Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Masalah Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Pemilihan rumput

Di artikel yang lepas, kita telah membincangkan kenapa dan faedah rumput kepada kita dan kawasan sekeliling kita. Kali ini, saya ingin membawa perbincangan kita kepada apa dan kenapa kita perlu memilih rumput-rumput yang tertentu.

Jika kita berada dalam kategori orang yang ingin menanam atau memilih rumput kita sendiri, apa yang kita harus fikirkan ialah;

1.      Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya. Lain kegunaan akan menentukan jenis rumput. Rumput yang lasak untuk padang bola tidak akan mempunyai ciri yang sama dengan rumput yang ditanam untuk perhiasan.

2.      Tahap penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu anda sanggup memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan untuk membuang rumput liar. Ini akan terbahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana.

3.      Kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok?  Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang.

4.      Belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.

 

Sebarang jenis tumbuhan hidup yang boleh kerap dipotong pada ketinggian rendah boleh dianggap sebagai rumput turf.  Secara definasi, rumput turf ialah lapisan tumbuhan berguna termasuk bahagian atas tanah yang dipenuhi oleh akar, rhizom dan stolon.

 

Di dalam bidang industri penyelenggaraan padang golf; rumput hiasan atau kadangkala di panggil rumput turf secara umumnya boleh di bahagikan kepada dua kumpulan; Musim Panas (Warm Season) dan Musim Sejuk (Cool Season).

 

Rumput turf musim panas perlukan suhu optima dari 25 – 35 darjah Centigrade (80-95 darjah Fahrenheit) satu kumpulan rumput lagi hidup dalam suhu optima dari 15 hingga 25 darjah C (60 hingga 75 darjah F).

 

Tentunya di Malaysia, kebanyakkan rumput turf ialah dari kumpulan rumput musim panas, kecuali green di padang golf Awana Genting yang menggunakan sejenis rumput musim sejuk.

 

Hampir semua jenis rumput turf yang lazim digunakan adalah dari kategori perennial iaitu ia hidup lebih dari setahun. Tentunya rumput ini memerlukan nutrien, air dan udara untuk hidup.  Dan seperti tumbuhan lain, rumput turf sangat peka kepada sekitarannya.  Perubahan mendadak kepada sekitaran akan menguji ketahanan hidup tumbuhan itu.

 

Jenis – jenis rumput turf

 

Saya akan beri nama biasa menggunakan nama Inggeris sebab nama dalam Bahasa Malaysia jarang digunakan (Rumput lembu? Rumput kerbau?  Rumput mutiara?).  Yang penting sebenarnya ialah nama saintifik, sebab lain orang lain nama biasa yang digunakan. Contohnya Carpetgrass, kalau di Amerika, ia merujuk kepada Axonopus compressus tapi di Malaysia selalunya ia adalah Zoysia tenufolia atau Zoysia velvet yang di nursery yang lain akan dipanggil Taiwangrass. Di Malaysia Axonopus compressus kita panggil Cowgrass atau rumput lembu. Tapi semua orang akan gunakan nama saintifik yang sama.

2 Responses to “Pemilihan rumput”

  1. Nurul Hanisah said

    Salam MyNormas,
    Saya nak bertanya berkenaan rumput. Saya membeli rumah corner lot dimana laman rumah saya agak luas. Masalahnya, rumput yg tumbuh di laman rumah adalah rumput biasa dan berbatu2. Perlukah saya menukar keseluruhan tanah dan rumput di laman saya dgn tanah baru dan menanam semula rumput baru. Saya juga memerlukan tips rumput apa yang sesuai dan cantik untuk di tanam kerana suami saya suka bercucuk tanam dan dia ade memberitahu rumput carpet tidak sesuai kalau fungsinye utk bercucuk tanam.

    • mynormas said

      Salam puan,

      Mungkin maksud puan, tanah tersebut berbatu-batu? Nampaknya penyediaan tapak tidak di lakukan dengan sempurna kerana batu tidak wujud dengan sendiri. MELAINKAN yang puan maksudkan ialah ketul-ketul tanah liat keras. Kedua dua masalah ini hanya boleh di selesaikan dengan mengutip dan buang. Jika ‘pengutipan’ itu menyebabkan lubang di rumput, tampal dengan pasir. Jika kawasan tampalan itu sebesar tapak tangan; rumput keliling akan cover balik; jika lebih besar, kena tanam semula atau rajin merumpai sementara rumput keliling cover Kalau takde pasir dan tak praktikal untuk beli pasir selori semata mata utk dua tiga tompok, ‘curi’ dari kawasan paling tepi laman puan.
      Perlu atau tidak nak tukar keseluruhan tanah dan rumput bergantung kepada keseriusan masalah. Kalau laman puan luasnya 100m persegi dan purata nak bersihkan 1m persegi pun dah 3hari 3malam: tukar. Kalau 1m persegi purata 1 batu saja: kena cari alasan lain.
      Seperti yang selalu saya sarankan dalam tulisan di laman web ini, rumput yang sesuai untuk kebanyakkan (bukan semua) kawasan rumah di Malaysia ialah rumput Cowgrass dan Pearlgrass.
      Masalah suami puan adalah agak unik. Malah, mungkin ia bukan juga suatu masalah. [Pikir sekejap] Errmm… saya tak pasti macamana nak bercucuk tanam rumput.[Termenung sekejap] Walaubagaimanapun… [Berhenti sekejap] mungkin puan dan suami boleh bahagikan laman puan kepada zon tertentu, zon rumput/lanskap dan zon cucuk tanam [diam sekejap] tapi kalau cucuk tanam tu dengan pokok hiasan boleh saja [apa aku cakap ni?] tapi kalau dia bercucuk tanam dengan sayur seperti cili dan tomato, mungkin ia boleh di integrasi kan ke dalam lanskap [ha? apa yang aku goreng ni?] tapi kalau dia suka cucuk tanam sayur macam kangkong atau kobis, mungkin puan asingkan zon itu kat belakang belakang [marah suami dia kang baru aku tau] dan biar rumput kat depan. Tapi kalau maksud suami puan dia memang tahu teknik tanam rumput cara sprig (yang memang ‘cucuk dan tanam’) maka beritahu dia bahawa rumput carpet pun boleh ditanam sebegitu [biar betul aku ni].

      Selamat mencuba![biarlah dia bincang suami isteri, akupun tak berapa nak faham apa suami dia nak cucuk tanam].

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 490 other followers