Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Merumpai.

Memang ada racun rumpai yang bersifat memilih, untuk rumput tertentu.  Tapi saya sangat tidak syorkan untuk kegunaan awam.
Saya cadangkan untuk merumpai cara tradisional; tangan, jari, err… orang gaji, cangkul, sudu pun saya pernah tengok orang guna untuk merumpai halaman rumah bersaiz stem pos.

Bila merumpai, pastikan bahawa akar rumpai tersebut di cabut sampai habis. Jika tidak, ia kan naik semula. Lubang yang terjadi kerana perbuatan mencabut rumpai perlu di tutup dengan pasir baru ataupun di tanam dengan rumput ‘spare’. Kita boleh beli rumput spare tersebut ataupun ambil dari kawasan sempadan laman kita.

Satu kebiasaan bila merumpai ialah kita akan menumpukan perhatian kepada suatu kawasan sahaja. Untuk mengelakkan itu, saya selalu mencadangkan supaya kawasan di bahagikan kepada section atau garisan tertentu. Habiskan satu section atau garisan sebelum pindah ke section/garisan baru. Untuk puas hati, satu section/garisan mestilah suatu kawasan yang kita boleh siap dalam masa satu hari merumpai; tak kira kita merumpai pada hujung minggu ataupun pada hari biasa selepas waktu kerja.

Suatu kawasan besar di bahagi kepada beberapa kawasan kecil. Jangan benarkan mereka pindah dalam satu hari walaupun dah siap.

Kalau terlalu banyak rumpai sampai dah tak boleh merumpai:  tanam semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 558 other followers