Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Masalah Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Pembajaan rumput

Rumput turf adalah sejenis tumbuhan dan tumbuhan adalah sejenis benda hidup.  Seperti benda hidup yang lain, rumput turf juga perlukan pemakanan. Di manakah rumput mendapatkan pemakanan? Ramai orang menyangka bahawa baja (atau pupuk dalam bahasa Indonesia) adalah makanan untuk rumput atau tumbuhan.

Kurang tepat. Baja bukan makanan untuk rumput. Rumput sebenarnya mampu membuat makanan sendiri melalui fotosintesis, suatu proses dimana tumbuhan hijau akan menukarkan tenaga dari cahaya matahari kepada karbohidrat.  Proses fotosintesis ini berlaku dalam bahagian kecil dalam sel yang dinamakan kloroplas yang juga memberi warna hijau kepada tumbuhan.

Baja yang kita beli atau beri kepada rumput mengandungi bahan yang dinamakan  nutrien.  Kita boleh samakan nutrien seperti vitamin untuk manusia. Sama seperti manusia tidak dapat hidup hanya dengan di beri vitamin semata-mata; begitu juga rumput tidak boleh tumbuh hanya dengan  nutrien dari baja sahaja. Tetapi berbeza dengan manusia yang boleh makan nasi goreng, mee rebus, laksa dan selepas itu lepak dengan teh tarik, rumput terhad kepada membuat makanan melalui fotosintesis.

Manusia perlukan vitamin A, C, E, B5, B12 dan sebagainya, dengan tiap-tiap vitamin mempunyai fungsi masing-masing. Begitu juga tumbuhan memerlukan  nutrien seperti C, H, O, N, P, K, Mg. dan beberapa lagi.  Berbeza dengan manusia yang boleh mengambil vitamin samada secara terus melalui pil tambahan ataupun melalui makanan yang mempunyai vitamin tersebut, rumput pula akan mengambil  nutrien tersebut secara langsung dari alam sekitarnya, ataupun menunggu keikhlasan dan kemurahan hati Course Superintenden memberinya  nutrien dalam bentuk baja.

Hingga kini, kebanyakkan pakar bersetuju bahawa tumbuhan memerlukan 16 – 18 nutrien untuk tumbuh dengan baik.  Nutrien boleh dibahagi ke dalam tiga kategori: Makro-nutrien,  nutrien sekunder dan mikro-nutrien.

Makro-nutrien

  • Karbon (C)
  • Hidrogen (H)
  • Oksigen (O)
  • Nitrogen (N)
  • Fosforus (P)
  • Kalium (Potassium) (K)

Nutrien Sekunder

  • Kalsium (Ca)
  • Magnesium (Mg)
  • Sulfur (S)

Mikro-nutrien

  • Besi (Fe)
  • Manganese (Mn)
  • Zink (Zn)
  • Kuprum (Cu)
  • Molibdenum (Mo)
  • Boron (Bo)
  • Natrium (sodium) (Na)
  • Klorin (Cl)
  • Silika (Si)

Tiga dari enam Makronutrien (Karbon, Hidrogen dan Oksigen) boleh didapati dari udara dan air. Tiga lagi, Nitrogen (N), Fosforus (P) dan Kalium (K) yang diperlukan dalam kuantiti yang paling banyak dan perlu di tambah secara membaja.

Untuk pengetahuan anda, K-a-l-i-u-m disebut sebagai Potassium oleh orang Amerika.

Silika adalah unsur baru yang di kenal pasti di perlukan oleh rumput dan kini, ia digunakan secara meluas untuk mengeraskan rumput dan menjadikan green lebih laju.

Baja apa?

Bila orang beli baja untuk rumput di padang atau pokok hiasan di lanskap,  apa yang dia akan cari ialah analisis tiga elemen iaitu N-P-K; contohnya 15-15-15, 12-12-17, 25-3-3 atau 0-0-50.  Ini adalah dalam bentuk peratusan.  Jika anda hairan kenapa jumlahnya tak jadi 100%, jawapannya ialah kerana bakinya ialah ‘filler’ atau bahan-bahan yang menjadi ‘pengangkut’ kepada  nutrien- nutrien tersebut.

Selain itu, zaman sekarang, untuk memelihara alam sekitar dan mengurangkan aktiviti pembajaan, terdapat juga baja jenis “slow-release” atau “controlled-release” yang akan melepaskan  nutrien ke tanah secara perlahan-lahan. Ini akan menentukan baja yang di lepaskan boleh di ambil oleh rumput secara perlahan-lahan atau terus menerus.

Ada juga orang yang menggunakan baja cecair (atau foliar) secara meluas. Kebaikannya ialah  nutrien dari baja tersebut boleh di serap oleh rumput bukan sahaja melalui akar tetapi juga melalui permukaan daun. Yang buruknya ialah anda kena kerap membaja kerana  nutrien cecair tidak kekal lama. Ada juga teori yang mengatakan bahawa terlalu kerap menggunakan baja foliar akan menyebabkan akar rumput menjadi pendek.

Ada orang yang kadang kadang akan menggunakan baja organik seperti  baja taik ayam, taik kelawar dan lain-lain, apa yang akan berlaku ialah beberapa proses tertentu akan menukarkan kandungan-kandungan dalam baja tersebut kepada  nutrien yang boleh di gunakan oleh tumbuhan. Begitu juga jika rumput yang dipotong di biarkan untuk masuk ke dalam celah-celah rumput dan tidak di kutip, sebahagian  nutrien akan kembali ke tanah melalui proses pereputan.

Kecuali jika baja taik ayam itu datang dari ayam Transformer; baja organik akan mengandungi peratusan kandungan nutrien yang kurang berbanding dengan baja kimia jadi walaupun harga bajanya murah, ia perlu di beli dengan kuantiti yang lebih banyak. Kebaikannya ialah ia akan membantu menaikkan kandungan bahan organik tanah yang di perlukan untuk sebab lain.

Kenapa perlu membaja?

Jika tanah telah mempunyai  nutrien nya sendiri, kenapa perlu anda membeli baja?

Nutrien hilang dari tanah melalui beberapa cara; penuaian hasil, (kalau dalam rumput turf; pemotongan), larutlesap (atau leaching kata orang Amerika), pengwapan (dia orang kata volatilization) dan hakisan.  Produktiviti tanah boleh di kekalkan dengan penggunaan baja pelbagai-nutrien yang di uruskan dengan betul.

Bila kita perlu membaja?

Ada dua cara yang biasa digunakan oleh orang untuk menentukan masa untuk membaja.

1. Mengikut Kalendar

  1. Ikut kebiasaan, kalau orang dulu-dulu letak baja sebulan sekali, dia pun letak baja sebulan sekali.
  2. Ikut kajian, contohnya, kajian mengatakan Nitrogen diperlukan sebanyak 600 -1000g/100m2/bulan oleh rumput jenis Bermuda.
  3. Ikut orang, jiran dia atau kawan baik dia atau bos dia kata letak 2kg baja sebulan sekali, dia pun ikut sahaja lah.



2. Mengikut soil test

   Orang akan mengambil contoh tanah (dan tisu tumbuhan) dan hantar ke makmal yang baik.  Contoh itu di analisa mengikut cara tertentu, dan hasil analisis itu dikaji oleh seorang Agronomist yang berpengalaman yang akan memberi pendapatnya tentang jenis dan kuantiti baja atau  nutrien yang diperlukan dan bila ia akan di aplikasikan.

Tentunya, orang yang menjaga padang golf yang baik akan berunding dengan pengurusan kelab atau Committee untuk menentukan waktu terbaik untuk membaja. Contohnya; mereka tidak akan membaja terlalu rapat dengan waktu pertandingan golf; pertumbuhan yang cepat boleh melambatkan green dan menyusahkan potongan fairway.

Dan tentunya, pengurusan kelab yang baik, akan faham bahawa pembajaan adalah sebahagian proses yang penting untuk kehidupan rumput dan akan cuba untuk memberi ruang kepada orang yang menjaga padang golf tadi untuk menjalankan tugas mereka. Dan juga bajet untuk membeli baja yang cukup.

Baja organik atau baja kimia? Baja murah atau baja mahal? Baja ‘quick release’ atau ‘controlled release’? Baja pepejal atau baja foliar? Pakar adalah orang yang paling baik untuk dirunding dalam hal ini, bukan salesman baja. Salesman baja sangat berpengetahuan tentang baja tetapi mereka biasanya kurang arif tentang permasalahan yang berlaku di padang golf.

Cukup dulu setakat ini, kita bersambung lagi lain kali.

2 Responses to “Pembajaan rumput”

  1. Rohah Rahmat said

    Salam..
    Baja mana paling sesuai untuk philliphine grass saya?; Baja Kimia @ Baja Tahi Ayam? Betulkah sekiranya rumput diberikan baja tahi ayam akan mengundang lebih risiko untuk ditumbuhi rumpai liar dengan lebih banyak berbanding kita menabur baja kimia ke atas rumput yang ditanam?.
    Wassalam…

    • mynormas said

      Saya menggalakkan baja organik utk kawasan rumah. Baja kimia mempunyai banyak risiko dan masalah. Baja organik boleh jadi baja tahi ayam ataupun tahi kelawar, dengan syarat ia telah di proses. Baja yang di proses sepatutnya tidak mempunyai rumpai. Kerja memproses membunuh benih rumpai.

      Ada juga baja organik yang di buat dari bahan buangan sisa sayur atau lain-lain yang dikomposkan.

      Baja organik yang di jual di pasaraya besar biasanya adalah baja yang telah di proses dan boleh digunakan terus ke laman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 490 other followers