Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Halaman Rumah

Mempunyai halaman rumah yang cantik dengan lanskap yang menarik pastinya menjadi impian hampir setiap tuan rumah.  Selalunya sebahagian dari impian tersebut termasuk lah kawasan berumput yang cantik seperti permaidani di hadapan atau di keliling rumah. Alangkah indahnya meluangkan masa di waktu petang atau hujung minggu bersantai di padang rumput dalam halaman sendiri. Malangnya bayangan anak-anak berlari berkejar-kejaran di atas rumput kadang-kadang berselang seli dengan bayangan kerja-kerja berat menjaga kawasan rumput tersebut seperti memotong, membuang rumput liar, membaja (dengan tahi ayam?) dan sebagainya.

Sebagai seorang yang telah menjadikan penjagaan rumput sebagai suatu kerjaya, saya ingin menggalakkan penanaman rumput hiasan sebagai sebahagian besar dari pelan lanskap rumah kita.  Kekadang kontraktor yang menjual bahan lanskap kepada kita akan menggalakkan kita untuk menanam pokok hiasan daripada rumput. Mungkin kerana ia lebih mudah atau keuntungan yang lebih?

Saya merasakan – terutamanya untuk halaman rumah teres yang besar nya seumpama stem pada sepucuk poskad – kawasan lapang yang di tanam dengan rumput lebih bermanafaat dari di tanam dengan pokok bunga yang kemungkinannya selepas enam bulan, sudah tidak terbela lagi.

Sebenarnya terdapat  5 Sebab Kenapa Kita Patut Tanam Rumput Hiasan Di Halaman Rumah

1.         Halaman rumah kita akan membantu mengindahkan kejiranan kita. Bukan sekadar mengindahkan rumah kita, tetapi jika kawasan kita besar dan jiran kita bekerjasama, seluruh kawasan kejiranan kita akan menerima manafaat keindahan halaman rumput rumah kita.

2.         Tempat rehat dan bersantai untuk keluarga dan tetamu. Bayangkan: kita duduk di buaian, membaca akhbar sambil di temani isteri (atau suami) dan anak-anak bermain di atas rumput di hadapan rumah.

3.         Halaman rumah yang cantik dan terurus akan memberi gambaran yang baik tentang tuan rumah. Dengarkan lah nasihat dari orang yang kerjanya menjaga rumput dan lanskap; lebih senang mendapat kawasan yang nampak terurus bila ia terdiri dari satu jenis rumput daripada berjenis-jenis pokok dalam pasu atau atas tanah yang tumbuh tidak sekata dan berbunga mengikut musim. Urus rumput dengan rapi, dan kita akan nampak kereta di pandu perlahan depan rumah kita.  Atau bayangkan memberi panduan kepada keluarga atau kawan yang datang dari jauh dengan menggunakan halaman rumput kita sebagai mercu tanda? “Rumah Pak Leman? Abang jalan terus sampai nampak rumah ada rumput macam padang golf, selang tiga rumah lagi, itu lah rumah dia”

4.         Tempat yang selesa untuk menghibur atau bekerja. Kawasan rumput hiasan di halaman rumah boleh menjadi tempat untuk barbeku, kenduri, perjumpaan, mesyuarat (mengapa tidak?) atau kita mungkin menjadikan penjagaan rumput hiasan sebagai suatu hobi.

5.         Menaikkan harga rumah. Bila masanya tiba untuk kita meneruskan kehidupan kita di tempat lain atau kita terpaksa melepaskan rumah kita, saya pasti rumah yang mempunyai halaman rumput yang dipotong berjalur seperti padang bola Manchester United akan mempunyai nilai yang lebih tinggi di mata bakal pembeli berbanding jika rumah tersebut di penuhi pokok hiasan yang tidak terbela atau di litupi marmar tulin di import dari Italy.

Selain dari itu, penanaman rumput turf mempunyai faedah-faedah lain yang bersifat lebih umum; tidak terhad kepada halaman rumah. Jika kita mempunyai tanah halaman yang besar, atau kita inginkan alasan mengapa tanah lapang kepunyaan majlis daerah kita perlu ditanam dengan rumput, beritahu mereka tentang 10 Faedah Utama Rumput.

1.        Menghalang hakisan tanah.  Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.

2.        Mengurangkan habuk.  Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.

3.        Mengelakkan larian permukaan.  Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.

4.        Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya.

5.        Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.

6.        Membekalkan oksigen.  Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).

7.        Penyejukkan.  Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.

8.        Kecantikkan.  Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu.

9.        Nilai hartanah.  Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.

10.     Kawasan sukan dan rekreasi.  Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.

But we will only look at a few basic things (this is – after all – a website for grass) about landscape.
About these ads

31 Responses to “Halaman Rumah”

  1. Spek said

    sangat berguna – terima kasih kerana beri inspirasi

  2. lina said

    SALAM TUAN,
    saya nak tanya, saya ada beli rumah kos rendah corner lot. Saya bercadang untuk tanam rumput. Apakah jenis rumput yang sesuai dan cantik?

    • mynormas said

      Jika tuan/puan tidak mempunyai masa untuk menjaga halaman (di masa akan datang) saya cadangkan cowgrass. Kalau rajin sikit, maybe pearlgrass yang tak tahan panas dan basah.
      Jika laman tuan/puan itu tidak mendapat cahaya matahari yang cukup (6-8jam sehari); jangan tanam carpet grass walau berapa pun discount nursery tu bagi. Tanam cowgrass atau pearlgrass.

      Satu lagi nasihat free: tanam rumput kat tengah dan pokok hiasan dan bunga di sekeliling atau tanam pokok hiasan kat tengah (macam pulau) dan rumput kat keliling. Jangan dengar sangat tukang jual pokok, design sendiri you lanskap atas kertas guna prinsip dalam Rekabentuk lanskap; macamana nak mula dan apa & kenapa.

      Selamat mencuba!

  3. Zariah said

    saya nak tanam rumput dibawah pagola saya. tetapi atas pagola tu ada polycarbonat. rumput jenis ape plg sesuai

    • mynormas said

      Puan, yang pentingnya ialah rumput memerlukan matahari untuk hidup (cowgrass lebih kurang 6 jam dan rumput ‘carpet’ lebih kurang 8 jam). Puan perhatikan berapa jam matahari kah yang boleh di beri oleh pergola puan? Jika kurang dari 6 jam; boleh cuba Pearlgrass, but the area must be well-drained.
      Selamat mencuba!

  4. intan said

    Nk tny. Saya baru tanam rumput philippines 3 mgu yg lepas. Tanam di celah pokok2. Ade spot hijau. Ade spot mcm kuning! Hijau nye sikit sgt! Sbb x cukup matahari ka? Mmg x kn hidup di celah pokok ke?

  5. a.razak said

    cik said… kalau saya nak cari rumput cowgrass dalam kuantiti yang banyak… cik said ada contact number ker?

  6. mulan said

    As Salam Tuan,

    Minta bantuan & nasihat Tuan. Saya nak tanam rumput di keliling halaman rumah. Tapi tanah tu kebanyakan nya tanah merah after construction yang juga dipenuhi dengan batu2 merah, rumput liar & lalang..

    1) Perlukah saya buangkan tanah merah dan ganti dengan tanah lain untuk tanam rumput? Ada yang kata rumput liar lama akan kacau rumput baru.. Ada yang kata tabur kapur untuk neutralised tanah merah itu untuk suburkan semula..

    TQs for sharing..

    • mynormas said

      Tuan boleh dapat maklumat dalam ruangan “Penyediaan Tapak” dalam laman web ini.
      Jika tanah merah itu berketul-ketul maka buanglah kerana ia akan menyusahkan kerja tuan. Jika ia boleh di ratakan, biarkan saja pun boleh (bergantung bajet). Rumput liar datang dari benih. Benih itu mungkin ada di tanah lama tapi ia boleh di lemaskan dengan selapis pasir baru (dengan syarat pasir baru takde benih sendiri).
      Kapur di tabur untuk mengurangkan keasidan tanah (atau meneutralkan tanah). Ia adalah optional. Akar rumput taklah panjang sangat, jadi kalau tuan lapiskan pasir sebelum tanam, ia tidak lagi mustahak. Pasir construction (tapi tanpa butir besar yang akan berterbangan bila memotong) pun ok. Paling minima is 4 inci untuk berkesan.

  7. Azman said

    Taman dalam rumah 10 ‘ x 10 ‘ , dengan cahaya matahari terhad , lantai simen. Mohon pandangan Tuan jenis rumput yang sesuai.

  8. heiryati said

    kalau saya nak cari rumput cowgrass dalam kuantiti yang banyak… cik said ada contact number ker?

  9. Salleh said

    rumput apakah yang paling sesuai ditanam untuk halaman depan rumah teres yang jarang didiami krn byk outstation kerja.halaman tersebut kena cahaya matahari lebih kurang 6jam.

    • mynormas said

      Cowgrass. Walau berapapun diskaun yang nursery nak bagi tuan, ataupun rumah Datuk mana yang dia pernah tanam atau janji-janji lain; cari cowgrass. Cari good cowgrass. RM2.50 sekaki. Suruh dia guarantee takde rumput liar lepas tiga bulan.
      Ataupun tuan cari orang jaga. Mintak RM100 sebulan (bergantung pada saiz laman). Mesti jiran jealous.

  10. heiryati said

    cik said… kalau saya nak cari rumput cowgrass dalam kuantiti yang banyak… cik said ada contact number ker?

  11. tun norlela said

    tuan..tumpang tanya..saya telah menanam cowgarss di seluruh halaman rumah (lot tepi) lebih kurang 3 tahun lepas.Masaalahnya banyak rumput liar tumbuh menjalar (daun halus-balus tapi akar panjang ke bawah, mcm tunjang) dan jenuh nak cabut.koloninya menenggelamkan cowgrass saya.apa perlu saya buat selain mesin dan cabut..terima kasih

    • mynormas said

      Bunyinya macam rumpai jenis rusiga atau dikenali juga sebagai sedges.

      Puan boleh cuba racun. Saya tak galakkan tapi itu satu alternatif. Yang paling kurang merbahaya (bukan TIDAK) ialah Almix. Puan boleh juga pergi di nursery atau kedai hardware dan tanyakan racun untuk sedges.

      Sedges biasanya tumbuh di tempat basah; puan patut cuba buat pengudaraan tanah untuk mengurangkan pertambahan sedges di masa akan datang (yang dah ada tak kan kemana).

      Selamat mencuba!

  12. Bam said

    Salam, Tuan, saya baru memasuki rumah baru Teres Setingkat End Lot.. Ada ruang Tanah di tepi 5 kaki lebar & panjang 70 kaki. Dari apa yg saya tahu, kawasan perumahan itu adalah di atas tanah gambut. Boleh berikan saya tips atau cadangan rumput apa yg sesuai utk saya tanam? Perlukah saya membeli tanah lain atau macam mana? Dari segi kelapangan memang agak terhad, saya bekerja & balik sampai rumah Isnin-Jumaat dalam 7pm begitu.

    Thanks
    Bam

    • mynormas said

      Salam Bam,

      Saya cadangkan tuan gunakan selapis pasir di atas tanah tuan. Saya pasti developer sudah pun letak tanah merah atau tanah biasa atas tanah gambut jadi tuan hanya perlu gunakan pasir untuk meratakan tanah tuan. Paling sedikit enam inci paling bagus duabelas inci. Jika tuan atau puan memang tiada masa untuk menjaga rumput saya cadangkan cowgrass dengan minima pokok bunga. Kalau nak bunga pun memadai yang senang jaga seperti bougainvilla ataupun Alamanda dan sebagainya. Amalkan yang minimalist atau ertikata lain; sempoi. Saya banyak tengok orang dengar nasihat dari landscaper atau dari nursery tanam rumput carpetgrass dan pelbagai jenis pokok. Cowgrass. Potong dua minggu sekali. Beli mesin tolak untuk exercise; potong tiap Ahad satu perdua dari kawasan tuan. Mesin tolak boleh di beli dari Ace Hardware store atau mesin potong letrik boleh di beli dari Giant dan atau Big (Carrefour).

  13. ruhana said

    as salam. sy hendak tanam rumput di sekeliling kubur anak d kawasan lapang yg kurg pokok2. rumput jenis apa yg tuan cadangkn?

  14. rozma kadir said

    salam,,

    saya nak tanya kalau lantai bersimen boleh ker nak tanam rumput..x best tgk umah x der rumpaut..developer tak tinggalkan sket kawasan bertanah huhu..kalau bley tanam rumput jenis apa ?..

    Thx..
    rozma

    • mynormas said

      Salam.
      Boleh. Dengan syarat simen tu tak menakung air. Dan puan tak kisah nak tambun tanah 6 inci di atas simen (mungkin kena buat pengadang utk tanah tu).
      Cowgrass, kerana akar pendek. Atau pearl grass.
      Selamat Mencuba!

  15. hayati said

    Salam..halaman rumah sy ditanam dgn rumput pearl grass malangnya pd musim panas yg panjang awal tahun ni,rumput banyak menjadi kekuningan dan mati. Sy bercadang utk tanam kembali. Apa yg perlu sy buat dulu dan ada tak nursery area sungai petani, kedah yg menjual pearl grass dgn harga yg lebih murah?harap encik sudi bantu

    • mynormas said

      Salam.
      Satu cara lagi ialah dengan puan ‘mencuri’ rumput dari kawasan puan yg subur.
      Curi rumput dengan cara korek dengan akar dan korek tempat yg dah mati dan tanam. Tempat di curi di tutup dengan pasir halus atau tanah hitam ( beli dalam bag kat Giant).
      Curi hanya sebesar 2 inci x 2 inci. Rumput keliling akan cover balik lepas 1, 2 minggu. Tempat baru tanam pun sama. Tanam rumput baru supaya hanya ada 2 inci saja jarak tempat kosong. Kalau puan tak cukup rumput, buat mengikut fasa. Buat pelan pelan.
      Satu cara lagi ialah beli rumput dari KL beberapa keping di dalam boot kereta. Dan buat cara sama: Potong kecik kecik dan tanam di tempat yg mati tu.
      Selamat Mencuba!

  16. Faridah Kamarudin said

    Salaam. Saya tinggal dikediaman jenis semi-D. Disebelah tepi rumah saya, rumput yg di tanam banyak yang telah ditumbuhi oleh algae. Rumput nya adalah jenis carpet grass. Bagaimana kah cara untuk mengatasi nya dan perlukah saya tanam semula rumput?
    Ada kah syarikat Tuan jugak memberi nasihat untuk menghias dan menanam tanaman hiasan yang sesuai di halaman rumah? Dan membekalkan sekali jika diminta?
    Sekian. Terima kasih

    • mynormas said

      Salam puan, algae biasanya bermakna kawasan tersebut mempunyai masalah drainage. Tanah puan mungkin padat dan air tidak tembus.
      Jawapan utk soalan puan ialah ‘ya’ tetapi awas, saya akan mengutamakan rumput dari pokok. Tapi ini mungkin baik utk puan kerana mungkin masalah algae puan adalah di sebab kan terlalu banyak pokok. Kebanyakan nursery dan atau architect landscape akan pilih lebih banyak pokok kerana – spekulasi saya – ia lebih menguntungkan.
      Di kawasan manakah rumah puan? Hubungi saya melalui mynormas @ consultant. com utk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 965 other followers

%d bloggers like this: