Penyakit rumput
Sebagai seorang yang menjaga rumput di padang golf, saya boleh beritahu anda dari pengalaman, saya pernah tengok 9 buah green di jangkiti penyakit dalam satu malam sahaja! Pengalaman mengajar saya untuk mengambil tindakan dahulu keatas kawasan yang dijangkiti penyakit tadi. Di masa yang sama anda cubalah untuk mengenali penyakit tersebut. Ini tetap penting kerana jika anda silap pilih ubat, anda membuang masa dan wang. Biasanya penyakit yang sama akan berulang-ulang; ertinya kalau kawasan tersebut biasa dijangkiti Curvularia, maka biasanya anda tahu kemungkinan besar penyakit kali ini pun Curvularia jugak.
Setiap penyakit memerlukan tiga faktor: Host (perumah), pathogen dan juga keadaan (condition) yang sesuai untuk bertindak. Bila ketiga-tiga faktor ini bergabung; maka – insyaAllah – terjadilah penyakit. Pathogen seperti kulat sentiasa berada di dalam tanah menunggu masa untuk menyerang.
Apakah yang dimaksudkan keadaan yang sesuai? Selalunya ini berlaku bila hos berada di bawah stress. Contoh-contoh stress ialah bila keadaan terlalu basah atau kering atau cuaca terlalu panas atau sejuk.
Selain dari perubahan alam sekitarnya, penyakit boleh juga menjadi tanda kepada masalah-masalah tanah. Tanah di lereng bukit, kawasan mendak, kawasan laluan, kawasan redup mudah dijangkiti penyakit. Begitu juga untuk tanah pH terlalu rendah (<5.5) atau terlalu tinggi (>8.5).
Salah penjagaan juga boleh membawa kepada penyebab penyakit. Ketinggian pemotongan yang terlalu rendah, atau tidak sekata, tabiat penyiraman yang tidak baik (biasanya terlalu banyak siram), terlalu kurang atau terlalu banyak baja, terlalu banyak ‘clipping’ (daun yang terpotong) yang dibiarkan diatas rumput, tanah mampat/padat; semua meninggikan peluang untuk penyakit.
Tanda-tanda penyakit akan bermula dari rumput yang bertukar warna dari hijau ke kuning, kemerahan dan kemudiannya mati. Tanda ialah sesuatu yang anda boleh lihat bila anda berdiri di kawasan rumput tersebut. Jika anda mengambil satu tumbuhan rumput dan menggunakan kanta pembesar anda mungkin boleh melihat symptom penyakit tersebut pada daun, akar atau batang nya. Bintik-bintik, tanda seperti melecur, garis-garis kuning, reput akar, ini semuanya symptom. Saya dapati ramai orang yang keliru diantara tanda dan symptom. Tapi itu tak penting, yang penting ialah rawatan awal.
Jika anda menjaga kawasan padang rumput yang penting seperti padang golf atau halaman istana atau dewan bandaraya; rawatlah rumput anda dulu dengan racun kulat spektrum lebar jenis sentuhan. Saya selalu mencadangkan peracunan mesti dilakukan sebanyak tiga kali semburan dengan jarak 7 – 10 hari di antara semburan. Di antara semburan kedua dan ketiga itu lah anda cuba untuk mengenali dengan tepat jenis penyakit dan gunakan racun yang khusus untuk penyakit tersebut.
Kulat
Kebanyakan penyakit rumput adalah disebabkan oleh kulat. Organisma seni ini tidak mempunyai klorofil oleh itu tidak dapat membuat makanan sendiri. Sesetengah kulat adalah lebih kecil dari bakteria dan yang lainnya contohnya cendawan boleh dilihat diatas atau dibawah permukaan tanah. Kulat boleh “dieksport” melalui tiupan angin, air yang mengalir, serangga atau lain2 haiwan, peralatan, ataupun manusia. Pemakanannya didapati dari tumbuhan yang hidup atau yang dah mati. Kebanyakkan dari kulat yang dijumpai diatas rumput adalah dari jenis yang makan bahan organic yang dah mati atau dah reput seperti akar, batang atau daun yang dah mati. Kulat2 ini dianggap sebagai bermanfaat kerana ia membantu dalam pereputan. Dianggarkan dalam 1 pound (lb) tanah terdapat diantara 4 ½ hingga 225 juta kulat bermanfaat. Oleh itu fikirlah banyak kali sebelum anda menyembur racun kulat.
Virus
Sangat sedikit penyakit rumput disebabkan oleh virus.
Para saintis tidak muafakat samada virus ialah suatu makhluk yang hidup atau tidak. Pentingnya ia adalah ejen penyakit berjangkit. yang boleh membiak dalam sel hidup yang spesifik.
Diluar sel tersebut; mereka adalah ibarat bahan kimia.
Virus menyebabkan penyakit dengan merosakkan proses kehidupan biasa sel tumbuhan. Oleh kerana sel tersebut lemah, ia akan lebih mudah untuk dijangkiti penyakit lain.
Penyakit virus sering dikelirukan dengan kekurangan zat, masalah genetik, kecederaan kimia dan lain lain.
Bakteria
Sangat sedikit bakteria yang menyebabkan penyakit rumput turf. Yang relevan untuk kita hanyalah kepada Bermudagrass yang disebabkan oleh bacterium; Clavibacter xyli sub. sp. cynodontis. Tanda2 nya ialah bulatan2 rumput mati. Pada daun boleh dilihat symptom klorosis. Ia membiak di bawah stress kurang cahaya. Kebanyakan penyakit bakteria boleh dikawal dengan mengelakkan kecedraan yang membenarkan bakteria masuk ke dalam tumbuhan
Nematoda (nematod?)
Nematod adalah agen penyebab penyakit yang penting untuk rumput. Mereka mungkin adalah haiwan multi-sel yang paling banyak di muka bumi ini – dan paling kurang difahami. Nematod boleh dijumpai hampir di semua tempat di bumi ini, dari dalam lautan hingga lah ke puncak gunung, dari dalam tubuh haiwan dan manusia hinggalah ke tisu tumbuhan.
Nematod banyak wujud di muka bumi Tuhan ini; dianggarkan sehingga 20,000 individu nematod dari 10 spesis boleh di dapati hanya dari 1 pint tanah. Iaitu lebih kurang 3 billion (3,000,000,000,000) di dlm 1 ekar tanah. Selalunya di 6 inci teratas.
Kebanyakkan nematod adalah tidak merbahaya kepada rumput turf, malah kerana ia memakan bahan organik yang reput, ia berguna kepada tanah.
Awas, kesimpulan bahawa rumput diserang nematod tidak seharusnya dibuat berdasarkan simptom rumput semata-mata. Simptom kecederaan nematod hampir menyerupai faktor2 lain seperti pembajaan yang tidak seimbang, melecur, saliran yang tidak baik, kemarau atau kecederaan oleh serangga.
Diagnosis nematod seharusnya dilakukan bermula dari pengumpulan tanah dan akar rumput dan di analisa di makmal oleh seorang pakar nematod (nematologist) yang berpengalaman dan berpengetahuan.
Ingat! Di dalam tanah sentiasa ada nematod dan mereka selalunya bermanfaat kepada kita. Jika adapun nematod yang menyerang rumput, kekadang kadar populasi mereka tidak cukup untuk merosakkan estetik rumput. Cuma mungkin mereka akan melemahkan rumput dan tempat mereka masuk ke dalam rumput atau bahagian rumput yang mereka makan boleh menjadi tempat kulat atau bakteria masuk.
Bila penyakit menyerang…
Saya bahagikan cara kawalan penyakit menggunakan racun kimia kepada 3 cara:
1. Pencegahan berkala; sakit ke tak sakit, sembur je racun. Penyemburan racun mengikut kalendar.
2. Pencegahan spesifik; jika tanda2 penyakit di kesan di satu kawasan, maka seluruh kawasan akan di sembur supaya penyakit tidak merebak.
3.Pengubatan (curative). Penyemburan racun kimia hanya dilakukan pada rumput yang sakit sahaja.
Pakar yang Sakit
Yang sangat menjanggal kan saya ialah bila ada ‘pakar’ yang datang melawat padang bermasalah lalu; korek, cium, potong, belek, tengok, kerut dahi dan kemudian geleng kepala seraya berkata “ini pasti Pythium Pythagoras dari sub-species ignoramus”. Tambah membengangkan kalau dia tambah lagi “Kena guna racun jenis X sebanyak 20 liter sebulan selama 2 bulan”. Siapa yang jual racun jenis X kalau bukan pakar kita?
Kalau anda di lawati oleh pakar sedemikian, pastikan dia boleh menunjukkan pada anda tanda DAN symptom untuk penyakit yang di dakwanya itu. Kemudian buat rujukan anda sendiri.
effezul said
assalammualaikum tuan, di sini saya ingin bertanya masalah kepada rumput karprt saya jenis zoysia.pada awal pagi kelihatan seperti tanah yg bertompok kecil yg keluar dari dalam tanh di penuhi atas bahagian rumpau.
apakah punca masalah ini dan bagaimana cara mengatasinya.
ini amat menyakitkan mata melihatnya.saya amat berharap jawapan dari tuan Normas Pakar Rumput.
mynormas said
Setiap pagi. Tanah bertompok kecil.
Bunyinya samada cacing tanah atau semut kecil yang bersarang dalam tanah tuan.
Saya tidak menggalakkan penggunaan racun di halaman rumah.
Kalau semut kecil/halus, gunakan air sabun (sabun cuci pinggan) dan banjirkan lubang berkenaan. Teorinya ialah air tersebut akan masuk ke dalam sarang semut dan memaksa permaisuri untuk pindah kerana sarangnya banjir. Sabun itu bertujuan untuk memecahkan sifat-sifat ‘hidrophobic’ tanah yang mungkin menghalang air dari sampai ke destinasi. Benda yang sama boleh digunakan untuk cacing tapi tujuan yang berbeza; sabun akan memberi iritasi pada kulit cacing dan ia akan timbul ke tanah supaya senang di kutip.
Kalau confirm semut, gunakan cangkul dan dengan berhati-hati korek tanah untuk mencari sarang permaisuri dan ‘colek’ permaisuri dari sarangnya untuk di ‘buang negeri’ dari luar halaman saudara. Saya tak boleh kata ‘bunuh’ takut ada yang bwah 18 baca laman web ni. Lagipun zaman ni para pencinta alam ramai…
Jika keadaan memaksa, tuan boleh gunakan racun yang digunakan untuk nyamuk tetapi berasaskan air seperti H2O dan Ridsect water-based untuk menyembur semut tersebut.
Selamat mencuba!
Rafidah Aripin said
Salam,
saya menanam rumput jenis mutiara.saya perasan rumput saya daun dia mcm melepuh, warna kekuningan, saiz rumput mengecil dan lama kelamaan daun tu mereput. ada di sesetengah tempat dah mati. saya tidak pasti apa yang menyebabkan ia berlaku. harap tuan dapat membantu saya
mynormas said
Puan,
Saya tak ada jawapan tepat untuk pertanyaan puan. Ada 3 kemungkinan. Pertama; kawasan terlalu panas. Kedua; tempat ia di tanam terlalu cetek dan akarnya telah bertemu dengan bahagian bawah yang keras dan tidak boleh ditembusi. Teori ni hanya kerana jika pokok berpasu ada simptom tu maknanya pasu dah jadi kecik dan perlu pemasuan baru. Ketiga ialah untuk kawasan yang dah mati tu, ada masalah terlalu banyak air dan menyebabkan penyakit. Of course perkara Pertama dan Ketiga adalah ekslusif, maksudnya kalau yang Pertama betul yang Ketiga tak mungkin.
Maaf puan. Takat tu jer yang boleh saya bantu. Sorry.
akusait said
salam,
rumput saya diserang ulat..
apa kah jenis racun yang sesuai..?
mynormas said
Saya tidak menggalakkan penggunaan racun di rumah.
Untuk membuat ulat keluar ke permukaan ataupun untuk membuat ulat tidak gemar dengan laman tuan/puan, gunakan air bercampur sabun pencuci pinggan seperti yang saya sarankan untuk pembaca di atas. Sabun hanya sebagai ‘irritant’ kepada ulat. Penggunaan sabun terlalu banyak (hingga ulat mati) boleh merosakan alam sekitar. Gunakan cukup supaya ulat akan keluar dan mudah di bunuh. Bunuh secara manual pun boleh jika tidak terlalu banyak. Buat pada waktu tidak panas (pagi atau petang), jika cuaca panas, ulat mungkin tidak naik.
Untuk meracun ulat yang terlalu banyak, tuan/puan boleh gunakan racun rumah yang biasa seperti Baygon, Ridsect dan sebagainya. Supaya tidak memudaratkan tumbuhan, gunakan racun ‘water-based’. Ulat biasanya ialah larva serangga yang menetas dari telur dan akan bertukar menjadi kepompong. Bila puan sembur racun, puan akan membunuh hanya ulat dan serangga dewasa. Telur akan menetas dan kepompong akan mengeluarkan serangga dewasa lebih kurang setiap 7-10 hari jadi tuan/puan perlu mengulang penyemburan setiap 7-10 hari.
Ikut arahan label.
Sembur hanya awal pagi dan lewat petang.
Semua racun mempunyai bahaya jika di salahguna. Sila berhati-hati.
Selamat mencuba!
mat yassim said
saya tanam peal grass…..semasa mencabut rumput liar baru lah ulat keluar, maknanye ulat dalan akar atau batang..kalau guna bygon atau risect bolah mati ke ulat tu?…ulat ini sangt banyk…racun apa nak guna? sekian..
mynormas said
tuan,
Menggunakan racun sembur domestik pun boleh. Sebaiknya menggunakan yang water-based seperti H20 dan apa-apa lagi yang bila tuan goncang tin dia ada bebola besi kat dalam. Menggunakan baygon atau ridsect yang menggunakan asas minyak boleh memudaratkan rumput.
Tumpukan perhatian kepada bahagian laman tuan yang masih ada daun. Kat situ masih ada ulat.
Tuan juga boleh menggunakan air sebaldi dan di campurkan dengan sabun detergent. Bahan pada sabun itu akan menjadi ‘irritant’ kepada ulat. Ada ulat yang akan mati dan ada ulat yang akan timbul ke permukaan untuk memudahkan tuan membunuh/membuangnya.
Perhatian, racun ulat ataupun sabun tidak membunuh kepompong dan/atau telur serangga jadi tuan mungkin terpaksa mengulang tindakan tuan selepas 5-7 hari; 2-3 kali.
Nur Sakinah said
Assalamualaikum Tuan,saya nakbertana! laman rumah saya di tanam rumput carpet, ada setengah tempat rumput kurang membiak, lama kelamaan, ruang2 tu timbul seakan2 lumut .Sekarang dahmula merebak di celah2 rumput. Saya khuatir iniakan membunuh rumput. apa kah racun yang patut di gunakan atau ada kedah2 lain yg perlu ti ambil. Sekian TK
mynormas said
Waalaikumsalam puan. Lumut bukan penyakit, tetapi ia adalah simptom atau tanda untuk suatu masalah: kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi biasanya di sebabkan oleh dua perkara penting 1. Air tidak mengalir dan 2. kawasan terlindung dan lambat kering.
Jadi untuk atasi masalah ini, puan perlu selesaikan masalah kelembapan. Air tidak mengalir kerana a. tanah yang mampat b. tanah itu ada lekuk atau condong ke dalam c. tiada saliran untuk air keluar. Kawasan terlindung biasanya berlaku di bawah teduhan pokok atau pagar atau bangunan (porch).
Puan boleh membaca posting saya yang terakhir di bulan 12 tentang penjagaan rumput di musim tengkujuh untuk maklumat lanjut.
fariza binti ismail said
saya baru menanam rumput karpet tak tau jenis apa tapi masalah saya sekarang rumput disiram 2 kali sehari tapi tak subur maksudnya ia menjadi coklat bukannya kuning.bagaimanakah caranya untuk menjaga. saya harap tuan boleh menjawabnya. sekian terima kasih.
mynormas said
Puan Fariza, bunyinya macam dah mati. Kemungkinan besar kerana penyakit. Adakah kawasan puan redup dan/atau air bertakung? Adakah kali kedua puan siram itu pada waktu petang i.e selepas pukul 3? Itu semua punca penyakit.
Jika ia tidak kembali hijau selepas 2 minggu; dah mati dan kena tanam semula.