Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Hias Atas (Topdress)

Posted by mynormas on March 8, 2016


Jika padang atau laman tidak rata, antara perkara pertama yang akan di lakukan ialah memijak, menghentak ataupun menggelek tempat tinggi supaya ia sama rata dengan tempat rendah. Ia adalah tindakan naluri tetapi jika di lakukan berulang kali ataupun jika tanah tersebut adalah tanah liat ataupun jika penggelek tersebut adalah terlalu berat; kawasan yang tinggi itu akan menjadi mampat dan kawasan yang lembut akan menjadi lembang atau lembah. Bagaimana pula dengan permukaan berlekuk yang tidak kelihatan di bawah rumput? Bagaimana tentang bekas tayar kenderaan, tapak kaki dan sebagainya yang menyebabkan lekuk atau galur? Bolehkan di gelek, di hentak ataupun di pijak? Memperkenalkan ‘hias atas’ ataupun dalam bahasa Inggeris; topdressing.

Atas permintaan beberapa pihak, saya ingin menulis tentang kerja topdressing atau istilah  yang di cadang oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan di gunakan di Indonesia, Brunei dan Malaysia; ‘hias atas’.

Kita mungkin rasa perkataan ‘hias atas’ itu adalah pelik tetapi kalau kita sebagai petutur bahasa inggeris, perkataan ‘top dress’ yang di gunakan dalam bidang pertanian juga adalah janggal (pakaian atas?). Secara definasi nya perbuatan ‘topdressing’ yang saya akan sebut sebagai hias atas mulai sekarang ialah perbuatan menabur selapis bahan, samada baja, pasir, atau apa pun di atas permukaan tanah dengan banyak dan kemudian meratakan.

Dalam konteks penjagaan rumput, perbuatan hias atas di buat untuk membuat tiga keadaan:

  1. Meratakan dan menghilangkan lekuk lekuk di permukaan tanah.
  2. Menambah nutrien atau menukar zat (contohnya pH) tanah.
  3. Menukar sifat, struktur atau profil tanah

Hias atas untuk meratakan permukaan.

Lekuk lekuk di atas permukaan tanah akan berlaku akibat permainan, bekas tayar mesin potong ataupun kerja-kerja penyelenggaraan biasa seperti merumpai, menyembur racun dan sebagainya.

Kerja hias atas akan di tabur samada di seluruh permukaan tanah (hias atas keseluruhan) ataupun hanya di lokasi tertentu (hias atas setempat) yang di syakki mempunyai masalah lekuk sahaja. Bahan yang biasa di gunakan ialah pasir kering kerana pasir lebih mudah untuk di ratakan.

DSC_0347

Hias atas keseluruhan sebuah padang bola.

DSC_0216

Hias atas setempat (kawasan lekuk sahaja)

Pasir akan di tabur menggunakan mesin ataupun tangan dan kemudian, menggunakan alat khusus iaitu lawn leveller, papan yang rata ataupun sejenis tikar besi, pasir akan di tarik dan di tolak supaya pasir yang berada di kawasan tinggi masuk ke kawasan rendah.alat tool topdress rata

Hias atas utk menambah nutrien atau menukar zat tanah.

Kadang kadang pembajaan atau pemupukkan perlu di lakukan secara menyeluruh dan perlahan. Ini lazimnya di lakukan dengan baja/pupuk foliar tetapi di lakukan dengan baja organik kerana baja organik juga mempunyai sifat ‘lepas lambat’ atau slow release. Selain dari itu kadang kadang zat tanah yang contohnya terlalu berasid juga memerlukan hias atas menggunakan kapur tertentu. Ia tidak di anggap sebagai baja atau pupuk kerana ia di tabur untuk pengubahan tanah, bukan memberi nutrien kepada tumbuhan.

Hias atas untuk menukar sifat atau profil tanah

Tanah yang terlalu berpasir mempunyai sifat terlalu berliang (porous), menjadikan ia cepat kering dan tidak mampu ‘memegang’ nutrien lama.  Jadi hias atas selepas proses pengudaraan tanah di lakukan akan menggunakan bahan yang mempunyai sifat yang berlawanan dengan pasir samada tanah ataupun bahan tidak organik seperti zeolite ataupun bahan asli seperti sekam padi dan sebagainya. Biasanya lebih dari tiga kali di perlukan untuk menukar sifat tanah. Hias atas mestilah di lakukan dalam kuantiti yang cukup untuk masuk ke lubang pengudaraaan jika partikel baru adalah lebih kecil dari partikel sedia ada di permukaan.

Syarat-syarat hias atas

  1. Bahan yang di gunakan untuk hias atas tidak mempunyai saiz partikel yang lebih kecil dari bahan yang sediada di permukaan sekarang. Penggunaan pasir yang lebih halus dari dari pasir sediaada akan menyebabkan pasir baru masuk ke celah rongga dan menyumbat pergerakan air dan nutrien ke bawah.

    the 'layering effect'

    Pelapisan akibat hias atas tebal.

  2. Hias atas tidak boleh di lakukan terlalu tebal hingga ia melemaskan rumput dari mendapat cahaya matahari ataupun menjadi punca pelapisan atau layering. Pelapisan terjadi bila hias atas baru terlalu tebal dan menyekat pergerakan udara kebawah (walaupun partikel baru lebih besar dari partikel lama).
  3. Jangan siram terlalu lama ataupun lakukan hias atas sewaktu musim hujan, faktor air mengalirkan pasir mesti di ambil kira.

Cara-cara hias atas

  1. Tabur pasir ke atas permukaan yang perlu di hias atas
  2. Tolak dan tarik pasir di atas permukaan supaya ia masuk ke lekuk dan turun dari tempat tinggi.
  3. Siram sedikit supaya pasir turun ke bawah.

alat tabur topdress

Kekerapan hias atas

  • Untuk kawasan yang mempunyai pemotongan amat rendah seperti di atas green di padang golf atau lawn bowl yang mana potongan ialah di antara 3-8mm, hias atas boleh di lakukan dengan amat nipis seminggu sekali.
  • Kawasan penting seperti depan pintu gol, wicket cricket ataupun green padang golf yang di potong agak tinggi, hias atas boleh di lakukan sebulan sekali.
  • Untuk kawasan yang menerima permainan lasak seperti di tee padang golf, tempat keluar masuk di taman atau halaman dan kotak penalti; juga sebulan sekali.
  • Untuk kawasan luas tetapi penting seperti fairway (atau mungkin zon pendaratan bola sahaja) seluruh padang bola dan sebagainya; hias atas di lakukan setahun sekali bersama sama dengan pengudaraan tanah atau dua kali setahun.

Copyright and please click

 

4 Responses to “Hias Atas (Topdress)”

  1. […] seharusnya merangkumi kerja kerja amalan kultura seperti pengudaraan padang, pemotongan menegak, hias-atas, aplikasi nutrisi (pembajaan) selain dari kerja pembaikan kerosakan, pembuangan sampah dan […]

    Like

  2. […] hias atas (orang dulu kata topdressing) iaitu menggunakan lapisan pasir nipis untuk mengisi kawasan lembah […]

    Like

  3. […] pengudaraan tanah, hias atas dan nyahthatch akan membantu mengawal kuantiti thatch. Jika anda rasa penjagaan padang hanyalah […]

    Like

  4. […] terdahulu tentang Hias Atas, Raja Gelek dan Ratu […]

    Like

Leave a comment