Halaman Rumah
Mempunyai halaman rumah yang cantik dengan lanskap yang menarik pastinya menjadi impian hampir setiap tuan rumah. Selalunya sebahagian dari impian tersebut termasuk lah kawasan berumput yang cantik seperti permaidani di hadapan atau di keliling rumah. Alangkah indahnya meluangkan masa di waktu petang atau hujung minggu bersantai di padang rumput dalam halaman sendiri. Malangnya bayangan anak-anak berlari berkejar-kejaran di atas rumput kadang-kadang berselang seli dengan bayangan kerja-kerja berat menjaga kawasan rumput tersebut seperti memotong, membuang rumput liar, membaja (dengan tahi ayam?) dan sebagainya.
Sebagai seorang yang telah menjadikan penjagaan rumput sebagai suatu kerjaya, saya ingin menggalakkan penanaman rumput hiasan sebagai sebahagian besar dari pelan lanskap rumah kita. Kekadang kontraktor yang menjual bahan lanskap kepada kita akan menggalakkan kita untuk menanam pokok hiasan daripada rumput. Mungkin kerana ia lebih mudah atau keuntungan yang lebih?
Saya merasakan – terutamanya untuk halaman rumah teres yang besar nya seumpama stem pada sepucuk poskad – kawasan lapang yang di tanam dengan rumput lebih bermanafaat dari di tanam dengan pokok bunga yang kemungkinannya selepas enam bulan, sudah tidak terbela lagi.
Sebenarnya terdapat 5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah
1. Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita.
2. Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah.
3. Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Dengarkan lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita. Atau bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda? “Rumah Pak Leman? Abang jalan terus sampai nampak rumah ada rumput macam padang golf, selang tiga rumah lagi, itu lah rumah dia”
4. Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi.
5. Menaikkan harga rumah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai halaman rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding jika rumah tersebut di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.
Selain dari itu, penanaman rumput turf mempunyai faedah-faedah lain yang bersifat lebih umum; tidak terhad kepada halaman rumah. Jika kita mempunyai tanah halaman yang besar, atau kita inginkan alasan mengapa tanah lapang kepunyaan majlis daerah kita perlu ditanam dengan rumput, beritahu mereka tentang 10 Faedah Utama Rumput.
1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.
2. Mengurangkan habuk. Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.
3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.
4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya.
5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.
6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).
7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu.
9. Nilai hartanah. Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.
10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.
Spek said
sangat berguna – terima kasih kerana beri inspirasi
LikeLike
lina said
SALAM TUAN,
saya nak tanya, saya ada beli rumah kos rendah corner lot. Saya bercadang untuk tanam rumput. Apakah jenis rumput yang sesuai dan cantik?
LikeLike
mynormas said
Jika tuan/puan tidak mempunyai masa untuk menjaga halaman (di masa akan datang) saya cadangkan cowgrass. Kalau rajin sikit, maybe pearlgrass yang tak tahan panas dan basah.
Jika laman tuan/puan itu tidak mendapat cahaya matahari yang cukup (6-8jam sehari); jangan tanam carpet grass walau berapa pun discount nursery tu bagi. Tanam cowgrass atau pearlgrass.
Satu lagi nasihat free: tanam rumput kat tengah dan pokok hiasan dan bunga di sekeliling atau tanam pokok hiasan kat tengah (macam pulau) dan rumput kat keliling. Jangan dengar sangat tukang jual pokok, design sendiri you lanskap atas kertas guna prinsip dalam Rekabentuk lanskap; macamana nak mula dan apa & kenapa.
Selamat mencuba!
LikeLike
Zariah said
saya nak tanam rumput dibawah pagola saya. tetapi atas pagola tu ada polycarbonat. rumput jenis ape plg sesuai
LikeLike
mynormas said
Puan, yang pentingnya ialah rumput memerlukan matahari untuk hidup (cowgrass lebih kurang 6 jam dan rumput ‘carpet’ lebih kurang 8 jam). Puan perhatikan berapa jam matahari kah yang boleh di beri oleh pergola puan? Jika kurang dari 6 jam; boleh cuba Pearlgrass, but the area must be well-drained.
Selamat mencuba!
LikeLike
intan said
Nk tny. Saya baru tanam rumput philippines 3 mgu yg lepas. Tanam di celah pokok2. Ade spot hijau. Ade spot mcm kuning! Hijau nye sikit sgt! Sbb x cukup matahari ka? Mmg x kn hidup di celah pokok ke?
LikeLike
mynormas said
rumput philippines memerlukan 6-8 jam matahari untuk survive.
LikeLike
a.razak said
cik said… kalau saya nak cari rumput cowgrass dalam kuantiti yang banyak… cik said ada contact number ker?
LikeLike
mynormas said
Ada. I will email you contact later. Lokasi?
LikeLike
mulan said
As Salam Tuan,
Minta bantuan & nasihat Tuan. Saya nak tanam rumput di keliling halaman rumah. Tapi tanah tu kebanyakan nya tanah merah after construction yang juga dipenuhi dengan batu2 merah, rumput liar & lalang..
1) Perlukah saya buangkan tanah merah dan ganti dengan tanah lain untuk tanam rumput? Ada yang kata rumput liar lama akan kacau rumput baru.. Ada yang kata tabur kapur untuk neutralised tanah merah itu untuk suburkan semula..
TQs for sharing..
LikeLike
mynormas said
Tuan boleh dapat maklumat dalam ruangan “Penyediaan Tapak” dalam laman web ini.
Jika tanah merah itu berketul-ketul maka buanglah kerana ia akan menyusahkan kerja tuan. Jika ia boleh di ratakan, biarkan saja pun boleh (bergantung bajet). Rumput liar datang dari benih. Benih itu mungkin ada di tanah lama tapi ia boleh di lemaskan dengan selapis pasir baru (dengan syarat pasir baru takde benih sendiri).
Kapur di tabur untuk mengurangkan keasidan tanah (atau meneutralkan tanah). Ia adalah optional. Akar rumput taklah panjang sangat, jadi kalau tuan lapiskan pasir sebelum tanam, ia tidak lagi mustahak. Pasir construction (tapi tanpa butir besar yang akan berterbangan bila memotong) pun ok. Paling minima is 4 inci untuk berkesan.
LikeLike
Azman said
Taman dalam rumah 10 ‘ x 10 ‘ , dengan cahaya matahari terhad , lantai simen. Mohon pandangan Tuan jenis rumput yang sesuai.
LikeLike
mynormas said
Pearlgrass, dengan syarat tidak terlalu banyak air bertakung.
LikeLike
heiryati said
kalau saya nak cari rumput cowgrass dalam kuantiti yang banyak… cik said ada contact number ker?
LikeLike
mynormas said
Umm… cik said tu saper?
Tapi saya memang ada contact yang tak akan saya siarkan di sini. Hubungi saya di mynormasATconsultant.com
LikeLike
Salleh said
rumput apakah yang paling sesuai ditanam untuk halaman depan rumah teres yang jarang didiami krn byk outstation kerja.halaman tersebut kena cahaya matahari lebih kurang 6jam.
LikeLike
mynormas said
Cowgrass. Walau berapapun diskaun yang nursery nak bagi tuan, ataupun rumah Datuk mana yang dia pernah tanam atau janji-janji lain; cari cowgrass. Cari good cowgrass. RM2.50 sekaki. Suruh dia guarantee takde rumput liar lepas tiga bulan.
Ataupun tuan cari orang jaga. Mintak RM100 sebulan (bergantung pada saiz laman). Mesti jiran jealous.
LikeLike
heiryati said
cik said… kalau saya nak cari rumput cowgrass dalam kuantiti yang banyak… cik said ada contact number ker?
LikeLike
mynormas said
Ada, hubungi saya di mynormasATconsultant.com AT=@
LikeLike
tun norlela said
tuan..tumpang tanya..saya telah menanam cowgarss di seluruh halaman rumah (lot tepi) lebih kurang 3 tahun lepas.Masaalahnya banyak rumput liar tumbuh menjalar (daun halus-balus tapi akar panjang ke bawah, mcm tunjang) dan jenuh nak cabut.koloninya menenggelamkan cowgrass saya.apa perlu saya buat selain mesin dan cabut..terima kasih
LikeLike
mynormas said
Bunyinya macam rumpai jenis rusiga atau dikenali juga sebagai sedges.
Puan boleh cuba racun. Saya tak galakkan tapi itu satu alternatif. Yang paling kurang merbahaya (bukan TIDAK) ialah Almix. Puan boleh juga pergi di nursery atau kedai hardware dan tanyakan racun untuk sedges.
Sedges biasanya tumbuh di tempat basah; puan patut cuba buat pengudaraan tanah untuk mengurangkan pertambahan sedges di masa akan datang (yang dah ada tak kan kemana).
Selamat mencuba!
LikeLike
Bam said
Salam, Tuan, saya baru memasuki rumah baru Teres Setingkat End Lot.. Ada ruang Tanah di tepi 5 kaki lebar & panjang 70 kaki. Dari apa yg saya tahu, kawasan perumahan itu adalah di atas tanah gambut. Boleh berikan saya tips atau cadangan rumput apa yg sesuai utk saya tanam? Perlukah saya membeli tanah lain atau macam mana? Dari segi kelapangan memang agak terhad, saya bekerja & balik sampai rumah Isnin-Jumaat dalam 7pm begitu.
Thanks
Bam
LikeLike
mynormas said
Salam Bam,
Saya cadangkan tuan gunakan selapis pasir di atas tanah tuan. Saya pasti developer sudah pun letak tanah merah atau tanah biasa atas tanah gambut jadi tuan hanya perlu gunakan pasir untuk meratakan tanah tuan. Paling sedikit enam inci paling bagus duabelas inci. Jika tuan atau puan memang tiada masa untuk menjaga rumput saya cadangkan cowgrass dengan minima pokok bunga. Kalau nak bunga pun memadai yang senang jaga seperti bougainvilla ataupun Alamanda dan sebagainya. Amalkan yang minimalist atau ertikata lain; sempoi. Saya banyak tengok orang dengar nasihat dari landscaper atau dari nursery tanam rumput carpetgrass dan pelbagai jenis pokok. Cowgrass. Potong dua minggu sekali. Beli mesin tolak untuk exercise; potong tiap Ahad satu perdua dari kawasan tuan. Mesin tolak boleh di beli dari Ace Hardware store atau mesin potong letrik boleh di beli dari Giant dan atau Big (Carrefour).
LikeLike
ruhana said
as salam. sy hendak tanam rumput di sekeliling kubur anak d kawasan lapang yg kurg pokok2. rumput jenis apa yg tuan cadangkn?
LikeLike
mynormas said
Cowgrass puan, rumput carpet perlu di potong seminggu sekali. Cowgrass sebulan sekali. Cowgrass tahan redup dan tak perlu baja selalu.
LikeLike
rozma kadir said
salam,,
saya nak tanya kalau lantai bersimen boleh ker nak tanam rumput..x best tgk umah x der rumpaut..developer tak tinggalkan sket kawasan bertanah huhu..kalau bley tanam rumput jenis apa ?..
Thx..
rozma
LikeLike
mynormas said
Salam.
Boleh. Dengan syarat simen tu tak menakung air. Dan puan tak kisah nak tambun tanah 6 inci di atas simen (mungkin kena buat pengadang utk tanah tu).
Cowgrass, kerana akar pendek. Atau pearl grass.
Selamat Mencuba!
LikeLike
hayati said
Salam..halaman rumah sy ditanam dgn rumput pearl grass malangnya pd musim panas yg panjang awal tahun ni,rumput banyak menjadi kekuningan dan mati. Sy bercadang utk tanam kembali. Apa yg perlu sy buat dulu dan ada tak nursery area sungai petani, kedah yg menjual pearl grass dgn harga yg lebih murah?harap encik sudi bantu
LikeLike
mynormas said
Salam.
Satu cara lagi ialah dengan puan ‘mencuri’ rumput dari kawasan puan yg subur.
Curi rumput dengan cara korek dengan akar dan korek tempat yg dah mati dan tanam. Tempat di curi di tutup dengan pasir halus atau tanah hitam ( beli dalam bag kat Giant).
Curi hanya sebesar 2 inci x 2 inci. Rumput keliling akan cover balik lepas 1, 2 minggu. Tempat baru tanam pun sama. Tanam rumput baru supaya hanya ada 2 inci saja jarak tempat kosong. Kalau puan tak cukup rumput, buat mengikut fasa. Buat pelan pelan.
Satu cara lagi ialah beli rumput dari KL beberapa keping di dalam boot kereta. Dan buat cara sama: Potong kecik kecik dan tanam di tempat yg mati tu.
Selamat Mencuba!
LikeLike
Faridah Kamarudin said
Salaam. Saya tinggal dikediaman jenis semi-D. Disebelah tepi rumah saya, rumput yg di tanam banyak yang telah ditumbuhi oleh algae. Rumput nya adalah jenis carpet grass. Bagaimana kah cara untuk mengatasi nya dan perlukah saya tanam semula rumput?
Ada kah syarikat Tuan jugak memberi nasihat untuk menghias dan menanam tanaman hiasan yang sesuai di halaman rumah? Dan membekalkan sekali jika diminta?
Sekian. Terima kasih
LikeLike
mynormas said
Salam puan, algae biasanya bermakna kawasan tersebut mempunyai masalah drainage. Tanah puan mungkin padat dan air tidak tembus.
Jawapan utk soalan puan ialah ‘ya’ tetapi awas, saya akan mengutamakan rumput dari pokok. Tapi ini mungkin baik utk puan kerana mungkin masalah algae puan adalah di sebab kan terlalu banyak pokok. Kebanyakan nursery dan atau architect landscape akan pilih lebih banyak pokok kerana – spekulasi saya – ia lebih menguntungkan.
Di kawasan manakah rumah puan? Hubungi saya melalui mynormas @ consultant. com utk maklumat lanjut.
LikeLike
eddy said
Saya baru bercadang untuk membina sendiri landskap dan menanam rumput. Saya telah menggemburkan tanah dan membuangkan batu batu… Jenis rumput apa yang sesuai? Rumah saya lot corner dengan luas tanah 15kaki x 30 kaki. Cahaya matahari ada, cuma ada 1/6 bahagian akan redup apabila matahari diatas (tengahari)
LikeLike
mynormas said
En. Eddy, rumput carpet perlukan 8 jam matahari. Kalau tak cukup, ia akan jadi kurus dan panjang dan jarang-jarang. Saya cadangkan cowgrass. TETAPI saya cadangkan tuan pilih nursery yang jual mahal sikit dengan syarat tiada rumpai. Saya juga cadangkan tuan pilih sendiri rumput tu. Samada tuan ada di sana semasa mereka potong rumput utk di hantar ke rumah tuan, ataupun tuan beli sikit sikit rumput yang di jual di kedai nursery itu. Rumput cowgrass paling senang orang nursery sembunyikan rumput liar…
Selamat mencuba!
LikeLike
eddy said
Terima kasih atas nasihat tuan.jika berminat dengan rumput karpet, mcm mana penjagaan dan nasihat Tuan? Bagaimana pula dengan rumput mutiara?
LikeLike
mynormas said
Paling penting (dan paling biasa orang fail) ialah, rumput karpet mesti di potong seminggu satu atau dua kali (bergantung kesuburan) dan rumput mutiara boleh di potong sebulan sekali.
LikeLike
hanny said
Saya nak tanam rumput putting green sebahagian dri laman tepi rumah, plzz advice and where to buy??
LikeLike
mynormas said
You need 12 inci pasir, saliran dan juga 8 jam matahari sehari. Mesin potong sendiri punya coz kena potong at least 2 hari sekali. Mesin ‘rotary’ tak boleh sebab ketinggian potongan ialah at least 6mm (kelab golf potong serendah 3 atau 4mm).
I know of a good and cheap supplier if u want to continue.
Or you can try artificial grass: expensive to install but cheaper to maintain.
Let me know your decision by emailing me mynormasATconsultant.com replacing AT with @
LikeLike
zamri said
sy nk cadang nk hijau laman sy..ada x pembekal rumput karpet jenis japanese area sg petani
tq
LikeLike
mynormas said
Maaf. Saya tak kenal. Ada pembaca lain boleh recommend?
LikeLike
Ain A.Razak said
Salam tuan,
Saya bercadang utk menanam rumput philiphine. Apakah menanam rumput philiphine pada bulan nov nnti berisiko tinggi utk mati memandangkan musim hujan dan biasanya cahaya matahari agak kurang sepanjang musim tengkujuh. Apakah tindakan yg patut saya lakukan atau tangguhkan dulu, atau tanam pokok jenis lain sahaja? Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
Salam puan,
Buruk baik menanam di musim hujan bergantung kepada samada tanah puan ada saliran yg baik (air tidak bertakung) dan tanah rata (kurang hakisan).
Musim ini akan ber masalah kurang cahaya matahari hanya kepada rumput yg di potong amat rendah (<5mm).
Saya cadangkan puan guna Cowgrass sahaja. Beli dari nursery yg mahal sikit, pilih tapak yg bersih dari rumpai dan waktu dia nak tuai dan hantar ke rumah, puan harus ada di tapak nursery supaya dia tidak ambil dari tapak lain.
LikeLike
Ain A.Razak said
Terima kasih atas nasihat tuan.
LikeLike
Rizwan Ahmad said
As Salam tuan,saya ingin mengantikan rumput carpet dengan rumput cowgrass,perlukah saya membuang dulu rumput carpet,halaman rumah saya menerima cahaya matahari kurang dari 6 jam dan rumput carpet menjadi kurus dan panjang.
LikeLike
mynormas said
Salam, Cadangan yang bagus untuk gantikan dengan rumput Cowgrass. Bagus untuk buang rumput lama, tapi tak mesti terutamanya jika ia tidak tercemar dengan rumput liar lagi.
LikeLike
fauzi said
Salam tuan,sy menanam rumput philiphine,masalah sy rumput liar dh byk dn x tekawal,ada x cara lain selain mncabut secara manual?
LikeLike
mynormas said
Tiada cara lain yang berkesan. Racun tidak di syorkan di kawasan kecil dan belum tentu kekal lama.
LikeLike
Yusoff bin Osman said
Saya tanam rumput mutiara, selepas 4 bulan akad rumput kelihatan dipermukaan atas, menyebabkan kelihatan warna kuning akar kelihatan. Keadaan ini berlaku pada setengsh tempat sahaja. Mengapa keadaan ini berlaku dan bagaimana untuk atasinya?
LikeLike
mynormas said
Samada tuan potong terlalu rendah ataupun apa yang tuan lihat sebagai akar itu ialah mycelium kulat.
Kalau yang pertama, mungkin akan recover jika rumput dah established. Kalau yang kedua, rumput tuan mungkin akan mati dan kena tanam semula.
LikeLike
shaiful said
salam tuan, sya tgh buat tapak untuk tanam rumput( pearl grass) skrang ni sya letak tanah top soil, tp dlm tanah tu ada akar2 rumput yg kecil2…perlu di buang dahulu akar tu atau mcm mna?
LikeLike
mynormas said
Salam. Buang sebanyak mungkin. Ia mungkin menjadi tempat penyakit bila ia mereput. Penyakit jenis Fairy Ring akan bermula seperti ini.
LikeLike
Hizam Bin Yahaya said
Salam. Tuan saya ingin tanam cowgrass di kawasan 2700 kps(rumah). Boleh berikan nama kedai yg jual cowgrass dlm kuantiti tersebut. Penggunaan pasir, adakah suatu kemestian ? Berapa tebal diperlukan ? T.kasih atas kerjasama yg diberikan. En. Hizam..Kedah
LikeLike
mynormas said
Salam, maaf kerana lambat reply. Nama orang yang jual Cowgrass yang paling cantik yang saya pernah tengok ialah Richard Ho di 016-668 0870. Mahal sikit dari yang lain. Tak silap saya 90 sen sekaki persegi. Penggunaan pasir adalah optional tetapi bagus kerana air tidak bertakung di pasir dan pasir lebih mudah di bentuk/ratakan.
LikeLike
rika said
Salam.maaf mengganggu.boleh tak saya dapatkan wasap admin?byk yg ingin saya tanyakan.tq
LikeLike
mynormas said
Salam, maaf cik, saya lebih suka di sini atau di FB mynormas.com. Dengan cara ini, orang lain juga boleh mendapat manafaat dari perbincangan kita dan mungkin boleh menambah lagi pengalaman mereka.
LikeLike
azlan said
Assalamualaikum Tuan. Nak bertanya..knp ada sebhgn rumput cow grass yg sy tanam daunnya menjadi warna merah. Daun yg berwarna merah itu kawasan yg terdedah kpd panas cahaya matahari lbh dr 6 jam. Dan kawasan yg agak redup sikit..daunnya elok berwarna hijau
LikeLike
mynormas said
Waalaikumsalam.
Rasanya warna rumput merah itu akan bertukar normal, selepas beberapa bulan.
LikeLike
Lloyd's Landscaping said
Hi there, Great tips by the way and thank you. I did have a question though.
I’m hoping you can answer it for me since you seem to be pretty knowledgeable about gardening.
Is there a good go-to set of gardening tools
for kids or can they use real shovels, spades, etc?
If you had some insight I would greatly appreciate it.
LikeLike
mynormas said
Hi there. I have not seen any gardening tools for kids. I don’t think it is safe for them to use real shovels and spades. If you do want to interest them in gardening perhaps trowels or garden forks could be a good start. Under direct supervision of course. Or you could involve them in work that does not involve any tools at all for example weeding?
LikeLike
Zaki said
Sy ada laman rumah yg luas lbh kurang setengah ekar. Tanah sy jenis berpasir dkt area pantai. Skrg laman tu tumbuh dgn rumput liar dan seakan menjalar. Soalan sy..
1) rumput apa yg sesuai ditanam.
2) perlukah tanah berpasir itu dikorek dan ditambun dgn tanah sebelum tanam rumput.
3) rumput apa yg kurg mantainance.
Terima kasih.
LikeLike
mynormas said
1. Jika laman tuan terkesan dengan air laut, maka Zoysia (nursery panggil rumput Jepun). Jika tidak, Cowgrass.
2. Tak perlu
3. Cowgrass
LikeLike