Pakar Rumput

Laman Web Rujukan Rumput Tempatan. Local Turf Reference Website

Rumput apa?

80% dari masalah rumput yang selalu di tanya kepada saya adalah berpunca dari kegagalan memilih rumput yang sesuai. Ramai orang yang memilih rumput yang dia tengok di padang golf (atau lebih teruk lagi; memilih rumput atas green di padang golf), ada orang pilih rumput yang dia tengok cantik di nursery, ada orang pilih rumput yang dia tengok cantik di depan rumah Hajah Halimah hujung jalan dan, ada orang pilih untuk curi rumput dari depan rumah Hajah Halimah hujung jalan.

Kita lupa bahawa padang golf ada orang yang kerja dia tak ada lain; jaga rumput. Mereka ada baja, racun dan mesin khas untuk kerja itu. Kita lupa bahawa Hajah Halimah dah pencen dan ada pembantu rumah untuk jaga rumput.

Jadi: soalan pertama yang kita akan tanya bila bercerita tentang rumput ialah ‘rumput apa yang patut saya pilih untuk kawasan saya’?

Jika kita berada dalam kategori orang yang ingin menanam rumput kita sendiri, apa yang kita harus fikirkan ialah 3K;

  1. Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya.  Kegunaan akan menentukan jenis rumput. Kita perlu pilih rumput lasak untuk kegunaan lasak, rumput cantik untuk hiasan dan sebagainya.
  2. Kemampuan: dari segi penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu kita sanggupluangkan untuk memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan untuk membuang rumput liar. Kita boleh bahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana. Jangan ambil rumput yang perlukan tahap penjagaan yang tinggi jika kita tak ada masa untuk bela. Kemampuan: dari segi belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.Penjagaan rumput di atas green padang golf boleh mencecah sehingga RM100 satu meter persegi satu bulan.
  3. Keadaan; kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok?  Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang.

Berikut adalah rumput yang biasa di tanam di kawasan rumah.

  1. Cowgrass Axonopus compressus (ada pendapat mengatakan Paspalum conjugatum) Rumput yang popular di Malaysia dan mudah di jaga.  Tidak perlu banyak baja dan tidak mempunyai banyak musuh (serangga atau penyakit).  Ia tidak cepat panjang kecuali jika terlalu banyak baja atau terlalu banyak lindungan.  Sesuai utk kawasan berpokok.  Mempunyai akar yang cetek oleh itu tidak tahan kemarau. Nota: Pearlgrass ialah suatu cultivar dari Cowgrass.  Mempunyai warna hijau pekat, ia tumbuh lebih rapat dari Cowgrass: lebih rapat ke tanah dan satu sama lain.  Saya sangat mengesyorkan rumput ini untuk halaman rumah.

    Rumput mutiara

    Pearlgrass yang cantik

  2. Bermudagrass Cynadon dactylon atau beberapa hybrid dari “perkahwinan” diantara Cynodon dactylon dan Cynodon transvaalensis. Dalam cuaca kita Bermudagrass akan terus hijau sepanjang tahun. Harus diingat; Bermudagrass mempunyai keperluan cahaya yang tinggi.  Ia tidak sesuai berhampiran bangunan atau di bawah pokok.  Jika cuaca kurang, ia akan mempunyai daun yang kurus dan panjang.  Ia tahan kemarau dan juga hujan yang banyak.  Ia sesuai utk kawasan lapang yang besar seperti padang golf, bola, taman permainan yang tidak banyak perabot dan sebagainya. Ia mempunyai banyak variety, cultivar dan hybrid utk pilihan.Kadang-kadang di panggil Carpetgrass oleh beberapa nursery. 
  3. Serangoongrass Digitaria didactyla. Ia boleh dipotong hingga ke ketinggian 4.4mm dan adalah tumbuhan yang biasa hidup dikawasan tropika dan subtropika.  Ia tahan dilitupi air untuk jangkamasa pendek (tahan banjir) dan boleh ‘mengharungi’ musim kemarau dengan mengecut atau menggugurkan daun.  Ia tahan lindungan dan amat sesuai dikeliling bangunan.  Ia lambat panjang dan kurang perlukan baja.  Tetapi warnanya yang hijau muda menjadikannya kurang diminati sebagai rumput halaman.
  4. Zoysiagrass Selalunya ialah rumput Zoysia matrella atau kekadang Zoysia japanica atau Zoysia tenufolia dan beberapa hybrid dari Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia. Ia mempunyai warna hijau muda sama seperti Serangoon grass tetapi ia lebih kurus.  Tumbuh menegak lebih dari tumbuh mendatar oleh itu bersedialah untuk kerja memotong yang lebih banyak.  Ia juga lambat tumbuh rapat oleh itu kena banyak bersabar jika anda memilih rumput ini.  Jika kawasan sederhana besar gunakan cara sod.   Rumput ini cantik bila di bela dengan rapi.  Tapi seperti apa-apa lagi yang cantik; kos ‘maintenance’ juga tinggi.  Ia perlu lebih baja dan kerana ia tumbuh menegak; ia juga perlu lebih kerap dipotong.  Ia mempunyai kandungan silika yang lebih dari rumput lain, oleh itu ia juga lebih keras.  Zoysia matrella mempunyai ketahanan lindungan yang baik walaupun tidak sebaik Cowgrass.  Cara utk membezakan matrella dan japonica ialah; tunggu sampai berbunga, bunga dari matrella akan berwarna merah. Rumput ini juga lasak utk digunakan di padang bola/golf dan atau taman permainan.  Namun begitu, saya ragu2 ketahanan rumput ini di petak penalti. Saya percaya rumput Phillipinegrass atau Manilagrass adalah dari keluarga ini.
  5. Selain dari itu, sekarang ni satu lagi spesis rumput yang semakin banyak digunakan ialah Paspalum vaginatum yang digunakan di beberapa padang golf berhampiran laut di Pantai Timur semenanjung kerana itu nama biasa untuk rumput ini ialah Seashore Paspalum. Rumput ini juga di gunakan di padang golf dan padang bola terkemuka (stadium Bukit Jalil) di tempat jauh dari laut. Ia mempunyai toleransi yang tinggi terhadap air masin. Ia juga di gemari kerana warnanya hijau gelap. Malangnya daun nya lembut dan digemari oleh serangga dan penyakit.

Paspalum. Perhatikan warna dan rupanya; menarik kan?

 

Ni Zoysia commercial. Lebih lasak dari adiknya; Philippinegrass. Warna hijau muda tapi cepat panjang. Tahan kemarau. Tahan air. Tahan hentakan. Daun keras.

Serangoon; warna hijau muda dan daun lebih lebar. Tapi ia rumput tempatan dan lambat panjang...

About these ads

147 Responses to “Rumput apa?”

  1. setelah membaca “Jenis Rumput”. Saya merasakan Cowgrass could be suitable to plant. Please advise me how to plant and where to buy the benih.

    • mynormas said

      Faktor paling utama perlu difikirkan untuk memilih rumput ialah tentang faktor penjagaan untuk bertahun-tahun kemudian. Berdasarkan faktor itu sahaja; Cowgrass is the most suitable grass for most busy people. The next faktor yang perlu di fikirkan ialah samada kawasan halaman mendapat matahari yang cukup. Berdasarkan faktor itu; Cowgrass is the most suitable grass for most houses.

      Kebanyakkan nursery akan ada jual Cowgrass atau tahu orang yang jual Cowgrass. Kadang-kadang nursery menawarkan Cowgrass yang murah di jual mengikut berat (atau mengikut lori) dan Cowgrass mahal yang di jual mengikut kaki persegi. Beli sod dalam bentuk kaki persegi. Puan boleh beli cukup-cukup luas kawasan (100%) atau sekadar 80% dan tanam jarak-jarak.

      Cowgrass murah mempunyai rumput liar yang banyak. Tak berbaloi. Beli yang mahal dan mintak guarantee takada rumpai. Orang yang saya kenal semua menjual dalam kuantiti yang banyak iaitu lebih 500 kaki persegi. Jika puan perlukan banyak itu saya ada contact, untuk jumlah yang sedikit cuba tanya contractor laman atau nursery pokok.

      • Nizam said

        Salam Tuan,

        Boleh dapatkan tak contact supplier rumput cowgrass gred A? Kawasan laman rumah yang nak ditanam kira-kira 1,500 kps.

      • BabaMuaz said

        “Jika puan perlukan banyak itu saya ada contact, untuk jumlah yang sedikit cuba tanya contractor laman atau nursery pokok.”

        Boleh tau berapa anggaran harga kalau beli selori atau boleh kasi contact tu?

      • mynormas said

        Jika tuan nak beli rumput dalam quantity yang banyak, hubungi saya di mynormasATconsultant.com (gantikan AT dengan @).

      • zeus said

        Salam tuan muyormas… nak tanya cikit. Jangka hayat rumput carpet berapa lama ye….tq.

      • mynormas said

        Dari segi biology nya rumput adalah tumbuhan perennial. Ertinya ia sentiasa tumbuh baru. Jadi ia tidak boleh berumur seperti pokok lain. WAllah hu aklam.

  2. Ayub said

    Bgaimana dengan Pearl Grass? adakah senang dijaga?

    • mynormas said

      Secara perbandingan dengan rumput lain; Pearlgrass lebih mudah di jaga – lambat panjang (tak perlu potong selalu), hijau gelap (tak perlu selalu baja), dan ia tahan redup (keadaan biasa di halaman rumah).
      Ia mempunyai kelemahan sendiri, ia tidak tahan kawasan yang terlalu banyak air i.e. jika kawasan kita bila hujan air akan bertakung lama, rumput ini akan mati.
      Saya biasanya akan mencadangkan Pearlgrass kepada kebanyakkan tuan rumah.

      • mohd salhizan said

        sy dah tanam pearl grass selama setahun. mula2 cantik. tp sekarang ni rumput sy mula mati dibeberapa bahagian. saya syak ia ad kaitan dengan air. jadi bagaimana nak mengatasi masalah air yg bertakung ini? adakah saya perlu tanam semula dengan meletak lebih banyak pasir atau dengan membuat dahulu saliran air didalam tanah sebelum menanam rumput?

      • mynormas said

        Pearlgrass memang tak tahan dengan air bertakung. Jika air bertakung kerana kawasan tersebut rendah, tuan boleh cuba untuk melakukan spot-topdressing dengan pasir untuk meninggikan kawasan tersebut. Topdress sedikit tetapi selalu; tunggu hingga rumput dah selesa tumbuh di atas pasir baru topdress sekali lagi. Biasanya dalam 10 hari. Jika 10 hari rumput masih tenggelam, tuan mungkin dah terlalu tebal.

        Satu cara lagi ialah melakukan saliran: Cara 1. Menanam paip bawah tanah (sub-soil paip) untuk membawa air keluar dari tanah tuan. Cara 2. Merengkan tanah supaya air lari melalui permukaan tanah (surface run-off) Cara 3. Gabungkancara 1 dan 2 sewaktu penanaman.

        Selamat mencuba!

  3. mohd said

    rumput yang selalu dijual di nurseri tepi jalan dengan nama rumput filipine tu dari famili mana? dan dimana kita nak beli benih rumput tersebut? thanks.

    • mynormas said

      Saya percaya rumput tersebut adalah dari genus Zoysia. Rumput tersebut tidak mempunyai benih kerana bunganya steril (mandul). Dapatkan sod dari nurseri tepi jalan yang terdekat dengan rumah anda.

  4. Mohd Yamin said

    Saya telah menanm rumput karpet di sekeliling rumah saya. Luas kawasan rumput disekeliling rumah saya lebih kurang 3000 kaki persegi. Masalahnya setelah menam rumput ini, terdapat serangan ulat gonggok jenis merah dan hitam dirumah saya. kelihatan di longkang dan celah2 rumput. Ada juga ulat ini yang masuk ke dalam rumah saya. Boleh encik cadangkan bagaimana cara untuk hapuskan ulat gonggok ini.

    Satu lagi saya ingin bertanya ada atau tidak racun rumput liar yang terdapat pada rumput karpet. Racun tersebut hanya boleh membunuh rumput liar, tanpa membunuh rumput karpet. Jika ada bagaimana boleh saya dapatkan racun tersebut.

    • mynormas said

      Serangan ulat gonggok boleh di kawal dengan racun serangga rumah, seperti Baygon, Ridsect dan lain-lain. Mereka akan banyak pada waktu petang atau pagi.

      Satu lagi cara ialah dengan menggunakan air berbancuh sabun cuci pinggan. Ia akan menyebabkan ulat keluar dari tempat persembunyian untuk mudah di musnahkan. Jika sabun terlalu banyak, mereka mungkin mati sebelum sempat keluar.

      Saya tak menggalakkan racun di kawasan rumah. Tetapi untuk pengetahuan, terdapat racun untuk rumpai jenis berdaun lebar (Ally, Almix 2-4D Amine dsb) dan terdapat racun untuk rumpai jenis rusiga (MSMA, DSMA, Image dsb). Penggunaan racun memerlukan latihan dari segi penyemburan dan penyimpanan. Gunakan cara mencabut hingga ke akar dengan screwdriver atau pisau kecil. Jangan sampai akar putus. Jika putus, ia akan tumbuh semula.

  5. Ayub said

    Boleh ke kita selang-selikan pearl grass dan rumput karpet.. ala2 padang golf? Maksud saya sekeliling pearl grass.. ditengah2 ada rumput karpet. Bagaimana pula cara penjagaannya?

    • mynormas said

      Boleh.
      Masalah utama ialah penjagaan sempadan diantara rumput tersebut.
      Masalah sama di alami di padang golf. “Encroachment” ialah nama masalahnya.
      Di padang golf kita gunakan samada pisau yang memotong ke dalam tanah untuk memotong rhizom/stolon yang menjalar. Satu lagi cara yang kurang digunakan ialah sewaktu tanam, menggunakan sempadan artificial seperti plastik keras yang ditanam tegak untuk menghalang akar menjalar.
      Kalau laman tuan kecil dan tuan mampu menjaga sempadan; pilih rumput yang mempunyai sifat atau warna yang ketara beza untuk kesan yang lebih baik. Contoh: Pearlgass dan Phillipinegrass. Cadangan tuan memang betul.

  6. mimi zareena md nor said

    interesting!!act saya mmg tgh cari supplier utk rumput jenis nih. noleh bg saya no contact supplier tur.thanks sms pun tak per (preferable)

  7. Ayub said

    saya gembira dengan diskusi ini. harap tuan tak keberatan..
    Persoalan saya seterusnya…
    Adakah rumput di padang golf berbeza dengan Philipinegrass… bila kita teliti betul2 rumputnya memang tidak sama. adakah ia dari spesis lain dan apakah nama timangan selain dari nama saintifik. :) . Adakah ia senang dijaga dan berbaloikah kalau kita tanam di rumah dengan keluasan 1k sqft? Saya amat tertarik kerana rumput ia lagi cantik, lebat dan halus dari philipinegrass.

    • mynormas said

      Maaf tuan, saya tak pasti macamana boleh miss soalan tuan. Saya rasa rumput Philippinegrass adalah dari hybrid Zoysia dan memang ada rumput padang golf dari speis Zoysia. Jadi mereka serupa tapi tak sama. Di padang golf ada tiga jenis Zoysia yang biasa di gunakan. Zoysia matrella, Zoysia japonica dan El Toro. Saya tidak mencadangkan ketiga-tiga ini untuk rumah kerana ia mempunyai karakter yang lebih lasak berbanding dengan Philippinegrass. Cuma, kebaikan Z matrella ialah ia tahan redup. Z matrella mempunyai bunga berwarna merah.
      Saya mencadangkan tuan menanam Philippinegrass di kawasan tuan.

  8. alene said

    askm,

    saya br beli rmh di kedah yg telah lengkap dgn landskap. saya juga tidak pasti jenis rumput yg ditanam. saya ada sedikit pertanyaan nak tanya ..knp lepas kita mesin rumput tersebut terdapat tompok2 tidak sekata yg kelihatan brwarna coklat keperangan seolah2 rumput mati tetapi bila saya tanya tukang mesin rumput mrk kata itu biasa le lepas potong & akakn tumbuh balik warna hijau…adakah ianya betul?

    satu lagi saya brcadang utk meletak batu2 sungai dikeliling pokok2 renek yg telah dipenuhi rumput tersebut bg mencantikkan kwsn…yg musykilnya adakah rumput itu akan mati jika tidak mendpt cahaya matahari kerana ditutup oleh batu?

    harap dpt jwpnnya..tq

    • mynormas said

      Bunyinya macam pemotongan yang tidak sekata atau rumput tersebut tumbuh tidak sekata. Apa yang berwarna coklat tersebut ialah ‘batang’ rumput. Kawasan tompok tersebut di potong sehingga daunnya habis. Benar, ia akan tumbuh semula.

      Ada beberapa kemungkinan: Kadang-kadang ia disebabkan oleh lekuk di keliling tompok tersebut; mungkin juga tompok tersebut adalah tompokan tanah/pasir yang tinggi; mungkin tompok tersebut adalah rumput panjang yang baring; mungkin tempat tersebut redup dan rumput tersebut memanjangkan batang dan laidaun untuk mendapat matahari yang cukup; atau; jika mesin galas belakang digunakan, mungkin tukang potong selalu bersin dan/atau batuk ketika memotong…

      Jika ia disebabkan oleh lekuk, cuba puan ratakan tempat tersebut dengan pasir (jangan sampai tenggelam rumput). Jika lekuk itu dalam topdress seminggu sekali selama beberapa minggu untuk memberi masa rumput ‘adjust’ kepanjangan akar dan batang untuk tumbuh di atas pasir. Jika ia disebabkan oleh rumput panjang kerana baring; sebelum memotong tarik-tarik dengan pencakar atau tangan supaya rumput tegak. Sekali dua kali potong: tompok itu akan menjadi lebih teruk tapi lama kelamaan rumput itu akan ‘belajar’ utk tumbuh tegak dan ‘adjust’ dirinya. Jika disebabkan oleh teduh; tebang pokok atau robohkan rumah puan supaya tak teduh lagi, atau, gantikan rumput di kawasan tersebut dengan rumput yang tahan redup seperti Cowgrass atau Pearlgrass atau batu sungai ataupun pokok renek (yang tahan redup). Cuba suruh tukang potong lebih berhati-hati atau cuba tukar tukang potong dan lihat samada ia masih berlaku.

      Ya, rumput akan mati kerana tidak mendapat cahaya matahari. Tapi, tindakan puan dari segi lanskap adalah baik kerana 1. kadang-kadang ia memberi satu lagi warna kepada kawasan puan 2. Ia membentuk sempadan supaya rumput tidak menceroboh kedalam kawasan pokok renek. 3. Jika pokok renek puan jenis yang banyak daun luruh, ini lebih senang di bersihkan. Tapi hati-hati, jika masalah puan ialah tukang potong yang ‘cincai’ batu boleh berterbangan melayang.

      Selamat mencuba!

  9. Idris said

    terima kasih bagi info berguna sebelum saya tanam rumput….

  10. Zainal Abidin Othman said

    Assalam. Saya menanam rumput karpet jepun dihalaman rumah saya (dah hampir 2 tahun). Masalahnya ialah rumput ini naik menegak, tidak mendatar (merayap). Saya difahamkan rumput ini tidak naik menegak dan tidak perlu di potong selalu.

    Masalah kedua, baru-baru ni rumput saya mati, semua jadi kekuningan. Adakah ini disebabkan oleh hujan yang turun 3 hari berturut-turut tanpa matahari?

    Masalah ketiga, terdapat ulat daun warna hijau begitu banyak sekali di halaman saya. Adakah ini juga jadi penyebab rumput itu mati?

    • mynormas said

      Rumput naik menegak? Kurus tak? Ada kemungkinan rumput tuan kekurangan cahaya matahari. Ia sedang berusaha untuk memanjangkan daun untuk mendapat cahaya.

      Keadaan ini mungkin di burukkan lagi oleh cuaca 3 hari tanpa matahari. Dulu mungkin dapat sedikit waktu petang/pagi sahaja. Sekarang langsung tak dapat. Mungkin bekalan karbohidrat pun dah kehabisan atau tiada (macam orang kurus takde lemak lepas tu terus takde makanan).

      BIASANYA, ulat berwarna hijau – atau armyworm – tidak membunuh rumput; ia hanya memakan daun sampai habis lepas tu ia akan pindah ke tempat lain. Rumput yang sihat dan mempunyai bekalan karbohidrat dalam akar akan tumbuh semula selepas beberapa hari. Jika rumput tuan dah memang lemah, ia sama macam orang yang kurus dan lemah lepas tu terkena penyakit.

      Kawasan tersebut mungkin tidak sesuai dengan rumput karpet Jepun.

  11. Ayub said

    Jika saya tanam philipinegrass…
    1. boleh bagitahu cara penjagaan pada peringkat awal iaitu selepas tanam.
    2. Semburan air bila?
    3. Baja – bila perlu ditaburkan, jenis apa dan beli di kedai mana. tolong rekemen?
    4. Bila boleh start potong rumput dan mengunakan mesin tolak atau tangan?

    • mynormas said

      Tuan,
      Minggu pertama: Siram air dengan sedikit tetapi lebih kerap, ini kerana akar rumput pendek; siram banyak pun tak guna. Jika hari panas, 1 kali setiap 3-4 jam.
      Minggu kedua: Siram air sehari dua kali.
      Minggu ketiga: Siram sehari sekali WAKTU PAGI sahaja.
      Minggu keempat dan seterusnya: Siram mengikut keperluan; pastikan satu inci di permukaan lembap.
      Mula membaja diminggu kedua – gunakan baja organik boleh didapati di hypermarket atau kedai hardware. Cari baja dengan N:P:K tidak melebihi 8:8:8. Baja sebanyak satu genggam untuk dua meter persegi satu minggu sekali selama empat minggu.
      Bulan kedua hingga bulan ke enam: baja sebulan sekali sebanyak satu genggam satu meter persegi.
      Bulan ke tujuh dan seterusnya: baja setahun sekali iaitu sebulan sebelum Raya Puasa, atau sebelum Deepavali atau Gong Xi Fa Cai up to you. Yang ini ada * sebab ia bergantung kepada kesuburan tanah tuan. Jika ia tak subur; mungkin setiap enam bulan. Tak payah exactly tepat-tepat enam bulan; find a date or something to help you remember.
      Mula memotong pada minggu kelima. Kalau nak rumput cantik; potong seminggu sekali. Terutamanya beberapa hari lepas membaja. Ada kedai hardware besar seperti ACE yang ada mesin tolak tanpa enjin atau elektrik. Dulu saya pernah ada jiran yang menggunakan gunting kecil untuk potong rumput. Tabik. Saya tak galakkan gunakan mesin galas sebab tak rata.
      Selamat mencuba.

  12. eqen said

    ape perbezaan pearl grass dgn cowgrass???mana yg paling sesuai utk rumah??

    • mynormas said

      Kedua-dua nya kelihatan hampir serupa dari cara pertumbuhan dan warna. Cuma Pearlgrass lebih pendek dan kecil berbanding dengan Cowgrass. Cowgrass adalah rumput yang biasa di jumpa di padang bola dan taman.

  13. pauzi said

    aslkm. tuan.. saya bercadang untuk menanam rumput mutiara atau pun rumput pilipine salah satu dimana yang bersesuaian dihalaman rumah saya. disini saya ingin meminta nasihat tuan berkenaan penjagaan rumput berkenaan dari peringkat awal ditanam lagi dan penjagaan seterusnya.

    Untuk makluman tuan juga saya telah pun menambak tanah halaman rumah saya dengan tanah merah yang bercampur tanah hitam. Seterusnya saya telahpun menabur selapisan pasir mengikut kontur tanah tadi. adakah cara tersebut betul?

    Sekian terima kasih

    • mynormas said

      Waalaikumsalam
      Penjagaan rumput mutiara adalah paling mudah dalam jangka panjang. Dalam tempoh 3 bulan pertama tu sama sahaja. Gunakan Pearlgrass di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari dan Philippine grass di kawasan yang mendapat matahari 6-8 jam sehari.
      Minggu pertama hingga ke empat siram sehari 4 kali jika cuaca panas atau redup. Baja organik segenggam untuk 1meter persegi seminggu sekali.
      Minggu kelima hingga ke lapan siram dua kali sehari. Baja organik segenggam 2meter persegi seminggu sekali.
      Minggu ke lapan hingga ke 12 siram sekali sehari dan JIKA panas siram di waktu tengahari. Baja organik segenggam 2 meter persegi dua minggu sekali.
      Bulan ke 4 dan seterusnya untuk rumput Philippine baja organik dua bulan sekali. Rumput mutiara 6 bulan sekali.
      Jangan siram lepas pukul 5 petang. Jika air bertakung hingga ke malam, ia boleh membawa penyakit dan/atau lumut.

      Ya betul. Selapis pasir yang tidak tebal (max 2inci) cukup dalam keadaan ini. Jika lebih, akar rumput tak dapat mengambil nutrien/air dari tanah hitam dan tanah merah. Pasir tak perlu ikut kontur – tuan boleh ikut bentuk yang tuan mahu asalkan tidak melebihi 2 inci. Kalau lebih pun tak apa cuma tanah hitam membazir dan tuan mungkin kena siram masa kemarau kerana akar rumput (mutiara – rumput Philippine boleh cecah hingga 6 inci) tak sampai ke tanah merah.

      Selamat mencuba.

  14. Rohah Rahmat said

    Salam.saya telah menanam rumput philipinegrass di laman rumah saya namun beberapa kawasan telah ditumbuhi rumpai liar.Pd awalnya saya dan suami rajin mencungkil rumput liar tersebut menggunakan screw driver hingga ke akar umbinya namun kekadang umbi rumput tersebut terputus dan tertinggal di dalam tanah.Lama kelamaan jenuh untuk berbuat demikian kerana rumput liar terus tumbuh dengan banyaknya…Sesuai atau tidak jika saya mahu menggunakan racun khas untuk rumpai di laman saya?Di mana saya boleh dapatkannya?Sayang tengok keadaan rumput saya tu….
    Wassalam..

    • mynormas said

      Bunyi nya macam ada kesilapan sewaktu menanam. Samada sewaktu penyediaan tapak yang tidak memusnahkan benih rumpai atau sewaktu menanam itu dicemari benih rumpai. Benih itu boleh datang dari nursery atau semasa ‘grow-in period’.

      Memang ada racun yang bersifat selektif yang akan membunuh rumpai sahaja tanpa membunuh rumput philippine tapi racun itu bukan sahaja mahal dan memerlukan peralatan khusus pula tapi ia juga adalah RACUN dan jika tak habis digunakan terpaksa di simpan. Saya tak menggalakkan penggunaan racun di kawasan rumah.

      Saya mencadangkan perumpaian mekanikal seperti yang puan buat sekarang tetapi saya mencadangkan puan membahagikan laman puan kepada grid-grid tertentu dan merumpai hanya dalam satu grid sahaja sampai lah grid tersebut ‘bebas rumpai’ selepas itu barulah pindah ke grid lain. Saiz grid mestilah sebesar yang mampu di rumpai dalam masa sehari (biasanya 4 meter persegi). Rumpai grid itu selama dua hari berturut turut. Biar seminggu (atau rumpai grid lain pulak) dan rumpai sekali lagi. Biar dua minggu dan rumpai grid itu lagi. Bila merumpai satu grid tak dibenarkan ‘mengintai’ apatah lagi merumpai di grid lain walaupun dah jadi macam hutan. Mulakan di grid yang menjadi kesayangan puan (depan pintu masuk, bawah tingkap mertua dsb) ATAUPUN mulakan di grid yang nampak macam paling kurang rumpai.

      Selamat mencuba!

  15. Aizad said

    Sepengetahuan saya pearlgrass mmg cantik dan mudah untuk penjagaan tetapi pearlgrass memerlukan kadar siraman yang kerap kerana mempunyai permukaan daun yang luas dan ini menyebabkan pearlgrass tidak tahan kali tempat yang kontang. benarkah??

    • mynormas said

      Pearlgrass tidak tahan tempat yang terlalu panas dan terlalu basah. Oleh itu ia tidak sesuai di kawasan besar tanpa penyediaan tapak yang lengkap dan/atau sistem saliran dan pengairan yang baik. Kebaikkan Pearlgrass ialah ia tahan redup.

  16. akusait said

    salam, baru pagi tadi saya berjumpa dengan perunding landscape..dia mencadangkan saya supaya tanam rumput jepun atau rumput philipines…pada asalnya saya nak tanam pearl grass…tapi dia cakap rumput tu susah jaga pada peringkat awal…makan masa 2-3 bulan untuk tumbuh elok…..
    untuk maklumat bro…rumah saya adalah rumah taman dan keluasan tanaman rumput lebih kurang 230 meter persegi…soalan saya:
    1) sejauh mana kebenaran cadangan perunding landscape tu?
    2) rumput apa yang bro cadang untuk orang macam saya yang kurang masa untuk potong-memotong rumput ni…?

    terima kasih…

    • mynormas said

      Dari segi ‘establishment period’; semua rumput lebih kurang jer. Tapi Zoysia (iaitu Japanese atau Philippines grass) di kenali sebagai rumput yang lebih lama untuk establish. Tapi ini boleh di atasi dengan menanam rapat-rapat. Begitu juga Pearlgrass, kalau nak cepat establish, tanam rapat.
      Seperti saya biasa cakap; jika rumah tuan banyak teduhan (laman tu berada di timur atau barat bangunan/pokok/pergola dsb); gunakan Cowgrass dan Pearlgrass.
      Jika tuan tak cukup masa untuk menjaga laman; Cowgrass atau Pearlgrass sebab mereka lambat panjang, sentiasa hijau, perlukan pembajaan yang kurang, tahan redup dsb.
      Saya tak berani cakap perunding tersebut silap sebab dia mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza.

      • akusait said

        thanks for responding…
        jawapan tuan banyak membantu..betul lah kata tuan tu..saya kurang masa untuk kerja-kerja memotong ni…
        ingat nak try Pearl grass dulu kot…tqvm!

  17. akusait said

    salam tuan..
    di halaman rumah saya ada satu kawasan kecil bersimen…jika saya ingin menanam rumput di situ, perlukah saya memecahkan semua simen tersebut atau cukup sekadar tebuk lubang saja kemudian tabur tanah dan pasir di atasnya?
    terima kasih.

  18. mafaz said

    salam. apa bezanya rumput jepun dan pilipina. Yang mana satu lebih cantik dan baik dan penjagaan yg mudah. tk

    • mynormas said

      Nama-nama ini adalah nama umum. Kadang-kadang apa yang di panggil rumput jepun di satu tempat ialah rumput filipina di tempat lain. Dua-duanya lebih kurang serupa. Satu masa dulu, ada rumput di panggil rumput Manila (ibu negara Filipina) sekarang tiada lagi. Saya percaya semuanya adalah dari cultivar Zoysia. Yang pentingnya, kedua-dua rumput Jepun dan Filipina mempunyai sifat dan keperluan penjagaan yang lebih kurang serupa. Tuan/puan pergi ke nursery, pilihlah salah satu yang menarik hati, dari segi penjagaan, hampir sama.

  19. Noor Hasimah M Yacob said

    Assalamualaikum..

    Saya dalam proses penanaman rumput karpet philipines. Masalah saya ialah semut..ia makin bertambah banyak selepas saya meletakkan rumput karpet. Saya tak pasti sama ada tanah tu mmg ada semut or semut datang sbb rumput tu. Apa yang eprlu saya buat? Adakah dgn menyembur racun semut, ia akan mwnyebabkan rumput itu mati?

    • mynormas said

      Waalaikumsalam,

      Puan, semut tidak datang kerana rumput tetapi ada kemungkinan semut datang bersama-sama rumput.

      Puan boleh menyembur racun semut menggunakan racun rumah yang berasaskan air seperti H2O dan lain-lain yang sepertinya. Kalau sikit-sikit, racun berasaskan minyak seperti baygon, shieldtox dan sepertinya pun boleh. Tetapi, sebelum puan melepaskan geram serta merta, saya cuma nak ingatkan bahawa – seperti yang puan tahu – semut adalah serangga berkoloni yang mempunyai permaisuri, raja, askar dan pekerja (rujukan: filem the Ant Bully) dan membunuh berapa banyak semut pun hanya bererti permaisuri kena kerja lebih sikit untuk menghasilkan askar dan pekerja untuk menggantikan mereka. Dalam filem tu, orang yang bunuh semut kena sumpah jadi kecik supaya rasa perasaan semut, jadi tak sampai hati nak guna perkataan ‘bunuh’.

      Sembarang kerja ahem… ‘pemulihan’ semut mesti merangkumi permaisuri nya juga. Puan (atau hero kat rumah) kena guna cangkul untuk mencari sarang semut dan ‘memulihkan’ permaisuri supaya dia berpindah dari rumput puan, tanah puan ataupun dari bumi ini. Ada kemungkinan ia lebih dari satu sarang, dan ada juga kemungkinan ada timbalan permaisuri yang memang menunggu peluang merampas takhta jadi mungkin puan kena ulang balik lepas seminggu, jika puan masih nampak lagi semut. Biasanya lepas beberapa hari, puan dah tak akan ada masalah semut lagi jika permaisuri dah di bun… err pulihkan.

      Selamat mencuba!

  20. Deric Quah said

    hi, i nak tanya, yang selalu nursery cakap rumput jepun tu sama family ke dengan rumput philippines ke? philippine (zoysia). habis tu nama rumput jepun tu nama ape?
    ape bezanya jepun dengan philippines? i tengok opposite rumah tanam rumput philippines sangat lembut dan selesa. tapi jenis jepun tu pulak nampak keras je.

    • mynormas said

      Malangnya susah nak bagi kepastian, sebab apa yang satu orang panggil manggis, orang lain panggil mangosteen dan orang lain pulak kata Garcinia mangostana.
      Rasanya rumput jepun satu genus dengan rumput Filipina iaitu Zoysia. Saya tak pasti rumput ‘Jepun’ yang orang nursery tunjuk kat tuan tu sama atau tak dengan rumput Jepun yang kami guna di padang golf dan di panggil Zoysia japonica. If it helps, bunga dia warna hijau. Ada satu lagi spesis padang golf guna: Zoysia matrella.
      Spesis Philippines memang lembut dan Japonica memang keras (dan besar sikit). Tapi tak boleh lawan Zoysia El-Toro yang tumbuh tegak sampai dah kira obscene. Banyak di gunakan di padang bola overseas sebab lasak gila. By the way, my friends believe rumput Philippines is Zoysia tenufolia.

  21. marzuki said

    salam.mtk bantuan dan nasihat utk tanam rumput mutiara,langkahnya.tanahnya,siramannya dan sbagai.mtk tlg tuan

    • mynormas said

      Langkah dan tanah seperti dalam laman web saya bahagian kiri sekali bawah “Topics” Halaman Rumah under Penyediaan Tapak dan Penanaman. Di kedua-dua Topicsdan Posts ada banyak maklumat termasuk di bahagian soal jawab di bawahnya.

      Tentang penjagaan; bulan pertama jangan biarkan tanah 1 inci di bawahnya kering. Bulan kedua kurangkan penyiraman tapi jangan sampai rumput layu. Bulan ke3 dan seterusnya siram hanya jika cuaca panas dan siram awal pagi sahaja.

      Baja sedikit tetapi selalu. Guna baja organik 5:5:5 atau 8:8:8. Satu genggam untuk 10m2 seminggu sekali bulan pertama. Bulan kedua dua minggu sekali, bulan ke3 hingga 6 sebulan sekali. Bulan ke 6 dan seterusnya setahun dua kali. Time it so that kita baja lebih kurang dua minggu sebelum celebration (Raya puasa, Raya Cina, Deepavali, Krismas dsb) yang ramai orang datang ke rumah (laman web ini di lawati oleh pelbagai kaum) dan sekali lagi 6 bulan selepas itu. Kalau nak cantik potong sedikit tetapi selalu. Memanggil tukang potong datang sebulan sekali lepas tu potong sampai tinggal batang akan mendatangkan masalah. Saya cadang seminggu sekali.

      Selamat mencuba!

  22. Norasiah Hassan said

    Assalammualaikum,

    Dgn membaca feedback2 di atas saya dh membuat keputusan utk menanam rumput jenis cowgrass atau pearlgrass di kawasan rumah saya. Tetapi saya mmpunyai masalah utk menanam semula rumput jenis ini. Ianye kerana rumput cowgrass yg dh sdia ader di kawasan rumah saya tlah bercampur dgn lalang dan daun semalu yg agak pnjang. Buat pengetahuan encik saya baru berpindah teres corner lot dan mmpunyai kawasan yg luas. Soalan saya boleh ke encik suggest produk racun yg sesuai utk saya buang semua tmbuhan perosak yg ader supaya saya boleh membuat semaian yg baru. Ini kerana saya tidak mmpunyai masa utk membuang rumput perosak secara manual.

    Terima Kasih

    • mynormas said

      Waalaikkumsalam.

      Malangnya Roundup ataupun Ally yang di gunakan untuk membunuh lalang dan semalu akan membunuh cowgrass juga. Unless jika puan memang nak racun semua, yang mana saya akan cadangkan Roundup DALAM DOS YANG DISYORKAN. Saya amat tak faham orang menggunakan racun dalam kuantiti yang lebih kerana geram ataupun dengan niat nak bunuh dengan lebih berkesan. Cuba fikirkan ayat itu “bunuh dengan lebih berkesan” ada makna tak? Bunuh tu bunuh lah. Ini mungkin takde kena mengena dengan puan tapi kepada orang lain yang membaca laman web ini. Roundup adalah racun sistemik yang akan di serap hingga keakar jadi akan membunuh “ke akar umbi”. Tapi jika roundup di gunakan overdose, ia akan jadi racun sentuh dan membunuh daun sahaja tanpa membunuh akar.

      Di padang, saya akan racun rumput sekali, biar seminggu lepas tu sembur lagi, biar seminggu lepas tu baru bongkar tanah supaya akar rumput terdedah kepada cahaya matahari. Lepas tu saya akan buang sehingga 6 inci tanah then tambah tanah baru.

  23. ainil said

    just nak tanya…rumput jenis cowgrass boleh kah ditanam atas pasir (tanah loam dalam satu inci sahaja).
    Adakah rumput akan hidup lama dengan pembajaan sebulan sekali.

  24. selamah said

    salam,

    saya baru je 3 minggu tanam rumput philiphines..tp skrg dah mula ada rumput liar dan tumbuhan liar. Bila tanya org landskap, katanya masa tunggu cambah tu ada benih terbang, pastu letak baja rumput lagilah naik. Sblm tanam tu, ada plan unt meracun rumpai..tp tak jadi sebab musim hujan. jadi, apa yg dilakukan ialah korek tanah tu buang sampai akar umbi dan letak pasir kot, then letak rumput. adakah dgn cara tu, hasilnya sepatutnya sama (spt meracun) atau lebih buruk kesannya (rumpai tak mati abis)? atau ada kemungkinan tak rumpai tu dtg sebab gred rumput tu rendah….

    • mynormas said

      Rasanya statement puan yang terakhir tu yang mungkin betul; sebab itu gerak hati puan sendiri. Ada satu lagi kemungkinan, iaitu benih rumpai datang dari pasir itu sendiri. Contractor mungkin menggunakan pasir yang dah terdedah lama dan dah di cemari dengan ‘benih terbang’.
      Dari segi teknik, apa yang puan buat itu dah betul dah dan sama effect macam meracun.
      Cadangan saya ialah tanpa melengahkan masa, terus melakukan aktiviti merumpai secara aktif. Ataupun ganti kawasan yang paling banyak rumpai dan tanam semula.

  25. kat mana nak cari rumput paspalum yang ditanam kt padang golf,,dan rumput jenis karpet jenis apakah yang lebih padat dan pendenk?jepun atau pilipina?

    • mynormas said

      En. Ezat. Saya tak pasti mana nak dapat rumput paspalum untuk kawasan rumah. Nursery yang menjual secara runcit jarang menjual rumput Paspalum kerana ia ‘high-maintenance’. Untuk padang golf, saya ada contact tapi En. Ezat kena email saya untuk maklumat itu. Kedua dua rumput tersebut adalah padat tetapi rumput Philippine adalah lebih pendek.

  26. shamjanizan said

    Salam,

    Di laman rumah saya ada ditanam (kontraktor yang tanam) pearlgrass. Dah tanam lebihkurang setahun. Tapi hadapi masalah berikut:-

    1. daun-daun rumput tu ada yang kaler coklat dan ada yg mati terus
    2. banyak pokok lain seperti pokok pegaga tumbuh juga dekat rumput tu

    Jadi boleh tak tuan advise camane nak buat? kalau rumput yang dah mati, ok ke kalau saya clearkan kawasan rumput yg dah mati sehingga nampak tanah? atau biarkan rumput yg mati kat situ je…

    Terima kasih di atas jawapan

    • mynormas said

      Tuan,
      Pearlgrass tak tahan tanah basah DAN matahari terik tanpa siraman. Salah satu itu adalah masalah tuan.

      Jangan biarkan rumput yang mati di situ kerana ia boleh menjadi tempat penyakit bermula. Cadangan tuan untuk clearkan rumput yang mati adalah baik. Kalau kawasan yang mati tak besar dan kawasan yang masih hidup besar, cadangan saya ialah:

      Perbaiki saliran di kawasan mati itu, dengan cara korek dalam sikit (6 inci?) dan letak dengan pasir. Pasir mengalirkan air lebih baik.
      Mungkin sengetkan sikit tanah bawah tu (sebelah sedalam 4inci dan sebelah lagi 6inci) supaya air yang kena tanah bawah akan mengalir ke bahagian yang boleh mengalirkan air keluar dari laman tuan. Padatkan tanah itu dengan menghentak guna cangkul. Pasir di atas tuan boleh letak rata jika tuan mahu. Teorinya air akan mengalir melalui pasir, terkena tanah dan mengalir melalui pasir – di atas tanah padat – keluar.
      Di sempadan rumput yang masih hidup (sempadan pagar atau sempadan pokok bunga) ataupun mungkin di bahagian belakang laman; ambil sprig atau plug dan tanam di kawasan yang mati tadi. Siram dan belai hingga ia rapat. Pearlgrass lambat tumbuh, jadi tuan mungkin kena tanam rapat sikit (mungkin jarak seinci di antara plug/sprig?). Kalau tak cukup rumput yang hidup, mungkin tuan boleh beli di luar. Tapi kalau dah alang2 beli boleh beli cukup2 100% untuk cover tanah yang dah ‘clear’ tadi.

      Selamat mencuba.

  27. Fauzan said

    saya menanam rumput mutiara di kawasan halaman rumah yang agak luas iaitu 100×60.Pada awalanya ia memang cantik dan menghijau.Tapi setelah 2 tahun keadaannya berubah, menjadi bewarna merah dan seakan-akan mati.Keadaan di halaman rumah memang agak panas pada waktu pagi dan petang.Terima kasih.

    • mynormas said

      Tuan/Puan,

      rumput mutiara ataupun pearlgrass malangnya memang tak tahan panas terik. Kawasan rumah biasanya mempunyai masalah teduhan.

      Pilihan tuan (yang saya boleh fikirkan) ialah:
      1. Tanam semula dengan pearlgrass dan tanam pokok untuk teduhan ataupun pasang sprinkler system.
      2. Design semula landskap tuan dengan sebahagian di tanam dengan cowgrass dan sebahagian di tanam dengan pearlgrass.

      Selamat mencuba!

  28. Beautiful Maria said

    Salam tuan,

    Saya ingin mendapatkan nasihat tuan untuk mengenal pasti mesin rumput petrol jenis tolak terbaik (push mower) yang sesuai untuk rumput jepun – kemungkinnan dari species emerald (@ hybrid zoysia japonica and zoysia tenuifolia ). Rumput ini amat padat, berdaun halus seperti jarum, tinggi lebih kurang 3 – 5 inci dan bewarna hijau pekat terutamanya jika di baja selepas hujan. Namun penjagaannya agak rumit – serangan fungus dari masa ke semasa, thatch buildup, ulat gonggok, semut dan …kuching. Rumput tersebut saya beli dari nursery di sungai buloh sejak Disember 2010, keluasan tanah 7000 sf dan yang berumput lebih kurang 3,500 sf, tidak termasuk di bahu jalan. Sekali sekala saya panggil bangla potong rumput, tapi x rata. Saya sedang mencari model jenis honda, tetapi tidak tahu kedai mana yang ada menjualnya. Terima kasih.

    • mynormas said

      Puan,
      untuk rumput yang cantik sebenarnya pisau jenis reel ialah yang terbaik. Tetapi kalau untuk kerja yang mudah saya cadangkan pisau jenis rotary (sama prinisip macam pisau abang bangla tu).
      Saya tak mencadangkan jenis petrol kerana enjin petrol kena service lah, kena check minyak hitam lah, kena beli petrol fill up lah dan sebagainya. Saya cadangkan jenis elektrik. Hampir tidak ada maintenance langsung kecuali pisau tapi yang jenis petrol pun kena maintain pisau jugak.
      Hari tu saya pergi kedai hardware bernama ACE kat Summit Subang Jaya saya jumpa mower untuk rumah berjenama Black&Decker dan Bosch. Dua-dua rasanya ok untuk kawasan rumah.
      Mungkin lah puan kena beli jugak satu jenis lagi Bosch trim mower yang guna benang (lagi sekali sama macam abang bangla) untuk trim tepi-tepi longkang ke atau tebing ke dan sebagainya. Mesin yang di atas tu ada tayar so tak bleh nak trim dekat-dekat benda cam tu. Of course, nak jimat pakai gunting pun boleh.
      Kat kedai tu ada jugak push mower yang guna tenaga manusia i.e. tayar dia akan pusing pisau dia. Ok jugak tu tapi kena guna kederat lebih sikit.
      Kedai ACE ni ada kat banyak tempat; Mid-Valley, Pyramid dsb nya.
      Saya ada gambar tapi tak pandai nak letak kat posting ni, maybe one day I put on my website. Keep coming here or become a follower for more info.

  29. sabilaramli said

    salam tuan..
    terima kasih atas perkongsian maklumat berkenaan tanaman rumput di halaman rumah..

  30. Dean said

    Salam tuan,

    Saya nak tanya pasal rumput seashore paspalum setelah baca pasal ubahsuai stadium shah alam yang guna jenis ni. Dimana saya boleh mendapatkan rumput ini? adakah sesuai untuk ditaman dilaman rumah saya.

    • mynormas said

      Salam Dean,

      Rumput ini tak sesuai untuk di kawasan rumah unless rumah tuan berada di kawasan tepi laut dan/atau mempunyai masalah air siraman yang agak ‘masin’ akibat pencemaran dari air laut.
      Kawan saya yang berada jauh dari laut yang menggunakan rumput ini menceritakan tentang kos penjagaan lebihkurang 10 kali ganda dari rumput carpet biasa.
      Penjual Seashore Paspalum dari hybrid Salaam yang saya tahu ada di Johor. Kalau nak jugak contact dia, email saya.
      P.S. Perasan tak pada nama rumput: “Seashore” bermaksud “pantai laut”?

  31. john said

    saya baru beli rumput pilipin dalam polibag…saya terlupa siram 1 hari yg panas tu..ruput tu kering dan jadi kuning habis…sekarang baru nak siram..adakah peluangnya untuk hidup kembali? nampak macam semua dah mati…saya siram 3-4 kali sekarang berharap dia hidup kembali..

    • mynormas said

      Tuan,
      Kalau dia tak kembali hijau selepas 5 hari, dah mati lah tu. Rumput boleh menjadi ‘dormant’ waktu kemarau; tapi rumput tuan berada dalam polybag bermakna ia mempunyai akar yang pendek dan sedang stress. Keadaan kering mungkin membunuh kebanyakkannya.
      Mungkin ada yang survive tapi bergantung pada nasib dan rezeki tuan banyak mana peratusannya.
      Takziah…

  32. shahrul said

    Slm bang saya baru sebulan tanam rumput kapet kontrator yg tanam soalan nye
    1.apa jenis rumput itu dia ada keluar bunga warna light purple
    2.kenapa warna tak sekata ada hijau muda dan tua.
    3.rumput tersebut kena cahaya mtahari direct jam 9am to 2pm pastu teduh sampai mlm.biasanya saya siram sekali sehari waktu
    mlm baru saya siram sbb saya blk kerja lewat.adakah sesuai.
    4.mcmna nk bagi rumput ni menghijau dlm tempoh yg lama.

    Sekian terima kasih atas jwpan.

    • mynormas said

      Tuan Shahrul,

      1. Bunyinya macam Zoysia matrella atau mutasi darinya yang di gelar rumput Philippines. Ia mempunyai bunga warna merah (mungkin nampak purple jugak).
      2. Saya membuat andaian ‘hijau muda’ yang tuan maksudkan ialah hijau yang hampir keputihan? Rumput yang baru di tanam mempunyai keperluan baja yang yang sama tapi bila mula di tanam, tapak tersebut mempunyai unsur baja yang berbeza. Ni tidak bermakna tuan perlu tambah baja, kerana unsur yang saya maksudkan ialah unsur mikro nutrien yang di perlukan sangat sedikit. Lama kelamaan, bila akar rumput dah makin panjang, ia akan serap mikro nutrien tersebut dari tanah bawah/sekeliling dan akan jadi sekata insyaAllah.
      3. Kawasan tuan redup! Rumput perlukan 6-8jam matahari. Walaubagaimanapun cuba dahulu tetapi jangan siram sehari sekali dan jangan siram lepas pukul 3 petang. Air yang bertakkung hingga ke malam tiap-tiap hari akan mengundang penyakit dan lumut. Siram waktu pagi sebelum pergi kerja; jadi bila waktu matahari mula panas, ia ada bekalan air dalam tanah. Keesokkannya, kalau tuan rasa dalam lebihkurang seinci tanah tu masih lagi lembab, tak perlu siram (cucuk jari ke dalam tanah atau korek sikit atau bila pijak terasa basah). Ni akan melatih rumput berusaha mencari air.
      4. Baja sedikit tapi selalu. Seminggu sekali (untuk 1 atau 3 bulan pertama SAHAJA!). Ertinya, kalau label bag baja mengesyorkan contohnya 100g baja untuk 10m persegi setiap bulan, tuan bahagikan kepada 4 bahagian i.e. 25g setiap 10m persegi setiap minggu. Teorinya ialah hari ni rumput A dapat baja rumput B tak dapat, minggu depan rumput B pulak dapat dan seterusnya. Lepas 3 bulan kurangkan baja kepada sebulan sekali. Lepas 6 bulan 2 bulan sekali. Cuba untuk baja dua kali setahun; sekali masa bulan puasa; sekali lagi 6 bulan selepas atau sebelum itu.

      Selamat mencuba!

  33. adi said

    as-salam tuan…baru2 ni saya ada nampak jiran saya menanam rumput jenis jepun…so saya pon belilah kat nursery…laman saya tidak la luas mana pon…so saya tanam rapat2…masalah dia skrg saya terus tanam tanpa lapik ngan pasir…boleh ker mcm tu…apa kekurangan dia nanti bila saya tak letak pasir n terus tanam…tanah kawasan perumahan saya ni jenis tanah gambut???terima kasih tuan

    • mynormas said

      tuan,

      Pasir akan membantu air bergerak ke bawah dan akhirnya keluar dari tanah kita. Tanpa pasir, air gerak juga, cuma lambat sikit.

      Jawapan utk soalan tuan: boleh, cuma bila musim hujan mungkin laman tuan lecak sikit. Itu sahaja.

      Selalu-selalulah melakukan pengudaraan dengan menggunakan ‘trowel’ atau alat pertanian yang nampak macam garfu besar tu untuk cucuk cucuk tanah dlam sebulan sekali untuk bantu air mengalir ke bawah. Guna paku 6 inci pun boleh tapi kalau paku sebatang nak cucuk tanah 5 kaki kali 5 kaki; penat jugak.

      Saya tak berapa pasti tentang signifikan nya tanah gambut tu. Jika gambut tu jenis menyerap dan menyimpan air, masalah tuan akan hadapi cepat sikit (mungkin 6 bulan akan datang mula lecak) atau jika ia jenis yang tak menyerap dan menyimpan air, maka mungkin lepas setahun baru tuan ada problem.

      Selamat mencuba!

      • adi said

        Terima kasih bebanyak info yang tuan bg…satu lagi persoalan…brapa byk baja yang saya perlukan untuk membaja rumput jenis jepun ni?? Dan kekerapan untuk membaja…lg stu boleh tuan terangkan mcm mana cara hendak membaja….adakah baja tersebut hanya perlu ditabur diatas rumput tersebut?? Boleh tuan syorkan baja yang perlu saya pakai? Untuk pengetahuan tuan,tanah rumput yang saya tanam. Tu hanya berkeluasan 5×5 kaki jer lebih kurang…trowel yang tuan suruh saya lakukan tu pula…kita terus cucuk tanah tu secara rambang ker?? Adakah ia tidak merosakkan akar rumput tersebut? Terima kasih tuan…harap dapat tunjuk ajar dari tuan….saya budak baru belajar

      • mynormas said

        Tentang baja, saya harap tuan boleh rujuk kepada soalan dan jawapan di page ini dan juga di page lain.
        Tentang trowel, sebenarnya ia adalah secara sistematik, iaitu lebih kurang jarak seinci setiap tebukan. Ok lah; diskaun 3 inci jarak. Ataupun tuan buat di kawasan yang bertakung atau berpotensi untuk bertakung. Ataupun tuan buat di kawasan yang berlumut dahulu.
        Di sini ada banyak info bukan sahaja di artikel saya tapi juga di bahagian komen di bawahnya.
        Selamat mencuba!

  34. kalana said

    ingin tahu cara mabunuh rumpai air kolam air masin. tampa mamudarat kan ke hidupan ternakan…

  35. Tengku said

    Tuan, Pertama kali informasi di blog tuan amat terkini dan cukup berinformasi. Saya telah menanam rumput carpet (saya rasa jenis philipine) dengan meninggalkan jarak dlm 3 inci agar ia tidak rapat. Masalah saya adalah ..sesetengah rumput saya mula kelihatan tompok2 hitam. Adakah ia disebabkan kerana kekurangan baja atau disebabkan musim hujan. Mohon bantu.

    • mynormas said

      Kemungkinan besarnya akibat musim hujan. Sebab bunyinya macam penyakit.
      Soalan penting; adakah rumput tuan mendapat cukup cahaya matahari? Definasi ‘cukup’ ialah sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
      Soalan cepumas; adakah kawasan tuan lambat kering selepas hujan? Mungkin kerana di lindungi rumah dan pagar ataupun kerana saliran yang tidak baik.
      Jika ia dah berwarna hitam selama lebih dua minggu, kemungkinan tidak ada harapan. Jika baru seminggu, cuba perbaiki saliran dengan menebuk tanah tuan menggunakan alat seperti paku ataupun garfu taman (tak ingat nama dia ketika ini). Cucuk sedalam 2-4 inci sejarak setiap 2-4 inci. Ia akan membantu air masuk ke bawah dan juga udara supaya akar dan mikrob di bawah tanah mempunyai udara. Tetapi jika masalah tuan ialah tak cukup cahaya matahari, maka mungkin tuan perlu fikirkan rumput cowgrass atau pearlgrass ataupun tumbuhan lanskap yang tahan redup.
      Selamat mencuba!

  36. juju said

    how to kill the worms in the grass as my carpet grass became b rown and has alot of worms

    • mynormas said

      By worms do you mean earthworms or those brown/green colored caterpillars? Earthworms can be tackled manually i.e. pick them up and use for fishing bait. Caterpillars are insect larvae which can be tackled with household insecticides. Do it early in the morning or late in the eventing. Soapy water will bring them out of the ground for you to tackle them.

  37. Naz said

    Saya dah terbeli dan tanam cowgrass tapi yg jenis murah.. 15sen je sekaki.. Saya dapati yg ada 2 jenis rumput .Satu daunnya agak berbulu kalau lihat secara dekat ( sy rasa yg ni cowgrass yg betul ) dan yg kedua daun agak tirus dan tak berbulu, tumbuh agak tegak dan menjalar panjang. Ada ke cara untuk buangkan rumput yg kedua tu sebab nampak macam tak menarik bila bercampur.

    • mynormas said

      15 sen sekaki? Sangat sangat murah. Sebelum ni saya dapat yang paling murah pun 70sen sekaki itupun kalau beli banyak (untuk padang golf). Maaf tuan/puan, tak dapat menggunakan cara racun atau cara lain kecuali mengorek/mencabut. Itupuan biasanya ia akan kembali selepas beberap minggu kalau tak di cabut sampai ke akar umbi.

  38. kamarol said

    salam…dimana saya boleh dapatkn bekalan rumput jenis serangoOn dlm kuantiti yang banyak?

    • mynormas said

      I’ll get back to you asap En. kamarol. Mana saya letak entah contact nombor hari tu. Ni untuk halaman rumah atau golf course? You can email me direct at mynormasAtconsultant.com (gantikan AT dengan @)

  39. Siti Hashikin said

    Assalamualaikum…
    Saya nak mintak pendapat…sekiranya ingin menanam rumput di kawasan round about jalan..rumput apakah yang sesuai digunakan untuk kelihatan cantik?.
    Kawasan tersebut panas, tiada teduhan…

    • mynormas said

      Waalaikumsalam…pada pendapat saya puan, ada dua jenis yang sesuai; Bermuda Tifway 419 ataupun Zoysia spp.
      Bermuda Tifway 419 ni di tanam di padang golf di negara Arab. Saya menjaga rumput ni selama 7 tahun dan frankly speaking; I don’t like it. Ia tak cantik dan tak mudah di jaga. Saya menjaga Zoysia matrella selama 4 tahun, ia mempunyai masalah juga tapi hasil nya berbaloi. Puan boleh lihat Tifway 419 di padang golf Glenmarie dan Zoysia di Kota Permai. Untuk pengetahuan puan, Kota Permai kini dianggap padang golf no 1 di Malaysia dan untuk dua tahun berturut-turut: di Asia. Cuma ia memang secara genetik berwarna hijau muda (bukan lah tak cantik but fair warning to you aje lah). Tifway 419 berwarna hijau gelap tetapi ia mempunyai kecenderungan untuk mempunyai stolon yang panjang so dari jauh nampak tak hijau jugak.
      Kita boleh bincang lagi isu ni di email saya mynormasATconsultant.com

  40. Kawasan rumah saya banyak ditumbuhi LALANG, bagaimana untuk membasminya?

    • mynormas said

      Lalang adalah antara rumpai yang paling susah untuk di hapuskan. Cara mekanikal ialah dengan mencabut sekali dengan tuber (sejenis ubi)nya. Atau memotong dengan kerap sehingga ia pupus dengan sendiri (tidak cepat kerana tuber tersebut menyimpan makanan). Racun yang bagus ialah dari jenis glyphosate (contohnya Roundup) digunakan pada KADAR YANG BETUL. Satu cara yang digunakan dengan murah masa saya kerja ladang dulu ialah dengan mengelap daun lalang dengan minyak diesel. Ia akan mati dan hidup semula menggunakan tenaga dalam tuber nya. Lap lagi. Hidup lagi; kecik sikit. Lap lagi. Hidup lagi; lebih kecik. Lap lagi lepas tu hilang.

  41. ANW said

    as.salam…saya ada menanam rumput carpet ( macam green konon2nya) utk tujuan latihan golf di sekolah saya. masalahnya ada kawasan yg agak botak tak tumbuh rumput. boleh tak saya ratakan green dengan menggunakan pasir pantai? saya memang tak pandai pasal rumput ni…tapi buat juga untuk latihan pelajar2 saya. saya pakai baja rumput 15 15 15 ikut kata orang. Boleh bagi guide, bagaimana saya nak menjaganya supaya jadi ala2 green….cadangkan mesin yang sesuai utk potong rumput carpet ni kerana sebelum ini saya pakai mower bosch rotak 32.( tapi mesin dah rosak) tq. wassalam

    • mynormas said

      Salam. Respect. The effort that you put in boleh di puji.
      Pasir pantai mungkin mempunyai garam dan ini akan memberi kesan buruk pada rumput. Tuan boleh try dulu di corner green tuan; topdress seminggu sekali selama sebulan dan lihat rumput mati atau tidak. Tuan boleh gunakan pasir construction sebagai alternatif. Tapi buang ketul yang terlalu kasar. Kasar sikit takper.
      Baja sikit tapi selalu. Saya tak galakkan tuan gunakan baja kimia. Gunakan baja organik 8:8:8 ataupun 5:5:5 dan baja lebihkurang satu genggam untuk satu meter persegi dua minggu sekali.
      Penjagaan green ni yang pentingnya ialah pemotongan. Tuan tak boleh biarkan ia lebih dua hari tanpa di potong. Kerana rumput ini pendek, tuan kena ingat untuk tidak potong lebih dari 1/3 rumput setiap kali potong.
      Tuan kena potong guna pisau reel. Ada jenis reel yang tak pakai mesin; pusingan tayar akan memusing pisau. Tapi biasanya ia tak boleh potong rendah so kena modify sikit. Jangan potong pada arah yang sama setiap hari. Bayangkan muka jam; hari Isnin arah potongan 12-6; hari Selasa 3-9; hari Rabu 4-10 hari Khamis 2-8 dan ulang. Topdress sebulan sekali dan pengudaraan setahun sekali.
      Selamat mencuba!
      Oh ya. Follow this website sebab kadang-kadang ada talk atau meeting free yang di organize oleh persatuan seperti MGA ataupun GCSAM yang tuan boleh ikuti kalau berminat. Saya akan umumkan dan mungkin tuan boleh pilih untuk hadir.

  42. mkbj said

    salam bro..nk tnye nih..sy baru jer(kejap tadi) tanam pearlgrass ni kt dpn umah ni..saiz dlm 14×4 kaki..kecik je..masalahnye tanah dia berbatu..byk sgt batu kecik2 tu..jenuh dah buang pakai cangkul bagai..masih ada tp kurang la sikit kan..sy terus je letak rumput ni rapat2…boleh ke dia idup ye?..lagi pulak kwsn ni redup sbb berbumbung..nk kata kena matahari tu mgkin dlm 10% je waktu pagi..risau mati je huhu..
    lg 1, kalau air bertakung pun masalah ke rumput ni nk
    idup..sbb td tersiram air lebih plak..hehe..excited la katakan…harap bro dpt membantu..tq

    • mynormas said

      Salam bro.. kalau sekadar batu kecik tu takde masalah tapi make sure dia ada kat bawah rumput, sebab takut masa potong nanti batu-batu tu berterbangan kena tingkap, kereta dan orang. Pearlgrass perlu minimum 2-4 jam matahari sehari. Maksudnya kalau hari-hari dua jam pun tak boleh, sekali-sekali dia perlukan jugak empat jam sehari.
      sorry, pearlgrass tak tahan air bertakung. bertakung bawah permukaan pun tak tahan.
      sesekali perlu dilakukan pengudaraan supaya air boleh tembus dan udara boleh masuk.

      • mkbj said

        tq bro atas jawapan..pasal batu tu mmg bawah rumput duduknye & kecik2 saiz guli tu..rasanya kalau nk potong pon pakai gunting je kut,x pakai mesin sbb kwsn kecik je..err pearlgrass kena potong gak ke..hehe, tang air bertakung tu plak pagi tadi tngok dh kering..huh legaa..lps ni siram ala2 renjis org kawen je dah la hahah..masalah skrg pasal pencahayaan jer la…nk kena tukar atap lutsinar ler gamaknye ni kot…$$$

      • mynormas said

        Potong kena potong, cuma maybe 2-3 bulan sekali. Why not biar dulu? If dia jadi panjang lebih cepat dari dua bulan, tak cukup matahari.
        Ujian air bertakung ialah waktu musim hujan, bukan siram waktu musim panas.

  43. mkbj said

    salam bro normas..

    setelah seminggu lebih menanam pearlgrass di halaman berbumbung rumah sy(porch)..kelihatan sestengah kawasan rumput telah menunjukkan tanda2 hendak mati spt kering dan kelihatan juga daun rumput hijau kesan spt digigit ulat(sedihnye)..dan mcm ada spider web halus di celah2 rumput tersebut..apakah masalahnya dan bgaimana cara utk selesaikan masalah ini?…

    t.kasih bro normas,harap dapat membantu..:-((

    • mynormas said

      Salam bro.
      Spider web halus tu adalah mycelium kulat. Rumput tuan dah kena penyakit. Ulat mungkin mengambil kesempatan akibat kelemahan nya.
      Jika belum terlambat, pastikan kawasan bro kering dan banyak dapat cahaya matahari. Kalau bawah porch cuba naikkan blind ataupun park kereta tempat lain ataupun pangkas pokok, alihkan pasu dan sebagainya. Buat juga pengudaraan supaya air mengalir kebawah. JANGAN, JANGAN JANGAN siram lepas pukul 3 petang. Siram pagi dan jika matahari terik kena rumput, siram tenghari sekjap sahaja. Rumput yang basah di waktu malam lebih senang di jangkiti penyakit.
      Selamat mencuba!

  44. Beautiful Maria said

    Salam,

    Saya cuma nak berkongsi pengalaman (sebenarnya amaran) bagi mereka yg memiliki laman rumput jepun @ zoysia japonica (emerald zoysia?)(bukan zy. philipin @ matrella). Musuh utama rumput ini ialah ulat ‘white grubs’ (sila google…), dalam masa dua hari saja rumput anda akan kelihatan kering dan separuh mati. Tuan-tuan tidak akan nampak seekor pun ulat ini sebab ia hidup dalam tanah atau celah-celah akar rumput, berwarna putih kelabu kehijauan dan memiliki 6 kaki yg keras. Salah satu simptom awal ialah kehadiran pelbagai burung dia atas rumpat anda. Kalau x sempat di rawat dlm tempoh seminggu semua rumput akan kering dan mati. Rawatan adalah mudah, siram rata-rata dengan racun serangga i.e. diluted racun anai-anai atau tabur dgn racun furadan (ada dijual di ACE Hardware). Dalam masa sejam saja beratus-ratus ulat white grubs ini akan menggelupur naik ke permukaan dan mati. It cost me RM2500 to re-sod my lawn before learning the lesson. TQ

  45. Ahmad Latiffi said

    Salam Tuan, sy ada tanam cowgrass kt laman rumah. Dah l.k. 1 1/2 bulan. Masalah sy ialah ada bbrp kawasan dimana rumput tu jd brownish. Adakah ia mati atau terkena penyakit? Trimakasih atas nasihat Tuan.
    Sedikit pembetulan. Rumput tu ada bhgn yg jd kemerahan rather than brownish. Adakah ini merupakan seranfan penyakit atau macamana? Trimakasih atas nasihat Tuan.

    • mynormas said

      Salam tuan, bunyinya macam penyakit. Samada dia mati atau tidak tuan kena lihat samada hanya daun individu ataupun keseluruhan tumbuhan itu yang berwarna coklat. Itupun tuan boleh tunggu dalam seminggu. Jika dalam seminggu ia tidak pulih, maka nampaknya ia terkena serangan penyakit. Cowgrass boleh menjadi ‘dormant’ bila tiba waktu kekurangan air, tapi ia akan pulih dalam seminggu. Dormant tu warna brown. Biasanya, seluruh kawasan akan jadi dormant kecuali kalau ada kawasan yang siram kena air dan ada kawasan yang tak kena air (biasanya jauh dari paip). Merah tu mungkin penyakit, tapi mungkin juga kurang matahari…
      So nasihat saya, tuan biarkan dalam seminggu, jika tiada perubahan, cepat2 keluarkan rumput semua rumput yang tu kerana takut penyakit merebak. Kalau tuan perhatikan kawasan yang kemerahan tu berada di kawasan redup, maka itulah jawapan masalah tuan.

  46. Adib said

    Salam, ada perbezaan ker rumput carpet 1×2 yg diorang jual kt sg buloh dengan rumput carpet yg panjang sikit yg gulung tu?

    • mynormas said

      Ni dah di reply dalam “Cara Sod”. But untuk pengetahuan yang lain juga:
      Secara umum: takde beza, cuma kadang-kadang rumput yang dah di tanam dalam polybag hitam itu mungkin dah di simpan lama sikit dan yang di gulung tu mungkin fresh. Kalau tak fresh pun boleh nampak sebab dia akan jadi kuning, yang dalam polybag tu akan tetap hijau.
      Tapi bila di tanam, biasanya kedua-dua rumput ni boleh survive.

  47. salam, sy ada menanam rumput filipina di halaman rumah secara bertompok-tompok (untuk jimatkan kos). blh encik beritahu jenis rumput filipina ini mengambil masa berapa lama untuk dia merebak memenuhi halaman rumah? atau adakah rumput filipina ini memang jenis yang lambat untuk merebak? terima kasih ya.

    • mynormas said

      Puan, rumput philippine ni memang lambat merebak. Pasal tu, kalau orang nak jimatkan kos pun saya selalu advice diaorang tanam tompok2 sebanyak 80% dari luas kawasan tanah halaman. Kalau rumput cowgrass atau bermudagrass boleh kurang sampai 50%. Dan jangan burukkan keadaan dengan menambah baja kerana ini akan menyebabkan rumput tumbuh panjang dengan galak (bukan tumbuh menjalar) dan puan akan dapati pertumbuhan yang lebih berbeza – terutamanya bila tiba masa memotong nanti. Saya cadangkan puan beli sedikit lagi dan potong untuk tanam di tempat-tempat kosong. Kalau nak jimat, puan ambil rumput yang puan dah tanam di kawasan sempadan halaman (dekat longkang rumah atau tepi pagar atau tepi pokok) dan carik-carikkan nya untuk mendapat akar dan tanam sebagai sprig di tempat kosong yang belum di tumbuhi rumput. Ini akan mengecilkan ruang kosong.
      Selamat mencuba!

  48. Abd.Aziz.bin abd.Karim. said

    Aziz Klang,salam.IM.di mana boleh saya membeli mesin rumput carpet yang rendah..jenis2 yang sesuai.

    • mynormas said

      Tuan boleh cuba di kedai hardware jenis ACE di Summit dan Pyramid yang saya dah jumpa. Rasanya kedai ini ada di merata tempat jugak. Anyway, saya ada jumpa beberapa mesin yang sesuai di Giant Hypermarket seperti saya pernah post di sini dulu.

  49. ringgo said

    assalam.saya br beli benih rumput bermuda grass jenis cynodon Dactylon untuk kawasan rumah.nak tanya adakah ia sejenis rumput carpet yang cantik dan gebu macam saya tgk kat sesetengah rumah.ok ke rumput jenis ni bro.tq

    • mynormas said

      Waalaikumsalam. Cynodon dactylon adalah nama latin untuk rumput bermuda dan adalah juga sejenis rumput carpet. Samada ia jenis gebu yang tuan pernah nampak kat rumah orang tu belum tahu. Biasanya rumput tak di tanam dari benih tapi dari stolon atau sprig atau plug. Kalau dari benih kita belum tentu mak bapak dia saper dan anak dia macamana rupa. Tapi kalau dah terlanjur beli tu: selamat mencuba!

  50. zai said

    assalam..
    Kalau tuan buat cramah tntu xmngantuk audiens.. klakar,, tpi byk mklumat@ilmu..
    Syabassss..

  51. Nor Sharifah Hj Yasin said

    As Salam… Saya bercadang menanam pearl grass kat kawasan rumah saya ~700 kaki persegi, agak2 sesuai tak sebab kalau nak tengok suduk pencahayaan mataharinya tak semua kawasan mendapat matahari >= 6 jam. Boleh bg recomended tempat utk beli rumput jenis nie / jenis yg sesuai? fyi, lokasi saya Sg Buloh – Saujana Utama. TQ

    • mynormas said

      Puan cuba contact Cik Hanis. Dia pakar lanskap halaman. Maintenance selepas tanam pun dia buat. Kalau lebih 6 jam puan boelh tanam carpet grass. Tapi kalau hanya 6jam atau kurang, puan boleh cuba cowgrass atau pearlgrass.

  52. SKM said

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya ingin memohon nasihat jenis rumput yang sesuai untuk laman saya. Berikut adalah butiran saya:
    1. Keluasan: 1500 kaki persegi
    2. Sumber cahaya: Sepanjang hari tanpa teduhan
    3. Jenis tanah: peroi, berpasir & berlekuk-lekuk belum ditambun tanah/pasir tambahan
    4. Tahap kemalasan tuan rumah: Sederhana – tinggi (bergantung kesibukan kerja & study)

    Saya dalam dilema antara dua jenis (atau Tuan boleh cadangkan jenis yang lain):

    1. Philipine:
    a. PRO: Saya suka tekstur dan warna
    b. CON:
    i. Masalah komitmen memotong setiap bulan (atas saranan kontraktor). Betul ke setiap bulan kena potong?
    ii. Masalah sensitiviti daun-warna jadi tak sekata (berdasarkan pemerhatian laman-laman rumah jiran yang lain, tak jaga langsung kut?

    2. Pearl:
    a. PRO: Saya boleh lupakan pasal masalah komitmen
    b. CON:
    i. Nampak kurang menarik berbanding Philipine (pada pandangan mata saya)
    ii. Masalah pendedahan terus kepada cahaya matahari sepanjang hari

    Mohon pandangan dari Tuan :-) Terima kasih

    • mynormas said

      Waalaikumsalam tuan,
      Haritu saya sure saya dah reply kepada tuan tapi entah macamana sangkut tak keluar akibat masalah Wifi. Saya mintak maaf kerana lambat.
      Pertama sekali, kontraktor tuan lupa nak letak perkataan ‘minimum’ i.e. Rumput Philippine minimum kena potong sebulan sekali. Saya recommend seminggu sekali atau dua minggu sekali; minimum sebulan sekali tapi rumput akan tak cantik dan tolong jangan baja. Kalau tuan tak percaya, tuan boleh lihat di laman rumah jiran tuan sebagai contoh. Saya pasti diaorang potong sebulan sekali.
      Pearl tak tahan panas. Cowgrass tak tahan kemarau seminggu; akar dia pendek. Tapi kedua-duanya berwarna hijau gelap dengan minimum baja dan lambat panjang (kecuali tempat redup).
      Tuan ada beberapa option:
      1. Bahagikan kawasan tuan kepada beberapa kawasan. Ada kawasan yang untuk hiasan (depan porch, depan gate contohnya) tanam dengan rumput Philippine. Beli mesin potong rumput elektrik kecik dan niat untuk bersenam sambil potong rumput seminggu sekali. Luas kawasan 4 kaki x 5 kaki should take you about half an hour to finish. Kawasan lain Cowgrass dan/atau lain-lain shrub atau hardscape.
      2. Tanam Philippine grass dan hire a contractor yang datang tiap2 bulan/minggu/duaminggu untuk maintain your laman.
      3. Rumput artificial.
      4. Natural landscaping

      Selamat mencuba! Sekali lagi, mintak maaf kerana lambat.

  53. amin said

    salam tuan normas.
    sekadar bkongsi,sy baru saja menanam rumput filipina bg menyatakan sokongan thadap rundingan damai MILF.
    lokasi rumah sy adalah di kemaman dan hanya 2 km dr pantai. apakah ada langkah2 ttentu utk memastikan rumput ini boleh idup subur di kawasan tepi pantai ini?
    sy telah melakukan semua yg ttera dlm blog tuan semasa penyediaan tapak.batu,bhn binaan dan objek ttanam dlm tanah telah dibersihkan dan tanah asal telah dibuang sbnyak 2-3 inci.
    pd mulanya sy ingin meletakkan tanah baja, ttp atas rekemen pjual rumput,dia mgantikan dgn pasir sungai saiz sederhana.
    adakah pasir ini seswai memandangkan tanah asal rumah sy adalah pasir pantai.
    mohon pencerahan.
    terima kasih tuan.

    • mynormas said

      Salam tuan, masalah yang biasa di hadapi oleh rumput yang dekat dengan pantai ialah pengairan (samada dari sistem ataupun dari tempias) yang mengandungi garam. Rumput Filipina (if we are talking about the same rumput) ialah dari spesis Zoysia dan tahan garam. Masalahnya ialah garam itu akan berkumpul di atas permukaan tanah dan akan merosakkan tanah. But ia masalah yang tak besar di Malaysia kerana hujan lebat yang biasa di dapati di Kemaman (saya pernah tinggal di Padang Kubu selama dua tahun) akan ‘melarikan’garam tersebut mengikut sistem saliran. DENGAN SYARAT sistem saliran itu ujud. Takdelah nak kata tuan kena buat perparitan ke apa ke. Cukup sekadar mempunyai lapisan pasir yang sekurang-kurangnya dua inci tebal di bawah rumput dan selalu melakukan dethatching untuk membuang sisa organik yang boleh menjadi sepert span menyerap dan menyimpan air. Selalu lah juga (setahun dua kali) melakukan kerja pengudaraan supaya air dan udara boleh lalu ke bawah. Jika tuan menghadapi kemarau berpanjangan (lebih dua minggu) dan tuan menerima tempias air laut, tuan siram laman tuan sampai banjir supaya sisa garam boleh di bawa lari oleh air.

      Pengetahuan atau mungkin pengalaman penjual rumput tuan amat bagus (tolong kirim salam kat dia). Menggunakan pasir lain bagus kerana pasir pantai itu mungkin telah mempunyai selaput garam di sekeliling setiap butir pasir.

      InsyaAllah, tuan dan perjanjian MILF akan baik jika tuan sentiasa membuat pemerhatian dan pembaikan dari masa ke semasa.
      P.S. Saya pasti tuan tiada masalah jika soalan dan jawapan tuan di siarkan di majalah Laman? Saya mempunyai ruangan Q&A di situ dan masalah tuan unik tapi relevan kepada banyak orang. T kasih.

      • amin said

        Salam Tuan,
        TQ atas penerangan kelas A En.Normas.
        Untuk pengetahuan tuan & semua peminat tegar rumput, pengalaman saya dengan rumput Filipina agak menakutkan pada minggu kedua penanaman. Saya balik kampung Raya Haji selama 3 hari tanpa menyiram rumput tersebut. 3 hari yang panas tanpa hujan telah menyebabkan rumput bertukar menjadi kekuningan di 50% kawasan dan 10% menjadi hitam. Sedih betul tengok. Pastu rasa insaf mula datang & saya siram setiap 4 jam sekali pada waktu siang.
        Alhamdulillah, hujan turun kembali dan pucuk2 hijau kembali terbit. Gap antara petak2 rumput saya isi dengan tanah baja ihsan jiran sebelah dengan harapan ia cepat membiak.
        So, saya pun mula membuat kesimpulan pada cuaca yang terik & panas, rumput ini akan berhibernasi untuk meminimumkan penggunaan air (ye ke?)…
        So far saya berpuas hati dengan rumput ini kerana kalau ia subur, memang sedap mata memandang.
        Terima kasih.

      • mynormas said

        Betul. Kebanyakkan spesis rumput (bukan semua) akan menjadi ‘dormant’ bila cuaca panas. Tapi jika terlalu lama, contohnya beberapa bulan, ia akan mula mati juga.

  54. piyan said

    salam.
    Saya memerlukan bantuan sbb rumput philipine grass saya mau mati..ada kekuningan..
    Ada apa cara saya buatt

    Pyan

    • mynormas said

      Maaf Piyan, tidak cukup maklumat untuk saya. Tapi kalau rumput Philippine ni 80% daripada masalahnya di sebabkan oleh kurang cahaya matahari. Ia memerlukan 6-8 jam matahari sehari.

  55. Azlisham Zakaria said

    Assalamualaikum Tuan,

    Persoalan saya’
    1. Adakah rumput “cow grass” ini memerlukan penjagaan 100% untuk subur dan menghijau, maksud saya adakah ia memerlukan pemotongan yg sistematik dan pembajaan yg berterusan, macam mana pula mod atau skala jangka masa potongan dan pembajaan utk rumput jenis ini?
    2. pengalaman saya, apabila potong rumput “cow grass” dgn mesin sandang/pikul, selepas 2 minggu rumput itu akan bertompok2 kekuningan dan mati..walaupun ia sudah dibersihkan…dan cemkaman akar rumput itu cepat putus apabila ditarik..rumput sakit…
    3. apabila saya membaja mengunakan baja organik jenis pallet yg jual di kebanyakkan nursery, rumput liar akan banyak tumbuh..manakah baja yg sesuai utk rumput cow grass kimia or organik?

    sekian, terima kasih…
    wasalam

    Sham

    • mynormas said

      Waalaikumsalam Sham,

      Jawapan saya:
      1. Untuk subur dan menghijau, semua rumput perlu penjagaan. Cowgrass memerlukan pemotongan yang sistematik tetapi jika Carpetgrass perlukan potongan seminggu satu atau dua kali; Cowgrass memadai sekali atau dua kali sebulan. Saya pernah jumpa orang baja rumput Cowgrass setahun sekali dan rumputnya masih hijau dan subur: tetapi ia bergantung kepada jenis tanah. Jika tanah yang berpasir, tuan perlu pembajaan yang lebih kerap. Saya biasa cadangkan seminggu sekali untuk 3 bulan pertama lepas tanam, dua minggu sekali untuk tiga bulan kedua, dan sebulan sekali untuk tiga bulan ketiga. Selepas itu boleh lah amalkan dua kali setahun. Sekali lagi: ia bergantung kepada faktor tanah yang ‘memegang’ baja (pasir tidak akan memegang baja ataupun air).
      2. Cadangan saya? Jangan guna mesin sandang. Bayangkan pusingan tali nylon atau pisau itu secara gerak-perlahan (slow-motion) ia akan memusing sambil memukul tanah. Segala benda yang lembut akan hancur atau putus. Tali nylon itu akan ‘membelasah’ tanah dan rumput. Kalau tukang potong pemalas, bila tali nylon tu dah pendek, dia tidak akan ganti tali baru, oleh kerana pusingan yang rapat dengan paksi akan lebih banyak (teori fizik) maka akan lebih banyak ‘pembelasahan’ yang akan di alami oleh rumput. Tambahan pula, oleh kerana ketinggian potongan adalah mengikut nasib rumput atau ‘mood’ tukang potong; kita akan memotong terlalu banyak daun, sedangkan ‘peraturan’ nya ialah memotong rumput hanya satu pertiga dari ketinggian rumput. Gunakan tali nylon hanya di kawasan berhampiran dinding, perabut, jalan atau apa-apapun benda keras yang boleh mematahkan pisau besi. Seboleh-boleh-boleh-bolehnya: gunakan mesin yang boleh di ukur ketinggian potongan iaitu mesin yang bertayar.
      3. Untuk orang awam, saya cadangkan baja organik. Cari baja organik yang telah di proses di pasaraya besar. Baja organik kekadang di buat secara jemuran ataupun dari najis ayam/lembu dan ini mengandungi benih rumpai. Tetapi baja organik yang berjenama selalunya akan di proses hingga benih rumpai mati. Baja kimia memberi ‘flush’ yang memberahikan pertumbuhan untuk beberapa hari, boleh memberi kesan kepada alam sekitar, dan menyebabkan kesan ‘bakar’ pada rumput akibat kurang siram. Baja organik lebih selamat untuk orang biasa dan cukup untuk rumput, terutamanya cowgrass.

  56. yus said

    Salam tuan.saya baru tanam rumput jenir filipina lbh kurang 1 minggu.skrg di rumput tersebut ada byk daun yg berbunga tumbuh.apakah daun yg berbunga tu? Kedua,ada d sebahagian tmpt daun sudah kurus(tidak mgembang).apakah sebabnya?

    • mynormas said

      Salam tuan, saya syak apa yang tuan lihat itu ialah rumpai dari kategori rusiga atau sedges dalam bahasa Inggeris. Ia berwarna hijau muda, berbunga dan batang yang kurus. Satu kemungkinan lagi ia hanya satu kebetulan, baja yang digunakan oleh tuan atau yang di guna di nursery sebaik sebelum tuan beli menyebabkan pembungaan. Tuan perlu bersabar hingga kesan baja itu hilang. Mungkin dalam sebulan kut.

  57. Hasnita Ahmad said

    Salam cousin Normas…I bumped into your website and surprise it is Normas!. So very informative and interesting what you have here. Terleka baca dari satu artikel ke satu artikel. Keep up such good work. PS: Congrats to all awards received.

  58. yus said

    Salam.tentang pembajaan,sy ada membeli baja organik jenama giant di giant hypermarket dgn npk 8:8:8.Sesuai @ tidak jenis baja yg dgunakan atau mungkin tuan ada jenama lain yg ingin dsyorkan

    • mynormas said

      Saya tak pernah guna jenama Giant tapi saya pernah guna 8:8:8. Malangnya saya tak ingat jenama apa yang saya guna. Saya rasa jenama Giant ni pun OK. Biasanya pihak Giant akan ‘repackage’ semula jer. Apa yang tuan perlu perhatikan adalah samada kawasan yang di baja tiba2 banyak rumput liar; itu tandanya baja bermasalah. Kalau rumput tiba2 hijau pun bukan apa yang kita cari. Ia perlu hijau perlahan-lahan dan kekal hijau.

  59. Zul said

    Saya nk tanam cowgrass di kawasan seluas 27000 kaki persegi..nk beli kt nursey
    mesti beribu2..benih dia ada jual tak?kalau ada kt mana?atau tuan ada cadangan rumput lain?untuk makluman kawasan yg saya nk tanam tu kawasan kebun.Terima kasih

    • mynormas said

      Cowgrass tak di jual dalam bentuk benih. Tuan boleh cuba Zoysia atau Bermuda. Tuan boleh tanya padang golf dekat tempat tuan (jangan tanya receptionist atau operator; tanya Club Manager atau Course Superintendent) bila diaorang buat dethatching atau hollow-tining dan tawarkan diri untuk tolong buang ‘sampah’ thatch atau core dari kerja-kerja tersebut. Biasanya diaorang akan buang kat lori sampah ataupun dalam semak (tapi kadang-kadang ada orang mintak err… sedikit ‘sumbangan’). Bermuda kurang sesuai kerana ia perlukan matahari lebih kurang 6-8 jam matahari sehari. Golf course yang ada zoysia sedkiit sahaja di Malaysia. Tuan boleh tanam cara stolon atau sprig. Cowgrass is the best grass tapi saya akui untuk kes ini, but mungkin tak ekonomikal.
      Selamat mencuba!

  60. Salam, baru-baru ini saya menanam rumput mutiara di laman rumah saya yang kecil. Langkah-langkahnya ada saya ceritakan dalam blog saya di bawah ini. Saya ingin bertanyakan tips-tips supaya rumput ini dapat kekal hijau dan sihat.

    http://pondokajip.blogspot.com/2013/02/menanam-rumput-mutiara-pearl-grass.html

    • mynormas said

      Jangan terlalu banyak siram. Siram hanya bila rumput perlukan air. BUKAN sehari sekali. BUKAN sehari dua kali. Siram hanya di waktu pagi. Jangan siram di waktu petang. Elakkan memotong menggunakan mesin galas belakang kerana jarang ada operator yang boleh potong pada ketinggian yang sama. Potong menggunakan mesin yang anda boleh kawal ketinggian potongan dan potong tidak lebih dari satu pertiga daun rumput. Rumput mutiara biasanya boleh dipotong sebulan sekali; tapi ini tertakluk kepada kesuburan. Jika rumput anda subur, anda mungkin kena potong lebih kerap seperti dua minggu sekali.
      Selamat mencuba!

      • Salam. Terima kasih atas nasihat tadi. Saya ingatkan pearl grass ni perlu air yg sangat banyak. Saya akan praktikkan apa yang saudara sharekan tadi…insyaallah dari masa ke semasa saya akan update status rumput di rumah saya.

      • yus said

        salam tuan,masalah sy tdpat byk ulat bwarna putih kelabu di rumput sy.ia dpt dikesan dhn khadiran byk burung di rumput tsebut.adakah ia pyebab rumput sy skrg mjadi kekuningan&di sesetgh tmpt sudah khitaman.bgaimana utk memulihkn kembali rumput tsebut?apa racun yg sesuai utk ulat tsebut?

      • mynormas said

        Salam tuan, tuan cuba guna racun serangga. Ulat memakan daun dan kekadang tempat gigitan itu akan di jangkit penyakit. Tapi fokus kepada menghapus ulat dulu. Dan lakukan ‘serangan’ tuan tiga kali berturut turut dengan selang 7 – 10 hari kerana racun ulat tidak membunuh telur dan kepompong. Dapatkan racun di kedai hardware Ace. Atau guna air sabun.

  61. firdaus said

    Saya nak tanya,2minggu lepas saya tanam bermuda grass dari benih,sekarang dah tumbuh tetapi masih belum sekata pertumbuhannya,saya nak tanya dari peringkat penaburan benih sehingga pertumbuhan stabil apakah langkah2 yg perlu di ambil,sekarang ni saya siram je pagi dan petang.tq

    • mynormas said

      Kali terakhir saya tanam bermuda grass dari benih ialah 20 tahun dahulu.
      Baja sikit tapi selalu.
      Jangan siram lewat petang. Siram sikit tapi selalu sebab akar rumput masih pendek dan kita tak mahu tanah basah di waktu malam.
      Mula potong pada usia rumput lebih kurang sebulan. Lebih cepat potong dan mengelakkan rumput tumbuh panjang, lebih cepat dia belajar untuk menjalar dan menjadi sekata.
      Amalkan ‘topdressing’ supaya tempat tak sekata jadi sekata. Cari topdressing di laman web saya.

  62. amy said

    Saya ingin menanam “Bermuda grass”. Boleh encik beri nasihat bagaimana untuk menjaga rumput jenis Ini. Adakah diperlukam Baja yang banyak dan perlu Kerap potong. Adakah senang di serang serngga.
    Penjelasan dan nasihat encik amat saya hargai.

    • mynormas said

      Rumput ini mudah di jaga tapi ia perlukan 6 -8 jam matahari setiap hari. Baja tak perlu banyak, dua bulan sekali itupun sikit-sikit. Serangga adalah masalah yang hampir sama untuk semua rumput kecuali Paspalum yang sangat di gemari oleh serangga. Potong? Seminggu sekali, sama macam rumput Philippines ataupun Zoysia dan Paspalum. Hanya Cow dan Pearlgrass yang boleh dipotong sebulan sekali.

  63. zairi said

    minta tolonggggggggg..saya nak tanam sendiri rumput pearlgrass..dimanakah tempat untuk membelinya dengan harga yang murah disekitar johor bahru..

  64. Rozhan said

    Bagaimana proses dari awal hingga akhir penanaman rumput cowgrass di halaman rumah yang baru dimasuki? Tanah asal sediada adalah tanah merah dan berbatu??
    Harap dapat kongsi.

    • mynormas said

      Sebelum apa pun, penyediaan tapak adalah perlu. Ini memudahkan pembentukan (shaping) supaya air tidak bertakung dan rumpai lama dihapuskan. Ia juga berfungsi membuang batu kasar yang boleh merumitkan kerja memotong rumput di masa akan datang. Tuan boleh dapat maklumat lanjut di sini. Lepas itu tanam rumput cowgrass dengan mendapat maklumat dari muka Penanaman Cara Sod ini. Rumput Cowgrass hanya sesuai di tanam dengan cara sod.
      Selamat mencuba!

  65. maryam said

    Assalamualaikum,boleh saya tanya berapa banyak baja (gram)yg diperlukan bagi penanaman rumput cowgrass dan carpet grass dalam container plastik bersaiz 1m3?..adakah jenis dan ratio pembajaan sama untuk kedua dua jenis rumput atau berlainan disebabkan kedua jenis rumput mempunyai karektor yg berlainan?…terimakasih..medium tanah adalah 2:1:1..

    • mynormas said

      Waalaikumsalam, carpetgrass adalah nama umum untuk beberapa genus rumput contohnya Zoysia dan Bermuda. Mereka pula mempunyai beberapa subspecies lagi contohnya Zoysia matrella, Z japonica, Cynodon dactylon dan Cynodon transvaalensis. Ataupun beberapa hybrid contohnya Tidwarf, GLP, Numex Sahara dan sebagainya. Malahan, cowgrass dahulunya di panggil sebagai “tropical Carpetgrass”. Tiap-tiap mereka mempunyai keperluan nutrien dalam bentuk, kekerapan dan kuantiti yang berbeza.
      Saya hanya boleh jawab soalan kedua iaitu memang kedua jenis rumput perlu ratio yang berbeza. Jenis mungkin sama.
      Biasanya baja ditentukan dengan tepat melalui ‘soil dan tissue test’ terutamanya bila soil tersebut berada dalam container. Kita akan tentukan baja setelah melihat keputusan test tersebut.

      • maryam said

        Baik terimakaseh.sebenarnye saye tengah buat eksperimen untuk study saya berkenaan akar rumput.rasenye feedback yang diberi sangat membantu.saya hampir2 hendak membaja kedua jenis rumput dengan ratio dan kadar yang sama.rumput yang hendak diuji adalah axonopus dan zoysia matrella.

      • mynormas said

        Let me know if u need any assistance.
        Selamat mencuba!

  66. Syed Azrin said

    Assalamualaikum,
    Saya baru saja memotong rumput liar tetapi dimaklumkan rumput tersebut terlalu tebal dan dalam tempoh terdekat akan tumbuh semula. bagaimana cara untuk menghilangkan terus rumput tersebut selain dari mencangkul? racun? sekiranya racun, jenis dan nama racun apa ye? Saya merancang untuk menanam rumput baru tetapi nak tahu rumput jenis apa yang sesuai kerana khuatir anak saya berguling2 dan seterusnya akan gatal2 kulit. sekiranya saya menanam rumput secara bertompok2, berapa jarak yang sesuai bagi setiap tompokan?

    • mynormas said

      Kalau rumput tuan Cowgrass; tiada racun selective yang boleh digunakan kerana semua racun rumpai yang saya tahu akan bunuh cowgrass. Kalau ianya dalam kategori ‘carpetgrass’ tuan boleh cuba Ally, Almix, MSMA, Image, Facet dan beberapa lagi. Tapi ia dijual secara borong dan bukan secara runcit. Lagipun setengahnya dah masuk kategori 3 jadi mungkin tak boleh di jual sembarangan.
      Kalau tuan belum tanam rumput, gunakan racun Roundup yang ada di jual di kedai hardware seperti ACE. Pastikan ia digunakan mengikut ukuran yang tepat kerana ia adalah racun serap (systemic) yang akan di serap ke seluruh tubuh, malah hingga ke akar rumput. Kalau overdose ia akan menjadi racun sentuh dan membunuh bahagian yang terkena semburan sahaja.
      Jika anak tuan ada alergi kepada rumput atau kepada bahan atas rumput semua rumput boleh menyebabkan gatal. Saya cadangkan tuan cuba di rumah kawan atau di taman permainan.
      Beli rumput 80% dari luas kawasan. Tanam di kawasan yang ‘penting’ dulu. Contohnya bahagian hadapan atau porch dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 764 other followers

%d bloggers like this: