Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Rumput di Padang Bola

Secara lazimnya rumput di padang bola di Malaysia adalah terdiri dari rumput Cowgrass, tetapi kini banyak padang yang telah bertukar kepada rumput jenis lain. Malahan saya di beritahu padang bola baru mempunyai spesifikasi bahawa rumput dari spesis Bermuda mesti digunakan.

Apakah rumput lain tidak sesuai? Disini kita berkongsi sedikit tentang rumput yang wujud atau boleh di tanam di padang bola Malaysia.

Pandangan rumput hijau dengan jalur seperti papan dam boleh menaikkan semangat penonton yang menonton di stadium dan lebih-lebih lagi di peti televisyen. Sekali imbas nampak macam padang kelab bola di England. Dua kali imbas…

Ada tiga jenis rumput utama di Malaysia; Zoysia, Bermuda dan Cowgrass. Ada juga padang yang menggunakan Paspalum, Serangoon, Buffalograss dan juga rumput campur-campur.

Cowgrass

Saya tak berminat nak menggunakan istilah ‘rumput lembu’ walaupun ia pernah digunakan kerana ia adalah terjemahan langsung yang mungkin memberi makna berbeza  jadi kita kekalkan nama cowgrass.

Nama saintifik atau nama Latin yang banyak digunakan di Malaysia merujuk kepada Paspalum conjugatum atau Axonopus compressus. Saya lebih berpihak kepada A compressus; ada seorang pakar yang mencadangkan kepada saya bahawa P conjugatum ialah nama sains untuk buffalo grass (rumput kerbau).

Cowgrass ialah rumput tempatan yang boleh di dapati di banyak tempat di Malaysia. Ia lasak, kurang memerlukan baja dan air. Jika kemarau dan air kekurangan; ia akan menjadi dorman dan bertukar warna coklat. Ia akan kembali hijau bila keadaan air kembali pulih. Ini tidaklah bermakna ia tahan kemarau; malahan ia akan menjadi dorman sebelum kesan kemarau di rasai oleh Bermuda atau Zoysia. Bezanya ialah, bila cuaca pulih, lebih banyak Cowgrass akan hidup berbanding yang dua lagi. Dengan sistem pengairan moden sekarang, kelebihan tersebut tidak lagi relevan.

Cowgrass sentiasa berwarna hijau gelap, walaupun lama tidak di baja. Malangnya, kelebihan itu adalah juga punca masalah kepada banyak masalah padang cowgrass. Bila penjaga padang mencadangkan supaya padang di baja; mereka akan ditanya “Kenapa? Kan masih hijau?”. Sebenarnya, rumput dah ‘kelaparan’ dan tidak sihat walaupun luarannya masih hijau pekat.

Ia mempunyai akar yang pendek dan daun yang besar serta lembut, jadi ada pemain bola yang berpendapat bahawa cowgrass bukan rumput yang ideal kerana bola akan duduk lebih dalam dan susah di sepak. Ia juga menjadi masalah bila ‘sliding tackle’ di buat kerana rumput akan tercabut.

Rumput Cowgrass juga boleh buat jalur.

Saya berpendapat, pembajaan mengikut jadual (bukan mengikut warna rumput) dan sistem pengairan yang baik akan menjadikan cowgrass setara dengan rumput fairway lain.

Rumput Zoysia

Rumput ini hampir menjadi rumput ideal untuk padang. Ia tumbuh rapat, mempunyai daun yang keras yang akan memegang bola untuk memberi peluang sepakan bola yang baik untuk pemain . Ia juga tahan kemarau. Jika di jaga dengan baik, rumpai liar sukar masuk.

Zoysia matrella

Yang tak bestnya,

  1. kebanyakkan spesis Zoysia berwarna hijau muda – walau banyak mana baja di campak ke atasnya;
  2. ia lebih tumbuh menegak dari horizontal, ertinya kena rajin memotong kerana ia cepat panjang.
  3. Di masa yang sama ini (kecenderungan tumbuh menegak dari horizontal ) juga bermakna ia lambat pulih dari kerosakkan.
  4. Daunnya mempunyai unsur silica yang menjadikannya keras. Tetapi kekerasan itu yang akan cepat menumpulkan pisau.

Kos penjagaan Zoysia lebih tinggi dari Bermuda atau Cowgrass. Oleh kerana ia berwarna hijau muda, penjaga padang tidak boleh kedekut memberikannya lebih banyak baja, ia juga memerlukan pemotongan yang lebih kerap dan penggantian pisau pemotongan yang lebih banyak.

Saya berpendapat; jika stadium mampu tahan kos yang tinggi, Zoysia berbaloi untuk di gunakan sebagai rumput padang, tambahan pula khabarnya ada kultivar atau hybrid yang berwarna hijau gelap.

Satu hybrid baru yang di iklan kan untuk padang bola ialah Zoysia ‘El Toro’ yang bermakna ‘kerbau’ dalam bahasa Spanish. Pada pendapat peribadi saya rumput ni agak extreme kerana ia besar dan keras, tapi saya faham kenapa banyak padang luar negara yang (kononnya) gemar rumput ini; ia lasak dan aggresif.

Rumput Bermuda

Bermuda adalah rumput yang popular di padang bola baru di Malaysia kerana ia mudah di tanam, mudah di bela dan adalah rumput import yang murah. Ada banyak spesis, hybrid dan kultivar yang di tanam di Malaysia. Kadang-kadang – saya nampak serupa aje dari satu jenis ke jenis yang lain tapi tuan punya padang marah kalau saya cakap macam tu.

Rumput Bermuda juga di kenali dengan nama rumput Couch dan mempunyai variety, kultivar dan hybrid yang amat banyak.

Jenis Common Bermuda, Tifway 419, Tifdwarf dan Greenlees Park adalah kultivar atau hybrid yang paling banyak di temui di Malaysia. Selain itu, jenis Numex Sahara dan Windsor Green telah cuba di tanam di Malaysia tanpa kejayaan.

Rumput Bermuda sangat cepat membiak dan di takuti sebagai rumpai di kawasan ladang-ladang kapas di Amerika Utara. Sifat cepat membiak ini memberikan ia kelebihan cepat pulih dari kerosakkan dan serangan serangga atau penyakit. Kebanyakkan jenis Bermuda berwarna hijau gelap dan tidak perlu pembajaan yang tinggi. Malangnya seperti biasa, ini adalah punca kepada kelalaian pembajaan dan ini membawa kepada kerosakkan kebanyakkan padang Bermuda di Malaysia.

Saya berpendapat bahawa rumput Bermuda – terutamanya Greenlees Park – adalah sangat sesuai untuk di jadikan rumput padang di Malaysia. Ia senang membiak, berwarna hijau gelap dan lebih cenderung untuk tumbuh melata dari menegak. Ia tidak punya banyak musuh dari kumpulan penyakit ataupun serangga.

Paspalum vaginatum

Nama spesis yang hampir lucah rumput ini sentiasa menimbulkan senyuman nakal orang yang faham dan otak sedikit kuning. Apa nak buat? Bukan saya yang bagi nama rumput.

Ini satu-satunya rumput yang tahan air masin. Bukan air garam tapi air laut. Pendapat saya ialah ini rumput yang sesuai untuk di tanam oleh padang yang berada dekat dengan kawasan pantai dan menghadapi masalah tiupan air laut dan air pengairan yang tercemar dengan air laut.

Tapi kini rumput Paspalum popular digunakan di padang yang jauh dari pantai, kerana ia mempunyai warna hijau gelap dan ia rumput yang tumbuh agak agresif di samping mempunyai kelebihan tumbuh di bawah situasi yang berbeza. Ia boleh tumbuh walau di potong pada ketinggian yang amat rendah atau tinggi.

Tetapi malangnya, ia mempunyai kelemahan kerana ia juga digemari oleh serangga dan penyakit. Jika padang mahukan keadaan sempurna, ia perlu memberi perhatian lebih kepada penyemburan racun serangga dan kulat bukan sahaja di green, tetapi juga di fairway dan rough.

Ada satu stadium terkemuka Malaysia yang menanam rumput Paspalum di padang mereka dan nampaknya ia kurang berjaya. Mungkin kerana kurang pengalaman penjagaan. Mungkin kerana serangan penyakit dan serangga. Mungkin kerana penggunaan ‘bukan bola’ (seperti konsert, hari sukan dan sebagainya)  terlalu kerap hingga ia tidak dapat cahaya matahari yang cukup.

Saya amat tidak menggalakkan penggunaan rumput ini melainkan padang tersebut berada di tepi laut dan/atau mampu untuk menjaga rumput yang berkali ganda kos penyelenggaraannya.

Rumput Serangoon

Rumput Serangoon di padang bola? Ramai orang tidak percaya bahawa rumput Serangoon boleh di gunakan di padang. Ia memang tidak popular. Dan bila saya syorkan rumput Serangoon di gunakan di halaman rumah; orang akan mencebik.

Hakikatnya ialah Serangoon tahan cuaca redup, tahan lembab, lambat tumbuh panjang, perlu kurang baja dan kurang masalah penyakit atau serangga. Dan, rumput Serangoon sebenarnya di gunakan sebagai rumput di fairway padang golf dengan jayanya di Malaysia.

Serangoon grass 

Mungkin ia kurang popular kerana ia adalah hasil tempatan, dan bukan rumput import. Macamanapun, kita lebih percaya yang di import dari yang tempatan.

Kelemahan rumput Serangoon ialah warna hijau muda (tapi Zoysia lebih muda lagi) dan daunnya agak lembut (tapi tak selembut Paspalum) dan kurang informasi tentang penjagaan nya. Mungkin satu hari nanti bila orang putih syorkan Serangoon (dan bagi nama lain), padang padang di Malaysia akan menyambut baik penggunaan rumput ini walaupun sebenarnya sama dengan Serangoon.

Rumput macam-macam

Saya pernah tengok padang bola yang mempunyai padang di penuhi dengan rumput yang saya kenal sebagai Buffalograss (bunganya macam Cowgrass tapi daunya hijau muda dan lebih kecil) dan ia memberi hasi yang memuaskan. Untuk hasil yang lebih cantik, saya mencadangkan pembajaan menggunakan baja foliar (kerana penyemburan lebih tepat) untuk menjadikan padang lebih hijau.

Rumput Lovegrass mampu menjadi permukaan permainan yang baik, malangnya bunganya yang melekat di seluar menjadikan ia rumput yang di benci.

Banyak padang bola di Malaysia yang mempunyai rumput yang bercampur-campur kerana tidak di bela dengan baik. Adakah ini boleh diterima? Asalkan konsep utama penyelenggaraan padang di pegang: supaya padang adalah adil dan selamat kepada semua pemain, ia bukan masalah besar.

Jenis rumput sepatutnya tidak penting kepada permainan tetapi pilihan terpulang kepada stadium atau tuanpunya padang  itu sendiri. Mereka mempunyai alasan sendiri untuk pilihan asal sewaktu pembinaan. Malangnya, selalunya padang akan ‘hancur’ bila tiba waktu penyelenggaraan jangka masa panjang. Lebih banyak perhatian di beri kepada tempat duduk dan kawasan VIP daripada kepada kawasan padang (dan tandas awam).

Walau apa pun rumput yang digunakan, nasihat saya ialah supaya mempunyai rejim dan rutin yang tetap untuk penjagaan dan penyelenggaraan. Tetapkan pembajaan setiap bulan atau dua bulan atau empat bulan atau enam bulan; jangan sekejap baja sekejap tak baja. Adakan rutin pengudaraan dan dethatching yang sepatutnya menurut keperluan, jangan tak buat.

Banyak padang yang rosak; walau apapun rumput nya, kerana penjagaan dan penyelenggaraan yang tidak di lakukan menurut jadual atau tidak di lakukan langsung atas nama mengurangkan kos. Ada banyak cara saya boleh cadangkan untuk mengurangkan kos  dengan tidak menjejaskan kesihatan fairway. Contohnya tukar jenis baja, tinggikan K, kurangkan N, guna foliar; jangan dethatch tapi guna slicer dan sebagainya.

Selagi profesionalisme penyelenggaraan tidak di atasi, tanam lah rumput apapun, walaupun Cowgrass, ia akan menjadi padang yang tidak di gemari tidak lama lagi.

About these ads

54 Responses to “Rumput di Padang Bola”

  1. mat said

    salam tuan?
    Rumput Serangoon ada dijual di nursery tak?

  2. budak baru belajar said

    salam, can i know ur full name or at least ur surname, currently im doing research paper on football fields maintenance and i need to quote some of ur writing..ASAP, tq

    • mynormas said

      My name is Normas Yakin bin Md Arifin, my company is Turf Consultancy Sdn. Bhd.

      And thank you. I know some people just plagiarize without quoting or acknowledging. At least you are honest.

  3. Siti Hashikin said

    Saya nak tau mane boleh beli rumput serangoon…
    atau tuan tau mane-mane supplier rumput serangoon?…

  4. saya nak tahu kat mana ada jual seed rumput bermuda

    • mynormas said

      Bermuda yang di jual dalam bentuk seed boleh di dapati di beberapa supermarket atau mungkin nursey (tak pasti). Saya pernah beli di supermarket 20 tahun lepas, di jual atas nama ‘carpet grass’. Macam tanam padi. Kena tanam atas tapak semaian, lepas tu pindahkan ke site. Kalau nak tanam terus di site pun boleh tapi kena beli dalam kuantiti yang sangat banyak; mungkin kena import. Saya tahu supplier. Saya cadangkan cara stolon dan saya cadangkan Bermuda Greenlees Park. Ahem… saya boleh supply.

      • Muhamad Khomeni bin Musa said

        Tuan, saya perlukan benih bermuda (GLP) untuk tanam di padang polo. macam mana saya nak dapatkan benih untuk taburan didalam padang.

      • mynormas said

        Dia tak ada benih tuan. Tuan boleh dapat stolon, sprig ataupun sod. Tuan boleh ambil ni dari padang tuan sendiri: potong sod, lepas tu tuan boleh guna sod tu atau tuan basuh dan jadikan ia sprig. Atau tuan pinjam/sewa vertical cutter seperti Mataway dsb dan potong utk dapatkan stolon.

  5. wanie way said

    salam….. tuan sy nk tny klau sy berminat nk beli dr tuan rumput jenis Bermuda berapa kos nya.. keluasan tanah 8000sqf…
    bajet sy sgt kurang… x tau nk bli biji benih atau yg dh siap tanam… harap tuan boleh bantu… trima kasih..

    • mynormas said

      Puan,

      Maaf lambat menjawab. Untuk bajet yang rendah, saya cadangkan puan gunakan cara stolonizing tapi cara ni kurang sesuai di musim hujan lebat kerana stolon akan di hanyutkan oleh hujan. Oleh itu saya cadangkan cara sprigging. Puan beli sod dari nursery, cuci sod tersebut dan tanam cara sprigging. Jika bajet kurang, buat fasa demi fasa. Tapi setiap kali nak mula fasa baru; pastikan dah buang rumpai dulu.
      Kalau nak beli dari saya; puan tinggal di kawasan mana ye?
      Selamat mencuba!

  6. wanie way said

    maaf, tuan juga sy nk bertanya klau untuk halaman rumah sy yg mendapat cahaya matahari yg cukup 6-8 jam… rumput mn yg lebih sesuai (kos penjagaan yg murah & tahan lama) ??? adakah carpetgrass atau bermuda??? apa perbezaan kedua2 jenis rumput ini.. harap tuan dapat membalas secepatnya kerana sy bercadang hendak menanam rumput dalam bulan ini..

    terima kasih..

    • wanie way said

      sory ‘cowgrass’

      • mynormas said

        Ummh… cowgrass? Alamak, cowgrass tak leh sprig. But can try…
        Saya tak ada cowgrass; maybe boleh try supplier biasa kut. But cari yang mahal and suruh dia guarantee tak ada rumpai.

    • mynormas said

      Puan,
      1. Kalau dapat 6-8 jam, kebanyakkan rumput pun boleh sesuai.
      2. Bermuda dan carpetgrass adalah sama. Mungkin puan maksudkan Bermuda dan philippinegrass? Bermuda lebih cepat tumbuh dan hijau gelap. P grass lambat tumbuh, hijau muda tapi rumput nya sangat cantik.
      3. Kalau puan bandingkan kedua dua Bgrass dan Pgrass dengan cowgrass, memang saya sokong cowgrass kerana ia sangat kurang penjagaan.

      Selamat mencuba!

  7. wanie way said

    terima kasih atas nasihat yang tuan berikan….

  8. Roslan said

    Salam Tuan, saya hendak menanam rumput cow grass dan pearl grass di halama saya seluas suku eakar. Boleh tuan bagi contact no supplier benih rumput.

    Terima kasih

    • mynormas said

      Tuan cuba call Ani. FYI, nombor ini akan di padamkan selepas beberapa hari… (polisi no free advertisement, sekadar tolong kawan dan tolong orang yang baca laman web saya).

  9. Mohd Fakhri said

    Salam,

    Tuan,

    sy sudah membeli rumput jenis cowgrass & plan menanam secara sod pada keluasan 1400 kaki persegi..sy plan menanam secara berperingkat (400 kaki persegi)…rumput yg dibeli adalah bersaiz 3 kaki x 1 kaki..bagi mengurangkan kos, berapakah saiz sod yg sesuai untuk dipotong & berapakah jarak maksimum penanaman antara sod?

    Tuan, saya juga memerlukan pendapat tuan, sebelum menanam rumput langkah yg diambil adalah spt berikut:
    1) Membersihkan kawasan yg ingin ditanam, membuang batu2 & menggembur tanah
    3) Meratakan tanah
    3) Meletakkan baja organik
    4) Menanam rumput

    Adakah langkah2 tersebut betol? Bole ke jika tidak meletakkan pasir sebelum menanam rumput?
    Betul ke if letak pasir, jadi jarak antara sod tu tak akan ada rumpai yg keluar?

    terima kasih

    • mynormas said

      Tuan,
      Jarak maksima ialah sama besar dengan sod itu sendiri. Iaitu, kalau tanah tuan 1400 k.p., maka rumput tuan beli ialah 700 k.p. (tetapi biasanya saya syorkan tambah sekurang-kurangnya 5% untuk spare kalau ada rumput mati).

      Untuk langkah-langkah tuan, saya cadangkan tuan letak baja organik lepas tanam rumput kerana tuan akan tanam 50% dari tanah tuan dengan rumput lagi 50% kosong (dengan andaian tuan ambil jarak maksima tadi). Jika tuan letak baja organik sebelum tanam rumput, ada kemungkinan tuan akan membaja tempat yang tidak di tanam rumput nanti.

      Jika pasir itu bersih dari benih rumpai; betul. Cara untuk pastikan pasir itu bersih dari benih rumpai ialah dengan menutupnya dengan plastik tarpan selama beberapa hari (er… saya maksudkan sewaktu ia masih lagi longgokan di tepi halaman tuan) sebelum menabur. Lagi lama lagi bagus, benih tu akan mati bila lama tak bercambah. Tapi jika rumput tuan tidak subur ataupun hujan terlalu kerap ‘melarikan’ pasir yang tuan tabur tu, benih baru mungkin akan hinggap.

      Selamat mencuba!

  10. hafiz said

    salam tuan,

    saya bekerja di syarikat contractor yang cenderung kepada pe,binaan padang atau lebih tepat lagi kami adalah sports contractor. ketika ini kami ade menjalankan kerja membuat padang bola di sebuah university. pada asalnya tuan tanah mahukan cowgrass, tapi kami telah memberi cadangan kepada tuan tanah untuk menukar kepada greenlees park. kami mempunyai pengalaman dalam menanam greenlees park ini. kami penah menggunakan rumput greenlees park ini di Marlborough College Malaysia di Nusajaya Johor. Setelah sy baca penerangan dan kajian tuan, sy rasa adalah lebih tepat jika tuan tanah tersebut bersetuju dengan cadangan kami. Tuan tanah berpendapat rumput greenlees park ini akan mendatangkan masalah kelak, dan universiti tersebut sudah pon mempunyai mower dari jenis rotary.

    Sy ade sedikit petanyaan, boleh kah greenlees park ini dipotong menggunakan rotary mower? atau mesti dipotong menggunakan reel mower?

    • mynormas said

      Salam Hafiz,

      Greenlees Park akan memberi permukaan permainan yang jauh lebih baik daripada Cowgrass. Cowgrass lebih murah untuk di maintain dari GLP. Soalannya, apakah priority tuan tanah? Kalau mereka ikhlas inginkan padang yang baik untuk permainan, seharusnya mereka pilih GLP. Cowgrass adalah pilihan padang tahun 70 – 90an.
      Zaman sekarang, orang seharusnya pilih Bermuda (419, GLP, Common, Plateau, dsb) ataupun Zoysia (matrella atau japonica atau apakenamasekarangtakingat)ataupun kalau kaya: Paspalum.
      Apapun saliran (drainage) yang utama. Ia lebih penting dari pengairan (irrigation). GLP mempunyai akar yang dalam, ia lasak, ia cepat pulih dari kecederaan, ia mempunyai warna hijau gelap, ia tumbuh rapat ketanah (jika matahari cukup), ia tahan kemarau, serta beberapa kebaikan dari segi permainan juga.
      Ya En. Hafiz, rotary mower boleh memotong GLP. Padang golf guna rotary mower untuk potong GLP juga. Mungkin ia lebih susah untuk ‘stripe’ tetapi bukan mustahil. Saya sebenarnya mencadangkan padang bola Malaysia lupakan mesin reel mower dan cuba sejenis cutting unit di namakan flail mower. Ia juga jatuh dalam kategori ‘cylinder mower’ macam reel mower tapi pisaunya lebih mudah di maintain.
      Anyway, orang sekarang dah canggih dah, tanam rumput padang bola menggunakan ‘Gatt’ atau ‘Fibresand’; tapi mungkin En. Hafiz lebih arif tentang itukan?
      By the way, kalau ada padang yang perlu melakukan pengudaraan seperti ‘hollowtine’ ataupun pembaharuan rumput seperti ‘dethatching’ atau meratakan permukaan menggunakan ‘topdressing’ silalah hubungi saya di mynormasATconsultant.com (dengan menggantikan AT dengan @)

  11. afiq said

    salam tuan saya ada berberapa soalan
    pertama saya berminat dengan rumput Bermuda Greenlees Park macam mana saya boleh dapatkan rumput jenis ni tuan ada bekalkan tak ?
    kedua macam mana nk buat jalur macam kat padang bola luar negara tuu haha ?

    • mynormas said

      GLP susah nak dapat, tapi ya saya boleh bekalkan. Hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @).

      Jalur yang kita lihat tu di sebabkan oleh rumput yang ‘baring’ akibat arah potongan oleh mesin yang mempunyai ‘roller’ pada pemotongnya. Yang kita nampak hijau itu ialah bila mesin memotong ke arah pergi dari kita dan yang nampak kurang hijau tu ialah bila mesin memotong ke arah kita. Tukang potong mestilah memotong di atas baris yang sama setiap kali potong selama lebih kurang dua bulan untuk mendapatkan jalur tu. Bahaya jalur tu ialah tayar mesin akan sentiasa berada di atas tempat yang sama maka bila musim hujan, akan ada lekuk atau ‘rut’ tempat tayar mesin itu berada.

  12. hasmadi ezlly said

    salam tuan, boleh sy dapatkan method statement untuk rumput padang sekolah?klu perlu bayaran saya akan bayar..pls ASAP. tq

  13. Zawawi Ibrahim said

    Assalam tuan,
    Saya pohon nasihat mengenai padang bola dijabatan saya. Padang bola yang diliputi dengan cowgrass yang dahulunya mempunyai permukaan yang sangat baik dan rata kini telah menjadi rosak. Kawasan padang tersebut telah didirikan khemah yang massive yang meliputi keluasan padang..Kini selepas beberapa tahun( tiada pembaikpulihan dilakukan pada masa itu), permukaannya telah menjadi bumpy dan menyebabkan kecederaan pada pemain-pemain yang menggunakan padang tersebut..soalan saya adalah, adakah dengan cara ‘hollow tining’ dan ikuti dengan surface sanding akan dapat memulihkan keadaan. atau pun cuma perlukan surface sanding bersama compaction supaya hilang bumpiness tersebut.
    Jutaan terima kasih di atas pandangan tuan. Wassalam

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,

      Tanpa melihat sendiri padang tersebut, saya mencadangkan surface sanding (topdressing) dan compacting dengan alat yang ringan (paling cantik guna roller yang di tarik tangan) dan mensihatkan rumput dahulu – sebulan dua. Jika masih ada bumpiness; pergi terus ke kawasan yang bumpy dan repair di situ sahaja. Guna padang macam biasa.

      Hollow tine pada bulan puasa nanti. Wallahuaklam.

      • Zawawi Ibrahim said

        Assalam tuan,

        Ribuan terima kasih di atas nasihat tuan..really appreciate it..wassalam

  14. pizi said

    salam , boleh saya minta emel atau apa2 bagi hubungi encik untuk tujuan research saya ?

  15. erilzuddin said

    assalamualaikum…sekolah saya mempunyai sebuah padang yang tidak rata permukaannya. Jadi saya bercadang untuk menggunakan jentera traktor bagi meratakan padang tersebut bagi tujuan latihan olahraga dan permainan hoki. Saya ingin mendapatkan nasihat dari saudara tentang kaedah yang betul dan cara penanaman semula rumput. Memandangkan kewangan sekolah tidaklah terlalu tinggi, saya harap saudara dapat memberikan kaedah yang melibatkan kos yang rendah. Terima kasih.

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      Cara mudah dan murah ialah dengan ‘spot topdressing’ . Iaitu dengan tuan meletak selapis pasir di kawasan tidak rata sahaja. Lapisan pasir itu di tolak tarik dengan kayu berbentuk ‘T’ supaya pasir akan turun dari kawasan tinggi memenuhi kawasan rendah. Syaratnya ialah rumput jangan tenggelam kerana ia perlu cahaya matahari. Tuan mungkin perlu ulang 2 – 3 kali. Jika bonjol terlalu tinggi atau rendah, potong keluar lapisan rumput campur akar dan buang atau tambah tanah kemudian tampal balik rumput campur akar tadi lepas tu topdressing nipis.
      Selamat mencuba!

  16. dayana said

    salam, boleh saya tanyer. permukaan padang bola saya adalah daripada bukit yang dipotong. diantara berikut yang manekah sesuai digunakan untuk padang bola saya? dan apakah saliran yang sesuai digunakan? terima kasih

    • mynormas said

      Maksud puan rumput apa yg sesuai? Tanah bukit boleh menampung semua jenis rumput tetapi saya tidak sarankan Paspalum. Cowgrass mudah dijaga secara long-term.
      Sistem saliran herring bone adalah yg terbaik. Paling minima ialah dua; di kiri kanan padang.

  17. Mabel said

    Salam Tuan, apa perbezaannya antara Philippines dengan Serangoon? Adakah Serangoon dijual di nurseri yg Tuan boleh recommend? tkasih

    • mynormas said

      Salam puan, perbezaan dari segi penggunaan ada dalam artikel di atas. Dari segi warna, kedua-duanya hampir serupa: hijau muda. Zoysia akan tumbuh lebih agressif dan perlu di potong seminggu sekali – minima. Sebaiknya seminggu dua kali. Serangoon akan tumbuh menjalar dan kurang perlu di potong kerap. Tapi kalau nak cantik seminggu sekali is the best. Email saya di mynormasATconsultant.com untuk maklumat lanjut tentang nursery serangoon.
      T kasih.

      • Mustakim said

        salam saudara.. apa pandangan peribadi saudara mengenai rumput yang paling sesuai untuk digunakan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan cadangan KJ untuk menggunakan cowgrass..TK..

      • mynormas said

        Salam. Pandangan saya? Menggunakan Cowgrass sebagai rumput di stadium Bukit Jalil adalah keputusan berani dan err… baik.

        Saya pernah mencadangkan padang Merdeka di tanam dengan Cowgrass.

        Kebaikkan Cowgrass ialah ia tahan redup ertinya kalau di tutup dengan khemah atau pentas untuk beberapa hari, ia masih lagi ok berbanding rumput lain.

        Keburukkan Cowgrass ialah ia mempunyai akar yg pendek jadi ia mudah kering dan ia juga mudah ‘tersopak’ keluar bila sliding tackle atau di tendang.

        Satu kebaikkan Cowgrass yg menjadi keburukkan ialah warna hijau gelap nya. Ia sering tidak di baja kerana kita sangka ia subur.

        Tuduhan Cowgrass menyebabkan padang lecak tidak benar. Ia boleh di elakkan dengan maintenance yg baik dan regular.
        Cowgrass tak ‘glamour’ so kalau pilih ia sebagai rumput; saya kata ia tindakan berani.

        WaLlah hu aklam.

        P.S. kalau saya, saya akan cadangkan untuk menggunakan rumput Zoysia matrella di padang itu. Ia lasak dan tahan redup. Ia bersaudara dengan rumput Philippine yg banyak diguna di laman rumah sekarang. Yg tak best nya ialah ia berwarna hijau muda. Kalau nak tengok contohnya, try lihat di Kota Permai Golf Club di Shah Alam atau Tanjung Puteri Golf Club di Johor Bahru.

  18. […] Jenis rumput […]

  19. sharil said

    Wasalam,Tuan mcm mana saya nak dapatkan benih rumput bermuda….benih rumput cowgrass ada tak di pasaran…?

    • mynormas said

      Bermuda dan Cowgrass takde benih. Mereka datang dalam bentuk stolon, sprig atau sod. Tuan boleh tanya di nursery berdekatan. Kalau tak der, hubungi saya di mynormasATconsultant.com. Gantikan AT dengan @.

  20. ASHZIUAN said

    Rumput crowgross bagi padang bola ada gred ke iaitu Gred A, B dan C, Padang kampung saya baru dibina tetapi rumput amat tidak memuaskan. jelaskan..

    • mynormas said

      Dulu2 memang ada grade A dan B. Biasanya grade A di jual dengan kaki persegi (sekeping sekeping) dan grade B di jual dengan harga selori: jauh beza harga diantara A dan B.
      Org putih selalu kata “you get what you pay for”. Malangnya saya selalu jugak nampak bayar mahal dapat barang murah, biasa nya kerana supplier tunjuk rumput cantik sebelum beli tapi masa hantar bagi rumput lain. Lain lain sebab saya tak nak speculate.

  21. Syuhada Amir said

    As salam.. saya nak tanya rumput padang rugby sama ka mcm rumput dkt padang bola?? then cara penyelenggaraan pown sama ka?? tq..

  22. awang alifah said

    saya berjaya menanam bermuda grass di halaman rumah. memang cantik rumputnya. tak luas. dalam 5 kaki persegi je. cuma persoalannya boleh ke dia merebak sendiri atau saya kena cantas rumput rumput lain di sekelilingnya supaya bermuda tu ada ruang untuk merebak? tanah keliling tu penuh dengan cowgrass

  23. azwan azmi said

    Salam,
    Saya ada soalan mengenai rumput a compress (cow grass). Adakah memadai hanya sekali menyiram rumput ini pada awal penanaman (tiga hari pertama atau seminggu pertama). Saya notis ada spot yg kekeringan. Jadi perlukah dua kali penyiraman. Bagaimana pula jenis baja?

    • mynormas said

      Salam,

      Penyiraman rumput selepas akar nya tumbuh ke bawah lapisan tanah tapak ialah bergantung kepada keperluan.

      Sebelum itu kita akan siram supaya akar itu tidak kering.

      Selepas itu, kita akan mula ‘mengajar’ akar utk tumbuh panjang. Siram ikut keperluan, iaitu bila tanah kering saja. Korek sikit guna jari utk periksa.
      Bila kering, siram dengan banyak supaya air masuk jauh ke bawah. Siram pada awal pagi, jadi bila matahari terik, air sudah ada di dalam tanah dan akar akan berusaha utk mencari air.
      Kadang kadang ada kawasan yg tak tembus air, tanda dan siram tempat tu lebih sikit atau cari benda tajam dan cucuk tanah di situ utk memberi laluan air.
      Selamat Mencuba!

  24. Zulhilmi said

    Assalam tuan,

    Berapakah ketinggian rumput yang digunakan oleh setiap padang bola sepak? Maksudnya ketinggian maksimum sebelum dipotong?

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.
      Itu bergantung kepada jenis rumput. Cowgrass mungkin 75mm? Zoysia 100mm?
      Tak pernah saya tahu org ukur tuan, kami mula potong sebelum ia panjang supaya ia lebih cepat merebak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 964 other followers

%d bloggers like this: