Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Padang Bola

Kenapa padang bola di Malaysia tak mampu nampak macam padang bola di luar negara?  Walaupun padang golf kita ada yang cukup canggih dan nampak macam bertaraf antarabangsa?

Kita senaraikan dulu kelemahan yang kita nampak di padang bola stadium2 negeri ATAUPUN negara yang kita boleh nampak. Ini hanya cerita tentang rumput sahaja.  Kalau nak cerita tentang “pengurusan padang

Kinrara Golf Club, Malaysia

Kalau padang golf Malaysia boleh nampak macam ni, kenapa tidak padang bola?

bola di Malaysia” cuba cari laman web yang lain ye.

1.     Rumput yang tumbuh secara jarang – lebih nampak permukaan tanah di dari rumput.

2.     Permukaan yang sangat tidak rata. Sukar untuk berlari pecut – jauh sekali berlari sambil menggelecek bola.

3.     Warna rumput yang bertompok-tompok.

4.     Keadaan lecak yang hampir masuk kategori banjir tiap kali hujan lebat sikit.

5.     Keadaan rumput depan gawang gol (dalam kotak penalti) yang lebih botak dan lecak dari kawasan yang lain.

Pokok pangkal nya ialah ‘budget’. Bukan pengetahuan.  Kalau budget cukup dan ‘common sense’ ada, pengetahuan tu boleh di beli.

  • Jenis rumput yang digunakan di padang bola Malaysia rata2 nya ialah dari jenis Cowgrass.  Satu rumput yang baik di kebanyakkan masa.  Masalah utamanya ialah akar rumput yang cetek menyebabkan ia kurang tahan cuaca panas.  Dan ia juga mudah tercungkil dalam aktiviti kasar.  Rumput ini cukup baik untuk kegunaan biasa asalkan ia mempunyai penjagaan yang baik dan berjadual. Ada pula padang yang mempunyai cita-cita untuk mempunyai rumput yang lain spesis tapi lupa bahawa penjagaan di masa akan datang banyak berbeza dari rumput Cowgrass dari segi kerja, alat, baja dan pengetahuan.

    Adakah padang kita mempunyai saliran begini?

  • Saliran (drainage) yang kurang baik.  Isu pertama ialah, padang lecak pun orang bantai main jugak.  Isu kedua ialah, walaupun jika tiada permainan, ketiadaan saliran yang baik menyebabkan akar rumput yangperlukan oksigen, lemas. Saliran yang saya maksudkan ialah bukan sahaja longkang bawah tanah (sub-soil drainage) tapi juga – saliran dalam profil tanah itu sendiri.  Topik ini akan di huraikan dalam satu muka laman web saya ini.
  • Cultural practices (amalan kultura).  Ni tak boleh translate secara bahasa.  Tapi bagi kami di padang golf, penyelenggaraan padang tidak cukup sekadar potong rumput dan baja; tetapi juga termasuk aktiviti seperti topdressing – meratakan selapisan pasir di atas permukaan rumput. vertical cutting – untuk membuang bahan organik yang mati di celah2 rumput dan  pengudaraan (aerification) – untuk memasukkan liang2 udara ke dalam profil tanah.
  • Peralatan. Refer to Golf Course machinery yang relevan kepada fairway. Tak murah. Mahal.  Nak jimat? Tak dapek den nak tolong kau jang.
  • Baja. Racun. Ubat. Semua mahal. Tak nak mahal?  Then jangan komplen padang tak cantik. Cuba tengok iklan suratkhabar dan TV; ingat perempuan nak jadi cantik murah ke? Tambahan pula Cowgrass mempunyai warna hijau gelap walaupun lama tak baja.  Jadi demi menjimatkan duit, kebanyakkan padang tidak mempunyai jadual pembajaan. Kita baja bila kita nampak rumput tak sihat.  Masa tu dah terlambat.
  • Penggunaan.   Kalau selalu sangat guna padang tu, jahanam jugak.  Pertandingan pun kat situ, training pun kat situ. Kalau nak jugak; 2 cadangan; pindakan gol tu ke kanan atau ke kiri sikit (line garisan kat padang pun ubah sekali lah encik). Supaya kerosakkan tak de lah kat satu tempat sahaja. Cadangan kedua, sediakan rumput gantian yang ditanam di tempat lain yang boleh dipindahkan ke padang jika keadaan memerlukan. Konsert pun kat situ.

Di masa akan datang, kita akan bercerita tentang bagaimana untuk mengatasi masalah-masalah di padang bola Malaysia secara terperinci. Sebenarnya, kebanyakkaan dari masalah ini, sama dengan masalah di padang golf dan telah saya huraikan di laman web ini.

Mountain View Golf Club, Penang, Malaysia.

Dengan traktor buruk dan kecil pun boleh dapat stripe.

 

11 Responses to “Padang Bola”

  1. gang said

    Wah…hebat-hebat…you memang pakar laa..

  2. syahar said

    Mohon pendapat tuan, apakah sebab pihak MSN mensyaratkan penggunaan rumput dari jenis Bermuda Grass bagi padang bola (khusus untuk projek-projek Kerajaan)?
    Apakah kelebihan dan kekurangan penggunaan bagi rumput dari spesis ini?

    • mynormas said

      Tuan,

      Saya tak boleh jawab untuk pihak MSN.

      Pertama sekali, Bermudagrass ada mempunyai banyak hybrid dan cultivar; contohnya di Malaysia ada Greenlees Park, Tifway 419, Plateau, Windsor Green, Common, Mini Verde, Tifeagle, Satiri, dan sebagainya. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

      Umumnya, kelebihan kebanyakkan cultivar ini ialah: mempunyai akar yang lebih panjang oleh itu lebih tahan kemarau atau cuaca panas. Ia bersifat stoloniferous jadi ia lebih cepat merebak. Ia lebih cepat pulih dari kerosakkan akibat sliding atau sepakkan. Jika di bela dengan baik, ia lebih tahan stress penggunaan. Jika di tanam dan jaga dengan baik, ia juga adalah lebih konsisten berbanding dengan Cowgrass. Ia mempunyai warna lebih hijau berbanding spesis Zoysiagrass. Ia juga perlukan penjagaan yang kurang berbanding Zoysia.

      Kekurangan Bermudagrass ialah; ia memerlukan tahap penjagaan yang lebih tinggi berbanding Cowgrass. Ia perlu di potong lebih kerap. Ia perlu penyiraman (walaupun ia lebih tahan kemarau). Biar saya jelaskan: jika kemarau lebih dua minggu – tanpa penyiraman Bermudagrass akan mati terus. Sebaliknya Cowgrass akan menjadi dorman lebih awal dari Bermudagrass (ertinya ia bertukar coklat lebih awal) tetapi sebaik sahaja cuaca pulih, ia akan kembali hijau. Ia juga mempunyai limit, tetapi setakat ini, saya tak pasti apa limit kemarau bagi Cowgrass. Bermudagrass juga memerlukan lebih banyak cahaya matahari berbanding Cowgrass.

      Dari segi permainan; pemain golf lebih gemarkan Bermudagrass kerana ia tumbuh lebih rapat ke tanah jadi bola lebih ‘laju’ bila bounce.

      Saya harap ini membantu. Soalan tuan agak umum dan saya tidak membuat rujukan apa-apa melainkan pengalaman saya sahaja.

  3. Farha Puad said

    salam..
    Mohon untuk mendapatkan job scope penyelenggaraan padang rumput secara terperinci dari segi penyelenggaraan berkala dan penyelenggaraan rutin.
    Terima kasih..

    • mynormas said

      Tuan boleh cuba rujuk “amalan kultura” dan “pembajaan” dalam laman web saya. Untuk lebih terperinci, hubungi saya di mynormasATconsultant.com. Saya akan menjawab secara rasmi.
      Terima kasih.

  4. zainal said

    Assalamualaikum tuan,

    Saya ada membeli tanah satu ekar di hulu langat. Nak buat rumah dan tanam pokok buah-buahan sepert durian, rambutan dan 3 atau 4 jenis lagi buah tempatan. Tanah tu tanah bukit tanah merah dan telah diratakan macam gurun sahara je panasnya. Pertanyaan saya, rumput jenis apa yang saya leh tanam, kontraktor cadang cow grass, tapi orang rumah minat bermuda atau satu lagi spesies yang tahan panas tu. Apa pendapat tuan dalam hal ini. kalau nak tanam rumput tu kena tabur pasir dulu ke kat tapak?

    terima kasih

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      Kalau malas nak jaga (atau untuk lebih sopan: kalau kurang ada masa) memang cowgrass paling senang maintain. Tapi nampaknya kena menangkan orang rumah awak – sikit – sebab Cowgrass tak tahan panas. Akar dia pendek. Sekejap aje tak siram dia akan jadi perang (brown) iaitu jadi dorman – belum mati tapi dekat dah.
      Boleh fikirkan jugak lah nampaknya Bermuda atau Zoysia (carpetgrass atau Philipine grass dan yang se spesis dengannya) untuk kawasan tuan. Tak tidor malam kontraktor fikir berapa banyak dia dapat kalau tanam carpet grass hampir satu ekar.
      Mungkin cadangan saya, untuk kawasan yang nak tanam pokok buah-buahan yang redup, boleh lah bubuh cowgrass. Untuk kawasan yang dekat keliling rumah, tanam carpet grass sebagai rumput hiasan. Cuma tuan kena ada sempadan artificial supaya tiada masalah ‘encroachment’ di antara spesis; contoh nya jalan, footpath, flowerbed, pagar hiasan, batu putih yang kecil dan sebagainya.
      Saya ada artikel bertajuk “Rekabentuk lanskap; macamana nak mula” dalam laman web saya. Cuba try itu.
      Selamat mencuba!

  5. Fiza Yunos said

    salam.

    FAM telah mencadangkan penggunaan rumput tiruan pada padang bola di malaysia. Singapura juga telah menggunakan rumput tiruan di padang bola sepak mereka.
    Boleh terangkan pada saya, apakah maintainance yang diperlukan oleh rumput tiruan?

    mungkin, dari segi
    saliran(drough)
    ketahanan terhadap hujan+lembab
    suhu yang tinggi.

    saya juga berharap sangat dapat perjelaskan saya tentang bagaimana rumput tiruan ini berfungsi.

    terima kasih

    • mynormas said

      Maaf Fiza, saya tak berapa tau pasal rumput tiruan. Tapi untuk pengetahuan: sebenarnya di peringkat FIFA masih ada beberapa kontroversi berkenaannya. Di World Cup South Afrika mereka menggunakan rumput tiruan yang di sulam dengan rumput betul di beberapa padang dan di salah satu permainan, menerima kritikan dari pemenang dan pengkalah (?). Perlawanan pertama ialah di antara Slovenia dan Algeria, boleh baca komen jurulatih kedua dua pihak di http://www.usatoday.com/sports/soccer/2010-06-14-1108218079_x.htm.

      Satu kelemahan (atau kebaikan; bergantung kepada pendapat) rumput tiruan ialah bola akan lebh ‘laju’ dari di padang rumput biasa.

      Jika padang tidak di bina dengan betul, kecederaan pemain akibat hentakan keatas permukaan keras (bukan sahaja soal jatuh tapi soal lutut sebagai penyerap hentakan). Sliding tackle – di beritakan – adalah juga punca masalah luka jika kualiti rumput tidak baik.

      Of course, kebaikan rumput tiruan pula ada banyak: 1. Ia memang mempunyai sistem saliran yang lebih baik dan tidak memerlukan terlalu banyak pengairan (bukan tak perlu langsung) 2. Ia tidak memerlukan cahaya matahari (ertinya boleh digunakan di stadium tertutup atau yang mempunyai terlalu banyak teduhan). 3. Kos penjagaan yang rendah (tidak perlu potong, baja, racun dan sebagainya) 4. Ia memang tahan hujan/lembab dan juga suhu yang tinggi. 4. Berbanding dengan rumput asli, rumput tiruan boleh di mainkan lama atau berulang-ulang (dari pagi sampai malam). 5. Jika stadium itu adalah pelbagai guna, maka rumput tiruan juga lebih sesuai berbanding rumput hidup.

      Bagaimana ia berfungsi? Hmmm… macam rumput biasa lah kut? Biasanya ia di tanam sebagai 100% rumput tiruan, tetapi dalam kes stadium di negeri Polokwane, Afrika Selatan, ia di sulam dengan rumput asli. Takat tu saja saya boleh beritau. Mungkin jika puan lebih spesifik saya boleh cuba jawab lebih spesifik.

      • Fiza Yunos said

        Terima kasih banyak2 atas maklumat ini. Saya tertarik dengan isu rumput tiruan..sbb itu saya ingin tahu.
        saya pelajar yang sedang buat kajian terhadap bermuda grass yang tahan pd “shading”. boleh maklumkan saya, setakat ini, ada tak padang sukan(*selain pdang golf) di malaysia yang telah guna bermuda grass.

      • mynormas said

        Fiza, mengikut suatu comment kepada Topic saya yang bertajuk ‘Padang Bola’ pihak MSN membuat guideline bahwa semua padang bola kerajaan mestilah menggunakan Bermudagrass. Jadi rasanya kebanyakan padang kepunyaan kerajaan (yang baru atau mungkin yang dalam pembinaan) adalah dari rumput Bermuda. Malangnya saya tak boleh nak jawab yang mana. Hari Rabu 19 Oct 2011 pagi saya akan membawa pelajar saya dari KDU ke padang MSN di Bukit Jalil, mungkin saya boleh tanya mereka atau melihat fasiliti mereka. Saya tak pasti saya akan berjumpa dengan siapa kerana lawatan ini di urus oleh seorang lagi pensyarah.

        Fiza boleh rujuk kepada muka Padang Bola untuk lihat comment itu dan saya tak pasti kalau Fiza berminat untuk mengikut lawatan tersebut?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 558 other followers