Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Merumpai.

Memang ada racun rumpai yang bersifat memilih, untuk rumput tertentu.  Tapi saya sangat tidak syorkan untuk kegunaan awam.
Saya cadangkan untuk merumpai cara tradisional; tangan, jari, err… orang gaji, cangkul, sudu pun saya pernah tengok orang guna untuk merumpai halaman rumah bersaiz stem pos.

Bila merumpai, pastikan bahawa akar rumpai tersebut di cabut sampai habis. Jika tidak, ia kan naik semula. Lubang yang terjadi kerana perbuatan mencabut rumpai perlu di tutup dengan pasir baru ataupun di tanam dengan rumput ‘spare’. Kita boleh beli rumput spare tersebut ataupun ambil dari kawasan sempadan laman kita.

Satu kebiasaan bila merumpai ialah kita akan menumpukan perhatian kepada suatu kawasan sahaja. Untuk mengelakkan itu, saya selalu mencadangkan supaya kawasan di bahagikan kepada section atau garisan tertentu. Habiskan satu section atau garisan sebelum pindah ke section/garisan baru. Untuk puas hati, satu section/garisan mestilah suatu kawasan yang kita boleh siap dalam masa satu hari merumpai; tak kira kita merumpai pada hujung minggu ataupun pada hari biasa selepas waktu kerja.

Suatu kawasan besar di bahagi kepada beberapa kawasan kecil. Jangan benarkan mereka pindah dalam satu hari walaupun dah siap.

Kalau terlalu banyak rumpai sampai dah tak boleh merumpai:  tanam semula.

Advertisements

8 Responses to “Merumpai.”

  1. nazeem said

    Salam tuan…saya sudah bersihkan halaman…lalang semua saya dah cabut…kire bersih la pada pandangan mata saya..tapi anak benih lalang masih lagi muncul..munkin akar masih ada lagi dalam tanah..jadi saya ingin bertanya ada tak racun penghapus benih yang meresap ketanah hingga dapat hapuskan akar lalang itu…jika ada boleh saya tahu jenis racun itu…sekian

    Like

    • mynormas said

      Ada rasa dejavu pulak bila saya baca soalan ni. Anyway jawapan yang sama saya berikan dengan pembaca di Facebook saya.
      Tuan ada tiga pilihan.
      1. Membajak sehingga akar ataupun lebih tepat lagi rhizom atau tuber itu terkeluar dan terdedah kepada cahaya matahari. Ini akan mengeringkan mereka. Selepas itu ratakan dan lapiskan pasir 2 – 4 inci supaya ia tidak mampu tumbuh. Kalau ada pun tumbuh, ia akan kurus dan mudah di’settle’kan.

      Saya tidak mengsyorkan penggunaan racun di kawasan rumah tetapi untuk pengetahuan tuan:

      2. Racun Round-up yang akan meresap hingga ke akar/rhizom/tuber/ubi lalang dan membunuhnya. Tapi racun ini masuk melalui daun, so kena biar lalang tumbuh sekejap baru spray. Ia dalam kategori racun sistemik ataupun serap. Tapi jika ia dibancuh secara overdose (mungkin kerana geram) ia akan menjadi racun sentuh atau contact. Racun jenis Roundup ini mudah di beli.
      3. Racun Lasso ialah sejenis racun pracambah yang akan menghalang lalang bercambah. Susah sikit nak cari racun ini. Dan menyemburnya juga lain dari cara penyemburan biasa: kena jalan gostan iaitu dah spray tak boleh pijak.

      Baca semua label racun. Ikut arahan. Gunakan pakaian keselamatan. Jangan simpan racun – walaupun sekejap – dalam botol/bekas minuman – walaupun yang akan dibuang.

      Like

  2. awang alifah said

    racun harras diperkenalkan oleh rakan rakan saya yang mengusahakan kelapa sawit. mereka kata (mereka yang kata lah) pakai racun harras ni akan mematikan semua jenis tumbuhan apa lagi lalang. hasilnya akan tumbuh rumput padang (cowgrass) yang cantik dan menghijau tu pun kena tunggu berbulan jugak lah.. betul ke?

    Like

  3. Munzir said

    Salam tuan, ada sejenis rumput yang menyerupai rumput karpet, tapi daunnya tajam dan batanynya kemerah2an.
    kata orang itu rumput karpet liar. macamana nak bendung? rumput ni makin galak naik dan cepat menjalar atas rumpur karpet saya. harap dapat beri panduan.

    Like

    • mynormas said

      Salam En. Munzir,

      Hmmm… ada kemungkinan ianya adalah wild Serangoon.

      Tak banyak saya boleh bantu tuan. Saya cadangkan tuan teruskan merumpai secara mekanikal kemudian jaga rumput tuan dengan lebih baik. Maksud saya, potong rumput tuan setiap minggu dengan mesin yang ada tayar supaya ia tidak terlalu pendek. Cara itu, ia akan lebih padat dan rumpai liar akan payah untuk menjalar. Jika tuan jarang-jarang potong dan potong terlalu pendek (kerana guna mesin galas belakang) rumpai ini akan recover lebih dulu dan membiak sebelum rumput tuan dapat pulih.
      Selamat mencuba!

      Like

  4. mahyudin said

    salam tuan, saya telah menanam pearl grass di laman saya. masalahnya setelah lama, rumput rumpai dan tumbuhan lain tumbuh bersama. untuk merumput agak mustahil kerana rumput lain agak banyak. saya bercadang untuk menggunakan racun. apakah jenis racun yang sesuai untuk mengelakkan rumput mutiara saya mati tapi dalam masa yang sama membunuh rumpai dan tumbuhan yang lain. mohon penerangan lanjut dari tuan. tq

    Like

    • mynormas said

      Salam. Malang nya tiada racun selective utk Pearl grass dan Cowgrass.
      Tuan kena hand weeding ataupun tanam semula. Kali ini check nursery tu ada rumpai tak sebelum dia hantar ke rumah. Either that or masa penyediaan tapak, rumpai tidak di musnah kan.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: