Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Menanam dari benih

Posted by mynormas on February 14, 2012


Saya ada membeli benih rumput which sounded coming from Bahamas? jika saya tidak silap….dari pasaraya .bagaimana cara yang paling effective untuk menanam rumput ini

Mungkin anda maksudkan dari Bermuda, sebuah kepulauan yang berdekatan dengan Bahamas. Beberapa spesis Bermudagrass ini memang boleh ditanam dari benih. Saya pernah cuba sekali 20 tahun dulu tanpa berjaya.

Ringkasnya, anda perlu semai benih ini dalam kotak (atau tapak) semaian dulu. Mudah saja bunyinya. Sediakan satu kawasan dan sediakan tanah sama macam anda buat untuk pokok lain. Tanah bakar, top-soil, semua boleh. Cuma anda perlu sediakan dalamnya takat 1-2 inci pun cukup. Siram dan baja. Jangan guna baja butir kimia buat masa ini. Baja organik atau baja foliar pun ok.

Dalam 3-4 minggu atau 3-4 bulan, anda akan dapat rumput yang padat, insya-Allah. Dari situ, dapatkan sprig dengan cara memotong tanah yang di ambil dari kotak semaian tadi sebesar 2 inci x 2 inci, membasuhnya hingga tanah semua hilang dan mencerai-ceraikan rumput sebesar jari untuk ditanam di halaman anda. Cara ini di namakan menanam cara sprig. Jarak antara sprig ialah lebih kurang 2-4 inci (lebih rapat lebih cepat ia cover seluruh halaman anda).

Sebenarnya, short cut kerja ini ialah, beli sod rumput Bermuda dari nursery. Beli 2 x 2 kaki persegi, bawak balik, potong kecik sikit supaya senang nak handle, basuh dan cerai-ceraikan rumput tadi dan tanam akarnya ke dalam tanah kawasan yang anda nak tanam.

Kelebihan cara short cut ini ialah; tak payah tapak semaian dan anda boleh tengok sifat-sifat rumput yang anda nak di nursery lagi.

Anda boleh juga menabur terus benih rumput ini terus ke tanah, dan tutup dengan lapisan pasir dan atau netting. Walaubagaimanapun saya berpendapat ini akan menggemukkan burung yang akan memakan benih (dan tokeh pasaraya tadi). Tambahan pula, anda tidak dapat menjaga apa yang jadi pada benih rumput yang halus di tanah yang luas, samada ia kekeringan, hanyut di bawa air, ataupun dah mati.

Selamat mencuba!

4 Responses to “Menanam dari benih”

  1. Hamzah bin Najid said

    Assalamualaikum…kepada saudara/ saudari mynormas, saya sangat berterima kasih sbb byk info yang saya dapat melalui penulisan ini…di sini saya ade sedikit kemusykilan..saya&keluarga baru sahaja berpindah ke rumah baru kami..alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., kami berjaya membeli & memiliki sebuah rumah akhirnya..rumah baru kami ini merupakan corner lot, dan showhouse, dimana bahagian lawn tu dah siap dengan rumput ‘carpet’….cuma masalahnya, walaupun selepas dipotong, terdapat rumput2/ lalang2/ pokok2 semalu/ daun2 rumpai yang tumbuh merata di celah2 rumput ‘carpet’ tu…
    Sebelum saya membaca penulisan ni, saya telah pun membeli sejenis racun rumpai berjenama ‘Wesco’ kalau xsilap…dan saya pun ‘spray’ specifically pada tumbuhan2 tersebut menggunakan penyembur kecil (mcm spray masa nak iron baju)…setelah 4-5 hari, memang nampak perubahan dimana tumbuhan2 itu dah kering, coklat, dan mati….cuma ade sebahagian yang terkena pada rumput karpet tersebut…so, antara perkara yang menjadi persoalan saya adalah:

    1. Tumbuhan2/ lalang2/ pokok2 semalu yang dah mati tu, perlu ke saya cabut untuk mengelakkannya tumbuh semula, ataupun tidak perlu?

    2. Adakah perlu utk saya membajak semula kawasan tanah yang dah kosong dengan baja supaya tanah itu subur semula?

    3. Adakah perlu utk saya menanam rumput ‘carpet’ di bahagian tanah kosong itu untuk ia tumbuh semula, ataupun tidak perlu kerana ia boleh menjalar dan tumbuh dengan sendirinya? Sekiranya perlu, apakah teknik2 yang paling sesuai?

    4. Last but not least, adakah cara saya untuk mematikan tumbuhan2 itu seperti di atas adalah salah? kerana sebelum ini, saya penah mencabutnya sendiri dengan tangan+sudip+garpu, tapi dalam masa seminggu, ia tumbuh semula…

    Saya minta maaf sebab banyak persoalan yang saya tujukan..niat saya cuma kalau mampu, saya nak usaha sendiri utk cantikkan halaman rumah kami..jazakallah.

    Assalamualaikum w.b.t.

    Like

    • mynormas said

      Tuan,

      Waalaikumsalam w.b.t.

      1. Bila dia dah bertukar warna menjadi coklat; mencabutnya dari tanah adalah baik. Malahan, cuba cabut hingga ke akar umbi nya sekali. Jika dah terlalu lama mati, batang dah reput maka nak cabut hingga ke akar agak susah. Jika tak boleh, biarkan.
      2. Membajak semula adalah sangat baik kerana ia akan memberi peluang untuk mengeringkan benih dan akar umbi yang tak dapat di cabut atau belum tumbuh lagi.
      3. Secara umumnya, jika kawasan yang kosong itu lebih besar dari tapak tangan, saya mencadangkan ia ditanam semula. Rumput akan menjalar semula; tapi ia akan mengambil masa dan sementara itu, rumput liar mungkin masuk balik. Bergantung pada besar kawasan; gunakan teknik plug atau sod kecil. Curi dari kawasan subur laman tuan yang lain atau beli.
      4. Saya sebenarnya tak menggalakkan racun di kawasan rumah. Tapi oleh kerana tuan dah beli dan guna dengan sukses; apa nak kata lagi… Dengan syarat racun tersebut adalah racun serap (yang akan diserap hingga ke akar) maka racun memang baik untuk kawasan besar. Untuk kawasan kecil, merumpai dengan cara mengorek hingga ke akar umbi adalah yang paling baik.

      Like

      • Luqman bola said

        bagaimana nak tanam rumput cowgrass di tempat yang berlopak,dan bolehkah mencabut rumput cowgrass dan tanam di tempat yang berlopak?

        Like

      • mynormas said

        tidak ada cara untuk tanam cowgrass atau apa rumput pun di kawasan yang berlopak melainkan menyelesaikan masalah lopak itu dahulu.

        Like

Leave a comment