Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Rumput Cinta. Bab 2

Posted by mynormas on April 6, 2020


Ini adalah bab 2 dalam siri cerpen tentang Roslan, seorang penjaga rumput yang berpengalaman dan mempunyai padang bermasalah sewaktu PKP di Malaysia April 2020. Walaupun tempat kerja Roslan ialah padang golf, tetapi banyak ilmu nya boleh di aplikasi di padang rumput lain. Sila klik sini untuk Bab 1. 

Dengan perlahan dan terdingkut-dingkut Roslan berjalan menuju ke pejabatnya. Dia menyuruh Rose untuk terus balik. Dia tidak mahu Rose risau dan dia tidak mahu isterinya melihat dia bersusah payah ke pejabat.

Dari ekor matanya dia boleh lihat dua orang pembantunya Chong dan Balan berjalan ke arah pejabatnya juga. Sebaik sahaja Roslan duduk di kerusinya, dia lihat Chong dan Balan sudah duduk di kerusi di hadapannya “Aik” kata Roslan “laju nya korang” atau mungkin aku yang slow, bisik hati kecil Roslan. Mereka berdua hanya tersengih.

“Morning boss” kata Chong “good mornng sir” sahut Balan.

“Apa yang good with the morning?” kata Roslan “What is the story with my golf course?”

Kedua-dua pembantunya serentak bercakap, malah menaikkan suara untuk menenggelamkan cerita kawannya. Roslan angkat tangan kanan nya, mendiamkan mereka berdua.

“Sorang-soranglah. Chong dulu. Ringkaskan cerita”

“Bos, green di South course secara umumnya adalah okay, rumput memang panjang tapi rumpai banyak gila. Tak tahu bila boleh siap weeding”

“Tak ada tanda atau simptom penyakit? Tak ada rumput mati? Coklat ke?”

“Tak ada bos. South Course tak ada. North Course ada” kata Chong sambil menjeling ke arah Balan, yang mengangguk dengan muka sedih “green 16 adalah sikit rumput dah tukar coklat, mungkin kerana kering di belah atas slope. Tempat yang sama macam jadi masa kemarau tahun lepas”

Roslan tahu tempat yang Chong maksudkan. Arkitek yang mereka padang ini telah membuat suatu tebing yang curam di tengah green. Setiap kali Chong menyiram kawasan itu, air akan mengalir turun dari tebing dan tidak masuk ke dalam tanah. Selama ini, ia hidup dengan cara penggunaan ajen pembasah dan pengudaraan tanah yang kerap. Itu, dan satu lagi kawasan di green 4.

Roslan faham kenapa South Course kurang menghadapi masalah berbanding dengan North course. Dalam kedua-dua 18 lubang yang ada di kelab golf itu, pengurangan bajet menyebabkan dia terpaksa mengutamakan salah satu sahaja dari kedua-dua mereka. Kenapa South Course? Kerana ia lebih panjang dan lebih digemari oleh pemain – terutamanya VIP. Selama dua tahun kebelakanagn ini rumput di South Course mendapat lebih banyak baja, lebih ramai pekerja dan lebih kasih-sayang berbanding North Course.

“Bagaimana tentang pemotongan? Berapa panjang rumput atas green?”

“Giler punya tinggi boss. Sebelum PKP kita potong pada 4mm. Seperti yang kita bincang dulu, saya adjust pisau kepada dua kali ganda iaitu sampai 8mm pun potong banyak sampah lagi. Tapi di North Course sampah tak banyak sangat”

Itu kerana kita kurang baja di NC, fikir Roslan. Sedangkan warna rumput di SC lebih kurang sama saja dengan SC. Dia perlu berhati-hati dan tak aplikasi terlalu banyak baja semata-mata kerana cadangan supplier.

“I cadang untuk potong pada 8mm beberapa hari sampai sampah kurang, lepas tu buat dethatching untuk tegakkan rumput lepas tu turunkan pisau kepada 7mm beberapa hari, lepas tu 6mm lepas tu 5mm, dethatch lagi lepas tu turun 4mm. Okay tak boss?”

“Okay” jawab Roslan “bunyi macam betul, perhatikan warna rumput. KALAU kau potong banyak sangat daun, nanti rumput jadi coklat sebab yang tinggal hanya batang rumput. Lepas tu rumput nak buat fotosintesis macam mana? Kalau sampai jadi macam tu, jangan teruskan, panggil saya, kita discuss; nak teruskan atau nak naik balik pisau”

“Baja?” tanya Chong.

“Turunkan pisau sampai 5mm baru kita cerita baja macam biasa. Kalau sebelum tu nampak macam dah kuning dan perlukan baja tambahan, gunakan baja foliar untuk sementara. Kalau baja foliar tak ada dalam stok, tak baja pun tak apa. Tempat kering macamana?”

“I dah buat manual solid-tine dan sembur wetting agent. Saya monitor”

“Fairway?”

“Fairway lagi teruk panjang rumputnya dan lagi banyak kawasan kering. I tahu kita patut slice supaya air boleh masuk tempat kering tapi kita tak cukup traktor boss, so saya guna traktor untuk potong dulu. Tempat kering saya hantar orang sembur wetting agent guna knapsack sprayer lepas tu siram dua tiga kali sehari.”

un cut grass rough tee (1)

“Okay good. You seem to have everything under control” puji Roslan “Bila boleh buka untuk digunakan?”

“En Hisham dah suruh bukak dari semalam boss”

Roslan mencebik bila dengar nama Hisham. Hisham adalah pengurus Jabatan Golf dan bertanggungjawab dalam penggunaan kedua-dua 18 lubang di kelab itu. Semenjak dia mula bekerja, terdapat usaha dari pihak Hisham untuk mempastikan bahawa semua kerja di jabatan Roslan, malah di semua jabatan di kelab itu, mengikut telunjuk dia.

Roslan tahu dia akan ada masalah kalau dia tidak dapat mengawal keadaan di padang; suatu rebutan kuasa akan berlaku. Hisham akan minta supaya Jabatan Penyelenggaraan Padang diletak di bawah pengurusan dia.

Roslan tiba-tiba ingin bangun dan masuk ke padang. Hanya fikir saja pun dah buat dia rasa sakit. Dia tak sedar kesakitan itu dapat dilihat di mukanya.

“Boss okay?” tanya Balan.

“Saya okay” tegas Roslan.

“Muka nampak macam tak okay?” Balan sudah hampir berdiri untuk membantu.

“AKU OKAY!!!” jerit Roslan, mukanya berubah merah “Dengar sini. SC dijaga lebih baik jadi ia lebih tahan dari NC” Dia mengira di jarinya “Satu: South Course dipotong lebih kerap; contoh: fairway potong dua kali seminggu tapi North Course satu kali. Dua: Kita guna lebih banyak baja di SC. Tiga: South Course ada lebih banyak mesin dan lebih banyak pekerja dan…

Empat: SC di hollow-tine dan hias-atas lebih selalu. Sorry Balan. Aku kena fokus pada SC dan pastikan SC boleh dibuka dulu”

Wajah Balan menggambarkan kesedihan bercampur marah “Bukan salah…”

“Memang bukan salah kau” Roslan menyampuk “aku tahu” dia kemudian melembutkan suara “Itu, aku yang mahu. Aku perlu cut cost tapi dimasa yang sama kita kena tunjuk yang kita boleh buat kerja dan jadikan padang cantik. Kita mahu pengurusan bagi kita duit. Kalau dua-dua padang tak cantik, tu maknanya kita tak tahu kerja. Kalau satu cantik, kita boleh kata itu kerana majoriti bajet telah pergi ke padang itu”

Dia menarik nafas dalam “75% dari bajet kita pergi ke South Course”

Pejabat Roslan menjadi senyap. Chong nampak gelisah, Balan hanya diam memerhatikan sesuatu di lantai di hadapannya.

Tanpa dia sendiri tahu alasannya, Roslan mula merasakan api kemarahan di dalam dirinya. Dia bukan tak suka Balan, tapi dia rasa Balan ni banyak cakap. Dia masih muda, masih ada harapan. Hari ni, Roslan rasa malas nak layan. “Macam ni lah. Kita sambung kemudian. Saya nak masuk cek padang dulu”

Roslan bangun, terasa sakit dan jatuh terduduk dalam kerusinya semula. Kali ini, semua orang tidak bersuara. “Keluar!” perintah Roslan dan kedua-dua mereka patuh.

Roslan menutup muka dengan tangannya dan cuba untuk menenangkan perasaan. Dia terdengar bunyi ketukan perlahan di pintunya. Nina masuk.

Nina.

Dia berjalan dan duduk dihujung meja mengadap Roslan “Okay ke? Saya dengar ada suara orang menjerit”

Roslan hanya mampu mengangguk. Dia tak tahu apa nak kata. Bukan sahaja lidah dia kelu tapi otak dia pun jadi beku bila berhadapan dengan Nina. Terutama sebegini dekat. Bau Nina… Roslan rasa bingung. Bukan bau Nina tapi kehadirannya. Rambutnya. Senyuman nya.

Nina menyentuh pipi Roslan “Belakang sakit lagi?”

“Sakit” sebahagian dari Roslan mahu mengelak dari Nina tetapi sebahagian dari dirinya mahukan lebih lagi. Dia tahu ini salah tapi dia terlalu lemah untuk menolaknya. Dia menggelengkan kepala dengan harapan otaknya menjadi kurang beku dan lidah kurang kelu. “Saya nak masuk padang”

“Awak tak boleh pandu bugi tu lagi. Biar saya yang pandu. Saya bawak awak. Ya?” Nina memegang tangan Roslan.

Roslan mengangguk.

Bersambung…

Pastikan anda follow laman web ini atau FB mynormas.com untuk cerita selanjutnya. 

Belanja minum?

Derma untuk belanja saya dan memberi lebih tenaga supaya lebih kreatif!

5.00RM

Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kena-mengena dengan sesiapa atau apa-apa samada yang hidup, mati, belum wujud, dah bankrap atau sebagainya. Jika terdapat sebarang persamaan; ia adalah kebetulan semata-mata.

Segala nasihat atau petua yang diambil dari cerita ini adalah dalam konteks padang ini dan digunakan atas tanggungjawab pembaca sendiri.

 

5 Responses to “Rumput Cinta. Bab 2”

  1. […] Bersambung ke Bab 2 […]

    Like

  2. […] dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1 dan Bab 2 dalam laman web […]

    Like

  3. […] akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2 dan Bab 3 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB […]

    Like

  4. […] akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2, Bab 3 dan Bab 4 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB […]

    Like

  5. […] akan dicerita dari kacamata AhSeng, dan dalam bahasa Inggeris dari kacamata Roslan. Dapatkan Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4 dan Bab 5 dalam laman web ini. Utk tidak ketinggalan, Follow laman web ini atau FB […]

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: