Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Pembajaan rumput

Rumput turf adalah sejenis tumbuhan dan tumbuhan adalah sejenis benda hidup.  Seperti benda hidup yang lain, rumput turf juga perlukan pemakanan. Di manakah rumput mendapatkan pemakanan? Ramai orang menyangka bahawa baja (atau pupuk dalam bahasa Indonesia) adalah makanan untuk rumput atau tumbuhan.

Kurang tepat. Baja bukan makanan untuk rumput. Rumput sebenarnya mampu membuat makanan sendiri melalui fotosintesis, suatu proses dimana tumbuhan hijau akan menukarkan tenaga dari cahaya matahari kepada karbohidrat.  Proses fotosintesis ini berlaku dalam bahagian kecil dalam sel yang dinamakan kloroplas yang juga memberi warna hijau kepada tumbuhan.

Baja yang kita beli atau beri kepada rumput mengandungi bahan yang dinamakan  nutrien.  Kita boleh samakan nutrien seperti vitamin untuk manusia. Sama seperti manusia tidak dapat hidup hanya dengan di beri vitamin semata-mata; begitu juga rumput tidak boleh tumbuh hanya dengan  nutrien dari baja sahaja. Tetapi berbeza dengan manusia yang boleh makan nasi goreng, mee rebus, laksa dan selepas itu lepak dengan teh tarik, rumput terhad kepada membuat makanan melalui fotosintesis.

Manusia perlukan vitamin A, C, E, B5, B12 dan sebagainya, dengan tiap-tiap vitamin mempunyai fungsi masing-masing. Begitu juga tumbuhan memerlukan  nutrien seperti C, H, O, N, P, K, Mg. dan beberapa lagi.  Berbeza dengan manusia yang boleh mengambil vitamin samada secara terus melalui pil tambahan ataupun melalui makanan yang mempunyai vitamin tersebut, rumput pula akan mengambil  nutrien tersebut secara langsung dari alam sekitarnya, ataupun menunggu keikhlasan dan kemurahan hati Course Superintenden memberinya  nutrien dalam bentuk baja.

Hingga kini, kebanyakkan pakar bersetuju bahawa tumbuhan memerlukan 16 – 18 nutrien untuk tumbuh dengan baik.  Nutrien boleh dibahagi ke dalam tiga kategori: Makro-nutrien,  nutrien sekunder dan mikro-nutrien.

Makro-nutrien

  • Karbon (C)
  • Hidrogen (H)
  • Oksigen (O)
  • Nitrogen (N)
  • Fosforus (P)
  • Kalium (Potassium) (K)

Nutrien Sekunder

  • Kalsium (Ca)
  • Magnesium (Mg)
  • Sulfur (S)

Mikro-nutrien

  • Besi (Fe)
  • Manganese (Mn)
  • Zink (Zn)
  • Kuprum (Cu)
  • Molibdenum (Mo)
  • Boron (Bo)
  • Natrium (sodium) (Na)
  • Klorin (Cl)
  • Silika (Si)

Tiga dari enam Makronutrien (Karbon, Hidrogen dan Oksigen) boleh didapati dari udara dan air. Tiga lagi, Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K) yang diperlukan dalam kuantiti yang paling banyak dan perlu di tambah secara membaja.

Untuk pengetahuan anda, K-a-l-i-u-m disebut sebagai Potassium oleh orang Amerika.

Silika adalah unsur baru yang di kenal pasti di perlukan oleh rumput dan kini, ia digunakan secara meluas untuk mengeraskan rumput dan menjadikan green lebih laju.

Baja apa?

Bila orang beli baja untuk rumput di padang atau pokok hiasan di lanskap,  apa yang dia akan cari ialah analisis tiga elemen iaitu N-P-K; contohnya 15-15-15, 12-12-17, 25-3-3 atau 0-0-50.  Ini adalah dalam bentuk peratusan.  Jika anda hairan kenapa jumlahnya tak jadi 100%, jawapannya ialah kerana bakinya ialah ‘filler’ atau bahan-bahan yang menjadi ‘pengangkut’ kepada  nutrien- nutrien tersebut.

Selain itu, zaman sekarang, untuk memelihara alam sekitar dan mengurangkan aktiviti pembajaan, terdapat juga baja jenis “slow-release” atau “controlled-release” yang akan melepaskan  nutrien ke tanah secara perlahan-lahan. Ini akan menentukan baja yang di lepaskan boleh di ambil oleh rumput secara perlahan-lahan atau terus menerus.

Ada juga orang yang menggunakan baja cecair (atau foliar) secara meluas. Kebaikannya ialah  nutrien dari baja tersebut boleh di serap oleh rumput bukan sahaja melalui akar tetapi juga melalui permukaan daun. Yang buruknya ialah anda kena kerap membaja kerana  nutrien cecair tidak kekal lama. Ada juga teori yang mengatakan bahawa terlalu kerap menggunakan baja foliar akan menyebabkan akar rumput menjadi pendek.

Ada orang yang kadang kadang akan menggunakan baja organik seperti  baja taik ayam, taik kelawar dan lain-lain, apa yang akan berlaku ialah beberapa proses tertentu akan menukarkan kandungan-kandungan dalam baja tersebut kepada  nutrien yang boleh di gunakan oleh tumbuhan. Begitu juga jika rumput yang dipotong di biarkan untuk masuk ke dalam celah-celah rumput dan tidak di kutip, sebahagian  nutrien akan kembali ke tanah melalui proses pereputan.

Kecuali jika baja taik ayam itu datang dari ayam Transformer; baja organik akan mengandungi peratusan kandungan nutrien yang kurang berbanding dengan baja kimia jadi walaupun harga bajanya murah, ia perlu di beli dengan kuantiti yang lebih banyak. Kebaikannya ialah ia akan membantu menaikkan kandungan bahan organik tanah yang di perlukan untuk sebab lain.

Kenapa perlu membaja?

Jika tanah telah mempunyai  nutrien nya sendiri, kenapa perlu anda membeli baja?

Nutrien hilang dari tanah melalui beberapa cara; penuaian hasil, (kalau dalam rumput turf; pemotongan), larutlesap (atau leaching kata orang Amerika), pengwapan (dia orang kata volatilization) dan hakisan.  Produktiviti tanah boleh di kekalkan dengan penggunaan baja pelbagai-nutrien yang di uruskan dengan betul.

Bila kita perlu membaja?

Ada dua cara yang biasa digunakan oleh orang untuk menentukan masa untuk membaja.

 

1. Mengikut Kalendar

  1. Ikut kebiasaan, kalau orang dulu-dulu letak baja sebulan sekali, dia pun letak baja sebulan sekali.
  2. Ikut kajian, contohnya, kajian mengatakan Nitrogen diperlukan sebanyak 600 -1000g/100m2/bulan oleh rumput jenis Bermuda.
  3. Ikut orang, jiran dia atau kawan baik dia atau bos dia kata letak 2kg baja sebulan sekali, dia pun ikut sahaja lah.



2. Mengikut soil test

   Orang akan mengambil contoh tanah (dan tisu tumbuhan) dan hantar ke makmal yang baik.  Contoh itu di analisa mengikut cara tertentu, dan hasil analisis itu dikaji oleh seorang Agronomist yang berpengalaman yang akan memberi pendapatnya tentang jenis dan kuantiti baja atau  nutrien yang diperlukan dan bila ia akan di aplikasikan.

Tentunya, orang yang menjaga padang golf yang baik akan berunding dengan pengurusan kelab atau Committee untuk menentukan waktu terbaik untuk membaja. Contohnya; mereka tidak akan membaja terlalu rapat dengan waktu pertandingan golf; pertumbuhan yang cepat boleh melambatkan green dan menyusahkan potongan fairway.

Dan tentunya, pengurusan kelab yang baik, akan faham bahawa pembajaan adalah sebahagian proses yang penting untuk kehidupan rumput dan akan cuba untuk memberi ruang kepada orang yang menjaga padang golf tadi untuk menjalankan tugas mereka. Dan juga bajet untuk membeli baja yang cukup.

Baja organik atau baja kimia? Baja murah atau baja mahal? Baja ‘quick release’ atau ‘controlled release’? Baja pepejal atau baja foliar? Pakar adalah orang yang paling baik untuk dirunding dalam hal ini, bukan salesman baja. Salesman baja sangat berpengetahuan tentang baja tetapi mereka biasanya kurang arif tentang permasalahan yang berlaku di padang golf.

Cukup dulu setakat ini, kita bersambung lagi lain kali.

24 Responses to “Pembajaan rumput”

  1. Rohah Rahmat said

    Salam..
    Baja mana paling sesuai untuk philliphine grass saya?; Baja Kimia @ Baja Tahi Ayam? Betulkah sekiranya rumput diberikan baja tahi ayam akan mengundang lebih risiko untuk ditumbuhi rumpai liar dengan lebih banyak berbanding kita menabur baja kimia ke atas rumput yang ditanam?.
    Wassalam…

    Like

    • mynormas said

      Saya menggalakkan baja organik utk kawasan rumah. Baja kimia mempunyai banyak risiko dan masalah. Baja organik boleh jadi baja tahi ayam ataupun tahi kelawar, dengan syarat ia telah di proses. Baja yang di proses sepatutnya tidak mempunyai rumpai. Kerja memproses membunuh benih rumpai.

      Ada juga baja organik yang di buat dari bahan buangan sisa sayur atau lain-lain yang dikomposkan.

      Baja organik yang di jual di pasaraya besar biasanya adalah baja yang telah di proses dan boleh digunakan terus ke laman.

      Like

  2. mynormas said

    (In response to cubaan mengiklan baja) Maaf, no free ad. Saya akan padam comment tidak lama lagi. Apa yang tuan boleh cuba ialah ‘like’ my facebook page menggunakan facebook page syarikat tuan kerana kadang-kadang ia akan muncul di sebelah muka home saya. Just strategise your facebook page and name carefully so that ada impak.

    Like

  3. lala said

    salam sir,
    i wanna ask about the fertilization programme..is it the fertilization programme for green and lawn is just the same? and is there any different between the fertilization programme in turf grass area in overseas and malaysia?

    Like

    • mynormas said

      Salam puan,
      fertilization for green and lawns definitely not the same. Grass on the greens receive more stress and are cut at a different height than grass on lawns. Plus they are built differently and are usually different kind of grasses. If you mean same area of turfgrasses (e.g. lawns vs lawns or greens vs greens) then yes there are some differences, caused by method of construction, weather pattern, availability of fertilizer and knowledge.

      Like

      • lala said

        so, the establishment of turf grass in overseas is more complicated than in malaysia?is it the step for the establishment differ?

        Like

      • mynormas said

        Not really. Just the understanding and the committment to standards differ. That anyway, would be in my humble opinion; hopefully other readers don’t take offence.

        Like

  4. shahrul said

    klau lepas holowtining baja apa yg paling sesuai untuk rumput jenis seranggon

    Like

    • mynormas said

      The best is do soil test about sebulan dua sebelum hollow tine. Otherwise maybe 11-55-0 1kg/100m2? And maybe if tanah tu ada sejarah keasidan or baja yang digunakan mengandungi sulfur ataupun kawasan tu banyak kilang/kenderaan (yang menyebabkan hujan asid) letak 5kg/100m2 kalsium karbonat atau magnesium pun ok jugak. Pengalaman penting; lain padang lain keperluannya.

      Like

  5. tudungbiru said

    Salam,

    Untuk cowgrass, berapa kerap perlu dibaja? Dan baja apakah yg sesuai? Tq ya

    Like

    • mynormas said

      Masa mula-mula tanam rumput, baja seminggu sekali. Dah sebulan, baja dua minggu sekali. Dah sebulan lagi, baja sebulan sekali selama tiga bulan.
      Sepatutnya masa ni, rumput dah subur dan akar dah panjang. Puan boleh test dengan cengkam rumput dan tarik, tengok akar ternaik tak. Kalau tak, maknanya dah ok dan puan boleh baja setahun dua kali. Sekali masa bulan puasa (supaya masa raya rumput hijau cantik) dan sekali lagi enam bulan selepas itu.

      Like

  6. maryam said

    Assalam,boleh saya tahu ada tak basic standard baja untuk 1m3 rumput ?..rumput tersebut ditanam dalam plastic container 1m3.terimakasih

    Like

  7. ilzam said

    salam….
    Saya baru potong philiphine grass saya. Bolehkah saya terus meletakkan baja orgnik yang telah di proses untuk menggalakkan pertumbuhan semula setelah di potong. Apakah risikonya jika saya berbuat demikian. TQ ya.

    Like

  8. august said

    saya baru menanam rumput pilipine dlm masa 2 minggu secara sod.bilakah tempoh utk saya membaja?

    Like

    • mynormas said

      Sekarang. Gunakan concept ‘sedikit tetapi selalu’. Gunakan baja organik. Lepas beberapa bulan, boleh jadikan ia 6 bulan sekali. Cuba lihat soal jawab di sini atau di muka lain laman web ini.

      Like

  9. firdaus said

    salam, saya ada tanam rumput philipine
    perlukah saya taruk baja

    Like

  10. Mohd Zaki Zainon said

    Assalam, baja apa yang sesuai untuk rumput mutiara dan berapa kerap kena membaja?

    Like

  11. Naridza said

    Salam. Saya mendapat kontrak pemotongan rumput jalan dan telah menjalankan selama 2 tahun. Masalah yg saya hadapi adalah
    1- Rumput cepat panjang menyebabkan saya terpaksa melakukan pemotongan sebanyak 3 kali sebulan walhal pembayaran dibuat berdasarkan 2 kali sebulan (ketinggian rumput tidak dibenarkan melebihi 25mm) dan ini merugikan saya dari segi kos tenaga kerja & maintenance.
    Oleh itu, saya ada terfikir untuk menanam rumput karpet. Soalan saya adalah
    1- Adakah ada cara yg paling mudah utk tanam rumput karpet (spt dgn cara semaian benih, taburan benih dsb) sbb keluasan kawasan lbh krg 250km.
    2- Bolehkah kita menanam rumput karpet tanpa membuang rumput di persekitarannya
    3- Bila kita dah tanam rumput karpet, adakah rumput karpet lebih dominan dr rumput lain (mksudnya rumput karpet perlahan-lahan menyingkirkan rumput yg ada disekitarnya)
    4- Jenis rumput karpet yg paling sesuai utk ditanam dlm situasi saya ini.

    Terima kasih.

    Like

    • mynormas said

      Salam. Tahniah. Pertama sekali, apakah rumput sekarang? Adakah ianya Cowgrass atau adakah ianya sudah bercampur dengan pelbagai rumput liar? Soalan ini akan berkaitan dengan satu cadangan saya di akhir nanti. Pertama sekali saya jawab soalan dulu.
      1. Menanam rumput karpet menggunakan benih adalah kurang berkesan kerana mereka kurang viable. Ada tiga cara lain; sod, sprig dan stolon. Untuk kawasan sepanjang 250km hanya cara sprig dan stolon yang boleh dilakukan secara ekonomi.
      2. Ada satu cara yang digunakan di padang golf yang dipanggil sebagai ‘no-till planting’ ( http://www.modernturf.com/golf-turf/no-till-conversions) iaitu mereka akan botakkan kawasan asal dan tanam menggunakan sprig yang saya syak boleh di automasikan dengan mesin yang sama digunakan untuk menanam padi (saya tak pernah cuba tapi konsepnya serupa). http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jentera-tanam-padi-mudahkan-pesawah-1.66252
      3. Bergantung kepada jenis rumput dan keadaan. Malangnya rumput karpet adalah rumput import yang perlukan lebih matahari dan pembelaan terutama di peringkat awal.
      4. Mungkin ada jenis jenis Bermuda ataupun Zoysia yang sesuai. Rumput karpet tempatan seperti Serangoon kurang diminati di Malaysia kerana ia mempunyai warna hijau muda. Tetapi ia amat lambat panjang. Ia digunakan di green padang golf lama di Malaysia.

      Pernahkah anda dengar tentang Plant Growth Regulator? Saya paling banyak gunakan PGR ini di padang golf bila saya kurang pekerja ataupun bila saya memasuki bulan puasa ataupun musim monsun. Pada musim musim itu saya akan sembur PGR di hampir semua permukaan rumput supaya pertumbuhan rumput lambat. dan saya tak perlu tergesa-gesa potong. Di musim lain, saya akan sembur PGR di tebing cerun yang curam dan tebing bunker supaya saya boleh potong sebulan sekali dan bukan seminggu sekali. https://edis.ifas.ufl.edu/pi139 dan
      http://caes2.caes.uga.edu/commodities/turfgrass/georgiaturf/WeedMngt/weedcontrol/PGR.htm

      Tetapi caveatnya ialah PGR mempunyai kesan yang berbeza atas rumput rumput yang berbeza. I guess that can be solved by using the highest dosage yang perlu untuk rumput paling degil lah!

      Like

    • mynormas said

      By the way, have you considered mechanising? The AM61A is a good candidate to replace brushcutter for most small areas.

      Home

      Like

Leave a comment