Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Rekabentuk Lanskap; macamana nak mula.

Sebelum ini kita ada berbincang tentang prinsip rekabentuk lanskap (apa, kenapa dan bagaimana). Itu teorinya, macamana praktiknya? Praktiknya ialah kita memulakan projek lanskap dengan tidak menanam  apa-apa pun selagi kita belum ada projek di atas kertas.

Kita boleh bercerita tentang topic ni secara serius tapi kalau nak serius, boleh lah berhenti baca disini dan mungkin lebih baik kita semua cari buku atau laman web yang serius tentang lanskap. Saya berpendapat bahawa menanam lanskap di sekeliling rumah boleh menjadi suatu hobi yang menarik dan mudah. Maka adalah hasrat saya untuk memudahkan projek lanskap untuk orang awam.

Terlalu selalu kita biarkan kontraktor yang tentukan pokok apa, berapa banyak dan kat mana nak tanam, dan kita lupa bahawa lagi banyak pokok dia tanam lagi besar bil dia. Saya tengok banyak orang yang halaman rumahnya penuh dengan pokok yang dia tak terbela dan dia tak kenal nama pun. Akhirnya pokok-pokok terbiar.

Secara umumnya artikel ini di tujukan kepada orang awam yang tidak mempunyai latihan dan pengalaman merekabentuk lanskap. Ia banyak merujuk kepada ‘rumah’ tapi boleh digunapakai kepada ‘sekolah’, ‘pejabat’, ‘ kilang’ atau sebagainya. Bila saya sebut ‘keluarga’ boleh gantikan dengan ‘rakan sekerja’, ‘rakan sekolah’ atau sebagainya. Dan bila saya sebut ‘isteri’ maka boleh lah ganti dengan ‘bos besar’ (dengan tiada lain yang sebagainya…)

Kita mulakan: pertama sekali, pastikan semua ahli keluarga terlibat sama. Siapa tahu? Ada ahli keluarga kita yang mempunyai bakat artistic yang terpendam? Atau mereka lihat kawasan rumah orang lain yang menarik perhatian? Dalam perbincangan, letak kan beberapa kriteria yang di jadikan panduan perbincangan.

  • Jangan bergaduh atau tarik-tarik rambut
  • Ingat atau perhatikan saiz tanaman atau pokok itu bila ia matang nanti. Biasanya bila kita dah tinggal kat satu rumah kita akan duduk situ selama 10 atau 20 tahun akan datang, jadi bayangkan ketinggian atau saiz pokok itu 10-20 tahun lagi. Boleh tak bayangkan pokok pisang kipas di rumah 20×70 kaki? Atau pokok Araucaria setinggi 30 kaki di rumah teres setingkat?
  • Tahap penjagaan. Jika anda adalah keluarga yang sibuk dan umm… ‘kurang rajin’ maka janganlah cari pokok, rumput atau tumbuhan yang perlukan banyak penjagaan.
  • Beri perhatian kepada kawasan kejiranan juga. Adakah tema atau pokok lanskap itu akan kelihatan janggal dengan keadaan rumah-rumah jiran?
  • Untuk rumah yang mempunyai kawasan kecil, menanam dalam pasu yang boleh di susunatur atas pelantar bertingkat, atau di gantung boleh memberi lebih banyak tumbuhan dalam ruang yang lebih kecil. Atau boleh guna pergola yang mempunyai bumbung tumbuhan menjalar seperti bougainvilla.
  • Di belakang atau tepi rumah mempunyai tebing curam? Menanam dengan rumput bermakna akan susah memotong di masa akan datang. Mungkin boleh tereskan tebing (tapi jangan tanam kelapa sawit; itu dah luar topik) atau tanam dengan tanaman penutup bumi seperti Wedelia atau Arachis. Jika kawasan tersebut besar, boleh juga tanam dengan Weeping Lovegrass atau wild flower.
  • Apa personality keluarga anda? Formal atau informal? Terbuka atau lebih sukakan privasi? Padankan tema lanskap dengan keluarga anda.
  • Rumah anda mungkin mempunyai bentuk atau warna yang bertema, maka jangan lupa juga untuk padankan lanskap anda dengan tema rumah anda. Atau anda kena padankan rumah anda dengan tema lanskap anda. Terpulang.
  • Adakah ahli keluarga anda yang mempunyai keperluan istimewa? Laluan yang lebih lebar mungkin di perlukan untuk orang yang berkerusi roda. Atau tanaman tidak berduri untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak riang.
  • Bajet. Mungkin kriteria ni sepatutnya yang pertama tapi nanti perbincangan jadi tak seronoklah bila cerita pasal duit dulu.

Jika anda telah melalui langkah di atas tanpa drama, ini bermakna orang lain tak berminat atau anda telah menggunakan kuasa veto di setiap peringkat perbincangan.

Kawasan lanskap lengkap dengan air terjun.

Seterusnya ialah langkah-langkah perbincangan itu di adakan. Bagaimana cara untuk membuat rekaan lanskap secara mudah?

Langkah-langkah:

  1. Buat keputusan tentang keperluan dan kemahuan keluarga anda. Apakah kegunaan lanskap itu nanti? Jika anda mahu ia berfungsi sebagai tempat riadah atau bersenam atau bersantai, maka anda mungkin mahukan kawasan rumput yang lebih besar. Jika anda mahukan ia sebagai tempat anda menghabiskan masa lapang sebagai hobi, maka anda perlu utamakan pokok kegemaran anda ataupun pokok dalam pasu yang lebih mudah di tukar bila dah jemu. Beri perhatian juga kepada berapa banyak masa anda mampu luangkan untuk penjagaan lanskap anda.
  2. Kenali kawasan anda. Mungkin ada kawasan anda yang tak boleh atau tak mahu di ubah (contohnya jalan masuk atau pokok besar).
  3. Jika kawasan anda besar, anda mungkin perlu membuat penanaman secara berperingkat. Tapi rekaan mesti di buat secara keseluruhan.
  4. simple layout of rumah dan laman. Guna Excel (buku matematik pun boleh)

    Cari atau buat suatu peta kawasan anda. Lukis ‘pandangan satelit’ dan pastikan ia bersekala (ukuran yang mengikut skala). Contohnya; apa-apa yang panjangnya 1 meter di atas mukabumi, lukiskan ia sebagai 1 sentimeter di atas kertas.
    Lukiskan juga: rumah atau bangunan lain dalam kawasan anda. Pagar atau sempadan (jangan terlanskap tanah orang!). Kawasan merbahaya seperti longkang terbuka, paip bawah tanah yang cetek, wayar letrik (sambungan ke eletric gate) dan sebagainya.

  5. Ambil sekeping kertas nipis (kertas surih atau tracing paper), lekapkan di atas peta tadi dan lukis idea anda. Anda boleh buat lebih dari satu idea dan labelkan setiap kertas nipis itu sebagai ‘Idea 1’, ‘idea2’ dan sebagainya.
    • Ingat, anda perlu mengikut skala peta.
    • ‘Idea1’ mungkin ada pelantar/gazebo. ‘Idea2A’ mungkin ada kolam ikan dan pokok shrub renek setinggi  dua kaki di kiri kanan jalan. ‘Idea2B’ mungkin ada kolam ikan tapi pokok palma di kiri kanan jalan. ‘Idea3’ mungkin ada banyak pokok besar dan sebagainya. Lekap kertas di atas peta dan bincang dengan “ahli jawatankuasa” anda.
    • Tak perlu letak nama pokok dahulu. Hanya letak lokasi dan saiz setiap tumbuhan dahulu. Pokok A di tengah-tengah halaman, batas B bunga warna kuning dekat tepi bilik Abang, kolam ikan sebelah tingkap Adik, Palma kecil setiap 2meter di kiri kanan jalan.
  6. Akhir sekali, rombak semula idea anda ke atas suatu ‘masterplan’ dan pastikan semua orang tandatangan. Tak pandai tandatangan suruh dia cap jari. Lepas ni jangan nak komplen.
  7. Satu lagi perkara tentang pemilihan tanaman. Saya pasti dari awal lagi anda dah tahu pokok apa nak tanam kat mana, tapi kadang-kadang bila dah lukis atas kertas baru kita nampak ‘kaitan’ pokok itu dengan tanaman, pagar, jalan ataupun rumah kita. Tapi kalau anda tak pasti pokok apa nak tanam (tapi tahu rupa, saiz dan warna) maka ada beberapa cara anda boleh pilih pokok:
    • Pergi ke nursery dan pilih.
    • Jika anda nampak pokok yang anda suka di taman bunga atau rumah Mak Limah hujung jalan, ambil gambar dan bawak ke nursery.
    • Bawak orang nursery ke taman bunga atau ke rumah Mak Limah.
  8. Lepas tu gantikan nama pokok itu ke atas ‘masterplan’ tadi. Contohnya: Allamanda kat Batas B, Green Palm kat tepi jalan, pokok Janda Merana kat tepi rumah, Ixora Sunkist tepi pagar dan sebagainya.
    Satu peringatan; pilih pokok yang sesuai dengan iklim rumah anda. Maksud saya, jangan pergi beli pokok kat Cameron Highland jika anda tinggal di Kuala Pilah.

Saya tahu, saya tahu, pada peringkat ini ada yang dah mengalirkan air mata kerana rasa susah sangat nak buat lanskap untuk tanah sebesar stem pos. Jangan stress. Yang tertulis di atas tu hanyalah panduan sahaja dan anda boleh langkah mana-mana bahagian atau buat bahagian baru seperti yang anda rasa patut. Itu rumah anda, peduli apa orang lain cakap. Tapi lanskap boleh menjadi suatu hobi dan memberi kepuasan kepada anda, jadi buat perlahan-lahan! Ikut kemampuan! Dan penting sekali; Have Fun!

Sudah kah anda membaca bahagian 1 dari artikel ini: “Rekabentuk lanskap; apa, kenapa dan bagaimana“?

Rujukan lain:

http://www.the-landscape-design-site.com/landscapeplanning.html

http://landscaping.about.com/od/landscapeplans1/a/landscape_plans_4.htm

http://www.design-gardens.com/garden-design.html

50 Responses to “Rekabentuk Lanskap; macamana nak mula.”

  1. zaharah said

    Saya bercadang nak buat landscap untuk rmh yg baru saya duduki 5bulan. sy sgt berminat dengan taman yg segar tp keliling rmh dh disimen. Bolehkh saya menanam rumput taman di atas permukaan bersimen dan bagaimana caranya. tq

    Like

    • mynormas said

      Pertama sekali puan kena pastikan bahawa simen itu tidak menakung air. Bila dah confirm, maka jawapan nya ialah ‘boleh’.

      Puan letak satu lapisan pasir yang sekurang-kurangnya enam inci tebal di atas simen tersebut kemudian puan tabur selapis baja organik nipis iaitu lebih kurang 1 – 2 mm tebal. Lepas tu tanam dengan sod. Tapi kalau kawasan simen tu besar, masalah utama ialah air yang tidak dapat keluar kerana saya tahu simen itu adalah rata. Macamana pun selepas beberapa bulan (atau mungkin tahun) air akan terperangkap di bawah pasir dan menjadi masalah. Pada saya, definasi ‘besar’ ialah lebih dari 2 meter dari tepi.

      Like

  2. tini said

    saya mempunyai 1rumah teres dan hanya ada sedikit kawasan kecil unt d landscape… so any idea?

    Like

    • mynormas said

      Kecil? Sebesar stamp pos?
      Kalau puan suka rumput, dan kawasan puan cukup matahari, puan tanam Philippine grass dan pokok bunga dalam pasu. Kalau puan lebih suka pokok bunga, tanam pokok bunga lepas tu tanam Cowgrass.

      Like

  3. suzie zul said

    Saya ingin menanam rumput di ruang sebesar 20′ x 5′ kat belakang rumah saya. Masalahnya, ruang itu berbumbung asbestos dengan 2 keping asbestos jernih untuk membenarkan cahaya melalui ruang tersebut…..rumput apakah yang sesuai?

    Like

  4. zul said

    salam, saya bercadang menanam rumput di tepi kawasan rumah untuk anak-anak bermain (anak perempuan berumur 3 dan 5 tahun). ada yang mencadangkan rumput yang kasar (lebih lasak) tapi saya berminat (selepas tgk jiran sebelah punya rumput) untuk tanam jenis filipina. soalan saya. apakah daya tahan rumput filipina dari segi kesediaan untuk dipijak (dengan dan tanpa kasut) oleh kanak2 yang berlari2, main badminton dan tendang bola plastik?

    Like

    • mynormas said

      Salam, maaf saya miss soalan ni.

      Rumput Philippine tahan lasak utk anak anak tuan. Tapi ia tak tahan redup. Jika tanah tuan tak dapat matahari 8 jam sehari, ia akan mempunyai akar pendek dan daun panjang. Ini menjadi kan ia tidak lasak.
      Selamat Mencuba!

      Like

  5. Zee said

    Ruang yg sy nk tanam pokok pun sebesar setem pos . Lalu sy tanamkn pearl grass, pokok lidah jin n bunga kembang sepuluh di bhg tepi .

    Liked by 1 person

  6. Hafiz Ramli said

    Salam. Saya ingin bertanya. Masakini rumah kebanyakkannya berwajah moden. Soalan saya, apakah tumbuhan sesuai utk gaya moden? Saya ada ruang tepi rumah semi d sebesar 30x 10.. Apakah konsep sesuai? ( saya sukakan lapang dan teratur)

    Like

    • mynormas said

      Tuan,

      Saya cadangkan tuan ambil konsep minimalis. Gunakan tumbuhan hiasan jenis palm. Jangan tanam sebagai pinggir atau pagar. Tanam ia sebagai pulau. Bayangkan tuan ada lautan rumput dan di satu dua tempat, tuan ada pulau yang memberi teduhan untuk aktiviti atau tempat riadah. Salah satu pulau boleh ada pergola atau furniture untuk tempat lepak. Kawasan rumput yang besar adalah memberi lebih security dari kawasan berpokok (ini contrary to popular belief) tapi fikirkan, di mana perompak nak sembunyi di padang rumput? Dia nak sembunyi nak potong pagar pun tak boleh sebab kita nampak pagar di potong. Nak jaga pokok juga lebih susah dari nak jaga rumput.
      Tuan pergi ke nursery or if u use a landscaper, they will push as many trees for you to buy because they make more money. Don’t fall for it (sorry ya orang nursery dan landscapers). Find palm or trees yang akar dia tak timbul. Off-hand tak ingat nama now and too lazy to bukak references. Just tell him to recommend trees and you want to see the sample or picture of the trees IN A MATURED state; bukan masa pokok tu dalam polybag. Now dia kecik comel. 5 years later dia menggaru dinding dan bumbung rumah you!
      Trace out a picture of your lawn on a piece of paper. Try to make it ada scale (No need to be very accurate, just ukur guna tapak atau langkah jer; one langkah saya roughly 0.75meter). Then draw out the islands (if you nak follow my advice ler) and you measure out how big you want the canopy of the tree to be e.g. “I want the canopy of the tree to be 3 meters from centre of this place” Jangan cakap kat dia island, he will laugh you off and try to convince you otherwise. Ask him to recommend a tree and ask him to show you the tree’s size five years from now. If he can’t, tanya pakcik Google.
      What grass? Cowgrass. I know carpet or Philippine grass looks much better. But trust me, unless you have a gardener of your own: Cowgrass is better.
      Selamat Mencuba!

      Like

  7. azah said

    assalam, rumah saya semi-d ada kawasan telah ditanam rumput di bahagian tepi. suami saya telah membeli pondok dan diletak di tepi rumah. boleh beri cadangan pokok yang sesuai untuk menambah seri pondok itu?

    Like

  8. nina said

    kalau kawasan luar rumah sy bertar, sy nak buat lanskap boleh ke

    Like

  9. Taufik said

    Rumput jenis apa nama ? yg jika ditanam tak perlu dipotong2 tak panjang2 maintenance yg rendah dan sesuai ditanam diruang landskap dpn rumah yg bersaiz 3x5meter dan pasir,organik jenis apa brp harganya tn pakar ?

    Like

    • mynormas said

      Pearlgrass atau rumput mutiara. Tahan redup dan lambat panjang.
      Guna pasir sebagai bahan bawah. Tak perlu apa apa lagi kerana tuan akan tanam menggunakan sod yang di beli dari nursery. Sod dah ada tanah. Dulu saya beli RM4.50 untuk 2 kaki persegi. Sekarang tak pasti berapa.

      Like

  10. Zul said

    INGIN BERTANYA YANG MANAKAH LEBIH BAGUS BAGI KAWASAN RUMAH SAMA ADA RUMPUT TIRUAN ATAU RUMPUT ASLI. UNTUK PENGETAHUAN TUAN JUGA SAYA AKAN MENANM POKOK BUNGA JUGA.

    Like

  11. firdaus said

    assalamualikum tuan.belakang rumah mempunyai keluasan 20 x14..sekarang masih lagi semak samun penuh dengan lalang.jadi bagaimana step nk tanam rumput?perlu d buang Tanah asal dan d ganti baru.atau bagaimana tuan

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam tuan. Saya cadang racun lalang lepas tu buang enam inci tanah bawah dan ganti dengan pasir. Saya tak pasti tuan nak buat sistem saliran tapi sekurangkurangnya, tanah bawah tadi (kita panggil dia basement) bentukkan supaya air tak bertakung dan mengalir ke dinding pagar/longkang tuan. Ia tak mungkin rata sekarang berlekuk lekuk dan air boleh bertakung di dalamnya.

      Like

  12. moe said

    salam tuan..jika tanah terlebih racun..kononya nak racun rumput liar sblm tanam rumput…apa perlu saya buat? perlukah saya tunggu dahulu sblm letak pasir atau top soil?

    Like

  13. Zainon Abd Aziz said

    Assalamualaikum..saya bercadang utk membuat dusun dlm taman dan membina rumah yg sederhana. Tidak tahu bagaimana utk mulakan susun atur landskap dusun dan saya berminat utk menanam rumput dikawasan persekitaran. Tanah saya lebihkurang 2 ekar dan rata.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      Saya cadangkan puan baca sekali lagi artikel di atas tetapi kali ini terus ke bahagian ‘langkah langkah’.
      Sebagai ganti kepada pokok hiasan besar utk landskap, puan gunakan pokok yang puan ingin tanam di dusun. Tetapi perlu ada satu dua kawasan yang bersifat seperti ‘oasis’ supaya dusun puan tidak terlalu monoculture dan membosankan. Ia mungkin tanah lapang sebesar 50×50 meter yang ada rumput sahaja dengan pergola dan buai di pinggir dan di satu tempat mungkin kawasan landskap air seperti kolam hiasan atau mungkin pokok hiasan mudah jaga yang ada warna seperti Alamanda di campur puding dan sebagainya.
      Dua ekar besar, puan, jangan terperangkap dengan design cantik tapi tak terbela lima tahun mendatang.
      Semasa puan sedang design, sentiasa fikir tentang “Bagaimana rupa dan besar nya pokok ini lima, sepuluh tahun kelak?” dan “Larat ke nak jaga lima, sepuluh tahun nanti?”
      Selamat mencuba puan.

      Like

  14. Fiza said

    Rumah saya semi D. Kawasan sedia berpasir. Adakah saya perlu tambah pasir lagi untuk tanam rumput? Rumput apa yang sesuai untuk tanah berpasir ye?

    Like

    • mynormas said

      1. Rumput tak perlu pasir, saya cadangkan pasir utk landskap kerana pasir mudah di bentuk dan pasir mengalir kan air ke bawah. Kalau tanah puan dah sedia begitu, Alhamdulillah…
      Tetapi, jika kawasa puan (contohnya) rendah dan kontraktor nak tinggikan kawasan, gunakan pasir, bukan topsoil kerana topsoil dan apa benda tanah pun akan mengakibatkan pasir di bawah nya useless, kerana sekarang air akan di pegang oleh topsoil atau tanah apa ke benda (sorry, rhis kind of traditionalist thinking of topsoil always sets me off).
      2. Semua rumput boleh di tanam di atas pasir DENGAN SYARAT pada tahun pertama, ia rajin di siram tatkala air di perlukan (bukan tiap hari). Insya Allah tahun kedua akar rumput dah cukup panjang utk cari air sendiri.

      Like

  15. emardziah said

    Rumah sy rumah tepi. dah 4 tahun asik kena potong rumput tiap2 bulan. ada rumput tapi tak sekata lubang2 & ada tanah. tanah tu mcm kering & keras.
    lepas tu sy ada pokok mata kucing yg besar kat tepi rumah dalam halaman, pokok tu akar dia besar terlampau amat rasanya simen depan rumah dah retak2 sebab akak bercabang.
    sy nak minta pandangan sebab nak bagi ada rumput yg penuh menghijau and kalau boleh tak payah lah nk kena potong rumput selalu. rumput sedia ada cepat sgt panjang.
    rumput apa yg elok saya tanam. untuk tanah kat tepi rumah & apa bahan2 yg saya perlu ada utk tanam rumput tu?
    lepas tu perlu ke sy tebang pokok mata kucing yg besar tu? atau apa sy perlu buat nak bagi cantik sikit tanpa perlu tebang pokok besar tu. rasa mcm membazir tanah besar kat tepi tapi tak manfaatkannya TT

    Like

    • emardziah said

      lepas tu. setiap hari saya ada pelawat sedia ada kucing2an dan pelawat monyet2an.hihi

      Like

    • mynormas said

      Tentang rumput tu, saya cadangkan puan lembutkan tanah yang keras dengan gunakan cangkul atau apa apa yang tajam, kemudian tabur pasir dan tanam semula. Kalau perlu, mungkin buang sikit tanah supaya sama rata.
      Saya tiada cadangan untuk pokok, kucing dan monyet.
      Maaf.

      Like

      • epolan said

        Maaf mencelah sebab rasa nya masalah puan diatas lebih kurang masalah saya. Nak tanye pasir apa yg sesuai untuk ditabur & tebal mana pasir yang diperlukan?

        Like

      • mynormas said

        Pasir yang selalu saya guna untuk rumput padang bola ialah pasir yang diguna untuk plaster oleh kontraktor rumah. Tiada batu dan tiada selut halus.

        Like

  16. fared said

    Dalam ruangan komen, tuan ada sebut psl cowgrass. mcm mana nk dptkan cowgrass untuk kuantiti yg sikit? ada ke org jual benih cowgrass?

    Like

  17. Mohd hilmi said

    Sy nk minta pandangan,pokok teduhan apa yg sesuai utk laman rumah..keluasan tnah dlm 30×40,rumah dlm pembinaan

    Like

    • mynormas said

      Hmm…
      Apa yang tuan nak cari ialah pokok yang banyak daun tapi tak kuat gugur daun, akar tak naik ke atas dan tak digemari serangga.
      Jangan tanam seluruh tanah, nanti semak. Tanam sebagai oasis yang meredup kan laman tuan di waktu petang sahaja.
      Saya suka spesis palm. Mungkin Pulai atau … alamak otak jem.
      Tak apa, tuan boleh ke nursery dan tanya tentang pokok yang ada 3 sifat di atas tadi DAN mintak nak tahu saiz pokok tu 10 tahun dari sekarang sebab tuan tak nak beli pokok yang nanti teramat lah besar atau hodoh.
      Dan awas, towkay nursery akan rekomen tuan beli 15 pokok walhal tuan perlu 5. Jadi kalau dia rekomen 15, beli 5. Kalau dia rekomen 5, beli 1. Boleh jer nak tanam kemudian.

      Like

  18. firdaus said

    Assalam..tuan..sy nak buat landskap di laman rumah sy..sy dh ada kolam mini..tepinya sy tanam pokok ati2..mcm xsesuai..dan dh tanam beberapa tanaman mcm daun lebar spt daun pisang tu..srlang dua kaki…tp bila tgk pada tanaman sy tu mcm xkena dan sesuai..rasa x ceria plak..ape yg perlu sy tanam pokok hiasan ye..

    Like

    • mynormas said

      Wassalam.. pertama En. Firdaus kena tahu apa yang cik hendak. Adakah ia untuk hiasan? Riadah? Seni? Dsb.
      Mungkin En. F mahukan hiasan sebab kolam tak sesuai untuk riadah. Mungkin boleh tambah shrub yang ada warna sikit? Contohnya Alamanda untuk warna kuning. Atau Ixora Sunkist untuk merah? Atau bunga kertas? Tapi bunga kertas boleh jadi pokok besar, so hati hati.
      Macam saya kata di artikel atas: ambil kertas yang ada kotak kotak dan lukis kedudukan kolam dan pokok tuan sedia ada kemudian bayang apa yang tuan mahu, lepas tu cari di nursery. Ingat untuk tanya saiz nya 10 tahun lagi.

      Like

  19. nida said

    bos nak tanam bunga dengan lanskap logo company…. pening betul la
    mcmana nak buat kiranya logo tersebut ala2 donat

    Like

    • mynormas said

      Bos buat atas kertas berskala dulu. Tiap tiap satu sentimeter atas kertas = satu meter atas tanah.
      Ukur luas tanah tu.
      Lukis luas tanah tu atas kertas. Bila dah confirm, fotostat banyak banyak. Lepas tu lukis logo atas kertas. Kalau silap, buang, ambik kertas baru. Cuba lagi.
      Lepas tu, pergi nursery dan cari shrub yang sama warna dengan warna logo.
      Cuba dulu, jangan pening duku.

      Like

  20. Nazura said

    Hai..
    Saya ada tanah berpasir keluasan 60x20kaki mmg sangat besar. Sy suka utk tanam rumput tp rumput apakah yg sesuai utk tanah berpasir dn bagaimana cara menanam nye

    Like

  21. Nazura said

    Assalamualaikum
    Saya ada tanah berpasir keluasan 60x20kaki mmg sangat besar. Sy suka utk tanam rumput tp rumput apakah yg sesuai utk tanah berpasir dn bagaimana cara menanam nye . Mohon pandangan tuan lanskap yg sesuai utk fmly saya.
    Kami suka tema tertutup dn ade bagezo

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      Sebenarnya, hampir semua rumput sesuai untuk tanah berpasir dengan syarat cukup baja dan siram. Pasir tak ‘simpan’ air atau nutrien.
      Kebaikannya ialah dimusim hujan, cepat kering.
      Puan tak perlu risau sebab saya cadangkan puan guna Cowgrass dan Cowgrass biasanya ditanam dengan kepingan sod. Sod ni ada tanah seinci dua yang boleh membekalkan air dan nutrien sementara waktu.
      CUMA, nasihat saya ialah puan cari penjual rumput yang jual rumput yang dipotong guna sodcutter BUKAN rumput yang ditanam atas plastik.
      Kalau rajin, cari FB mynormas.com untuk gambar gambar nya.
      Oleh kerana kawasan puan besar dan puan bertanya dengan baik 😀 , maka kita explore sikit tentang pilihan landskap puan.
      Dalam artikel saya ini atau sebelumnya ada sya bincang tentang niat puan. Untuk hiasan? Untuk permainan? Anak kecil?
      Apa pun saya cadangkan puan tanam pokok di sempadan sahaja. Atau, di tengah bagai oasis saja.
      Jadi rumput puan boleh digunakan.
      Kalau puan tanam terlalu banyak pokok, rumput tak subur dan pokok tak terbela.
      Nak bela rumput lebih senang dari bela pokok, on the other hand, kalau tak ada pokok langsung; panas pula, so puan fikirkan.
      Gunakan cara dalam artikel ini atau sebelumnya (atau selepasnya).
      Lihat pokok yang dah besar di nursery atau di keliling puan bukan pokok dalam beg di nursery; kebanyakan pokok nampak cantik masa kecik tapi gedabak dengan akar timbul atau daun bersepah, masa dah besar.
      Paling senang ialah tengok matahari petang arah mana lepas tu tanam sebaris red palm atau green palm atau sebagainya jadi waktu petang redup. Pagi dan tengahari rumput dapat cahaya untuk fotosintesis.
      Puan boleh mintak tip dari nursery tapi ingat bahawa they make more money selling you trees than grass. So think for yourself.

      Like

  22. Noorlida said

    Terima kasih kerana penulisan tuan ini membantu saya yg masih tercari cari untuk memulakan landskap di kawasan rumah. Mempunyai tanah yg luas dan tak tau nak bermula dari mana. Terima kasih atas penulisan ini.

    Like

  23. dea said

    Terima kasih tuan kerana tulisan tuan membantu saya yang sedang mencari idea landskap bagi halaman rumah. Mohon pandangan tuan sesuai ke untuk saya tanam pokok weeping willow di kawasan depan pagar rumah bagi melindungi pintu hadapan rumah dari pandangan orang lain dari arah jalan raya

    Like

    • mynormas said

      Pengalaman saya ialah Weeping Willow (Janda Merana?) susah ditanam. Saya pernah cuba tiga kali di resort tempat saya bekerja dulu.
      Satu lagi, ia boleh jadi besar. Saya tak tahu besar mana rumah Dea tapi yg penting ialah Dea mesti keep in mind size pokok pokok ini semasa mereka fully grown nanti.
      Saya pernah tengok org tanam pisang kipas dan Araucaria di laman lepas tu tak terbela sebab besar dan tinggi.
      Fikir long term juga.
      Mungkin Ficus gold lebih baik? Sebab boleh di trim jadi pagar atau di biar besar kalau nak. Cadangan saja. Ficus gold boleh jadi giant kalau tak dibela.
      Pergi nursery atau cek di Internet macamana rupa dan saiz pokok yg Dea nak tu, 10 tahun lagi.
      Selamat Mencuba!

      Like

Leave a comment