Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Amalan kultura

Di dalam bidang penjagaan rumput ruf, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan keatas rumput turf tersebut yang disebut sebagai “cultural practices” dalam Bahasa Inggeris.

Saya telah cuba untuk menterjemahkan perkataan “culture” yang dari segi bahasa bermaksud “budaya” dengan mengambilkira bahawa rumput tidak mempunyai joget, wayang kulit ataupun rasuah.

Dalam konteks rumput turf; “cultural practice” mungkin lebih mirip kepada “amalan2 pertanian”. Seorang kawan saya (terimakasih Saffery) telah mencadangkan frasa “amalan kultura”

Mungkin kita boleh guna frasa itu dulu buat sementara mencari frasa yang lebih sesuai. Biar saya huraikan aktiviti2 yang saya maksudkan dahulu.

  1. Memotong.
    Perbuatan memotong rumput turf dari panjang menjadi pendek. Apa maksud ‘panjang’ dan ‘pendek’ akan dihuraikan dalam ruangan lain.
  2. Pembajaan
    Aktiviti memberi zat nutrien yang diperlukan oleh rumput.  Terdapat diantara 16 – 17 unsur utama yang dikenal pasti setakat ini penting untuk rumput.  Anda boleh dapati lebih banyak maklumat di muka tentang pembajaa atau pemakanan rumput.
  3. Pengairan/Penyiraman
    Teknik2 pengairan yang betul ialah :
    - jumlah air yang di siram di satu2 masa tidak menyebabkan air bertakung.
    - waktu penyiraman paling baik dilakukan sewaktu suhu rendah, sebaik-baiknya waktu awal pagi.
    - Jangan menyiram sebelum padang akan digunakan – ini boleh menyebabkan mampatan (compaction)
    - Siramlah jarang-jarang tetapi bila menyiram hendaklah sedalam mungkin. Ini akan menggalakkan akar rumput untuk tumbuh panjang kerana berusaha mencari air.
  4. “Topdressing”
    Topdressing di tempat yang perlu sahaja.

    Spot topdress

    Definasi – Menabur selapis pasir atau tanah atau campuran atau bahan-bahan lain (contohnya zeolite atau bahan organik) keatas permukaan rumput dan akan di masukkan ke dalam celah-celah rumput dengan rake, mat ataupun siraman. Dulu aktiviti ini di lakukan secara sebulansekali, dengan teknologi sekarang, ia boleh dilakukan seminggu sekali untuk mengatasi masalah thatch dan juga membaiki permukaan rumput. Untuk halaman rumah, lakukan ia ‘bila keadaan memerlukan’ (rujuk kepada muka tentang topdressing di laman web ini).

  5. “Vertical cutting”
    Definasi – penggunaan suatu alat mekanikal yang mempunyai bilah pisau yang berputar secara atas bawah (vertical). Umumnya terbahagi kepada :
    ‘Grooming’ – aktiviti yang dilakukan bersama-sama dengan memotong.  Bilah pisau groomer itu masuk 1 – 3 mm (di bawah aras potongan) ke dalam rumput.  Saya selalu samakan ini dengan tukang gunting rambut yang menggunakan sikat bersama-sama gunting untuk mengemaskan potongan. Ada orang buat selang sehari, ada orang buat tiap2 kali dia memotong.
    ‘Dethatching’ – Lebih dalam dari grooming, kedalaman berbeza dari keadaan satu padang ke padang yang lain, untuk mengeluarkan thatch. Biasanya dari 2  – 4  mm (bererti kedalaman nya ke dalam thatch).  Kekerapan dethatching ditentukan oleh pembentukan thatch itu sendiri. 

    Dethatching

    Dari seminggu sekali hingga lah ke sebulan sekali.
    ‘Mataway’ – perkataan ‘mataway’ ni sebenarnya jenama mesin yang digunakan dalam aktiviti mengeluarkan thatch tebal yang dah menjadi mat di bawah permukaan rumput. ‘Mat’ ni sebutan orang puteh macam ‘met’ dalam ‘metal’ bukan macam ‘mat’ dalam ‘Mat Rempit’.  Bilah pisau dia lagi gagah dan mesin dia lagi rugged dari dethatching dan grooming.  Biasa dilakukan setahun sekali atau dua kali. Kalau tak nak mengiklankan mesin ni boleh guna perkataan “scarifying”. Di sini kedalamannya di bawah permukaan tanah.
    ‘Slitting’ - teknik terbaru. Campuran diantara mataway dan jugak pengudaraan. Bilah pisau canggih bercampur tungsten. Potong tanah macam potong kek.  Belum popular di Malaysia kerana isu kos. Ia mungkin boleh menjimatkan masa kerana dua kerja boleh dibuat dalam satu operasi.

  6. Pengudaraan/pengurangan mampatan.
    Dalam penggunaan harian padang rumput, akan terjadi mampatan yang perlu di lega kan dengan cara2 tertentu.
    Coring atau hollow-tining ialah satu cara pengudaraan tanah yang mana ketul2 tanah dikeluarkan dengan menggunakan tine yang lompong (hollow).  Ada juga jenis tine yang padat (solid) dan cara ini dinamakan solid-tining.
    Slicing ialah cara yang mana sekali pandang nampak macam vertical cutting kecuali bilah2 pisau ini tidak bersambung kepada motor yang memusingkannya. Ia akan mencucuk sedalam 1/4 inci ke dalam sahaja. Satu lagi cara baru ialah venting; menggunakan sejenis alat dipanggil ‘ventine’ yang akan membuat tusukan 3.5 inci dalam dengan gangguan permukaan yang minima.
    Spiking ialah bila alat seperti jarum2 mencucuk permukaan rumput untuk tujuan yang sama. Kini, terdapat suatu alat yang dipanggil verti-drain yang mempunyai jarum pelbagai saiz yang dimasukkan lurus tetapi bila dikeluarkan pada sudut sehingga 70 darjah untuk membentuk suatu ‘gua’ di bawah tanah. 

    Vertidrain in progress

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,001 other followers

%d bloggers like this: