Penyediaan Tapak
Selepas kita pilih jenis rumput, kita akan sediakan tapak tempat kita nak tanam rumput.
Ada beberapa kaedah penanaman rumput. Tapi apa cara pun yang kita pilih kawasan yang akan ditanam tetap memerlukan penyediaan tapak.
Langkah2 penyediaan tapak tanaman
- Ujian tanah (Soil test) Boleh dibuat di UPM atau bertanyalah kpd pegawai Jabatan Pertanian yg berdekatan. Tapi jika kawasan tanaman kecil dan awak menggunakan tanah bakar atau tanah hitam. Ini tak payah pun takpe. Tapi kalau ni tanah kuning yg kontraktor lambak depan rumah, atau dari dulu tanam apa pun tak menjadi; awak boleh pilih utk buat soil test (paling tidak pun test pH tanah) atau tuan rumah pergi mandi bunga.
Tujuan utama ujian tanah ialah untuk mengetahui unsur apa yang kurang untuk tanah tu dan kesesuaian tanah tu untuk sebarang jenis tanaman. Keperluan unsur (atau nutrien) dari satu tanaman ke tanaman lain berbeza, so tanah yang tidak sihat untuk suatu jenis pokok mungkin sesuai untuk rumput. Mungkin juga suatu kawasan itu terlalu berasid atau beralkali untuk rumput dan perlu pengubahsuaian.
Biasanya, tanah di kawasan rumah2 di Malaysia adalah berasid. Ertinya ia perlu di neutralkan dengan alkali. Gunakan kapur pertanian sebanyak 5-10kg/100m persegi. Tapi paling senang ialah dengan menggunakan top soil yang dibeli dari nursery (boleh tanya towkay tu tentang kesesuaian) atau gunakan pasir. Lazimnya pasir hampir neutral.
2. Kawalan rumpai – Paling senang dengan pembajakan tanah. Racun pun boleh jugak, 2 – 3 round ke. Saya biasa cadangkan Round-up sebab dia racun sistemik jadi racun akan meresap ke semua bahagian tanaman. Biar seminggu dua; lepas tu bajak. Untuk kawasan kecik tak perlu nak sewa Kubota macam nak bajak sawah; untuk kawasan halaman rumah boleh gunakan cangkul dan balik-balikkan tanah, pecahkan ketul-ketul besar. Biar akar rumpai kering di jemur matahari.
3. Pembersihan kawasan – Buang batu besar, tunggul, bangkai, dan lain-lain.
4. Pengairan dan saliran – Untuk halaman besar, park, padang bola atau golf, masalah besar ialah air. Air masuk dan air keluar. Kita tak nak di musim kering, rumput kita kuning atau mati kekeringan. Kita juga tak nak, di musim hujan, air bertakung merata-rata. Di kebanyakan masa kita boleh pasang sistem sprinkler untuk pengairan dan rangkaian longkang bawah tanah (sub-soil) untuk saliran.
5. Baja – Ni utamanya pada org yg rajin (dan kaya) utk buat soil test tadi. guna kan lah baja yg mengandungi nutrien yg kurang dlm tanah. Paling tidak pun baja yg tinggi P nya utk menggalak akar. Masa ni lah jugak utk membetulkan pH tanah. Biasanya – gunakan kapur lime. Paling biasa orang buat ialah dengan menggunakan CIRP atau DAP pada kadar rendah.
6. Bajak – Untuk kawasan besar guna mesin bajak ditarik oleh traktor besar atau untuk kawasan kecil menggunakan cangkul utk melonggar dan membalikkan tanah. Fungsinya ialah a. ‘membancuh’ baja atau kapur ke dalam tanah. b. membantu akar tumbuh ke dalam tanah c. ketulan-ketulan tanah yang lebih kecil juga menyenangkan permukaan tanah diratakan.
7. Rake – bermaksud menarik permukaan dengan pencakar (secara manual atau menggunakan mesin). Kita boleh membersihkan permukaan tanah dari apa-apa yang dibawa keluar dari tanah sewaktu pembajakan; batu, ketulan tanah liat, ketulan emas, tulang dinosaur, batu nisan (!?).
8. Pembentukan tanah – Lepas tu untuk kawasan besar, kita boleh berfikir untuk membentuk rupabentuk mukabumi tanah tu seperti yang kita mahu. Kita nak laman yang beralun ke, nak rata macam padang bola ke. Suka hati la. Hanya ingat, bukan untuk sekadar kecantikan, tapi juga untuk membantu aliran permukaan air ke tempat pembuangan air (sump, longkang; terbuka atau bawah tanah)
Lepas tu kita boleh mula untuk proses selanjutnya iaitu penanaman.
Membentuk tanah.
Orang selalu ingin membentuk tanah untuk mengalirkan air keluar melalui ‘larianpermukaan’ (surface run-off) tetapi caranya salah: Ingat bahawa cara ini paling berkesan dalam jarak 5meter dari titik air tu tiba di tanah anda hingga ke tempat anda ingin dia keluar. Ertinya, kalau lebih dari 5 meter, anda perlu pikirkan tentang saliran tambahan (akan ada satu muka tentang saliran dimasa akan datang). Lebih jauh jarak air mengalir, lebih banyak masa ia ambil, lebih lama anda tunggu untuk kering.
Prinsip saliran; air akan mengalir melalui jalan paling sikit rintangan (path of least resistance). Gunakan tanah yang padat utk membentuk saliran permukaan, bukan pasir. Air akan meresap kedalam pasir hingga ia bertemu tanah padat di bawah. Ertinya, ia mengalir ke bawah dulu, kemudian ia mengalir ke tepi.
Jika anda ingin tanah yang rata sekalipun, bentuk tanah keras di bawah permukaan supaya ia senget dan mengalirkan air ke tepi, kemudian tabur pasir di atasnya dan ratakan seperti yang anda inginkan.
Tanah Liat (Diameter < 0.002 mm) mempunyai luar permukaan yang besar dan adalah aktif dari segi kimia. Luas permukaan yang besar bagus untuk menyimpan air, malangnya kebanyakkan air itu tak dapat digunakan oleh rumput. Tanah yang mengandungi tanah liat yang banyak tak sesuai untuk kawasan rumput yang lasak digunakan kerana tanah mudah mampat.
Silt (Diameter butiran diantara 0.05 – 0.002) ialah pertengahan diantara pasir & tanah liat. Ia mempunyai luas permukaan yang terhad dan aktiviti kimia yang minima, tetapi penyimpanan air yang tinggi. Silt tidak sesuai untuk rumput kerana ia mudah mampat dan kurang pengudaraan. Tetapi sedikit silt perlu utk penyimpanan air, kecuali anda memilih utk menggunakan lain2 bahan.
Pasir (Diameter butiran diantara 0.05 – 2.0 mm) mempunyai luas permukaan berbanding berat yang rendah. Pasir mampu berfungsi sebagai kerangka untuk pengudaraan dan pergerakan air. Oleh itu pasir sering digunakan untuk mengurangkan masalah mampatan dikawasan rumput.
Nota: Bila bercerita tentang saiz pasir, peratusan taburan akan menentukan pasir-pasir tersebut baik atau tidak untuk rumput.
UNTUK HALAMAN RUMAH ATAU FAIRWAY/ROUGH; CAMPURKAN KETIGA-TIGA TANAH DIATAS DENGAN PERATUSAN PASIR TIDAK KURANG 50% TAPI TANAH LIAT JANGAN MELEBIHI 30% . INGAT, CUACA KITA LEBIH BANYAK HUJAN DARI KEMARAU. LAZIMNYA, LEBIH MUDAH UNTUK MEMASUKKAN (MENYIRAM) AIR DARIPADA NAK KELUARKAN AIR DARI DALAM TANAH.
|
Membentuk tanah. |
Ahmad said
Terima kasih krn sudi berkongsi maklumat.. Muai rezeki Bro
Reen said
saya nak tanya utk setiap jenis rumput, adakah cara penyediaan tapak juga berlainan? kalau cowgrass berapa tebal pasir boleh kita letak? saya harap tuan dpt update dlm topic ini berapa inci topsoil & pasir yg sesuai utk tiap2 jenis rumput (cth cowgrass, pearlgrass & philipine grass)… terima kasih kerana berkongsi maklumat & ilmu…
mynormas said
Berapa tebal pasir tiada kena mengena dengan jenis rumput. Tebal pasir bergantung kepada kemampuan kita. Secara umumnya; lebih tebal lebih bagus (dengan syarat pasir tidak terlalu banyak partikel kasar), of course bila saya kata lebih tebal, maka saya maksudkan within reason lah; biasanya maksimum yang saya tahu hanyalah 18 inci. Tetapi ada juga tempat yang saya di beritahu secara semulajadi ada pasir sehingga 15 kaki!
Ingat, kegunaan utama pasir ialah untuk saliran air kebawah dan keluar dari rumput serta untuk memudahkan membentuk lanskap, so itu juga akan menentukan ketebalan pasir.
nurhuda othman said
As salam… sy baru nak cuba tanam rumput…
Sy nak tanya.. kalau kita dah racun rumput rumpai yg jahat sebelum kita taruk pasir tu… nanti bila da tanam rumput baik.. rumput jahat tu xhidup ke?
Maaf ye.. sy tertanya2..
mynormas said
Puan, racun apa yang puan guna? Saya assume Round-up ataupun yang sama bahan aktif dengannya. Kalau betul caranya, racun ini akan meresap hingga ke akar. So ini bermakna rumput yang err… ‘jahat’ tu tu akan mati terus dan tak naik lagi.
Bila taruk pasir, maka kalau rumput tu tak mati dan pengsan pun, ia akan mendapati susah untuk menembusi lapisan pasir. Lagi tebal pasir, lagi susah untuk nya.
Kalau puan rasa lagi kejam, lepas racun tu gembur-gemburkan (bajak/terbalik) tanah tu menggunakan cangkul pun bagus juga kerana ini akan mendedahkan akar kepada cahaya matahari dan mengeringkannya maka ia akan mati tersiksa. Tapi kalau musim hujan puan kena gelak lah.
Anyway, dari pengalaman saya, kalau puan taruk pasir baru yang bebas (majoriti pasir) dari bijibenih rumpai, bila tiba masa untuk mencabut rumpai pun senang kerana akar rumpai tak boleh pegang pasir yang lebih peroi dari tanah.
Selamat mencuba!