tabur dalam dua arah. Ertinya satu arah ialah dari gol ke gol dan satu arah lagi ialah dari kanan ke kiri. Jadi padang cik tak berbelang.
      Supaya cik atau orang cik tidak lari fokus; saya cadangkan baja separuh padang dulu. Dua hari lagi, baja separuh padang pulak.
      Selamat Mencuba!

      Like

    • mynormas said

      Cik Atikah,
      My latest article is dedicated to you…
      Pembajaan Padang

      Like

  13. Daud said

    Padang bola di sekolah saya baru ditanam rumputnya.
    Mula di tanam Bulan 12 thn lepas..
    Jadi bulan berapa boleh gune padang tu utk bersukan??
    Dan kawasan nie dijangka musim panas dlm bulan 2-3 thn nie.

    Like

  14. Aqilah said

    Bleh ke kalau saya tanam rumput karpet di tanah yang keras??

    Like

  15. Syahrul said

    Assalam. Saya ada menanam rumput,tetapi menjadi tompok kuning selepas letak baja urea. Adakah rumput filipina itu mati dan perlu diganti atau biarkan dahulu? Apa penyelesaian yg patut dilakukan ya? Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Salam, tak mati, ia ter’bakar’ kerana urea mempunyai garam yg menarik air keluar melalui proses osmosis.
      Biar kan dulu, lepas ni ia akan tumbuh mencanak tak larat nak potong. Bila potong ia akan jadi kuning kerana dah potong batang.
      Jangan guna urea lagi. Guna baja organic yg ada lagi banyak unsur nutrient. Urea hanya ada nitrogen 46%.

      Like

  16. Nurul said

    As salam tuan.. suami ada tanam rumput karpet tp lepas letak baja ada rumput yg jd kekuningan..adakah rumputnya tu sudah mati sbb salah teknik baja atau salah guna baja..suami guna baja urea..sblum ni hanya jirus air,kehijauan rumputnya cantik..tp lepas letak baja ada rumput yg keseluruhannya kuning dan ada rumput yg hijau campur kekuningan..

    Like

    • mynormas said

      Salam. Kita kata rumput itu ter’bakar’ kerana Urea mempunyai garam yg menarik air keluar melalui proses osmosis.
      Ia akan pulih dalam seminggu insya Allah dan tumbuh panjang. Jika potong, akan jadi kuning kerana dah potong batang.
      Jangan guna urea lagi. Guna baja organic.

      Like

      • Ariff said

        Assalamualaikum..sy baru tanam rumput karpet…baja ape yg sesuai ye..baja urea xelok untuk rumput ke??apakah cara yang betul untuk membaja,kuatiti baja yg diperlukan dan kekerapan membaja??harap dapat membantu ye..0173723538 blh whatsap

        Like

      • mynormas said

        Waalaikumsalam. Saya jawab soalan awak dulu sebelum yg lain supaya saya tidak dapat soalan “Kenapa rumput saya jadi kuning lepas guna baja urea lagi”
        JANGAN GUNA UREA!
        Urea hanya ada satu nutrient, iaitu nitrogen! Sedangkan rumput perlukan 17 nutrients. Guna baja organic warna hitam. Sebulan pertama lepas tanam baja seminggu sekali. Lepas tu sebulan sekali utk tiga bulan. Lepas tu setahun dua kali.
        Segenggam utk 10 sq.m (lebihkurang).
        Apa yg tuan cari ialah kesuburan rumput. Jika hari ini baja dan esok dah hijau panjang; overdose.

        Like

  17. cik ude said

    assalam en sy menjaga landskap di sesuatu universiti jd sy nk tanye tentang kaedah baja yg ok untuk rumput dan pokok di kawasan lereng bukit dan cara menghijau kan rumput tersebut

    Like

    • mynormas said

      wa salam Cik,
      Untuk kawasan lereng bukit, cara terbaik membaja ialah dengan baja foliar atau baja cecair yang di sembur ke kawasan rumput tersebut. JANGAN GUNA UREA. Cari baja yang ada complete nutrient. Cari di kedai yang ada jual barang estate. Jangan guna N sahaja untuk hijaukan rumput. Do consider baja yang ada Fe juga.

      Like

      • cik ude said

        blh kew saya mendapat nombor contact pihak encik utk selanjutnya dan berharap blh menjadi tunjuk ajar kepada kami tq

        Like

      • mynormas said

        Perkenalkan diri cik dulu. Adakah cik pelajar atau pekerja? Adakah ini dengan kebenaran pensyarah atau majikan? Perkara apa yang perlu di tunjuk ajar?

        Like

  18. abangde said

    salam tuan. saya nak bertanya adekah baja kompos sesuai untu rumput cow grass. tq

    Like

  19. Zack said

    Salam tuan..boleh sy tnye berape limit N.P.K pada rumput bermuda di padang golf pada setiap minggu..dan kelebihan calcium pada rumput..

    Like

    • mynormas said

      Salam. Limit? Maksimum? Entah. Tapi biasanya nitrogen adalah 600g/100sq.m/per bulan. Lain lain perlu di gunakan soil test baru tahu.
      Calcium adalah mikronutrien: ia di perlukan dalam kuantiti amat kecil. Di perlukan untuk pembahagian sel dan fungsi membran. Jika kurang Ca, pertumbuhan pucuk daun dan akar adalah lemah.

      Like

  20. baah said

    salam tuan saya nak tahu kaedah penanaman rumput di kawasan lereng @ cerun bukit bagi rumput senang hidup dan cara menjaga rumput dilereng bukit

    Like

    • mynormas said

      Salam. Cara tanam rumput ialah dengan sod ataupun sprig. Ada juga orang tanam dengan cara mencampur dengan gam dan baja tapi ini mahal dan lereng bukit yang tinggi: hydro-mulching kalau tak silap saya.
      Cara menjaga ialah dengan membaja sedikit tetapi selalu dengan baja foliar secara siram. Jangan guna brush cutter kerana anda akan memaksa orang pijak rumput. Saya cadangkan guna mesin Flymo atau Hover mower (sila Google, di Malaysia mungkin di jual oleh Jebsen and Jessen ataupun ATS). Gantung mesin ini dari atas.
      Selamat mencuba!

      Like

  21. moe said

    boleh tuan rekemenkan baja organik untuk rumput japaness? boleh beli online?

    Like

  22. wan z said

    as salam tuan..halaman rumah saya tanam rumput karpet/swiss. Masalahnya sekarang dah tumbuh pula rumput-rumput liar/gulma. macamana nak atasi rumput liar ni. Ada ke racun yang sesuai semata-mata utk hapuskan rumput liar ni?

    Like

    • mynormas said

      Salam. Ada. Tapi kalau rumput liar yang tumbuh di tempat tuan ialah rumput berdaun lebar maka ada kemungkinan kawasan tuan terlalu redup untuk rumput karpet. Rumput perlukan matahari untuk buat fotosintesis dan rumput karpet mempunyai daun yang terlalu kecil untuk tempat redup; rumpai berdaun lebar boleh survive.
      Tetapi jika rumpai yang tumbuh adalah jenis ‘rusiga’ iaitu halus dan batang kecil warna hijau; itu ertinya kawasan tuan terlalu lembap. Rusiga gemarkan tempat lembap.
      Camanapun; racun yang boleh digunakan untuk membunuh keduanya tanpa membunuh rumput karpet ialah jenama Almix. Semua racun mempunyai bahaya dan perlu di aplikasi oleh orang terlatih mengikut label. Guna racun dengan risiko sendiri.

      Like

  23. sham said

    As salamm tuan,sya nak Tanya serba sedikit berkenaan rumput cow grass,saya dah tanam sendiri pd mulanya hijau cantik,dan lepas seminggu dua rumput Nampak dah kekuningan,siram seharian satu hari 3 kali,tapi tetap kekuningan macam nak mati tuan,ada apa caraa utk menyuburkan semula

    Like

    • mynormas said

      Salam.
      Hmmm, adakah ini betul Cowgrass atau sebenarnya Pearl grass?
      Tapi rumput jangan over siram bang. Siram pagi dan tengahari saja. Namun saya tak rasa itu punca nya.
      Adakah dia dapat matahari yang cukup? Cowgrass paling tidak pun perlu 4 hingga 6 jam sehari matahari.
      Maaf, saya tiada jawapan tepat utk tuan.

      Like

  24. hafizah said

    boleh saya tahu cara pembuatan baja menggunakan urea kambing?

    Like

  25. Kimikimihaikimi said

    Assalammualaikum..sy ada tanam rumput carpet,tp knp ada tompok2 yg kelihatan seperti rumput dah mati atau kelihatan rumput kering

    Like

  26. Sharina said

    Salam tuan.. Sy ada tanam rumput karpet jenis japanese utk halaman belakang rumah utk 5kaki.. Ada beberapa mslh yg timbul.
    1- ada rumput yg mati sbb ada part yg xkena matahari disbbkn awning jiran menutupi sinaran.ada cara lain yg bole sy lakukan? Adakah rumput akn terus mati.
    2- bila hujan air jd bertakung dan berlecak adakah tanah xsesuai? Seblum ni tanah jenis pasir sungai.sy tanam rumput guna tanah kuning. apa perlu sy lakukan.
    3- ada ulat pada rumput sy. Seakan2 ulat sampah tp berwarna hijau. Ada racun yg sesuai utk rumput japanese?
    4- sy guna baja 15 tp xnmpk keputusan yg memuaskan. Lepas itu sy guna baja katanya sesuai utk padang golf n rumput karpet. Warna putih,hijau.. Juga rumput sy masih xsihat.
    Adakah laman yg xsepenuhnya kena cahaya matahari xsesuai utk tanaman rumput japanese?
    Terima kasih tuan

    Like

    • mynormas said

      Puan,
      Rumput karpet seperti rumput Zoysia japonica ni perlukan 6 – 8 jam sehari. Saya maksudkan ada hari 6 jam dan ada hari 8 jam, bukan kawasan 6 jam matahari boleh hidup.
      Jika tak cukup matahari, ia akan jadi panjang dan kurus dan seterusnya mati.
      Lecak dan bertakung biasanya akibat saliran yang tidak baik. Samada tanah puan senget ke belakang ataupun air tidak tembus kebawah. Kalau sekadar 5 kaki membazir nak buat longkang subtanah. Puan boleh cuba buat pengudaraan tanah halaman (search di laman web ini).
      Ada racun, tapi saya sangat tidak menggalakkan racun komersial digunakan di rumah.
      Puan boleh cuba bancuh cair air sabun cuci pinggan dan kurus di situ pada awal pagi. Ulat akan keluar dari tanah. Sembur dengan Baygon atau racun lipas lain. Atau tangkap dan musnahkan.
      Ulang lepas 7 – 10 hari WALAUPUN puan dah tak nampak lagi. Lepas tu ulang lagi lepas 7-10 hari. Kita nak musnahkan semua yang baru menetas dari telur dan baru keluar dari kepompong.
      Telur dan kepompong imun kepada racun dan sabun.
      Baja adalah ibarat vitamin kepada rumput. Makanan rumput ialah apa yang di proses dalam daun melalui fotosintesis. Kalau tak cukup matahari maka tak cukup makanan lah rumput.
      Cowgrass dan Pearlgrass boleh hidup di kawasan 4-6 jam matahari. Tapi jika less than that, guna rumput plastik saja lah puan. Low maintenance. Tapi awas, rumput plastik jadikan kawasan panas bila di sinar matahari, tapi kalau kawasan tu redup….
      Terimakasih puan.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: