Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Penyediaan Tapak

Selepas kita pilih jenis rumput, kita akan sediakan tapak tempat kita nak tanam rumput.

Ada beberapa kaedah penanaman rumput. Tapi apa cara pun yang kita pilih kawasan yang akan ditanam tetap memerlukan penyediaan tapak.

Langkah2 penyediaan tapak tanaman

  1. Ujian tanah (Soil test) Boleh dibuat di UPM atau bertanyalah kpd pegawai Jabatan Pertanian yg berdekatan. Tapi jika kawasan tanaman kecil dan awak menggunakan tanah bakar atau tanah hitam. Ini tak payah pun takpe. Tapi kalau ni tanah kuning yg kontraktor lambak depan rumah, atau dari dulu tanam apa pun tak menjadi; awak boleh pilih utk buat soil test (paling tidak pun test pH tanah) atau tuan rumah pergi mandi bunga.

Tujuan utama ujian tanah ialah untuk mengetahui unsur apa yang kurang untuk tanah tu dan kesesuaian tanah tu untuk sebarang jenis tanaman.  Keperluan unsur (atau nutrien) dari satu tanaman ke tanaman lain berbeza, so tanah yang tidak sihat untuk suatu jenis pokok mungkin sesuai untuk rumput. Mungkin juga suatu kawasan itu terlalu berasid atau beralkali untuk rumput dan perlu pengubahsuaian.

Biasanya, tanah di kawasan rumah2 di Malaysia adalah berasid. Ertinya ia perlu di neutralkan dengan alkali. Gunakan kapur pertanian sebanyak 5-10kg/100m persegi. Tapi paling senang ialah dengan menggunakan top soil yang dibeli dari nursery (boleh tanya towkay tu tentang kesesuaian) atau gunakan pasir. Lazimnya pasir hampir neutral.

2. Kawalan rumpai – Paling senang dengan pembajakan tanah. Racun pun boleh jugak, 2 – 3 round ke. Saya biasa cadangkan Round-up sebab dia racun sistemik jadi racun akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biar seminggu dua; lepas tu bajak. Untuk kawasan kecik tak perlu nak sewa Kubota macam nak bajak sawah; untuk kawasan halaman rumah boleh gunakan cangkul dan balik-balikkan tanah, pecahkan ketul-ketul besar. Biar akar rumpai kering di jemur matahari.

3. Pembersihan kawasan – Buang batu besar, tunggul, bangkai, dan lain-lain. Kita juga boleh membersihkan tanah  dari ketulan tanah liat, ketulan emas, tulang dinosaur, batu nisan (!?).

4. Pengairan dan saliran – Untuk halaman besar, park, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita tak nak di musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeringan. Kita juga tak nak, di musim hujan, air bertakung merata-rata. Di kebanyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran.

Tanam rumput di tempat yang senang dapat punca air (dekat dengan paiplah) dan kalau laman besar ataupun padang tu takde budget untuk sprinkler ataupun hose panjang (jangan terkejut) maka jangan tanam rumput. Landscape kan dengan cara xeriscape, ataupun tile ataupun di situlah tempat hardscape (pergola, taman permainan, tempat barbeku, tugu untuk saya dsb)

Kita juga boleh membentuk tanah dasar atau ‘basement’ dan memampatkannya supaya ia mengalirkan air ke tepi atau sisi padang/halaman ataupun masuk ke dalam longkang ‘subsoil’ kita. Paling sikit pun sengetkan 1%. Lagi banyak lagi bagus.

5. Meletak selapis pair – Samada selapis setebal dua inci ataupun 18 inci (extreme), lapisan pasir berguna kerana ia membantu pergerakan air ke bahagian bawah (basement). Permukaan pasir ini boleh rata ataupun apa-apa bentuk yang kita suka kerana secara teorinnya air akan tembus permukaan ini, dan mengalir di atas ‘basement’ untuk keluar dari halaman/padang kita.

6. Baja – Ni utamanya pada org yg rajin (dan  kaya) utk buat soil test tadi. guna kan lah baja yg mengandungi nutrien yg kurang dlm tanah. Atau paling tidak pun tabur baja yg tinggi P nya (semua baja di jual dalam formula N:P:K) utk menggalak akar. Masa ni lah jugak utk membetulkan pH tanah. Biasanya – gunakan kapur lime jika anda syak tanah anda berasid.

Paling biasa orang buat ialah dengan menggunakan CIRP atau DAP pada kadar rendah. Ataupun; paling mudah dan tak payah fikir banyak: gunakan baja organik ataupun tanah bakar/hitam, tabur sebanyak 1 genggam untuk setiap 1 kaki x 1 kaki. Jangan lebih dari 10% volume atau isipadu pasir dengan baja/organik/bakar/hitam ini.

7. Bajak – Untuk kawasan besar guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar atau untuk kawasan kecil menggunakan cangkul utk melonggar dan membalikkan tanah/pasir. Fungsinya ialah a. ‘membancuh’ baja atau kapur/organik/tanah hitam/bakar ke dalam tanah. b. membantu akar tumbuh ke dalam tanah c. ketulan-ketulan tanah yang lebih kecil juga menyenangkan permukaan tanah diratakan. Perhatikan: jangan rosakkan permukaan basement yang telah kita bentuk untuk membawa air keluar di bawah permukaan tadi.

8. Rake – bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau menggunakan mesin).

9. Pembentukan tanah – Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk rupabentuk mukabumi tanah tu seperti yang kita mahu.  Kita nak laman yang beralun ke, nak rata macam padang bola ke. Suka hati la. Hanya ingat, bukan untuk sekadar kecantikan, tapi juga untuk membantu aliran permukaan air ke tempat pembuangan air (sump, longkang; terbuka atau bawah tanah). Kita perlukan ini bila lapisan pasir yang kita letak tadi berada dalam keadaan tepu akibat hujan yang terlalu lebat. Ataupun selepas beberapa tahun, kita tidak melakukan proses ‘pengudaraan halaman‘ dan lapisan pasir tersebut dah tidak mengalirkan air lagi.

Lepas tu kita boleh mula untuk proses selanjutnya iaitu penanaman.

Nota tambahan untuk orang padang atau taman.

Membentuk tanah.

Orang selalu ingin membentuk tanah untuk mengalirkan air keluar melalui ‘larianpermukaan’ (surface run-off) tetapi caranya salah: Ingat bahawa cara ini paling berkesan dalam jarak 5meter dari titik air tu tiba di tanah anda hingga ke tempat anda ingin dia keluar.  Ertinya, kalau lebih dari 5 meter, anda perlu pikirkan tentang saliran tambahan (akan ada satu muka tentang saliran dimasa akan datang). Lebih jauh jarak air mengalir, lebih banyak masa ia ambil, lebih lama anda tunggu untuk kering.
Prinsip saliran; air akan mengalir melalui jalan paling sikit rintangan (path of least resistance). Gunakan tanah yang padat utk membentuk saliran permukaan, bukan pasir.  Air akan meresap kedalam pasir hingga ia bertemu tanah padat di bawah. Ertinya, ia mengalir ke bawah dulu, kemudian ia mengalir ke tepi.

Jika anda ingin tanah yang rata sekalipun, bentuk tanah keras di bawah permukaan supaya ia senget dan mengalirkan air ke tepi, kemudian tabur pasir di atasnya dan ratakan seperti yang anda inginkan.

Sifat-sifat Fizikal Tanah

Tanah Liat (Diameter < 0.002 mm) mempunyai luar permukaan yang besar dan adalah aktif dari segi kimia.  Luas permukaan yang besar bagus untuk menyimpan air, malangnya kebanyakkan air itu tak dapat digunakan oleh rumput.  Tanah yang mengandungi tanah liat yang banyak tak sesuai untuk kawasan rumput yang lasak digunakan kerana tanah mudah mampat.

Silt (Diameter butiran diantara 0.05 – 0.002) ialah pertengahan diantara pasir & tanah liat.  Ia mempunyai luas permukaan yang terhad dan aktiviti kimia yang minima, tetapi penyimpanan air yang tinggi.  Silt tidak sesuai untuk rumput kerana ia mudah mampat dan kurang pengudaraan. Tetapi sedikit silt perlu utk penyimpanan air, kecuali anda memilih utk menggunakan lain2 bahan.

Pasir (Diameter butiran diantara 0.05 – 2.0 mm) mempunyai luas permukaan berbanding berat yang rendah.  Pasir mampu berfungsi sebagai kerangka untuk pengudaraan dan pergerakan air.  Oleh itu pasir sering digunakan untuk mengurangkan masalah  mampatan dikawasan rumput.

Nota:  Bila bercerita tentang saiz pasir, peratusan taburan akan menentukan pasir-pasir tersebut baik atau tidak untuk rumput.

UNTUK HALAMAN RUMAH ATAU FAIRWAY/ROUGH; CAMPURKAN KETIGA-TIGA TANAH DIATAS DENGAN PERATUSAN PASIR TIDAK KURANG 50% TAPI TANAH LIAT JANGAN MELEBIHI 30% .  INGAT, CUACA KITA LEBIH BANYAK HUJAN DARI KEMARAU.  LAZIMNYA, LEBIH MUDAH UNTUK MEMASUKKAN (MENYIRAM) AIR DARIPADA NAK KELUARKAN AIR DARI DALAM TANAH.

Membentuk tanah.
Orang selalu ingin membentuk tanah untuk mengalirkan air keluar melalui ‘larianpermukaan’ (surface run-off) tetapi caranya salah: Ingat bahawa cara ini paling berkesan dalam jarak 5meter dari titik air tu tiba di tanah anda hingga ke tempat anda ingin dia keluar.  Ertinya, kalau lebih dari 5 meter, anda perlu pikirkan tentang saliran tambahan (akan ada satu muka tentang saliran dimasa akan datang). Lebih jauh jarak air mengalir, lebih banyak masa ia ambil, lebih lama anda tunggu untuk kering.
Prinsip saliran; air akan mengalir melalui jalan paling sikit rintangan (path of least resistance). Gunakan tanah yang padat utk membentuk saliran permukaan, bukan pasir.  Air akan meresap kedalam pasir hingga ia bertemu tanah padat di bawah. Ertinya, ia mengalir ke bawah dulu, kemudian ia mengalir ke tepi.

116 Responses to “Penyediaan Tapak”

  1. Ahmad said

    Terima kasih krn sudi berkongsi maklumat.. Muai rezeki Bro

    Liked by 1 person

  2. Reen said

    saya nak tanya utk setiap jenis rumput, adakah cara penyediaan tapak juga berlainan? kalau cowgrass berapa tebal pasir boleh kita letak? saya harap tuan dpt update dlm topic ini berapa inci topsoil & pasir yg sesuai utk tiap2 jenis rumput (cth cowgrass, pearlgrass & philipine grass)… terima kasih kerana berkongsi maklumat & ilmu…

    Like

    • mynormas said

      Berapa tebal pasir tiada kena mengena dengan jenis rumput. Tebal pasir bergantung kepada kemampuan kita. Secara umumnya; lebih tebal lebih bagus (dengan syarat pasir tidak terlalu banyak partikel kasar), of course bila saya kata lebih tebal, maka saya maksudkan within reason lah; biasanya maksimum yang saya tahu hanyalah 18 inci. Tetapi ada juga tempat yang saya di beritahu secara semulajadi ada pasir sehingga 15 kaki!
      Ingat, kegunaan utama pasir ialah untuk saliran air kebawah dan keluar dari rumput serta untuk memudahkan membentuk lanskap, so itu juga akan menentukan ketebalan pasir.

      Like

  3. nurhuda othman said

    As salam… sy baru nak cuba tanam rumput…

    Sy nak tanya.. kalau kita dah racun rumput rumpai yg jahat sebelum kita taruk pasir tu… nanti bila da tanam rumput baik.. rumput jahat tu xhidup ke?

    Maaf ye.. sy tertanya2..

    Like

    • mynormas said

      Puan, racun apa yang puan guna? Saya assume Round-up ataupun yang sama bahan aktif dengannya. Kalau betul caranya, racun ini akan meresap hingga ke akar. So ini bermakna rumput yang err… ‘jahat’ tu tu akan mati terus dan tak naik lagi.

      Bila taruk pasir, maka kalau rumput tu tak mati dan pengsan pun, ia akan mendapati susah untuk menembusi lapisan pasir. Lagi tebal pasir, lagi susah untuk nya.

      Kalau puan rasa lagi kejam, lepas racun tu gembur-gemburkan (bajak/terbalik) tanah tu menggunakan cangkul pun bagus juga kerana ini akan mendedahkan akar kepada cahaya matahari dan mengeringkannya maka ia akan mati tersiksa. Tapi kalau musim hujan puan kena gelak lah.

      Anyway, dari pengalaman saya, kalau puan taruk pasir baru yang bebas (majoriti pasir) dari bijibenih rumpai, bila tiba masa untuk mencabut rumpai pun senang kerana akar rumpai tak boleh pegang pasir yang lebih peroi dari tanah.

      Selamat mencuba!

      Like

  4. salam

    halaman rumah saya penuh dengan tanah pasir dan saya ingin bercadang untuk menanam rumpuk di sekeliling rumah saya
    soalan saya:
    i) kalau saya beli rumput katakanlah rumput filipina, mutiara ataupun cowgrass dan terus ditelakkan di atas tanah yang berpasir bolehkah ruput itu hidup secara direct ataupun saya kena buang pasir tersebut dan letakkan tanah humus ataupun top soil dan barulah di letakkan pasir?

    ii) selepas di tanam rumput tersebut, berapa lama pula kena letak baja untuk suburkan rumput tersebut?

    sekian, tq.

    Like

    • mynormas said

      Salam,

      Membuang pasir tersebut adalah optional (pilihan). Tak buang pun tak apa. Buang pun tak apa. Kalau rumput tuan di beli dan di tanam dengan cara sod atau plug, maka tanah di bawah rumput itu dah cukup untuk memegang nutrien dan baja sementara akar rumput merebak.

      Mula-mula tanam; akar rumput masih pendek oleh itu tak perlu baja banyak-banyak. Baja sikit tapi selalu. Bulan pertama baja seminggu sekali. Bulan kedua dan ketiga dua minggu sekali. Bulan keempat hingga ke enam sebulan sekali dan seterusnya dua kali setahun pun dah memadai. Gunakan baja organik yang boleh didapati di pasaraya atau nursery dengan kandungan bahan NPK tidak melebihi 8:8:8. Asalkan tuan boleh ratakan baja itu di atas permukaan; dah memadai. Rasanya dalam segenggam untuk lebih kurang 4 meter persegi ke, ok lah tu.

      Like

  5. susie said

    Tuan, very nice and interesting blog.welldone. saya nak tanam rumput d halaman rumah mak saya tp kawasan ruma ni berbukit.kawasan ni sebenarnya baru diratakan asal memang bukit.jd rumah mak saya ni atas bukit.saya nak tanam rumput dari kawasan entrance naik atas bukit tu.so kalau kes mcm ni prosedur tanam rumput tu macamana?skrg ni rumpai dah bermaharajalela dan kawasan yg takde rumpai dan kosong adalah kaw tanah bukit kuning.Thankyou.

    Like

    • mynormas said

      Puan,

      Ia lebih bergantung kepada cara penanaman. Untuk kawasan berbukit, penanaman cara sod ataupun plug. Untuk kawasan yang kurang curam boleh cuba sprig. Apa yang saya buat jika saya tanam di musim hujan ialah di puncak atas cerun saya akan pasang kayu ataupun bag pasir yang akan menyalirkan air ke tepi.

      Lain-lain cara penyediaan tapak adalah sama. Puan masih perlu meracun dan membuang rumpai. Untuk cerun, menanam atas tanah kuning lebih baik kerana ia tidak mudah di larikan air.

      Selamat mencuba!

      Like

  6. Hari VS said

    Hi,

    Very useful and practical information for beginners like me.

    I have a garden in my new house in Seremban measuring 1000 sq ft and currently barren with weed etc. I intend to plant Cow Grass and then later add on decorative plants. This is my plan:

    1. Lay sub-soil drainage pipes (French drains) 1 ft deep
    2. Weedkiller (e.g. Round-up) and then rake the soil 6 inches deep to remove all the stones and soften the ground
    3. Level the ground with sand 2-4 inches deep
    4. Buy sods of Cow Grass about 80% and plant them

    Planning to do that on my own without hiring professional landscapers, including the drainage pipe work.
    Do you see any possible problems that may arise or any suggestions? Do you know where I can buy the material including piping work, sod etc for a good price? The local landscapers are charging me RM 2 per square feet of sod.

    Thank you.

    Like

    • mynormas said

      Hi,

      I would suggest that you do the subsoil drainage after you have sprayed weedkiller, raked the soil and removed the stones and soften the ground. That way, your drains won’t be contaminated with soil or debris which may clog the drains. Sand on top of the drains is ok. On top of the drains, don’t plant the sod close together; leave about 4 inches of space between sods and put sand till level. The grass should fill up within two weeks and water can drain down the sand easily.

      You can buy construction sand for your work but try to find those with not too much fine material. See if your supplier has sand that is NOT suitable for cement works.

      You can buy PVC pipe for your drains but you have to drill holes or cut the pvc pipes on ONLY ONE SIDE i.e. on 180 degrees of the pipe got holes. The side of the holes is at the bottom of the drain. Use gravel that is about 3/8 of an inch size for your French drain. Or maybe half an inch. You can look for all these at your normal hardware stores. If they happen to sell ‘corrugated drainage pipes’ then you are lucky, but they usually come in 50 or 100 metre rolls so it may be too much for you.

      In some places they sell RM4.50 per 2 square feet. And in some places they sell RM60 per lorry load but that is mosly a lot of weeds so don’t bother.

      Selamat mencuba!

      Like

      • Hari VS said

        Hi,

        Thank you for the info. Can’t wait to embark on my little project. Just one more thing I need to clarify.

        My house is a terrace corner lot with a land measuring 75 x 15ft. I have pergola styled roof at the side of my house which has no gutter, which means rain water will pour onto the grassy area. How shall I place the drains; one running length wise at the edge of the garden near the wall or multiple drains running perpendicular along the width of the garden? If I could get your email add I could email you the layout of the garden so that you can get a better picture. Thank you.

        Regards
        Hari

        Like

      • mynormas said

        Hi,

        I don’t know how much water is usual for your house so it is a bit difficult to say. To save cost, one running lengthwise is ok, but the best is multiple drains. My email is mynormasATconsultant.com (substituting the AT for @). I am usually late in replying though.

        Selamat mencuba!

        Like

  7. jai said

    tuan ingin saya bertanya dan meminta pandangan,bulih ker rumput tu di tanam rapat tanpa di jarakkan??…contoh nya klau saya beli di nursery rumput dgn size 2 kakipersegi tanpa di potong trus jer tampal pada tanah yg telah di racun dan digembur…

    Like

    • mynormas said

      Boleh. Lebih rapat, lebih cepat ia tumbuh. Cuma tuan/puan pastikan tanah di bawah tu rata dan juga sod yang tuan nak tampal tu pun rata. Jangan nanti jadi berbonggol bonggol.

      Like

  8. Adib said

    Salam tuan,

    Jenis pasir apa yang elok pakai? pasir lombong, pasir sungai..?

    Like

    • mynormas said

      Dua dua pun boleh asalkan saiznya sesuai. Iaitu, ia tidak mmepunyai terlalu banyak butiran halus yang akan menjadi selut bila basah dan tidak ada ketulan yang lebih besar dari 3mm.

      Like

  9. Hasbi A.S said

    Mohon pandangan. Saya hendak menanam rumput dikwsn rumah saya. Dalam penyediaan tapak, yang mana perlu letak terlebih dahulu? Top soil kemudian pasir atau pasir dulu baru top soil. Saya bercadang nak tanam rumput guna kaedah sprig.

    Like

    • mynormas said

      Pasir dulu baru topsoil. Tapi topsoil jangan lebih dua inci, jika tidak, tuan akan menghapuskan kegunaan pasir itu iaitu mengalirkan air kebawah dan keluar. Sendengkan sikit ‘basement’ ataupun ‘lantai’ yang saya andaikan tanah liat di bawah sekali supaya ia mengalirkan air ketepi laman lepas tu letak pasir lepas tu letak topsoil. Satu lagi pilihan ialah gaulkan sikit topsoil dan pasir tu di lapisan atas supaya di masa akan datang air akan mudah masuk ke bawah. Ertinya, lapisan bawah ialah pasir sahaja dan di atas ialah pasir campur topsoil. Pun boleh. Ikut pada tenaga dan kemampuan.

      Like

  10. Hasbi A.S said

    Tq tuan. Satu lagi, adakah perlu diletak alas mcm plastik sebelum taburkan pasir+top soil iaitu di atas tanah asal tapak tersebut. Sebab ada sesetengah kawan mencadangkan demikian.

    anyway, tq atas perkongsian.

    Like

    • mynormas said

      Plastik? Mungkin mereka maksudkan geotextile kut? Takperlu kecuali kalau tanah tuan sangat bermasalah dan tuan tak mahu ia naik ke atas contohnya selut ataupun hutan rumput liar yang tuan ambik shortcut tak ‘settlekan’ dulu.
      You are welcome.

      Like

  11. rosliza said

    tuan..boleh ke jika saya gantikan fungsi pasir dengan batu chips stone(batu kerikil kecil).kerana sekarang di halaman rumag sy telah ditabur dgn batu chipstone,nak elakkan lecak air/banjir ketika hujan lebat.
    sy bcadang cuma ratakan chipstone tu saja dan lapiskan bahagian atas dgn tanah soil n tanam kepingan rumput filipina.
    tq atas respons tuan

    Like

    • mynormas said

      Memang batu kerikil boleh digunakan sebagai lapisan bawah penanaman rumput untuk memudahkan pengaliran air. Tapi penggunaan tanah top soil atau tanah liat akan menghilangkan effectnya kerana dalam masa setahun dua, tanah liat atau topsoil akan ‘migrate’ ke bawah dan block saliran air. Saya cadangkan, letakkan pasir kasar atas chipstone tu, oleh kerana pasir kasar tu besar, ia akan lambat masuk ke celah batu. Masuk jugak, tapi lambat. Di atas pasir kasar tu baru letak pasir biasa (lebih halus) dan kemudian letak kepingan rumput tuan. Saya andaikan tuan maksudkan ‘kepingan’ tu sebagai sod yang telah pun mempunyai tanah topsoil. Untuk pengetahuan puan, itulah cara setengah padang golf tanam rumput. Tapi awas, untuk masa setahun ni, rumput ni cepat kekeringan so kena jaga penyiraman; especially 2-3 bulan pertama. Siram pagi dan tengahari. Elakkan dari siram lewat petang. Kalau terpaksa: siram cukup sekadar basah daun rumput dan tidak basah tanah.
      Selamat mencuba!

      Like

      • hasbi abang sulaiman said

        Tuan,

        1. Adakah perlu saya membaja rumput jenis philipina grass dan apakah jenis baja tersebut? Sayajuga menanam pokok blue pine dan acadia, adakah perlu dibaja juga.

        2. berapa kerap untuk menyiram philipina grass yg ditanam secara soding. TQ

        Like

      • mynormas said

        gunakan baja organik 5:5:5 atau 8:8:8 boleh dapat di Giant atau hypermarket lain. Pokok perlu di baja pada peringkat awal. rumput juga. Lepas setahun tak perlu baja lagi.

        Siram rumput kerap pada minggu pertama tanam: lebih kurang sehari 4 kali (bergantung cuaca). Minggu kedua sehari 3 kali. Minggu ketiga hingga lima sehari 2 kali (pagi dan tengahari). Lepas tu siram hanya pda waktu pagi dan hanya jika rumput memerlukan.

        Like

  12. ahmad subian said

    bolehkah sebarng jenis rumput ditanam diatas tanah yang telah diletakkan dengan quarry dust

    Like

  13. zairul said

    Tuan,

    Apakah jenis rumput yang murah harganya tapi sesuai untuk sebuah green. Saya bercadang untuk membina green yang simple dengan menggunakan rumput philippine. Bolehkah rumput jenis ini dipotong pendek untuk dibuat green?

    Like

    • mynormas said

      Maaf lambat menjawab. Rumput Philippine adalah dari genus zoysia yang mempunyai ‘growth habit’ tumbuh panjang, jadi ia sukar di jadikan green tanpa menggunakan growth regulator iaitu sejenis kimia yang melambatkan pertumbuhannya. Setakat ini saya pernah menjaga satu sahaja green itupun practice green yang kecil yang di tanam dengan zoysia. Ia cantik tapi tidak laju. Dari segi teori memang boleh di potong pendek tapi kena potong setiap hari dua kali.
      Rumput yang murah untuk green ialah dari hybrid Bermuda Tifdwarf.

      Like

  14. zairul said

    Terima kasih atas nasihat yang diberikan. Sememangnya saya sentiasa menunggu cadangan yang baik dari tuan. Saya kini telah pun menempah kontraktor untuk menyiapkan green dengan rumput jenis Bermuda yang lengkap dengan subsoil drainange.

    Like

  15. mohd razik said

    tuan saya ingin bertanya, boleh x tanam rumput philippine terus pada tanah tanpa pasir,

    Like

  16. Tuan Haji said

    Salam Master Rumput 🙂
    Saya ada beberapa soalan yg minta diselesaikan. harap2 dpt membantu.
    1. Adalah afdal jika lapisan tanah campuran hitam dan merah setebal 2 inci dan lapisan pasir setebal 1 inci. Adakan sesuai atau tidak?
    2. Bolehakn saya terus mencampur adukkan baja organik terus sekali dalam campuran tanah hitam dan merah.
    Itu saja soalan buat masa ini.
    Soalan2 lain akan dikemukan kelak. Inshaalah

    Like

    • mynormas said

      Salam, pada pandangan saya kalau method no 1 tuan tu tak ada kesan. Lebih baik tuan guna salah satu sahaja: tanah atau pasir.
      Campuran bahan organik tu adalah bagus. Guna tak lebih 10% organik dalam campuran. Saya biasa guna 5% sahaja.
      Selamat Mencuba!

      Like

      • Tuan Haji said

        Thanks a lot for the reply, very very helpful.
        Few more questions:
        1. Kawasan tmpt bakal penanaman rumput saya hanya menerima cahaya sang suria dari jam 7 pagi hingga 1 ptg sahaja. After pukul 1, kawasan tu jadi redup, sbb terlindung dari pancaran cahaya sang suria. Jadi, rumput jenis manakah yg paling afdal utk ditanam. Saya plan for Rumput carpet Phillipines, sesuai ke? (FYI, mmg takde plan nak tanam rumput jenis gajah).
        2. Pasir mana yg lebih bagus? Pasir kasar atau pasir halus?
        3. Berkenaam baja organik pula, pekerja di nursery suggest pakai baja yg bukan organik (yg berbiji2 color hijau tu), reason dia cakap, kalau pakai baja organik, ada kebarangkalian akan tumbuh tumbuhan2an yg selain daripada rumput selepas beberapa ketika. Betul ke?
        Thats all for now. Thanks

        Like

      • mynormas said

        Salam tuan.
        1. Nampak gaya nya hanya rumput cowgrass dan pearl saja yg boleh survive di situ insya Allah. Tak cukup matahari utk rumput lain.
        2. The best is mix of both kasar and halus but kalau ter paksa pilih, saya akan pilih pasir kasar. Within reason, of course, jangan pilih terlalu kasar hingga ia jadi peluru setiap kali pemotongan rumput oleh mesin.
        3. Jangan beli baja organik dari dia, beli dari Giant atau kedai hardware besar. Baja organik mereka sudah di process supaya benih rumpai mati. Baja warna hijau tu ialah baja 15:15:15, bagus utk petani dan pokok atau org yg bela rumput besar2an. Utk kita ni, baja organik; sikit tapi selalu dah memadai.
        Wallahualam.

        Like

  17. bard said

    Assalam tuan.. saya nak minta sedikit pendapat daripada pengalaman tuan.. memandangkan budget saya xberapa nak cukup untuk menghijaukan sekaligus halaman tepi 2000sqft.. saya terpaksa memilih antara ;

    -menanam pokok-pokok hiasan disekeliling halaman terlebih dahulu ( seperti pokok doa (bucida molineti) + bunga raya + senduduk putih + orkid dll)
    atau
    -menanam rumput di serata halaman (korek tanah + masuk pasir + saliran + rumput) ..

    1) manakah yang sesuai untuk dilakukan dahulu mengikut pengalaman tuan?
    2) boleh tak berikan cadangan 1 jenis pokok buah2an yang sesuai di rumah teres? (supaya tak rase menyesal 1o-20 tahun akan datang;)

    terima kasih..

    Like

    • mynormas said

      Tuan,
      Saya cadangkan tuan tanam pokok dulu. Sebab nak tanam pokok kena korek lubang, bawak anak pokok masuk, kambus lubang, buang balance tanah dan sebagai nya. Rumput pulak tuan hanya perlu tabor pasir selapis lepas tu tanam (saya mengandaikan tanah tu memang dah bersih).
      Camana pun dekat pintu masuk, yg tak semesti nya gate depan (mungkin bukak pagar tepi atau pintu belakang) jangan tanam pokok.
      Lihat article saya dalam laman web ini tentang landscape laman rumah dan buat plan atas kertas dulu sebelum hayun cangkul.

      Like

      • bard said

        Assalam.. saya ada satu lg pertanyaan.. berapakah jarak sesuai untuk tanam pokok hiasan dengan pagar batu setinggi 3ft.. terima kasih..

        Like

      • mynormas said

        Itu pada pendapat saya lebih bergantung kepada jenis pokok hiasan tu sendiri. Canopy bertemu canopy is the best.
        Tapi saya tanya kawan saya tadi, dia kata 1 meter.

        Like

  18. Ahmad Neezam said

    Salam..saya dah baca banyak komen tentang rumput carpet..masalahnye skarang saya dah potong rumput liar dan dah taruk pasir kasar tapi tak racun dulu..tapi blum penuh lah..cara macam tu boleh ke? Adakah saya teruskan taruk pasir atau racun dulu? Taruk pasir berapa tinggi eh? Kawasan tak besar..20 x 10 kaki.

    Like

    • mynormas said

      Mungkin bagus kalau tuan baca dulu sebelum buat.
      Potong? Ia akan tumbuh semula. Racun bukan di cadangkan utk kawasan rumah, tapi kalau dah nak buat, sembur dulu sebelum buat apa2. IKUT LABEL.
      Pasir tu di tabur sebanyak mana yg perlu utk mengganti kan tanah yg di buang sewaktu membajak utk clearkan rumput lama (biasanya 6 inci).

      Like

      • Ahmad Neezam said

        Terima kasih..skarang sy dh cangkul akar2 rumput liar lps tu sembur dgn racun yg ada (sy sembur brand Touch Up)..mungkin biarkan utk 1-2 minggu then taruk pasir..adakah cara ni betul?..sy niat taruk rumput filipina..terima kasih

        Like

      • mynormas said

        Terbalik. Saya assume “Touch Up” tu mempunyai bahan aktif glyphosate (sama macam Round Up?) so sepatutnya spray dulu lepas tu cangkul.
        But takper lah.

        Like

  19. Ahmad Neezam said

    Salam..kalau utk baja rumput carpet jenis filipina, boleh tk kalau sy tabur baja jenis ‘Urea’ (putih)?..kalau tk boleh, baja apa yg terbaik?

    Like

  20. Assalamualaikum tuan, saya ingin menanam rumput cow grass.

    Latarbelakang:
    Pada asalnya kawasan rumah saya ditambak dengan tanah merah. Ini telah menyebabkan lopak-lopak air bila hujan. Jadi saya telah menambak lagi setinggi 1 – 2 kaki dengan pasir sungai untuk elak becak-becak, tapi masih ada air bertakung (warna jernih, sebelum ni warna merah) sebab silap saya tak pasang piping. Tanah ada batu-batu bersaiz 1-4 inci yang sedang dalam proses pembuangan.

    Soalan:
    1. Betulkah pasir sungai tidak baik untuk tanaman rumput? Saya ada panggil nursery untuk tanam rumput cowgrass secara close turfing. Katanya tak boleh tanam, kena buang pasir sungai, korek sedalam 4 inci untuk diisi dengan pasir lombong dan tanam rumput. Betul ke? Saya bercadang untuk terus tanam rumput cow grass atas pasir sungai lepas saya buang batu-batu besar, meracun dan buat piping bawah tanah.

    2. Boleh tak saya tanam secara spot turfing kerana kawasan agak luas iaitu 3750 kaki persegi? Mohon juga nasihat penjagaan untuk tanaman cow grass secara spot turfing.

    Bergantung kepada nasihat tuan, saya bercadang akan membahagikan tapak kepada beberapa bahagian dan buat tanaman secara berperingkat (phase by phase) ikut kemampuan. Untuk makluman tuan saya batalkan niat lantik nursery tanam sebab kos tanam sahaja mencecah RM10,000, kata nursery sebab pasir sungai tu dia tak boleh tanam, saya takut kena tipu dan nak buat sendiri. Sikit-sikit lama-lama penuh juga.

    Saya mohon nasihat dari yang pakar.

    Terima kasih dan selamat tahun baru.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      A. Jika laman tuan besar tuan perlukan ‘piping’ tu. Tetapi jika jarak dari tengah ke tepi laman dalam 3 meter tuan boleh condong kan tanah merah itu supaya ia mengalirkan air. Dan ratakan lubang-lubang PADA TANAH MERAH itu dulu adalah sebaiknya. Kalau dah kambus dengan pasir; cari tempat yang bertakung, korek lubang untuk ketepikan pasir sungai lepas tu cari tanah ataupun korek dari tanah utk kambus lubang di tanah merah tu; lepas tu kambus dengan pasir balik. Teorinya ialah air akan mengalir melalui pasir, terkena tanah merah dan mengalir di atas tanah merah itu untuk keluar dari laman tuan. Kalau tuan buat piping, pastikan piping berada di kawasan rendah dah turun pada kadar 1% (ertinya untuk setiap 100 kaki, paip tuan turun 1 kaki kebawah bahagian ‘exit’ berbanding ‘entrance’ paip)
      B. Jawapannya ialah pasir sungai boleh digunakan. Saya ada kawan-kawan di padang golf yang tak mahu tanam rumput atas green kecuali jika dia ada pasir sungai.
      C. Tanam secara spot turfing memang boleh. Kita boleh tanam 80% dari luas kawasan ataupun extreme 50% dari luas kawasan.
      SAya cadangkan tuan mulakan kawasan secara berfasa dengan syarat-syarat berikut:
      1. Bahagikan kawasan kepada fasa yang tuan yakin tuan boleh habiskan projek itu dalam masa dua hari maksima. Mungkin sekitar 50 kaki persegi.
      2. Mulakan dengan kawasan yang paling penting untuk tuan, maksud saya, kawasan yang paling high profile. Contohnya laman depan rumah.
      3. Kawasan penting ni tuan boleh spot turfing 80% dari luas kawasan. Ertinya kalau tanah 50 Kaki persegi, tuan akan beli rumput 40 kaki persegi. Malah untuk kawasan berprofil tinggi ni tuan boleh consider untuk buat 100%. Nanti bila kawasan yang kurang penting guna 80% dan untuk kawasan yang kurang penting tuan tanam 50% iaitu tanam seperti papan dam/catur.
      Tapi amaran saya ialah jika laman tuan hanya ada satu pintu masuk; kalau tuan tanam di pintu tu dulu, nanti macamana nak masuk ke dalam? Itu peringatan. Dan kalau tuan nak tanam pokok; tanam pokok dulu baru tanam rumput.
      D. Jangan tunggu terlalu lama di antara fasa, tetapi jangan terburu buru juga. Pasal tu saya suruh mula dari kawasan penting, setidak tidaknya kalau terbengkalai pun, kawasan yang penting dah siap dulu. Saya cadangkan dah siap dua minggu dan tiada mati baru tuan mulakan fasa baru.

      Selamat mencuba!

      Like

      • Terima kasih tuan. Pasir sungai ada banyak batu saiz kecil dan besar. Berapa saiz batu yang paling kecil saya patut simpan?

        Like

      • mynormas said

        Bila dia bukan batu lagi, iaitu dah macam debu. Kami panggil dia ‘silt’. Silt akan memegang air.
        Tapi tuan patut ber hati2 batu besar yg boleh terbang bila tiba masa memotong nanti.

        Like

      • Assalamualaikum tuan,

        Piping sudah siap. Insyaallah sedikit masa lagi akan tanam rumput. Cuma, masalah yang saya hadapi ialah pokok-pokok kecil berbunga, herba-herba, pokok semalu dan macam-macam jenis lagi di atas tanah tak mati selepas diracun. Saya telah racun dengan racun roundup sebanyak 2 kali. Adakah roundup tidak sesuai atau dos yang saya gunakan tidak mencukupi. Dos saya 5 liter air + 60ml racun. MInta nasihat tuan. Terimakasih.

        Like

      • mynormas said

        Waalaikumsalam, Pokok tu termasuk dalam family ‘broad leaf’ atau berdaun lebar maka ia tak mati dengan glyphosate (bahan aktif roundup). Tuan boleh tukar racun ataupun guna cangkul untuk cangkul akar mereka keluar. Lepas tu kutip dan bakar supaya menjadi pengajaran kepada rumpai lain jangan datang ke laman tuan (lawak sikit). Racun untuk broadleaf yang saya guna yang paling kurang bahaya ialah Ally ataupun Almix. Sekali lagi, saya tak menggalakkan penggunaan racun di rumah, tapi pandai pandailah.

        Like

  21. hajar26 said

    Assalamualaikum tuan, apa kaedah paling sesuai untuk buang akar2 lalang selepas meracun dilakukan?halaman rumah saya agak luas 50′ x 70′. dan rasanya sgt penat jika nk mencangkul utk buang bhgn plg ats tanah sebelum ditabur pasir dlm proses nk tnm rumput..dan soalan kedua, rumput apa plg sesuai?utk pengetahuan tuan, halaman ini agak byk terdedah kpd cahaya matahari

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam, jika puan menggunakan racun bahan aktif glyphosate dalam kadar yang betul, akar-akar rumput akan mati juga. Kerana glyphosate ialah racun serap yang akan masuk hingga ke akar. Tandanya: jika hari ini spray esok mati, puan dah overdose maka hanya daun mati, akar tak mati, ia akan kembali sebagai zombie… ok, mungkin tak, tapi ia akan tumbuh pucuk baru tak lama lagi. Jika hari ini spray dan ia mati dalam masa seminggu (bertukar warna perlahan lahan) maka semburan racun betul dan akar pun mati. Selepas itu, apa yang puan perlu buat ialah kuburkan mangsa mangsa puan dengan meletak selapis pasir setebal enam inci di atas laman. Ini akan menghalang matahari dari membantu pucuk baru rumput dan mempastikan kalau ada survivor pun, puan boleh mencabutnya dengan mudah.

      Rumput cowgrass. Walau apa penjual tu kata, walau camana cantik pun nampak carpetgrass kat kedai, puan ambik cowgrass. Puan kata puan nak beli yang mahal dan puan nak warranty bahawa tiada rumput liar selama enam bulan. Puan bayar 75% sekarang dan 25% lepas enam bulan.

      Lepas tu, puan beli atau puan cari pemotong rumput yang potong guna mesin bertayar. BUKAN galas belakang.

      Selamat mencuba!

      Like

  22. 4zealous said

    Assalamualikum…

    Sudilahlah kiranya En. Mynormas menjawab persoalan saya…

    1. Rumput rumpai liar di laman rumah mertua saya dah lama diracun dan terbiar bagai zombi. Baru2 n tetiba datang semangat nak tanam rumput carpet jepun dengan menggunakan kaedah Plug… perlukah saya meracun semula dan tunggu 2 minggu. Atau saya boleh bersihkan dan terus ratakan pasir ( x sabar sangat dah nak start projek n… )…

    2. Adakah besar implikasinya, jika setelah saya ratakan pasir, rumput2 liar tu kembali bangkit menjajah ( dalam fikiran saya, apelah sangat keje cabut pucuk rumput2 liar di laman seluas 20×70 kps ) dari pengalaman tuan camne?

    3. Kawasan rumah mertua saya adalah bekas sawah yang telah ditambak dengan bebatu campuran (batu bata + batu kerikir + jalan tar + pasir + dll setinggi lebih kurang 12 inci). Adalah menjadi masalah bagi saya untuk mencangkul batu untuk membentuk saliran. bolehkan saya skip je part buat saliran tersebut dengan andaian air akan meresap jauh ke dalam bebatu.

    Terima Kasih diatas perkongsian kepakaran En. Mynormas di dalm bidang ini.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      1. Kalau tuan nampak ada rumput baru tumbuh, racun sekali lagi lepas tu esok terus buat kerja.
      2. Saya cadang tuan tambah pasir selapis, tak beli baru pun takper, ratakan pasir sedia ada. Insya Allah rumput liar akan datang mudah di jaga.
      3. Rasanya boleh, asalkan batu tu stabil dan pasir dah masuk celah celah batu dengan baik.

      Like

  23. august said

    tuan,saya ada satu laman yg dh diracun dan smua rumput dh mati termsk lalang.soalan,boleh kh saya trs tambak dgn pasir,then topsoil dan trs tanam rumput filipine?sbb masalahnya saya tiada masa utk mengembur tanah yg tlh diracun.

    Like

    • mynormas said

      Boleh jer. Kekadang saya pun ada angin malas (oh maaf, takde masa) juga. Tapi pasir tebal sikit di atasnya. Kalau racun tu pada kadar yg betul, rumpai lama akan mati dan jadi bahan organic di bawah.
      *nota kaki kepada pembaca lain: hanya jika rumput lama dan rumpai sahaja. Kayu balak atau batang pisang atau apa2 yg besar tak di kira.

      Like

  24. mohd sani said

    Brapa ye harga cow grass jika siap tanam pd keluasan 10k kaki persegi?

    Like

  25. Eg said

    Pasir perlu sama level dgn longkang atau lebih rendqh dr longkang bg menghasilkan rupa dan saliran yg baik bila rumput dh tumbuh?

    Like

    • mynormas said

      Longkang subsoil kah? Pasir perlu lebih tinggi. Jika open drain, ia boleh sama level, tak boleh lebih rendah. Jika ia lebih tinggi, pasir mungkin masuk longkang.
      Walau bagaimana pun, tanah di bawah pasir mesti di bentuk supaya air mengalir ke longkang.

      Like

      • Eg said

        Open drain. Buat masa ni pasir rendah 5mm dr longkah. Adakah keadaan ni sesuai bila rumput dh membesar? Or better pasir sama rata dengan longkah. Terima kasih kerana membantu.

        Like

      • mynormas said

        Saya cadangkan ia sama tinggi dengan longkang. Tapi ini nasihat long distance ya, as the one on the ground, you can be the better judge.

        Like

  26. Eg said

    Tq tuan.

    Like

  27. shahir said

    Salam..sy ingin bertanya..boleh x kalo pasir digantikan dengan tanah merah dan tanah organik yg dijual di nursry??sekiranya boleh..tanah mane kah yang untuk lapisan atas dan bawah??

    dan sekiranya permukaan konkrit..brapa ketebalan yang perlu ditambak untuk mnanam rumput??adakah tanah diatas sesuai juga untuk dijadikn tanah tambak??

    Like

    • mynormas said

      1. Tanah organic atas.

      2. Minimum 8 inci. Pada pendapat saya, tuan perlukan pasir di atas dan batu kerikil di bawah supaya air mengalir keluar dari simen tersebut. Pasir boleh di campur dengan 10% organic.

      Like

  28. xtpg said

    adakah pasir kasar sahaja cukup untuk menanam cow grass? i have a land area cleared and ready to be filled with sand. Tebal mungkin dalam 3-6 inch. boleh guna only pasir kasar and then grow cow grass or do i need any top soil?

    ada longkang sedia ada. plan to put pvc pipes with holes at bottom, then fill with small rocks till cover the whole pipe. atas batu itu, boleh letak pasir terus? or kena pakai selapis geotextile?

    Thanks in advance.

    Like

    • mynormas said

      Never use the geotextile. Never. I spend months ripping off geotextile from subsoil pipes of an 18-hole golf club because they were clogged before one year. If you are burying your pipe in a trench in the basement, use gravel to prevent sand from getting into the pipe.
      Pasir kasar sebenarnya ok, tapi problem akan datang masa musim kering; coz pasir kasar tak pegang air. Letak topsoil akan negate the effect of pasir kasar bawah tu. As I see it, you have two choices; one use pasir halus on top of pasir kasar. Two, gaul kan 10% of topsoil into the top two inches of your lawn.
      Come to think of it, you will be planting your Cowgrass by sod kan? Dah ada at least 2 inches of soil kat sod tu, so should be ok jer. Just ber ingat masa kemarau next May.
      Selamat Mencuba!

      Like

      • Xtpg said

        Thanks for the advise.
        I did not know geotextile was that bad. Will skip it,

        The pipe will be layed on an existing cement drain. So no digging is required, Btw, wont the sand seep thru the gravel and enter the holes in the pipe?

        I am planning to plant cow grass by cuttings only.. not sod. its grows pretty fast as what i have tested even on clay soil.
        Perhaps will it be wise if i added an inch or 2 of soil above the sand? i am stll not sure where to get soil as hardware shops only have pasir. Top soil sold in packets are expensive.

        Like

      • mynormas said

        Sand will seep through, eventually, but it will be a lot longer than geotextile. On golf greens we would be using certain sizes of gravel or sand, which would delay it even longer. You could use bigger sized sand layer between your gravel and root zone too.
        Instead of topsoil, you can try organic matter. It’s dearer, but you need only 5 – 10% mixed with your sand to create the root zone which can be only 2 to 4 inches deep.
        And make sure that your ‘basement’ slants towards the drain. Not that important, but we don’t want underground puddles that’s all.
        Selamat Mencuba!

        Like

  29. shirley said

    hi..
    halaman rumah i ada masalah. bila hujan air bertakung, tanah langsung tak meresap air.. apa harus i buat?

    Like

  30. xtpg said

    Can we cover the existing iron manhole cover with sand? Will it cause the cover to rust n have a hole later on?

    Like

    • mynormas said

      Honestly, I don’t know.
      But I would recommend that you cover the manhole with something else before you put sand on top; a plastic, tarpaulin or geotextile maybe? Then only put sand on top it.
      And don’t forget to mark it on a map or something, else after a few years you forget where it was.

      Like

  31. xtpg said

    Can the green mosquito netting be used instead of geotextile?

    Like

    • mynormas said

      I’ve seen it being used. In that context it wasn’t a manhole, but a sump cover where they want water to go in. In your case, I imagine you don’t want water to go there or you want to limit water because you don’t want the manhole to be damaged; correct? So I imagine something waterproof is preferable.

      Like

      • xtpg said

        garden is 50% complete. Managed to get a lorry of topsoil too. The drains have been fillled with gravel with underground pipes with holes. Will be adding and leveling the topsoil first and then adding sand on top . I am now a bit confused on the side with the drainage pipe.

        Should i add the topsoil first onto the gravel or add course sand? The landscaper said better to add the topsoil onto the gravel and sand on top. I was thinking the opposite…. sand on the gravel.

        2. how to level the topsoil? notice its a bit sticky and also looks a bit clayish…. can watering down level it?

        Like

      • mynormas said

        I would advise NOT to put topsoil on the drainage lines. Use the coarse sand. This way water can flow down.
        Mix the topsoil with the sand. About 60% sand with 40 topsoil. That should do it. If you have already put down the topsoil, now put a layer og sand and rotovate or cangkul it in so that it sort of like mix it together.
        Selamat Mencuba!

        Like

  32. seifhul said

    As salam tuan. Saya ingin menanam cow grass di kawasan corner lot saya sebesar 1500sq ft. Berikut yg telah saya lakukan.
    1. Meracun kawasan tersebut.
    2. Membersihkan batu batu kecil dan meratakan tanah.
    Next :
    3. Nak buat saliran air keluar + batu kerikil
    Soalan:
    Perlukah saya letakkan tanah pasir dahulu sebelum top soil. Sekiranya perlu, Apakah kebaikannya? @ bolehkah saya meletakkan terus top soil tanpa tanah pasir dan apakah impactnya?
    Harap tuan dpt membantu

    Like

    • mynormas said

      Salam tuan,
      Kebaikan pasir ialah ia mengalir kan air dengan lebih cepat tetapi ini tidak berfungsi jika tuan letak topsoil atau tanah di atas nya.
      Kedua ia lebih senang di bentuk dan di ratakan.
      Ter pulang kepada tuan utk tidak menggunakan pasir kerana nampaknya tuan dah ada saliran dan juga jika topsoil itu quality, ia juga mudah di bentuk.

      Like

  33. Razimah said

    Tuan…rumah saya letaknya di atas bukit yang diratakan…pokok-pokok sukar untuk tumbuh dan subur.halaman saya mendapat panas matahari terik pagi dan petang..saya menggunakan rumput sebagai tanaman tutup bumi untuk mengelakkan tanah dibawa air ke bawah..rumput itu saya beli.Saya dibekalkankan dengan rumput yang bercampur jenisnya..waktu itu pengetahuan saya mengenai rumput adalah zero…baru-baru ni rumput saya mati dalam keadaan yang amat tragis akibat diracun oleh orang yang tidak bertanggungjawab.saya ingin menanam semula…tetapi kali ini saya ingin menanamnya dengan panduan…rumput apakah yang sesuai…kalau boleh yang tidak perlu kerap dipotong..boleh tak saya menggunakan biji benih sahaja untuk memulakan semula…kalau boleh tuan ada bekalkan benih rumput tak…harap tuan dapat membantu…terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Puan,
      Puan boleh gunakan bijibenih tetapi sementara ia tumbuh besar ia akan lebih mudah di larikan oleh air mengalir. Sebaik nya ialah tanam cara sprig ataupun cara ‘gam’ (saya lupa nama teknikalnya sekarang) yang akan memegang stolon rumput kepada tanah. Ia banyak di lakukan di tepi highway. Saya rasa ia lebih mahal. Kebanyakan benih tak sesuai di Malaysia oleh itu jarang di jual.

      Like

  34. Nasir said

    Jika ditanam berkonsepkan hidroponik, adakah ia praktikal. Saya berminat untuk menjalankan secara komersial, untuk pasaran tempatan. Harap tuan boleh beri panduan.

    Like

    • mynormas said

      Saya dengar kalau sayur di tanam secara hidroponik, masalahnya ialah daun sayur tersebut terlalu rapuh dan susah untuk di angkut. Saya tak tahu tentang bagaimana rumput nak di tanam secara hidroponik.

      Like

  35. zul said

    Salam Tuan,
    Pertama kali saya mengucapkan syabas atas nasihat halaman tuan serta nasihat tuan.. Semoga murah rezeki.
    Keduanya, saya juga ada beberapa soalan, yang mungkin sudah di tanya disini tetapi kalau tuan tidak keberatan untuk memberi nasihat sekali lagi.

    Saya dalam proses untuk mencuba menanam rumput di halaman belakang rumah saya. Ianya tidak lah besar hanya sekadar 2.2m x 1.5m dan 2.8m x 2.2m tetapi keadaan tanah itu agak berbatu kerana rumah ini baru di renovate.

    saya telah mencangkul dan membuang batu2 secara manual tetapi rasanya usaha ini terlalu berat (dan macam kurang berkesan)
    soalan saya ialah:

    1) kalau saya perlu letak pasir dan topsoil, perlukah saya membuang tanah yang sedia ada untuk memastikan tanah sama rata dengan longkang di tepi?
    Jika saya perlu membuang tanah makna saya tidak perlu untuk membuang batu di tanah sekarang?

    terima kasih atas nasihat tuan

    Zul

    Like

    • mynormas said

      Salam,
      Sama-sama.
      Asalkan pasir yang tuan baru nak letak ni cukup dalam (sampai tutup batu/tanah lama), tak buang tanah lama pun ok. Yang jadi khuatir ialah jika hujan lebat menghapus pasir baru dan batu lama ‘timbul’. Itu saja.
      Boleh saja tuan tanam dulu dan jika ada batu timbul akan datang baru tuan buang. Cuma jangan sampai tukang potong rumput yang ‘jumpa’ batu tu dulu.
      Just berhati hati, should be ok. Insya Allah.

      Like

  36. nix said

    Rumah saya ni tanah tambun. Penuh dengan batu-batu. tiap kali saya buang batu..then hujan ade balik. niat dihati saya nak tanam rumput karpet.
    Saya ada tanye pada rakan-rakan. dorang suggest saya buang tanah laman dalam 2 ke 3 inci dan hamparkan geotextile sebelum saya letak top soil + baja + pasir. kate nye utk elakkan rumput2 or pokok2 liar mudah naik. then siram supaya padat dan kemudian baru tanam rumput.
    sekadar bertanye.

    Like

    • mynormas said

      Buang tanah 4, 6 inci. Letak pasir, tanam rumput. Geotextile tak perlu. Topsoil, tak perlu.

      Like

      • zafiranzakaria said

        Assalammualaikum,
        1) tuan sekeliling rumah sy dah simen, sesuai ke nak tanam rumput karpet.. nak letak tanah dulu @ letak pasir shja pun blh… @ letak ke dua2 skli..
        2) perlu ke buat saluran air bawah tanah

        Like

      • mynormas said

        Waalaikumsalam.
        1. Paling best letak kedua dua sekali. Tanah dulu lepas tu pasir.
        2. Longkang subtanah perlu sebab air tak ada tempat nak pergi.

        Like

  37. zafiranzakaria said

    Assalammualaikum,
    1) tuan sekeliling rumah sy dah simen, sesuai ke nak tanam rumput karpet.. nak letak tanah dulu @ letak pasir shja pun blh… @ letak ke dua2 skli..
    2) perlu ke buat saluran air bawah tanah

    Like

  38. ANUAR KAMAL B ISMAIL said

    Salam tuan boleh sy dptkan no utk hubungi tuan.terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Tuan boleh hubungi saya di sini untuk sebarang soalan berkenaan rumput. Jika tuan ingin memberi saya kerja, 🙂 hubungi saya di O3 5131 OO66 (menggantikan O dengan 0). Ia akan disambung ke handphone saya jika tiada orang dipejabat. Terima kasih.

      Like

  39. Muhammad Awis Bin Muhammad Rus said

    Assalamualaikum Tuan, saya baru membeli rumah dan mempunyai kawasan laman yg agak luas. Dahulunya kawasan perumahan adalah sebahagian dari ladang sawit, jadinya tanah di laman saya merupakan tanah merah. Ramai yang kata bagus untuk tanam apa saja tetapi saya dapati laman saya menakung air selepas hujan untuk tempoh yang agak lama dan tanah menjadi lembik. Apabila kering, ianya menjadi keras dan merekah. Apa yang perlu saya lakukan kerana saya bercadang untuk menanam rumput di keseluruhan laman. Pencahayaan amat baik kerana tiada sebarang objek menghalang cahaya matahari. Harap Tuan dapat berkongsi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar. Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      Cadangan saya ialah tuan perbaiki saliran dulu sebelum tanam apa apa.
      Cara termudah ialah dengan ‘menyusun’ tanah merah di laman tuan supaya ia mereng keluar jadi air akan mengalir di atas permukaan nya keluar dari laman tuan. Tuan kena selesaikan masalah saliran itu. Jika laman tuan besar dan ‘merengan’ nya terlalu curam (sudut yang saya cadangkan ialah 1%) maka tuan perlu buat longkang subtanah.
      Saya tahu laman yang bercerun bukan ideal maka untuk beri permukaan yang rata sedangkan tanah merah itu mereng, tuan letak pasir di atas nya. Teorinya ialah air akan tembus melalui pasir, kena permukaan tanah merah (oh, tuan kena mampatkannya sebelum letak pasir) dan mengalir keluar.
      Selamat mencuba!

      Like

  40. Cheah sk said

    I have a pc of land about 33000 sq ft. I plan to plant grass on 20000 sq ft. Rest will be fruit trees etc. Soil in most places have rocks and hard soil. Is it advisable to remove the top few inches and replace with sand and then soil/ sand on top as it will be too tedious to remove the rocks and hard soil, then plant grass ? I plant to plant cow grass for less maintenance and robustness. During rainy season not much puddling except in place that were excavated for electrical works and silting from earthworks surrounding it, which is a small area. Any way to solve this type of water puddling without drainage . Will removing silt and adding sand layer alleviate this problem.
    Your site is very informative and helpful. Would appreciate if you could reply. Thank you.

    Like

    • mynormas said

      Actually, you seem to have the right thoughts already. Yes, you can scrape off the top few inches (at least four) and then add sand on top before planting.
      Yes removing the silt and adding sand will help a bit with the puddling. I’ll just add that the bottom layer be adjusted so that water flows OUT of the grass area.
      What I mean is that, your bottom layer (after you remove the four or more inches) be shaped so that it moves water out and the sand layer be shaped level. The theory is that, water moves straight through the sand, hit the bottom layer and move out of the grass area. It is slower without subsoil drain during repeated rainy days but it is doable. If you want an extra protection, you can make your Sand layer to be high in the middle and low at the sides; a camber, we call it (you know, like how they build roads?). Excess water will then flow down the sides. Some of it anyway.
      Hope that helps! Good luck.

      Like

      • Sk Cheah said

        Thanks for the quick reply and useful comments. Do you have any contacts on source for sand ? I guess I will need quite a bit.

        Like

      • mynormas said

        You are welcome. Do like my page and click a few ads for a few cents to me.
        A friend of mine told me in October that he has excess sand that he wants to sell. Good quality golf course sand. Tell him you want fairway sand and not for green. It should be cheaper.
        His name is Zali and his number is 019 766 2929. I will delete this number after a few days.

        Like

      • Cheah sk said

        Hi. Thanks for the info. Will definitely help with adverts.
        Very informative site . Good job..

        Like

      • mynormas said

        No problem. Do be a follower for more info too. I usually write in English because I get more response and shares.

        Like

  41. Syam said

    Salam tuan..tanah basement saya mungkin dari jenis silt ataupun tanah liat.Jadi agak sukar untuk saya membentuknya supaya condong ke arah longkang.Ia begitu keras kerana sudah lama tidak menerima hujan.Tanah juga merekah sedikit sekarang dibeberapa tempat.Bolehkah tuan berikan cadangan untuk mudah bagi saya membentuknya.Saya agak buntu sekarang memikirkan cara untuk membentuknya.

    Like

  42. Mohd shukri said

    Maaf…saya ingin bertanya. Apa perbezaan antara top soil dengan tanah merah biasa?. Adakah tanah merah biasa sesuai untuk penanaman rumput seperti cow grass?. Sekiranya tanah merah biasa tidak sesuai adakah cara untuk saya merawat tanah tersebut sebelum saya memulakan proses penanaman rumput (tanah merah dah beli 1 lori tapi saya rasa bukan dari jenis top soil). Saya bercadang untuk menanam cow grass. Terima kasih tuan.

    Like

    • mynormas said

      Maaf sangat sangat sebab terlepas pandang soalan ini. Dari segi istilah nya, topsoil ialah tanah atas dari kawasan yang subur dan ia mempunyai nutrien yang cukup akibat dari pereputan bahan organik. Tanah merah biasanya tidak mempunyai nutrien sebanyak tanah atas (topsoil). Saya cadangkan tuan gunakan pasir di campur dengan tanah bakar 90% pasir dan 10% tanah bakar. Maaflah kalau terlambat. App WordPress ni kadang-kadang problem sikit.

      Like

  43. iqbal said

    Salam tuan…

    Saya ingin bertanya. Saya telah mengeluarkan hampir kesemua tanah merah yang terlalu keras dan liat kondisinya* di tepi halaman rumah saya(hampir 6 inci ke dalaman tanah yang saya keluarkan). Pun begitu, masih terdapat lagi tanah merah yang keras. Dan untuk pengetahuan tuan, saya bercadang untuk menanam rumput jenis Philippine. Jadi, persoalan saya di sini :

    1. Perlukah saya menyembur racun rumpai lagi pada basement tanah baharu?

    2. Perlukah saya memasukkan dahulu tanah bakar setinggi 1 inci kemudian saya masukkan pula pasir halus setinggi 5 inci diatasnya supaya akar rumput mendapat nutrin dari tanah bakar tersebut.

    3. Perlukah saya menebuk beberapa lubang kecil di tepi longkang supaya air dapat keluar dari tapak tanaman rumput itu sekiranya berlaku hujan lebat dan air meresap terus ke basement. Tebukkan pada paras basement tanah baharu.

    *Tanah merah yang keras yang saya maksudkan. Sekiranya hujan lebat berlaku, air susah untuk di serap ke dalam tanah.

    Sekian, terima kasih.

    Like

  44. Embong ali said

    Saya nak tanya tanah luas dlm satu ekar kalau nak tambak tanah sikit utk rata tapi tak mahu kalau hujan dia becak ni tanah utk tapak rumah.tk

    Like

  45. Aiman Din said

    Salam Sejahtera,boleh Sy tahu..adakah rumput jenis cow grass sesuai utk di lereng cerun..atau tuan boleh cdgkn rumput yg sesuai..
    Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Salam En Aiman,
      Cowgrass akan dormant (jadi coklat, tapi tak mati) lebih cepat berbanding rumput lain jika tiada air. Ini boleh mendatangkan masalah kerana rumput liar boleh masuk waktu itu atau, jika ada hujan lebat sebaik sahaja selepas kemarau, lereng boleh mula runtuh dan merosakkan akar Cowgrass seterusnya melemahkan lereng.
      Mungkin campuran beberapa spesis rumput seperti Bermuda liar dan lalang dan pakis boleh di guna?
      Tuan mungkin kena tanya pakar cerun…

      Like

  46. Myzatul said

    Tuan.. macam mana ye cara tanam rumput sod di cerun? Perlu lapisan pasir jugak ke? Atau di kawasan landai bawah ceun tu saja yg perlu lapisan pasir?
    Bagaimana pula nak kekalkan sod tu? Tak tercabut/jatuh ke nanti sod nya? Perlu cucuk dgn lidi ke rumput nya untuk pegang sod tersebut?

    Terima kasih tuan

    Like

  47. Mohd Zaini said

    As salam tuan,
    Dua bulan lepas saya upah orang untuk tanam rumput carpet jenis Japanese. Rumah corner lot. Selepas seminggu tanam terus muncul lalang hampir semua kawasan yg ditanam rumput tu ada lalang. Soalan saya adakah ia perlu ditanam semula dan bagaimana cara untuk menghapuskan lalang2 ni dari tumbuh semula.

    Like

    • mynormas said

      Wassalam
      Kalau maksud tuan lalang tu tumbuh celah celah Japanese grass, maka tak perlu tanam semula. Kalau Japanese grass tu yang tumbuh celah lalang, maka, kena lah buat semula.
      Lalang ada tuber (bebawang) di akar yang simpan bekalan tenaga.
      Apa yg tuan boleh buat ialah musnahkan lalang dengan cara potong seminggu sekali atau lap dengan diesel (bukan petrol). Sebenarnya lap dengan racun tapi di rumah mungkin tak sesuai guna racun. Lalang akan naik balik tau, dikuasakan – insya Allah – dengan bebawang tadi maka perlu ulang sebelum dia jadi panjang. Potong seminggu sekali paling senang lah .
      Selamat Mencuba.

      Like

Leave a comment