Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Masalah Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Penanaman

Sod secara 100%

Penanaman cara sod

Selepas penyediaan tapak, tentulah kita akan menanam rumput kita.

Dengan mengandaikan di depan kita sekarang ada kawasan yang akan kita tanam rumput siap

Kita boleh tanam rumput dengan tiga jenis kaedah.

i.         bijibenih

ii.       sod atau plug dan

iii.      sprig atau stolon.

Cara paling murah untuk tanam rumput di Malaysia ialah dengan stolon.  Cara paling mahal tapi paling cepat ialah dengan sod.  Lebih rapat jarak diantara sod, lebih cepat awak dapat halaman atau padang idaman anda.

Sebelum anda berlari mencari kamus atau nak “google” istilah-istilah teknikal biar saya jelaskan. Stolon ialah sebahagian dari akar rumput yang masih boleh tumbuh.  Sprig boleh dikatakan bahagian yang lebih kecil dari sod. Sprig biasanya tiada tanah.  Sod ialah sekeping tanah yang mempunyai rumput. Biasanya di beli dengan keluasan 1- 2 kaki persegi dari nursery. Cara sod kebaikan nya ialah rumput lebih tahan kalau lambat siram, dan bila hujan lebat tak lah dia senang sangat hanyut. Cara ini juga kadang2 dipanggil sebagai “close turfing”. Anda boleh membeli sod dari nursery dan mencerai-ceraikannya dgn parang (atau tangan), membasuh-buang tanah dengan air untuk menjadikan sprig yang digunakan untuk tanam.

Di bahagian lain saya cerita panjang lagi tentang sod, sprig dan stolon.  Cara bijibenih jarang digunakan di Malaysia.  Bijibenih rumput biasanya diimport, dan lazimnya segala tanaman dari bijibenih belum tentu terjamin perwatakan “anak” sama seperti apa yang kita inginkan.

Tanam!

Tiba masa untuk tanam.

Pekerja sedang menabur stolon

Menabur stolon

1.       Taburkan sprig atau stolon di tempat yang kita dah sediakan.  Atau kalau kita sod, kit susun sod kita. Ingat untuk susun sod macam kita susun batu-bata; tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan di bawah atau atasnya.

2.       Taburkan selapis nipis pasir di atas sprig, stolon atau sod tadi.  Satu tujuan ini ialah supaya rumput tadi tidak terdedah kepada matahari secara langsung.  Lagipun akan memudah kan kita untuk meratakan permukaan tadi.

3.   Tenggelamkan!  Setengah orang akan menggunakan ‘spike’ atau pencakar atau pun tayar mesin yang mempunyai bunga khas yang bila di guna atas permukaan tadi, akan membantu rumput untuk masuk sedikit ke dalam tanah.  Boleh juga roll guna roller kecil. Jangan guna stimrol! Jangan gelak, saya pernah lihat!

4.       Siram. Terutamanya stolon atau sprig.  Ia hanya sebahagian dari rumput dan mempunyai sedikit sahaja bekalan air dalam tubuhnya. Ia akan cepat kering.  Jangan siram banyak. Siram selalu.  Berapa selalu? Bergantung kepada cuaca. Pada hari pertama saya amalkan membasahkan stolon tu, tiap tiap 15 minit. Tapi sod kena siram sampai anda anggarkan tanah dibawah sod itu basah.

5.       Baja. Ingat. Ia tiada makanan simpanan dan kurang atau tiada akar untuk mencari makanan.  Baja sikit tapi selalu.  Saya sangat galakkan baja organik atau baja tepung dari jenis CIRP. Ketulan baja kimia biasa boleh ‘membakar’ rumput kalau tak disiram dengan betul.  Jika mahu, gunakan baja kimia jenis 15-15-15 atau DAP (Diammonium Phosphate, bukan parti politik) yang boleh di dapati dari mana-mana nursery atau supermarket besar. Siram selepas baja!  Kalau ragu2, rendam baja dalam air dan siram air tersebut. Lepas tu siram dengan air kosong lagi. Hati2 dengan tangan anda. Ada org sensitif terhadap baja.

6.       Potong.  Potong sebaik saja rumput tersebut cukup tinggi untuk dipotong.  Biasanya dalam 10mm. Walaupun akhirnya anda ingin rumput anda tinggi lebih dari 10mm.  Ini kerana lebih selalu rumput dipotong, lebih rapat ia tumbuh. Bila dah rapat (sebulan – 2 bulan) baru potong rendah atau tinggi. Turun atau naik 0.5mm sahaja setiap kali menukar ketinggian (Amaran: formula berbeza diguna utk green padang golf).

7.       Merumpai (weeding). Selalu lah merumpai rumput liar.  Jangan guna racun hingga tahun kedua.

8.       Potong.

9.       Baja. Pada peringkat ini, saya suka amalkan prinsip sikit tapi selalu. Ingat, pada peringkat ini, rumput mempunyai akar yang pendek untuk mencari baja jauh ke dalam tanah.  Dan ia juga tak mampu utk menyimpan nutrien.

10.   Siap.

11.  Merumpai (anda tak pasti rumput tu rumput liar atau rumput yang anda hendak? Cabut, lebih baik selamat.) Kalau botak merumpai, tanam lain. Jangan menyesal nanti bila dah tanam ada banyak rumput liar.  Ia cepat membiak.

12. Merumpai.

13. Merumpai

Sprig besar atau sod kecil?

Menanam cara plug

33 Responses to “Penanaman”

  1. mohd said

    tanaman secara sprig memerlukan berapa lama utk ia penuh? from the example pix above?

    • mynormas said

      Dari gambar yang saya tunjuk di atas? Hampir dua bulan. Jarak sprig itu terlalu jauh. Mereka sepatutnya lebih rapat lagi dan sprig tersebut lebih kecil lagi. Sama seperti orang menanam padi.

      Sprigging lebih leceh tetapi jika di buat dengan betul, akan mendapat hasil yang lebih cepat dari stolon dan lebih rata berbanding sodding.

  2. Juhairah Binti Kamaruddin said

    Salam En. Normas,

    Saya mempunyai laman di sebelah dan hadapan rumah yg kini ditumbuhi rumput-rumput rawa dan rumput-rumput liar yang lain. Apa yang saya fikirkan sekarang ialah untuk memulakan menanam rumput-rumput karpet cara sprig seperti yang di usahakan oleh ibu saya sebelumnya. apakah teknik yang paling sesuai, kerana kawasannya agak luas.

    1. Menutup kawasan yang ingin ditanam semula dengan plastik hitam agar senang untuk mengemburkan tanah
    2. terus menutup kawasan tersebut dengan tanah merah.

    Harap mendapat penjelasan.

    Terima kasih

    Halaman Jumari

    • mynormas said

      Puan,

      Saya mencadangkan penyediaan tapak dengan menggemburkan tanah tersebut lepas tu tutup dengan plastik hitam. Tutup dengan plastik hitam tu cara optional. Tak tutup pun tak apa. Apa yang kita buat ialah supaya akar rumpai terdedah kepada matahari dan menjadi kering.

      Kalau mampu, keluarkan lapisan tanah yang asal (buang atau jual) supaya sisa-sisa rumpai pasti keluar dari laman. Lepas tu baru letak tanah yang baru.

  3. Noor Haslina binti Osman said

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    2 bulan lepas saya telah membeli rumput jepun di nurseri Sungai Buloh berharga RM5 bagi satu sod. Saya telah menanam secara stolon rumput-rumput tersebut. Saya telah membaja menggunakan baja urea dan setelah 2 bulan, saya menghadapi masalah berikut:
    1. Rumput saya ditumbuhi cendawan.
    2. Rumput berwarna kekuningan.

    Persoalan saya, mengapakah hal ini berlaku dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Sekian terima kasih

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.

      Pertama sekali; jangan guna urea lagi untuk baja di kawasan rumah. Ia mengandungi 46% Nitrogen. Gunakan baja organik yang mengandungi maksimum 8% Nitrogen. Baja selalu tapi sedikit.
      Anyway tentang kawasan puan; rumput di tumbuhi cendawan? Biasanya penyakit jenis fairy ring. Cendawan akan tumbuh dalam bentuk bulatan. Ia tidak membahayakan rumput. Cuma ia tidak cantik dan ia merupakan tanda awal bahawa dalam proses penyediaan tapak, mungkin tidak di lakukan dengan betul iaitu ada kayu atau benda yang reput yang di tinggalkan di bawah permukaan.
      Rumput berwarna kekuningan? Hampir tidak mungkin jika baja urea digunakan. Kecuali jika kawasan puan berada di tempat redup dan rumput tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Rumput jepun memerlukan 6-8 jam matahari. Jika ini benar maka puan memerlukan rumput yang lain dari rumput jepun. Hanya cowgrass dan pearlgrass yang tahan redup.

  4. Sharfan said

    Assalamualaikum bro,

    Bro, macammana cara2 atau kaedah yang boleh saya gunakan untuk menanam rumput karpet jenis filipina @ jepun kat atas simen depan rumah saya? Kalau boleh saya tak nak la pecah simen tu bro. Senang cerita kat atas parking lot depan rumah saya. Terima kasih.

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,

      Teknik dia tak berbeza dengan tanam atas tanah dengan syarat simen tersebut boleh mengalirkan air (slanting, slope, miring dsb).

      Kita kena pastikan air akan mengalir melalui profil medium penanaman terus ke simen dan mengalir ke luar laman atau area tuan. Kita buat begini dengan menggunakan pasir sebagai medium penananaman. Pasir tidak memegang air dengan baik malahan boleh bertindak seperti tapisan untuk air tersebut. Tapi tuan mungin perlukan satu kaki pasir di atas simen tuan. Tuan mungkin terpaksa gunakan papan atau batu hiasan untuk memegang pasir di atas simen tuan; terpulang pada kreativiti tuan.

      Malangnya kekuatan pasir juga merupakan satu kelemahan: dengan tidak memegang air pasir akan cepat kering dan perlu di siram selalu. Baja atau nutrien juga tidak akan di pegang oleh pasir bermakna perlus lebih selalu membaja.

      Satu cara untuk memperbaiki ini ialah dengan membancuh 4 inci teratas pasir dengan bahan yang boleh memegang air/nutrien. Di padang golf, kami menggunakan sekam padi, cocopeat, tahi ayam yang di proses, zeolite dsb. Masalah bahan organik (padi, cocopeat, tahiayam dsb) ialah ia akan reput dan terpaksa di masukkan semula selepas beberapa tahun. Saya cadangkan tuan cari zeolite atau apa-apa bahan yang digunakan untuk memegang air dalam pasu yang ada di jual di supermarket atau nursery. Pastikan ia halus supaya senang di campurkan secara rata. Gunakan 10% dari isipadu. Jika keluasan simen tuan ialah 10m x 10m, darabkan dengan 0.1m = 10m padu. Tuan cuma perlukan 10% dari 10m padu. Paling tidak pun bahan organik seperti baja organik ataupun tanah bakar pun boleh.

      Cara: lapiskan pasir sebanyak sekurang-kurangnya 8 inci di bahagian bawah (saya kata ‘sekurang-kurangnya’ kerana tuan mungkin ingin membuat bentuk atau shape maka yang paling rendah ialah 8 inci, lebih tak apa.) Bahagian atas – kita panggil ‘rootzone’ – yang TELAH di bancuh rata supaya 10% mengandungi bahan pegang air tadi di letakkan empat inci di atas. Lepas tu tanam dengan cara sprigging atau sod (sila lihat di bahagian lain laman web ini). Lepas tu jaga seperti biasa (juga lihat di bahagian lain).

      Selamat mencuba!

  5. sufian said

    Salam En Normas,
    Saya baru sahaja menanam rumput jenis pearl grass secara sod. Saya tanam secara rapat. dalam 2-3 hari permulaan tanam saya dapati ada sesetengah tpt rumput tsbt telah layu dan bertukar menjadi hijau muda.
    Adakah masalah ini sering berlaku pada permulaan bagi pearl grass?
    Adakah rumput yang layu tadi boleh subur semula?
    Perlukah saya membaja dan apa baja yang sesuai?
    Untuk pengetahuan tuan saya menyiram 2 kali sehari, pagi dan petang.
    Harap tuan dapat komen..
    Terima kasih

    • mynormas said

      Biasanya ia tidak akan bertukar hijau muda sebaik selepas tanam. Rumput yang layu boleh subur semula. Amalkan penggunaan baja organik yang kering. Baja sedikit (segenggam untuk 1-2meter persegi) tetapi selalu (seminggu sekali) untuk 2-3 bulan pertama sahaja.

      Pada awal penanaman, akar rumput masih pendek jadi penyiraman selalu perlu di lakukan. Penyiraman yang lama membuang masa kerana air akan menembusi ke bawah lapisan yang akar boleh capai. Siram sehari 3-4 kali sehari. Tetapi jangan siram selepas pukul 3 petang. Air yang bertakung selepas pada waktu malam akan menyebabkan lembab dan di sukai oleh kulat dan bakteria. Sekadar renjis-renjis untuk membasahkan rumput ok lah.

  6. Zainal Abdul Karim said

    As Salam En. Normas,

    Saya dapat banyak maklumat daripada website tuan mengenai tanaman turf. Harap tuan dapat teruskan.
    Saya ada ada sedikit masalh dengan rumpun filipina di laman rumah saya dan nak minta nasihat daripada tuan.
    Laman depan rumah agak luas 100′x40′ dan saya menanam ‘sod’ rumput filipina (dikerat 8) pada bulan Jan 2010. Sekarang laman dah ditutupi rumput tersebut. Pada bulan April lepas, hujun turun dengan lebat pada sebelah malam selama hampir 2 minggu tapi panas pada siang hari. Kekadang, rumput akan ditenggelami air selama 2-3 jam. Semua rumput mati. Seminggu lepas, saya dapati rumput mula bercambah semula dicelah-celah sod. Saya guna butir baja urea yang di tabur atas rumput. Harap dapat beri nasihat pemilihan rumput. Mesin rumpat apa yang khusus untuk rumput filipina? Mana boleh diperolehi? Terima kasih

    • mynormas said

      Waalaikumsalam En Zainal,

      Hmmm… biasanya kalau rumput mati lemas, ia tak akan hidup semula. Tapi hidup mati di tangan Tuhan dan mungkin nasib tuan baik.

      Pastikan rumpai (rumput liar) tidak mula menapak di kawasan yang belum ada pucuk baru. Pastikan pucuk baru yang tumbuh ialah dari spesis Zoysia. Elakkan dari menggunakan urea. Ia boleh merosakkan rumput; ia mengandungi hanya satu nutrien (nitrogen 46%) dalam bentuk garam yang boleh ‘membakar’ rumput. Jika applikasi betul dan rumput tidak terbakar; ada kemungkinan dinding sel menjadi lembut dan lebih mudah di jangkiti penyakit. Gunakan baja organik yang boleh di dapati di hypermarket.

      Jika tuan mahukan potongan yang cantik, memotong menggunakan ‘reel mower’ iaitu mesin yang berupa seperti silinder adalah yang terbaik. Kedai hardware seperti ‘Ace Hardware’ ada menjual jenis yang ditolak, tidak memerlukan letrik ataupun petrol. Kuasa dari pusingan tayar.

      Jika tuan mahukan potongan yang cepat. Dapatkan mesin potong biasa jenis pisau rotary (berputar) yang tertutup. Ada yang letrik dan ada yang petrol. Untuk kawasan rumah saya – biasanya – cadangkan dari jenis letrik tetapi memandangkan kawasan tuan mungkin terlalu besar (utamanya jika ada banyak pokok/furniture) dan memerlukan mesin petrol. Mesin ini banyak di jual di kedai hardware yang besar dan juga di beberapa hypermarket.

      Untuk kedua-dua cadangan diatas, gunakan mesin yang mempunyai tayar kecil. Elakkan dari membeli mesin potong jenis ‘handheld’ ataupun yang sangkut di belakang. Agak sukar menetapkan ketinggian dan ia agak merbahaya kerana pisau/tali pemotong yang terdedah.

  7. Mohd Ezham said

    Salam En Normas..

    mcm mana sy nk contact En Normas? boleh bg no. telefon x? actually,sy ada hal nk bincangkan dgn En Normas..sy mesti kena jumpa dgn En Normas..ada bisness yg sy nk buat yg memerlukan khidmat En Normas .tq.

  8. yei said

    salam,

    Apakah kaedah untuk meratakan semula tanah selepas dipenuhi dengan rumput philippine. Rumput di halaman rumah saya kelihatan berbonggol-bonggol disebabkan tanah yang tidak rata.

    • mynormas said

      Jika bonggol tidak terlalu tinggi; topdressing dengan pasir. Jika bonggol tinggi; potong bonggol, buang tanah yang berlebihan di bawahnya dan tampal semula kepingan rumput bonggol.
      Topdressing ialah menabur pasir halus dan meratakannya di atas permukaan. Pasir akan masuk ke celah-celah bonggol dan rumput akan tumbuh di atas pasir itu dengan syarat pasir tidak terlalu tebal hingga melemaskan rumput. Jika perlu, lakukan topdressing beberapa kali. Setiap kali tunggu hingga rumput tumbuh di atas aras pasir baru. Topdressing adalah amalan baik yang boleh di lakukan setahun dua kali walaupun tiada masalah bonggol.
      Potong rumput atas bonggol menggunakan cangkul kemudian gali lubang supaya bila rumput di tanam semula, ia sama aras dengan ‘majoriti’ tanah. Sewaktu potong, pastikan ambil dua atau tiga inci tanah bersama sama.
      Selamat mencuba!

  9. Ridhuan said

    Salam en Normas,

    Saya baru menanam rumput filipin, masalahnya lepas 4 hari 40 % kawasan rumput jadi kuning, macam nak mati. tapi yang lagi 60 % peratus tu sihat walafiat. Adakah ini masalh rumput yagn dibeli? atau masalah lain?

    TQ

    • mynormas said

      Salam En. Ridhuan,

      Lepas 4 hari menjadi kuning? Saya boleh kata dengan 80% keyakinan ia adalah masalah rumput yang di beli. Kalau masalah tanah tuan atau penyakit pun ia akan bertahan sebulan. Kecuali kalau kering ia mungkin akan tahan seminggu, tapi rasanya kalau masalah kering tentu tuan akan nampak serta merta.

  10. Ridhuan said

    Salam en. normas,

    Adakah ini bermaksud rumput itu telahpun rosak sebelum ditanam? Tetapi saya dapati rumput itu memang hijau ketika sewaktu hendak ditanam. setelah sepuluh hari ditanam, saya lihat dikawasan yang kuning itu mula tumbuh rumput baru warna hijau…macam nak hidup semula. Tapi 20% daripada keseluruhan tanaman masih lagi kuning. maybe dah mati. Apa yang patut saya buat?

    • mynormas said

      Kalau 4 hari, kemungkinan besar rosak sebelum di tanam. Jika 10 hari, 50-50.

      Kuning tidak bererti mati. Ia mungkin ada harapan lagi.

      Apa pun tuan, jika dah berlarutan lebih sebulan dan ia tidak tumbuh semula; ia tidak akan tumbuh. semula. Tuan might as well tanam semula kawasan yang masih lagi kuning itu. Ambil rumput dari kawasan sempadan tuan dan tanam di kawasan yang dah mati. Ataupun beli rumput yang sama dari nursery untuk tanam semula.

  11. Rozaimi said

    Assalamualaikum.

    Saya berhajat untuk penuhkan ruang laman (13′x13′ – kecik je) dgn rumput filipina. Tanah di kawasan tersebut adalah dari jenis tanah liat yg warna oren, dan penuh dgn rumput liar. Saya jangka tanah tersebut takde masalah besar, cuma rumput liar tu je. Jadi, berapa dalam nak kena korek tanah (utk digantikan dgn pasir). Pasir tu nanti akan penuhkan semula ruang tanah yg dah dibuang tu, betul?

    Berkenaan maklumat dalam artikel di atas, “Ingat untuk susun sod macam kita susun batu-bata; tempat sambungan antara barisan sod tidak bertemu dengan barisan di bawah atau atasnya.” Maksudnya, ada jarak antara sod yg digunakan? Bukan sepenuhnya menutupi ruang tanah? Kalau ada jarak, berapa jarak yg sesuai?

    Terima kasih.
    (Rozaimi)

    • mynormas said

      En Rozaimi,

      Waalaikumsalam.

      Berapa dalam nak korek bergantung kepada berapa dalam akar rumpai. Saya cadangkan 4-6 inci sahaja dah cukup. Lepas tu, bahagian bawah tu sengetkan supaya bila air mengalir melalui pasir dan terkena permukaan tanah, ia akan mengalir keluar (atau ketepi/kedepan/kebelakang). Jika tak terbuat, tanah bawah yang selebih itu, bajak-bajak kan dengan cangkul supaya air meresap ke bawah. Pun ok. Bahagian bawah bila dah tanam kalau boleh kita tak nak kacau lagi – forever. Ya, pasir akan penuhkan ruang tanah yang di buang DAN boleh tambah sikit lagi untuk membentuk muka bumi yang tuan nak. Of course lah kalau ruangan kecik hanya boleh busut sikit-sikit sahajalah; nak buat model banjaran Everest atau banjaran Titiwangsa susah lah sikit. Slope boleh membantu pengaliran air permukaan dan memberi sedikit umm… karakter kepada lanskap tuan, terutamanya jika tuan mahukan rumput mendominasi lanskap tuan lebih dari pokok.

      Lebih besar jarak di antara sod, maka lebih banyak masa yang di perlukan untuk rumput tumbuh rapat. Jika luas kawasan tuan ialah 170kaki persegi; di satu ekstreme, tuan boleh beli cukup untuk semua; iaitu 170kaki persegi di tambah 10%. Ataupun di satu ekstreme lagi, tuan boleh beli 50% (85kaki persegi) dan jarakkan sod sekaki dari satu sama lain. Tapi ingat, tanah lapang itu akan menjadi magnet untuk rumput liar sementara rumput tuan berusaha untuk bercantum. Supaya tidak terlalu keliru dan supaya tidak ada pembaca saya yang tak boleh tidur memikirkannya saya selalu kata: “Tiada formula khusus.” Berapa pun yang tuan beli, biasanya ada lebih kurang 10% yang rosak. Saya cadangkan; beli 80% dari keluasan jika budget adalah isu. Bahagian yang air mengalir (lereng busut, lereng bukit, tepi gutter bumbung, tepi porch kereta dsb) tanam rapat-rapat. Di kawasan penting (tepi rumah, tempat anak main; tuan tentukan) tanam pada jarak 3 inci dari satu sod ke sod sebelah. Dan balancenya tanam untuk cukupkan kawasan lapang di bahagian yang kurang penting (dapur, belakang rumah, luar rumah, terpulang). Di sinilah tuan akan gunakan sod yang rosak, cebis-cebis yang terkoyak dan sebagainya. Mulakan dari prioriti begitu. Kalau dah start malaspun tinggal kawasan tak penting jer nak baling-baling sod.

      Rapat atau jauh; tuan perlu susun supaya air tidak mempunyai satu garisan lurus untuk mengalir dari hujung ke hujung; jangan macam orang susun tile marmar kat lantai atau dinding rumah. Sebaliknya, susun macam orang susun batu-bata. Baris bawah akan bermula dari hujung. Baris atas yang kedua akan bermula setengah bata ke dalam; supaya bata atas melintang di atas garis sambung bata bawah. Baris ketiga akan bermula dari hujung balik; supaya bata atas melintang di atas garis sambung bata bawah dan seterusnya.

      Satu lagi cadangan; kalau buat projek sendiri, buat fasa demi fasa.

      Dah baca post saya yang bertajuk “Rekabentuk lanskap; macamana nak mula”?

      Selamat mencuba!

      • Rozaimi said

        Penerangan sangat jelas. Rasa macam nak balik rumah sekarang jugak nak mula korek tanah! :)

        Satu lagi, tanah tersebut sekarang dah ada pokok lain di bahagian tepi (dalam satu kaki jugak la). So, luas sebenar nanti mungkin tinggal dalam 12′x12′. Sesuai ke kalau letak batu bata sebagai sempadan antara pokok yg sedia ada dgn kawasan rumput tu nanti? Rasanya takde isu besar kot?

        Terima kasih!

        p/s dah baca post yg berkaitan tu.. :)

      • mynormas said

        Batu bata sebagai sempadan? Mengapa tidak? ‘Encroachment’ atau penjagaan sempadan adalah cabaran besar dalam lanskap. Menggunakan objek yang perlukan penjagaan minima (contohnya batu bata) sebagai sempadan adalah langkah bijak.

        Selamat mencuba!

  12. ainil said

    Adakah rumput cowgrass akan hidup lebih baik dengan lapisan pasir yang banyak ataupun lapisan tanah loam.
    Seperti mana yang diketahui mengikut logik tanah loam pastinya mempunyai campuran tanah dengan baja manakala pasir tidak mempunyai campuran apa-apa kecuali selepas pembajaan.

    • mynormas said

      Rumput cowgrass boleh hidup atas pasir dan/ataupun tanah loam, serta walaupun tanah loam satu inci. Keburukkan pasir (terutamanya pada peringkat awal) ialah ia tidak memegang air ataupun nutrien tetapi lama kelamaan bila satu lapisan bahan mati yang di namakan thatch wujud, ia akan boleh membantu dan kita akan perlu melakukan kerja ‘dethatching’ untuk mengurangkan thatch. Kebaikan pasir ialah ia tidak mudah mampat dan cepat mengalirkan air jadi air tidak bertakung. Keburukkan loam ialah ia memegang air yang banyak dan juga kemungkinannya; pathogen yang membawa penyakit.
      Pembajaan penting pada peringkat awal tanaman. Baja sedikit tetapi selalu. Untuk kawasan rumah, seminggu sekali untuk bulan pertama. Dua minggu sekali bulan ke dua dan ketiga, empat minggu sekali untuk bulan keempat hingga ke enam. Lepas tu setahun dua kali (termasuk sekali sebelum Raya). Gunakan baja organik segenggam (lebihkuranglah) untuk satu/dua meter persegi.

      Selamat mencuba!

  13. Latifrizal Baharein said

    A’kums sifu.

    sekarang ini saya mempunyai halaman cement lebih kurang 450 sq feet. saya berhajat untuk menanam rumput filipina. orang yg supply saya rumput itu suruh saya menggunakan pasir dan ratakan nya dia atas cement itu kerana ia lebih bagus. apakah cara yg paling bagus untuk saya menanam rumput filipina di ruang cement saya?

    Terima kasih!

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,

      Rasanya apa yang di cadangkan oleh penjual tu betul. Letak pasir atas simen lepas tu tanam atas pasir. TETAPI, tuan mesti pastikan air tak bertakung atas simen tu. Kalau tak, tuan akan dapat kolam bawah tanah dengan cepat. Maksud saya, di keliling simen tu jangan di simen (apa aku cakap ni?). Pendekkata pastikan air boleh mengalir dan tidak bertakung.
      Jika di takdirkan ruang simen tu senget lah pulak dan bukan saja air, pasir pun mengalir; saya cadangkan letak papan selang beberapa kaki untuk memegang pasir. Tebuk sikit papan dan guna bahan yang mengalirkan air tapi pasir tak tembus contohnya netting hijau, kelambu lama dan sebagainya.
      Selamat mencuba!

      • latifrizal baharein said

        perlukan khidmat en normas. ternampak rumput saya menjadi kering sekitar halaman. saya boleh email en normas photonya untuk tahu lebih lanjut. Salam

      • mynormas said

        Biasanya rumput menjadi kering ada dua sebab (saya pasti bukan masalah tidak siram). Pertama, akar rumput mati atau kedua tanah itu tidak ‘menerima’ air.
        Akar rumput mati akibat cara tanam yang tidak betul ataupun selepas baru tanam ada pergerakan yang banyak di atas permukaan tanah. Ataupun nematode ataupun serangga pemakan akar, tapi saya pasti jika ini berlaku ada tanda2 lain akan kelihatan. Tanah tidak menerima air mungkin kerana ia mampat ataupun bersifat ‘hydrophobic’. Untuk mengatasi masalah ini, lakukan penebukan sedalam seinci menggunakan benda tajam seperti paku atau garfu ataupun trowel untuk membantu air masuk.
        Malangnya, saya khuatir jika ia bukan rumput kering tetapi ia adalah penyakit. Rumput akan kering dalam kawasan yang besar (lebih dari semeter besar) tetapi jika rumput kering dalam tompok-tompok besar tapak tangan, ia adalah penyakit. Wallahuaklam.
        Nak email gambar pun boleh juga, tapi susah nak diagnose penyakit melalui gambar. Nak cuba boleh lah jugak. Email saya ada dalam laman web ni.

  14. hyrul said

    assalamualaikum….

    sy mempunyai halaman rumah yang bersaiz 20 x 70
    bercadang ingin diletakkan rumput karpet…namun begitu kawasan tersebut ada terdapat batu-batu sisa dari pembinaan,
    apakah tindakan yang perlu saya perlu mulakan?

    1. jenis rumput
    2. beli rumput atau beli biji benih sahaja
    3. kos bagi rumput karpet biasa dan tahan lasak dari musuh…

    terima kasih…

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      En hairul, soalan tuan ada terdapat dalam laman web saya, dalam topik “penyediaan tapak”, “pemilihan rumput” dan “penanaman”. Saya tidak dapat memberi kos kerana ia berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

      Sama-sama.

  15. Asni Aris said

    salam en normas saya nk tanya lah mcm mnenk dptkn rumput padang bola nie yea..ianya terdapt dimana yea..blh saya thu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 490 other followers