Turf Matters

The Site To Go To For All Your Turf Matters

  • Facebook Likes

  • The new Brushcutter

    Pengganti Brushcutter

    Increase productivity, cut labour. Try the AM61A

  • Trees Nursery

    Forest trees nursery

    Get your Trees from this nursery

Menanam cara ‘stolonize’

Posted by mynormas on March 30, 2011


Beberapa tahun lalu, bila saya memberitahu kawan saya bahawa saya akan menanam semula rumput di driving range cara ‘stolonize’ dia terkejut dan meminta kepastian “ha!? S0d0mize?”

Apa itu stolonize? Pertama sekali kita kena faham tentang bahagian-bahagian rumput. Terdapat ruas atau nod pada rumput yang boleh menumbuhkan tumbuhan baru pada keadaan sesuai; insyaAllah. Ruas atau nod pada rumput sama seperti ruas pada tebu atau buluh.

The perfect stolon

Stolon yang perfect dari jarak dekat

Jika ruas atau nod terkena pada tanah atau lain-lain media tanaman, ia akan mengeluarkan akar dan pucuk baharu. Cuma ingat bahawa ia tidak mempunyai ‘bekal’ makanan yang banyak jadi ia perlu boleh mengambil air dan nutrien dari sekelilingnya hampir serta merta akar/pucuk keluar.

Menanam cara stolonize sesuai untuk kawasan besar (500m persegi atau lebih) dan jika sumber benih baru adalah terhad. Contohnya; saya pernah menanam kawasan seluas hampir 10,000m persegi dari sumber nursery yang sebesar lebih kurang 300m persegi, secara berperingkat.

Masalah menanam cara stolonize ialah untuk mendapatkan stolon, kita memerlukan mesin atau alat khas. Kita gunakan verti-cutter dalam bentuk dethatching atau scarifying units.

Ataupun, dari sprig (lihat post tentang menanam cara sprig) ambil gunting atau parang dan cincang-cincang sprig.

Setiap cincangan rumput itu hanya boleh tumbuh (insyaAllah) jika ia terdapat ruas atau nod. Tapi jika terlalu banyak (kadang-kadang hingga 10 guni untuk 100 meter persegi) kita tak dapat nak pastikan. Cuma ingat jangan cincang terlalu halus. Untuk orang yang menggunakan alat verti-cutter; jangan guna kedalaman yang terlalu cetek. Test dulu satu atau dua line, jika stolon yang keluar lebih banyak daun dari batang: fail; try sekali lagi dengan kedalaman yang lebih dalam sedikit.

Setelah mendapat stolon, taburkan stolon tadi dengan rata. Cuba pastikan stolon tidak bertindan di antara satu sama lain.

Stolonizing beramai-ramai.

Setelah menabur, gunakan sebuah mesin yang sederhana berat seperti mesin bunker rake untuk berpusing-pusing di atas nya supaya menekan stolon melekap ke tanah. Perhatian: jangan guna Proton Waja yang guna sport rim, Pesona yang exhaust besar, Saga 1.5, MyVi warna merah, Kancil yang dah tukar stereo lain dari original, Volvo XC60, BMW 5 & 7 Series; pendek-kata, jangan guna kereta lah. Paling tidak pun pijak-pijak stolon tu serta merta selepas tabur.

Kemudian tabur selapis pasir nipis. Cukup syarat stolon memang dah kena dengan tanah. Jika stolon tergantung, akar yang keluar tak kena tanah dan akan mati.

Lepas tu siram sekadar basah tanah dan stolon. Untuk tempoh dua minggu ni, jangan biarkan stolon kering. Ia tidak mempunyai

Penutupan kain teduhan. Sprinkler sementara digunakan.

akar dan bekalan makanan. Jika tengah kemarau, saya siram setiap 30 minit selama dua pusingan sprinkler. Ataupun saya tutup dengan kain teduhan 70% untuk mengurangkan terik matahari. Berhati-hati ketika siram. Jika ketulan air terlalu besar, ia akan mengganggu penumbuhan stolon.

Jika menanam cara stolon musim hujan, setiap kali hujan saya nangis. Kerana stolon hanyut. Ingat; 50% stolon akan mati setiap 24jam.

Musim hujan saya guna papan di cerun atau tebing untuk memperlahan kan air yang mengalir. Papan ataupun guni berisi pasir. Ataupun saya tutup dengan kain teduhan.

Saya baja sedikit tetapi selalu. Biasanya saya gunakan 15;15;15 atau 11;55;0 seminggu sekali dengan kadar 0.5 – 1kg/100m persegi.

Saya juga dah mencampurkan kapur (jika perlu) dan CIRP kedalam zon akar sewaktu penyediaan tapak.

Tak ada apa lagi yang boleh di buat selepas ini kecuali doa dan jaga lebih rapi pada waktu ini. Saya akan buka kain teduhan selepas minggu ke empat atau enam. Saya akan mula weeding minggu itu juga.

Mula memotong selepas 8 atau 10 minggu pada ketinggian 10 -20mm bergantung pada jenis rumput dan perlahan-lahan (setiap 10 hari) naikkan atau turunkan ketinggian 1-2mm hinggalah mencapai ketinggian yang kita mahu.

Sebulan selepas di tanam dengan stolon

Sebulan. Tali adalah untuk membahagikan kawasan merumpai. Setiap orang merumpai satu line pagi petang.

2 Responses to “Menanam cara ‘stolonize’”

  1. kertehnursery said

    salam…
    saya tumpang tanya yer..
    bagaimana kita nk buat rumput tu dijual dalam kaki persegi…
    masa permulaan penanaman ni, rumput dilapik dengan sesuatu ke?
    brp coasting untuk kawasan sebesar 20′ X 20′?
    boleh reply pada email saya x?saya terlalu byk nk bertanya berkenaan rumput..

    Like

    • mynormas said

      Salam,
      Kalau nursery besar, dia ada alat di namakan sod cutter yang akan potong selebar satu kaki atau satu setengah kaki (boleh pilih) dan akan potong panjang boleh digulung-gulung. Untuk menjual dalam kaki persegi, mereka tak gulung, mereka potong ikut ukuran yang mereka jual; Biasanya 2′ x 1′. ‘Sod cutter’ itu tadi memotong bahagian bawah rumput sedalam 2 – 4 inci (boleh setting) untuk mendapatkan permukaan bawah yang rata dan nampak macam di lapik sesuatu, sebenarnya tidak.

      Costing? Berbeza dari satu tempat ke tempat lain. Bergantung kepada nak buat saliran air tak? Saya cadangkan buat kerana terlalu besar. Paling baik saliran ‘sub-soil’. Paling tidakpun merengkan tanah supaya air mengalir ke longkang. Bahagian bawah nak letak pasir berapa tebal? Paling sikit 2″ paling banyak 12″. Rumput jenis apa? Rumput padang golf seperti Phillippine grass lain harga dengan Cowgrass; dan di setengah tempat, Cowgrass yang pure lebih mahal dari Phillipine grass.

      Saya prefer reply kat sini, nampak ‘meriah’ sikit laman web ni 😉
      Tuan boleh subscribe supaya jika ada jawapan dari saya akan di emailkan kepada tuan. Saya pun buat yang sama, jika ada orang soal; ia akan di email kepada saya.

      Like

Leave a comment