Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Mesin rumput

Saya kerap di tanya tentang mesin yang perlu di gunakan di kawasan rumah.

Umumnya terdapat dua jenis ‘pisau’ yang di gunakan untuk memotong rumput.

Pertamanya di namakan jenis reel iaitu berbentuk silinder terdiri dari dua pisau; satu berpusing dan satu lagi statik. Bahagian yang berputar di panggil ‘reel’ dan yang statik di panggil ‘bedknife’.

Lima pisau yang anda boleh lihat tu ialah bilah reel. Ia akan bersentuh dengan bedknife di bawah.

Pisau jenis silinder ini memotong menggunakan konsep gunting, iaitu pisau yang berpusing akan bergesel dengan pisau statik dan memotong rumput seperti gunting memotong kertas. Pisau ini digunakan oleh para professional rumput di padang golf dan padang bola. Ia mampu  potong hingga serendah 2mm. Ketinggian potongan di ukur dengan mengukur ketinggian mata bedknife dari atas tanah. Atas tanah di definasikan sebagai paras yang roller (atau tayar atau ski) hadapan dan belakang akan err… ‘mendarat’.

Ketidakbaikkan pisau jenis ini ialah untuk mengasah; kita perlu mengasah bukan sahaja bedknife, tetapi juga setiap bilah reel itu. Reel boleh terdiri dari 5 hingga 14 bilah pisau. Kebaikkan nya pula ialah ia memberi potongan yang konsisten dan cantik dan jika menggunakan roller; boleh membuat belang yang boleh di lihat di padang bola/golf.

Pisau ini boleh di kuasakan oleh enjin petrol/diesel dan elektrik. Untuk tuan rumah; terdapat juga pisau reel yang dikuasakan oleh putaran tayar. Bila tayar berpusing, ia akan memusingkan reel yang akan memotong rumput.

Kedua ialah pisau jenis ‘rotary’ yang berpusing secara mendatar dan memotong rumput secara impak maksima. Kekuatan dan kelajuan putaran yang memotong rumput.

pandangan seekor cacing bagaimana rupa pisau rotary.

Pisau jenis rotary ini boleh menggunakan besi tajam ataupun tali nylon. Besi mudah ditajamkan seperti pisau biasa. Tali nylon pula hanya perlu di panjangkan atau di pasang baru (jangan asah tali tu!)

Ada mesin rotary yang dikuasakan oleh enjin petrol/diesel dan juga elektrik. Tiada yang dikuasakan dengan putaran tanah kerana tidak mempunyai kelajuan potongan.

Ketidakbaikkan mesin rotary: Ia melukakan rumput terutamanya bila pisau mula nak tumpul. Ia juga tidak boleh di potong pada ketinggian lebih rendah dari setengah inci (12mm) untuk kebanyakkan mesin biasa. Di masa yang sama, ia juga mempunyai bahaya memukul batu/sampah dengan kekuatan/kelajuan yang boleh mencederakan.  Kebaikkannya ialah ia mudah untuk di tajamkan.

Tentunya kedua-dua jenis mesin tersebut juga mempunyai bahaya yang sama seperti mesin-mesin lain seperti mesin tebu, enjin kereta, blender dan sebagainya: masuk jari atau talileher dan anda akan mempunyai masalah besar.

Cadangan saya ialah untuk tuan rumah yang mempunyai laman sederhana besar ialah mendapatkan mesin jenis rotary. Dan jika laman anda tidak terlalu besar dapatkan mesin berkuasa elektrik. Mesin yang menggunakan petrol/diesel perlu di isi minyak, tukar minyak hitam, minyak gear dan sebagainya. Mesin elektrik tak perlu itu.

Atau dapatkan mesin yang di kuasakan oleh putaran tayar. Anda boleh mendapatkan senaman harian.

Berapa selalu nak potong? Jika tidak di baja: seminggu sekali. Ya; tak tipu. Laman anda akan jadi cantik. Jangan potong terlalu banyak (ini biasa berlaku bila anda menggunakan mesin galas belakang yang ketinggian potongan agak-agak).

Mesin rotary yang menggunakan tali nylon ni sebenarnya bagus untuk memotong sebagai trim di tepi benda keras seperti tepi jalan, tepi kerb, tepi bangunan, tepi longkang, tepi pokok dan sebagainya. Tapi kat Malaysia kita belasah potong tengah2 padang.

 

Kita boleh beli mesin kecil di kebanyakkan kedai hardware besar seperti ACE. Kedai ACE ada di Summit Subang Jaya, Mid-Valley dan juga Sunway Pyramid dan beberapa tempat lagi di Malaysia http://www.acehardware.com.my/Location_6_1.htm.  Anda boleh dapatkan jenama “Black & Decker”, “Bosch” atau “Husqvarna” . Saya tak ada komisen anda beli mesin ini ataupun jenama lain ataupun di kedai lain. Ini hanya khidmat saya kepada pembaca. Dan hanya sebagai panduan.

Awas, semua jenis mesin mempunyai bahaya dan masalahnya sendiri. Saya tidak akan dan tidak boleh memikul tanggungjawab untuk segala risiko dan/atau kemalangan yang anda ambil/terima akibat membaca apa yang tertera/tidak tertera di laman web ini.

Kita boleh dapatkan mesin ini yang mempunyai motor kecil dan baik for trimming di tepi longkang, rumah, pagar, pokok dsb. Tapi ingat; ia mempunyai pisau yang ‘open’ yang boleh merbahaya kepada pengguna dan sekelilingnya.

Ini hanya contoh. Keputusan di tangan anda sendiri.

About these ads

14 Responses to “Mesin rumput”

  1. kacimara said

    Hi sy nak tanye ada ke mesin jenis reel blade kat maaysia ni?
    kalau ada berape anggaran harga dia?

    nak potong rumput carpet depan rumah jenis rotary blade x jalan la…

    teima ksih

    • mynormas said

      Mesin reel blade memang ada di jual. Paling kecik di padang golf berharga lebih RM30K. Tapi tuan boleh cuba di kedai ACE hardware ada jenis tolak yang tak sampai RM1K. Tayar akan memusing bilah reel.
      Potong rumput carpet dengan rotary tak jalan? Rasanya mungkin tuan membiarkan terlalu lama di antara potongan. Masalah sama akan timbul dengan reel blade juga. In fact, di padang golf kami gunakan pisau rotary di kawasan yang lasak dan pisau reel untuk kawasan yang memerlukan potongan halus. Jika saya terlihat yang bersesuaian saya akan post di laman web ini. Tuan mungkin boleh teruskan memerhati laman web ini atau “Follow this website” supaya post baru di email kepada tuan secara terus.

  2. hazry said

    A’kum.. saya menggunakanmesin rumput brand briggs & stratton untuk memotong rumput karpet dirumah saya. masalahnya ia tidak dapat memotong rumput dengan lebih pendek sehingga adakalanya bunga rumput pun tak terpotong.adakah mesin rumput saya tidak sesuai untuk rumput karpet?

    • mynormas said

      B&S adalah brand enjin dan mesin rumput kecil yang bagus. Bunyinya seperti masalah adjustment. Tuan kena adjust mesin supaya ia potong lebih rendah. Adjustment mesin tak sama. Ada beberapa cara:
      1. Di pangkal handle tempat tolak tu mungkin ada sejenis tuil atau ratchet yang ada banyak gigi. Setiap satu gigi ialah satu ketinggian.
      2. Pada empat tayar tu ada adjustment; mungkin tuil, mungkin tambah atau tolak washer untuk menaikkan atau menurunkan ketinggian.
      3. Pada pisau potongan tu sendiri. Jika pisau tu di cabut, untuk menaikkan ketinggian, kita cabut washer dari belakang pisau dan letak di depan pisau dan kalau nak turunkan ketinggian, kita cabut dari depan pisau dan tambah di belakang pisau. JANGAN ambik washer baru, nanti nut tak boleh lock.
      4. Mungkin ada cara lain. Tukar tayar kecik? Tambah pemberat di atas mesin? Ahem… mesin baru?
      Kalau memang tuan dah buat itu semua dan memang tak boleh maka mungkin rumput tuan extra halus. Mesin B&S dari negeri sejuk so ia memang boleh potong rumput carpet yang lebih pendek dari rumput kita jadi saya tak rasa masalah mesin.
      Cuba cari manual, kalau takde di kotak mesin tanya di kedai yang tuan beli atau google di internet.
      Selamat mencuba!

  3. Terima kasih en Normas. Saya sedang survey mesin rumput. Hmm..tak tau nak beli yang mana dan di mana . Tapi rumput ni mesti diselesaikan. Boleh panggil orang utk mesin tapi tak larat nak pungut rumput lepas tu sebab takda servis pungut rumput. So ingat nak cari mesin rumput yang terus collect rumput . Ok tak tu?

    • mynormas said

      Puan, mesin yang ada bag atau collector tu bagus. Cuma ingat jangan biar terlalu lama sebelum potong. Try sendiri, dua minggu sekali atau 3 minggu sekali atau sebulan sekali. Ia akan ikut musim hujan ataupun lepas baja rumput lebih cepat panjang. Kalau terbiar lama (contohnya masa cuti panjang) potong tinggi (mesin tu boleh di adjust supaya potong tinggi atau rendah) lepas tu potong lagi untuk rendahkan dia minggu depan pulak.
      Selamat mencuba!

  4. zeus said

    Hello boss, saya tanam rumput carpet sendiri cara tanam ‘top spot’ . tapi bila dah tumbuh subur rumput tak rata. berbenjol-benjol.Kawasan halaman saya agak-agak 3 coutr badminton..Saya bercadang nak potong benjol-benjol tu pakai mesin rumput B&S lepas tu ratakan dengan pasir halus, atau saya ratakan dengan pasir halus dulu baru potong yang benjol-benjol. apa komen? eh bagi baja taik ayam ke baja kimia yang elok untuk kesuburan rumput?macam mana nak hapuskan rumput liar di kalangan rumput carpet selain dari mencabut? apa cadangan kepada masalah-masalah di atas?

    • mynormas said

      Hello Zeus. Kadang-kadang di nursery, diaorang baja rumput tu so bila you tanam kat laman ia akan tumbuh lebih subur dari kawasan sekeliling so ia jadi bonjol. Di tambah pula hujan akan ‘melarikan’ pasir yang di keliling bonjol tu so ia bertambah nampak bonjol. Saya cadangkan you topdress dulu kawasan tu lepas tu baru potong. ‘Rule of thumb’ is jangan potong lebih dari 1/3 daun setiap kali potong. Tapi kalau tak potong langsung ia lambat merebak.
      Ada racun yang boleh digunakan. Try cari di Ace Hardware Store.
      Selamat mencuba!

  5. HILMERIZA YAACOB said

    Sy tinggal disetapak.Di mana@lokasi nak mencari mesin potong rumput beroda empat? Padang mertua sy agak luas dlm 2ekar…jenuh sy memotong guna mesin tolak rumput biasa.terima kasih atas jawapan.

    • mynormas said

      Saya pernah ternampak kat cermin ACE Hardware store kat Mid Valley Mall a few years ago. Warna orange. Brand sama macam chainsaw… Masya Allah, I tak ingat but its Swedish/European. Rasanya around RM10K. Or try call Liza from Perfect Turf, macam I ternampak mesin sama dalam store dia last month.
      Or try Alex from Sin Teong Hin; 10+ tahun dulu I pernah beli mesin cam yg sama yg u kata for my landscape kat Clearwater. Husqvarna! Dah ingat jenama dia. Ambik perhatian saya akan delete nombor2 phone di sini selepas beberapa jam. Call them all to compare harga. Then decide.
      Mungkin brand tak sama but u can also try mesin reconditioned yg besar sikit for about same price. Try call Aman. Hari tu dia ada mesin ‘flail’ yg murah. Or tanya Suhaizi dia ada mesin recond or 2nd hand banyak, but tokeh besar takut tak layan. Problem with mesin yg recond or 2nd hand ni is u spend time nak service/jaga. So maybe mesin kecik baru jugak bagus. Alternatively, u tengok contractor potong rumput tepi jalan dekat2 rumah and tanya if dia nak kerja weekends after hours. Or buat macam some golf course, u bahagikan 2 ekar tu kepada 8 bahagian dan potong (samada sendiri or by contractor) 1 bahagian setiap hari weekend. Dan kalau boleh tolong saya; mention yang you dapat their number from me. I tak ambik commission; but I nak diaorang tau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 891 other followers

%d bloggers like this: