Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Siram rumput

Posted by mynormas on February 7, 2014


Sprinkler irrigation in a golf course

Proses penyiraman padang golf

Menyiram adalah aktiviti ‘instinct’ penggemar rumput ataupun lanskap. Lebih dari membaja atau memotong. Mungkin kerana ia paling mudah atau paling murah atau kerana kita juga boleh merasa dahaga kita boleh empati dengan rumput yang kekurangan air.

Watering is an instinctive activity for most grass or landscape owners; especially in the Malaysian context, 2,500mm of rain notwithstanding. Whether a 200 acre golf course or postage stamp lawn, we water our lawns regularly. Two days of no rain and we would be watering our grass even if looks like it will rain later in the day.

I am arguing that the timing and schedule of watering needs to be examined.

  1. Lets not water late in the evening. Watering in the evening causes the water to left in the soil when the weather is cool and in Malaysia; humid. Damp and wet soil conditions too often can lead to diseases and algae. Plus, we are watering AFTER the grass have dehydrated! Water in the morning so that there will be water in the soil for the grass when the sun is heating up.
  2. Don’t water every 24 hours or any other regular schedule. Water deeply and irregularly. Keep in tune with the water needs of the grass, don’t stress them too much but don’t water them too easily too; we want the grass to have deep roots.
  3. There is another method called ‘syringing’ especially for grass that is cut at a low cutting height. Its about ‘wetting’ the grass when the sun is at its hottest. Don’t worry about what you read that the sun will turn the water droplets into magnifying glass type of concave lens and focus the ray onto the leaf; the water will evaporate before any major damage is done.

Kebanyakkan kita menyiram rumput, terutama nya masa baru tanam. Ini bagus. Tetapi pada pandangan saya, kebanyakkan orang terlalu banyak siram dan ‘timing’ siram juga salah. Saya mempunyai beberapa pendapat.

  1. Siram di waktu pagi. Dengan cara ini air akan ada di dalam tanah bila tiba tengahari dan matahari terik. Menyiram di waktu petang pada hari panas ibarat memberi air kepada orang yang dah nak mati kehausan. Menyiram di waktu petang juga mengakibatkan tanah basah di waktu malam yang akan menggalakkan penyakit dan lumut.
  2. Siram ikut keperluan. Bila siram, siram banyak (supaya air masuk jauh ke bawah) dan jangan siram ikut jadual. Menyiram ikut jadual menyebabkan kita siram waktu air masih ada dalam tanah dan ini 1. membazir dan 2. memanjakan rumput. Rumput tidak belajar untuk mencari air. Check tanah, dengan cara memijak ataupun mengorek sedikit dengan jari untuk tengok basah atau tidak.
  3. ‘Syringe’. Kadang kadang, matahari terlalu terik dan kita kesian kat rumput yang layu. Cahaya matahari juga boleh membakar pasir topdressing kita dan mematikan akar rerambut (root hair) di permukaan atas tanah. Apa yang saya cadangkan – terutamanya rumput yang di potong pendek dan kawasan terdedah – ialah menyejukkan rumput dengan siraman lima minit ataupun dua pusingan penuh sprinkler pada waktu tengahari dan awal petang. Jangan takut pada teori bahawa air akan bertindak sebagai kanta untuk cahaya matahari membakar daun; kalau ia dah panas macam tu, air itu akan melowap.

Jika rumput anda telah kuning akibat kurang siram; kemungkinan besar ia tidak mati, hanya menjadi dorman. Teruskan siram supaya ia tidak mati terus. Bila cuaca dah sesuai, insya Allah ia akan baik semula.

4 Responses to “Siram rumput”

  1. SK said

    Salam Dr.,
    Side track a bit…. Does these watering rules applied to flowers as well? Particularly water deeply to encourage roots growing. Thanks!

    Like

    • mynormas said

      Ummm… to a certain extent I guess. Water irregularly and deeply has been practiced by golf courses for a long time, and I believe that includes their landscape team too.
      Any landscape experts atau pakar pokok bunga yang nak komen?

      Like

  2. awang alifah said

    penyiraman perlu ke betul betul sekata? ada tempat yang kena ada tempat yang tak kena. tq

    Like

    • mynormas said

      Tak perlu. Ada tempat perlu lebih dan ada tempat perlu kurang. Ada tempat perlu selalu dan ada tempat perlu jarang2. Test the area dengan cara cucuk dan check samada tempat tu masih basah 2 inci bawah or not. Tempat berbukit mesti siram sikit tapi selalu. Jika siram banyak, air tak serap masuk, tapi akan mengalir ke bawah bukit.

      Like

Leave a comment