Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

Cara-cara rumput membiak

Rumput membiak umumnya dengan dua cara utama:

Benih

 

Ini ialah cara yang biasa kita kaitkan dengan tumbuhan. Tanam bijibenih, kita akan dapat tumbuhan. Hasilnya akan bergantung kepada sifat ibu dan bapa tumbuhan tersebut dan kadang-kadang berlaku perbezaan diantara sifat anak dan ibubapa.

Benih anda boleh beli di Supermarket atas jenama “Bermudagrass” ataupun “Carpetgrass”.  Apa nama spesisnya? Ia memang menjadi misteri kepada saya.

Anda menanamnya dengan pertama, menyemainya dalam “petak semaian” dulu.  Terus menabur bijibenih rumput yang halus ni ke laman anda akan menggemukkan burung dan cacing (dan tokey supermarket tadi).

Petak semaian ialah apa2 petak atau kotak (contohnya kotak kasut yang besar).  Letak pasir, tanah “top soil” dan sedikiiiit baja organik.  Lebih kurang segenggam utk kawasan seluas 1 kaki persegi sedalam 6 inci jadilah.  Pastikan organik yang tak mengandungi kimia (Nisbah baja N:P:K jangan lebih 5:5:5) Gaul lebih kurang 2 inci kedalaman.  Tabur benih tadi dengan nipis.  Siram dan doa.  Tunggu ia bercambah dalam lebih kurang seminggu-dua. Bela dan belai rumput tadi sehingga ia tumbuh rapat dalam petak semaian.  Dalam masa 2 bulan anda boleh mengambil rumput tadi dan menanamnya secara vegetatif ke laman anda yang masa ni dah mula ditumbuh oleh rumput lain.

Anda boleh mencuba tanam terus ke laman, utamanya jika anda adalah pemilik rumah teres dengan laman sebesar stem pos. Terus terang sebenarnya saya tak pernah berjaya.

Tapi … selamat mencuba.

Vegetatif

Melalui bahagian-bahagian tertentu rumput tersebut. Biasanya stolon atau rhizome. Cara ini biasa dilakukan untuk rumput-rumput hybrid (kacukan) yang biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan ibu/bapa.

Stolon ialah sejenis akar yang menjalar di atas permukaan tanah. Rhizom ialah akar yang menjalar di bawah permukaan tanah.

Tiap jenis rumput akan mempunyai sifat “stoloniferous” atau “rhizomatous” yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan.

Pucuk daun atau akar akan keluar dari nod.  Jika stolon atau rhizom ni mempunyai nod dan jatuh di kawasan yang mempunyai sekitaran yang sesuai; ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru.

Jika anda tanam dengan cara sprig; iaitu mengambil cebisan dari rumput dan tanah dan menanamnya, ia akan memulakan hidup sebagai suatu rumpun baru dan akan cuba untuk menjalarkan stolon dan rhizom di sekitarannya.

 

Stolon rumput Bermuda atau carpet

Stolon rumput sedia untuk di tanam.

10 Responses to “Cara-cara rumput membiak”

  1. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk stolon membiak/ menjalar/ menjadi satu koloni yang lebih besar??

    Like

    • mynormas said

      Bergantung kepada jenis rumput, kesihatan, kesesuaian tanah, kesuburan tanah (tanah mungkin subur tapi tak sesuai kerana lembab dan sebagainya). Jika semua keadaan bertepatan, rumput jenis Bermuda dan Cowgrass boleh tumbuh dua kali ganda dalam sebulan; Zoysia dan Serangoon mungkin 2 bulan.

      Like

  2. zam said

    boleh saya tahu dimana ada jual bijibenih rumput karpet dan anggaran harganya zam 0195058316

    Like

    • mynormas said

      Saya ada membeli benih rumput lama dahulu (+-20 tahun dulu di Trengganu). Ia dijual bersama-sama dengan benih bayam, kangkong dan sayuran lain. Masalahnya ialah sebelum boleh menanam di laman, kita kena semai beih di tapak semaian dahulu. Tuan boleh guna kotak kasut atau apa-apa kotak asalkan tidak takung air. Lepas tu bila rumput dah besar baru boleh pindahkan ke laman. Kalau tanam terus ke laman, ia akan menggemukkan burung dan semut. Satu lagi masalah ialah kita tak tahu hasilnya nanti macamana kerana kita tak kenal ‘mak-bapak’ nya melainkan dari gambar kecil kat label bungkusan.

      Tapi kalau tuan nak cuba, carilah kat pasaraya (Giant atau Tesco) atau kedai hardware besar (seperti ACE)

      Like

  3. Mohamad faizal Suleiman said

    Assalam…
    Saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan artikel serta pengalaman saudara …memandangkan saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk menyenggara rumput di UTM Johor Bahru dengan mengawasi tender kontraktor .Dan setelah membaca dapatlah serba sedikit pengetahuan tentang rumput hasil dari pengkongsian pengalaman saudara itu.
    Cuma apa yang saya nak tahu lebih lanjut adalah berkenaan pembajaan rumput.Boleh tak saudara cadangkan apakah jenis baja yang bersesuain untuk rumput dikawasan UTM yang saya pasti banyak rumput dari jenis cow grass.
    Dalam spesifikasi kontraktor diminta untuk membuat pembajaan dengan kaedah dan jenis baja dibawah:-
    1) Lesco 18:24:12 tujuan utk pertumbuhan akar
    2) lesco 24:5:11 tingkatkan foliage ,
    3) Calrite /CaCo3 utk kawasan compacted area …,
    4) Primer select/wetting agent tujuan utk pelembap tanah dan tingkatkan struktur tanah,
    5) zeolite/clinoptillolite untuk mengurangkan dan mengekalkan kadar kandungan nutriet serta meningkatkan kualiti tanah dan
    6) platinum iron edtha elakkan jangjkitan lecuh dan kerosakan daun..
    Soalan saya apakan betul peranan baja yang saya tuliskan diatas?
    soalan saya boleh tak saudara cadangkan jenama baja yang setaraf dengan yang saya senarai diatas.?
    Dimanakah lokasi supplier baja yang membekal kan baja rumput?
    Semoga mendapat kerjasama dari saudara..dan diucapakan terima kasih terima kasih

    Like

    • mynormas said

      En Faizal,
      Selalunya kuantiti dan jenis baja yang di perlukan di tentukan oleh jenis rumput, tanah, cuaca dan juga kegunaan rumput tersebut. Umumnya kalau Bermudagrass, kami selalu gunakan ‘rule of thumb’ sebagai 600g Nitrogen per 100 meter persegi per 30 hari. Lain-lain nutrien (rumput memerlukan 16 – 17 jenis nutrien) biasanya ditentukan melalui ujian tanah (soil test). Kalau tak dapat soil test, saya akan – biasanya – gunakan Kalium K sama banyak atau lebih bebanding dengan N. Fosforus P di perlukan dalam kuantiti sedikit kerana tanah memang mempunyai P secara semulajadi dan P paling mudah mencemar alam sekitar. (Kolam dekat situ ada banyak algae/rumpaiair tak?). Saya akan gunakan baja high P hanya sekali atau dua kali setahun. Saya biasa gunakan 11:55:0. Satu lagi plihan ialah 18:46:0 tapi baja ini ketulan besar.
      Sekali imbas pandang saya nak kata tuan nampaknya macam dah terlalu banyak baja. Tapi bila saya fikir balik, tuan tidak pula memberitahu tentang berapa banyak baja yanga akan digunakan. So kalau kontraktor hanya gunakan satu bag 22.68kg (= 50 pound sebab baja usually from US) untuk seluruh kawasan then ia tak lah pulak banyak sangat, infact sikit sangat lah pulak.
      Tuan, spesifikasi yang saya syorkan ialah dengan dua cara:
      1. Meminta kontraktor membuat soil test dan membuktikan berapa banyak baja/nutrien yang di perlukan oleh rumput.
      2. Membuat spesifikasi dengan menggunakan unit luas kawasan dan juga masa. Contohnya: gram per 100 meter persegi per bulan.

      Semua baja akan datang dalam bentuk yang mempunyai sukatan N:P:K iaitu makro-nutrien yang di perlukan oleh tumbuhan. Satu lagi yang bagus untuk pengetahuan baja rumput ialah sifat ‘slow-release’ yang ada pada baja tersebut. Sekarang vitamin manusia pun dah ada sifat slow-release ni. Ertinya begini, kalau kita tak guna vitamin slow-release, maka vitamin yang banyak kita makan yang tak dapat di hadam oleh perut akan keluar sebagai air kencing. Jadi pada bag baja biasanya akan tertulis peratusan slow release. Saya biasa gunakan 50% slow release untuk padang. Ertinya, 50% dari nutrien akan dilepaskan serta merta dan 50% lagi akan di lepaskan secara perlahan-lahan selama 2-6 minggu (terpulang pada faktor jenis, harga dan cuaca pulak).
      Sekian, tuan boleh cuba juga cari lebih maklumat di laman web saya.

      Like

  4. Muhammad Arif said

    AlhamduLILLAH terima kasih tuan infonya

    Like

Leave a comment