Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Penanaman

Sod secara 100%

Penanaman cara sod

Selepas penyediaan tapak, tentulah kita akan menanam rumput kita.

Dengan mengandaikan di depan kita sekarang ada kawasan yang akan kita tanam rumput siap

Kita boleh tanam rumput dengan tiga jenis kaedah.

i.         bijibenih

ii.       sod atau plug dan

iii.      sprig atau stolon.

Cara paling murah untuk tanam rumput di Malaysia ialah dengan stolon.  Cara paling mahal tapi paling cepat ialah dengan sod.  Lebih rapat jarak diantara sod, lebih cepat awak dapat halaman atau padang idaman anda.

Sebelum anda berlari mencari kamus atau nak “google” istilah-istilah teknikal biar saya jelaskan. Stolon ialah sebahagian dari akar rumput yang masih boleh tumbuh.  Sprig boleh dikatakan bahagian yang lebih kecil dari sod. Sprig biasanya tiada tanah.  Sod ialah sekeping tanah yang mempunyai rumput. Biasanya di beli dengan keluasan 1- 2 kaki persegi dari nursery. Cara sod kebaikan nya ialah rumput lebih tahan kalau lambat siram, dan bila hujan lebat tak lah dia senang sangat hanyut. Cara ini juga kadang2 dipanggil sebagai “close turfing”. Anda boleh membeli sod dari nursery dan mencerai-ceraikannya dgn parang (atau tangan), membasuh-buang tanah dengan air untuk menjadikan sprig yang digunakan untuk tanam.

Di bahagian lain saya cerita panjang lagi tentang sod, sprig dan stolon.  Cara bijibenih jarang digunakan di Malaysia.  Bijibenih rumput biasanya diimport, dan lazimnya segala tanaman dari bijibenih belum tentu terjamin perwatakan “anak” sama seperti apa yang kita inginkan.

Tanam!

Tiba masa untuk tanam.

Pekerja sedang menabur stolon

Menabur stolon

1.       Taburkan stolon di tempat yang kita dah sediakan, kalau sprig; mulakan menanam macam tanam padi. Atau kalau kita sod, kit susun sod kita. Ingat untuk susun sod macam kita susun batu-bata; tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan di bawah atau atasnya.

2.       Taburkan selapis nipis pasir di atas sprig, stolon atau sod tadi.  Satu tujuan ini ialah supaya rumput tadi tidak terdedah kepada matahari secara langsung.  Lagipun akan memudah kan kita untuk meratakan permukaan tadi.

3.   Tenggelamkan!  Setengah orang akan menggunakan ‘spike’ atau pencakar atau pun tayar mesin yang mempunyai bunga khas yang bila di guna atas permukaan tadi, akan membantu rumput untuk masuk sedikit ke dalam tanah.  Boleh juga roll guna roller kecil. Jangan guna stimrol! Jangan gelak, saya pernah lihat!

4.       Siram. Terutamanya stolon atau sprig.  Ia hanya sebahagian dari rumput dan mempunyai sedikit sahaja bekalan air dalam tubuhnya. Ia akan cepat kering.  Jangan siram banyak. Siram selalu.  Berapa selalu? Bergantung kepada cuaca. Pada hari pertama saya amalkan membasahkan stolon tu, tiap tiap 15 minit. Tapi sod kena siram sampai anda anggarkan tanah dibawah sod itu basah.

5.       Baja. Ingat. Ia tiada makanan simpanan dan kurang atau tiada akar untuk mencari makanan.  Baja sikit tapi selalu.  Saya sangat galakkan baja organik atau baja tepung dari jenis CIRP. Ketulan baja kimia biasa boleh ‘membakar’ rumput kalau tak disiram dengan betul.  Jika mahu, gunakan baja kimia jenis 15-15-15 atau DAP (Diammonium Phosphate, bukan parti politik) yang boleh di dapati dari mana-mana nursery atau supermarket besar. Siram selepas baja!  Kalau ragu2, rendam baja dalam air dan siram air tersebut. Lepas tu siram dengan air kosong lagi. Hati2 dengan tangan anda. Ada org sensitif terhadap baja.

6.       Potong.  Potong sebaik saja rumput tersebut cukup tinggi untuk dipotong.  Biasanya dalam 10mm. Walaupun akhirnya anda ingin rumput anda tinggi lebih dari 10mm.  Ini kerana lebih selalu rumput dipotong, lebih rapat ia tumbuh. Bila dah rapat (sebulan – 2 bulan) baru potong rendah atau tinggi. Turun atau naik 0.5mm sahaja setiap kali menukar ketinggian (Amaran: formula berbeza diguna utk green padang golf).

7.       Merumpai (weeding). Selalu lah merumpai rumput liar.  Jangan guna racun hingga tahun kedua.

8.       Potong.

9.       Baja. Pada peringkat ini, saya suka amalkan prinsip sikit tapi selalu. Ingat, pada peringkat ini, rumput mempunyai akar yang pendek untuk mencari baja jauh ke dalam tanah.  Dan ia juga tak mampu utk menyimpan nutrien.

10.   Siap.

11.  Merumpai (anda tak pasti rumput tu rumput liar atau rumput yang anda hendak? Cabut, lebih baik selamat.) Kalau botak merumpai, tanam lain. Jangan menyesal nanti bila dah tanam ada banyak rumput liar.  Ia cepat membiak.

12. Merumpai.

13. Merumpai

Sprig besar atau sod kecil?

Menanam cara plug

198 Responses to “Penanaman”

  1. mohd said

    tanaman secara sprig memerlukan berapa lama utk ia penuh? from the example pix above?

    Like

    • mynormas said

      Dari gambar yang saya tunjuk di atas? Hampir dua bulan. Jarak sprig itu terlalu jauh. Mereka sepatutnya lebih rapat lagi dan sprig tersebut lebih kecil lagi. Sama seperti orang menanam padi.

      Sprigging lebih leceh tetapi jika di buat dengan betul, akan mendapat hasil yang lebih cepat dari stolon dan lebih rata berbanding sodding.

      Like

  2. Juhairah Binti Kamaruddin said

    Salam En. Normas,

    Saya mempunyai laman di sebelah dan hadapan rumah yg kini ditumbuhi rumput-rumput rawa dan rumput-rumput liar yang lain. Apa yang saya fikirkan sekarang ialah untuk memulakan menanam rumput-rumput karpet cara sprig seperti yang di usahakan oleh ibu saya sebelumnya. apakah teknik yang paling sesuai, kerana kawasannya agak luas.

    1. Menutup kawasan yang ingin ditanam semula dengan plastik hitam agar senang untuk mengemburkan tanah
    2. terus menutup kawasan tersebut dengan tanah merah.

    Harap mendapat penjelasan.

    Terima kasih

    Halaman Jumari

    Like

    • mynormas said

      Puan,

      Saya mencadangkan penyediaan tapak dengan menggemburkan tanah tersebut lepas tu tutup dengan plastik hitam. Tutup dengan plastik hitam tu cara optional. Tak tutup pun tak apa. Apa yang kita buat ialah supaya akar rumpai terdedah kepada matahari dan menjadi kering.

      Kalau mampu, keluarkan lapisan tanah yang asal (buang atau jual) supaya sisa-sisa rumpai pasti keluar dari laman. Lepas tu baru letak tanah yang baru.

      Like

  3. Noor Haslina binti Osman said

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    2 bulan lepas saya telah membeli rumput jepun di nurseri Sungai Buloh berharga RM5 bagi satu sod. Saya telah menanam secara stolon rumput-rumput tersebut. Saya telah membaja menggunakan baja urea dan setelah 2 bulan, saya menghadapi masalah berikut:
    1. Rumput saya ditumbuhi cendawan.
    2. Rumput berwarna kekuningan.

    Persoalan saya, mengapakah hal ini berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Sekian terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.

      Pertama sekali; jangan guna urea lagi untuk baja di kawasan rumah. Ia mengandungi 46% Nitrogen. Gunakan baja organik yang mengandungi maksimum 8% Nitrogen. Baja selalu tapi sedikit.
      Anyway tentang kawasan puan; rumput di tumbuhi cendawan? Biasanya penyakit jenis fairy ring. Cendawan akan tumbuh dalam bentuk bulatan. Ia tidak membahayakan rumput. Cuma ia tidak cantik dan ia merupakan tanda awal bahawa dalam proses penyediaan tapak, mungkin tidak di lakukan dengan betul iaitu ada kayu atau benda yang reput yang di tinggalkan di bawah permukaan.
      Rumput berwarna kekuningan? Hampir tidak mungkin jika baja urea digunakan. Kecuali jika kawasan puan berada di tempat redup dan rumput tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Rumput jepun memerlukan 6-8 jam matahari. Jika ini benar maka puan memerlukan rumput yang lain dari rumput jepun. Hanya cowgrass dan pearlgrass yang tahan redup.

      Like

  4. Sharfan said

    Assalamualaikum bro,

    Bro, macammana cara2 atau kaedah yang boleh saya gunakan untuk menanam rumput karpet jenis filipina @ jepun kat atas simen depan rumah saya? Kalau boleh saya tak nak la pecah simen tu bro. Senang cerita kat atas parking lot depan rumah saya. Terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,

      Teknik dia tak berbeza dengan tanam atas tanah dengan syarat simen tersebut boleh mengalirkan air (slanting, slope, miring dsb).

      Kita kena pastikan air akan mengalir melalui profil medium penanaman terus ke simen dan mengalir ke luar laman atau area tuan. Kita buat begini dengan menggunakan pasir sebagai medium penananaman. Pasir tidak memegang air dengan baik malahan boleh bertindak seperti tapisan untuk air tersebut. Tapi tuan mungin perlukan satu kaki pasir di atas simen tuan. Tuan mungkin terpaksa gunakan papan atau batu hiasan untuk memegang pasir di atas simen tuan; terpulang pada kreativiti tuan.

      Malangnya kekuatan pasir juga merupakan satu kelemahan: dengan tidak memegang air pasir akan cepat kering dan perlu di siram selalu. Baja atau nutrien juga tidak akan di pegang oleh pasir bermakna perlus lebih selalu membaja.

      Satu cara untuk memperbaiki ini ialah dengan membancuh 4 inci teratas pasir dengan bahan yang boleh memegang air/nutrien. Di padang golf, kami menggunakan sekam padi, cocopeat, tahi ayam yang di proses, zeolite dsb. Masalah bahan organik (padi, cocopeat, tahiayam dsb) ialah ia akan reput dan terpaksa di masukkan semula selepas beberapa tahun. Saya cadangkan tuan cari zeolite atau apa-apa bahan yang digunakan untuk memegang air dalam pasu yang ada di jual di supermarket atau nursery. Pastikan ia halus supaya senang di campurkan secara rata. Gunakan 10% dari isipadu. Jika keluasan simen tuan ialah 10m x 10m, darabkan dengan 0.1m = 10m padu. Tuan cuma perlukan 10% dari 10m padu. Paling tidak pun bahan organik seperti baja organik ataupun tanah bakar pun boleh.

      Cara: lapiskan pasir sebanyak sekurang-kurangnya 8 inci di bahagian bawah (saya kata ‘sekurang-kurangnya’ kerana tuan mungkin ingin membuat bentuk atau shape maka yang paling rendah ialah 8 inci, lebih tak apa.) Bahagian atas – kita panggil ‘rootzone’ – yang TELAH di bancuh rata supaya 10% mengandungi bahan pegang air tadi di letakkan empat inci di atas. Lepas tu tanam dengan cara sprigging atau sod (sila lihat di bahagian lain laman web ini). Lepas tu jaga seperti biasa (juga lihat di bahagian lain).

      Selamat mencuba!

      Like

  5. sufian said

    Salam En Normas,
    Saya baru sahaja menanam rumput jenis pearl grass secara sod. Saya tanam secara rapat. dalam 2-3 hari permulaan tanam saya dapati ada sesetengah tpt rumput tsbt telah layu dan bertukar menjadi hijau muda.
    Adakah masalah ini sering berlaku pada permulaan bagi pearl grass?
    Adakah rumput yang layu tadi boleh subur semula?
    Perlukah saya membaja dan apa baja yang sesuai?
    Untuk pengetahuan tuan saya menyiram 2 kali sehari, pagi dan petang.
    Harap tuan dapat komen..
    Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Biasanya ia tidak akan bertukar hijau muda sebaik selepas tanam. Rumput yang layu boleh subur semula. Amalkan penggunaan baja organik yang kering. Baja sedikit (segenggam untuk 1-2meter persegi) tetapi selalu (seminggu sekali) untuk 2-3 bulan pertama sahaja.

      Pada awal penanaman, akar rumput masih pendek jadi penyiraman selalu perlu di lakukan. Penyiraman yang lama membuang masa kerana air akan menembusi ke bawah lapisan yang akar boleh capai. Siram sehari 3-4 kali sehari. Tetapi jangan siram selepas pukul 3 petang. Air yang bertakung selepas pada waktu malam akan menyebabkan lembab dan di sukai oleh kulat dan bakteria. Sekadar renjis-renjis untuk membasahkan rumput ok lah.

      Like

  6. Zainal Abdul Karim said

    As Salam En. Normas,

    Saya dapat banyak maklumat daripada website tuan mengenai tanaman turf. Harap tuan dapat teruskan.
    Saya ada ada sedikit masalh dengan rumpun filipina di laman rumah saya dan nak minta nasihat daripada tuan.
    Laman depan rumah agak luas 100’x40′ dan saya menanam ‘sod’ rumput filipina (dikerat 8) pada bulan Jan 2010. Sekarang laman dah ditutupi rumput tersebut. Pada bulan April lepas, hujun turun dengan lebat pada sebelah malam selama hampir 2 minggu tapi panas pada siang hari. Kekadang, rumput akan ditenggelami air selama 2-3 jam. Semua rumput mati. Seminggu lepas, saya dapati rumput mula bercambah semula dicelah-celah sod. Saya guna butir baja urea yang di tabur atas rumput. Harap dapat beri nasihat pemilihan rumput. Mesin rumpat apa yang khusus untuk rumput filipina? Mana boleh diperolehi? Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam En Zainal,

      Hmmm… biasanya kalau rumput mati lemas, ia tak akan hidup semula. Tapi hidup mati di tangan Tuhan dan mungkin nasib tuan baik.

      Pastikan rumpai (rumput liar) tidak mula menapak di kawasan yang belum ada pucuk baru. Pastikan pucuk baru yang tumbuh ialah dari spesis Zoysia. Elakkan dari menggunakan urea. Ia boleh merosakkan rumput; ia mengandungi hanya satu nutrien (nitrogen 46%) dalam bentuk garam yang boleh ‘membakar’ rumput. Jika applikasi betul dan rumput tidak terbakar; ada kemungkinan dinding sel menjadi lembut dan lebih mudah di jangkiti penyakit. Gunakan baja organik yang boleh di dapati di hypermarket.

      Jika tuan mahukan potongan yang cantik, memotong menggunakan ‘reel mower’ iaitu mesin yang berupa seperti silinder adalah yang terbaik. Kedai hardware seperti ‘Ace Hardware’ ada menjual jenis yang ditolak, tidak memerlukan letrik ataupun petrol. Kuasa dari pusingan tayar.

      Jika tuan mahukan potongan yang cepat. Dapatkan mesin potong biasa jenis pisau rotary (berputar) yang tertutup. Ada yang letrik dan ada yang petrol. Untuk kawasan rumah saya – biasanya – cadangkan dari jenis letrik tetapi memandangkan kawasan tuan mungkin terlalu besar (utamanya jika ada banyak pokok/furniture) dan memerlukan mesin petrol. Mesin ini banyak di jual di kedai hardware yang besar dan juga di beberapa hypermarket.

      Untuk kedua-dua cadangan diatas, gunakan mesin yang mempunyai tayar kecil. Elakkan dari membeli mesin potong jenis ‘handheld’ ataupun yang sangkut di belakang. Agak sukar menetapkan ketinggian dan ia agak merbahaya kerana pisau/tali pemotong yang terdedah.

      Like

  7. Mohd Ezham said

    Salam En Normas..

    mcm mana sy nk contact En Normas? boleh bg no. telefon x? actually,sy ada hal nk bincangkan dgn En Normas..sy mesti kena jumpa dgn En Normas..ada bisness yg sy nk buat yg memerlukan khidmat En Normas .tq.

    Like

  8. yei said

    salam,

    Apakah kaedah untuk meratakan semula tanah selepas dipenuhi dengan rumput philippine. Rumput di halaman rumah saya kelihatan berbonggol-bonggol disebabkan tanah yang tidak rata.

    Like

    • mynormas said

      Jika bonggol tidak terlalu tinggi; topdressing dengan pasir. Jika bonggol tinggi; potong bonggol, buang tanah yang berlebihan di bawahnya dan tampal semula kepingan rumput bonggol.
      Topdressing ialah menabur pasir halus dan meratakannya di atas permukaan. Pasir akan masuk ke celah-celah bonggol dan rumput akan tumbuh di atas pasir itu dengan syarat pasir tidak terlalu tebal hingga melemaskan rumput. Jika perlu, lakukan topdressing beberapa kali. Setiap kali tunggu hingga rumput tumbuh di atas aras pasir baru. Topdressing adalah amalan baik yang boleh di lakukan setahun dua kali walaupun tiada masalah bonggol.
      Potong rumput atas bonggol menggunakan cangkul kemudian gali lubang supaya bila rumput di tanam semula, ia sama aras dengan ‘majoriti’ tanah. Sewaktu potong, pastikan ambil dua atau tiga inci tanah bersama sama.
      Selamat mencuba!

      Like

  9. Ridhuan said

    Salam en Normas,

    Saya baru menanam rumput filipin, masalahnya lepas 4 hari 40 % kawasan rumput jadi kuning, macam nak mati. tapi yang lagi 60 % peratus tu sihat walafiat. Adakah ini masalh rumput yagn dibeli? atau masalah lain?

    TQ

    Like

    • mynormas said

      Salam En. Ridhuan,

      Lepas 4 hari menjadi kuning? Saya boleh kata dengan 80% keyakinan ia adalah masalah rumput yang di beli. Kalau masalah tanah tuan atau penyakit pun ia akan bertahan sebulan. Kecuali kalau kering ia mungkin akan tahan seminggu, tapi rasanya kalau masalah kering tentu tuan akan nampak serta merta.

      Like

  10. Ridhuan said

    Salam en. normas,

    Adakah ini bermaksud rumput itu telahpun rosak sebelum ditanam? Tetapi saya dapati rumput itu memang hijau ketika sewaktu hendak ditanam. setelah sepuluh hari ditanam, saya lihat dikawasan yang kuning itu mula tumbuh rumput baru warna hijau…macam nak hidup semula. Tapi 20% daripada keseluruhan tanaman masih lagi kuning. maybe dah mati. Apa yang patut saya buat?

    Like

    • mynormas said

      Kalau 4 hari, kemungkinan besar rosak sebelum di tanam. Jika 10 hari, 50-50.

      Kuning tidak bererti mati. Ia mungkin ada harapan lagi.

      Apa pun tuan, jika dah berlarutan lebih sebulan dan ia tidak tumbuh semula; ia tidak akan tumbuh. semula. Tuan might as well tanam semula kawasan yang masih lagi kuning itu. Ambil rumput dari kawasan sempadan tuan dan tanam di kawasan yang dah mati. Ataupun beli rumput yang sama dari nursery untuk tanam semula.

      Like

  11. Rozaimi said

    Assalamualaikum.

    Saya berhajat untuk penuhkan ruang laman (13’x13′ – kecik je) dgn rumput filipina. Tanah di kawasan tersebut adalah dari jenis tanah liat yg warna oren, dan penuh dgn rumput liar. Saya jangka tanah tersebut takde masalah besar, cuma rumput liar tu je. Jadi, berapa dalam nak kena korek tanah (utk digantikan dgn pasir). Pasir tu nanti akan penuhkan semula ruang tanah yg dah dibuang tu, betul?

    Berkenaan maklumat dalam artikel di atas, “Ingat untuk susun sod macam kita susun batu-bata; tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan di bawah atau atasnya.” Maksudnya, ada jarak antara sod yg digunakan? Bukan sepenuhnya menutupi ruang tanah? Kalau ada jarak, berapa jarak yg sesuai?

    Terima kasih.
    (Rozaimi)

    Like

    • mynormas said

      En Rozaimi,

      Waalaikumsalam.

      Berapa dalam nak korek bergantung kepada berapa dalam akar rumpai. Saya cadangkan 4-6 inci sahaja dah cukup. Lepas tu, bahagian bawah tu sengetkan supaya bila air mengalir melalui pasir dan terkena permukaan tanah, ia akan mengalir keluar (atau ketepi/kedepan/kebelakang). Jika tak terbuat, tanah bawah yang selebih itu, bajak-bajak kan dengan cangkul supaya air meresap ke bawah. Pun ok. Bahagian bawah bila dah tanam kalau boleh kita tak nak kacau lagi – forever. Ya, pasir akan penuhkan ruang tanah yang di buang DAN boleh tambah sikit lagi untuk membentuk muka bumi yang tuan nak. Of course lah kalau ruangan kecik hanya boleh busut sikit-sikit sahajalah; nak buat model banjaran Everest atau banjaran Titiwangsa susah lah sikit. Slope boleh membantu pengaliran air permukaan dan memberi sedikit umm… karakter kepada lanskap tuan, terutamanya jika tuan mahukan rumput mendominasi lanskap tuan lebih dari pokok.

      Lebih besar jarak di antara sod, maka lebih banyak masa yang di perlukan untuk rumput tumbuh rapat. Jika luas kawasan tuan ialah 170kaki persegi; di satu ekstreme, tuan boleh beli cukup untuk semua; iaitu 170kaki persegi di tambah 10%. Ataupun di satu ekstreme lagi, tuan boleh beli 50% (85kaki persegi) dan jarakkan sod sekaki dari satu sama lain. Tapi ingat, tanah lapang itu akan menjadi magnet untuk rumput liar sementara rumput tuan berusaha untuk bercantum. Supaya tidak terlalu keliru dan supaya tidak ada pembaca saya yang tak boleh tidur memikirkannya saya selalu kata: “Tiada formula khusus.” Berapa pun yang tuan beli, biasanya ada lebih kurang 10% yang rosak. Saya cadangkan; beli 80% dari keluasan jika budget adalah isu. Bahagian yang air mengalir (lereng busut, lereng bukit, tepi gutter bumbung, tepi porch kereta dsb) tanam rapat-rapat. Di kawasan penting (tepi rumah, tempat anak main; tuan tentukan) tanam pada jarak 3 inci dari satu sod ke sod sebelah. Dan balancenya tanam untuk cukupkan kawasan lapang di bahagian yang kurang penting (dapur, belakang rumah, luar rumah, terpulang). Di sinilah tuan akan gunakan sod yang rosak, cebis-cebis yang terkoyak dan sebagainya. Mulakan dari prioriti begitu. Kalau dah start malaspun tinggal kawasan tak penting jer nak baling-baling sod.

      Rapat atau jauh; tuan perlu susun supaya air tidak mempunyai satu garisan lurus untuk mengalir dari hujung ke hujung; jangan macam orang susun tile marmar kat lantai atau dinding rumah. Sebaliknya, susun macam orang susun batu-bata. Baris bawah akan bermula dari hujung. Baris atas yang kedua akan bermula setengah bata ke dalam; supaya bata atas melintang di atas garis sambung bata bawah. Baris ketiga akan bermula dari hujung balik; supaya bata atas melintang di atas garis sambung bata bawah dan seterusnya.

      Satu lagi cadangan; kalau buat projek sendiri, buat fasa demi fasa.

      Dah baca post saya yang bertajuk “Rekabentuk lanskap; macamana nak mula”?

      Selamat mencuba!

      Like

      • Rozaimi said

        Penerangan sangat jelas. Rasa macam nak balik rumah sekarang jugak nak mula korek tanah! 🙂

        Satu lagi, tanah tersebut sekarang dah ada pokok lain di bahagian tepi (dalam satu kaki jugak la). So, luas sebenar nanti mungkin tinggal dalam 12’x12′. Sesuai ke kalau letak batu bata sebagai sempadan antara pokok yg sedia ada dgn kawasan rumput tu nanti? Rasanya takde isu besar kot?

        Terima kasih!

        p/s dah baca post yg berkaitan tu.. 🙂

        Like

      • mynormas said

        Batu bata sebagai sempadan? Mengapa tidak? ‘Encroachment’ atau penjagaan sempadan adalah cabaran besar dalam lanskap. Menggunakan objek yang perlukan penjagaan minima (contohnya batu bata) sebagai sempadan adalah langkah bijak.

        Selamat mencuba!

        Like

  12. ainil said

    Adakah rumput cowgrass akan hidup lebih baik dengan lapisan pasir yang banyak ataupun lapisan tanah loam.
    Seperti mana yang diketahui mengikut logik tanah loam pastinya mempunyai campuran tanah dengan baja manakala pasir tidak mempunyai campuran apa-apa kecuali selepas pembajaan.

    Like

    • mynormas said

      Rumput cowgrass boleh hidup atas pasir dan/ataupun tanah loam, serta walaupun tanah loam satu inci. Keburukkan pasir (terutamanya pada peringkat awal) ialah ia tidak memegang air ataupun nutrien tetapi lama kelamaan bila satu lapisan bahan mati yang di namakan thatch wujud, ia akan boleh membantu dan kita akan perlu melakukan kerja ‘dethatching’ untuk mengurangkan thatch. Kebaikan pasir ialah ia tidak mudah mampat dan cepat mengalirkan air jadi air tidak bertakung. Keburukkan loam ialah ia memegang air yang banyak dan juga kemungkinannya; pathogen yang membawa penyakit.
      Pembajaan penting pada peringkat awal tanaman. Baja sedikit tetapi selalu. Untuk kawasan rumah, seminggu sekali untuk bulan pertama. Dua minggu sekali bulan ke dua dan ketiga, empat minggu sekali untuk bulan keempat hingga ke enam. Lepas tu setahun dua kali (termasuk sekali sebelum Raya). Gunakan baja organik segenggam (lebihkuranglah) untuk satu/dua meter persegi.

      Selamat mencuba!

      Like

  13. Latifrizal Baharein said

    A’kums sifu.

    sekarang ini saya mempunyai halaman cement lebih kurang 450 sq feet. saya berhajat untuk menanam rumput filipina. orang yg supply saya rumput itu suruh saya menggunakan pasir dan ratakan nya dia atas cement itu kerana ia lebih bagus. apakah cara yg paling bagus untuk saya menanam rumput filipina di ruang cement saya?

    Terima kasih!

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,

      Rasanya apa yang di cadangkan oleh penjual tu betul. Letak pasir atas simen lepas tu tanam atas pasir. TETAPI, tuan mesti pastikan air tak bertakung atas simen tu. Kalau tak, tuan akan dapat kolam bawah tanah dengan cepat. Maksud saya, di keliling simen tu jangan di simen (apa aku cakap ni?). Pendekkata pastikan air boleh mengalir dan tidak bertakung.
      Jika di takdirkan ruang simen tu senget lah pulak dan bukan saja air, pasir pun mengalir; saya cadangkan letak papan selang beberapa kaki untuk memegang pasir. Tebuk sikit papan dan guna bahan yang mengalirkan air tapi pasir tak tembus contohnya netting hijau, kelambu lama dan sebagainya.
      Selamat mencuba!

      Like

      • latifrizal baharein said

        perlukan khidmat en normas. ternampak rumput saya menjadi kering sekitar halaman. saya boleh email en normas photonya untuk tahu lebih lanjut. Salam

        Like

      • mynormas said

        Biasanya rumput menjadi kering ada dua sebab (saya pasti bukan masalah tidak siram). Pertama, akar rumput mati atau kedua tanah itu tidak ‘menerima’ air.
        Akar rumput mati akibat cara tanam yang tidak betul ataupun selepas baru tanam ada pergerakan yang banyak di atas permukaan tanah. Ataupun nematode ataupun serangga pemakan akar, tapi saya pasti jika ini berlaku ada tanda2 lain akan kelihatan. Tanah tidak menerima air mungkin kerana ia mampat ataupun bersifat ‘hydrophobic’. Untuk mengatasi masalah ini, lakukan penebukan sedalam seinci menggunakan benda tajam seperti paku atau garfu ataupun trowel untuk membantu air masuk.
        Malangnya, saya khuatir jika ia bukan rumput kering tetapi ia adalah penyakit. Rumput akan kering dalam kawasan yang besar (lebih dari semeter besar) tetapi jika rumput kering dalam tompok-tompok besar tapak tangan, ia adalah penyakit. Wallahuaklam.
        Nak email gambar pun boleh juga, tapi susah nak diagnose penyakit melalui gambar. Nak cuba boleh lah jugak. Email saya ada dalam laman web ni.

        Like

  14. hyrul said

    assalamualaikum….

    sy mempunyai halaman rumah yang bersaiz 20 x 70
    bercadang ingin diletakkan rumput karpet…namun begitu kawasan tersebut ada terdapat batu-batu sisa dari pembinaan,
    apakah tindakan yang perlu saya perlu mulakan?

    1. jenis rumput
    2. beli rumput atau beli biji benih sahaja
    3. kos bagi rumput karpet biasa dan tahan lasak dari musuh…

    terima kasih…

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      En hairul, soalan tuan ada terdapat dalam laman web saya, dalam topik “penyediaan tapak”, “pemilihan rumput” dan “penanaman”. Saya tidak dapat memberi kos kerana ia berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

      Sama-sama.

      Like

  15. Asni Aris said

    salam en normas saya nk tanya lah mcm mnenk dptkn rumput padang bola nie yea..ianya terdapt dimana yea..blh saya thu…

    Like

  16. nor said

    salam…saya nak bertanya mengenai masalah rumput philipine di laman rumah saya…semalam saya menabur baja rumput ( tidak pasti nama baja apa tapi warna dia putih ) …petang tadi saya perasan rumput saya mula menguning dan daunnya mengecil secara bertompok2 di bahagian yang kena baja… Saya tidak menyiram selepas membaja…mungkin itu kesilapan saya kerana masih “buta” di dalam bidang menanam rumput ini…Soalan saya adakah rumput itu akan pulih sendiri atau akan mati dan merebak ke rumput yang masih elok? Perlukah saya menanam semula bahagian yang rosak itu? terima kasih banyak2 di atas respon en normas dan saya amat menghargainya…

    Like

    • mynormas said

      Puan,

      Apa yang berlaku ialah ‘garam’ dalam baja tersebut telah ‘menarik’ air keluar dari daun melalui proses osmosis dan menyebabkan daun itu bertompok di mana baja telah mendarat. Jika puan guna baja granul atau pasir, sebaiknya di siram supaya ia turun dari daun dan turun ke tanah. Air juga akan melarutkan baja dan menyebabkan nutrien mengalir ke dalam tanah untuk di serap oleh akar. Di sebabkan oleh itu juga tidak boleh terlalu lama siram. Cukup sekadar baja turun dari daun rumput.

      Pasal tulah untuk orang di rumah saya selalu syorkan guna baja organik dan bukan baja kimia. Baja organik kita akan guna secara sedikit sebab kita tak suka ketul-ketul hitam banyak atas rumput. Lagipun baunya semerbak.

      Ia akan pulih semula puan, jangan risau. Malah silap-silap, puan akan dapati ia tumbuh terlalu cepat dan puan kena selalu memotong.

      Selamat mencuba!

      Like

  17. ferra said

    salam…tuan…saya baru sahaja tanam rumput jenis peargrass…apa kah baja yang bagus?

    Like

  18. najib said

    salam bro..saya bertugas di jb dan mempunyai rumah di seremban.jadual tugas saya 4 hari kerja dan 4 hari off.baru2 ini saya ada mengeluarkan batu2 dan kayu yang tersimpan di dalam tanah..soalannya bagaimana cara menanam rumput atau kaedah yang sesuai yang membolehkan rumput boleh tahan lama di awal penanaman jika tidak disiram selama 4 hari.Harap tuan dapat membantu..

    Like

    • mynormas said

      Rasanya harapan tuan ialah dengan menggunakan tanah dan bukan pasir sebagai medium tanaman. Tanah akan menyimpan air lebih lama berbanding dengan pasir. Tapi itu tidak menjamin boleh tahan empat hari.
      Satu lagi cara ialah dengan menggunakan automatik irrigation. Saya pernah nampak sistem penyiraman untuk rumah yang di pasang pada paip biasa. Saya tak ingat kat mana. Rasanya kat kedai hardware yang besar; mungkin ACE atau somewhere.

      Like

      • fami said

        salam bro…saya baru tanam rumput carpet.tetapi dalam masa 2 3 hari terdapat beberapa kepingan rumput yang kering..boleh tak beri jalan penyelesain..samada dalm aspek pembajaan atau penyiraman tq

        Like

      • mynormas said

        Dalam cuaca panas, memang itu masalahnya. Amalkan siram sebelum rumput perlukan air; maksud saya, siram pada waktu pagi. Cuaca paling panas di waktu tengahari jadi kalau kita siram pada waktu petang, rumput dah mati baru nak terima air. Kalau tuan atau ada sesiapa di rumah, siram sekali lagi pada waktu tengahari. Pada awal penanaman ni, menyiram banyak tak guna kerana akar rumput masih pendek: yang diperlukan ialah siram selalu. Dapat siram pagi sekali dan tengahari sekali pun ok.
        Rumput tuan MUNGKIN belum mati. Biasanya rumput akan menjadi ‘dormant’ dahulu pada waktu kemarau sebelum mati (jika kemarau berpanjangan). Jangan putus asa dulu (unless you ada warranty; Claim!), siram seperti yang saya sarankan sehingga cuaca bertukar tidak kemarau lagi.
        Selamat mencuba!

        Like

  19. Hazim Fahmi said

    Salam Mynormas…tiga bulan lepas saya ada menanam rumput carpet jenis jepun. Tetapi kini saya dapat tedapat kulat (seperti plastik hitam) pada rumput tersebut. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini

    Like

    • mynormas said

      Plastik hitam pada rumput? Pada daun rumput tersebut ataupun pada tanah di celah rumput? Saya tidak pasti tentang yang pertama tetapi saya rasa untuk yang kedua itu adalah tanda algae telah terbentuk. Ini boleh di atasi dengan melakukan pengudaraan halaman untuk membantu air masuk ke dalam tanah. Dan untuk kedua-dua kemungkinan, tuan boleh bermanafaat dengan memberi lebih banyak udara ataupun cahaya matahari masuk mengena rumput. Prune atau cantas pokok jika ada, alih pasu atau perabot buat sementara dan sebagainya.

      Like

  20. I just like the valuable info you provide for your articles. I will bookmark your blog and test once more here frequently. I am rather certain I’ll be informed many new stuff proper right here! Good luck for the following!

    Like

  21. lili said

    saya ingin menanam rumput padang di halaman rumah saya secara sprig

    persoalannya,saya tidak tahu tanah jenis apakah yang paling sesuai untuk menanan rumput dan pokok bunga,dan jiga mengharapkan rumput2 liar tidak tumbuh sekali

    Like

    • mynormas said

      Sembarang tanah yang reasonable memang sesuai untuk tanam rumput dan bunga. At least pun, pasir campur dengan topsoil (Giant ada jual, cari posting Giant kat this website). Kalau rumput liar taknak tumbuh, sprig rapat-rapat dan jaga rumput liar dari very beginning. Good luck!

      Like

  22. Mai said

    Salam Mynormas,

    Saya bercadang nak tanam rumput di halaman rumah(10’x4′). Saya baru lepas meracun lalang dan rumput liar. Sekarang sedang menunggu lalang untuk kering. Tapi bila saya buat research, menyesal pulak sebab dah racun kawasan tu. sebab racun akan menyebabkan tanah tu x subur untuk beberapa jangka masa. So apa yang saya perlu buat? Bagaimana nak suburkan balik tanah tu?

    Like

    • mynormas said

      Racun apa yang cik/tuan guna? Saya rasa tentunya Roundup ataupun lain-lain glyphosate, kerana setahu saya racun ini sahaja yang di jual di kedai hardware untuk orang awam. Racun ini akan terurai bila terkena tanah jadi tak perlu bimbang. Saya tak boleh bayang racun yang akan menyebabkan tanah tak subur sebab kebanyakkan racun di gunakan di ladang dan di kebun secara meluas. Macamana pun, jumlah hujan yang kita hadapi akan melarutkan atau melupuskan racun dari tanah. Tapi jika nak senangkan hati, bajak saja tanah tu dan biarkan beberapa hari.

      Like

      • maismail said

        Ohh mcm tu..saya tak ingat racun jenis ape tapi yang pasti bukan Roundup dan racun tersebut secara spesifik dilabelkan untuk lalang. So berapa lama saya perlu tunggu untuk racun tersebut terurai sebelum meneruskan proses menanam rumput?

        Like

      • mynormas said

        Saya hampir pasti ia adalah glyphosate iaitu bahan aktif yang sama dengan Roundup. Ini saja yang di jual di kedai hardware untuk orang awam. Ia akan terurai hampir serta-merta. Dulu kami di ajar untuk tidak menggunakan air lopak untuk membancuh racun jenis ini kerana tanah dalam air lopak akan menguraikan racun dalam tangki! Kami akan mengheret tangki air besar ke tengah ladang untuk membancuh racun.

        Like

      • maismail said

        Kalau begitu, fahamlah saya. Terima kasih MyNormas kerana membantu. Saya akan rujuk lagi blog ini untuk kaedah penanaman rumput pula. Blog yang sangat bagus!

        Like

      • maismail said

        Salam MyNormas,

        Saya dah tanam pearlgrass lebih kurang 3 hari lepas. Macam yang dicadangkan dalam artikel dan komen tuan, siram 2x sehari dan baja organik. Ade apa2 tips lain untuk rumput kelihatan segar dan cuns? 😀

        Like

      • mynormas said

        Siram 2x sehari tu hanya pada permulaan sahaja. Jangan di manjakan rumput anda dengan air, nanti akar dia pendek kerana dah banyak air di permukaan so dia tak payah tumbuh akar panjang. Gunakan baja organik. Baja sikit tapi selalu. Jangan potong guna mesin galas belakang. Guna mesin yang boleh di kawal ketinggian nya. Potong hanya satu pertiga dari daun rumput.
        Selamat mencuba!

        Like

      • maismail said

        Salam Mynormas,

        Saya dah seminggu tanam rumput jenis pearlgrass. So far ok. Cuma ada bahagian2 yang rumput tu kecut. Mungkin boleh recover nanti kot. Ada apa2 tips selain siram 2x sehari dan baja untuk rumput nampak sihat?

        Possible or not jika kita tanam jenis rumput yang berbeza pada satu kawasan? Jika ya bagaimana untuk menguruskannya supaya border tidak bercampur di kemudian hari?

        Like

      • mynormas said

        Siram 2x sehari dan baja ni hanya pada permulaan sahaja. Eh… kenapa rasa macam deja vu? Rasa macam baru lagi jawab soalan yang sama kejap tadi…

        Skip to soalan kedua: ya, possible but kerja paling susah ialah nak jaga sempadan. Ada rumput yang macam Israel; bagi tiga inci dia ambik tiga kaki. Lepas tu bila dah ambik tak akan pulangkan balik tanah tu. Oleh kerana rumput mempunyai akar yang tumbuh menjalar di bawah tanah yang di panggil rhizom, maka pemotongan perlu di lakukan hingga se inci ke bawah tanah. Gunakan alat yang tajam contohnya yang di gunakan oleh tukang cat untuk kikir cat lama tu. Cucuk sebulan sekali. Ataupun, lebih mudah lagi; gunakan benda fizikal untuk menentukan sempadan contohnya batu pantai, batu bata, dan sebagainya.
        Selamat mencuba!

        Like

    • maismail said

      Hahaha memang dejavu LoL..sebelum soalan kedua tu memang saya ada post soalan tapi tak keluar. Saya pun post soalan kedua. Tetibe yg 1st dia keluar. Thanks pada Mynormas sebab jawab soalan “bocor” utk dua2 sekali hihihi..

      Bila baca sekali imbas saya ingat ada rumput jenis Israel tapi baca kali kedua baru paham hahaha.. Analogi yang menarik 🙂

      Like

  23. wan said

    akm…
    apa kan jadi jika rumput filipina kena cahaya matahari 5 jam saja…

    Like

  24. Muzafar said

    Salam Mynormas, saya mempunyai masalah rumput liar jenis menjalar, berakar tunjang dan daun bulat kecil (tak tahu nama scientific) tumbuh di atas rumput sediada (rumput philipine).apa perlu saya lakukan?racun?tanam semula?Dan bagaimana saya nak buat rumput itu menjadi hijau semula? Harap dapat membantu.

    Like

    • mynormas said

      Hmm… rumput jenis daun lebar atau broadleaved ni sangat berbeza dari rumput dan sebenarnya mempunyai racun yang boleh digunakan khusus untuknya tanpa memberi kesan kepada rumput philippine. Kalau di padang golf kami guna jenama ‘Almix’ atau ‘Ally’. Ia tumbuhan dikotiledon berbanding dengan rumput yang monokot (ha! ingat tak biologi?). Hari tu, saya di Ace Hardware store saya rasa ada ternampak racun selektif untuk rumput broadleaf ni tapi sekarang tak ingat nama dia. In any case, oleh kerana dia mempunyai akar tunjang, ia sebenarnya lebih mudah di cabut (cuma lecehnya ia kecil). Camanapun, sebelum tuan buat apa2; saya nak tanya sikit: adakah laman tuan itu di tumbuhi rumput philippines tuan kurus dan panjang? Jika ya maka masalah tuan ialah kurang cahaya matahari. Rumpai berdaun lebar boleh tumbuh kerana ia mempunyai luas permukaan daun yang lebih besar (berbanding dengan saiz tumbuhan) yang memaksimakan sedikit cahaya matahari yang ada itu.

      Like

      • Muzafar said

        Rumput saya tidak panjang,sekitar 2 – 3 cm cuma warnanya tak berapa hijau. Ada baja untuk bagi rumput itu sihat dan lebat semula? Berkenaan dengan rumput liar,dari pemerhatian saya,rumput tersebut mempunyai akar tunjang keras,menjalar dan diameter daunnya sekitar 5mm. Saya ada merumpai secara manual dengan mencabut sekali akar tetapi dlm masa beberapa hari ia muncul semula. Harap tuan dapat membantu

        Like

      • mynormas said

        Daun 5mm? Mempunyai akar tunjang? Ada kemungkinan ia adalah dari kategori rumpai berdaun lebar. Di campurkan dengan maklumat rumput tuan tidak berapa hijau, saya mengagak laman tuan berada di kawasan yang tidak cukup matahari, samada kerana lindungan ataupun kerana faktor cuaca ketika ini di kawasan tuan. Rumput karpet atau rumput Philippine memerlukan 6 – 8 jam sehari cahaya matahari, jika ia tidak mendapat banyak itu, ia akan menjadi halus dan hijau cair kerana tidak cukup klorofil. Cuba tuan perhatikan, betul atau tidak agakkan saya? Kalau betul mungkin tuan kena tukar rumput.

        Like

  25. Muzafar said

    Terima kasih,nampaknya kena simpan bajet pulak la utk rumput baru 🙂

    Like

  26. Nizam said

    Salam, dimana saya boleh menyewa roller yg kecil untuk saya ratakan rumput?untuk makluman saya tinggal dikuala lumpur

    Like

    • mynormas said

      Maaf, saya tak tahu pulak. Tuan boleh cuba tanya kontraktor buat jalan atau tanah yang ada vibrating compactor – memang saya pun gunakan yang jenis itu untuk rumput di padang golf.

      Like

  27. Hana said

    Salam. Saya menanam rumput pearlgrass. Pada 2-3 bulan pertama rumput itu memang menghijau dan subur, cantik walaupun tidak disiram sekerap yang sepatutnya. Tapi sekarang saya dapati ada sebahagian tompok yang kelihatan kering dan mati dan ada sebahagian yang kelihatan tumbuh lebih panjang dari yg lain. Pada mulanya saya fikir ia kekurangan baja lalu saya bajakan dengan baja yg berwarna hijau tapi seolah tiada perubahan. Bahagian tompok itu tetap terus layu dan kering. Sekarang rumput saya kelihatan tak sekata. Harap dapat membantu. Terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam. Agak susah nak diagnose begini. Ada dua sebab utama kenapa rumput mati begitu: 1. kering; puan boleh pastikan dengan melihat daun, adakah ia berkerikot mati akibat air keluar dari tisu? 2. Penyakit; puan lihat pada rumput di sebelah tompokan tu, adakah ia menunjukkan simptom seperti bintik2 ataupun garis2?
      Apapun, saya cadangkan puan buang rumput yang mati tu dan letak pasir. Jika kawasan itu lebih besar dri tapak tangan, puan kena tanam lain. Samada puan beli baru ataupun puan ‘curi’ dari kawasan yang lebih bernasib baik sebesar separuh tapak tangan dan tanam di kawasan kosong tadi. Jangan guna baja kimia. Guna baja organik. Baja kimia mengandungi bahan yang boleh ‘membakar’ daun jika salah aplikasi. Guna baja organik, baja sikit tapi selalu.

      Like

  28. syahmi said

    salam,saya sangat berminat untuk menanam rumput,saya ada membaca sedikit panduan di atas dan masalah2 yg dihadapi oleh kebykan org yg cuba menanam rumput karpet… kawasan rumah saya agak besar,cuma masalah nya sekarang rumah saya penuh dgn lalang,adakah saya perlu meracun?dan klau kna racun,brapa lama perlu tunggu utk memulakan proses menanam rumput tersebut,atau encik ada kaedah lain yg lebih mudah dan efektif.. mohon dapt memberi pendapat,terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Salam. Meracun pun bagus. Biarkan 7 hari dah cukup.
      Satu cara lagi ialah dengan membajak tanah supaya akar lalang tu terdedah pada matahari. Tapi ini sesuai hanya pada musim panas.
      Satu lagi cara ialah dengan membuang 6 inci tanah sekarang dan gantikan dengan pasir baru. Ini mahal sikit but pasir baru jarang ada benih rumpai. Mintak pada supplier pasir belah bawah timbunan. Belah atas dah terima benih di terbangkan oleh angin. Atau beli pasir satu timbun dan tutup dengan plastik tarpaulin. Biar 14 hari baru guna.
      Selamat Mencuba!

      Like

      • syahmi said

        terima kasih utk info yg berguna,jadi perkara yg pertama saya perlu lakukan yg paling mudah adalah meracun? saya ingat mmg nak korek tanah utk dibuang ,tapi secara berperingkat sebab tk mampu nak lakukan secara keseluruhan…selepas buang tanah tk perlu ganti kan dgn tanah lain? hanya pasir halus? market price utk pasir halus dalam berapa ya?tabur untuk tutup sahaja atau kena tebal sedikit?Sory sbb byk bertanya sebab tk pandai langsung dalam perkara nih,tkut nanti tersalah buat rasa rugi lak.. tq.

        Like

      • mynormas said

        Racun tu optional. Sebab saya tak recommend org biasa guna racun.
        Tanya contractor rumput tentang pasir coz ia bergantung pd quantity and distance. But yes, letak sebagai ganti tanah yg telah di buang. Iaitu 6 inci jugak.
        Buat berperingkat is good idea. Tapi sangat penting ialah to define sempadan peringkat.

        Like

      • syahmi said

        tadi baru selesai 1/10 buang tanah.. (sikit betul.. hahaha)…. ok,lpas ni apa harus saya buat? racun dulu atau trus letak pasir halus? baja trus letak skali dgn pasir atau tunggu waktu nak tanam rumput.? terima kasih. 🙂

        Like

      • mynormas said

        Letak pasir. Tak payah racun lagi. Tanam rumput. Lepas tu baja.

        Like

    • syahmi said

      ok,terima kasih banyak2.

      Like

  29. fazli mustafa said

    Saya cari mesin turf cutter..untuk sewa..rumput lama nak pakai balik..

    Like

  30. fazli mustafa said

    Oh ok..saya nak focus pada landscaping je..rumput cantik nak dpt di mana..cow grass, pearl grass, Philippines grass.

    Like

  31. Nizam said

    Salam tuan admin. Saya telah mengupah kontraktor untuk menanam rumput di rumah saya. Daripada penerangan tuan, saya pasti dia gunakan kaedah SOD. Masalahnya kepingan rumput ini tidak ditanam rapat seperti yg saya lihat dalam tulisan tuan. Dan semasa proses pembuangan top soil asal, dia telah tinggalkan akar-akar rumput lama. Alasannya ialah akar rumput lama daripada spesis yang sama dengan rumput baru. Dengan ini proses ‘mengikat’ menjadi lebih cepat. Saya pon tak faham apa maksud ‘mengikat’ tu. Sekarang sudah 3 minggu berlalu. Dan saya siram rumput baru mengikut cadangan kontraktor ini. Hari ni saya nampak rumput lama telah tumbuh di celah-celah rumput baru dan berlainan warna iaitu lebih hijau daripada rumput baru dan lebih tebal! Apa yang perlu saya buat? Mohon nasihat daripada tuan admin. Terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam tuan,
      Mungkin dia maksud kan ‘mengikat’ tu sebagai sod tu tidak boleh tercabut?
      Saya tiada di situ jadi saya tak boleh kata rumput lama sama dengan rumput baru atau tidak. Tapi kalau memang ia akan tak sama dari segi warna dan bentuk kerana baka berbeza tapi lama kelamaan ia akan bertambah serupa kerana satu akan ‘take over’ satu lagi secara perlahan lahan. Saya cadangkan tuan refer pada kontraktor tu lagi utk pembajaan pulak.

      Like

  32. Nizam said

    Kalau tanah yang telah ditanam rumput baru berlekuk-lekuk, bolehkah kita tambah pasir untuk meratakannya? Saya tanam rumput jenis philipine. Rumput asal pon jenis philipine tetapi tidak dijaga dengan betul menjadikan rumput lama keras, tajam tegak ke atas dan meliar. Kontraktor ni kata rumput lama tidak perlu dibuang sepenuhnya. Perlu tinggalkan akar. Saya lebih cenderung dengan penerangan tuan admin iaitu buang sebersih-bersihnya dan tanam baru. Saya akan letak baja seperti yg tuan cadangkan memandangkan kontraktor ini memberi masalah kepada saya. Dtang ikut suka hati, rumput di biar tidak ditanam sampai 4hari, rumput lama dan rumput liar tidak dibuang dengan betul dan macam-macam masalah lagi. Jadi, kalau saya boleh pusing masa semula, elok saya buat sendiri.

    Like

    • mynormas said

      Yg lekuk lekuk tu boleh di tabur pasir. Jika ada rumput, pastikan rumput tidak lemas oleh pasir.
      Yg lain lain tu saya cadangkan tuan focus buat kawasan yg ‘penting’ seperti depan rumah atau depan porch, yg tepi rumah, kat dapur atau luar pagar, jika tuan sempat tuan buat, jika dia datang suruh dia buat.

      Like

  33. Abu Bakar said

    Saya berminat nak tanam rumput karpet. Laman saya diratakan dengan pasir saja lebeh kurang 2″ tebal. Boleh dak saya terus tanam rumput tu diatas pasir tersebut.

    Like

  34. Bee said

    salam tuan,

    halaman rumah saya agak besar (16’x16′) dan selalu terdedah dengan cahaya matahari yang terik (direct sun) dan tanah agak kering.

    jadi ada beberapa soalan ingin saya bertanya :

    1. rumput apa yang sesuai bagi halaman rumah saya. (senang untuk diselenggara). kami bercadang nak tanam carpet grass, adakah ianya sesuai?
    2. perlu atau tidak perlu saya ratakan tanah terlebiih dahulu sebelum menanam rumput?
    3. adakah perlu saya meletak pasir sebelum menaman rumput tersebut?

    terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam puan,

      1. Rumput yang senang di selenggara ialah Cowgrass. Carpet grass perlukan 8 jam matahari sehari. Kalau tak, ia akan tumbuh panjang dan kurus. Carpet grass perlu dipotong seminggu sekali.
      2. Tidak.
      3. Tidak perlu tetapi di galakkan kerana lebih mudah di ratakan dan lebih mudah saliran (drainage)

      Sama sama.

      Like

  35. shaiful said

    rumah saya baru siap dibina…laman serta sekeliling rumah telah diratakan dengan batu bukit ( batu hancur) apakah teknik dan langkah2 yg betul untuk saya tanam rumput (jenis sod)?

    Like

  36. adham said

    maaf, tuan.saya ada soalan. saya tanam rumput mutiara. tapi, rumput ni lambat sangat nak tumbuh, dah setahun saya tanam. saya pakai baja 8.8.8. . yg berlaku, rumput ni mula2 hijau lepas tu terus kuning. maksud saya yg lama jadi kuning, yg baru, warna hijau. jadi, rumput ni bercapuk-capuk. tak macam cowgrass, semua akan hijau. saya siram pagi sekali tgh sekali. baru2 ni saya cuba pulak pakai baja tahi ayam , manalah tahu kalo subur. saya terbaca satu blog menyatakan rumput mutiara ni tak tahan panas, kena tempat redup shj.minta tolong ye.

    Like

    • mynormas said

      Rumput mutiara ni manja sikit. Terlebih matahari pun dia hijau, terlebih air pun dia hijau. Tapi memang dia paling sesuai di tempat redup. Saya sebenarnya tak pernah tanam dia di tempat panas. Teruskan dengan 8:8:8 is the best. Sebulan sekali buat masa ini.

      Like

  37. rosnita said

    ada jual tak rumput yg tumbuh di tembok konkrit kat malaysia ni…

    Like

  38. sulaiman mahbob said

    Saya cadang nak tanam rumput jenis filipina kawasan seluaas 500 kps .. jenis tanah liat bila hujan menjadi lembut dan bila kering jadi keras… adakah perlu saya tambak tanah lain atau tabur selapis pasir dan terus tanam rumput. Mohon penjelasan … terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Tuan, bunyinya macam tanah tuan adalah tanah liat ataupun tanah yang mempunyai struktur tanah yang halus. Rumput akan sukar untuk tumbuh di atasnya. Saya cadangkan tuan bentukkan (shape) tanah tuan supaya air boleh mengalir keluar; ataupun tuan buat saliran subsoil dahulu. Lepas tu tambah dengan tanah lain ataupun pasir. Pasir ni saya galakkan kerana ia lebih mudah di ratakan sebelum tanam rumput dan juga air senang tembus pasir ni, dan akan kena pada lapisan tanah bawah lepas tu mengalir keluar ataupun masuk ke dalam saliran subsoil.
      Selamat Mencuba!

      Like

  39. neopd said

    Saya ada persoalan,tuan..saya ingin menanam rumput di lereng tapak rumah yg bersudut 60deg ketinggian 16′, bersaiz 120×80 dgn cara sod. Masalah saya:
    -tanah itu jenis tanah yg liat yg berstruktur halus menyebabkan apabila rumput ditanam akan ada aliran air kalau disiram berlebihan/hujan lebat! Apa cara tanaman yg sesuai?
    -saya merancang menanam rumput mutiara di lereng itu,adakah sesuai? sebab kalau di tanam cowgrass saya mungkin tidak mampu maintain rumput dengan lereng ketinggian tersebut. Tuan ada cadangan lain?

    Like

    • mynormas said

      Tuan,
      Saya rasa tuan kena settle kan masalah aliran air juga. Pearl grass mungkin kurang sesuai kerana ia tak tahan panas dan lembab. Akarnya pun pendek. MUNGKIN cowgrass lebih baik tetapi ia juga mempunyai akar pendek, but still, better than Pearl.
      Tuan ada choice utk 1. buat teres 2. Tanam guna sod dan ‘paku’ kan ke dalam tanah liat dan 3. Hydro seeding; benih atau stolon rumput akan di gaul dengan sejenis gam khas yg di sembur ke lereng bukit. Gam itu akan degrade perlahan lahan dan yg tinggal hanya lah rumput. Hanya carpet grass atau rumput kasar saja boleh di buat cara ini.
      Selamat Mencuba!

      Like

  40. mohd yunus said

    Mencari kontraktor rumput utk lereng bukit

    Like

  41. firdaus said

    salam,saya tanam rumput philipine,soalanya andaikata rumput tersebut tak kene matahari apa akan berlaku

    Like

    • mynormas said

      Salam.
      Dia akan tumbuh panjang, kurus dan jarang2. Makin potong, makin botak. Sementara itu, lumut dan rumput liar makin banyak.

      Like

      • neeza said

        Salam, jika berlaku seperti diatas. Apakah cara nak atasinya? Ini kerana saya ada tanam rumput dikwsan yg kebanyakan dpt cahaya matahari plng kurang 5jam, bila rumput pjg cantik warna hijau tp bila dimesin ada bhagn warna hijau ada bhgn warna kuning yg warna kuning jika dilihat dr atas ada nmpk kawasan2 warna hitam pada dasarnya. Potong rumput sebulan sekali. Bila kite jln atas rumput yg belum di mesin kaki tenggelam (macam tak padat).

        Like

      • mynormas said

        Salam, pertama sekali ialah Pemotongan sebulan sekali itu menyebabkan kita potong lebih dari satu pertiga rumput, bukan lagi potong daun tapi potong batang.
        Jika mahu rumput cantik, potong seminggu sekali. Insya Allah.

        Like

  42. imans said

    Saya dah tanam rumput filipina sejak sebulan lalu…. skarang ni terdapat beberapa keping rumput telah menjadi jarang dan kering…. perkara ni berlaku seminggu selepas saya tabur baja … adakah rumput itu mati dan perlu ganti dgn rumput baru atupun biarkan dan kerapkan siram air hingga ianya tumbuh balik jadi hijau…..

    Like

    • mynormas said

      Kalau yg kering tu sekeping sekeping, tu biasanya dah mati. Takde kaitan dengan baja. Mungkin kait dengan tanah bawah nya atau kesihatan rumput dari nursery. Tuan/puan boleh cuba tunggu dan lihat dalam seminggu. Jika ia tidak kembali hijau, ia dah mati.

      Like

  43. imans said

    Terima kasih… nampaknya bebeapa keping rumput dah mulai kering dan warna kuning.. dah melarat sedang ke rumput lain … camne nak tahu kaitannya dgn tanah. Bhg kawasan luar saya tanam tumguh dengan sihat dan hijau sedangkan tanahnya serupa jenis tanah liat. Apa perlu saya buat… saya bimbang ianya melarat keseluruhan rumput yg ditanam..dan melibatkan kerugian beratus ringgit. Sebelum tanam saya ratakan tanah dan buat aliran air kemudian letak pasir halus..

    Like

  44. ana said

    saya berminat tnm sendiri rumput cow grass cara sod utk laman saya seluas 5000 kp..masaalahnya ia jenis tanah liat .sekarang di tumbuhi lalang dan rumput liar.fahaman saya kena bajak dulu,kemudian meracun…korek tanah…taruk batu kerikil… ,kemudian pasir dan top soil lebih kurang 6 in…tabur baja organic dan taman rumput mcm susun batu bata.betul kan.?tapi saya tak faham tentang saliran sub soil itu.boleh tuan terangkan..

    Like

    • mynormas said

      Cik ana,

      I think you are on the right track. Sikit saja komen saya: Saya cadangkan racun, biar seminggu; bajak, biar seminggu dan racun lagi. Korek dan buang tu, untuk mendapat ketinggian yang cik mahu nanti. Mungkin buang 6 inci sahaja? Lepas tu bentuk kan tanah bawah supaya air mengalir ke tempat yang cik mahu ia pergi. Contohnya terus ke luar halaman: jadi tanah tu akan senget supaya air mengalir ke luar halaman. Atau cik Ana ada buat sump (tempat kumpul air) maka tanah tu akan mengumpul air ke sump tersebut. Lepas tu, padatkan tanah tersebut guna roller kecil atau belakang cangkul ataupun pijak pijak. Lepas tu taruk batu kerikil selapis. Kemudian pasir. Pasir cik Ana boleh letak rata walaumacamanapun senget tanah kat bawah. Topsoil adalah optional. Tak letak pun tak apa kalau cik tanam guna sod.

      Teorinya ialah air hujan akan masuk tembus lapisan pasir dan batu kerikil lepas tu akan mengalir atas tanah padat tadi hingga ke luar laman atau sump (jika berkenaan).

      Ok. Subsoil ialah longkang bawah tanah. Kita ambil tanah bawah cik Ana tadi yang telah di padatkan (kita panggil ia ‘basement’). Kita akan buat longkang pulak di tanah tersebut. Berapa dalam longkang itu bergantung kepada berapa jauh kita nak ‘tarik’ air, sebab longkang itu mesti mempunyai ‘jatuhan’ lebihkurang 2%. Ertinya kalau longkang kita panjangnya 100 kaki, hujung keluar (hilir) mesti berada 2 kaki di bawah hujung mula (hulu). Kalau 50 kaki: 1 kaki. Kalau 25 kaki: 6 inci dan sebagainya. Paling mudah, longkang tu di tutup dengan kerikil sahaja sampai ia sama level dengan tanah basement tadi. Lebih canggih, kita akan letak paip yang berlubang lubang supaya air akan masuk kedalam paip dan mengalir keluar. Berapa besar paip, akan ikut besar longkang.

      Lebih kurang macam tu lah.

      Like

  45. azlan said

    SALAM.SAYA CADANG NAK TANAM RUMPUT MUTIARA DI HALAMAN RUMAH.KERJA2 MERACUN DAN MEMBERSIHKAN HALAMAN SUDAH SELESAI.SAYA NAK TANAM SECARA RAPAT2.
    1.CARA SUSUNAN RUMPUT
    2.KEKERAPAN MENYIRAM
    3.TEKNIK MEMBAJA
    4.JENIS RACUN RUMPUT LIAR LEPAS TANAM
    5.PENYELENGARAAN.
    MOHON TUAN DAPAT JELASKAN PERKARA DI ATAS…INILAH KALI PERTAMA USAHA SAYA UTK TANAM RUMPUT…DAN JIKA ADA TIPS2 YANG BERKAITAN BOLEH DIKONGSI..
    TERIMA KASIH.

    Like

  46. Pn.Lara said

    Salam, 2 bulan lalu saya telah menanam rumput jenis philipine, alhamdulillah tumbuh dengan subur dan menghijau. Namun pada 2 minggu lalu saya ada menyembur racun lalang di kawasan bdekatan kawasan tanaman rumput (bersebelahan kaw tanaman rumput) dan sehari dua ini saya dapati tanaman rumput saya telah banyak.yg kekuningan dan.ada.yg telah mati. Adakah ini disebabkan kesan dari racun lalang tersebut? Bagaimana utk.saya memulihkan tanaman.rumput saya?

    Terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam, saya mengandai kan puan menggunakan racun jenis systemic seperti Roundup ataupun lain2 glyphosate.
      Racun ini akan di serap ke dalam badan rumput dan ambil masa beberapa hari utk mati. Yg mati tu tidak dapat pulih. Buang ia dan tabur pasir supaya rumput keliling boleh mengganti tempat (dengan syarat kawasan botak itu tidak lebih besar dari tapak tangan). Insya Allah.

      Like

  47. madehi said

    Boleh tak saya gunakan tanah hitam je yang telah dibuang kayu dan akar (halus beli kat nurseri) untuk dibuat lapisan sebelum penanaman rumput mutiara selain dari penggunaan pasir.

    Like

  48. Yana said

    Salam.
    Saya bercadang nak tanam rumput kat laman rumah. Tapi masalahnya tanak halaman saya berbatu-batu. Batu jenis batu kawi hitam dan agak besar. Boleh bagi cadangan macam mana nak uruskan tanah berbatu tu?

    Like

    • mynormas said

      Salam.
      Buang yg paling besar. Kalau masalah puan ialah takde tempat nak buang: di satu sudut laman puan, korek lubang besar dan dalam. Tanah akan di gunakan oleh itu kumpul dengan molek. Lepas tu batu di roll atau campak ke dalam lubang tu. Kambus balik dengan tanah tadi, balance tanah kambus atas batu kecik yg tak terdaya nak buang tadi. Rasanya mungkin tak cukup jadi puan kena beli pasir tambahan cukup utk tabur atas laman puan se dalam yg perlu utk tutup batu.
      Kemudian tanam rumput atasnya.

      Pendapat saya, puan perlu 6 inci pasir.

      Selamat Mencuba!

      Like

      • Yana said

        Terima kasih atas idea yg bernas. Kalau lepas saya clearkan batu2 tu, perlu tak saya tambah tanah before letak pasir? Kalau letak pasir terus atas tanah berbatu pastu tanam rumput boleh tak? Rumput jenis apa yg sesuai untuk tanah mcm rumah saya tu erk?
        Tq. Sori, byk bertanya. Saya budak baru belajar…..

        Like

      • mynormas said

        Tanah adalah optional.

        Saya cadangkan guna Cowgrass sahaja dan potong dengan mesin yg ada tayar. Jangan guna mesin galas belakang bertali nylon.

        Selamat Mencuba!

        Like

  49. airil said

    salam..sy ingin brtanya kn..kalau rumput philippine dan rumput mutiara..boleh ke ditanam secara berselang seli?..perlu kan divider ke?atau boleh tnpa divider tp prlu rjin mnjage akar nye supaya xmsuk kwsn org len..

    Like

  50. airil said

    salam..tuan..ada sedikit pertanyaan..sy bru memulakn pnanaman rumput di laman rumah..jenis mutiara dan p.grass..brmula step..
    1.ratakan tanah dan buang batu2 besar
    2. meracun rumpai (di biar selama 7 hari)
    3. rata kn pasir
    4. penanaman rumput secara sprig yg di beli di nursery..
    5. siram air 3x sehari..pagi,t/ari dan petang
    pertanyaan sy..pada waktu bila paling sesuai di tabur baja?adakah pagi @ petang?..dan pd hari ke berapa prlu dibajakn?..baja yg sy tlh dapat kn di kdai sperti yg di syok kn tuan kedai adalh bja kimia 15-15-15…perlu ke baja ini dilarutkn dulu dlm air dan bru siram air rendam tersebut?utk pengetahuan tuan..sy tlh tanam rumput ni bru 5 hari..tq

    Like

    • mynormas said

      Kalau cuaca tempat tuan panas terik, baja petang.
      15:15:15? Boleh saya tahu page mana tak? Tu untuk orang padang. Orang rumah biasanya saya suruh guna organic. Tapi takper, baja sikit tapi selalu. Satu genggam utk lebihkurang 4 meter persegi seminggu sekali selama sebulan. Lepas tu boleh jarak sebulan sekali. Guna glove kalau tangan tak tahan. Baja lepas seminggu tanam iaitu lepas dia dah ‘mati hidup balik’.
      Selamat Mencuba!

      Like

      • airil said

        a’ah..cuaca tgh pnas terik skrg di kwsn rumh sy tuan…baja 15:15:15 tu klu xsilp jnis DAP tu..sy xpsti sgt sbb mulanya mmg nk bli baja organik sprti saranan tuan..tp tuan kedai suh abik baja jnis ni utk pertumbuhan rumput cepat.dia pack kn dlm plstik sndri..kte ikt je ap pakar ckp..hehee okey..sok sy akn cuba baja dlu..trima kaseh ats pndangn tuan..

        Like

      • mynormas said

        Bukan DAP tu. DiAmmonium Phosphate is 18:46:0. Ini kita panggil NPK Green.
        Just make sure siram elok2 baja tu sebab ia mudah bakar. Kalau bakar jangan panik; rumput tak mati; cuma terbakar daun akibat kandungan garam yang tinggi. At the same time; jangan over siram sebab baja akan lari (hanyut) atau larutlesap (leach). Maximum is 20 minit.

        Like

  51. Naza said

    terima kasih atas maklumat yang diberikan dalam blog tuan ini. untuk maklumat tuan saya ada mempunyai kawasan lapang untuk tanaman rumput saya gak pening untuk mencari sama ada rumput asli atau tiruan?bagi pendapat tuan yang manakah lebih bagus? jika asli pula jenis apa yang senang kita nak jaga..filipina atau jepun atau sebagainya?..kawasan saya mempunyai tanah batu dan telah dilapik dengan tanah merah serta akan dilapik sekali lagi dengan pasir halus…adakah sebelum dlapik kita kena meracunkan dahlulu tanah tersebut?

    Like

    • mynormas said

      Tuan. Kalau ada rumput liar walau sikit pun, saya cadangkan tuan racun, lepas tu tutup dengan pasir, lepas tu tanam. Kalau belum sedia, biar dulu.
      Tentang pilihan rumput, bergantung kepada 3K, Kegunaan, Keadaan dan Kemampuan. Tuan boleh baca di blog ini maybe bawah tajuk Rumput Apa.
      Kalau matahari bukan 8 jam sehari, lupakan rumput Jepun atau Philippine atau Carpet grass. Cowgrass perlu 4 hingga 6 jam sehari. Pearl grass terlalu manja tak sesuai utk kawasan besar.
      Selamat Mencuba!

      Like

  52. Naza said

    terima kasih kerana memberikanserba sedikit maklumat tentang rumput dari pihak tuan. Jika bagi pandangan tuan ok ke jik rumput mutiara saya gunakan.

    Like

  53. naza said

    bagi pendapat tuan ok ke rumput mutiara?
    tuan ada no tel ke utk saya berikan gambar rumah saya untuk menyenangkan tuan berikan pendapat..

    Like

    • mynormas said

      Ok. Cuma tak lasak utk kawasan permainan.

      Like

      • mohd najmi said

        assalamualaikum..nak tanya pada tuan..saye ade tanam rumput filipina..tp selepas seminggu rumput jadi coklat..mula-mula sikit je..tp pastu merebak jd byk..Kawasan tu kire kwsn lapang…kenape ye? boleh tolong?

        Like

      • mynormas said

        Waalaikumsalam. Saya tak pasti tuan, tapi bunyinya macam penyakit: sebab penyakit merebak. Mungkin datang dari air bertakung atau kawasan tersebut lembab.

        Like

  54. Mrs E said

    bagaimana hendak menanam rumput jarak-jarak siap dengan topsoil?

    Like

    • mynormas said

      Letak selapis topsoil dulu, kemudian tanam dengan jarak jarak hampir macam papan dam (yang hitam itu rumput yang merah itu kosong) lepas tu balance topsoil tabur di tempat kosong supaya ia rata. Ataupun kurangkan ruang kosong tu. Tanam macam orang pasang batu bata tapi di antara batu bata tu ‘simen’ dia ialah topsoil dan jarak dalam 4 – 6 inci. Itu namanya tanam cara sod.

      Like

  55. blackhat assasin said

    Assalamualaikum Mynormas.. nak tanya.. saya bekerja di sebuah company nursery yang menanam rumput manila dan rumput cow.
    permasalahannya adalah kebanyakan rumput manila yang kami baru tanam secara sod bewarna kekuningan2.

    Semasa rumput yang kiteorang order sampai , kami gemburkan tanah dan letakkan cirp( baja pengakar) di atas tanah yang kami akan letak sod rumput tersebut,. Kemudian kami akan basahkan tanah tersebut then letak sod rumput tersebut.
    adakah cara ni betul?

    & boleh ke rumput yg kteorang order tu diorang hantar ukurannya 1×1 sqft kteorang kerat 4 then tanam.

    baja yang kteorang pakai 100g urea, 50 g yellow fertilizer untuk 1 knapsack. 1 knapsack tu dalam 13 liter la.. adakah betul kiraan baja ni??

    & sekarang ni rumput ada yang kekuningan sedikit.. adakah ia mati?

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      Cara tanam yg pertama tu betul.
      Cara tanam boleh di terima.
      Saya tak tahu yellow fertiliser tu apa, tapi ada kemungkinan urea menyebabkan kekuningan kerana ia adalah sejenis garam yg mengeluarkan air dari dalam daun rumput. Rumput biasa tak mati, rumput baru tanam… tunggu dan lihat dalam seminggu dua.

      Like

  56. Saya ingin mencari peekhidmatan meracun rumput seluas 2000kaki persegi..call saya di talian 0165388864…nadzir.

    Tk.

    Like

  57. Nidzam said

    Salam…cfu
    Di mana boleh saya sewa mesin sod cutter ni..
    Kawasan selangor.

    Nidzam 0178872417
    Tq

    Like

  58. Salam.

    Rumput pearl grass kami kebarangkalian sudah kering kerana 3 hari tidak siram kerana pulang ke kampung. Kami baru tanam dalam seminggu. Sekarang cuaca agak panas terik. Adakah ia akan terus mati walau sudah disiram banyak kali or boleh dipulihkan dengan menutup permukaan rumput supaya redup & tidak kering or bagaimana?Minta pencerahan.

    Like

    • mynormas said

      Salam,
      Oleh kerana baru tanam seminggu, akarnya pendek iaitu sependek sod itu sahaja. Dan ia juga mengalami ‘transplanting shock’ kerana baru di pindahkan dari tempat asal. Saya rasa ia terus mati. Puan lihat dalam seminggu lagi. Jangan over siram. Siram pagi sekali dan jika panas terik tengahari sekali lagi. Menutup permukaan rumput akan menghalang cahaya matahari yang di perlukan utk fotosintesis.
      Kalau dalam seminggu ia tidak tumbuh, maka nampaknya tiada harapan, maaf…

      Like

  59. roy said

    boleh sapa-sapa tlng bg contct kontraktor yg menyediakan khidmat tanam rumput dekat sloop x,kalo ada tlng komen yee..terima kasih..

    Like

  60. syaiful azwan said

    Assalamualaikum tuan.

    terima kasih kerana sudi berkongsi info dan ilmu dalam blog ini. Saya ingin bertanya berkenaan penanaman cow grass di kawasan lereng bukit. lereng bukit di pejabat saya ni tanah nya keras dan tidak berumput. Bagaimana cara nya untuk menanam cow grass di lereng bukit dengan peruntukan kewangan yang sedikit.

    1. Adakah boleh kita taburkan terus pasir dan tambah top soil di lereng bukit dan terus menanam rumput tersebut?
    2. Adakah rumput tersebut boleh hidup dengan cara penanaman seperti itu?
    3. Apakah kesan dan risiko jika penanaman cara ini dilakukan tanpa membuang tanah yang keras itu terlebih dahulu?

    Mohon tunjuk ajar dari tuan. Sekian terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      Top soil tak penting jika nak jimat cost. Cuba pasir campur baja organik 10%. Baja organic ialah baja taik ayam/kelawar dsb. Saya harap lereng bukit tak terlalu curam jika tidak, pasir boleh turun ke bawah.
      Tuan mungkin kena guna sod (kepingan rumput) dan paku kayu (asah kayu lebih kurang 3 inci dan paku ke dalam bukit itu. Sila experiment sendiri berapa dalam paku di perlukan.
      Risiko nya ialah air akan mengalir atas tanah keras dan menghakis akar dan tanah baru yang di tampal atas tanah keras. Mungkin boleh elak kerosakan dengan meletak kayu di beberapa bahagian untuk empang air dari terlalu laju turun bukit.
      SElamaat mencuba.

      Like

  61. rizal said

    assalamualaikum… tuan mynormas,bole tak sms/watssap nombor hp tuan ke saya di 0193653920 rizal…ada kemusykilan nk penerangan tuan… sy jrg buka emil nih.. tq

    Like

  62. rizal said

    assalam..\
    tuan mynormas bole p.m nombor hp tuan ke sy 0193653920 rizal.. tq

    Like

  63. Daus said

    Salam .. kenapa snbj x tanam desso mastergrass mcam stadium di eropah

    Like

    • mynormas said

      Desso GrassMaster ialah suatu sistem padang hybrid. Iaitu campuran di antara rumput asli dan di selang selikan dengan rumput tiruan. Di ramalkan padang ini boleh menampung 750 permainan berbanding dengan padang biasa dengan 250 permainan. Bukan sahaja di Eropah, malah di Asia, padang di Singapura juga telah menggunakannya dengan kos melebihi RM2 juta pada tahun 2014. Saya telah menulis tentang ini dua tahun lepas tentang sistem Desso itu sendiri dan juga tentang kegagalan nya.
      Masalahnya, projek itu gagal dan rumput tidak dapat tumbuh; menyebabkan permukaan yang berpasir dan di kritik oleh – antara lain – jurulatih Brazil dan Juventus. Pada May 2015, padang itu telah di buang dan di tanam semula dengan rumput biasa.

      Like

  64. osha said

    Salam

    En…sy nak tanya..sy ade menanam runput dalam 2 bulan lepas.jenis rumput jepun.luas tanah 20×70.sebab budget .sy tanam dengan cara sodding…terus tanam rumput yang 2× 1 kaki tu…secara jarak iaitu setiap 2 kaki…macam kotak main dam macam tu.masalah saya sekarang ialah rumput nye mcm x membiak pon.dan rumput liar tumbuh dengan gembira di jarak yg kosong tu.ape harus saya buat untuk mempercepat pembiakan rumput jepun saya.dah tak larat nak cabut rumput liar tu.terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam,
      Jarak 2 kaki terlalu jauh cik. Cik ada dua pilihan; pergi ke nursery dan beli lagi sod, potong kepada saiz 1kaki x 1kaki dan tampal di tempat kosong itu (selepas cabut rumpai liar).
      Kedua: teruskan merumpai dengan mencabut sambil meletak pasir baru setiap kali lepas merumpai.

      Apa pun; cadang saya ialah jangan cuba untuk buat keseluruhan tanah cik sekali gus (sebab bunyi macam cik dah nak dekat fed-up) tapi buat kawasan yang penting dahulu iaitu kawasan yang dekat di mata. Maksud saya bahagikan laman cik 20×70 tu kepada 7 kawasan, setiap satunya 20 kaki persegi dan buat satu satu kawasan. Dah siap satu baru buat satu lagi.
      Selamat mencuba!

      Like

  65. Chenz said

    Salam..kalau baja urea yang dok boh kat padi boleh x? Tq.

    Like

  66. boleh ke tanam rumput atas simen…maksudnya atas simen saya taruk pasir lepas tuh baru saya letak rumput..

    Like

  67. zubir halim said

    Tuan.. Saya ada tanam rumput tif dwarf secara penanaman stolon.. Ada kawasan2 tertentu yg botak dan ada yang kuning.. Bagaimana utk cepatkan pertumbuhan bagi kawasan botak dan suburkan pertumbuhan kawasan yg kuning? Apakah langkah untuk mempercepatkan kadar kepadatan rumput tifdwarf? Berapakah ketinggian yg sesuai utk pemotongan sbb saya guna mesin putaran kabel nylon..

    Like

  68. azran said

    Salam Tuan, kawasan laman rumah baru saya agak luas dan kontraktor baru saja tanam dgn rumput philipines, katanye kawasan laman saya tidak perlukan pasir, cukup dgn tanah sedia ada yg telah digemburkan dan di buang kayu, batu dan rumput2 liar . Saya tidak puas hati bila ada kontraktor lain yg melihat dan mengatakan salah cara tanam rumput nie kerana tak letak pasir.
    1. kalau tak letak pasir takpe ke?
    2. sekiranya dah tanam rumput dlm 3 hari secara sod perlukah utk di angkat sod dan letak pasir semula?
    3. contoh baja organik yg sesuai utk rumput philipines?

    terima kasih tuan.

    Like

    • mynormas said

      Salam,
      1. Tak apa. Pasir banyak kebaikan, tapi bukan kemestian.
      2. Tak perlu. Apa tuan boleh buat ialah topdressing dengan nipis dan berkali kali. Lihat topik Topdressing atau Hias Atas dalam laman web ini.
      3. Di kedai hardware atau hypermarket, cari baja 5:5:5 atau 8:8:8. Baja sikit tapi selalu di permulaan tiga bulan ni.

      Like

  69. Fitri said

    Salam tuan…saya nak tanya..saya beli rumput fillipine dari 2 kedai yang berlainan…kenapa selepas saya tanam di rumah..saya dapati warna kedua dua rumput berbeza..sedangkan sama jenis, cuma berlainan kedai…satu warna hijau muda..satu lg warna hijau tua…kenapa ye tuan..?

    Like

  70. duriy said

    as salam, nak tanya biasanya saya guna spot turfing 100 x 100 x 75 dengan jarak penanaman 300 c/c, soalan saya, ada x orang tanam 25 x 25 x 50 dengan jarak penanaman 75mm?

    Like

  71. shahril said

    assalam..tuan saya tanam rumput jenis pearlgrass di halaman rumah.masalah yg timbul selepas setahun, rumput saya kini ditumbuhi dengan rumput liar yg pelbagai.Di awal penanaman dulu saya telah meracun dan gantikan dengan tanah merah yg baru dan dilapisi dengan pasir.Adakah cara lain yg lebih baik selain mencabut rumput liar..dh lenguh tangan ni mencabut rumput.terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam. Malangnya untuk Pearlgrass, tiada selective herbicide untuk bunuh rumpai. Cuba potong lebih selalu? Setidak tidaknya, nampak lebih kemas.

      Like

      • Roswana said

        Assalam. Ada tak racun untuk Rumput liar tunbuh di celah2 Rumput karpet

        Like

      • mynormas said

        Wassalam. Ada, contohnya Ally atau Almix atau 2,4D Amine atau Basagran.
        Tetapi penggunaan racun adalah merbahaya dan perlu kan pakaian, peralatan dan latihan khusus. Lagipun ia di jual dalam botol besar. Apa puan nak buat dengan baki nya? Racun tak boleh di simpan dalam stor tertutup.

        Like

  72. zafiranzakaria said

    Assalammualaikum,
    1) tuan sekeliling rumah sy dah simen, sesuai ke nak tanam rumput karpet.. nak letak tanah dulu @ letak pasir shhja pun blh… @ letak ke dua2 skli..
    2) perlu ke buat saluran air bawah tanah

    Like

  73. Mohd Hanafiah Besar Saaid said

    Salam, mengapa cow grass yg dibeli di kedai tu daun nya besar tak macam yg sy tengok du tempat awam dsb.
    Tq

    Like

    • mynormas said

      Salam. Kerana mereka gunakan baja Urea yang mengandungi 46% nitrogen dan taman awam akan menggunakan baja yang lebih lengkap contohnya 15:15:15 (ada juga kemungkinan mereka tidak membaja langsung).
      Jangan tiru kedai. Ia ibarat memakan hanya satu jenis vitamin sahaja contohnya vitamin C. Kulit anda cantik tapi anda sebenarnya tak lah sihat mana. Anda mungkin lebih sihat dari orang yang tak makan vitamin langsung tapi akan suatu hari nanti, anda akan cirit birit akibat terlalu banyak vitamin C.
      Terlalu banyak nitrogen = daun besar, lembut dan mudah diserang penyakit.

      Like

  74. Adam asyraf said

    Salam En.Normas
    Tanah depan rumah saya agak berbonggol-bonggol(tak rata) sy bercadang untuk tanam secara sod tetapi saya mahu tukar jenis rumput tuan tahu dimana tempat yang menyediakan sewaan sod cutter…thanks

    Like

  75. Lisa said

    Salam tuan.

    Saya sangat nak belajar bagaimana untuk menjaga rumput karpet dgn lebih cantik.

    Email: nurlisaradam@gmail.com

    Tq

    Liked by 1 person

  76. mohd rasidy said

    salam..
    sya nak minta pandangan dan tunjuk ajar tentang penjagaan rumput cow grass di kawaasan pantai. Adakah ada cara atau taknik utk menaman rumput di kawasan pantai. apa sistem yg digunakan utk tanah tau cara menanam. terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Salam. Cowgrass amat sensitif kepada air yang ada garam. Jadi kalau nak tanam rumput ni dekat pantai saya cadangkan menggunakan lapisan pasir dibawahnya. Pasir akan membantu mengalirkan garam yang terkumpul bila hujan lebat nanti.
      Tetapi, lapisan pasir juga bermakna rumput perlu disirami selalu. Maka perlu pastikan air siraman tidak ada kandungan garam dari air laut.
      Sekadar enam inci pasir cukup. Insya Allah.
      Banyak lagi isu nya tapi ni yang paling penting.
      Selamat Mencuba.

      Like

  77. Fad said

    Salam tuan. Nak minta pendapat. Setahun yang lepas saya menanam rumput philipines di halaman rumah saya yg agak kecil. Saya dapati rumput ini sgt ‘invasive’ sehingga menutupi batu2 hiasan yang diletak di atas laman. Saya buat keputusan untuk menukar ke rumput jepun. Saya telah meracun rumput ini dengan glyphosate 2 minggu lepas dan sekarang sudah kering dan mati. Namun dalam cubaan saya untuk menggembur tanah, saya dapati akar rumput ini sangat kuat. Apa cara yang saya boleh lakukan untuk membuang rumput ini. Adakah lebih senang saya menimbus dengan tanah baru?

    Like

    • mynormas said

      Salam. Dari segi teori, glyphosate akan meresap masuk sampai ke akar DENGAN SYARAT ia di sembur dengan kadar yang betul. Pada kadar tinggi, ia adalah racun sentuh tanpa menyerap.
      So akar ia mati dan boleh lah di kambus.
      Saya strongly recommend tuan sekurang kurangnya membajak kawasan itu supaya akar confirm mati dan tiada pelapisan (layering) akan berlaku akan datang. Alang alang nak buat kan? Bajak atau gembur atau balik balik kan tanah dengan rumput lama tu. Tak payah buang pun tak apa. Nak spray sekali lagi pun bagus juga sebelum itu untuk bunuh pucuk baru kalau ada.

      Like

      • Fad said

        Baik tuan. Saya akan spray sekali lagi supaya semua rumput itu mati. Lepas raya nanti saya akan cuba bajak.
        Terima kasih byk tuan.

        Liked by 1 person

  78. mohd fais bin abdul hamid said

    salam..sy nk tnya blh ke kalau tanam rumput jenis philipin di atas batu..rumah sy sudah ditabur dengan batu kasaran..sy bercadang hendak tanam rumput diatas batu terus tanpa membuang batu itu..perlukah sy tabur pasir dulu diatas batu itu sebelum sy tanam rumput.

    Like

    • mynormas said

      Salam.
      Perlu pasir tuan. Tuan tak boleh ratakan batu. Tuan boleh ratakan pasir. Buat tebal sikit, minima 4 inci. Kalau batu tu batu besar, tuan perlu tabur batu kecil yang boleh masuk celah batu besar supaya pasir tidak turun celah batu besar. Lagipun tuan tak mahu akan datang batu tu tembus pasir kan?

      Like

      • mohd fais bin abdul hamid said

        memang plan nak letak pasir dlu atas batu tu..tapi sy takut rumput akan mati kalau tak buang batu tu dlu..jd tak ada masalah la kalau sy terus tabur pasir tanpa membuang batu kasaran tu terlebih dahulu?

        Like

      • mynormas said

        Mana mana pun akan ada batu kat bawah bang, cuma dalam mana batu tu saja soalannya. Kalau terlalu cetek pasir dan batu tu besar tapi rapat rapat, pasir akan masuk celah batu dan batu akan ‘timbul’.
        Satu lagi masalah batu ialah ia tidak pegang air maka kena perlu siram terutamanya pada peringkat awal.

        Like

  79. ariff said

    Assalam.. dari mana saya boleh dapatkan rumput vetiver? yg ada dalam malaysia..

    Like

  80. Liza said

    Kawasan berawning sesuai di tanam rumput apa tuan?

    Like

  81. Buswani said

    Assalamualaikum…
    3 bulan lepas saya telah menanam rumput jepun yg saya beli di nurseri Sungai Buloh. Saya disarankan oleh pekerja kebun tersebut selepas 2 minggu untuk mengunakan baja 15.15.15 dan selepas seminggu rumput menjadi kuning dan ada yg macam terbakar, jadi saya biarkan saja untuk 1 bulan dan rumput hijau baru yg tumbuh. Selepas dari itu saya mencuba dengan meletakkan baja 8.8.8 ke rumput tersebut dan selepas 1 minggu, saya dapati rumput ada yg mati dan terbakar. Apa patut saya buat sekarang?
    Untuk pencerahan:
    1) boleh ke kalau baja 15.15.15 itu dilarutkan dalam air dulu sebelum di siram ke rumput?
    2) Apa yg menyebabkan rumput saya terbakar dan kuning? adakah disebabkan baja 8.8.8 tadi tu?

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam
      1. Boleh, tapi tak disyorkan.
      2. Kalau amat overdose, 8:8:8 boleh bakar.

      Biarkan saja, potong seperti biasa. Rumput Jepun dan atau Philippine ni memang cerewet.
      Baja sebulan sekali utk 6 bulan pertama lepas tu 2 bulan sekali 6 bulan kedua, lepas tu 3 bulan sekali 6 bulan ketiga dan seterusnya.

      Potong guna mesin bertayar bukan mesin sandang.

      Like

Leave a reply to rosnita Cancel reply