Topdressing
Topik ni selalu di sebut oleh orang2 yang bekerja di padang golf tetapi sebenarnya boleh dan perlu di lakukan oleh semua orang yang menyelenggara rumput turf dari padang bola hingga lah ke halaman rumah.
Definasi:
Menabur selapis pasir atau tanah atau campuran atau bahan-bahan lain (contohnya zeolite atau bahan organik) ke atas permukaan rumput dan
akan di masukkan ke dalam celah-celah rumput dengan rake, mat ataupun siraman.
Tujuan:
- Meratakan permukaan rumput selepas penggunaan yang banyak seperti di green atau kotak penalty atau di tempat banyak laluan.
- Mengurangkan atau mengawal penambahan ‘thatch’.
- Mengubah struktur tanah dengan penambahan pasir yang lebih telus air dan tahan mampatan
- Membantu penumbuhan akar sewaktu rumput baru membiak.
- Membantu memelihara tisu-tisu ‘crown’ rumput diwaktu musim sejuk.
- Topdressing juga berfungsi untuk menambah ‘bahan2′ yang mampu: a. membantu menyimpan air dalam struktur tanah. b. membantu membaiki aktiviti biologi yang berlaku dalam tanah. c. membantu menambah kadar pertukaran kation (KPK) supaya nutrien boleh di simpan lebih lama.
Bila:
Bergantung kepada keadaan. Keadaan-keadaan yang selalunya memberi sebab untuk topdressing ialah:-
- kawasan yang tidak rata
- kawasan air bertakung
- kawasan rumput tersebut mempunyai kandungan pasir yang tinggi (di topdress dengan tanah)
- kawasan rumput mempunyai kandungan tanah liat yang tinggi (di topdress dengan pasir)
- kawasan rumput yang baru di tanam
- kawasan rumput yang tak subur, tumbuh jarang dan mempunyai lumut.
Apa kah bahan-bahan yang di gunakan sewaktu topdressing dan kenapa? Di Malaysia selalunya topdressing terdiri dari satu bahan sahaja (contohnya pasir sahaja) tetapi ia boleh terdiri dari campuran beberapa bahan. Berikut adalah beberapa bahan utama yang selalu digunakan sewaktu topdressing, kadar yang di nyatakan ialah kadar peratus isipadu bahan itu secara campuran dengan bahan lain:
| Komponen | Kadar biasa (peratus isipadu) |
Kebaikan | ||||
| Pasir | 50 – 100% |
|
||||
| Bahan organik (peat, taik ayam, kompos dsb) | 0 – 20% |
|
||||
| Tanah | 0 – 5% |
|
||||
| Pengganti pasir (ceramik bukanorganik, calcined clays, zeolite dsb) | 0 – 100% |
|
||||
| Soil amendments (baja, kapur, dsb) | 0 – 100% |
|
||||

emry said
Sumber rujukan terbaik , bila laa boleh timba ilmu buat padang golf
Joe said
Assalamualaikum En Normas,
Di mana saya boleh mendapatkan tanah campuran jenis ni? ayau tempat yang menjual tanah top soil yg baik?
Terima kasih.
mynormas said
Waalaikumsalam.
Saya pernah jumpa tanah topsoil di jual di hypermarket (tak silap saya Tesco atau Giant kut). Ia di jual dalam beg. Tapi banyak nursery jugak yang ada jual top soil. Tanah bakar juga adalah satu alternatif. ‘Cair’ kan nya dengan menggaul bersama dengan pasir supaya ia menjadi lebih ekonomi.
Bahiah said
Salam..saya nak tau hypermarket area serdang and seri kembangan yang menjual topsoil kat mane eh..saya memerlukan sangat2..boleh tlg emailkan klu tahu..terima kasih..:)
mynormas said
Mungkin diaorang jual sebagai tanah hitam dalam plastik bag. Puan boleh juga cari di tapak nursery yang akan menjual dengan lebih murah. Saya tidak ada contact mana-mana. Maaf.
mynormas said
Puan, Giant hypermarket jual RM1.99 satu bag. Tadi saya jumpa kat Giant Kinrara Puchong. Saya andaikan Giant lain pun ada jugak. Gambar ada kat laman web saya
Joe said
Thanks for the info,
So masalah rumput filipina saya yang bertanah liat yang berkulat dan tak rata boleh selesai dgn kaedah topdressing nih, betulkan?…Terima kasih sekali lagi..
mynormas said
Topdress nipis dengan tidak mentenggelamkan rumput sehingga ia menjadi rata. InsyaAllah ia akan menjadi rata. Kulat tu adalah masalah lain. Pastikan air tidak bertakung di kawasan tersebut. Gunakan besi tajam untuk mencucuk ke dalam tanah liat supaya air boleh mengalir. Proses topdressing juga akan menaikkan paras tanah dan membantu pengaliran air.
Selamat mencuba!
aleeya said
Bagus untuk kajian sy.. Sy masih bru dlm bidang ni.. Sekali gus dpt gain my knowledge.. Terima kasih MYNORMAS..
Rumin jaafar said
Askum Tuan normas.sy dpt bnyak info dsini tp macammana utk dpt lebih. dulu sy pernah ikut seminar dklb borneo bila lg bt dsabah?
mynormas said
Saya tak keberatan untuk mengajar. Apa2 yang Rumin nak tahu email direct pada saya. Di sini pun boleh jugak.
Di Sabah dulu di sponsor oleh Tractors Malaysia. Kalau ada penjual baja atau mesin di Sabah yang mau sponsor lagi. Ataupun kalau Rumin kenal sesiapa event organizer yang mahu organize seminar. Ataupun kalau Rumin boleh kumpul kawan2 untuk ramai2 datang di satu tempat.
Mau mintak golf course superintendent’s association susah sikit sekarang, kerana kurang sambutan di semenanjung. Kalau di sana ramai orang mahu jadi ahli, mungkin boleh pergi lagi.
Panjang umur murah rezeki kita jumpa.
Razali Hussin said
Salam,
Saya ingin mendapatkan harga bagi m2 untuk perhidmatan top dressing?
terima kasih
mynormas said
tuan, saya tidak membuat sebarang jenis perkhidmatan kecuali khidmat nasihat. Saya tak pasti harga kontraktor untuk topdressing. Pasir biasanya di jual dalam bentuk m3 (meter padu/cubic meter) atau tan ataupun lori. Berapa banyak pasir di perlukan bergantung kepada berapa tebal topdress yang akan di buat.
pijai said
Salam tuan,
Adakah pasir yang digunakan untuk topdress sama dengan pasir yang dijual di kedai hardware (pasir bancuh simen)?
mynormas said
tuan,
Kalau untuk padang golf; ‘tidak’. Kerana biasanya pasir untuk bancuh simen mengandungi kandungan pasir halus (silt) yang boleh menyumbat aliran air ke bahagian bawah lapisan pasir. Terutamanya kerana padang golf akan melakukan topdress sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jika terlalu banyak silt, kawasan itu lama-kelamaan boleh jadi macam lumpur atau berselut.
Jika untuk topdress sekali setahun ataupun mungkin pada permulaan tanam rumput, boleh gunakan pasir itu dengan syarat ia tidak mempunyai terlalu banyak ketulan batu atau tanah liat keras kerana bila tuan rumah memotong menggunakan mesin galas; batu akan terpelanting dan lebih merbahaya.
romihafiz said
salam,
pasir yang dijual di hardware ada 2 jenis, satu pasir sg & satu pasir lombong, pasir sg lagi halus dari pasir lombong, mana lagi sesuai untuk kegunaan tanam rumput
mynormas said
Tuan, dua-dua jenis pasir pun boleh digunakan untuk rumput halaman rumah. Asalkan ia tidak terlalu halus hingga di anggap macam selut ataupun ia akan berkepal bila basah. Pasir yang mempunyai saiz yang konsisten besar pun kurang sesuai kerana ia akan tidak stabil. Pasir yang ada mixture 50% medium sized sand (kurang dari 3mm); 30% kasar (3-5mm) dan 20 peratus kecil (kurang dari 1mm) dah kira ok. Semuanya lebih kurang sahaja. Jika banyak sangat pasir kasar, sewaktu memotong nanti akan ada batu yang beterbangan. Jika banyak sangat pasir halus, air tidak boleh mengalir. Gunakan anggaran dan andaian.
hazry said
A’kum…apakah mesin rumput yang sesuai untuk memotong rumput karpet samada mesin galas atau mesin tolak? Kalu boleh berikan nama brand mesin rumput tersebut. Berapa kali kah kekerapan memotong rumput karpet dalam sebulan untuk mendapatkan rumput yang cantik.
mynormas said
Mesin galas sangat tidak sesuai. Saya cadangkan mesin tolak. Sila rujuk laman web saya untuk maklumat lanjut. Mesin elektrik lebih mudah di jaga. Saya membuat andaian tuan adalah tuan rumah dan bukan untuk tujuan komersil. Untuk rumput yang cantik: potong paling sikit pun seminggu sekali; walaupun tiap kali potong nampak macam potong angin lebih dari potong rumput. Jangan adjust ketinggian kejap tinggi kejap rendah.
Jika tuan baru mula tanam rumput, potong pada ketinggian paling tinggi yang munasabah lepas tu potong 2-3 kali dan makin turunkan ketinggian hinggalah kepada ketinggian yang tuan kehendakki. Setiap kali turunkan ketinggian, potong 2-3 kali, kali ke empat turunkan ketinggian satu takuk.
rahmat said
Salam En Normas, saya telah tanam rumput cowgrass di rumah saya. Pada mulanya permukaan agask rata, tetapi selepas 3 bulan, permukaan jadi berbonggol-bonggol…macam mana saya nak atasi masalah ini. Perlukah saya tambah tanah top soil (tanah oren) pada permukaan tak rata. Jika tambah tanah tidakkah akan matikan rumput?
mynormas said
En. Rahmat, salam. Topdressing dengan pasir adalah sesuai untuk lekuk (celah bonggol) yang tidak terlalu dalam. Bila tuan melakukan topdressing, pastikan rumput tidak ‘lemas’ akibat tenggelam. The trick is untuk topdress dua tiga kali sebab rumput tu akan cuba untuk tumbuh ke atas pasir. Maksudnya, topdress sekali, tunggu hingga rumput itu tumbuh ke atas pasir (dua minggu hingga sebulan) lepas tu topdress lagi. Ingat; rumput perlukan cahaya matahari untuk fotosintesis so jangan terlalu banyak pasir atau tanah. Tanah pun boleh cuma saya tak pernah guna tanah sebab nak ratakan tanah lebih susah untuk di ratakan dengan rapi. Jika bonggol tu terlalu tinggi, tuan mungkin kena ‘potong’ bonggol rumput itu, buang tanah di bawahnya dan tanam balik rumput. Kami di padang golf/bola akan melakukan topdressing sebulan sekali sewaktu permulaan padang itu di tanam.