Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Masalah Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Teknik Membaja

Samada kita menggunakan baja kimia ataupun baja organik, cara membaja akan memberi kesan kepada rumput. Kalau kita silap teknik, ada kawasan dapat baja lebih dari kawasan yang lain. Maka ini akan memberi kesan tompok ataupun belang di atas rumput. Ini lebih ketara jika kita menggunakan baja kimia dan/atau baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi. Contohnya urea. Saya sangat mencadangkan tuan rumah tak menggunakan baja urea.

Kadang-kadang ada penjual baja kata bahawa bajanya boleh tahan sebulan atau enam minggu. Dan mengatakan bahawa ini memudahkan kerja dan mengurangkan kos kerja pembajaan. Atau ada orang yang dia suka membaja pada kadar yang banyak atau kadar yang diperlukan oleh rumput untuk tempoh sebulan (contohnya 4kg/100m persegi sebulan).

Betul. Tapi…

Ada dua masalah yang saya ingin ketengahkan yang boleh di hadapi oleh kita di Malaysia.

  1. Cuaca kita yang selalu hujan akan menghanyutkan ketulan baja tersebut dan menyebabkan tempat tinggi mendapat kurang baja dan tempat rendah lebih banyak baja.
  2. Teknik pembajaan yang kurang baik akan menyebabkan sebahagian kawasan hijau dan sebahagian kawasan kurang hijau. Mungkin pembelangan atau penompokan.

    Wrong fertilization technique

    Belang hijau akibat salah teknik

Oleh itu saya mencadangkan pembajaan yang kurang tapi selalu tapi munasabah. Saya dengar tentang baja foliar yang perlu di aplikasi hari-hari atau dua hari sekali maka – walaupun bagus – tapi adalah keterlaluan. Saya mencadangkan baja mingguan untuk rumput laman baru di tanam dan rumput green di padang golf. Jika anda menjaga padang bola atau taman atau rumput halaman anda telah lama di tanam, saya mencadangkan pembajaan setiap 3 bulan dan bukan sekali setahun. Anda boleh menggunakan jumlah baja yang sama! Cuma bahagikan kepada 4 bahagian. Contohnya; untuk orang yang membaja 4kg/100m persegi sebulan, jadikan ia 1kg/100m persegi seminggu. Jika anda membaja padang bola anda 10 bag setahun, jadikan ia 2.5 bag setiap 3 bulan.

Jika anda membaja laman anda satu bag kecil sebulan. Bahagikan bag itu kepada empat bahagian dan baja seminggu sekali.

Guna alat pembaja atau guna tangan. Guna baja kimia atau baja organik. Prinsipnya sama; ULANG. Untuk setiap pembajaan, saya akan bahagikan lagi kepada dua bungkus lebih kecil. Satu bungkus baja saya baja dari depan ke belakang (atau dari pukul 12 ke pukul 6) dan satu bungkus lagi dari kiri ke kanan (atau dari pukul 3 ke 9). Ertinya, bungkus pertama anda mengadap rumah anda, atau tiang gol atau fairway dan berjalan sambil menabur baja. Pastikan cukup. Kemudian, dengan bungkusan kedua, letak rumah anda, tiang gol, fairway di sisi anda dan tabur baja hingga habis bungkus kedua.

Teknik ini mengelakan pembelangan atau penompokan hijau.

Fertilizing technique - wrong.

Tompok-tompok hijau akibat terlebih baja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 490 other followers