Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Masalah rumput

Bayangkan ini, anda sedang berada di halaman rumput anda yang telah anda bela dan manjakan selama 6-7 bulan sejak anda pindah ke rumah ini.  Hari cuti yang indah; tidak panas tetapi tidak ada tanda-tanda hujan.  Anda ingin untuk membuat sedikit kerja2 merumpai. Tetapi anda terhenti; anda nampak tompok-tompak kuning di tengah2 laman rumput kesayangan anda. APA NI !?

Jangan lupa bahawa rumput turf ialah benda hidup, dan seperti benda hidup lain, ia mempunyai musuh dan penyakit.

Jadi, adakah tompok2 itu penyakit?

Sebelum membuat andaian bahawa tompok2 itu ialah penyakit, pastikan ia bukan disebabkan oleh benda lain.

Kecederaan, stress (ya encik, rumput pun ada stress) atau kekurangan boleh menghasilkan simptom yang sama seperti sakit dan juga akhirnya boleh menyebabkan penyakit.  Kadang2 benda lain ini ialah benda yang anda boleh kawal, jadi adalah bijaksana untuk mengenali dan memperbaiki keadaan2 ini dahulu.

Utk menentukan bahawa masalah ini  adalah cedera, stress atau kekurangan, berikut adalah beberapa contoh dan cara untuk mengelakkannya.

1.     Kecederaan.

Tertumpah baja, racun atau minyak.           Bintik-bintik atau garisan mati dalam garis (membawa minyak dalam bekas yang menitik) atau bentuk simetri contohnya bulat (bontot baldi misalnya).
Jika buat kerja mengisi atau mengukur atau membancuh baja, racun dan sebagainya di luar kawasan rumput.

Oops...

Bahan kimia yang 'ter'tumpah

JIKA di kesan awaltertumpah ke atas rumput, kutip apa yang boleh dan banjir kawasan tumpahan dengan air untuk mencairkan.  Lap dengan kain atau mop dan perah di luar rumput.

Najis haiwan (kita harap ia najis haiwan…) Kawasan ini akan mati dan kelilingnya berwarna lebih hijau.
Banjirkan kawasan ini dengan air. Bekas kena kencing pun sama, rumput mati tapi kelilingnya hijau…

Kawasan kuning tak ada daun. Mungkin ulat atau haiwan (lembu?) makan atau potong terlalu rendah            Akan menyebabkan daun rumput terpotong hingga nampak batang atau akar.
Tinggikan pemotongan.  Adjust mesin atau marah tukang potong.

2.     Stress

Terlalu banyak air. Di Malaysia, masalahnya ialah TERLALU BANYAK AIR. Siram hanya bila perlu (bukan sehari 2x dan JANGAN siram tiap-tiap hari kecuali kemarau).
Siram pada awal pagi sahaja supaya hari yang panas akan menyejat air berlebihan. Menyiram pada waktu petang akan menyebabkan air bertakung semalaman.

Terlalu banyak baja Terlalu banyak baja, pertumbuhan terlalu cepat. Ekstrem terlalu banyak baja: rumput mati. Terlalu sikit akan menyebabkan rumput kurus tak cukup makan.

Rumput 'bakar'

Rumput terkena baja yang tak hancur

Terlalu banyak bahan kimia Bahan kimia (racun serangga, racun kulat, minyak masak dsb) yang banyak boleh ‘membakar’ rumput.
Ikut arahan label di botol. Atau berhati-hati semasa membuat barbeku atau kenduri di laman.

3.     Kekurangan (defisiensi)

Nitrogen Daun tua akan berwarna hijau muda.  Pertumbuhan laman terbantut. Tambah baja sedikit demi sedikit hingga anda nampak perbezaan.  Untuk rumput taman, stadium atau padang golf; baja mengikut kadar yang disyorkan utk rumput anda atau gunakan nasihat pakar.

Zat besi Bukan untuk manusia sahaja.  Daun muda berwarna kuning.  Pertumbuhan laman seperti biasa.
Gunakan baja yang mengandungi zat besi.

Kurang baja

Rumput sebelah kiri kurang zat baja.

Air Rumput mula kering. Bila di pijak atau di tekan, rumput lambat untuk kembali ke bentuk asal, ini di panggil ‘footprinting’ (ketapakkakian?)
Siram (apa lagi?)

4.     Lain2 hal

Kurang cahaya matahari Rumput memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk melakukan fotosintesis. Jika rumput tidak mendapat cukup; ia akan tumbuh panjang, kemudian ia akan mengurus dan mula tumbuh jarang.

Pilih spesis/variety yang tahan teduhan (shade tolerant).

Serangga Perhati rumput secara dekat, ada bekas kena makan? Rumput boleh ditarik dari tanah dengan mudah?  Banyak burung diatas laman anda? Itu tanda serangga memakan daun atau akar rumput. Kita akan bincang isu ini lagi.

5. Mutasi atau pencemaran rumput tak serupa.

Rumput berlainan warna/rupa. Pada pandangan jauh; nampak rumput tak sama, tapi bila pandang jarak dekat; nampak serupa. Ini berlaku pada laman yang dah lama tanam rumput atau rumput dari nursery yang rumputnya dah lama di tanam di satu tempat dan banyak kali di tanam semula. Rumput di satu tompok adalah dari generasi yang berbeza dan mempunyai karakter/sifat yang berbeza. Atau mungkin sewaktu tanam semula, rumput di ambil dari kawasan yang mempunyai rumput dari generasi yang berbeza. Di kawasan rumput di tanam dan di jaga dengan serius, seperti di padang golf, padang bola dan laman orang yang membaca ayat ini, kadang-kadang berlaku mutasi pada beberapa rumput yang merebak dengan perlahan.

Cari rumput yang mempunyai minoriti kecil, cangkul buang atau tanam di tempat yang berbeza (di hujung atau luar laman) dan ambil sebahagian dari rumput yang majoriti dan tanam sebagai sprig (lihat muka lain di laman web ini).

Rumput bertompok

Serupa tapi tak sama.

About these ads

139 Responses to “Masalah rumput”

  1. hazry said

    A’kum..saya ada masalah rumput yang menjadi kekuningan.Ia berlaku apabila berlaku hujan yang turun hampir setiap hari di kedah ketika bulan disember. Adakah ia disebabkan air yang terlalu banyak menyebabkan kekuningan itu berlaku dan kalau betul apakah cara untuk mengatasi masalah ini.Adakah rumput yang menjadi kuning itu bermakna rumput itu telah mati?

    • mynormas said

      Ada dua kemungkinan. 1. Penyakit. 2. Kawasan yang terlalu becak/basah/lembab. 3. Tak cukup matahari. Dua campur satu kemungkinan… yang ketiga tu baru teringat.

      Kemungkinan no 3 tak boleh buat apa, tunggu matahari sahaja.
      Kemungkinan no 2, buat saliran untuk mengalirkan air keluar.
      Kemungkinan no 1, tak banyak yang boleh buat memandangkan nak menyembur racun penyakit adalah tidak berbaloi. Buat masa ini, jangan potong terlalu rendah; potong lebih tinggi dari biasa. Kita tunggu musim hujan berakhir. Penyakit datang dari kemungkinan no 1 dan 2 juga. So pastikan laman tuan mempunyai saliran atau air boleh mengalir dengan baik dan rumput tuan mendapat matahari yang cukup (6-8 jam sehari).

      • hazry said

        a’kum…saya ada satu soalan, ada sesetengah rumput karpet di halaman saya tumbuh tak panjang, juga tak tebal dan daunnya agak keras serta warnanya tak lah hijau sangat.adakah rumput saya berpenyakit atau tanahnya tak subur?

      • mynormas said

        Rumput tuan berpenyakit.

      • hazry said

        a’kum tuan…saya nak minta nasihat tuan bagaimana nak elakkan rumput karpet(rumput filipina) saya daripada cepat berbunga?walaupun rumput saya tak panjang tapi sudah ada bunga..

      • mynormas said

        Try tukar baja. Sepatutnya tidak terlalu cepat. But ia akan berbunga dalam seminggu macamanapun kalau ia subur.

      • jebat cargas said

        Bagaimana mengelakkan lipan tinggal dalam rumput yg di tanam ????

      • mynormas said

        Umm… entah. Tak pernah jumpa lagi rasanya, selama 20 tahun ni. Mungkin tuan maksudkan ‘earwig’? Rupanya macam lipan tapi pendek. Tapi berhati-hatilah.

  2. Pn Su said

    Salam…saya punya masalah rumput… dah habis mati, tanah pun dah botak. Mula-mula tanam rumput carpet, lepas tu tanam pulak pokok buluh (tak nak jiran nampak apa kita buat dalam rumah). Masa tanam, ‘landscaper’ (mungkin tak tahu sgt pun pasal rumput) cangkul lalang2, tabur pasir & tanam rumput. Cantik lah dalam setahun…buluh dah tinggi, rumput jarang2, saya pun perasan tanah dah berlumut (lembap sangatlah tu) dan tanah pun, tanah liat…habis rumput saya mati.

    Soalan nya apa perlu saya buat sekarang sebab saya suka laman yang hijau . Buluh tu tak nak lah buang (tapi selalu kena trim). Terima kasih.

    • mynormas said

      Rumput perlukan cahaya matahari. Terutamanya jika puan menggunakan rumput karpet. Rumput Cowgrass dan Pearlgrass boleh juga tahan redup. Jika pokok buluh puan terlalu menghalang matahari ataupun jika daun buluh yang luruh tu lambat di sapu dan menghalang matahari dari kena rumput maka buluh tu lah masalahnya.

      Satu lagi keperluan rumput ialah tanah yang tidak bertakung air. Lumut dan algae adalah tanda tanah yang bertakung air (mungkin di bawah permukaan). Puan mungkin harus membuat saliran air untuk mengalir keluar dari laman puan ataupun sekurang-kurangnya mengadakan lapisan pasir yang boleh mengalirkan air kebawah. Puan ada dua pilihan: tanam semula laman puan dengan meletakkan lapisan pasir setebal 4 inci ataupun menggunakan topdressing (lihat topik lain dalam laman web ini) untuk melapiskan pasir perlahan-lahan supaya puan akan dapat lapisan pasir di atas tanah laman puan.

      Selamat mencuba.

  3. haikal said

    Saya ada memenam rumput manila di laman saya kira 4 tehuan lepas. Semuanya okey sehingga muncul pokok kecil berdaun bulat yang merayap dan akarnya agak keras. Pokok/rumput ini sudah tidak terkawal dah susah untuk dihapuskan. Tolong bagi nasihat. Terima Kasih

    • mynormas said

      Tidak ada cara lain melainkan merumpai secara manual. Pastikan di cabut dengan akar nya sekali. Bahagikan laman kepada grid grid untuk di rumpai. Besar grid ialah kawasan yang boleh siap di rumpai dalam sehari. Biasana 2x2m. Untuk orang takde masa; mungkin 1x1m. Weeding grid tu setiap 7 hari. Ertinya kalau grid di halaman tuan boleh di bahagikan kepada 4 buah; grid A. B, C dan D, Weeding grid A setiap hari Isnin dan B setiap hari Rabu, C setiap Jumaat dan D setiap Sabtu. Selepas setiap kali weeding (merumpai) tutup bahagian itu dengan pasir bersih.

  4. petito said

    Assalamualaikum En.normas…..saya ada masalah tentang rumput dan tanah halaman rumah saya.Rumput yang ditanam adalah jenis rumput mutiara(pearl grass). Pada permulaan perkembangan rumput membiak sangat baik,tapi selepas 6 bulan rumput seperti tidak lagi mahu membiak(kedudukan jarang2). Saya dapati terdapat kulat putih dibahagian akar rumput saya,malah rumput pengacau pulak yang ‘take over’.Boleh En.normas bagi jalan penyelesaian.
    terima kasih….

    • mynormas said

      Maaf kerana lambat menjawab. Pada pendapat saya, masalah tuan ialah masalah penyakit kulat. Sukar untuk di ubati kerana ubat walaupun boleh di beli dari kedai hardware besar, tetapi saya tak menggalakkan racun di kawasan rumah kerana masalah penyemburan dan penyimpanan sisa.

      Kulat gemarkan keadaan lembab. Jadi ada kemungkinan penyakit di halaman tuan di sebabkan oleh keadaan hujan semenjak November lepas.

      Tuan mungkin kena memperbaiki saliran di laman tuan dan (jika berkaitan) kurangkan teduhan supaya matahari dan pengudaraan dapat diterima oleh laman tuan. Ada padang golf yang akan pasang kipas besar di masa ini. Tapi tuan tak payahlah sampai macam tu. Sekadar kurangkan daun pokok atau pindah kan perabot laman tuan sedikit.

      Tentang masalah rumput pengacau atau rumpai, tuan tidak ada pilihan melainkan mencabutnya. Saya boleh betting masalah rumpai tuan ialah dari keluarga rusiga yang gemarkan tempat basah. Batangnya segi tiga dan bunga kasar.

  5. H-R said

    Salam,
    saya baru selesai menanam rumput di rumah saya pada minggu lepas dan keesokkan harinya, kontraktor tanam rumput tersebut datang dan membaja kawasan rumput menggunakan baja tahi ayam proses. Selepas 2-3 hari, saya mendapati rumput saya semakin kuning… adakah ia disebabkan oleh baja tahi ayam proses atau terlalu cepat membaja? utk pengetahuan tuan, saya siram rumput setiap hari waktu pagi dan petang (sedikit). terima kasih

    • mynormas said

      Tuan, saya membuat andaian rumput tuan di tanam dengan cara sod dan rumput tuan adalah dari jenis ‘carpetgrass’ dan bukan Cowgrass atau Pearlgrass.

      Baja tahi ayam dan pembajaan terlalu cepat tak sepatutnya mendatangkan masalah itu.

      Ada kemungkinan ia di sebabkan oleh rumput itu berpenyakit. Atau, jika ia dari golongan carpetgrass, kekurangan cahaya matahari.

  6. Assalamualaikum..
    En Normas Yakin..sy ingin sekali meminta nasihat dari tuan..sy menaman sendiri rumput filipina di rumah saya…dia awal 5-6 bulan keadaan rumput saya sangat cantik..tetapi malangnya sekarang keadaan rumput saya menyedihkan…rumput jd tidak rata..rumput jadi jarang nampak hitam2..rumput saya awalnya kelihatan hijau tua tp sekarang jd hijau muda..keadaan padang sy nampak kasar sgt dat tak nampak gebu dah..dah jd tak elok sgt2..sedih dibuatnye…sy nak minta nasihat dari tuan apa yg patut sy buat..utk rumput jd seperti dahulu…tolong tuan

    • mynormas said

      Rumput mula-mula hijau tua lepas tu bertukar hijau muda kemudian jarang-jarang? Bunyinya macam tidak mendapat cahaya matahari yang cukup. Ia mungkin berlaku sewaktu musim hujan (banyak mendung) di tambah dengan kawasan setempat yang mungkin bnyak pokok/rumah atau hiasan yang melindungi rumput.

      Rumput carpet memerlukan 6-8 jam cahaya matahari sehari.

      Saya cadangkan Cowgrass atau Pearlgrass.

      Jika masalah penyakit ia akan terus menjadi coklat dan mati berdiri (asal perkataan ‘die standing’).

  7. pauzi said

    aslkm..
    saya ingin mengetahui berkenaan rumput mutiara yang telah saya tanam -+ 3 bulan lalu. Pada amnya rumput tumbuh dgn baik tetapi ada beberapa bahagian atau tempat tertentu yang membentuk tompokan dimana helaian daun rumput mula mengecil dan memendek serta bertukar kewarna merah dan akhirnya mati.
    Harap tuan dapat membantu saya berkenaan masalah ini. untuk makluman tuan saya ada meng emelkan masalah ini kepada tuan berserta gambar rumput yang berkenaan. Sekian dan saya dahului ucapan terima kasih.

    • mynormas said

      wlkmslm,

      Saya telahpun mengreply (?) email tuan. Saya harap tuan terima.

      Untuk pengetahuan umum, rumput yang sakit akan bertukar coklat, bukan merah. Saya suspek (bukan tuduh, cuma syak) bahawa masalah yang di hadapi oleh en pauzi berpunca dari zaman di nursery lagi. Gambar yang di tunjukkan oleh En. Pauzi menunjukkan tidak semua rumput yang kena, hanya rumput tertentu. Mungkin rumput tersebut berada di hujung nursery sewaktu di tuai. Bila di tanam, ia di tanam di tengah laman.

      Wallahuaklam.

  8. pauzi said

    askm tuan..
    saya telah mencungkil rumput mutiara yang hampir mati dan saya temui cacing2 kecil. adakah ini nomatode yang menyebabkan rumput mati?
    sekian, terima kasih

    • mynormas said

      Tuan,

      Nematod adalah halus. Sangat halus sehingga memerlukan kanta untuk melihatnya. Saya rasa apa yang tuan jumpa bukan nematod.

      Dalam 18 tahun di bidang penjagaan rumput, saya menangani masalah nematod hanya lebih kurang 5 kali sahaja dan semuanya adalah nematod mikroskopik. Ia di buktikan hanya di makmal.

      Nematod berada di mana-mana sahaja dan hanya sebahagian kecil adalah perosak kepada rumput. Ia menghisap cecair dari akar dan ini memudahkan penyakit untuk masuk.

      Cuba tuan tanam semula kawasan yang mati tu dengan rumput dari pinggir sempadan laman tuan dan lihat apa jadi seterusnya.

  9. Tuan,
    Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih atas kesudian menyediakan ruang bagi orang seperti saya membuat rujukan bagi masalah2 berkaitan dengan rumput.
    Saya mula menanam rumput cow grass sebelum berpindah ke rumah baru (2007). Macam biasa, tanah disalin (buang yang lama, ganti yang top soil yang baru), dan rumput ditanam. Walaupun sudah lama, rumput tak jadi-jadi (kuning, jarang, dan nampak tak sihat). Saya bertindak untuk buang rumput tersebut (dikatakan rumput itu bukan rumput cow grass), dan ganti dengan yang lain (termasuk ganti top soil yg lain). Nampak perbezaan ketara, daun lebih hijau dan sihat. Cara tanaman yang dibuat ialah rapat2. Untuk meratakan kawasan, saya melitupi kawasan rumput tersebut dengan pasir halus, beberapa hari, rumput2 keluar tembus pasir2 halus tadi, dan warnanya sungguh hijau. Lupa saya beritahu, yang baja organik juga ditabur sebaik melutupi rumput dengan pasir halus.
    Tapi, malangnya, ianya tak berterusan lama, sekarang ini, keadaan hampir serupa dengan keadaan rumput yang mula2 ditanam. Saya musykil apa yang terjadi. Kawasan amat lapang, jadi tiada masalah cayaha matahari berlaku. Bole tolong saya, sudah banyak wang dihabiskan untuk rumput. Minta nasihat tuan, apa sebenarnya mungkin berlaku, dan apa patut saya buat sekarang.
    Maaf, agak panjang, kerana cuba menceritakan secara detail. Jazakallahu Khairan Kathira!

    • mynormas said

      Maaf kerana lambat menjawab tuan syed.

      Sekali imbas, bunyinya macam masalah kurang cahaya matahari; pertama kerana simptomnya (kuning, jarang, nampak tak sihat0 dan kedua kerana majoriti dari masalah rumput di rumah ialah akibat dari kurang matahari. Tapi nampak nya tuan telah ‘cover’ bab itu kerana pertama; rumput cowgrass tahan redup dan kedua; tuan adalah tuan rumah yang prihatin tentang masalah rumput.

      Jika cowgrass gagal, saya tak tahu apa nak jawab lagi. Nak kata masalah tanah, tuan dah salin tanah. Nak kata tak baja; tuan dah baja. Nak kata masalah baja, tuan guna baja organik (baja kimia banyak masalah jika digunakan di kawasan rumah). Tuan baja tidak terlalu banyak kan? Tapi itupun seharusnya tidak menjadi masalah jika baja organik. Hmmm…

      Bagaimana dengan waktu dan keadaan? Apa yang tuan boleh ingat berlaku sebelum rumput menjadi sakit? Contohnya hujan lebat berterusan dua-tiga hari? Sebaik selepas membaja? Sejurus selepas anak saudara datang melawat? Sehari selepas bulan mengambang? Gurau aje yer tuan, tapi apa pun yang tuan boleh fikirkan boleh membantu. Banyak cerita pelik yang saya boleh ceritakan.

      Mungkin jika tuan tidak keberatan untk mengemelkan gambar rumput dan laman tuan? Alamat email saya ada di muka depan.

  10. azam said

    Saya ada tanam rumput karpet kat halaman rumah. Sekarang ni dah masuk 6 bulan. Sejak 2 bulan lepas saya dapati rumput saya byk keluar bunga (warna putih kekuningan). Kalau saya potong rumput… 2 minggu lepas tu terus ada bunga. Bagaimana cara tak nak bagi keluar bunga atau melambatkan pengeluaran bunga tersebut. Saya memotong rumput sebulan sekali. Tq

    • mynormas said

      Saya mengandaikan rumput tuan adalah dari jenis Zoysia. Saya ada dua cadangan: 1. Potong lebih rendah dari sekarang; iaitu lebih kurang 15mm dari aras tanah. 2. Hentikan baja. Saya mengandaikan tuan ada menggunakan baja; baja itu mungkin tidak sesuai.

      • azam said

        Saya membaja sebulan sekali(setiap kali selepas potong rumput). Baja yg saya gunakan ialah baja tahi ayam(bulat2 kecik dan berbau mcm kopi). Adakan saya perlu berhenti terus baja atau tukar dengan baja lain. Apa baja yg dicadangkan. Terima kasih atas khidmat nasihat tuan.

      • mynormas said

        Jika tuan mendapat keputusan yang tuan inginkan, saya rasa tuan boleh teruskan. Baja organik seperti baja taik ayam tidak kekal lama dalam tanah dan tidak mempunyai nutrien yang banyak jadi ia mungkin baja yang sesuai untuk kawasan tuan. Tidak semua baja akan bertindak sama pada semua jenis tanah atau semua jenis rumput. Jika ia tidak memberi kesan yang tuan inginkan dan tuan ingin menukar baja, gunakan baja organik juga.

  11. mat yassim said

    nak minta nasihat skit…sy tnm peal grass lbh kurng 6-7 bulan..mula2 pertumbuhan baik…lama kelamaan menjadi coklat, memndek, mati…pada permulaannye,saya jngkakan kerana rmput liar yang tumbuh mengebabkan rumpur peal grass saya mati, tetapi semasa saya mencabut rumput liar,saya dapati ada ulat kecil keluar. bagaimana cara nak menghapuskan ulat tersebut?nak guna racun ape?

  12. samsul said

    Tuan,
    Rumput saya rumput carpet. Sebulan lepas saya dapati rumput saya mengeluarkan debunga (putih kekuningan). Kemudian, saya upah org utk potong rumput. Masalahnya, selepas potong, rumput saya kelihatan terlalu kekuningan. Saya beranggapan ianya dipotong terlalu rendah. Soalan saya;
    1. Bagaimana nak mengatasi masalah pengeluaran debunga?
    2. Berapa lama nak tunggu rumput yang dipotong terlalu rendah kelihatan hijau semula? Adakah saya perlu kerap membaja atau kerap menyiram untuk mempercepatkan pertumbuhan rumput tersebut?

    • mynormas said

      Tuan,
      Jika rumput tuan adalah rumput karpet yang biasa di jual di nursery; ia sepatutnya adalah sterile (mandul) kerana ia adalah kacukan dari beberapa spesis ataupun mutasi. Ia masih boleh berbunga di sebabkan oleh jenis baja tertentu. Saya pernah lihat tindakbalas ini sewaktu menggunakan sejenis baja yang nampaknya seperti merangsang pengeluaran debunga.

      Ada juga jenis zoysia (mungkin rumput tuan adalah rumput dari hybrid zoysia? Ia berwarna hijau muda dan cepat panjang?) yang akan berbunga jika tidak dipotong selama seminggu.

      Biasanya rumput akan tumbuh sendiri asalkan ‘crown’ (pada aras tanah) tidak cedera. Baja kimia membantu; tetapi jika sebelum ini tuan memang konsisten membaja, maka tidak perlu kerana bekalan baja akan masih ada dalam tanah. Siram hanya jika rumput memerlukan. Air tidak akan mempercepatkan pertumbuhan.

      Akhir sekali, amalkan pemotongan yang konsisten, kurangkan pembajaan; terutamanya jangan guna baja yang mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi (contohnya Urea). Nitrogen akan memanjangkan daun tanpa memberi kesihatan. Baja sedikit tetapi selalu, contohnya 1 genggam untuk setiap 5-10m persegi setiap dua minggu. Gunakan baja organik bukan baja kimia.

      Jangan benarkan tukang potong rumput potong rendah. Rumput kelihatan kuning kerana dah tinggal batang; daun dah di potong habis. Rumput perlukan daun untuk fotosintesis. Mungkin tuan kena sign kontrek dengan tukang potong; bagi diskaun dengan syarat datang potong setiap satu minggu atau dua minggu sekali. JANGAN potong batang.

      Selamat mencuba!

  13. samsul said

    Terima kasih byk2 Tuan!

  14. Zack said

    Tuan saya ingin mohon nasihat untuk mengawal ‘weed’ di laman rumput saya. Sejak 2-3 tahun saya menghadapi rumput liar atau weed ini tumbuh di rumput jenis karpet filipina. Pada permulaan memang tumbuh cukup hijau cantik dan saya boleh katakan rumput gebu sebab bila pijak sampai tenggelam. Namun setelah saya dapati apabila pemotong rumput yg datang dan alat pemotong rumputnya sudah ada pelbagai sisa rumput di tempat lain.. menyebabkan tumbuh rumput liar/weed.

    Sekarang bila weed tumbuh, rumput panjang sikit saya minta pemotong rumput potong semua maka hilanglah weed and pendeklah rumput.

    Saya ingin bertanya adakah ada ‘lawn weed killer’ di Malaysia ini. Saya pergi ke USA ada banyak product tapi saya tak dapat cari di Msia.

    Saya dah give up nak cabut rumput liar sebab ada akarnya dan ia akan tumbuh kembali.

    Pls help us. Thanks

    • mynormas said

      Memang ada Zack. Semua jenis racun makhluk perosak di kawal oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak yang mempunyai sistem yang memakan masa lama dan kos tinggi jadi kebanyakkan pembekal tak mahu membawa masuk kerana pasaran yang kecil/terhad.
      Kalau asal nya ok tetapi selepas memotong (pemerhatian Zack) baru tumbuh rumpai, maka mungkin punca masalah ialah dari pemotongan? Not to say dia bawak the weed seeds ( though ada kemungkinan juga) tetapi mungkin potong terlalu pendek sehingga kan ada ruang untuk weeds masuk dan tumbuh. So, untuk lain kali mungkin boleh potong jangan terlalu rendah? Ini adalah masalah biasa untuk mesin sandang belakang sebab ketinggian potongan dia ikut ketinggian pemotong… atau ikut suka pemotong. Saya cadangkan – bila dah kurang rumpai nanti – untuk melabur dalam mesin potong sendiri dari kedai DIY besar sepert ACE dsb. Mesin potong rumput yang guna kuasa tanah (tolak mesin, tayar pusing pisau) ataupun yang guna letrik walaupun nampak sama macam si tukang potong tapi oleh kerana milik sendiri, boleh lah potong lebih selalu (once a week) dan tak lah pendek sangat.
      Untuk rumpai sedia ada: antara cara yang boleh di buat ialah; kawasan yang terlalu bnayk – tanam semula. Zack mungkin kena tanam semuanya ataupun Zack boleh ambil rumput dari sempadan dan tanam cara sprig atau sod (lihat muka lain dalam laman web ini). Sebelum itu, kawasan yang penuh weed tadi di korek sedalam mungkin 4 inci dan letak pasir baru. Tanah lama buang sejauh mungkin.
      Selamat mencuba!

      • Zack said

        Terima kasih atas penjelasan panjang lebar. It helps to give me a good idea of how weed can make a hell of different for your lawn. Pening kepala ni…
        Nampaknya tak ada short cut utk selesaikan masalah weed di rumput saya ini.

        Kawasan lawn saya agak besar secara kasarnya sekitar 50′ x 15′. Weed dah merebak ke semua kawasan..
        Spt cadangan Tuan untuk saya nak Korek 4″.. dan buang tanah memang macam waktu saya mula masuk rumah saya dan waktu kita buat lawn mula.. ini jadi total revamp.. kalau sebegitu.

        The difficult part I think around 75% of the lawn area already affected by weed.. So practically new carpet for all areas.

        Mungkin saya buat stage by stage 1st.. Ambil kawasan kecil dulu yg didepan..
        Saya ada mesin potong rumput Ace yg tolak tu.. tapi sebab kaw lawn saya besar.. jadi memang tak larat nak guna mesin tolak Ace tu. Lepas tu dia cepat panas.. terus mati…

        Saya fikir kalau saya beli mesin potong rumput batang spt yg digunakan sekarang mungkin dapat mengurangkan penularan benih weed itu. Jadi bila pemotong rumput datang dia pakai mesin saya sendiri..
        Do you think this will work temporarily? But I think the root is entrenched already down below.. Pusing2…

        Anyway thanks for the thoughts..

        For the weed killer like from Roundup, Mosanto, so far I dont see it on shelf here in Msia. When I spoke to nurseries or gardener people they normally has normal killer that kills everything..

        Nampaknya – kena tanam semula or find cheap weed killer or beli mesin rumput batang sendiri…

      • mynormas said

        Giving advice and a little bit of ‘showing off’ is what I do best. Too bad about your lawn. Tell you what, maybe you could try this first, just mow every week at a higher height say one inch (25mm) above ground level and see if your grass recovers and they crowd out the turf. Try it out for a month and see if it helps. Be advised that it will only work if they are stil ‘pockets of resistance’ from your old turf, then they may fight back. If however, the 75% tu dah takde rumput lama lagi then it would be a futile exercise.

        Honestly? I don’t know whether giving your brand new, plasticky, expensive mower to the guy will work. It may be a double expense for you. If you can get him to mow every week at a higher height with his machine; good enough. My idea of you having the machine is so that you mow your own. You may not have time I guess, but dividing the lawn into 6 areas and mowing area 1 on Monday, 2 on Tuesday etc may help.

        Roundup and other variants containing the active ingredient of Roundup: glyphosate is available in Malaysia. Perhaps not to members of the public, its sold in 1 litre containers (you use a tiny bit only) so not many people would buy. I wouldn’t recommend it for you because Roundup kills all grass and leaves broadleaves alive (if used properly) so it is usually used in landscaping and plantations.

  15. salam, saya menanam rumput karpet jenis jepun…saya dapati sesetengah kawasan rumput terdapat lumut dan ada kawasan rumput kekuningan..bagaimana cara mengatasinya? Apakah N:P:K baja yang sesuai untuk rumput dan kekerapan pembajaan yang sesuai..? TQ tuan

    • mynormas said

      Tuan,
      Agak susah untuk jawab tanpa melihatnya; tetapi lazimnya kawasan yang berlumut ialah kawasan air bertakung (ia mungkin bertakung di bawah permukaan) dan kawasan kekuningan ialah kawasan yang tak cukup matahari.
      Kalau secara komersil; baja yang disyorkan ialah Nitrogen 600gram per 100 meter persegi per 30 hari dan Kalium dalam nisbah 1:1 N:K. Tetapi untuk kebanyakkan rumput halaman rumah saya cadangkan NPK 5:5:5 satu genggam untuk lebihkurang 1m persegi seminggu sekali pada bulan pertama lepas tanam, 2 minggu sekali sebulan lepas tu, dan sebulan sekali untuk 6 bulan pertama. 2 bulan sekali 6 bulan kedua dan bila rumput dah established; setahun dua kali pun ok.

  16. sharul said

    Assalammualaikum, saya memerlukankan bantuan En.Normas, rumput baru ditanam dalam masa sebulan, alhamdulilah semuanya ok. tapi baru2 nie banyak tompok-tompok coklat. sekarang nie dah jarang-jarang siram. kalau hari tu panas sangat saya akan siram dalam 20 min. cuma saya perasan ada semut hitam + semut merah di kawaan rumput. mungkin jugak banyak serangga sebab burung selalu datang, terima kasih.

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      Saya tidak ada jawapan untuk semua soalan. Nak bagi jawapan untuk benda yang saya tak tengok susah sikit.

      Tuan/puan tak cakap rumput jenis apa yang di tanam. Saya menjangkakan sejenis carpetgrass? Dan kawasan nya mungkin tertutup dan tak dapat matahari 6-8 jam sehari ataupun ia tidak mendapat peredaran udara (circulation) yang baik. Cuba prune pokok ataupun shrub yang berdekatan supaya terdapat lebih banyak udara dan cahaya matahari.

      Tentang semut; tuan/puan perlu mencari sarang dan mempastikan permaisuri akan pindah. Cari lubang tempat semut itu keluar, korek sedalam yang berani lepas tu curahkan air campur sedikit sabun dengan harapan air itu akan membanjiri sarang semut. Sabun tu hanya untuk ‘menewaskan’ apa-apa sifat hydrophobic tanah (jika ada) dan untuk serangga lain seperti ulat; ia akan menewaskan lilin pada kulit/kutikel mereka.

      Selain itu, menggunakan racun serangga rumah seperti H2O atau Ridsect yang ‘waterbase’ pada awal pagi dengan menyembur ulat juga boleh di amalkan. Tak payah buat setiap hari. Ulat adalah larva serangga dan mempunyai kitaran. Kalau tuan/puan sembur dua tiga hari sampai dah tak nampak lagi serangga, ulang balik dalam seminggu lepas tu seminggu lagi.

      Selamat mencuba!

  17. jai said

    saya baru 2 minggu tanam rumput filipina…sekarang dah ada tompok tompok kuning, macam kering la tu, baja dah letak, siram pn at least 2x sehari, apa masalah dia ni?

    • mynormas said

      Tompok kuning selepas dua minggu tanam? Siram dua kali sehari, at least? Rasanya rumput tuan dah kena penyakit. Rumput Philippine perlukan 6-8 jam cahaya matahari dan pengedaran udara.
      Pada usia ini, dalam cuaca sekarang ini; rasanya rumput tuan yang kuning akan menjadi coklat. Bila ia menjadi coklat, ia tiada lagi harapan. Maaf.

  18. Ijai said

    salam…saya nak mintak tolong sgt..kenapa rumput carpet sy jadi gugur?bila check kat tanah macam ada serangga anai2..adakah itu penyebab utamanya..?perlukah sy sembur racun serangga?

    • mynormas said

      Tuan, maaf kerana lambat menjawab. Saya tak pasti samada serangga itu yang menyebabkan rumput tuan gugur tapi saya pasti tuan perlu ambil tindakan menyembur racun serangga.

  19. Rfiq said

    TUAN,SALAM SEJAHTERA.
    SAYA INGIN BERTANYAKAN PERKARA RINGKAS TENTANG RUMPUT, IAITU BERAPAKAH KEKERAPAN MEMOTONG RUMPUT LIAR DALAM SEBULAN YANG SESUAI BAGI KAWASAN YANG LUAS UNTUK MEMASTIKAN IANYA SENTIASA PENDEK DAN KAWASAN KELIHATAN BERSIH? TERIMA KASIH.

    • mynormas said

      Jika kawasan tidak berbaja dan tidak mempunyai ‘lovegrass’ atau kemuncup: sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kalau ada isu kemuncup, setiap empat hari.
      Untuk kawasan bersih dan di anggap ‘berbela’ potong seminggu tiga kali.

  20. leeming said

    Tuan,
    saya ada tanam rumput mutiara yg diambil drp 2 kawan,saya dapati rumput mutiara yg saya taman adalah tidak sama jenis, satu cepat membesar dan batang ada berwarna merah drp satu jenis lagi.
    Adakah rumput mutiara ada banyak jenis? thks.

    • mynormas said

      Tuan LeeMing,

      Rumput mutiara dipercayai adalah sejenis cultivar (cultivated variety) yang berasal dari hybrid atau mutasi dari cowgrass. Oleh kerana itu memang ada perbezaan dari rumput satu tempat ke tempat yang lain kerana kadang-kadang rumput itu telah di tanam semula beberapa generasi dan setiap generasi ada kemungkinan ada perbezaan dari generasi sebelumnya.

      Yang ‘batang merah’ tu mungkin lebih hampir kepada cowgrass dari yang lagi satu. Mungkin tuan terpaksa ambil dari satu bahagian dan tanam semula bahagian tersebut.

      Atau… tuan boleh saja jadikan perbezaan dua kawasan tadi sebagai satu benda unik tentang lanskap tuan. Itupun dengan syarat rumput-rumput tadi memang di tanam di dua kawasan berbeza lah. Buat something to show the boundary between the dua rumput; a walking path, a shrub line, a line of small flowers, a line of white stones (be careful when mowing!) or as in golf course green collars – it is just a line cut with cangkul about 1cm wide and 2.5cm deep to differentiate between grass.

      Itu cadangan saja. Kalau kecil and bothers you, tanam saja. If it is big and/or looks so different: exploit it! Make it a feature of your landscape. Its your lawn, you define it.

  21. surayya binti ahmad said

    Tuan,

    1)Apakah baja yang sesuai untuk rumput jenis ‘cowgrass’? sebelum ni saya hanya menggunakan baja n.p.k 15.15.15..

    2.)Berapa lama masa diambil untuk rumput cowgrass rumah saya tu menjadi rata dan hijau kerana, untuk makluman tuan,saya membeli rumput tu ikut harga 1 lori dan saya tanamkan dgn cara letakkan rapat2,tp permukaan tanah jd tak rata..berbonggol2..tak seperti rumput mutiara yang ditanam ikut petak2 dan rata..

    • mynormas said

      Puan,
      1) Baja 15:15:15 adalah baja kimia. Keburukkan baja kimia ialah; ia memberikan ‘surge growth’ ataupun pertumbuhan mendadak jika di baja terlalu banyak. Jika di baja terlalu sedikit pula ia akan menyebabkan laman kita hijau bertompok-tompok. Selain itu, jika selepas menabur baja ada hujan lebat, sebahagian baja akan larut dan lesap kedalam tanah dan seterusnya kepada sumber air.

      Gunakan baja organik seperti 5:5:5 atau 8:8:8 atau apa pun yang seumpanyan. Baja sedikit tetapi selalu, contohnya sebulan sekali. Tetapi jika rumput tu dah setahun umurnya di tanam; setahun dua kali pun boleh.

      2) Berapa lama masa yang puan ambil bergantung kepada berapa banyak kerja yang puan sanggup buat. Puan sekarang perlu melakukan topdressing dengan pasir. Topdress cukup sekadar tidak melemaskan rumput. Masukkan pasir kedalam ‘lembah’ tu. Jika ada bonjol yang terlalu tinggi, puan mungkin kena cungkil balik dan buang tanah di bawahnya, lepas tu tanam balik.

      Selamat mencuba!

  22. ferdauz said

    Assalamualaikum Tuan,

    Terlebih dahulu saya nak ucap terima kasih kerana banyak yang saya dapat belajar dari tuan tentang penanaman rumpur karpet. Rumput karpet tumbuh dengan baik pada mulanya. Tetapi kerana saya dah lama tak menjengah kawasan rumput, ia semakin panjang dan hijau. Oleh kerana saya sayang sangat kat rumput nie, saya guna gunting jer potong rumput nie. Bile digunting bahagian bawah rumput nampak kering. Adakah rumput nie akan mati? Perlu tak saya membaja rumput nie? Harap tuan boleh membantu.

    • mynormas said

      Waalaikumsalam tuan,
      Kemungkinan besarnya tidak ada masalah. Rasanya apa yang berlaku ialah tuan telah memotong hampir kesemua daun dan tinggal batang. Asalkan tuan tidak terpotong bahagian ‘crown’ (tempat bermulanya tumbuh lai daun) ia akan ok. Mungkin ia sakit hati sikit, tapi nanti ok lah dia. Ia akan menyesuaikan diri kepada ketinggian baru yang tuan potong. Tapi ada syarat: dengan syarat ia tidak lebih rendah dari kemampuan rumput tersebut yang di tentukan oleh genetik (insyaAllah) dan cahaya matahari. Jika ketinggiannya munasabah dan crown tidak di potong, insyaAllah ia akan survive. Baja tidak memberi kesan yang banyak kerana yang saya faham rumput tersebut memang sihat.
      Untuk pengetahuan tuan dan pembaca lain, jangan potong rumput lebih dari satu pertiga dari ketinggian asal.

      • ferdauz said

        terima kasih atas nasihat tuan. lega hati saya tak payah tanam balik. ada kemusykilan sikit mengenai ketinggian. ketinggian asal pada waktu rumput ditanam atau ketinggian asal pada waktu rumput itu panjang.
        err..satu lagi nak tanya.. saya tanam rumput secara ‘sod’ (hmm yg rumput yang sekeping2 tue, betul ke?) saya tengok dia tak membiak ke tepi tanah yang kosong (tanah keras) walaupun dah 5-6 bulan saya tanam. adakah tanah itu tak sesuai, or perlu saya letak pasir bagi dia membiak?

      • mynormas said

        Tentang ketinggian; mulakan dengan ketinggian sekarang (bukan masa sod atau pada waktu rumput panjang) dan turunkan ketinggian secara berperingkat jika mahu. Ingat untuk tidak potong lebih dari 1/3 panjang rumput sekarang.
        Betul itulah sod. Kalau dia tak membiak ketepi lepas 3 bulan maka tanah tu tak sesuai. Mungkin perlu gemburkan sedikit tanah lama lepas tu letak pasir. Kalau lepas sebulan masih tidak ada perubahan: paksa. Curi dari sod yang subur tu sedikit rumput, guna pisau lipat atau apa apa yang boleh potong rumput dan tanam di tempat lapang tadi. Gunakan cara plug.

        Selamat mencuba!

  23. shamsul said

    tuan,cow grass yg ditanam kehijauan segar bertahan 6 bulan saje,cahaya cukup,ditanam olih pihak nersery ikut lumrah cra tanam rumput.lepas tu skrang kekuningan kering serentak mati..mngkin sya telebih baja uriea kot..skg dlam proses nk baik pulih,,guna baja gunung brapi yg direcmmnt olih pnjual bja,skg rumput adala yg nk tumbuh balik,betul kah cara saya guna pecakar pnyapu utk membuang rumput2 yg kering tu utk beri laluan kpd tunas baru, saya cma buang daun n akar masih tinggal.terima kasih datas bantuan tuan.

    • mynormas said

      Jangan guna urea. 46% Nitrogen. Jangan guna baja kimia. Guna baja organik. Baja gunung berapi? Asalkan kandungan Nitrogen tidak melebihi 8% ok. Lihat di label; semua baja akan ditulis dalam bentuk N:P:K so ia akan ditulis sebagai 5:5:5 atau 12:12:17 atau 18:3:18 16:0:0 atau 0:0:55 dan sebagainya.
      Kalau tak ditulis, kemungkinannya ia adalah sejenis amendment dan bukan baja. Masih ok untuk cowgrass. Amendment akan ‘memegang’ baja atau nutrien yang sedia ada atau dari potongan rumput.
      Kalau lepas seminggu rumput tak ada nampak macam pucuk/tunas baru keluar (daun yang dah kuning tak akan kembali hijau) maka tuan mungkin kena tanam semula.
      Otherwise apa yang tuan buat tu nampaknya ok.
      Selamat mencuba!

  24. aini said

    salaam, saya bekerja di sebuah kilang yang mempunyai keluasan +- 5 ekar. kawasan pejabat dan kilang hanya separuh daripada keluasan compaund. taman disekeliling pejabat utama ditanam dengan rumput karpet, kawasan lain pula dengan cow grass. mula-mula dibina memangla cantik..tp selepas 2 tahun, lalang mula naik di kawasan yang ditanam dengan cow grass dan rumpunnya semakin membesar (sebab kami hanya potong saja guna mesin rumput setiap bulan, lagi teruk lepas potong 2 hari lalang naik balik). Di kawasan rumput karpet pulak, tumbuh banyak pokok semalu dan pokok menjalar berdaun bulat2. rumput karpet tu jugak makin menebal sampai tenggelam kaki. ada pulak yang mula menguning dan tinggi x sekata (kalau tengok macam berombak dan berkumpul-kumpul).
    adakah sesuai kalau saya guna ROUNDUP untuk meracun lalang?
    dan boleh bagi nasihat bagaimana untuk menjaga rumput karpet supaya nampak hijau dan cantik? bagaimana nak hilangkan pokok semalu dan pokok yg menjalar tadi? adakah sesuai jika saya gunakan racun rumpai?

    • mynormas said

      Puan, rasanya masalah asal ialah dari rumput atau tapak yang mempunyai benih lalang/semalu/creeper. Kemudian ia di tambah dengan kekerapan memotong yang terlalu lama. Jika amalan memotong dilakukan seminggu sekali, lalang tak boleh survive kerana ia tak dapat bekalan cahaya matahari.
      Roundup akan membunuh lalang DAN cowgrass. Tetapi ia tidak membunuh semalu unless overdose. Roundup confirm bunuh rumput carpet.
      Semalu hanya boleh di kawal secara mekanikal iaitu secara mencabut ia keluar hingga ke akar umbi menggunakan kederat.
      Kalau puan tak nak tanam semula, saya cadangkan buat masa ni upah orang cabut semalu dan creeper dua-tiga round. Bulan ni sekali sampai habis lepas tu bulan depan ulang sekali lagi sebab dulu dia kecik dan tak kelihatan. Untuk lalang; perlu selalu memotong. Kalau boleh, seminggu dua kali tapi paling kurang pun seminggu sekali, lalang (dan semua tumbuhan hijau) perlu membuat makanan di daun melalui fotosintesis. Kalau kita berjaya putuskan bekalan makanan nya dengan memotong daun ia akan mati. Tapi mengambil masa lama kerana ia mempunyai rhizom (sejenis akar macam ubi) yang menyimpan bekalan makanan. Sekali saja miss potong maka ia akan buat makanan dan simpan dalam rhizom dan kita kena mulakan semula. Roundup sesuai untuk lalang tapi awas; ia membunuh cowgrass dan carpet grass.
      Untuk mendapat rumput carpet yang cantik; potong selalu. Tapi jangan potong rendah sangat. Ertinya potong daun rumput sahaja jangan potong batang. Kalau lepas potong padang nampak kuning/coklat ertinya dah potong terlalu rendah. Sebaiknya jangan guna mesin galas tapi guna mesin tolak.
      Saya harap dapat faham, soalan dan masalah puan kompleks, tapi jawapan ada dalam laman web saya. Kalau ada apa apa lagi, tanya lagi.
      Selamat mencuba!

  25. Nazim said

    En. Normas,
    Saya telah menanam rumput jenis flipine grass
    Sekiranya saya ingin memotong rumput berkenan
    Mesin rumput jenis sandang@tolak yg lbh sesuai digunakan
    Terima kasih

    • mynormas said

      En. Nazim,
      Semestinya mesin tolak. Mesin sandang ataupun mesin pegang akan memberikan ketinggian potongan yang tidak sekata. Untuk mendapat rumput yang sihat, jangan potong lebih dari satu pertiga dari ketinggian rumput; atau sebagai pemerhatian, potong hanya daun rumput dan bukan batang. Jika waktu potong rumput jadi kuning ataupun coklat maka ertinya terlalu pendek. Mesin tolak membolehkan kita menukar ketinggian pemotongan secara sekata. Mesin sandang atau pegang kita hanya boleh agak-agak. Pemotongan berdisiplin mengikut arah yang sama setiap kali juga boleh menghasilkan ‘stripe’ atau belang dengan mesin tolak.
      Untuk maklumat lanjut tentang mesin, lihat di laman web saya.

  26. Nazim said

    Salam En Normas,
    Saya ingin tau bagaimana utk mendpatkan rumput yg rata tanpa berbonggol2.
    Untuk pengetahuan tuan sewaktu mula2 penanaman rumput sya rata tp setelah ia pjg sedikit ia mula naik berbonggol2 aper masaalah yg sya hadapi hrp en normas dpt memberi sedikit tips

    • mynormas said

      Salam En. Nazim,
      Ada dua kemungkinan bonggol tu. Pertama cara tanam; tempat yang di tanam sod tu jadi bonggol kerana pasir keliling dia dah lari atau mendap so ia berbonggol. Kedua; mungkin ia baru lepas di baja waktu di nursery so dia menjadi lebih subur dari rumput di keliling dia jadi dia lebih cepat tumbuh panjang selepas di potong.
      Untuk masalah pertama, cuba tuan kerap lakukan topdressing (sebulan sekali) dengan selapis pasir nipis (jangan tenggelamkan rumput). Rumput yang di bawah akan timbul di atas pasir dan membentuk lapisan baru.
      Untuk masalah kedua, amalkan kerap memotong (seminggu sekali) pada ketinggian yang tetap, maksud saya; jangan guna mesin galas belakang kerana ketinggian potongan bergantung kepada tangan pemotong. Guna mesin tolak yang boleh di setting ketinggian potongan. Infact, ini adalah paling baik untuk padang rumput bila-bila masa pun. Jangan potong lebih dari sepertiga rumput pada setiap masa pun.
      Selamat mencuba!

  27. hazry said

    a’kum..apakah ketinggian pemotongan yang sesuai. adakah 20 mm sesuai?

    • mynormas said

      En. Hazry, ia bergantung kepada keperluan. Tapi kalau untuk halaman rumah, lebihkurang 15 – 25 mm tu oklah. Experiment with different ketinggian and see apa yang tuan suka. By the way; at any one time, jangan potong lebih dari satu pertiga ketinggian rumput.

  28. Salam, saya menanam rumput cow grass di laman. Selepas setahun banyak rumput yg daunnya bersaiz kecil tumbuh. Adakah ini rumput liar. Apa yg patut di buat.

    • mynormas said

      Bunyinya macam chickweed. Memang rumput liar atau ‘rumpai’. Racun yang membunuh chickweed juga akan membunuh cowgrass. Tuan hanya boleh weeding secara manual tetapi saya tahu ia sukar di lakukan kerana daun chickweed terlalu halus. Mungkin tuan kena tanam semula sebelum ia merebak. By the way, the next time tuan potong, jangan potong terlalu rendah. Tuan mungkin kena potong lebih kerap i.e. sebulan dua kali instead of sekali.

  29. arf1zan said

    Salam En. Normas,

    Nak tanya sikit. Saya baru tanam cowgrass sebulan lebih yang lepas. Alhamdulilah, semuanya ok. Bila agaknya masa yang sesuai untuk saya potong rumput? Takut kalau terlalu awal.

    • mynormas said

      Saya mengandaikan En/Puan telah menanam menggunakan cara sod rapat2. Umumnya kita potong bila rumput dah ‘stabil’ iaitu bila kita dah tak boleh angkat kepingan rumput itu dari tapaknya. Ini biasanya berlaku lebih kurang satu bulan – satu bulan setengah lepas tanam. Jangan potong terlalu rendah. ‘Rule of thumb’ ialah tidak memotong lebih dari satu pertiga dari ketinggian rumput.

  30. kaswadi jusoh said

    salam tuan,saya ada masalah berkaitan rumput kemucup,bagaimana hendak saya hapuskan rumput tersebut di halaman rumah saya kerana sudah tidak larat lagi untuk memotong nya,lagi acap kali potong dengan mesin making banyak ianya tumboh.
    sekian terima kasih.

    • mynormas said

      salam tuan, kemuncup memang masalah besar di Malaysia. Malangnya di padang golf dan bola pun saya belum dapat selesaikan nya lagi kecuali dengan cara potong itupun 5 hari sekali. Saya faham tuan tidak akan dapat buat begitu. Jadi saya cadangkan tuan biar untuk dua minggu lepas tu cari orang untuk buat ‘weeding’ dengan mengorek SELURUH rumput itu termasuk akar. Biar sebulan lepas tu ulang. Biar sebulan lepas tu ulang. Lubang yang kosong akibat dari korekkan itu boleh di tampal dengan pasir (pasir construction pun ok tapi buang batu). Ada racun yang boleh digunakan tapi saya rasa tak ekonomi dan sesuai untuk halaman rumah. Tuan boleh baca sedikit tentang kemuncup di laman web saya.

      • Nurulhuda said

        slm sy nak tanya juga pasal kemuncup ni.halaman rumah sy ditanam dgn cow grass.slps 5 bln tanam.kawasan rumah sy penuh dgn kemuncup.so,perlukah kena potong 5 hari sekali setiap kali & sampai bila kena berbuat demikian.adakah utk selama-lamanya..

      • mynormas said

        The good news is, jika di potong setiap lima hari, ertinya kemuncup ini tidak akan merebak. The bad news is: kemungkinannya sampai bila-bila puan kena potong macam tu kalau tak nak bunganya naik.

      • Nurulhuda said

        Ok,tq..tp nk tanya gak ada tak racun yg boleh bunuh kemuncup2 ni je ye??

      • mynormas said

        Ada, nama nya ‘Image’ tapi malangnya ia akan memberi kesan kepada Cowgrass juga.

  31. suE said

    Sy ade masalah rumput karpet. awal tanam iada masalah..selepas potong disebabkan agak panjang ianya menjadi kekuningan seperti sudah mati. kenapa ye?

    • mynormas said

      Kerana tukang potong dah potong terlalu banyak daun hingga yang tinggal batang sahaja. Batang tu kuning. It will come back tapi kalau selalu macam ni ia akan makin berkurangan (makin jarang). Jadualkan pemotongan lebih kerap ataupun minta abang tukang potong tu jangan rendah sangat.

  32. Hasbi A.S said

    Salam tuan;
    Saya ada masalah berkaitan rumput karpet (philipin grass) yang saya tanam secara sod (Seminggu sebelum raya) iaitu kekuning dan terdapat ruangan2 kosong wlpn ianya ditanam secara sod. setakat ini saya belum lagi membaja rumput saya memandangkan saya tidak tahu utk menggunakan baja jenis apa serta cara untuk membaja.

    Rumput say nampaknya tidak tumbuh sekata. ada bahagian panjang dan ada bahagian agak pendek. adakah perlu saya memotong nya untuk sekata?

    • mynormas said

      Gunakan baja organik boleh di beli di Giant atau supermarket lain.

      Saya setuju cadangan memotong untuk sekata asalkan tidak dipotong terlalu pendek. Tapi memang lepas potong baru boleh nampak sebab musabab ia tidak rata jadi potonglah sebagai langkah awal.

  33. Abu said

    Salam Tuan,

    Saya baru je taman rumput jenis peal grass. Rumput tu datang dalam bentuk petak berukuran dua kaki. Oleh sebab nak segera, sebelum tanam tu saya tak letak pasir dulu main terus tanam je sebab keadaan tanah memang dah rata tetapi ada sikit sikit tumbuhan asing dan agak berlumut.

    Jadi masalah kat sini, adakah rumput tu bole hidup secara konsisten dan jika tak bole apakah cara nak mengatasinya. Kalo buat tabur pasir atas rumput bole tak tuan?

    Terima kasih

    • mynormas said

      Salam Abu. Boleh untuk tabur pasir atas rumput, namanya ‘topdressing‘. Cuma saya khuatir tuan ada masalah rumput liar saja akibat tidak buang rumput asing dulu plus berlumut tu biasanya tanda air tidak tembus. But kalau tuan dapati air bertakung, buat pengudaraan. Ia akan membantu air turun. Kalau ada rumput liar; jangan tunggu banyak. Waktu sikit dan kecik (dan rajin) mulakan aktiviti merumpai secara cabut rumput.

  34. bahrudin said

    Salam tuan
    Saya baru tanam rumput philiphine dihalaman rumah lebih kurang 2 bulan. rumput tumbuh dengan cantik sehinggalah 4 hari lepas tiba2 rumput menjadi kuning dan keluar ulat dengan banyaknya selepas kontraktor saya bubuh baja buat pertama kali. Ulat kelihatan macam ulat bulu sebesar lidi satay dan panjangnya lebih kurang 1.5 cm.
    Bagaimana saya nak atasi masalah ulat bulu tersebut dan kembalikan kehijauan rumput berkenaan. Nasihat pakar amat saya hargai. Tk

    • mynormas said

      Salam tuan,
      Tuan tiada pilihan kecuali menggunakan racun serangga. Tuan kena buat semburan sekali dan sekali lagi 10 hari selepas itu walaupun tuan tidak nampak lagi ulat. Tuan perlu menggunakan racun yaang di siram kedalam rumput. Tuan mintak kontraktor untuk buat.

  35. Shapie said

    Salam…..tuan,saya ada tanam rumput carpet jepun dihalaman rumah saya……rumah saya tu…saya tak duduk.dalam 2/3 bulan sekali baru saya pergi….dah hampir 3/4 tahun dah……pada side sebelah slidding door tu rumpur saya sihat dah hijau.pada sebelah yg satu lagi tu nampak mcm tak sihat…kekuningan dan daun tu agak keras sedikit.saya ada upah org potong rumput sebulan sekali…….cahaya matahari memang cukup……apa perlu saya buat…tkasih…..

    • mynormas said

      Salam… tuan, symptomnya macam sebahagian dari rumput tuan kena matahari yang cukup dan sebahagian lagi tak cukup. Saya mengandaikan rumput tuan adalah dari spesis Zoysia japonica yang memerlukan 6 – 8 jam matahari sehari. Jangan salah faham; kalau hari-hari dapat 6 jam pun ia tak sihat, ia akan jadi kuning, kurus dan panjang.
      Mungkin pada musim hujan bulan Okt, Nov dan Disember baru ni cuaca mendung pada waktu tertentu (contohnya hujan petang dan ‘sebelah satu lagi’ tu lah dapat matahari pada waktu petang). Kalau patternnya memang macam tu tiap-tiap tahun; hujung tahun ia merana, maka mungkin itulah masalahnya.

  36. maryam said

    rumput cowgrass and carpet grass

  37. Asalammualaikum Tuan..

    Saya ada masalah dgn rumput laman rumah saya (carpetgrass @ bermuda brass)..

    Sy selalu memotong rumput 2 minggu sekali dgn ketinggian yg sama (guna push lawn mower)..Sebelum ini tiada masalah…..walaupun ada kawasan2 yg menampakkan bhgn. warna kekuningan setelah dipotong… rumput akan tumbuh kembali sekata setiap area dan menghijau…

    Walaubagaimanapun sejak kebelakangan ini (lebih kurang sudah 3 kali pemotongan) setelah saya memotong (dgn ketinggian yg sama) rumput akan menampakkan bhg. berwarna coklat kekuningan..dan bhg tersebut lama kelamaan terus mati dan tidak tubuh yg baru..Akibatnya terdpt tompok2 rumput mati pd laman saya kesan dari pemotongan….tapi bhg2 lain masih tumbuh menghijau…

    Utk makluman….Sebelum ini sy selalu membaja dgn baja rumput yg biasa dijual di nusery (Urea – warna putih) 2 minggu sekali..Sy lakukan ni sejak 10 bulan yg lalu….Sy beranggapan mungkin perkara ni berlaku sbb ia dah terlebih baja..dan saya kurang pembajaan kpd 1 bulan sekali..

    Sy tak rasa ini disebabkan ketinggian pemotongan kerana ia tak berlaku sebelum ni…atau mungkin pisau mower dah tumpul? atau terlebih baja? atau memang ketinggian pemotongan?

    Boleh Tuan berikan nasihat…

    • mynormas said

      Susah nak diagnose begini, tapi ada kemungkinan tuan betul. Urea mempunyai hanya satu nutrient: nitrogen (N). Dan nitrogen menyebabkan tumbesaran daun. Urea mempunyai 46% N sedangkan baja lain ada hanya lebihkurang 15 – 20%. Ertinya rumput tuan terlebih N. Dua perkara akan berlaku: pertumbuhan yg berlebihan dan rumput yg lembik.
      Saya cadangkan tuan hentikan baja urea untuk selamanya. Selepas 3 bulan, guna baja organik warna hitam beli di supermarket- kandungan N 5%.

      Rumput yg subur seperti rumout tuan perlu dipotong lebih kerap contohnya dua hari sekali. Apa yg berlaku sebelum ini ialah pertumbuhan tinggi dan selang masa memotong yg jauh menyebabkan tuan memotong hingga ke batang. Batang warna kuning. Penyebaran baja yg tak sekata menybabkan ia bertompok tompok.
      Buat masa ini, potong seminggu sekali dan sedekah baja urea tu pada jiran sebelah rumah. Lepas 2 bulan see what happens.
      Selamat Mencuba!

      • Ya..betul spt tuan cakapkan..memang rumput baru yg tumbuh sgt lembut/lembik..Sekarang saya dah stop guna baja urea…Baru gunakan baja organik spt yg tuan beritau dlm artikel sebelum ni.. Tq atas nasihat :)

  38. ishak said

    hi, camne nk stop pertumbuhan rumput? Saya ada laman yg tak terjaga so nak elakkan rumput naik semula terima kasih.

    • mynormas said

      Hi, stop tak dapat. Lambatkan boleh di lakukan dengan kurang kan baja dan pastikan ia dapat matahari ug cukup.
      Atau gantikan laman tuan dengan tile atau shrub ataupun batu hiasan. Saya pernah tengok org lapis pasir tebal tapi tak cantik.

  39. Suparamani said

    Tuan,
    Saya ada masalah berkaitan rumput karpet (philipin grass) yang ditanam sejak enam bulan yg lepas. Seminggu yang lepas tiba2 terdapat banyak ulat (saya rasa ulat gonggok – berwarna hitam sebesar lidi) keluar dari tanah dan celah2 rumput dengan banyaknya.

    Bagaimana hendak mengatasinya? Jikalau melalui penggunaan racun, minta diberi nama racun yang boleh digunakan dan cara pengawalnnya.

    Terima kasih.

    • mynormas said

      Saya tak galakkan racun komersil di rumah. Saya cadangkan tuan gunakan air bersabun (sabun cuci pinggan) dan bancuh serta siram pada awal pagi atau lewat petang; ini akan menyebabkan ulat itu keluar dari tanah (sebahagian mungkin mati di bawah tanah). Tuan boleh bunuh dengan selipar jepun ataupun menggunakan racun serangga di rumah. Ulang seminggu sekali untuk dua kali lagi walaupun tuan dah tak nampak kesan ulat tu lagi. Tuan mesti putuskan kitaran hidup mereka.

  40. Sharizan said

    Assalam tuan, sy nak mintak pendapat terhadap tuan. Sy baru tanam seminggu rumput karpet. So boleh kah sy nak membuat pengudaraan terhadap rumput sy dan menabur baja ? Atau apa yg perlu sy lakukan selain membuat pengudaraan.?

    • mynormas said

      Saya baru perasan bahawa soalan ini adalah lanjutan masalah di soalan lain tentang air yg bertakung. Belum perlu lakukan pengudaraan lagi. Beri masa hingga berlaku mampatan dulu, bergantung pada keadaan, di antara 3 – 12 bulan. Saya rasa pengudaraan tidak dapat membantu masalah air bertakung di kawasan halaman rumah. Air tu nak pegi mana. Ia akan mencapai tahap tepu tanah lepas 2-3 kali hujan lebat. Pengudaraan adalah untuk memberi ruang udara masuk ke profile tanah. Baja dan potong selepas sebulan tanam. Pastikan guna mesin ber tayar supaya pisau tidak kena tanah dan merosakkan rumput.

  41. Mann Kidal said

    Assalamualaikum tuan, dah setahun saya menanam rumput karpet (Carpetgrass)…memang seronok memiliki laman rumah yang menghijau. Tapi malangnya sejak akhir-akhir ni laman karpet saya amat mengecewakan banyak tompokkan tanah di atas laman…jika diperhatikan dengan teliti seolah-olah serangan cacing tanah. Kemusykilan saya sekarang, macamana nak membasmi serangan cacing tanah ni….ada tak racun serangga khas untuk cacing tanah? selain tu, ada sebahagian rumput yang dah hampir mati. tolong minta penjelasan lanjut.

    Sekian.

    • mynormas said

      Waalaikkumsalam, Tidak ada racun serangga khas yang sesuai untuk cacing tanah di Malaysia. Dulu kita ada Endosulfan, tapi ia telah di haramkan di Malaysia kerana kesannya berpanjangan. Saya rasa tuan hanya boleh jadikan tanah tuan tidak sesuai untuk cacing tanah dengan menggunakan air sabun (cuci pinggan) yang akan memasuki kulit cacing dan menyebabkan ia tidak selesa. Lakukan pada awal pagi atau lewat petang. Jangan buat lebih dari seminggu sekali. Tuan mungkin terpaksa mengurangkan jumlah cacing dengan mengutip mereka (hobi baru? Memancing?)
      Saya mintak maaf tak dapat jawap soalan tentang rumput yang dah hampir mati. Tak tahu macamana nak jawab.

  42. Ismizah Sapuan said

    Salam tuan. Saya baru seminggu menanam rumput mutiara di halaman rumah. Soalan saya ialah:

    1) Apakah rejim (jangka pendek & jangka panjang) penyiraman & pembajaan yang perlu saya ikuti untuk rumput tumbuh cantik?

    2) Saya dapati sod yang saya tanam ada yang berdaun panjang & ada yang pendek, mungkin kerana pembajaan atau bekalan matahari yang tidak sekata di nursery. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rumput yang tumbuh sekata ketinggiannya atau kadarnya selepas ini? Bolehkah rumput ini dipotong & seawal bila selepas penanaman?

    Terima kasih atas ilmu yang dikongsi!

    • mynormas said

      Saya rasa cik perlu baca soalan dari pembaca lain untuk soalan 1. Saya dah jawab banyak kali.

      Untuk perkara dua, AMAT AMAT PENTING cik gunakan mesin pemotong rumput yang boleh di kawal ketinggiannya. Ertinya yang ada tayar. Ataupun, cik cari tukang potong yang guna mesin sandang tapi pisau besi dan bukan tali nylon. Pemotong tali nylon akan ‘tenyeh’ tali nylon nya ke atas tanah sebab dia tak tahu panjang tali. Pemotong pisau boleh agak-agak asalkan dia tak terlalu penat. Pemotong bertayar paling best. Anyway, cik potong pada ketinggian rumput yang tinggi yang cik mahu. Jangan potong batang rumput, potong daun rumput. Jangan potong lebih dari 1/3 ketinggian rumput. Kalau cik nak dia lebih rendah; potong 2 ataupun 3 kali; jangan potong sekaligus! Untuk kawasan yang rendah, cik boleh guna pasir dan ‘topdress‘ sikit-sikit, insya-Allah rumput akan meng’adjust’ dirinya untuk tumbuh di atas pasir asalkan ia tidak tenggelam keseluruhan.
      Bila nak potong? Roughly satu bulan lepas tanam, bergantung keadaan. Macamana nak tahu? Cuba genggam rumput dengan tangan dan tarik. Jika sod tu tercabut, maka ia tak stabil lagi. Jika dah dua bulan masih lagi tercabut, tanah bawah sod tu terlalu keras dan cik ada masalah lain….

      • Ismizah Sapuan said

        Thanks for the tips, Mr Normas! As for the first question, sy dah baca bbrp postings tuan yg lps tp msh confused sbb ada sedikit percanggahan maklumat. I hv attached the screen capture of both postings here for your reference. But which one should I follow? Siram bila perlu mengikut keadaan cuaca on that day atau 4 kali sehari? Huhuhu…

        Sent from Samsung tablet

      • Ismizah Sapuan said

        The link & dates of the feedbacks are:

        http://mynormas.com/apa-itu-rumput/rumput-apa/

        Feb 21, 2011
        Feb 27, 2013

        Thanks a whole lot!

      • mynormas said

        Dalam konteks kedua-dua ni, sebenarnya satu tu jawapan tentang baru tanam rumput, iaitu, mula-mula tanam, siram empat kali sehari. Dan yang satu lagi ialah secara general, iaitu untuk orang yang ada rumput di rumah; iaitu, siram hanya bila rumput itu memerlukan.

        Tapi memang dalam isu ini saya akui kadang-kadang saya jadi confuse sendiri. Cik kena ingat saya jawap di masa yang berlainan dan ia berkaitan dengan apa yang saya lalui pada waktu itu. Kalau saya baru saja jumpa orang yang terlalu banyak siram dalam kerja saya, maka bila saya bagi nasihat pun saya akan kurangkan air, dan sebagainya. Dan jika saya pada waktu itu sedang mengalami kemarau, mungkin saya akan lebih ‘pemurah’ dengan air. Saya pernah menyiram setiap 30 minit sekali untuk 4 hari kerana cuaca yang amat panas. Rumput yang baru tanam secara stolon hampir tiada akar langsung, saya kena jaga ia tidak kering.

        Macamanapun, pada mula tanam, jaga air jangan kering. Bila dah lama tanam, jaga air jangan basah. Camtulah lebih kurang. Itupun nak ikutkan ada pengaruh oleh redup kawasan sekitar, dan juga samada tanam atas pasir (lebih banyak air diperlukan) atau tanam atas tanah… 20 tahun punya pengalaman agak susah nak tulis atas dua perenggan…

      • Ismizah Sapuan said

        owh macam tu… barulah saya faham :))
        Saya akan cuba buat seperti saranan en. Normas tu.
        Terima kasih banyak-banyak ya. Keep up the good work!!

  43. Assalammualaikum.

    Masalah baru pulak timbul bila dah selalu tabur baja. Rumput karpet saya semakin menghijau dan naik tumbuh lebat. Masalahnya rumput asing yg tak dikehendaki juga galak tumbuh lebat. Nak cabut tak larat dah…So mungkin tuan ada cara camana nak mengatasinya.

    • mynormas said

      Waalaikumsalam.

      Tiada short-cut. Tuan perlu buat weeding/merumpai secara manual dan juga kerapkan pemotongan pada ketinggian yang sama. Berhenti membaja dan jangan menyiram.

  44. noraisyah said

    salam,
    tolong.ada masalah..saya nak memastikan hlaman rumah saya tidak ditumbuhi rumput liar lagi. bagaimana caranya? sebbnya saya nak litupi dengan pasir dan ditaburkan dengan batu kecil.tapi bimbang takut rumput tumbuh juga.
    Harap Tuan dapat berikan pandangan.

    • mynormas said

      Salam,
      Batu kecil tu jangan kut; sebab takut masa potong rumput nanti batu tu berterbangan. Atau maksudpuan puan nak buang semua rumput dan letak pasir? Saya cadangkan batu hiasan seperti batu putih ataupun batu licin macam batu sungai. Lepas tu letak pasir jika perlu. Rumput mungkin tumbuh tapi ia akan mudah di cabut.

  45. wani sakura said

    Assalamualaikum…

    saya ingin bertanya mengenai rumput di rumah saya.kami telah menanam rumput pearl grass pd awal thn lps..sblm ni semua ok…sy siram pun sewaktu ptg dan halaman terdedah kepada sinaran matahari (terik)sblm ni..rmput saya nampak tumbuh dgn baik
    walaupun ada jugak yg daunnya telah berwarna coklat..ada juga kwsn rumput yang bertakung dengan air…tapi d akhir thn lps..slps hujan yg berturutan dan kini panas…pearl grass kebyknnya telah
    menjadi coklat dan ada tmpt2 yg rumput dh mati serta hanya tinggal tanah n pasir ja..soalan sy…adakah pearl grass tidak sesuai d kwsn yg matahari terik?apakah yg ptt sy lakukan?gantikan rumput atau mcm mana?

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,
      Pearl grass tidak tahan air yg bertakung.
      JANGAN siram rumput di waktu petang. Rumput akan basah berpanjangan. JANGAN siram ikut jadual, siram ikut keperluan rumput.
      Kawasan matahari terik, kita siram sebelum rumput kering, itu pasal saya saran siram pagi ataupun tengahari.
      Pearl grass tidak lasak, saya rasa puan kena tanam semula kawasan yg dah mati.

  46. abu ahmad said

    salam .. macam mana nak hapuskan pokok pegaga yg tumbuh melebat sehingga rumput carpet ada yg mati.. trm ksh

    • mynormas said

      Salam. Nampaknya ni soalan popular minggu ni. Merumpai dengan cara mencabut.
      Ia ada lah dari kategori rumpai ‘berdaun lebar’ atau broadleaf weeds yg sesuai tumbuh di kawasan redup dan susah tumbuh jika rumput sihat dan padat. Adakah tanah tuan terlalu redup? Rumput akan menjadi jarang dan rumpai yg sudi tumbuh hanya lah berdaun lebar. Jika benar, cuba perbaiki dengan memindahkan perabut atau pangkas pokok sedikit atau guna rumput yg tahan redup.

  47. Juliana said

    Salam Tuan,

    Sebulan lepas, kami menanam rumput jenis jepun di halaman rumah kami. Dalam 400 keping jumlahnya dan tanam rapat2. First weeks, everything looks ok. Lepas tu, perasan ada 2-3 keping start mcm berbunga dan warna rumput di kepingan tu hijau muda. Dah sebulan ni, ianya nampak makin merebak ke kepingan bersebelahan. Quite a fee patches dah tumbuh macam ni.

    Apa masalah ni ye? Adakah ianya sejenis rumpai. Saya nak post gambar tapi tak sure macamne. To describe, rumput ni warna hijau muda, berbunga, sangat halus. Saya ingat ianya rumput jepun mula2 pasal bila nak cabut mcm susah, dia tumbuh celah2 existing rumput jepun.

    Boleh bg nasihat?

    Terima kasih.

    • mynormas said

      Puan. Tumbuh tegak lepas tu berbunga? Warna hijau yg lain dari hijau rumput. Cuba puan pegang batang rumpai tu, ia mungkin bersegi. Batang nya pun warna hijau?
      Bunyi nya macam rumpai dari keluarga rusiga atau sedges.
      Rumpai ni biasanya suka kawasan lembab. Walau pun pada pandangan puan tanah tu kering tapi pada bawah permukaan sod yg di tanam tu mungkin keras dan air tak atau lambat tembus. Saya cadangkan puan lakukan pengudaraan tanah. Di masa yg sama, tanya jugak contractor tu, mana datang benih rumpai (kalau betul rumpai).

    • Juliana said

      Terima kasih atas balasan tuan. Selain buat pengudaraan tanah, apa yang boleh dilakukan untuk selesaikan masalah rumpai jenis ni ye? Kami dah cuba cabut tapi susah nak cabut dari akar… Asyik putus pasal dia bersilang dengan rumput jepun.. Boleh racun?

      Dan berkenaan source rumput, dari dua tempat. Kmpg Melayu sg. Buloh dan kawasan lama hospitak kusta (kalau tak silap). Saya rasa masalah mungkin rumput dari kusta pasal rumput di kmpg melayu ok, kami tgk sendiri rumput. Tapi tak cukup, so selebihnya mereka ambik dari kusta. Yg tu kami tak check.

      P/s: maaf double post. Tadi silap parking comment.

      • mynormas said

        Ummm… boleh. Dia rumpai jenis sedges atau rusiga. Jadi kami di padang golf guna racun yang selektif membunuh hanya sedges sahaja contohnya Almix, Image dan takingatlagi. Saya tak galakkan penggunaan racun oleh orang awam di rumah. Tapi kedai hardware ACE ada jual racun.

        Jadi inilah contoh bila saya nasihatkan tuan rumah pergi atau hantar wakil untuk lihat sendiri nursery ambil rumput. Sebab kadang-kadang diaorang ambil dari nursery yang memang banyak rumpai masa tuai. Masa nak jual, mereka tunjuk rumput ‘showroom’.

  48. sahabat said

    salam.kolam dipenuhi dengan rumpai Hydrilla verticillata.kolam pula tidak dapat dikeringkan airnya.keluasan kolam 50meter x 50meter.saya surutkan air dan cuba sembur 2,4-D + glufosinate dan sekeluaraga dengannya tetapi nampak tiada kesan setakat 5hari,cuma rumput tepi kolam saja kekuningan.menurut kajian racun Dipotasium salt of endothall dapat mengawalnya dan berkesan dengan ambil masa 10hari juga.tetapi racun bahan aktif ini rasanya tidak terdapat di Malaysia.apa pilihan saya ada selain meracun kolam selain dari mencabutnya(lepas sebulan tumbuh penuh kolam)

    • mynormas said

      Pengalaman saya pun cabut dan ia akan kembali. Sorry. Dulu.

      Bagaimana pun saya baru tahu bahawa rumpai air banyak bila tinggi kandungan nutrien phosphorus dalam air. Jika tuan tidak menggunakan baja tersebut, cuba tuan check kalau ada orang lain di ‘upstream’ yang buat? Mungkin ladang estate? Ataupun kawasan perumahan/kilang yang ada melepaskan sisa sisa ke dalam air yang masuk ke longkang tuan. Kurangkan ‘pembajaan’ dan selepas lama, akan kurang juga rumpaiair.

  49. azmie said

    Salam…saya baru tanam rumput philiphine 1 minggu yg lepas…setiap pagi saya akan menyiram rumput dalam tempoh yang lama sehingga ada tempat yang bertakung..Tiada baja di pergunakan..adakah ini cara yang baik atau ada tak kaedah lain untuk memastikan rumput ini tumbuh dalam keadaan yang cantik

    • mynormas said

      Rumput yang baru di tanam mempunyai rumput satu atau dua inci. Menyiram lama hingga bertakung akan melemaskan rumput yang perlukan udara. Ia perlukan air selalu (kerana akar pendek) dan baja yang sedikit (kerana akar pendek). Cuba baca soalan jawapan di sini atau di page “penanaman” atau “rumput apa”. Dah banyak kali cerita tu.

  50. sharizam said

    Salam..saya nk tnye knape rumput filipina sy jadi warna kuning aftr 3 hari tanam..cuaca panas @rumput probs..sy siram 2x shari..macam mana nk pulihkan kembali rumput tu..

  51. Arisa said

    Terimakasih pengetahuan saya tentang rumput bertambah sedikit ..:)

  52. Azhar said

    Salam,

    saya ada menanam rumput jenis Pearl Grass di laman rumah saya. memandangkan skrg ni tmpt saya terdapat masalah air, sy begitu risau sekiranya rumput saya itu tidak menjadi dan tidak sihat.

    Rumput Pearl Grass itu baru saya tanam 4 hari lepas. kini ada di sesetengah tmpt mempunyai kesan kekuningan dan kehitaman.

    mengapa berlaku seperti itu dan apa tindakan yang perlu saya buat supaya Rumput ini dapat hidup dengan baik.

    dari sudut pencahayaan, ada kawasan yang menerima tidak lebih 3 jam dan ada kawasan yang menerima lebih 4 jam cahaya matahari. dan daripada apa yg saya baca, Pearl Grass tidak boleh menerima “Direct Sunlight” yang berlebihan.

    Mohon bantuan dan tunjuk ajar ya.

    terima kasih daun keladi.

    • mynormas said

      Rumput Pearl tidak boleh menerima direct sunlight berlebihan adalah betul jika tidak di siram.
      Tetapi ia memang cukup dengan 3 atau 4 jam matahari sehari.
      Apa yg dia tidak tahan ialah keadaan lembab di bahagian akar. Adakah tuan tanam atas tanah liat? Adakah tuan terlalu banyak siram? Adakah tuan siram lewat petang? Semua di atas memberi kesan kepada rumput.
      Saya cadangkan tuan siram awal pagi sahaja, JIKA PERLU. Saya cadangkan tuan buat pengudaraan tanah. Cari video nya di laman web ini. Dan beri laluan udara juga. Prune atau pangkas pokok di keliling rumput.
      Saya harap masih ada harapan.
      Selamat Mencuba!

  53. julie said

    Salam Tuan,
    1. Bagaimana jika tanah yg saya tanam rumput phillipine tu makin mendap / senget. Boleh ke saya tambah pasir / tanah supaya kembali rata?
    2. Rumput tak pernah ditrim lama & bila ditrim, jadilah coklat mcm mati. Lama-lama barulah muncul hijau daun. Bagaimana saya boleh sembunyikan batang & lebihkan daun supaya nampak hijau? Boleh ke tambah tanah / pasir? Sebab nanti bila trim rumput jadi coklat semula.
    Terima kasih.

    • mynormas said

      Salam puan,
      Puan boleh lakukan topdressing iaitu selapis pasir, jangan sampai timbus daun. Rumput akan adjust utk tumbuh atas pasir baru. Lepas sebulan, topdress lagi dan seterusnya sampai capai tinggi yg puan cari.
      Dalam penjagaan rumput, ada satu concept di panggil ‘one third Rule’ yg kata bila potong rumput jangan potong lebih dari satu pertiga daun. Apa ug telah puan lakukan ialah memotong lebih dari itu dan memotong batang. Philippine grass perlu di potong semimggu sekali jika tidak di baja.

  54. yanti said

    salam tuan, saya nak tanya adakah cacing akan meyebabkan rumput jadi tak cantik..rumput saya tak berapa nak hijau..setiap pagi banyak lebah datang hinggap kt rumput saya..adakah kerana bunga kat rumput saya? adakah lebah pun akan meyebabkan rumput saya kelihatan macam kurang zat aje..

    • mynormas said

      Salam puan,
      Cacing tanah? Ia membuat pengudaraan jadi ia ok utk rumput tapi tak cantik kerana ‘taik’nya.
      Bunga rumput setahu saya tiada nectar atau madu jadi lebah tak hendak. Unless apa yg puan nampak ialah kumbang yg bertelur di rumput dan anaknya jadi ulat (larva).
      Tapi bagaimana pun, lebah tiada kesan atas rumput.

      • firdaus said

        bagaimana membuat padang berjalur

      • mynormas said

        Tuan, saya bercadang untuk cerita tentang ini dalam suatu artikel akan datang. Lawati lagi laman web ini ataupun jadi ‘follower’ supaya semua post di email kepada tuan. Saya post dalam sebulan sekali atau dua kali sahaja. Sementara itu, tuan boleh baca sedikit tentang jalur di sini ataupun boleh lihat pembayangnya di YouTube video ini. Teknik dia sedikit tambah kerja tapi itu hanya untuk permulaan, bila dah banyak kali buat; tak perlu potong berkali kali lagi.
        Selamat Mencuba!

  55. firdaus said

    salam, saya baru lima bulan tanam rumput paspalum ,mengapa rumput tumbuh jarak jarak

  56. firdaus said

    oh silap jarang maksod saya

  57. Azwan said

    Salam Ramadan tuan,

    Saya baru tanam rumput cow grass dalam Lebih kurang 1 bulan. Saya siram ikut keperluan, kalau pagi dah siram, petang tak siram lagi. Cuma yg menghairankan saya, daun2 rumput cow grass mula bertukar kemerahan dan keperangan. Mohon nasihat kepakaran tuan mengenai perkara ini.

    Sekian terima kasih

    • mynormas said

      Salam tuan,
      Saya tak pasti. Saya cadangkan tuan biar kan seminggu dua utk lihat samada ia tumbuh pucuk baru ataub9a mati terus.
      Kadang2 ia ada ‘transplanting shock’ atau mungkin kurang micronutrient. Micronutrient biasa boleh diambil dari tanah tapi ambik masa. Atau mungkin memng tak sesuai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 983 other followers

%d bloggers like this: