Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Pemilihan rumput

Di artikel yang lepas, kita telah membincangkan kenapa dan faedah rumput kepada kita dan kawasan sekeliling kita. Kali ini, saya ingin membawa perbincangan kita kepada apa dan kenapa kita perlu memilih rumput-rumput yang tertentu.

Jika kita berada dalam kategori orang yang ingin menanam atau memilih rumput kita sendiri, apa yang kita harus fikirkan ialah;

1.      Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput. Rumput yang lasak untuk padang bola tidak akan mempunyai ciri yang sama dengan rumput yang ditanam untuk perhiasan.

2.      Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan untuk membuang rumput liar. Ini akan terbahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana.

3.      Kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok?  Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang.

4.      Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.

 

Sebarang jenis tumbuhan hidup yang boleh kerap dipotong pada ketinggian rendah boleh dianggap sebagai rumput turf.  Secara definasi, rumput turf ialah lapisan tumbuhan berguna termasuk bahagian atas tanah yang dipenuhi oleh akar, rhizom dan stolon.

 

Di dalam bidang industri penyelenggaraan padang golf; rumput hiasan atau kadangkala di panggil rumput turf secara umumnya boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; Musim Panas (Warm Season) dan Musim Sejuk (Cool Season).

 

Rumput turf musim panas perlukan suhu optima dari 25 – 35 darjah Centigrade (80-95 darjah Fahrenheit) satu kumpulan rumput lagi hidup dalam suhu optima dari 15 hingga 25 darjah C (60 hingga 75 darjah F).

 

Tentunya di Malaysia, kebanyakkan rumput turf ialah dari kumpulan rumput musim panas, kecuali green di padang golf Awana Genting yang menggunakan sejenis rumput musim sejuk.

 

Hampir semua jenis rumput turf yang lazim digunakan adalah dari kategori perennial iaitu ia hidup lebih dari setahun. Tentunya rumput ini memerlukan nutrien, air dan udara untuk hidup.  Dan seperti tumbuhan lain, rumput turf sangat peka kepada sekitarannya.  Perubahan mendadak kepada sekitaran akan menguji ketahanan hidup tumbuhan itu.

 

Jenis – jenis rumput turf

 

Saya akan beri nama biasa menggunakan nama Inggeris sebab nama dalam Bahasa Malaysia jarang digunakan (Rumput lembu? Rumput kerbau?  Rumput mutiara?).  Yang penting sebenarnya ialah nama saintifik, sebab lain orang lain nama biasa yang digunakan. Contohnya Carpetgrass, kalau di Amerika, ia merujuk kepada Axonopus compressus tapi di Malaysia selalunya ia adalah Zoysia tenufolia atau Zoysia velvet yang di nursery yang lain akan dipanggil Taiwangrass. Di Malaysia Axonopus compressus kita panggil Cowgrass atau rumput lembu. Tapi semua orang akan gunakan nama saintifik yang sama.

Advertisements

32 Responses to “Pemilihan rumput”

  1. Nurul Hanisah said

    Salam MyNormas,
    Saya nak bertanya berkenaan rumput. Saya membeli rumah corner lot dimana laman rumah saya agak luas. Masalahnya, rumput yg tumbuh di laman rumah adalah rumput biasa dan berbatu2. Perlukah saya menukar keseluruhan tanah dan rumput di laman saya dgn tanah baru dan menanam semula rumput baru. Saya juga memerlukan tips rumput apa yang sesuai dan cantik untuk di tanam kerana suami saya suka bercucuk tanam dan dia ade memberitahu rumput carpet tidak sesuai kalau fungsinye utk bercucuk tanam.

    Like

    • mynormas said

      Salam puan,

      Mungkin maksud puan, tanah tersebut berbatu-batu? Nampaknya penyediaan tapak tidak di lakukan dengan sempurna kerana batu tidak wujud dengan sendiri. MELAINKAN yang puan maksudkan ialah ketul-ketul tanah liat keras. Kedua dua masalah ini hanya boleh di selesaikan dengan mengutip dan buang. Jika ‘pengutipan’ itu menyebabkan lubang di rumput, tampal dengan pasir. Jika kawasan tampalan itu sebesar tapak tangan; rumput keliling akan cover balik; jika lebih besar, kena tanam semula atau rajin merumpai sementara rumput keliling cover Kalau takde pasir dan tak praktikal untuk beli pasir selori semata mata utk dua tiga tompok, ‘curi’ dari kawasan paling tepi laman puan.
      Perlu atau tidak nak tukar keseluruhan tanah dan rumput bergantung kepada keseriusan masalah. Kalau laman puan luasnya 100m persegi dan purata nak bersihkan 1m persegi pun dah 3hari 3malam: tukar. Kalau 1m persegi purata 1 batu saja: kena cari alasan lain.
      Seperti yang selalu saya sarankan dalam tulisan di laman web ini, rumput yang sesuai untuk kebanyakkan (bukan semua) kawasan rumah di Malaysia ialah rumput Cowgrass dan Pearlgrass.
      Masalah suami puan adalah agak unik. Malah, mungkin ia bukan juga suatu masalah. [Pikir sekejap] Errmm… saya tak pasti macamana nak bercucuk tanam rumput.[Termenung sekejap] Walaubagaimanapun… [Berhenti sekejap] mungkin puan dan suami boleh bahagikan laman puan kepada zon tertentu, zon rumput/lanskap dan zon cucuk tanam [diam sekejap] tapi kalau cucuk tanam tu dengan pokok hiasan boleh saja [apa aku cakap ni?] tapi kalau dia bercucuk tanam dengan sayur seperti cili dan tomato, mungkin ia boleh di integrasi kan ke dalam lanskap [ha? apa yang aku goreng ni?] tapi kalau dia suka cucuk tanam sayur macam kangkong atau kobis, mungkin puan asingkan zon itu kat belakang belakang [marah suami dia kang baru aku tau] dan biar rumput kat depan. Tapi kalau maksud suami puan dia memang tahu teknik tanam rumput cara sprig (yang memang ‘cucuk dan tanam’) maka beritahu dia bahawa rumput carpet pun boleh ditanam sebegitu [biar betul aku ni].

      Selamat mencuba![biarlah dia bincang suami isteri, akupun tak berapa nak faham apa suami dia nak cucuk tanam].

      Like

  2. Hilmi said

    Salam….dh habis ke ni jenis2 rumput? klu disertakan skali dgr gambar, lg menarik..

    Like

  3. tudungbiru said

    Salam,

    Kenapa ye cowgrass saya mudah tumbuh pokok liar? Adakah kerana tidak letak pasir yg sesuai terlebih dahulu? Terima kasih

    Like

    • mynormas said

      Puan, biasanya penyediaan tapak yang tak betul termasuklah tak letak pasir ataupun kalau letak pasir pun, pasir yang dah terdedah lama dan dah banyak benih rumput liar.
      Satu lagi kemungkinan ialah cowgrass puan memang banyak rumput liar dari nursery lagi. Pasal tu saya selalu advise orang beli rumput yang dia nampak. Kadang2 puan pilih kat dalam kedai, lepas tu dia ambik rumput kat belakang kedai. Rumput dalam kedai sentiasa cantik, rumput belakang kedai Tuhan sahaja tahu.

      Like

  4. Mazlin said

    assalam.. bagus website ni. byk info. saya hrp tuan dapat jwb soalan saya ni. saya baru tanam rumput carpet filipina. baru 2 hari.. soalan saya. 1) boleh ke pijak rumput ni pada peringkat awal? sy tgk ada kawasan yg tak rata sebab rumput agak matang dan dah keluar bunga masa tanam tu lagi. jadi saya pijak2 nk bagi rata.. mati tak rumput tu nnt. 2) perlu ke cucuk2 buat lubang dgn alat ala2 garpu tu. kalau perlu bilakah masa yg sesuai. slpas seminggu usianya atau masa bila? 3) ada saya baca dia pijak dgn plywood supaya rumput rata. kontraktor sy xde suruh buat pun. rosak tk rumput klu buat mcm tu? terima kaseh atas jwpn

    Like

    • mynormas said

      Pijak sekali sekali waktu proses tanam utk ratakan; boleh.
      Jika dah lebih seminggu tanam pijak; di khuatiri anda akan menggerakkan akar rumput yg baru tumbuh dan memutuskannya.
      Cucuk2 tu dilakukan lepas 6 bulan tanam dan di ulang setiap 6 bulan.
      Pijak dengan plywood sewaktu mula tanam, that is within two days sahaja.

      Like

  5. Jey said

    Saya bercadang nak cantikkan halaman rumah dan baru beli benih Bermuda Grass. Elok ke grass jenis tu untuk halaman? Thanks

    Like

  6. Mr Aji said

    Salam Mr. Grass Expert.
    Boleh bagi petunjuk pada saya utk ‘kekerapan siraman’ bg scenario dibawah:
    (Perlukah rumput yg baru ditanam di siram sekerap yg mungkin, apatah lg dikala musim panas sebegini)
    1. Rumput Philippines yg baru dibeli Dari nursery.
    Ditanam diatas pasir kasar yg berketebalan 4 inch.
    Mendapat cahaya matahari cuma dari pukul 8 hingga 1 tghari shj.
    2. Rumput Philippines yg telah hidup subur selama 2 bulan.
    Ditanam diatas pasir kasar yg berketebalan 4 inch.
    Mendapat cahaya matahari cuma dari pukul 8 hingga 1 tghari shj.
    Ilmu yg diberi utk Tuan amat2 saya hargai.

    Like

    • mynormas said

      Salam tuan/puan,

      Rumput yg di tanam dengan sod kurang bermasalah kering kerana ia ada akar dan tanah yg menyimpan air.

      Siram pagi banyak dan tengahari sedikit jika terik.

      Guna pisau atau screwdriver untuk cucuk 2 – 4 inci utk check moisture. Jika masih lembab, jangan siram.

      Like

  7. nie said

    salam mynormas..
    saya mahu tanam rumput di kawasan rumah saya..
    tp saya tak pasti mahu tanam rumput ape? sama ada pearl grass atau zoysia… saya takot kalu zoysia die tumbuh jarang2.
    bantu saya.

    Like

    • mynormas said

      Salam tuan/puan,

      Kalau kawasan kecil (lebih kurang dua, tiga kangkang kera) teruskan dengan pearlgrass. Jika besar, Zoysia ok. Tapi ingat: Zoysia (saya assume Philippine grass which is Zoysia tenuifolia, I think) perlukan 6 – 8 jam matahari sehari, setiap hari. So kalau banyak teduhan akibat bangunan atau lawn furniture, stick with Pearl or Cow grass. Zoysia akan tumbuh jarang kalau tak cukup matahari.

      Like

  8. nadia said

    salam.. boleh bg cadangan rumput yang sesuai tak, laman rumah saya dapat mahatari penuh dr pg smpai ptg.. sekarang dah pening nk pilih jenis rumput.. dulu penah tanam rumput philippine tapi, bila msuk thn ke 3, die jadi bertompok2 tak rata & ada kwsn yg berlumut.

    Like

    • mynormas said

      Salam. Puan, Cowgrass is the best grass for laman orang yang tiada tukang kebun. Kalau lumut, itu ertinya air tak tembus ke bawah. Puan patut buat pengudaraan tanah setahun sekali. Lihat video nya di laman web saya (buat search).

      Like

  9. tudungbiru said

    Rumput cow grass saya banyak tumbuh rumput liar. Tak seperti jiran saya guna rumput carpet, tiada rumput liar yg tumbuh. Bagaimana nak atasi agar rumput liar ni tumbuh?

    Terima kasih

    Like

  10. Eddy said

    Saya selalu membaca komen tuan… Tuan ada menyebut aktiviti merumpai. Apa yang dimaksudkan aktiviti merumpai

    Like

    • mynormas said

      Definisi “rumpai” atau weeds ialah segala jenis tumbuhan yg tumbuh di tempat ia tidak sepatutnya tumbuh atau di tempat yg ia tidak di kehendaki.
      Maka activity merumpai adalah perbuatan membuang rumpai tersebut, biasanya secara mencabut dengan tangan atau alat tertentu.

      Like

  11. nik said

    Dimanakah saya boleh dapat benih cow grass?

    Like

  12. shahril said

    as’salam tuan..apakah sebabnya terdapat serangga berbisa seperti lipan di bawah rumput karpet jenis philiphine..adakah jika saya tanam rumput pearl grass dapat menyelesaikan masalah ini?..minta bantuan tuan pakar.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam, tidak tuan, ia tidak menyelesaikan masalah jika tuan beli dari tempat yang sama. Serangga itu tidak datang kerana rumput, ia datang kerana punca (source) rumput itu.

      Like

  13. Hariff said

    Assalamualaikum tuan. Alhamdulillah. Saya baru berpindah. Rumah berusia yang semua halaman telah diletakkan pave block. Saya dikurniakan 2 anak lelaki ( setakat ini) yang sukakan aktiviti luar. Jadi saya bercadang untuk menanam rumput di halaman seluas 30 x 23 kaki yang telah diletakkan pave block. Cahaya matahari dari pukul 8 – 3 petang. Musim hujan air agak bertakung. Minta pandangan tuan :
    1. Apa yang perlu saya buat terhadap laman tersebut. Adakah perlu buka semua pave block atau cukup dengan letak pasir setebal 3@4 inci?
    2. Rumput apa yang sesuai ditanam untuk aktiviti kanak2 lasak serta keadaan cuaca seperti di atas?
    Terima kasih kerana membenarkan saya bertanya di website tuan.

    Like

    • mynormas said

      Waalaikumsalam. AlhamduliLlah. Jika pave block itu menakung air, tuan tiada pilihan melainkan mencari jalan air mengalir. Samada buka paver itu ataupun mungkin pasang subsoil drain.
      Matahari seperti itu hanya Cowgrass sahaja yang saya cadangkan tuan. Zoysia matrella juga boleh digunakan tetapi ia sukar di cari kerana selalu di kelirukan dengan Philippine grass yang sebenarnya ialah Zoysia tenuifolia. Jadi gunakan lah Cowgrass. Kalau orang kata Cowgrass tak sesuai kerana ada lipan dan sebagainya; itu bukan dari rumput tapi dari nursery. Saya cadangkan tuan pergi tengok nursery tu dulu lepas tu setuju dengan mereka yang nak rumput ini jugak. Jangan ambil dari nursery lain.

      Like

  14. Prema said

    Hi
    Say a perlukan sedikit nasihat tentang menggantikan rumput di laman saya. Cow grass yang ada selama 15 tahun sekarang di ‘invasi’ Oleh love grass. Jika saya hendak gantikkan dengan rumput jenis lain bolehkah terus dibuat saja atau perlu tunggu(???) untuk love grass itu dihapuskan (bagaimana?)
    To long beri nasihat.

    Like

    • mynormas said

      Hi, cik perlu membunuh lovegrass tersebut dahulu. Dua cara:
      1. Membuang lapisan atas tanah cik with the hope all seeds and roots are also removed.
      2. Meracun menggunakan Roundup dengan cara dan dosage yg betul, sebelum menanam semula.

      Like

  15. Mohd Hissammudin Bin Musa said

    Salam Tuan,
    Saya ada menabur benih rumput jenis bermuda tetapi memandang kadar pertumbuhan rumput Bermuda terlalu perlahan pada peringkat permulaan saya mengambil keputusan untuk menanam rumput jenis “cow grass” secara SOD dengan meletakkan di atas benih-benih Bermuda.
    Selepas sebulan penanaman “Cow grass” secara sod, kawasan yang di tabur benih Bermuda mula tumbuh di bahagian tepi “Cow grass” tersebut.
    Soalan saya
    1) Antara “Cow grass” dengan Bermuda manakah lebih dominan? Sekiranya Bermuda lebih doniman adakah rumput tersebut akan menyebabkan “Cow grass” mati?
    2) Bolehkan “Cow grass” dan Bermuda bercampur dalam kawasan halaman yang sama?
    Benih rumput Bermuda saya beli online di Ladaza seperti link di bawah
    http://www.lazada.com.my/serbajadi-bermuda-grass-100gm-approx-85sq-ft-14939766.html?spm=a2o4k.search.0.0.76eRt4&ff=1
    Terima kasih

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: